Sunday, January 31, 2010

Sofie ke Gedangsa lagi....

ASSALAMUALAIKUM....

seperti biasa, semalam, sabtu aktiviti kami ke Gedangsa. untuk tujuan terapi alternatif sofie buat kali ke 13. kami bertolak dari BTP, Rawang agak lewat sebenarnya, jam 12 tengahari. memang niat kami nak sampai rumah kak Raw je, terus buat. tak yah tunggu lama2. dah 2 minggu sofie tak balut.

sampai rumah kak Raw, masih ada 4-5 orang lagi yang masih menunggu giliran untuk berurut. waktu tu jam 1.40 ptg. semua anak-anak diangkut sekali ke rumah kak Raw.

jam2.30 ptg, sofie mula dibalut. dan bermulalah episod penderitaan sofie. sofie terus menangis dan menangis....rimas,panas. macam manalah nak tunggu sampai 4 jam ni. sepatutnya sofie kena buka balutan,jam 6.30 ptg. sepanjang dalam kereta menuju ke rumah tika (adik iparku) sofie menangis semahu-mahunya. nak tak nak, umi terpaksa layan sofie. pujuk sofie, peluk sofie, dan nyanyikan macam2 zikir supaya sofie diam.

sofie paling suka bila umi berzikir. umi berzikir 'laisalaha min dunillahi kasyifah', umi nyanyikan selawat syifa`, sofie diam seketika. dapatlah sofie lelapkan mata sebentar. tapi, lepas tu, sofie akan terjaga semula, dan sambung menangis lagi....

jom kita layan aksi2 sofie yang sempat disnap semasa dalam kereta...


kesian sofie, sepanjang masa menangis kerimasan dan kepanasan



tak pe, umi peluk sofie, ok! sofie jangan nangis lagi


umi dan abi sayang sofie. ni semua demi kebaikan sofie. susah2 dahulu.....


umi cium sofie sikit,ok. sofie bertenang ye,sayang.

nasib baiklah hijaz baik dan tak banyak ragam. masa umi pegang kak cik dalam kereta, hijaz relax je terbaring dalam car seat kak cik. umi sayang hijaz. hijaz memahami keadaan. hijaz tak meragam. tengoklah hijaz tu, relax je tengok kak sofie meragam. terima kasih,sayang. muaaah sikit utk hijaz!

hai kak cik. saya ialah adik yg memahami keadaan. tak pe, umi letak saya kat sini dulu. sebab umi nak pegang kak cik. untuk kebaikan kak cik tau. kak cik sabar la....


tapi, sayang, sampai je rumah tika, tak sampai 4 jam balutan sofie dah dibuka. baru 2 jam. sebab sofie menagis tak tentu hala. umi faham apa yang sofie rasakan. tapi ni semua demi kebaikan sofie. umi nak sofie cepat berjalan. tu sebab cik Raw ikat semua badan sofie dari kepala ke kaki. umi nak sofie cepat sihat. tapi, belum cukup waktu, sofie dah minta nak buka. nangis dan terus menangis....sofie, sofie! tak pe la sayang. kita try lagi next week,ok. next week balut dengan cik Raw, umi nak sofie bertahan sampai 4 jam. ok, sayang!

Friday, January 29, 2010

Sindrom Down

seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, disini aku ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang berkaitan dengan sindrom down. maafla, sebab mengambil masa yang agak lama untuk membuat entry baru ni. busy manjang.....

Apakah Itu Sindrom Down?
Sindrom down merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh kromosom tambahan nomber 21 yang terdapat pada seseorang bayi atau kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya terdapat 2 salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Penyakit ini juga turut dikenali sebagai Trisomy 21. Bayi atau kanak-kanak terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Apakah Kekerapan Terjadinya Sindrom Down?

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

Bagaimanakah Sindrom ini disahkan?

Sindrom ini disahkan dengan melakukan ujian darah terhadap bayi atau kanak-kanak tersebut. Ini bertujuan untuk mengesan kehadiran kromosom tambahan iaitu kromosom nombor 21. Ujian ini juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).

Apakah ciri-ciri fizikal yang dapat dilihat pada kanak-kanak sindrom down?

Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Tubuh yang pendek
  • Kepala yang kecil
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
  • Lidah terjelir
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

Adakah Sindrom Down mempunyai masalah kesihatan, dan bagaimana rawatannya?

Ya, memang sindrom down mempunyai masalah kesihatan. Antaranya:

1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.

  • Bayi berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
  • Lambat atau sukar dalam pembelajaran
  • Lambat dalam pertuturan

Namun semikian, kanak-kanak ini akan mendapat faedah dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Ibu bapa haruslah peka dengan program2 tersebut dan ibu bapa perlu mendapatkan segala maklumat dari doktor atau jururawat berkaitan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak tersebut.

2. Penyakit jantung kongenital
  • Kanak-kanak sindrom down biasanya lebih berisiko tinggi untuk diahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa. Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak sindrom down untuk mengesaan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lebih lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.


3. Kecacatan pertumbuhan perut
  • Intestinal atresia
  • Tiada dubur

Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding kanak-kanak biasa.

4. Mudah mendapat jangkitan
  • Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam atau nampak kurang sihat.

5. Masalah pendengaran dan penglihatan
  • saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan

6. Gangguan fungsi tiroid
  • Hipotiroid, iaitu pengeluaran hormon yang rendah. Perlukan rawatan penambahan hormon, contohnya dengan mengambil tiroxin.
  • Hipertiriod, iaitu pengeluaran hormon yang berlebihan. Perlukan rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.

7. Barah
  • Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada sindrom down berbanding kanak-kanak biasa.
  • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.

Pencegahan
  • Kaunseling keturunan: risiko untuk mendapat anak berikutnya yang juga sindrom down bergantung kepada jenis kecacatan kromosom anak dan umur ibu bapanya.
  • kadar risiko kejadian berulang adalah 1 %
  • Amalan merancang keluarga

Pemulihan
  • Program intervensi
  • Terapi carakerja
  • Terapi pertuturan
  • pendidikan khas
  • latihan kemahiran khas

Tujuan rawatan pemulihan ialah bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.

Program pemulihan boleh didapati di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran sukarela bukan kerajaan.

