Thursday, September 30, 2010

Sofie dan gas

Sangat risau pasal Sofie sejak dua menjak ni. Semua anak2, alhamdulillah, sihat semua!. Tapi, Sofie masih belum sihat sepenuhnya. Masih batuk dan kedengaran batuknya agak berat. Kadang2, kedengaran bunyi kahak yang sedikit melampau. Risau sangat.... 

Saya dah tak larat dah nak bawa Sofie pergi ED. Sungguh, tak larat! Benda yang nak diberi pada Sofie sekiranya Sofie dibawa ke ED, ada di rumah. Memang doktor sudah bekalkan gas2 yang perlu Sofie ambil apabila batuk. Poo-poo Sofie pun sedikit tidak sihat. Dah hampir seminggu poo-poo Sofie tak sihat. Cair dan kerap. Asal minum susu je, dalam beberapa jam, pasti dia poo-poo. Sebenarnya, perut Sofie pun sedikit kembung. Risaunya saya.......

Saya masih amalkan madu campur minyak habbatus sauda` untuk Sofie. Tiap pagi, saya beri dia makan madu  campur minyak habbatus sauda` satu sudu kecil, minum air putih. Nampak la sikit perubahan....cumanya, gas dari hospital memang tak boleh tinggal. Kena sedut jugak.

Gas yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk Sofie. Gas biru tu gas ventolin/ asthalin / salbutamol (banyak nama. Tapi fungsi sama, melegakan batuk dan cairkan kahak ) Gunanya time Sofie batuk je. Kalau batuk teruk, sedut 4 hourly, dah kurang sikit, sedut 6 hourly, sampai la batuknya lega. Kalau kat klinik swasta pun, dorang bagi ubat ni juga, tapi, dalam bentuk cecair. Kena minum.

Gas yang warna oren tu nama dia apa tah, kalau tak silap Flixotide Evohaler. Gas ini sebagai pencegah athma. Gas ni kena sedut setiap hari pagi dan malam, sepanjang hayat. Selagi doktor tak suruh Sofie stop sedut benda alah ni, selagi tu lah Sofie perlu sedut. Kalau korang rajin nak baca pasal Flixotide Evohaler ni, baca kat SINI yer.

p/s: Kedua2 gas ni controlled madicine ok. Jangan cuba2 nak try pada anak korang yang batuk tanpa arahan doktor. Bahaya nanti anak korang.

Kenapa Sofie perlu sedut gas2 tu? Sebab masa dekat Hospital Ampang, April tahun 2009, doktor sana suspect Sofie akan kena athma. Tapi, belum tahap athma lagi. Saya dan abisofie pun memang tiada keturunan athma. Jadi untuk cegah athma, doktor telah bekalkan gas ini.

Gelagat Sofie sedut 2 gas itu pagi hari. Setiap hari, inilah kerja saya dan Sofie

Doakan Sofie sihat ye.... risau betul dengan keadaan dia. Walaupun Sofie kurang sihat, Sofie tetap cergas bermain. Cuma, adala masa mood dia kureng sikit...buat hal lah, menangis tanpa sebablah, minta dukung selalulah, nak berpeluklah....yang jadi mangsa, abisofie. Sofie tahu Hijaz asyik berkepit dengan umi je, tu sebab time abi balik sekolah, mula buat hal. Saja la Sofie ni....... Anak dara abi ni!!!!

Tuesday, September 28, 2010

Rindunya nak membebel dalam blog ini.

Berapa lama saya menyepi? Terpaksa melupakan seketika blog ini. Alasan yang sama, sangat sibuk. Nak buat entry tentang kehadiran seorang sahabat blogger di blog pun dah tak sempat, cerita dah basi. Hehehe.... Ahad lepas, Atun datang rumah saya. Tak sangka dapat berjumpa Atun secara 4 mata. Selama ni dok chatting kat FB je, tiba2 kali ni dia terjah rumah saya. Seronok dapat berjumpa sahabat maya secara bertentang mata ni.

Raya ni sangat bermakna buat saya. Selain bersama keluarga, saya berpeluang berjumpa 4 mata dengan sahabat maya saya. Hari tu Kak Laili, kali ni Atun pula. Hehehe..... Tq pada Kak Laili dan Atun sebab sudi beraya di rumah saya. Tahun depan datang lagi ye...... Tak sempat ambil gambar dengan Atun. Hijaz asik menangis je sampai tak teringat nak bergambar. Ruginya tak dapat abadikan gambar bersama Atun. Huhuhu....

