Friday, July 30, 2010

Sedikit ilmu mendidik Sofie. Saya kongsikan....

Beberapa hari ini, saya tercari-cari topik yang sedikit berfedah untuk saya dan semua pembaca. Blog ini banyak bercerita sekitar kehidupan semua anak-anak saya terutamanya Sofie Mariah. Dan untuk waktu ini, saya cuba mengorek beberapa perkara yang mungkin saya terlepas pandang dalam memberi pendidikan kepada Sofie. Sungguh, sedikit perasaan kesal. Tapi, saya masih belum terlewat.... Sebenarnya, sebelum ini ada juga tercari2, tapi kekangan waktu untuk saya menghadap komputer lebih lama menyebabkan saya abaikan seketika hasrat di hati.

Saya terjumpa satu laman Mengenali Sindrom DownBanyak yang saya belajar di situ. Antara yang saya dapat:

Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
  • Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak2 SC. Ketenangan dan kemesraan dalam keluarga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
  • Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka
  • Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
  • Disiplin perlu diterap pada awal usia. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
  • Perlu diberikan pujian pada setipa kecemerlangan yang telah dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur 
Ini penting untuk saya saat ini kerana dalam usia Sofie 2 tahun 7 bulan, (hampir 3 tahun Disember nanti) Sofie belum mampu bertutur. Saya sedikit risau melihatnya. Bukanlah saya ingin memaksa dia sangat, cumanya, perasaan seorang ibu itu pasti gembira bila anak istimewa ini mampu mencapai sesuatu yang membanggakan seperti kanak-kanak normal lain. Mungkin langkah tersebut perlu saya kerapkan bagi merangsang Sofie untuk terus bercakap:
  • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mareka.
  • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka
  • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak balas mereka dan beri peluang mereka menjawab.
  • Gunakan ayat yang pendek dan bahasa mudah difahami
  • Sambil bertutur buat aksi atau lakonan
  • Latihan berterusan.
  • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
  • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
  • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
  • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibubapa:
  • cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru adalah melalui boneka
  • pilih alat permainan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
  • sediakan bahan sampingan untuk permainan khayalan
  • jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu
  • boneka pilihan atau kesayanan, dapat dijadikan pendorong
  • apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian
  • jangan biarkan kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak balas daripada rakan. 
Kepentingan permainan
Permainan penting dalam membantu tumbesaran setiap kanak-kanak. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.

Permainan selidik dan rajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip san membelek objek
- mengigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai untuk mendapatkan tindak balas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.

Permainan membina dan kognatif
- misalnya, mencantumkan gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna

Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi

Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak

Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal

Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi


Pemilihan Alat Permainan

Umur

Permainan

0 - 6 bulan

Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit

6 - 12 bulan

Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
permainan cantum bina

12 - 18 bulan

Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
bercorak, bol, ai, buku bergambar

18 bulan -

Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka


Nota Umisofie:Saya sedang cuba untuk perbaiki mana2 kelemahan saya dalam mendidik Sofie selama ini. Mungkin artikel yang saya copy paste ini sedikit sebanyak membantu perkembangan mental dan fizikal Sofie.

Tuesday, July 27, 2010

Tak jadi upload video Hijaz, entry biasa pun jadilah

Aduhai...pening dah saya ni. Tadi mula2, nak uploadkan satu video berkaitan aksi dan gelagat Hijaz. Tiba-tiba, bila dah publish, tak menjadi pulak. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar ni. Saya pun memang belum pernah upload video dalam blog ni. Kononnya nak mencuba la....tak menjadi la pulak. Aduhai.... ye, ye la tadi...dah publish status kat FB. Huhuuhuhu, buat malu kaum je Fiza. Jangan gelakkan saya yer...

Tapi, tak mengapalah...demi pembaca semua, saya  'update'kan jugaklah entry ni. Video tak ada...sebab tak pandai lagi. Saya nak update pasal Hijaz. Sebab Hijaz pun tak berapa sihat sekarang ni, tengah selsema dan demam sikit. Jadi Hijaz tak boleh nak berceloteh panjang macam selalu. Biar umi Hijaz ni yang cerita pasal Hijaz yer...hehehe....

Usia nak masuk 10 bulan, Ogos nanti. Makin aktif dan ceria. Bersahabat baik dengan kak chik. Sangat2 kamceng dan rapat. Mana kak chik pergi dia ikut. Dalam usia 9 bulan sekarang, Hijaz ligat bermain tangga, naik tangga sangat2 laju dan cepat. Kalau umi dia ni nak kejar dapatkan Hijaz di tangga, lagi laju langkahnya. Lucu betul tengok budak debab ni. 

Tapi, berat Hijaz tak naik sangat. Bulan lepas dalam 8.7 kg je, bulan akan datang ni, wallahu a`lam. Tengok je la nanti. Mungkin sebab Hijaz sekarang semakin lasak. Jadi, tenaga banyak dihabiskan pada bermain dan memanjat. Tentang manja tu, jangan katalah...pantang umi lari dari pandangan, pasti menangis. Huh, umi Hijaz ni kadang2 macam 'sengal' jer...huhuhu. Mana taknya, nak buat kerja amatlah susah. Pergi ke dapur, dia nak ikut, jemur kain, dia nak ikut, masuk bilik air nak tunaikan hajat pun dia nak ikut....eh, tak, dia nangis je. Takkan la saya nak bawa sekali,kan. Saya biar je dia nangis kat luar. Hehehe...Padan muka dia!


Satu lagi, sekarang ni sangat pandai, bijak dan cerdik.....dah perasan umisofie ni, puji anak sendiri. Sapa lagi nak puji anak kita, kan, kalau bukan umi dia sendiri...hehe. Hijaz pandai bertepuk tangan tau. Elleh...anak orang lain pun pandai tepuk tangan jugak la...... Bukan apa, selama ni saya ajar Hijaz tepuk tangan, dia tak nak. Abang2 Hijaz tepuk pun dia tengok je sambil buat muka comel dia tu. Tapi, sejak dua menjak ni, pantang....kalau kita nyanyi lagu :
tepuk amai2, 
belalang kupu2, 
tepuk Hijaz pandai, 
umi upah susu.

susu lemak manis,
santan kelapa muda,
Hijaz jangan nangis,
umi buat kerja.
Dengar je lagu ni dinyanyikan, pasti tangan gebu dia tu bertepuk. Ibu mana la tak geram, aksi lucu yang menghiburkan hati.

Hijaz juga sudah boleh berdiri lepas tangan. Tak lama lagi dapat langkah la tu. Lawan dengan kak chik sapa jalan dulu. Saya nak mereka jalan serentak. Kalau kak chik jalan dulu pun ok. Boleh tolong Hijaz belajar berjalan pula. Nanti dua anak kecil saya yang bagai kembar ni, mesti seronok dapat jalan2. Alahai...mesti cute miut,kan? Terkedek-kedek jalan macam anak itik. Huhuhu.....

Ok.... sekian dulu bicara tentang Hijaz Muhammad. Akan datang, mungkin Hijaz sendiri akan berceloteh, tapi di taip oleh uminya. :)

p/s: sekarang....ntah kenapa, saya lebih suka tepek gambar yang diedit seperti di atas...mungkin sebab saya takut kaota gambar saya hampir tamat, tak juga...banyak lagi rasanya. sebab, cara ini lebih jimat....mungkin akan dtg, saya akan ubah cara lama saya kot... :D

Monday, July 26, 2010

Update Sofie bertemu doktor kardiologi

Pagi tadi saya saya buat entry yang menyatakan Sofie ke IJN, bertemu dengan doktor kardiologi, selepas 4 bulan Sofie selesai menjalani pembedahan. Sofie bersama abisofie pulang ke rumah agak awal berbanding biasa. Selalu, kalau ada appointment IJN, jam 3 petang baru sampai rumah. Hari ini, memang teruja sangat, jam 12.30 tengahari Sofie sudah sampai. Seronok saya!

Ok, menurut abisofie, Sofie bertemu dengan seorang doktor dari Palestin. Doktor Rahim, pernah beberapa kali saya bertemu dengan doktor ini. Pertama kali saya bertemu dengannya bersama Doktor Chiam dari HSB. Doktor Chiam kata, English dia susah sikit nak faham. Saya pun susah nak faham sebenarnya. Ke sebenarnya saya memang tak faham? Abisofie kata, ok je English dia. Huhuhu....