Kanak-kanak ini perlu didaftar seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Doktor yang merawat pelu mengisi borang-borang tertentu untuk memudahkan merancang program intervensi awal.

Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk mendapat beberapa kistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.

sumber dari sini


Wednesday, January 27, 2010

kesian, iwan...!

sebenarnya, dari semalam lagi nak update blog...ada cerita yang nak kuluahkan tentang anak terunaku yang baru saja 2 hari melangkah ke alam persekolahan. tapi, semalam disebabkan kekangan waktu, niat aku untuk update blog yang tak seberapa ini terbatal. dan pagi ini, selepas anakku, iwan pergi ke sekolah, aku ingin meluangkan sedikit masa.....

tengahari semalam, iwan balik menaiki van kak liza. turun je dari van, terus meluru masuk rumah dan terus mengadu tentang persekolahan dia.

iwan: umi, pensel warna iwan dah habis. kawan2 iwan ambik, pastu ada sorg kawan tu koyakkan kotak colour.

umi: Ya Allah, kenapa macam tu? masa kawan2 iwan buat macam tu kat colour iwan, apa iwan buat?

iwan: iwan diam je,mi.

umi : laaa....kenapa tak cakap colour tu iwan punya. kan umi dah tulis nama iwan kat tiap batang pensel warna tu.

iwan: iwan dah cakap, tapi dorang kata, tu dorang punya....( iwan diam, dan sambung lagi) iwan tak pernah sentuh barang dorang. dorang tu suka sangat sentuh barang iwan. kata nak pinjam, tapi lepas tu tak mo pulangkan balik. ( sambil mencebik...sian anakku )

umi: eeemm.... tak pela iwan, ( aku usap kepala iwan.)

sian kat iwan. iwan seolah2 kena buli dengan kawan. bukan saja pensel warna iwan hilang, malah pemadam iwan pun ditoreh2 dek kawannya. aku hanya mampu bercakap, sabarlah iwan.... aku tambah lagi, lain kali kalau kawan iwan buat cam tu lagi pada iwan, iwan bagitahu kat cikgu. iwan hanya mengangguk.

umi: umi minta tolong sangat dengan iwan, iwan jangan buat macam tu kat kawan. kalau iwan buat jugak, maknanya, iwan sama je macam kawan tu,ok!

iwan nampak faham apa yang aku katakan, dia mengangguk.

tengahari tu, bila abi iwan balik, aku pula jadi pengadu tentang masalah iwan kat sekolah. abi iwan kata, tak pe la....kita tengok dalam seminggu ni. kalau kawan iwan tu masih mengacau iwan, aku nak abang jumpa dengan cikgu sekolah iwan. bukan nak ngadu apa pun. nak minta tolong cikgu tgk2kan anak2 murid tu. takkan tiap hari nak beli warna pensil,kan?

so, malam tadi, abi iwan belikan lagi colour pencil utk iwan. kali ni, belikan yang pendek je untuk dibawa ke sekolah. yang panjang tinggalkan di rumah. pemadam baru pun abi iwan belikan. dan pagi tadi, selepas solat subuh, abi iwan torehkan belakang colour pencel dan tulis nama 'iwan'. sempat juga aku dengar abi iwan berpesan pada iwan, "
kalau ada kawan nak pinjam colour iwan ni, iwan cakap, lepas tu kena pulangkan. dah ada nama iwan ni...."

dan seperti biasa, abi iwan menghantar iwan ke sekolah. harapnya hari ini iwan tak lagi mengadu perkara yang tak seronok didengar. sebagai ibu, hati sentiasa risau.....

Monday, January 25, 2010

bermula hidup iwan sebagai pelajar

hari ini, isnin, 25hb....
bermulalah hidup iwan sebagai pelajar. usia iwan hampir 6 tahun. kalau budak2 lain yang seusia iwan dari usia 4 tahun sudah bergelar pelajar. masing2 dah pernah bersekolah...jadi pada usia 6 tahun, budak2 lain tak kekok utk ke sekolah.

tapi, lain bagi anak sulong umi ini. setelah lebih kurang 3 minggu pelajar lain mula bersekolah, hari ini iwan baru nak memulakan hidup sebagai pelajar. kenapa hari ini? kenapa tidak dari awal tahun hari tu iwan masuk sekolah? semua jawapan pada persoalan itu, hanya ada pada abi dan umi. eeemmmm...tak perlulah hebahkan kenapa?hehehe....biarlah rahsia (eceh, konon).

sebenarnya, niat umi dan abi nak hantar iwan masuk PASTI. tapi, ntah kenapa, tak jadi pulak. tiba-tiba, ada pulak kata SK Bandar Tasik Puteri 2, pra sekolahnya ada kekosongan. terus abi apply...dan dapat pra. so, sekarang iwan tak jadi masuk PASTI, masuk pra sekolah jer.... ok la tu. PASTI lebih tekankan bahagian agama...itu yang umi niat nak hantar iwan ke sana. pra pun ok, kata abi. sebab pra betul2 ikut silibus kementerian pelajaran. lagi pun senang, tahun depan iwan masuk tahun satu, iwan dah terdedah kepada dunia persekolahan sebenar.

dan, pagi tadi, jam 6.30 pagi iwan dah bangun. alhamdulillah, umi senang nak bangunkan iwan. tak macam hari2 biasa. iwan susah nak bangun pagi. selagi tak jam 9 pagi, selagi tu iwan takkan bangun pagi. malam tadi, iwan nampak excited nak bersekolah esoknya. tak sabar sungguh dia! abi dah belikan kasut, t-shirt, track suit, beg baru, gambar Ben10 lagi... katon kegemaran iwan. tu yang iwan excited sangat tu. so, jam 10 malam, iwan dah masuk bilik umi utk tido. haaaa, dah sekolah pun masih tido kat bilik umi lagi? iwan, iwan.....

pagi tadi, umi risau sangat, maklumlah first day sekolah. abi pergi sekolah lambat hari ni, semata-mata nak hantar iwan. abi tak kisah semua tu. demi anak tersayang. bila abi balik rumah dari hantar iwan, macam2 umi tanya abi.... iwan macam mana? duduk dgn sapa? macam2 lah. abi kata jangan risau. umi je yang risau lebih....