**********************************************************************************************
Saya nak cerita banyak benda sebenarnya. Pasal Sofie dan anak2 saya. Sabtu lepas, Sofie meragam. Tiba2, lepas Subuh Sofie menangis. Saya rasa kaki dan tangan Sofie sejuk Bila tengok, dah pucat membiru. Hati jadi tak keruan dgn keadaan Sofie. Dah lama sangat Sofie tak macam tu. Saya sangat2 risau. Abisofie pulak masih belum pulang dari surau. 

Bila abisofie balik dari surau, tengok keadaan Sofie, terus kata, "Sofie tak cukup oksigen". Sofie batuk2, dengar cara batuk Sofie amat berat. Gas dah beri beberapa kali. Dalam fikiran saya, macam2 dah. Nak hantar hospital.... kalau kena tahan wad, Hijaz lagi....adoi. Dugaan sungguh pagi itu. Sabtu lepas, suami ada sekolah ganti. Terpaksa pergi lewat sebab risau tengok Sofie begitu.

Kami beri Sofie minum madu campur minyak habbatus sauda`. Kami yakin dengan makanan sunnah ini. Habbatus sauda` mampu mengubati banyak penyakit kecuali mati. Yakin dan tawakal pada Allah. Dalam beberapa minit 2 makanan sunnah itu masuk dalam badan Sofie, tiba2 saya lihat Sofie macam nak keluarkan sesuatu dari mulutnya. Dan akhirnya....Sofie muntah juga. Muntah keluarkan segala lendiran dalam badan. Lendiran yang pastikan kahak, dah beberapa hari Sofie batuk berkahak sebenarnya. Banyak kahak terkeluar.

Amat lega Sofie dapat memuntahkan segala lendiran itu. Selepas Sofie muntah, Sofie kelihatan amat lemah dan letih. Terus tertidur....... Dan selepas itu, badan Sofie pula panas. Sofie demam! Sah, madu yang bersifat panas itu telah menyebabkan Sofie demam pula. Saya tak risau Sofie demam, saya lebih risau Sofie batuk berkahak. Bila Sofie demam, macam biasa bunga raya menjadi penyejuk badan Sofie. Tengahari, badan Sofie beransur sejuk. 

Segala plan hari sabtu lepas terbatal. Hari Sabtu itu sekadar di rumah. Kebetulan Ikhwan juga tidak sihat sebab cirit-birit dan sakit perut. Kalau dia sihat, segala plan hari sabtu pasti terlaksana. Maaf banyak2 pada Noina dan Mama Eja. Akak dah beritahu nak datang rumah korang, tapi tak jadi. Tak ada rezeki kita untuk bertemu kali ini. Mungkin lain hari ok!

*************************************************************************************************
Semalam, Amniy pulak buat hal...adeh! Dugaan sungguh! Begitu menguji kesabaran saya. Amniy muntah2, sakit perut kembung..... ntah apa dia makan pun saya tak tahu. Memang sabar sungguh!!!! Eh, sabar ke saya? Pagi semalam je, 5 kali dia muntah air. Saya call suami yang berada di sekolah, minta dia pulang sebentar. Suami pulang, terus bawa Amniy pergi klinik. Lepas jumpa doktor dan makan ubat pun tah berapa kali tah dia muntah....sangat penat melayan. 

Sebenarnya, Sofie pun ada muntah2 semalam. Muntah yang sama macam Amniy, sekadar air sahaja. Saya pelik juga kenapalah anak2 saya jadi macam ni. Minggu lepas Ikhwan pun muntah2 macam 2 orang adiknya itu. Tapi, doktor kata masalah kecil saja. Dalam minggu ni, memang banyak pesakit kanak2 mengalami keadaan seperti anak2 saya ni. Kata doktorlah. Agaknya penyakit musim rumah terbuka raya kot.....

Alhamdulillah, pagi ni, Ikhwan sudah pulih. Sudah boleh ke sekolah. Amniy hampir pulih. Cuma perlu teruskan antibiotiknya. Sofie juga makin pulih.... cumanya, ubat muntah perlu diteruskan, serta pemberian gas perlu di kerapkan untuk memulihkan batuk berkahaknya. 

Saya sangat rindu untuk ber'blogwalking'. Tapi masa saya terbatas. Saya perlu cari masa.... sabar ye korang. Saya akan terjah blog korang juga. Kepada pembaca baru blog ini, terima kasih saya ucapkan. Mohon anda tinggalkan jejak anda di cbox blog ini supaya saya boleh terjah anda kembali.

p/s: Sabtu ni, 2 hb Oktober, hijaz genap setahun tau korang. Nanti saya update pasal perkembangan Hijaz saya yang comel itu...hehe. See u...daaa....

nota umisofie: sambung sikit, tak larat tau korang, anak2 batuk2, muntah2...tak larat nak basuh kain baju yang kena muntah,...tak larat nak basuh sarung sofa yang kena muntah.... tak larat nak basuh toto yang kena muntah. Penat wooooo......hehe.