Berbalik kepada cerita asal saya, Sofie pulang penuh kegembiraan. Abisofie melaporkan pada saya, yang jantung Sofie baik2 saja. Doktor memberitahu yang jantung Sofie hampir kepada jantung kanak-kanak normal. Cuma, ada sedikit masalah kecil pada jantung Sofie. Tapi, semuanya tak perlu risau kerana ia tak membahayakan. Masalah bagaimana pun tak saya tahu. Ya juga la,kan...dah namanya manusia yang perbaiki. Jadi, mana mungkin sama dengan kesempurnaan kejadian Allah Ta`ala. Yang penting kita berusaha memperbaikinya. Mohon sajelah dengan Allah Ta`ala, semoga terus diberi kesempurnaan buat jantung Sofie.

Doktor hampir memberhentikan ubat2 yang Sofie makan sebab tengok Sofie sudah kelihatan baik. Tapi, tak jadi, doktor cuma turunkan dose ubat saja. Insya Allah pada temujanji akan datang, ubat Sofie akan diberhentikan. Untuk rekod, Sofie makan 3 jenis ubat selepas pembedahan, iaitu: Frusemide Syrup, Sildenafil Syrup dan Captopril Syrup. Sebelum pembedahan, Sofie makan 1 lagi ubat tambahan iaitu Spironolactone Syrup. Lepas pembedahan Spironolactone diberhentikan dan digantikan dengan Sildenafil. Saya ni sangat2 berharap doktor berhentikan ubat. Tak sanggup sangat melihat Sofie menelan ubat2 tersebut, siang, malam, pagi dan petang! Sejak Sofie berusia sebulan Sofie menelan ubat2 tu, sampai sekarang sudah 2 tahun 7 bulan. Mungkin tunggu appointment akan datang baru doktor nak berhentikan ubat. Appointment akan datang pada bulan Oktober. 

Wajah2 ceria si gadis saya selepas pulang dari IJN tengahari tadi

Kesimpulannya, selepas berjumpa doktor IJN, kesihatan jantung Sofie baik2 saja. Tak kisah la kena makan ubat lagi pun, yang penting tiada komplikasi terhadap jantung Sofie......Alhamdulillah!

Selepas 4 bulan......

Hari ini Sofie ada appointment dengan pakar kardiologi di IJN. Selepas lebih kurang 4 bulan Sofie melepasi saat kritikal, hari ini penentunya.... Sofie pergi bersama abisofie, hanya mereka berdua. Saya sekadar di rumah menanti berita gembira dengan penuh harap. Saya, macam biasa tidak dapat menyertai mereka kerana punya anak yang sudah bersekolah. Jadi, pengorbanan harus diberi kepada abisofie sahaja. Namun, harapan seorang ibu di rumah masih tinggi, moga Sofie terus sihat dan bahagia. Moga hidup Sofie terus ada sinarnya.

Sepanjang hari ini, saya masih teringat2 waktu Sofie berada di IJN, menjalani terapi, pembedahan dan rawatan. Suka ingin berkongsi pengalaman penuh makna keluarga kami ini. Ada orang pertikaikan, bahawa umisofie ni, anak sakit, bertarung dengan maut, berserah nyawa pada Maha Pencipta, umisofie masih mampu mengambil gambar Sofie. Owh.... sukar sebenarnya!!! Amat2 sukar. Lebih2 lagi ketika Sofie dalam PICU. Ibu mana mampu melihat anak yang masih belum sedarkan diri, masih dalam keadaan wayar yang berselirat di seluruh badan.... hanya yang merasai sahaja memahami hati dan jiwa saya.

Mari imbas semula semua kenangan Sofie yang penuh bermakna....


30 Mac 2010, (Selasa) - Sehari sebelum pembedahan.... tangan telah didrip.... dan sedang berpuasa untuk menjalani pembedahan keesokkan harinya.


31 Mac (Rabu)- baju telah berganti....lihat tangan Sofie yang berstokin. Kenapa? Sebab Sofie gatal tangan nak mencabut jarum line.... masih berpuasa, menanti giliran, menanti dipanggil untuk dibawa ke dewan bedah. Sofie tidur je masa ni, mungkin kesan ubat tidur semalamnya, ketika pihak wad ingin membuat ECHO sebelum pembedahan. Ibu jari ada peneman ketika Sofie lapar dan ingin tidur. Jadi Sofie tak meragam..... Sofie sangat baik sebenarnya. 

Ketika di dalam dewan bedah, hanya abisofie menemani Sofie. Hanya abisofie yang mengucapkan kalimah syahadah di telinga Sofie, membacakan selawat atas nabi.... andai saya ambil alih ketika itu, pasti jiwa saya lemah dan hancur. Anak kita yang masih hidup, doktor suruh bacakan kalimah syahadah, seolah2 anak kita akan pergi selamanya....Owh! Mungkin itu hikmahnya kenapa saya tidak temankan Sofie ketika itu. Maklum semuanya, bahawa yang menjaga Sofie ketika di wad adalah abisofie. Umisofie datang setiap hari, dan setiap hari berkampung di IJN dari pagi sehingga malam......

Menanti Sofie keluar dari dewan bedah selepas beberapa jam..... satu lagi saat perit yang terpaksa ditanggung. Bila teringatkan semua itu, hati sering berdoa, moga tiada lagi saat perit itu dalam hidup Sofie akan datang.


Beberapa hari Sofie selepas dibedah...dan masih berada di PICU. Sebenarnya, 2 gambar di atas saya ambil secara diam2. Kebetulan hari itu hari Jumaat. Ketika abisofie turun untuk menunaikan solat Jumaat, saya yang masih menemankan Sofie, mengambil gambar tersebut secara senyap2. Tak boleh bawa kamera dalam PICU. Tapi, inilah saat2 yang tak mungkin kita ulangi lagi dalam kehidupan. Kebetulan juga, staff yang jaga waktu itu tidak ramai. Bunyi bising mesin2 di setiap pesakit, menyebabkan tiada siapa yang perasan kamera disnap pada Sofie. Sofie masih tidak sedarkan diri lagi waktu ni. Dan memang sangaja mereka tidurkan Sofie...

2 gambar di bawah tu pula, ketika Sofie telah melepasi tahap kritikal di PICU, dan dipindahkan ke HDU. Alhamdulillah....waktu ni perasaan sangat2 lega, bersyukur dan berterima kasih kerana Allah masih panjangkan umur Sofie untuk Sofie terus hidup bersama kami.


Beberapa hari selepas keluar dari HDU.... duduk di wad biasa, membuatkan saya sangat2 gembira. Melawat Sofie setiap hari pagi hingga tengahari, petang hingga malam.... saya tidak pernah jemu. Sepatutnya saya yang menjaga Sofie. Tapi, kerana Hijaz, abisofie mengambil alih menjaga anak dara kami itu. Siapa lagi yang akan berkorban jiwa raga kalau bukan ibubapa,kan? Abisofie terpaksa mengambil cuti selama 3 minggu demi anak gadisnya yang comel itu. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan tak terperi ini.

Sepanjang Sofie berada di wad, Sofie seorang yang ceria dan gembira. Dan setelah pulih dari sengsara, memnag Sofie seorang yang ceria, cerdas, aktif..... Cuma menanti Sofie mendapat langkah yang panjang, kami masih berharap, Sofie akan berjalan dan bercakap seperti kanak-kanak biasa. 

Mengimbas kembali kenangan Sofie....saya letakkan link bagi yang sudi membacanya.

Saya mengambil banyak gambar Sofie ketika Sofie di wad kerana, Sofie punya pengikut yang agak ramai. Mereka menanti2 kisah Sofie ketika Sofie menjalani pembedahan dahulu. Ramai yang meminta saya meng'upload' gambar Sofie di blog  dan di FB. Saya penuhi permintaan mereka, kerana mereka adalah orang2 yang mendoakan kesejahteraan Sofie. 

Saya pernah mendapat maklum balas lebih kurang begini bunyinya, "Kalau aku jadi ko, Fiza, aku tak kan sampai hati ambil gambar anak yang tengah bertarung dengan maut. Aku tak kan terfikir nak ambil gambar dia. Aku cuma berharap dia cepat sembuh jer.... Malas dah nak fikir pasal gambar ni...."

Hati saya tersentuh sangat dengan kata2 begitu. Siapa orang yang berkata begitu, biarlah rahsia. Jadi, kepada yang bercakap seperti itu, ini kata2 saya untuknya, "aku buat macam ni, ambil gambar Sofie ketika kat wad, sebab Sofie ramai pengikut. Mereka nak tahu tentang Sofie. Jadi, aku kuatkan hati aku yang lemah ini. Kalau ko tak nak tengok, tak ngapa, aku tak paksa....." Sekian, terima kasih! Inilah kenangan penuh makna kami sekeluarga......

Saturday, July 24, 2010

2 kuih bingka yang saya buat.

Kali ini nak buat entry pasal masakan lagi, boleh? Hehehe...tentu saja boleh, kan? Apa yang kita buat, tak salah kita kongsikan untuk panduan kawan. Kot la ada sesapa yang teringin nak buat, bolehlah dirujuk. Tapi, ini bukan blog masak2 yer...sekadar berkongsi.