eeemmm....yang bestnya, amniy menangis sepanjang pagi tadi. masa iwan dah naik motor dgn abi pun amniy mengamuk nak ikut. amniy pun nak sekolah jugak. asyik bertanya, bila amniy nak sekolah. dan abi mengalah, terpaksa bawa amniy jalan2 naik motor seround. balik, senyum jer...puas la tu. walaupun tak dapat ikut hantar iwan ke sekolah, dapat jalan2 dgn motor pun jadi lah. tu la peel budak2,kan? sabo je la....

sepanjang iwan kat sekolah, umi macam tak boleh buat kerja kat rumah. umi berdoa sepanjang hari semoga dipermudahkan urusan iwan utk hari ni. umi harap sangat yang anak umi ni tak menangis kat sekolah. umi bagi sms kat abi, suruh abi call cikgu sekolah iwan, tanyakan tentang iwan. umi rasa lega, bila abi sms umi balik, kata iwan ok. cuma iwan senyap je. tak pe...baru first day. esok ok la,kan,iwan?

jam 12 tgh hari, umi dah kat depan pagar rumah. nak tunggu iwan balik. abi yang ambil iwan. abi keluar sekejap dari sekolah sebab nak ambil iwan. lega sangat hati umi bila tgk iwan balik dgn abi. abi pulak terus kembali ke sekolah sebab waktu persekolahan abi belum habis.

sampai je kat rumah, mulut iwan bagai bertih jagung. bercakap tak berhenti...iwan kata, iwan seronok sangat kat sekolah. hati umi bertambah lega. macam2 iwan cerita...pasal kawan, cikgu, main warna-warna, makan, dan macam2 lagi. umi sangat2 lega.... iwan cakap, iwan tak sabar nak tunggu esok pagi. iwan nak pergi sekolah lagi.

umi rasa kelakar bila iwan cerita, masa makan mee, iwan sorang je minta tambah mee kat cikgu. kawan2 iwan yang lain, semua tak tambah. lepas tu iwan kata, iwan macam nak tambah mee lagi, tapi iwan malu nak bagitahu cikgu. kesian iwan. tak kenyang ke dah makan 2 pinggan tu? balik rumah, iwan makan nasi 2 pinggan lagi...nampak sgt iwan lapar. rasa gelihati tgk gelagat iwan macam tu....

satu lagi yang buat umi kelakar bila iwan kata, pagi tadi lepas abi hantar iwan dan abi balik, iwan rasa macam nak nangis. tapi iwan tahan....hahahaha....bagus anak umi. umi tahu, anak umi ni kuat. tak cewek,kan? so, esok harapnya iwan lebih kuat. tak yah la nangis2.... iwan kan dah besar.

sekarang, masa umi tengah menaip entry ni, iwan sedang lena dibuai mimpi indah. penat sangat nampaknya tu. maklumlah, bangun pagi pun awal. kat sekolah lagi...mestilah penat,kan? tak pe...iwan tido lah. jgn malam nanti tido lewat, sudah yer.....

sebelum iwan ke sekolah pagi tadi, umi sempat mengambil gambar iwan. sebagai bukti anak umi ni dah pun bersekolah...hehehe. bangga umi.!!!



bergambar kat dalam rumah




ni kat luar rumah, sementara tunggu abi keluar.

Sunday, January 24, 2010

tak boleh pacak lagi....hehehe...

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.....

hari ni, umi gembira sangat. pagi tadi umi suruh abi mesin rambut anak-anak hero umi, dan abi berjaya melakukannya. terima kasih abi. selama ni umi rimas sangat tengok rambut iwan dan amniy. panjang dan sangat2 merimaskan. besar rambut dari kepala, dan hari ni, iwan dan amniy dengar kata umi dan abi utk memesin rambut. rugi betul tak snap gambar masa korang tengah mesin rambut tu.... tak pe la, yang penting rambut anak-anak umi dan kemas dan hensem....

iwan dan amniy, kalau rambut panjang sikit nak buat rambut pacak. rimas umi tengok. habis krim rambut abi korang kerjakan sebab nak pacakkan rambut. tak dapat krim rambut, air pun jadilah. kalau tiba-tiba tengok sinki basah semacam je, tau la sapa punya kerja. lepas ni, jimatlah krim rambut abi.




amniy yang suka sangat pacakkan rambut sebelum ni...





iwan pun sama, tapi iwan kurang sikit berbanding amniy



hari ni, rambut korang kena zasssss dengan abi....hehehe. umi yang paling gembira sekali.

Friday, January 22, 2010

hobi baru sofie

Assalamualaikum semua.....
bila berbicara tentang sofie, aku suka untuk kongsikan setiap cerita tentang puteriku itu dengan semua. aku tahu, ramai yang ingin mengetahui tentang sofie ( perasan la pulak umisofie ni). tak kisah la....yang penting, bercerita tentang sofie merupakan satu kepuasan buat diriku sebagai ibu.

sofie sekarang mempunyai hobi baru tau! siapa tahu, anak istimewa ini sangat suka membaca dan menulis....muhahahaha.... kelakar pun ada. sekarang ni, sofie pantang melihat abang iwan membaca, pasti dia akan mengesot (cara sofie bergerak, krn sofie belum pandai berjalan) ke arah iwan untuk mengambil buku yang iwan pegang. aku telah menyediakan beberapa buku bergambar buat sofie. dan beberapa hari kebelakangan ini, aku cukup gemar mengambil gambar sofie ketika dia sedang khusyuk membaca dan menulis. nanti aku akan kongsikan di sini.

nak tahu bunyi sofie membaca? dia akan bunyikan aaaaaaaa.... buwe,buwe,buwe.... upeh,upeh upeh,....te te te te.....ooooooo.....sambil jari telunjuk yang munggil menunjuk buku. hehehehe...memang lucu la sofie. sweet betul anak umi ni. sayang sofie. gelagat sofie membuatkan umi dan abi gembira...seronok! kalau tiba-tiba dengar bunyi macam tu keluar dari mulut sofie, pasti dapat meneka apa sedang sofie lakukan. dibawah ini adalah sebahagian aksi2 sofie yang sedang khusyuk membaca dan menulis yang sempat aku snap.