Friday, September 24, 2010

Occupational Therapy untuk kesekian kalinya

Assalamualaikum semua....
Lewatnya update blog. Sangat bizi sekarang. Maklumlah, bergelumang dengan anak2 kecil ni, masa untuk berblog amat2 terbatas. Tapi, saya cuba juga luangkan sikit waktu untuk meng'update' blog ini.

Lama sungguh menyepi cerita tentang Sofie,kan? Huh....Sofie sekarang amatlah ligat dan aktif. Nantilah saya ceritakan kat entry lain. Sekarang, saya ingin bercerita tentang Sofie yang pergi Occupational Teraphy baru2 ni. Macam biasa, dia sangat gumbira ye berada di bilik terapi. Semua benda dia nak bermain. Mula la buat perangai hilang fokus pada sesuatu perkara. Semua benda nak dibuat dalam satu masa.

Terapi kali ini bukan dilakukan oleh Puan Zu. Tapi, seorang pelajar yang dalam praktikal. Sangat leceh, ok! Tapi, layan je la... kalau kita tak beri kerjasama macam manalah pelajar2 ni nak berjaya, ye tak? So, layan je la..... Saya bukan apa, saya jadi malas sebenarnya nak libatkan anak saya ni dengan pelajar. Sejak dok kat wad, follow up klinik, terapi, kalau melibatkan pelajar, saya jadi macam tak best je. Sebabnya, kalau yang baru pertama kali jumpa Sofie, mulalah nak belek badan Sofie sana sini. Kadang, jadi rimas anak dara saya tu. Masa kecik dulu, dia tak mengerti apa2, diam je la. Bila dah pandai memberontak, badan dia macam jadi bahan eksperimen, mulalah nak menangis dan mengamuk. Yang susah, uminya ini. Sebenarnya, saya tak kisah sangat kalau pelajar ingin tahu tentang Sofie. Cuma, sejak Sofie pandai memberontak ni, saya jadi tak seronok nak berkongsi kisah Sofie dengan pelajar. Kedekut sungguh saya,kan? Tak de la macam tu..... ntah la....susah sangat nak ceritakan keadaan...... Tapi, jangan risau ye pelajar medic, pelajar juruterapi atau pelajar jururawat. Insya Allah, saya pasti akan beri kerjasama sekiranya anda ingin mengetahui keadaan anak saya. Cuma, perlu melihat keadaan Sofie ketika itu la...kalau mood dia tak baik, mungkin susah untuk saya beri kerjasama. (Melalut tang mana pulak dah umisofie ni.... Tadi kan nak cerita pasal terapi Sofie.)

Ok, balik pada tujuan asal, Sofie makin bijak weh...sangat pening melayan karenanya. Disuruh main puzzle, sekejap je fokusnya. Cepat betul dia hilang fokus. Disuruh main dalam 'lautan' bola, dia lagi seronok. Siap tendang2.... Saje je juruterapi tu suruh Sofie selamatkan diri daripada lemas dalam 'lautan' bola itu. Korang tgk video Sofie dalam 'lautan' bola tu yer, kat SINI tau....sangat lucu ok. (Sekali lagi saya tak sabar menunggu upload video menggunakan blogger ni. Leceh dan lambat. Jadi saya uploadkan di FB je)


Dah penat bermain bola2 comel yang berwarna warni tu, Sofie disuruh untuk berlatih berjalan pulak. Sofie masih belum boleh seimbangkan badan ketika berdiri. Hanya dapat setapak dua, kemudian jatuh. Bangun lagi, melangkah lagi setapak dua, dan jatuh. Hijaz lagi advance dari Sofie.... Kesian juga dengan dia. Tapi, Sofie ialah anak yang tak pernah kenal putus asa tau. Walaupun tahu kekurangan diri, dia tetap berusaha menyaingi Hijaz. Mari lihat aksi Sofie setelah penat menjalani latihan berjalan di SINI.

Ok....untuk kali ni, tu je cerita si Sofie comel. Sambung cerita lain entry....daaaa.

Wednesday, September 22, 2010

Entry khas untuk adik yang jauh di perantauan

Entry ini khas ku tujukan buat adikku yang telah pun ke perantauan menuntut ilmu. Hati ini bagai meronta mengingati dia, jadi ku coretkan sesuatu buat tatapan dia......