Saya telah membuat bingka labu. Permulaannya, bingka labu yang saya buat tak menjadi. Bila dah siap dibakar, bingka labu jadi lembek. Saya dah ikut peraturan dan sukatan, tapi tak mahu solid and firm pulak. Sedikit kecewa sebenarnya. Saya mula menyalahkan oven. Oven yang saya ada tak boleh nak bakar kuih ke? Selama ni saya cuma bakar ayam atau ikan je. Tapi, memang sebelum ni pun, kalau buat bingka, tak berapa nak solid bingka tu. Mesti cair dan lembik di dalam walaupun tempoh pembakaran dah lebih 1 jam.

Saya tak berpuas hati. Mula mencari-mencari resepi, meng'adjust' apa yang patut pada resepi tu. Rupa-rupanya, setelah mencuba resepi yang saya 'adjust' tu, dan dengan lafaz Bismillah, penuh berharap agar usaha saya kali ini berhasil. Alhamdulillah, usaha saya berhasil juga. Sungguh tak sangka kuih bingka saya menjadi. Maknanya bukanlah salah oven. Hehehe....lega cik suami saya. Tak de la isteri dia ni minta oven baru.

Ok, suka ingin berkongsi kuih bingka yang baru saya buat. Sebenarnya dah buat minggu lepas, tapi, baru berkesempatan nak kongsikan kali ini. Ini ialah bingka labu + keledek. Mari kita tinjau resepinya,yer....

Bahan-bahan Bingka Labu+Keledek

  • 1 setengah cawan gula
  • 1 biji telur (saya gunakan saiz besar punya!!!)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 600gm labu dan keledek
  • 500ml santan / susu cair
  • sedikit vanila
  • secubit garam

Cara membuatnya:

  • Keledek dan labu direbus sehingga lebut dan empuk, kemudia lenyekkan sehingga lumat.
  • Masukkan semua bahan dalam blender, dan kisar hingga halus. 
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin/butter. (Saya gunakan periuk nasi letrik, sebab loyang saya kecik.)
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius, selama 40 minit hingga 1 jam.
  • Sejukkan dulu, baru potong. Kalau tak nanti kuih bingka anda tak solid. 
  • Selamat menghidangkan kepada suami dan anak2 tersayang.


Mari lihat gambar saya....
Gambar 1- Proses pembakaran di oven
Gambar 2- Selepas 1 jam dibakar....
Gambar 3- Proses untuk memotong kuih bingka
Gambar 4- Kuih bingka labu+keledek yang siap untuk dimakan.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Disebabkan kerajinan saya bertambah untuk minggu tu, saya telah membuat satu lagi kuih bingka, iaitu bingka roti. Sangat2 rajin,kan umisofie ni. Jadi untuk kuih ni pun saya seronok ingin berkongsi resepinya. Saya mencipta sendiri resepi ini yer. Sapa nak cilok, silakan. Saya halalkan...hehe.

Bahan-bahan Bingka Roti

  • 1 setengah cawan gula
  • 2 setengah cawan tepung gandum
  • 7 keping roti (direndam). 5 keping dikisar dan 2 keping lagi dicarik2 untuk dimasukkan dalam bancuhan.
  • 1 biji telur (saya gunakan telur saiz besar punya...jugak!)
  • 1 tin susu cair, campurkan sedikit air supaya mendapat sukatan sebanyak 400ml.
  • sedikit esen vanila
  • secubit garam
  • 1/2 tin jagung manis (optional, kalau tak nak pun tak mengapa...)

Cara membuatnya:

  • Roti direndam dahulu.
  • Sementara itu, kisarkan semua bahan dalam blender. (Jagung jangan blend sekali yer)
  • Masukkan 5 keping roti yang telah direndam dalam blender tadi, dan kisar lagi.
  • Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin/butter. (sekali lagi saya gunakan periuk nasi letrik)
  • 2 keping roti yang dicarik2 tadi masukan dalam bancuhan beserta dengan jagung manis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius, dalam satu jam.


(alamak, gambar ni tiada nombor pula yer...)
Gambar 1- Proses pembakaran kuih.
Gambar 2- Kuih dah siap dibakar, dan tunggu ianya sejuk, baru potong.
Gambar 3- Kuih bingka siap untuk dimakan....

Semoga resepi ini bermanfaat untuk semua. Resepi2 ni saya buat masa M saya hilang. Kalau M datang, tentu saja kuih2 ini tak kan menjadi.

Friday, July 23, 2010

Saya buat donat lagi...lebih yakin!

Pagi tadi, dah beberapa kali alarm handset saya berbunyi, suruh tuannya bangun. Saya offkan, maklumlah tengah "cuti" dari bersolat. Tiba2 Amniy kejutkan saya, "umi, donat dah buat ke?". Baru teringat, "haah la...nak buat donat. Dah janji dengan anak2." Terus bangun, cuci muka, menuju ke dapur.

Donat saya kali ini, saya lebih yakin membuatnya. Ingat tak dulu saya pernah buat entry yang pasal donat? Sila rujuk sini kalau tak ingat. (Sesuka je umisofie ni kan, arah2 orang. Sapa nak rujuk, boleh la... Sapa tak nak, tak pe...) Bagi saya, donat saya yang saya buat dulu, walaupun nampak macam gebu2, montok2 gitu, tapi, lepas digoreng, dan bila dah sejuk, donat jadi liat dan sedikit keras. Tak lembut dan tak gebu.

Dalam tempuh itu, saya menuntut lagi dengan MIL. MIL saya dulu jual donat. Donat dia sedap, gebu, lembut walaupun dah sejuk. Sampaikan donat MIL dicari oleh penggemar donat kat kampung saya. Menuntut dan mencuba beberapa kali. Mula2 buat, ok...tapi macam terlebih marjerin. Jadi, rasa donat sedikit rapuh. Kali kedua mencuba lagi, donat sedikit berongga. MIL kata mungkin terlebih yis. Tapi masih enak dimakan. Masih berani memberi sedikit pada jiran kiri kanan. 

Tapi, kali ini saya lebih yakin membuatnya. Suami saya kata ok, sedap. Macam MIL punya. Siap order lagi, suruh saya buat donat untuk pot luck sekolah minggu depan. Saya juga pernah mencuba pelbagai resepi donat dari internet. Tapi tak sama macam resepi MIL saya. 

Ish...tak de coklat curah pulak tu, sekadar gula yang diblender halus jer....

Ok....suka untuk kongsi resepi dari MIL saya.
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • Yis basah - direndam dengan 250ml(lebih kurang) air suam bersama sedikit garam (sukatan untuk yis ni saya tak pandai nak sukat, sbb timbang saya dah rosak,  jadi saya agak2 je)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya:
  • Campurkan tepung bersama marjerin, sebatikan (dengan tangan tau!)
  • Masukkan susu pekat manis, sebatikan lagi.
  • Lepas yis dah cair, masukkan air rendaman yis tadi. Biar air terlebih sikit,tak mengapa dan gaulkan. Memang bancuhan akan sedikit melekat kat tangan, gaul lagi, letakkan tepung sikit-sikit, sampai bancuhan boleh didoh. 

  • Petua nak bagi donat tu lembut : masa buat doh tu, bancuhan tu jangan terlalu byk tepung. Biarkan ia melekat2 kat tangan tu. Masa ni, kena banyak bermain dengan tepung, ambil tepung tu sikit2 la.... (faham tak bahasa saya ni... sah!umisofie ni memang tak boleh keluarkan buku resepi,kan?) Jangan terlebih tepung ye, nanti donat dah sejuk akan keras dan liat!!!

  • Pastu, terap sikit2 (macam kita nak terap biskut raya tu, tapi tak yah la guna penggelek tepung. Gunakan tangan je. Sebab nak terap sikit je) dan acukan dengan mulut cawan yg kecik. Sebab donat akan membesar..... dah naik sikit, lubangkan tengah (saya gunakan buku benang untuk menghasilkan lubang tengah)

  • Goreng la donat tu..... dah siap goreng tu, letak la coklat ke, gula ke.....

Ini donat yang saya goreng separuh untuk di'frozen'kan. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Kalau nak, esok hari boleh goreng semula.

Wednesday, July 21, 2010

Pasal Sofie lagi....

Sofie semakin bijak, semakin cerdik, semakin ceria.... setiap hari, sepanjang hari melayan karenah Sofie tak pernah jemu. Walau dia perlakukan perkara yang mendatangkan kemarahan saya. Garang betul umisofie ni,kan? Tapi, selalunya saya tak jadi nak marah bila melihat gelagat dan aksi Sofie.