A B C D E F G...... tengoklah jari mungil sofie tu, dah baca sampai I dah....



teruskan pembacaan, lihat...jari dah menunjuk ke S....hehehe...



ni pic esok paginya, begitu khusyuk sofie melihat gambar di buku itu.


ada la yang sofie tak puas hati tu.... kenapa sofie?



ni nak menulis pula. abang iwan yang baik,bagi sofie pinjam pensil.



penatla, mi...nak posing pulak. nampak tak bantal tu? lepas je membaca sofie terus je buuummmm..... hehehe...

melihatkan sofie begini hati umi dan abi sangat-sangat terhibur. umi dan abi bangga, walaupun sofie dikategorikan anak istimewa, sofie mampu lakukan seperti anak normal lain. walaupun menunggu reaksi sofie sebegitu memakan masa 2 tahun, tak mengapa...umi sanggup tunggu, umi sanggup bersabar melihat setiap perkembangan sofie. kehadiran sofie tak pernah menjadi beban pada umi dan abi.... walaupun sofie selalu keluar masuk hospital, umi tak kisah..... umi dan abi tahu, Allah nak bagi pahala percuma pada umi dan abi. sofie janganlah risau, umi dan abi akan terus berusaha, buat apa pun untuk melihat sofie terus cerdas dan aktif seperti anak2 umi yang lain..... ketahuilah sofie sayang, umi dan abi sayang sofie... sayang sangat2.

terima kasih Ya Allah, sekalipun Kau kurniakan kami anak istimewa, kami redha...dan kami akan terus berusaha supaya anak comel kami ini sentiasa sihat. oleh itu, kami mohon pada Tuhan, permudahkanlah segala urusan pembedahan sofie. harapan kami menggunung tinggi melihat sofie sihat luar dan dalam. saat ini sofie sangat menderita di dalam, tapi disebabkan sofie anak yang kuat, nampak sofie seperti anak2 normal lain. kuatkalah hati kami, Ya Allah....amin.

Wednesday, January 20, 2010

menu tengahari yang simple!

dari pagi memikirkan menu untuk tengahari ini...nak masak sesuatu yang mudah dan simple. nak masa ikan keli atau talapia? akhirnya..... inilah hasilnya....



Ikan Talapia Tumis Cili Padi

ikan talapia - digoreng

bawang merah
bawang putih
cili padi
*semua bahan di tumbuk, nak sedap tambah sedikit belacan. aku tak letak belacan sebab abang tak boleh makan....
sedikit asam jawa.

- tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau, letak asam jawa sikit. kacau rata.
- masukan air sedikit, kalau nak kering tak yah tambah air. kacau.
- perasakan dengan garam dan gula - secubit rasa je...jgn lebih2.
- masukan ikan talapia yg dah digoreng tadi. siap. simple,right?

sayur pak choi bersos tiram

sayur pak choi
sedikit carrot
sesudu jagung manis (dlm tin)
bawang merah
bawang putih
sos tiram

- bawang merah dan bawang putih ditumis dengan sedikit minyak.
- masukan sesudu sos tiram. kacau rata...
- masukan hirisan carrot.
- akhir sekali baru masukan sayur pak choi dengan jagung manis.
- tak perlu garam, sebab sos tiram memang dah masin. siap dihidang.

ikan talapia dalam pinggan kuning tu utk anak2, sebab tak pedas. sedapnya makan dengan nasi panas....nyum..nyum...nyum....

ok, that`s all.... nak cepat ni, nak pergi hospital teluk intan, melawat FIL yang sedang sakit.

Tabung Sedekah!

Assalamualaikum semua...
hari ni, izinkan aku berbicara tentang salah satu cara mendidik anak-anak dan ahli keluarga kita bersedekah. bersedekah satu amalan yang sangat mulia. jadi, marilah kita sama-sama bersedekah supaya kita akan semua akan dapat menfaatnya di kemudian hari.

begini, satu hari tu, abang mendengar satu kuliah di surau, dan di dalam kuliah tersebut ada disarankan oleh ustaz supaya setiap rumah menyediakan satu tabung khas untuk ahli keluarga bersedekah. bila tabung tu dah penuh, bolehlah disedekahkan ke masjid atau surau atau tempat2 yang kita rasa wajar.

ekoran dari itu, abang telah sediakan satu tabung khas kat rumah aku supaya aku dan ahli keluargaku boleh bersedekah. kita niatkan sedekah lillahi taala. ajak anak2 sekali. setiap hari, lepas solat subuh, masukkan duit seberapa banyak yang kita nak... seringgit ke, seposen ke, lima posen ke...tak kisah la, yang penting masukkan! iwan dan amniy, aku bagi sorang lima posen, pastu suruh dorang masukkan dalam tabung tu. tabung tu aku letakkan atas peti sejuk supaya mudah nampak dan tak lupa untuk bersedekah.

aku cuba nak amalkan amalan mulia ini. nanti, bila tabung tu dah penuh, niatnya nak hantar kat surau taman perumahan tempat tinggal aku. tak pun nak sedekahkan kat masjid.....eeemmmm, mudah2an, amalan mulia ni tak hangat2 tahik ayam. hehe... semoga Allah kuatkan hati kami untuk terus bersedekah.




inilah tabung yang aku sediakan untuk keluargaku bersedekah.
tabung biasa jer...tak la cantik mana. yg pentingkan niat.hehe

Tuesday, January 19, 2010

sejarah sofie

Assalamualaikum... salam muhibbah

aku sebenarnya ingin sekali berkongsi dengan kawan-kawan yang mengikuti blogku cerita tentang anak perempuanku, Sofie Mariah. seorang anak istimewa. aku melahirkan sofie secara ceaserean. sebabnya, masuk minggu 36 semasa aku mengandungkan sofie, kandunganku breech/songsang. tunggu punya tunggu, baby dalam kandungan tak pusing ke bawah. dan doktor kata, selalunya kalau dah 36 minggu baby tak kan pusing lagi...terus je tetapkan tarikh pembedahan.