Jangan tak tahu, sekarang Sofie sangat pandai membebel. Bahasa jerman memang akan keluar dari mulut dia. Di rumah, memang riuh dengan mulut Sofie, selain mulut adik beradik Sofie yang lain. Pandai dah ikut apa yang kita katakan. Beberapa hari lalu, saya dan abisofie cuba mengajar Sofie menyebut "umi" dan "abi". Sebenarnya dah lama ajar, tapi, Sofie tak mahu mengikut. Kali ini, mahu pula dia mengikut apa yang kita kata. Tapi, sebutan Sofie biasa la...."umi" Sofie akan sebut "mme" dan untuk "abi" sofie akan sebut "apah"....ah...tak kisah la. Janji ada bunyi sikit2. Saya yakin lama kelamaan nanti Sofie pasti boleh bercakap.

Dan saya juga yakin satu hari nanti Sofie mampu berjalan seperti kanak-kanak normal. Setelah beberapa kali rawatan dengan kak Raw, dengan izin Allah, Sofie sudah mampu berdiri dengan sendiri. Nampak usaha Sofie nak berjalan, tapi, belum mampu. Sekadar berdiri dan duduk kembali. Kalau saya pimpin tangan Sofie, dapatlah Sofie berjalan. Tapi, masalah....kaki Sofie sedikit bengkok. Abisofie kata Sofie mengalami 'flat feet syndrome'. Ntah la... mungkin andaian abisofie saja tau bagaimana...saya sendiri tak tahu. Tapi kalau ikut kata ahli terapi, Sofie perlukan kasut khas. Mungkin pihak hospital akan usulkan kemudian. Saya sendiri nampak sebenarnya, kalau saya pakaikan kasut biasa pada Sofie, dia macam tak selesa, dan tak mahu berusaha untuk bangun dan berjalan. Macam sakit pun iyer juga. Bersungguhlah juga umisofie ni belikan kasut comel untuk Sofie, akhirnya terbiar macam tu je.

Ini kasut yang saya belikan untuk Sofie, tapi Sofie tak nak pakai.

Dalam gambar ni, Sofie memakai kasut yang saya belikan itu. Sebenarnya, masa ambil gambar ni, Sofie sedikit tak selesa dengan kasut tu. Tapi saya umpan dia dengan kamera, hasilnya, dapatlah saya capture aksi posing maut Sofie.

Akhirnya, saya pasrah... biarlah pihak terapi kata Sofie perlukan kasut khas. Saya menanti juga, bagaimana rupa kasut khas itu. Sampai sekarang masih belum ada jawapan. Tapi, saya akan cuba terus berusaha supaya Sofie boleh serasi dengan kasut biasa. Mungkinkah saya ini terlalu berkeras dengan Sofie? Kesian juga...tapi...tengoklah macam mana nanti. 

Ini aksi Sofie yang boleh menimbulkan kemarahan saya. Sewaktu Hijaz sedang lena tidur, Sofie akan datang berhampiran buaian, dan hayunkan buaian tu pelan2. Sebenarnya, buai tu tak perlu nak dihayunkan lagi, sebab guna electric cradle. Tapi si kakak tetap mahu membantu.

Tapi kemarahan saya akan reda bila Sofie buat mimik muka seperti ini. Lihatlah...sangat2 lucu,kan? Pandai ambil hati umi. Dia penghibur hati umi dan abi.

Tuesday, July 20, 2010

Update Sofie jumpa pead doctor

Hari ni Sofie Mariah saya yang comel tu ada appointment dengan doktor kanak-kanak kat HSB. Macam biasa, bangun awal pagi la dia. Tapi, hari ini Sofie sangatlah baik, bangun awal pagi tanpa dikejut. Tau2 dah keluar bilik, bunyikan suara memanggil uminya yang sedang berada di dapur. Sofie ke HSB bersama abisofie dan abang Amniy. Buat teman sembang abi dan Sofie semasa abi boring menunggu giliran. Kalau ikutkan, umisofie nak ikut jugak. Lama dah tak jumpa doktor-doktor yang sering merawat Sofie. Tapi disebabkan Ikhwan bersekolah, saya terpaksa biarkan Sofie pergi bersama abi dan abangnya saja. Kalau uminya ini ikut juga, confirm Ikhwan akan meraung depan pagar rumah.

Mereka pulang dari HSB dalam jam 1.30 tengahari. Sofie yang tertidur dalam kereta, terus diangkat masuk ke dalam buaian pula. Sofie sambung tidur..... Ok, menurut abisofie, doktor yang periksa Sofie ialah Doktor Chiam. Oh ok...saya agak biasa dengan doktor cina yang cantik dan comel ini. Dia pernah temankan saya dan Sofie dalam ambulance sewaktu Sofie di tahan di wad dulu. Masa tu nak ke IJN, pergi ke IJN waktu puncak orang nak pergi kerja, doktor ni la yang sembang2 dengan saya waktu saya takut sebab ambulance sangat laju dan mencemaskan.

Doktor Chiam kata, kondisi Sofie baik. Semuanya baik. Alhamdulillah...lega dengar dia kata gitu. Jadi, tak de komen yang tak baik didengar melainkan baik2 belaka. Alhamdulillah.....

Saya teringat dengan doktor ini, satu hal, sewaktu saya ingin melahirkan Hijaz. Masa tu saya dah 39 minggu, Sofie pula kebetulan berada di wad sebab broncholitis. Saya, macam biasa, menemankan Sofie. Tiap kali doktor Cina ni on call, mesti dia akan pergi ke katil Sofie menjengah keadaan saya. Katanya, "mama ok lagi ke? Kalau ada tanda2 nak bersalin beritahu staff yer." Hehe...saya senyum je.  Esok paginya pun, dia bertugas, datang ke katil Sofie, dia tanya lagi. Bukan apa, bila suami kata yang merawat Sofie tadi Doktor Chiam, saya teringatkan kecomelan doktor itu. Bila la boleh jumpa lagi doktor comel itu...hehe. ( sudah melalut banyak dah umisofie ni yer...)

Permata hati saya yang sentiasa ceria...

Ok, untuk entry kali ini, update tentang kesihatan Sofie tak banyak berubah. Sofie pun makin sihat, makin aktif dan ceria. Semoga keadaan ini akan terus berkekalan selamanya. Sekarang masa untuk menunggu Sofie berjalan dan bercakap.

Monday, July 19, 2010

Sofie menziarahi mbah yot dan ke Gedangsa

Hujung minggu baru ni, diisi dengan pulang ke kampung menziarahi orang tua, serta mbah lanang saya yang masih terlantar sakit. Semalam, sebelum balik ke Rawang, saya mengambil sedikit masa menziarahi mbah lanang saya. Kedatangan saya disambut dengan tangisan orang tua itu. Bila saya mencium tangannya, tangisannya lagi kuat. Kata makcik saya, dia kenal saya. Itu sebab dia menangis. Hanya raungan yang mampu dilakukan kerana dia sudah tidak mampu untuk bercakap. Semasa suami saya mendekatinya dan mencium tangannya, dia juga meraung. Begitu juga, apabila cicit2nya (anak2 saya) mencium tangannya. Saya sangat tak sampai hati melihatnya. 

Teringat sebelum dia mengalami kemalangan dahulu, dia seorang yang kuat dan cerdas walau usia telah pun 70 tahun lebih. Seorang yang sangat kuat bercerita kisah kehidupannya dulu2. Suami saya sering melayan cerita dia. Sekarang, dia hanya terlantar sakit, dengan tiub yang pelbagai...... sangat2 sedih melihatnya. Semoga ada keajaiban dari Allah Ta`ala untuk menyembuhkan mbah lanang saya. (saya tak sanggup untuk mengambil gambarnya. walaupun kamera dan hanphone sentiasa dalam beg tangan, tangan saya begitu berat untuk mengeluarkannya)

Setelah menziarahi mbah lanang, saya terus menuju ke Felda Gedangsa. Seperti biasa, pagi Ahad ada urusan terapi buat si dara saya. Setelah 2 minggu Sofie tidak melakukan terapi bersama Kak Raw, minggu ni berkesempatan untuk ke sana. Sampai di depan rumah Kak Raw, azan Zohor kedengaran, kami ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zohor, sekaligus dengan jama` qasar. (kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam).

Giliran Sofie untuk terapi agak lewat. Orang yang menunggu masih ramai. Saya datang seawal pagi pun saya dapat giliran hingga ke tengahari atau awal petang. Bila saya datang waktu tengahari pun, bilangan pesakit masih seperti waktu pagi. Aduhai....amat penat menunggu. Terasa lebih penat kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam.Akhirnya, jam 5 petang, baru tiba giliran Sofie.

Tapi sangat2 bersyukur, Sofie langsung tidak meragam sepanjang terapi bersama Kak Raw. Kalau tidak, asal nampak je muka Kak Raw, pasti dia meraung. Tapi, kali ini, Sofie memberi kerjasama. Amat baik dan comel. Bila dalam perjalanan nak pulang ke Rawang juga, Sofie beri kerjasama pada uminya ini. Hijaz....memang tiada kompromi langsung. Disebabkan waktu pun dah hampir lewat petang, Hijaz mengamuk tak mahu berpisah dengan saya. Nak bergantung je dengan susu. Mengantuk pun iye juga. Akhirnya, saya terpaksa dudukkan Sofie di sebelah saya. Alahai....terima kasih ye sayang. Baik sungguh anak umi ini. Diam je dia, walaupun badan dah tegang dibalut dek Kak Raw. 

Sofie is a good girl, so clever..... 

Sofie dah mengantuk, baringkan dia dan terus tertidur dalam keadaan berbalut.

Sampai di rumah, jam hampir menunjukkan 7 malam. Sofie yang masih tidur terus sambung tidur dalam buaian. Agak lena, dan sedikit terganggu tak lama selepas itu. Abisofie mengangkat Sofie dari buaian, dan memujuknya. Tempoh balutan selama 4 jam. Balut jam 5 petang, dan sepatutnya, jam 9 malam baru balutan dibuka. Tapi, disebabkan Sofie tiba-tiba merengek dan menangis kerimasan, kurang satu jam terpaksa dibuka balutan bandage satu persatu. Jelas, tersenyum anak dara saya itu. Seronok bila dirinya lebih bebas. Dapat sertai abang2nya bermain. Hai...Sofie...Sofie. 

Thursday, July 15, 2010

Wajah mereka serupa



Assalamualaikum....
Saya baru terima email dari SIL saya. Dia send email gambar2 kenangan keluarga saya yang ada dalam simpanan dia. Terima kasih, tika!

Sebenarnya, gambar2 ini tiada dalam simpanan saya. Sebab banyak gambar telah terhapus ekoran kerosakan PC saya dulu. Sayang sekali,kan? Sebelah kiri ni gambar anak nombor 2 saya, Amniy Mahfuz bersama saya. Raya tahun 2006. Masa ni umur dia lebih kurang 9 atau 10 bulan. Kenapa dengan gambar ini? Nanti saya beritahu.....


Gambar di sebelah kanan ini juga gambar Amniy juga. Pada umur yang sama dan tahun yang sama, dia bersama datuk saudaranya, Atuk Tain. Saya dan suami sangat2 gembira, dan saya mengalirkan air mata apabila melihat gambar2 tersebut.

Saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh mengalirkan air mata. Selepas melahirkan Sofie dan Hijaz, saya tidak pernah lagi melihat gambar ini. Dan hari ini, setelah mendapat email tersebut baru saya berkesempatan menyaksikannya kembali.


Kenapa ye gambar2 yang saya paparkan di atas ada nilai tersendiri? Kenapa saya begitu terharu melihatnya? Semuanya kerana ini.......

Kerana wajah mereka sama..... Wajah Hijaz sangat2 serupa dengan wajah Amniy. Lihat saja gambar ini. Hijaz memakai baju yang Amniy pakai pada gambar pertama.. Lihatlah.... sungguh! Saya sangat2 terharu. Dua anak lelaki saya ini saling tak tumpah. Sangat2 serupa.......

Bagai mana agaknya bila Hijaz dah besar nanti? Sekarang Hijaz berusia 9 bulan. Saya pun tak dapat bayangkan bagai mana wajah Hijaz bila dia seusia Amniy sekarang.

Amniy..... Hijaz..... Amniy..... Hijaz....... Owh! Anak-anak umi dan abi!!!!! 





Dan ini gambar terbaru Hijaz. Baru minggu lepas saya ambil. Hijaz sangat-sangat suka bila nampak saya pegang kamera. Nampak je lampu kamera terarah ke muka dia, inilah ekspresi wajah yang dia sering tunjukkan.

Okey.....mari kita lihat bagaimana wajah Amniy sekarang. Sekarang usia Amniy 4 tahun. Adakah Hijaz akan serupa seperti Amniy 4 tahun akan datang?

Wallahu a`lam......



Ini Amniy Mahfuz....4 tahun. 
(Sangat suka tersengeh nampak gigi yang dah nak rosak tu)

Inilah penyelesaiannya

Alhamdulillah, sangat gembira, dapat meng`update` blog ini. Sangat rindu nak berceloteh dalam blog ini. Rindu yang teramat.... 2 hari blog saya mcm ada virus. Tapi, bila tanya kawan2, dorang masuk blog saya ok je. Tuan punya blog yang tak ok. Sampai pening kepala di buatnya nak meng`adjust` sana sini. Bantuan kak Sue Aleen sedikit sebanyak membantu. Dan akhirnya, bantuan suami juga diperlukan. Suami tersayang telah menyelesaikannya juga. Kesian agaknya dia, tengok isteri dia ni tak boleh nak pisah dgn blog dah...hehe. Tq, dear!

Ok, today, nak cerita sikit pasal masalah saya yang pernah saya beritahu dulu. Ingat tak, saya pernah beritahu tentang surat mahkamah, dan sedikit usaha dan ikhtiar saya untuk menyelesaikan perkara tersebut dan mengelakkan saya hadirkan diri ke mahkamah? Setiap waktu solat saya berdoa, mohon Allah tunjukkan jalan penyelesaian paling mudah. Tak putus doa saya. Begitu juga suami saya, berdoa dan terus berdoa. Masa tu, saya sudah mengalirkan airmata kerana takut dengan tindakan mahkamah. Saya punya alasan tersendiri kenapa keadaan ini berlaku. Suami menguatkan jiwa dan hati saya.

Dalam minggu ini, saya ada membuat panggilan telefon ke pihak berkenaan. Sepatutnya, 12 Julai (Isnin) lepas saya perlu menghadirkan diri ke mahkamah untuk dibicarakan. Tapi, setelah menelefon pihak berkenaan, mereka kata, kes saya telah di`KIV`kan oleh pihak mahkamah. Alhamdulillah. Dan petang esoknya, saya menerima surat dari pihak berkenaan mengatakan permohonan saya telah diluluskan dan mereka telah membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran saya. Bersyukur tak terkira...Sujud syukur saya petang itu! Allah makbulkan doa kami. Betapa Allah sayangkan kita, memberi jalan penyelesaian paling mudah dan tak kita sangka2kan. 


Esoknya, berbekalkan sedikit simpanan yang saya ada (memang dah lama simpan untuk membayar loan, tapi tak de la byk mana pun. boleh la cover untuk 10 bulan pertama ni), saya meminta suami membayarkannya di pejabat pos. Sangat lega kerana masalah ini akhirnya selesai sebegitu mudah, dan mereka menerima alasan saya. Yang membuatkan saya risau, penjamin saya juga terlibat dengan masalah ini. Sebolehnya, saya tak mahu melibatkan mereka. Biar saya selesaikan masalah ini dengan bantuan suami. Alhamdulillah...semuanya selesai sekarang.  Semoga Allah luaskan rezeki keluarga saya  untuk melunaskan semua pinjaman pelajaran saya ini, begitu juga suami.

Terima kasih untuk Kak Helwa, atas bantuannya....semoga Allah membalas dengan balasan yang lebih baik. Terima kasih suami tercinta, sanggup bersusah senang bersama2, terima kasih paman Majid saya kerana memahami keadaan saya.

Tuesday, July 13, 2010

3 beradik bergembira!

Petang tadi, sangat seronok melayan karenah anak2 saya. Setelah beberapa lama mereka meminta keizinan saya untuk bermain pool, akhirnya, saya izinkan. Punyalah seronok mereka! Melompat bila saya kata, ok la...jom main!. Paling seronok, anak dara saya tu la. Sibuk nak join sekali abang2nya bermain air. 



Tapi, disebabkan Sofie nak masuk sekali dalam pool tu, saya tak benarkan air di isi dengan penuh. Risau kalau Sofie ter....... owh! Tidak! Jadi, had tu la je la air yang boleh di isi. Merungut jugak abang2 Sofie tu bila tak boleh isi air banyak2. Saya, macam biasa bagi pilihan pada mereka. Nak main pool, dengar kata umi. Kalau nak bantah, kita lipat je pool ni, semua tak payah main. Nak kata apa lagi bila umi mereka ni dah kata macam tu. Turut perintah je la....



Sofie, macam biasa...memang seronok bila jumpa air. Sedangkan mandi di bilik air pun seronok, inikan pula mandi dan bermain air dalam pool ini. Selama ini Sofie sekadar melihat abang2nya bermain air.  Kesian jugak, sebab kita tahu Sofie suka main air. Hari ini, umi beri kesempatan pada Sofie untuk merasa sendiri bermain air. Wah...!!!! Sangat2 seronok si Sofie. Abang2 Sofie pun bukan main seronoknya bila Sofie turut serta.