10 disember 2007, tarikh keramat bagiku. pertama kali masuk ke dewan pembedahan, hati berdegup kencang. sebenarnya, macam2 masalah menimpaku sewaktu nak melahirkan sofie. abang tiba2 demam kuat, sampai tak kuat nak bangun, badan menggeletar. aku bersalinkan sofie tanpa suami disisi. selepas aku bersalin, baru aku nampak muka abang. lagipun abang kena jaga iwan dan amniy, jadi kalau abang sihat pun abang tak kan temankan aku. hanya restu dan doa dari suami yang aku harapkan waktu itu. yang lain, semuanya aku selesaikan sendiri. abang tahu, aku ibu yang kuat....huh! sekuat mana la aku ni.

selesai bersalin, aku dinaikkan ke wad...masih dalam keadaan mamai, kesan dari ubat bius. aku bertanya pada nurse, dimana babyku? aku nak tgk sgt babyku...aku gembira, sebab impianku untuk mendapatkan anak perempuan tercapai, alhamdulillah. tapi, nurse kata, nanti dulu, babyku ada masalah sikit. hati jadi tak keruan. masalah apa? aku tetap tenang dan diamkan diri. tak nak fikir perkara2 yang tak elok.... malam tu, baby masih dikawal oleh nurse. aku tido tanpa baby disisiku... disebabkan kesan ubat bius tak hilang lagi, aku hanya tidur dan tidur. hari pertama aku melahirkan sofie, aku langsung tak menyusukan sofie..... mungkin sofie diberi FM oleh nurse.

keesokan paginya, 11 disember 2007, nurse bagi baby kepadaku. gembira aku bila tengok baby girl aku. apa masalah yang nurse tu cakapkan semalam? aku tak tahu lagi. tengok babyku ok je, comel, nampak manis...aku gembira. aku belek2 tangan kaki sofie, hidung, mata dan semua pancaindera cukup. jadi apa masalahnya....?

dan tiba2 datang seorang doktor peadiatrik, perempuan, cina. Doktor Lisa,namanya.... soalan pertama dia tanya aku, adakah aku berkahwin dengan saudara sendiri, maksudnya, adakah suamiku sepupu aku? oh tidak,doktor. aku dengan abang tak de pertalian darah pun... aku nampak doktor anggukan kepala saja. doktor belek2 bayiku, dan akhirnya, dia bersuara.... " mom, sorry to say, baby u ni ada down sikit..lagi pun jantung baby u ada sikit problem" pada mulanya aku tak faham apa yang doktor tu katakan. aku bertanya " apa maksud doktor?" dan doktor pun jelaskan......" baby u disyaki down sindrome. ada pulak masalah jantung "....hati ibu mana tak luluh mendengar penyataan doktor sebegitu. dalam keadaanku yang masih lemah, mana mungkin aku boleh terima keadaan tersebut. dan doktor nak berjumpa abang juga....

aku terus call abang yang ketika itu ada dirumah. abang akan datang ke hospital waktu tengahari. bila abang datang, seorang doktor lain pula datang berjumpa dengan kami. rupanya, doktor tu ialah boss kepada doktor lisa tadi. doktor khoo namanya...., dan dia juga telah mengesyaki babyku down. aku masih shock! air mata bagai mahu mengalir .... doktor mencadangkan agar kromosom test dijalankan untuk memastikan sama ada anakku itu betul2 down sindrom. doktor juga minta aku dan abang bawa sofie ke IJN utk buat echo, terus je doktor tetapkan tarikh. so, kromosom test di LPPKN, dan echo di IJN....banyak nye tempat nak kena pergi.

sebelum menjalani ujian tersebut, aku semakin kuatkan hati. sokongan dari ahli keluarga menguatkan semangatku...mak, abah, adik beradik iparku, ahli keluargaku semua banyak membantu memberi kata-kata semangat. kalau ikut hati, air mata ini asyik nak mengalir bila terpandangkan sofie. dan sejak mengetahui sofie yang down sindrome...ada pula masalah jantung, bermulalah episod sofie keluar masuk wad di sebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. hampir setiap bulan aku dan sofie menjadi penghuni wad 8c, HSB. yang paling lama, aku dan sofie menjadi penghuni wad kanak-kanak di hospital Ampang.

aku sebenarnya, sangat terharu dengan kata2 semangat dari semua sahabatku, terutama, sahabat di RH. ada ucapan rakanRH kepada sofie di forum.... aku berbesar hati merakamkan ucapan terima kasih atas doa kalian buat kesihatan sofie....

dan aku cuba google berbagai maklumat mengenai down sindrome. secara ringkas dan kesimpulannya, inilah yang aku dapat. inginku kongsikan maklumat ini bersama kalian. dan aku akan kongsikan maklumat tersebut di entri seterunya.

sofie semasa kecil...





kedua2 gambar ni masa usia sofie 8 bulan.

walau macam mana pun keadaan sofie, umi dan abi tetap terima sofie. sofie anak umi dan abi. umi redha dengan ketentuan Allah ini. Allah telah amanahkan umi dan abi untuk menjaga dan memelihara penghuni syurga. Allah nak bagi pahala yang banyak pada umi dan abi. sofie sabar ye....umi dan abi akan usahakan apa sahaja supaya sofie sihat seperti kanak2 lain. ada hikmahnya kenapa umi tak kerja luar, Allah nak bagi umi dan abi anak seistimewa sofie. umi bersyukur dengan kehadiranmu, sayang. kehadiran sofie dalam keluarga kita, membuatkan umi rasa, umilah insan terpilih utntuk menjaga ahli syurga.... insya Allah, umi akan sentisa kuatkan hati....umi dan abi sayang sofie...

rasanya, inilah entri aku paling panjang.....harap tak membosankan bagi yang membacanya.

Monday, January 18, 2010

saya dah meniarap!

salam semua sahabat umi...
saya nak celoteh kejap, boleh? heheheh....
saya gembira, sebab saya dah makin besar dan besar. dalam usia saya yang dah 3 bulan ni, baru saya pandai meniarap. kalau dulu saya cuba nak meniarap, tapi tak berjaya. sebabnya, saya ni bulat dan debab. kali ni, saya berjaya...yea! yea! petang tadi umi sempat snap gambar saya masa saya meniarap. kawan2 umi nak tgk ke ?


yea! yea! saya dah berjaya....



hai,umi... saya senyum sikit utk semua.



boleh tak saya senyum lebih sikit, bagi comel...hehehe...saya memang perasan comel.




tolong saya,umi. saya dah penat!

kalau semua kawan umi nak tahu, saya masih belum pandai baring semula lepas saya meniarap. jadi, kalau saya penat, saya akan menangis minta tolong umi.... ni la rupa saya minta tolong. hehehe... jangan gelakkan saya tau!

lepas ni kalau saya pandai buat apa pun umi akan rakam setiap aksi saya...saya nak kawan2 umi tgk saya...