Sofie siap nak baring2 lagi dalam air tu. Saya cukup risau kalau air masuk ke dalam telinga dia. Mulut saya ni tak boleh diam da bila melihat pelbagai aksi Sofie. Nak minum air la, nak baring la, nak berdiri la...macam2 lagi. Ikhwan dan Amniy pulan tak sudah2 menyimbah air ke muka Sofie. Kesian Sofie.....  Waktu ni, Hijaz sedang lena diulit mimpi. Kalau tidak, pasti dia pun turut berendam sekali dalam pool tu. 

Hurmm...mungkin esok lusa, mereka akan meminta izin saya lagi bermain air dalam pool itu. Tengok la keadaan, sama ada saya izinkan atau tidak. 

nota umisofie : habis la bil air bulan ni.....hukhukhukhuk....

Monday, July 12, 2010

Garang ke lembut ?

Bila kita sudah menjadi ibu dan bila anak kita lebih dari seorang, secara automatik sifat kita akan bertukar. Kalau dulu tak pandai nak marah, sekarang sangat2 mudah menjadi pemarah. Bila dulu tak pandai nak membebel, sekarang sudah panjang bebelan. Bila dulu kita seorang pendiam, sekarang mulut ni tak henti2 bercakap dan bising pada anak2. Bila dulu kita pemalas, sekarang kena rajin demi anak2 dan keluarga. Dulu kita seorang yang lemah, tapi sekarang kita menjadi kuat demi anak2. Macam2 lagi sifat sama ada positif atau negatif akan kita peroleh apabila kita sudah menjadi ibu.

Wah...perbincangan serius kali ini umisofie ni yer. Bukanlah apa sangat pun. Saya menulis atas diri sendiri. Saya cuba muhasabah diri, sifat mahmudah dan mazmumah dalam diri saya. Kekalkan mahmudah, singkirkan mazmumah. Boleh ke? Kadangkala hati diselubungi nafsu amarah, selalu tewas dengan kata hati tanpa menggunakan akal. 

Bila kita marah pada anak2, selalunya penyesalan menguasai diri bila menatap wajah mereka ketika mereka sedang tidur. Begitulah saya. Maklum saja, anak2 meningkat usia, punya tabiat yang pelbagai. Yang sulong dengan perangai tersendiri, yang kedua juga begitu. Belum lagi anak ketiga dan ke empat. Semuanya menguji kesabaran saya. 

Adakalanya, saya terpaksa memberi mereka pilihan. Sama ada mahukan umi mereka ini garang atau lemah lembut. Permulaan bicara saya dengan anak2, nada yang amat2 lembut, sesuai dengan watak keibuan. Namun, ada kalanya, apabila anak jadi tak mahu mendengar kata. Watak lembut bertukar menjadi seperti singa betina. Garang bukan main, mengalahkan singa betina pun yer. Saya selalu berkata, "Ini pilihan anak2 umi. Anak2 umi yang mahukan umi seperti ini. Jadi, umi akan jadi macam yang anak umi mahukan." 

Kadangkala saya cuba mengungut, "Iwan dan Amniy nak umi jadi garang ke jadi lembut? Kalau nak umi jadi garang, ok...teruskan perangai macam tu. Kalau nak umi jadi lembut, sila dengar kata umi dan abi. Pilihan di tangan korang." Huh...! Masa tu, masing2 akan berkata, "nak umi yang lembut." Dan baru laaa nak dengar kata. Perlu ke saya terus menerus mengugut mereka? Perlu ke saya menjadi garang bila mereka bersikap negatif? Selalunya, bila selesai marahkan anak, penyesalan datang dalam diri. Istighfar..... ingatkan Allah. 

Perkara2 yang sering anak2 saya lakukan, yang menyebabkan sifat garang saya timbul:

  • Bila suruh mandi, tak nak mandi. buat noheeeeee jeeeee.... mula2, arahan lembut timbul. Bila dah buat noheeee, mana ada lagi sifat lembut dalam diri umi mereka ni.
  • Bila dah mandi, tak reti2 nak keluar bilik air cepat2. Sudahnya, habis satu bilik air penuh dengan buih2 sabun, sebab mereka berdua bermain sabun. Umi marah lagi....
  • Bila suruh mengaji, ada saja alasannya. Tapi, bila mengadap komputer atau bermain di luar rumah, sepanjang hari pun tak mengapa. Sanggup duduk dan main 24 jam..... Umi mereka akan bising lagi...dan makin panjang la bebelan!
  • Bila dah main permainan dan memunggahkan permainan dari bakul, tak reti nak mengemas semula. Walaupun sudah diajar, kdg kala mereka menjadi malas..... maka, akan keluarlah kegarangan umi mereka ini.
  • Ni paling hot.... paling pantang saya dengar. Bila saya tegah melakukan sesuatu, ada saja jawapan mereka, dan selalu cakap, "dosa ke?". Huh! Melawan cakap umi lagi berdosa tau..... Contoh: Saya melarang mereka bermain di luar rumah di waktu tengahari. Kadangkala mereka berdua nak juga keluar bermain. Dan waktu ni akan keluarlah perkataan tu, "dosa ke kita nak main kat luar..." Budak usia 4 tahun....reti ke dosa tu apa. Kadang tu nak gelak pun ada..... Kadang2 rasa comel je dengar si kecil merungut. Kadang2 hot temper saya pun keluar jugak.
Inilah perangai anak2 saya sekarang. Mungkin perubahan usia, persekitaran kawan2 menyebabkan anak kita berubah sikap. Belum terlambat untuk kita membimbing mereka. Bimbingan ibu bapa di rumah amat2 penting dalam membentuk generasi berakhlak mulia. Saya menulis ini untuk peringatan diri saya sendiri, dan semoga  kita boleh berkongsi tip2 mendidik anak berakhlak mulia.

Tapi, saya selalu berpegang kepada satu je, walau senakal mana pun anak2 kita, walau segeram mana pun kita pada mereka, walau semarah mana pun kita pada dia, saya sering ingat kembali kebaikan mereka. Masa mereka rajin menolong kita, masa mereka rajin mengaji, masa mereka melakukan kebaikan....tersenyum sendiri. Belum terlambat kita mahu mendidik mereka menjadi insan soleh dan solehah....mereka masih di usia muda. Hati masih terang menerima nasihat dan didikan ibu bapa. Masa mereka melakukan perkara2 baik, perbuatan2 baik, pujilah mereka. Ucaplah terima kasih atas kebaikan mereka. Peluklah mereka. Sentuhan kita adalah sentuhan ajaib yang mampu mengubah mereka menjadi insan bertaqwa, insya-Allah.

Wallahu a`lam......


Ayat untuk melembutkan hati anak2, semoga menjadi anak2 yang mendengar kata.
Insya-Allah!

Sunday, July 11, 2010

Majlis resepsi sepupu

Minggu ini sangat penat. Saya berhasrat mengemaskini blog ini malam tadi, tapi disebabkan melayan kehendak badan dan otak, saya abaikan dulu. Petang ahad yang hening ini baru berkesempatan. 

Menghadiri majlis perkahwinan sepupu tersayang di Hulu Langat, pada 10 Julai.... Hampir terlupa akan tarikh keramat ini. Mujur ibu pengantin menelefon saya mengingatkan akan majlis tersebut. Pergi dalam keadaan kelam kabut dan tidak bersedia apa-apa. Yang penting saya datang..... Dia makcik kesayangan saya, mana mungkin saya abaikan jemputannya. Apa pun rancangan saya untuk minggu ini, saya telah batalkan. Salah saya kerana kurang teliti akan tarikh tersebut. Saya sangkakan majlis minggu depan, rupanya minggu ini. Apa pun majlis telah selamat berlangsung. Sempat menyaksikan majlis pernikahan pada malam sebelum itu, dan sempat menyertai majlis resepsi sepupu saya itu.....

Pelamin pengantin dihias cantik dan ringkas. Warna tema yang menarik. 

Selepas selesai menjadi seorang isteri, waktu ini sedang menanti kedatangan pengantin lelaki. Berdebar menanti di bilik pengantin. Cool, okey!

Setelah kedatangan pengantin lelaki, pengantin berarak menuju ke singgahsana.

Sewaktu makan beradab....selera lagi ke nak makan tu? Cool kak....hehe

Alolo.....manja2 pengantin! Suap si isteri apa tu yer.... Sebelah sana tu adik perempuan pengantin yang cool...Lepas ni giliran dia pula naik pelamin.