Sunday, January 17, 2010

ratu hatiku? eh, ratu solowangi?

semua pernah dengar lagu ni,kan?

" ibu.... ibu....
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu.... ibu.....
engkaulah ratu hatiku"



one day, anak aku yang sulong,iwan nyanyikan lagu ni. time tu aku tengah melipat kain.
nak tau dia nyanyi macam mana?

" umi.... umi....
engkaulah ratu solowangi
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
umi..... umi....
engkaulah ratu solowangi"

aku dengar, punya la gelak. bertuah punya anak! ni semua gara-gara terpengaruh dengan cerita cucu betong. ni cucu betong dah habis, bila iklan tu keluar, rasa nak gelak sendiri.
tu la...gelagat anak2 pintar....
macam mana pun aku tetap menganggap anak2ku anak pintar.

pandainya anak umi dan abi!

semalam, seusai maghrib, abi sofie nak mengaji. dan sofie bergegas ke arah abinya. lihatlah apa yang sofie lakukan.



sungguh2 nampaknya sofie mengaji al-Quran yer....lihatlah betapa khusyuknya dia. umi snap pic pun dia tak peduli.



"Bismillahirrahmanirrahim...." sayang,sofie....mmmmm

pandai sangat anak umi dan abi ni....tapi, sayangnya, mana tudung sofie? tak kan sofie mengaji tak pakai tudung? tak pe la....sofiekan kecik lagi. hehehe....

semoga sofie menjadi anak yang membanggakan abi dan umi yer....solehah!

wah! satu yang membanggakan!

assalamualaikum semua...
tiada apa yang menggembirakan hati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti sofie apabila melihat setiap perkembangan anak tersebut. begitu juga dengan aku dan keluarga, especially my hubby. kami bangga melihat sofie sekarang... rasa tak sia-sia segala usaha kami utk melihat sofie terus maju.

sekarang sofie dah pandai memanjat. pada usia 2 tahun baru sofie boleh lakukan aktiviti itu. sangat membanggakan kami. lihatlah gambar2 yang sempat aku snap ketika sofie memanjat tangga...semalam dan kelmarin....dan sekarang, sofie begitu asyik dengan aktiviti barunya itu.



sofie cuba untuk melangkah anak tangga seterusnya...



ini pic sebelumnya, sofie sedang berusaha berdiri utk memanjat anak tangga



sofie penat la,mi. nak rest jap....



muncung sikit sofie....hai, sofie, sofie!



sambung pendakian... sempat lagi nak berposing,yer... go,sofie. go!!!

itulah sedikit sebanyak gelagat sofie ketika sofie memanjat tangga semalam. letih juga umisofie ni nak melayan. mana lagi nak menjaga sofie mendaki, pegang camera lagi...rugi woooo, tak rakamkan apa yang sofie lakukan. bukan senang nak dapat moment berguna macam tu. kita sebagai ibubapa sangat2 berbangga, anak kita tak macam anak normal lain. jadi, setiap aktiviti dia pasti dirakam...dan kalau boleh divideokan sekali. camera? memang tak lepas dari pandanganku.

semoga sofie terus maju dan maju. paling tak sabar melihat sofie berjalan seperti kanak-kanak lain. dan paling tak sabar, menunggu sofie bercakap....tak pe. umi dan abi akan sentiasa sabar menunggu.

Saturday, January 16, 2010

Sign, please!

aku dok jalan2 kat blog chenta ledibet, aku nampak benda ni.... terus berkenan nak create.
tq, ledibet....
so, pada kengkawanku semua, sambil2 menyinggah blog aku ni, signler.... click je kat "sign this guestbook" tu, tanda persahabatan yang terbina. saja je nak tambah entri. dan nak tengok ada ke yang bertandang ke blog aku ni. hehehe....




thank you very much, pada yang sudi menyinggah blog yang tak seberapa ni....sayang korang!

Friday, January 15, 2010

bicara anak montel- hijaz muhammad-

Assalamualaikum kawan2 umi....( eh, ada ke kawan2 umi yang baca blog umi ni?)


ini saya


kali ni saya pulak nak berbicara, tapi, yang jadi tukang taip, umi saya. asyik umi je yg membebel dlm entri, saya pun nak bebel jugak.

seperti yg kawan2 umi sedia maklum, nama saya Hijaz Muhammad. abi yang bagi nama tu kat saya. sedap,kan? sweet je nama tu... ( perasan la anak aku tu, umi cakap dalam hati) hehehe.... ala umi ni, saya nak perasan sendiri pun tak boleh....(sambil cebik bibir)

usia saya baru 3 bulan. masa saya lahir, berat saya cuma 3 kg jer. sekarang kan, berat saya dan 6.5kg... saya memang tembam dan bulat. umi suka panggil saya budak ebab yang ebok. kenapa saya bulat cam ni? ni semua sebab saya minum susu umi je. sebab umo saya baru 3 bulan, saya tak makan apa2 solid food lagi. kalau saya makan, sian kat usus saya yang baru nak membesar. jadi, umi cuma bagi saya minum susu umi je. sayang,umi...

lagi pun susu umi berkhasiat. saya suka sgt. tak de susu yg lebih berkhasiat dan lebih baik daripada susu umi. jadi, saya memang tak pernah minta abi belikan susu lain untuk saya. saya nak minum susu umi selama mana yg saya mampu.

saya nak cerita sikit la pasal adik beradik saya kat aunty2 semua. saya ada 2 orang abang. abang2 saya sayangkan saya. dorang selalu cium2 saya...kadang sampai rimas saya dibuat dek abang2 saya tu, pastu saya nangis sebab abang2 saya suka cium-cium saya. pastu kan, umi mesti marah abang2 saya tu. tapi saya tak kisah semua tu...sebab saya tahu, abang2 sayangkan saya. saya pun sayangkan dorang..... abang saya yang sulong namanya, Ikhwan Hubby. yg kedua, Amniy Mahfuz.





inilah abang2 saya yang saya cerita tadi.