Antara anak-anak kecil yang sibuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. Nombor 3 dan 4 dari kiri itu ialah anak bujang saya yer...sgt2 suka interprem muka.

Ini saya... sempat bergambar dengan pengantin perempuan sebelum balik, dan sebelum pengantin tukar baju.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat HUDA UNAIZAH DAN KAMARUZZAMAN. SEMOGA TABAH MELALUI LIKU KEHIDUPAN PENUH BERMAKNA. SEMOGA DILIMPAHI KASIH SAYANG ALLAH. Akan datang pelbagai dugaan, cabaran dalam melayari bahtera rumahtangga, tabahlah hadapinya. 

Saya pulang ke Rawang dengan gembira petang semalam, dalam keadaan hujan lebat-selebatnya. Melalui highway DUKE, walaupun hujan lebat, kenderaan di jalan tidak pernah lengang. Tetap seperti hari2 biasa. Mungkin mahu membawa keluarga ke destinasi terpilih.

Untuk entry ini, saya tak perlu bercerita panjang2. Lihat saja gambar2 yang saya persembahkan..... Dan hari ini, sepatutnya saya perlu membawa Sofie terapi ke Gedangsa, tapi....saya amat penat. Sofie pun kelihatan amat penat. Jadi, saya perlu rehatkan Sofie. Saya tak mahu Sofie stress. Minggu depan je ye Sofie...kita pergi jumpa Cik Raw!

Friday, July 09, 2010

Celoteh Hijaz lagi.... mari baca!

Assalamualaikum semua.
Hari ni Ijaz suruh umi cerita pasal Ijaz dalam blog umi ni. Seronok sangat bila umi nak taipkan cerita Ijaz ni. Kalau la Ijaz pandai taip, pandai guna komputer, senang sikit. Tak yah dah suruh umi taipkan. Boleh Ijaz buat sendiri. 

Bulan ni bukan Julai,kan? Bulan ni Ijaz dah 9 bulan. Kejap je, kan? Ijaz rasa dah besar...tapi, abi kata Ijaz cewek, suka nangis. Bila umi tak de je, mesti Ijaz nangis. Ijaz ni mengada ke? Tak... Ijaz rasa abang2 Ijaz yang lain pun macam Ijaz masa umo dorang sama dengan Ijaz dulu, kan mi? Ijaz nak umi dekat dengan Ijaz. Kadang2 kan, umi marah Ijaz. Tapi, Ijaz tau, umi marah sayang, marah manja. Bila umi marah, Ijaz gelak balik. Umi tak jadi nak marah. Umi cium2 pipi Ijaz balik. Uuuummmpppphhhhh.... sayang umi.

Umi kata kan, Ijaz sekarang dah bijak sangat, Ijaz nak jalan. Nanti bila Ijaz dah pandai jalan sendiri, senang sikit umi. Tak payah lagi umi nak sakit bahu, sakit pinggang sebab dukung Ijaz. Ijazkan bulat, macam donat gebu. Sian umi sampai sakit2 dukung Ijaz. Ijaz akan jadi anak yang kenang jasa umi. Ijaz nak jadi anak soleh umi dan abi. Aminnn....!!!

Kali ni, umi tepek gambar Ijaz tengah mandi. Ijaz suka mandi. Ijaz suka air. Sekarang umi dah tak mandikan Ijaz dalam tub mandi Ijaz yg pink kaler tu. Umi dah simpan tub mandi tu kat belakang. Sekarang Ijaz mandi dalam sinki je. Nasib baik sinki kat rumah Ijaz ada 2. Satu kat dapur depan, satu lagi kat dapur belakang. Kalau tengok dalam gambar tu, sinki tu khas tempat Ijaz mandi dan dengan umi tadah air tapis je. Basuh2 pinggan mangkuk, semua umi basuh kat sinki belakang. 

Marilah semua...tengok Ijaz tengah mandi tu......hehehe.


Masa untuk Ijaz mandi. Yea....umi dah buka pili air. Sukanya dapat main air ni..
Ijaz suruh umi edit sikit gambar ni. Kalau tak.... dah nampak Ijaz punya tutttt...hehe.


Tiap kali Ijaz mandi kan, mesti kak chik Ijaz nak kacau. Kak chik pun sibuk nak mandi sekali. 
Kak chik, pergi sana, nanti Ijaz simbah air kat kak chik. Kak chik dah mandi,kan?


Ijaz dah siap mandi..... wahhhh...segarnya bila dah mandi. Seronok sangat!

Umi dah pesan dengan Ijaz tadi. Kali ni entry pasal Ijaz tak boleh panjang2. Buat entry pendek je. Nanti kawan2 umi bosan nak baca celoteh Ijaz. Betul ke? Kalau macam tu, ok la. Ijaz stop dulu ye aunty semua. Biarkan auty semua rindu nak baca celoteh Ijaz ni. Lain kali Ijaz celoteh lagi, aunty baca tau! Daaaa...Ijaz nak tido ni. Selamat tengahari semua!

Thursday, July 08, 2010

UNDER CONSTRUCTION!!!!



Tq, bapak google...gambar ihsan beliau!

Assalamualaikum,
Beberapa hari ini kesabaran saya cukup teruji dengan masalah ini. Saya tak tahu di mana silapnya. Rasanya saya tak menggatal tangan menggodek sana sini... tapi, kenapa tah boleh jadi macam ni. Banyak sangat cerita ingin dikongsikan dengan pembaca budiman, terutama tentang perihal permata hati saya. Tak mengapalah.... kita simpan semua cerita itu semua. Buat masa ini, blog ini masih diubah suai.... Saya sendiri belum pasti layout bagaimana lagi hendak saya persembahkan di sini. Kita tunggu dan lihat saja. Saya sudah pening sekarang.

Jadi jangan risau, jangan terus melupakan blog saya yer. Saya akan cuba sedaya mungkin untuk atasi masalah ini. Saya pun bukan pandai sangat nak menggodek sana sini. Saya akan lakukan mana yang saya daya sahaja. Mungkin mengambil masa sehari dua, sebab saya amat2lah sibuk menguruskan anak2 kecil saya, juga rumahtangga saya. Jadi, saya akan bina semula kala masa saya berlebihan.... Terima kasih ye kalian, kerana sabar. Saya sangat2 hargainya, dan saya sangat kesunyian bila kalian tak datang ke blog saya......

Tuesday, July 06, 2010

Jangan tak tau, suami saya buat sarapan hari ni tau!

Salam pagi....
Entry yang saya buat malam tadi pun korang tak baca lagi,kan? Tiba2 pagi ni Fiza dah buat entry baru. Tak pe la...kalau ada kesempatan nak baca entry yang fiza buat malam tadi, baca la. Biasa la, tentang anak2. Seronok bercerita tentang anak2 ni.

Pagi ini, saya bangun pagi agak lewat. Jam 6.30 pagi baru terjaga. Handphone dah berulangkali menyanyikan lagu Ya Allah, Wali Band suruh bangun tido. Tapi, tangan sangat2 gatal offkan alarm. Bila saya bangun, cik suami saya memang dah bangun dan baru pulang dari surau...tersenyum melihat saya turun ke tingkat bawah. Hehehe...bagus punya isteri yer....kihkihkih!

Sedang saya mendirikan solat subuh, cik suami saya ke dapur. Saya terdengar dia buka pintu peti sejuk, saya terdengar dia tuang air dalam kuali, saya terdengar air sinki di buka. Apa lah yang dia nak buat pagi2 ni. Selesai solat subuh, saya terus ke dapur...laaaaaa dia nak masak rupanya. Daging sudah dicincang, bawang sudah di potong, dalam kuali sedang merebus spegetti angel hair. Saya cuma panaskan air untuk dibuat minuman pagi. Dan saya hanya membuat air horlick dalam jag.

Saya biarkan dia dengan tugas dia. Memasak menyediakan sarapan pagi ini. Sementara saya membangunkan Ikhwan dari tido, bersiap untuk kesekolah. Suami saya selesaikan tugas memasak....tidak la masak gah mana pun. Cukupla untuk sarapan pagi ini. Angel Hair Goreng. Walau bahan tak banyak, gunakan apa yang ada dalam peti sejuk, ia tetap sedap kerana sentuhan pagi penuh kasih sayang suami tercinta. (Eh, ada ke patut...suami yang sediakan sarapan pagi...huh!) Untuk melihat suami saya masuk dapur hanya pada weekend je. Untuk weekday, biasanya dia hanya makan saje yer.... Tapi, pagi ni sangat2 gembira!



Inilah sarapan pagi keluarga saya hari ini....hasil air tangan suami.