saya juga ada seorang kakak yang comel dan cantik. semua sedia maklum nama kakak saya,kan? tapi saya nak bagitahu jugak. kakak saya bernama Sofie Mariah. kat rumah semua orang panggil Kak Cik. kak cik saya cantik dan lawa.... saya pun sayangkan kak cik.

tapi,kan aunty, kak cik saya anak istimewa. sian kak cik. doktor kata kak cik down syndrome. pastu kak cik ada masalah jantung. saya sebenarnya byk mengalah dgn kak cik. kak cik perlukan perhatian lebih dari umi dan abi. saya tak kisah semua tu. sebab saya tahu, umi dan abi tetap sayangkan saya dan abang2 saya. tu sebab dalam blog umi ni, umi banyak cerita pasal kak cik. nak tgk rupa comel kak cik saya? kalau aunty tak mo tgk pun tak pe, saya nak tunjukkan jugak...heheheh...




haaa...inilah kak cik saya. saya siap interpremkan muka umi sekali. jgn marah ye,mi....
kak cik saya cantik,kan?

rasanya, cukuplah takat ni bebelan saya untuk aunty2 semua. umi dah panggil saya suruh saya tido ni. saya pun rasa penat sebab bercerita banyak sangat. sayakan baby lagi. tu sebab saya cepat penat dan rasa mengantuk. lain kali aunty2 jgn la jemu baca cerita saya yer... saya ni suka bercerita. suka sangat sampai umi dah tak larat nak layan. umi suka suruh abi yang melayan saya kalau saya bercerita. tgk ni, kan susah saya nak berhenti....ok la aunty2, saya berhenti dulu. saya nak tido ni...bye....

Thursday, January 14, 2010

susahnya sofie nak tido....masih meragam!

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim....

sofie gelisah sepanjang hari ni. tak tahu apa yang membelenggu dirinya. aku syak dia gatal2 badan, rasa tak selesa. sapu krim yang ambil dari farmasi HSB semalam, krim beracun. susah nak sapu pada badan sofie. sofie suka menggaru dan suka hisap jari. akhirnya, aku hanya sapukan bedak aloe vera. semalam, doktor Biola kata, bintik2 merah pada badan sofie bukan demam campak seperti yang aku jangkakan, sebab suhu badan sofie cuma 36 darjah calcius jer....maknanya, sofie memang tak demam.

dan doktor kata sofie alahan. tiba2 pulak sofie kena alahan....sebelum ni ok jer. benda ni yang buat sofie gelisah sepanjang hari. hijaz pun terpaksa mengalah dengan kak ciknya itu. buaian dirumahku ada satu je. disebabkan sofie tak berapa sihat, sofie yang tido dalam buaian. hijaz terpaksa tido sambil bergantung dengan uminya ini...aduh, susah nak buat kerja lain. hijaz asyik nak ngempeng....

dan malam ni, sofie tak mahu tido. banyak pulak ragamnya.... akhirnya, aku bawa sofie online sekali. seronok betul dia dapat duduk depan pc sambil menekan2 keyboard. mujurlah hijaz dah tido. kalau tak letih juga nak layan anak2ku yang masih kecil ni. bila sofie dah asyik nak menekan keyboard, aku pula susah nak update entri. kejap2 keluar benda lain...sofie,sofie....

tengokla aksi-aksi sofie yang sempat aku snap masa aku nak online. sibuk nak menaip jugak, nak ngacau umi menaip ye sofie ni.....suruh tido, tak mau tido....


sofie....sibuk nak buka sampul camera




sofie nak tolong umi tekan keyboard,yer...



hai sofie, baaa chaakkk....



sambung semula menaip. bz betul sofie ni ye. umi nak guna la, sayang...

hai la sofie sayang, tido la.... umi nak buat kerja ni.....

Wednesday, January 13, 2010

sofie ke hospital

salam muhibbah semua.

tak de apa nak di catatkan pada entri ini.
cumanya, sofie ke hospital lagi...

sekali lagi hari ni sofie ke HSB lagi. check up pead clinik dan ENT.
aku tak ikut pun...sofie pergi dgn abi jer. umisofie jaga anak2 lain di rumah.
risau juga ni, keadaan sofie yang belum sembuh sepenuhnya.
demam campak..... sian, seluruh badan dah penuh dengan bintik2 merah.
dan...hari ni bintik merah dah turun di peha dan kaki.... muka jgn cerita la.
yang paling risau, bila doctor minta admit ward....ahhh! harapnya tidak!

semoga sofie pulang bersama abi ke rumah tengahari ni....

kawan-kawan doakan sofie cepat sembuh yer....sian la kat sofie dan umisofie ni.
sekian untuk kali ni. kita sambung cerita di entri akan datang.

surprise from hubby!

salam semua....
kegembiraan semalam masih bersisa.... untuk selamanya.
lihatlah apa yang aku dapat dari suami kesayanganku....
jeng...jeng...jeng...



seronok dan gembira hatiku.
setelah sekian lama aku menanti untuk dapatkan benda ini.
aku tak kisah pun berapa nilainya... murah atau mahal, bukan persoalan.
yang penting keikhlasan dan aku dapat manfaatkan barang yang suamiku hadiahkan ini.
terima kasih, abang!
i love u so much...


Tuesday, January 12, 2010

kuih kasuwi

salam semua...
pagi tadi macam blur nak buat makanan apa. cadangnya nak buat kuih apam gula hangus. bila tengok bahan tak cukup
, cancelkan niat. fikir punya fikir....dapat pulak idea nak buat kuih kasuwi. bukan semua orang minat dengan kuih ni. maklumlah, kuih orang lama. btw, rasa macam nak share la ngan peng'follow' resepi kuih kasuwi..... sebelum tu, nak tunjuk la sikit hasil kuih kasuwi yang aku buat pagi tadi. tak dela cantik mana pun.....tapi, ok la. sedap.... ! tak de rasa kapur macam yang selalu aku beli kat luar.

kuih kasuwi yang baru dimasak. belum potong lagi sebab panas.

haaa...inilah kuih kasuwi yang sudah siap untuk dingap...!

bahan-bahan untuk membuat kuih ini:

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama.


caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

jangan lupa membaca Bismillah sebelum makan.....

sofie meragam, dan meragam lagi.....

Bismillahirrahmanirrahim
sofie meragam lagi hari ni. sejak bangun tido pagi tadi, keadaan sofie amat tak memuaskan hatiku.
kenapa sofie ni?

pagi ni selesai aku bagi ubat-ubat untuk jantung, terus bagi PCM, sebab badan sofie panas. berapa suhu badan sofie? n
tahlah... sejak termometer rosak ni, susah betul nak check suhu badan sofie. kena beli lagi...tapi, ntah bila nak beli.

lepas bagi PCM, sofie mengamuk, menangis semahu-mahunya. sofie memang tak suka makan PCM. kalau demam masa di wad, nurse bagi PCM, aku selalu buang PCM tu kat sinki. sebab tahu sofie akan muntahkan balik. dan pagi ni, cuba jugak bagi, habis semua ubat yang sofie makan muntah semula....puas juga nak pujuk sofie. dan akhir sekali, cara pujuk sofie, bawa sofie ke sinki, bagi dia bermain dengan air... basuh muka
dan lap2 badan sofie. baru sofie lega dan diam dari menangis.

pastu sofie boleh bermain sendiri dan akhirnya sofie tertido sendiri. depan pintu rumah pulak tu.. tak dapat buaian sebab hijaz tgh tido dalam buaian. aku pula sedang sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur untuk iwan dan amniy. bila aku ke depan, tengok2 sofie dah lena tido atas lantai...sian, sofie.



aksi-aksi sofie tidur

sian,sofie...umi sibuk kat dapur, sofie dah tido kat depan pintu atas lantai

sempat lagi snap pic sofie yang tengah mamai-mamai bangun dari tido.




HAPPY BIRTHDAY TO ME!



Raza4u.com Get -Graphics


12 JANUARI, 1981.... aku dilahirkan ke dunia oleh ibuku yang tersayang. terima kasih umi kerana melahirkan dan membesarkan fiza dengan penuh kasih dan sayang.... dan terima kasih abi, kerana memberikan kasih yang tak berbelah bagi, walaupun fiza sering kecewakan hati abi dan umi. maafkan fiza!

dan hari ini usiaku 29 tahun. pejam celik,pejam celik, hidupku dikelilingi oleh suami yang tercinta dan anak-anak yang ku sayangi.... terima kasih buat suamiku kerana sudi menjadi teman sehidup sematiku, terima kasih atas pengorbanan kasih sayang, dan terima kasih juga kerana sabar melayan karenahku yang pelbagai.....

buat anak2ku, umi bangga menjadi ibu pada kalian. umi berharap kalian menjadi anak-anak soleh dan solehah....

alhamdulillah...syukur kupanjatkan padaMu ya Allah, kerana Kau panjangkan usiaku hingga ke hari ni. semoga hidupku dan keluarga dilimpahi kasih sayang Allah, dan murahkanlah rezeki kami sekeluarga, ya Allah......

sofie meragam,umi sakit perut!!!

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim...

hari ini, sangat memenatkan bagiku sebagai ibu. dari siang semalam, tak sempat nak online, nak berforum, nak berfacebook atau nak update entri kat blog yg baru nak menjadi ni....
ntah apa sebab, sofie meragam sejak bangun tido pagi semalam.
check punya check, masa nak mandikan sofie, badan sofie depan belakang penuh dengan bintik2 merah.... terkejut aku! sian, sayang....macam gatal je gayanya. tapi tak nampak pun sofie macam nak menggaru je.

dan bila check semula, suhu badan sofie panas....sofie demam lagi! tu sebab dia meragam...akhirnya aku macam dapat keputusan, mungkin sofie kena campak! sian anak umi....yang peliknya, bahagian badan depan belakang je...
kaki, tangan, tak de pulak. muka sofie ada la sikit bintik2 merah tu....dah comot dah anak umi ni,yer...

petang tadi, aku bagi sofie makan PCM...mujur la sofie mahu makan. dan lepas maghrib, sofie agak kurang ragamnya. mungkin dia lebih selesa lepas diberi PCM. tapi, yang paling tak bestnya, selera makan dan minum sofie amatlah berkurangan hari ni. buat bubur untuk sofie, sofie tak nak makan...susu pun kurang. sgt sedih tgk sofie cam tu....sabar ye, sayang! umi harap keadaan sofie akan berubah esok hari....,insya Allah.

dan aku pula....sakit perut sepanjang hari ni. nak buat apa pun tak boleh. ni semua gara2 makan ikan cencaru cicah air asam yang terlebih masam.... bahananya aku yang tanggung sampai ke malam. hijaz pulak asyik nak ngempeng. belum ragam sofie lagi. dugaan, dugaan....

dan, kepada fiza, ingatlah, setiap sakit yang Allah datangkan pada kita adalah sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang kita lakukan....bersabarlah. ingat Allah selalu!

Sunday, January 10, 2010

ke pantai lagi...bersarapan!











khusyuknye hero2 ni makan nasi lemak














pemandangan pantai remis,jeram


hari ni ke pantai lagi....bawa anak-anak bersarapan di tepi pantai. nak kata pantai yang indah tak juga, tapi ok la. dan itulah pantai yang paling dekat dengan rumahku. pantai remis, jeram....


bangun seawal pagi, buat nasi lemak lauk ikan keli...ulam daun selom...bawa ke pantai. iwan dan amniy, lepas je makan tak sabar nak bermain pasir. nak buat istana pasir. tapi, pantai yang kami pergi ni tak best utk mandi, dan bukan pantai untuk mandi pun... pantai lumpur. ok la kalau nak menikmati pemandangan dan berkelah sambil makan2.... sian anak2ku...teringin sangat nak mandi pantai. ada je halangan nak bawa dorg ni.... lain kali kita pergi,yer.....

dan sepanjang di pantai remis, iwan dan amniy bermain dengan pasir dan lumpur.... muka pun jadi hitam. biasala, bila dah berjemur tengah2 panas.... aku hanya melayan sofie dan hijaz di tepi pantai.....

aku tak kisah hubby nak bawa aku dan anak-anak kemana pun. janji, setiap minggu mesti keluar dari rumah. hilangkan bosan...duduk dirumah je, tentulah bosan.

minggu depan adakah destinasi yang sama arah tuju kami sekeluarga? kita tunggu dan lihat. hehehe...