Oh yer...nak cerita la sikit kan. Kisah keluarga saya petang semalam. Lepas solat zohor semalam, kami sekeluarga keluar menuju ke Bangi. Niat di hati ingin melihat anak buah baru. Anak BIL saya, dah 20 hari usia dia, baru berkesempatan mak langnya ini datang menjengok. Kebetulan suami saya pulang awal semalam. Tak bertugas di sekolah, tapi, bertugas mentaksir sebuah sekolah di Sg. Buloh. Kerja pulak selesai awal. Seronok tau bila suami pulang awal dari yang kita jangkakan....alangkah seronoknya kalau hari2 begitu. Eh, jangan nak berangan yer. Suami awak tu guru. Mentaksir PAFA tu tugas sementara je.....

So, ni gambar saya bersama anak buah baru saya. Namanya INSYIRAH....comel dan sedap baunya. Bau baby asli. Owh....amat2 saya rindukan bau seperti itu.


Saya dah tepek gambar ni kat FB saya sebenarnya, tapi saje la nak tepek kat sini pulak.
Ada yang sudi melihatnya? Hehehe.....

Ok, tu je untuk pagi ni....penat la ngomel panjang2. Saya akan mengomel lagi di lain entry, ok! 

Sofie dan Hijaz lagi

Nak bercerita tentang 2 beradik yang sangat akrab. Mereka ni ada kalanya boleh bersama, ada kalanya terpaksa dipisahkan. Sekarang Sofie suka ketuk kepala Hijaz. Sian Hijaz. Mula2 Hijaz akan ketawa bila kak chiknya buat begitu. Dan kemudiannya akan menangis, sebab ketukan semakin kuat. Sofie juga sangat2 gemar gigit Hijaz. Mungkin geram dengan badan Hijaz yang debab dan gebu tu. Abang2 mereka panggil Hijaz "si donat yang gebu". Hehehe....

Bila Sofie ketuk kepala Hijaz atau gigit badan Hijaz, saya sepatutnya tidak boleh memarahi Sofie. Namun, kadangkala baran saya keluar. Sian Sofie tau. Dia tahu umisofie marah. Masa tu dia akan jauhkan diri dari saya sehingga saya datang padanya peluk dan cium dia. Kalau ada abisofie, confirm umisofie ditolak tepi. 

Dan pendekatan yang saya ambil bila Sofie perlakukan Hijaz sebegitu, saya perlu kuatkan kesabaran saya. Saya akan bercakap dengan Sofie yang tindakan dia tak betul. Sofie tak boleh buat adik macam tu. Agak letih jugak... kesabaran sangat2 perlu.... lebih tercabar bila kita sedang sibuk melakukan kerja lain, pandai2 la kita nak mengawal segala emosi. Saya sering berdoa moga Allah tingkatkan kesabaran saya dalam mendidik anak2. Belum lagi 2 anak lelaki yang besar tu....Allahuakbar! Karenah mereka, macam2.

Entry kali ini juga, saya ingin berkongsi kisah 2 anak "kembar tak seiras" saya bila diberi peluang makan sendiri. Semalam, abang sayang saya sediakan steam potato buat anak2 saya. Bila seronok melihat 2 beradik tu makan, dan mereka berusaha untuk makan sendiri, saya beri mereka peluang itu. Lihat saja gambar2 di bawah......


Sofie : Adik, potato ni kita punya tau! Umi dah bagi kita makan sendiri. Jom makan!
Hijaz : Jom....nyum...nyum....nyum.... shedap kan kak.....


Sofie : Adik, makan hati2 la. Tengok tu...kan dan tabur. Nanti umi marah, baru tau!
Hijaz : Adik tengah shedap ni. Nyum...nyum...nyum... kak chik, nanti kak chik shapu tau. Kak chik kan pandai shapu .
Sofie : Ish....adik ni. Ye la, ye la...nanti kak chik sapu. Makan cepat!


Sofie : Apa ni....adik la ni. Makan tabur...habis kena kaki kak chik! (sambil kaki menguis2 kaki sebelahnya, membuang sisa kentang yang melekat)
Hijaz : Hehehe....padan muka kak chik. Cepat kak chik, jom kita habiskan. Nanti abang iwan dengan abang meny datang kacau kita makan....

p/s: perbualan saja direka untuk timbulkan mood membaca. kalau perbualan tak best, abaikan. hehe....


Sebenarnya, bila kesabaran kita sebagai ibu hilang gara2 karenah anak2, telatah dan gelagat anak seperti ini mampu menjadi terapi hati kita. Betul la apa yang sering dikata, anak sebagai penghibur, sebagai pengubat hati yang sedang marah...... kalau tengok gelagat anak2, hilang rasa amarah dalam diri.

Sunday, July 04, 2010

Hujung minggu yang malas....


Cepat je masa berlalu. Nak update blog ni pun macam tak ada cerita. Jadi umisofie akan taip apa saja yang terlintas di kepala. Tiada tujuan....hehe.

Hari ahad ini ialah hari bermalas-malasan di rumah. Sepatutnya, hari ni kena pergi ke Gedangsa, untuk terapi Sofie. Tapi, ntah kenapa tak jadi pergi. Sebab...hari bermalas-malasan. Boleh ke nak hantar anak terapi, ibu bapanya malas? Boleh je untuk family saya. Kadang2 rasa penat sangat. Esok dah hari sekolah untuk suami dan anak saya. Kalau boleh hari ahad tu hari nak lepak2 kat rumah. Tak nak pergi mana2. Masa terapi Sofie hari Sabtu dulu, ok je. Hari Ahad boleh relax. Bila dah dipindahkan pada hari Ahad ni....aduhai....amatlah malas nak pergi.

Kebetulan hari ini cuaca amatlah sejuk. Dari pagi, bawa ke tengahari, petang dan terus ke malam.... hujan renyai2. Amat sejuk sekali. Dan seronok betul dapat relax sambil baring2 di rumah bersama suami dan anak2. Suami pun nampak sangat relax.... konon2 nak keluar dari rumah, bila letakkan kepala sambil melayan Hijaz, semuanya jadi malas. Saya pun jadi malas, suami saya jadi malas...hehe. Tak pe kan? Itu pun boleh jadikan terapi minda untuk kita....

Sofie pun boleh relax sikit minggu ni. Kalau boleh tak nak la dia rasa stress setiap minggu... bayangkan la, kena balut satu badan, rimas, panas.... tapi, kena juga hadap sebab nak tgk Sofie terus sihat seperti kanak-kanak normal. Tak pe...minggu ni umi bagi chance kat Sofie. Sofie pun macam dah faham, kalau saya kata, " Sofie, hari ni kita pegi rumah cik Raw yer." mesti Sofie akan kata, "nya...nya...nya..." sambil kepalanya terangguk2. Hehe...lucu,kan? Kalau la Sofie pandai bercakap, apa lah agaknya dia akan beritahu umisofie ini? Tapi, rupa2nya, Sofie tak jadi jumpa Kak Raw hari ni. Orang yang paling gembira ialah Sofie... hehe.

Anak2 saya yang berdua tu pula, Ikhwan dan Amniy, sangat2 seronok bila abi mereka telah membeli printer baru. Sangat2 asyik mewarna gambar2 kartun yang abi mereka printkan dari internet. Macam2 pilihan. Nak gambar Ben10 la, Batman la, Spongebob la, Danny Phantom la, macam2...alahai. Jenuh juga melayan. Ye la, kejap2 minta print gambo tu la, gambo ni la....layan je la. Anak,kan?  Selama ni printer lama rosak. Berbulan nak tunggu beli printer baru. Akhirnya, minggu lepas suami saya dapat la sambar sebijik. Ala...printer yang biasa2 je pun. Bukan yang canggih manggih mana sangat. Janji boleh print, sudah! Paling teruja anak2 la. Umi dorang pun teruja jugak...hehe!

Printer yang jadi pilihan. Biasa je....berfungsi untuk print je. Jenis HP Deskjet D2600. Jadi la...daripada tak ada langsung,kan? Harga pun murah dan mampu kami miliki.....

Ini printer lama kami. Brother DCP115CU all-in-one inkjet printer.....Multifunction printer.... colour printer, colour copier, colour scanner, photocapture centre and scan & translate feature..... Printer ni sekarang jadi hiasan di rumah je. Sebab dah pernah beberapa kali masuk air ketika rumah lama kami dimasuki air banjir.... sekarang jadi tempat kaki saya landing ketika saya sedang online. Hehehe..... 

Eh, kenapa pulak sampai cerita pasal printer ni? Ah...lantak la, sebab itu yang terlintas di fikiran saya malam ni. So, layan je la yer. Rajin bebeno, siap pegi cari image printer lagi. Oooopppsss!!!! Lupa pulak nak bagitau, semua image kat atas tu saya dapat dari pakcik Google yer. Kredit untuk pakcik Google! Tq!

Ok la...that`s all for today...yeah!!!!