Selamat menuntut ilmu adikku....
Pemergianmu di perantauan mengundang kesedihan 
Namun kegembiraan tetap di hati kerana bangga denganmu
Seluruh keluarga menangisi akan pemergianmu
Menangis di hati cuma
Janganlah kau bersedih hati
Janganlah kau gundah gulana memikirkan insan2 yang kau tinggalkan

Pemergianmu cuma sementara
Pergilah dengan rela hati
Jangan berduka hati di sana 
Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu
Kami tidak putus mendoakan keselamatan kamu
Kami juga mendoakan kejayaan kamu
Carilah ilmu dengan gembira

Di sana, pasti ada badai cabaran yang bakal kamu hadapi
Sabarlah...tenanglah hadapinya
Bermunajatlah kepada-Nya
Kerana Dia sentiasa dekat dengan kamu
Janganlah kamu melupakanNya

Harapan abi dan umi
Melihat kamu pulang dengan kejayaan
Melihat kamu pulang dengan segulung ijazah
Yang bisa membantu abi dan umi
Yang bisa menceriakan hati abi dan umi
Yang bisa membantu ummah jua

Selamatlah kamu di Bumi Anbiya`
Berjuanglah adikku!
Kami semua merindui kamu

Nota Umisofie: Kenapalah dalan entry ini rasa ingin berpuisi, dah la tak pandai berpuisi. Lantaklah,kan..... So, pada adikku, Mohammad Busyoiri a.k.a Mamat, teruskan perjuangan ye. Jangan patah semangat. Umi kata dengan akak, ko rajin dan cerdik. Antara adik beradik kita, ko la paling jauh sambung belajar. Yang lain semua kat sini je. Ko je kat sana...... Akak tahu, subjek yang ko ambil bukan calang2. Sangat rumit dan tension. Tapi, umi kata dengan akak, dia yakin ko boleh harung....Yakin boleh!!!!

Wajah2 Mamat....

Bersama abi dan umi sebelum berangkat

p/s: Adik saya ni amik medic kat University of Cairo.....huhuhu. Jauhnya ko ngn kami.

Tuesday, September 21, 2010

Aktiviti raya ke-5 hari tu

Assalamualaikum....
Saja la nak story mory tentang kisah keluarga saya yang sempat ber'happy' dan berlibur ketika musim raya ni. Cerita ni pun dah agak basi.... tapi, memang dah niat nak kongsi dalam blog,kan, so cerita jugalah... see the blog`s title? Cerita umisofie, right? Jadi, umisofie akan terus bercerita....

Hari raya kelima hari tu la....family saya pakat2, plan2 nak berlibur, berendam kat Teluk Batik. Kami pun pergilah. Pergi tanpa abi saya...huhu. Sedih juga. Abi saya tak de masa tu. Dia balik Kelantan, kampung mak muda saya. Hehehe....jangan tak tahu tau. Saya ada 2 orang mak. Umi dan umi thani. Mak saya umi le... bangga gitu! So, demi permintaan anak2 ni, umi saya pun setujula untuk berhibur di Teluk Batik, bersama anak menantu dan cucu-cucu. Hehehe...paling happy? Off course la anak2 saya.....

Umi saya dah siapkan segala keperluan perut anak2nya ini. Adik ipar saya pun ada bawa sedikit bekalan perut. Saya? Hehehe...bawa perut kosong jer.... Bertuah punya anak,kan? Mana taknya, pagi nak pergi baru dorang call saya bagitahu nak ajak gi berkelah. Mana sempat nak bawa apa2. Umi saya kata, "ko bawa je perut kosong. Umi dah siap semuanya." Wah....sangat bertuah ini orang yer!

Tapi, suami singgah juga pasaraya untuk membeli sekaton air kotak sebagai bekalan. Maklumlah, pergi 3 biji kereta penuh, mesti habis punya. Keluarga saya sampai agak lewat. 2 biji kereta sudah sampai, dan masing2 dah tukar pakaian untuk mandi manda di laut. Ikhwan dan Amniy paling tak sabar bila engok makcik2 dan pakcik2 mereka sudah bersedia sepenuh hati. Saya paling relax, suami pun relax je. Sebab tak perlu menjaga anak lelaki kami yang dua orang tu. Sudah ramai penjaga dan pelayan mereka. Syok sungguh berkelah dengan budak2 ni. Sonang akak korang. Hehehe.... lain kali, nak berkelah ajak korang tau!

Sebenarnya, minggu tersebut merupakan minggu2 terakhir kami semua bersama salah seorang adik saya. Dia telah pun terbang merantau ke negara orang untuk berjuang. Adik saya telah ke Cairo. Huhuhu....sedih! Tak mengapalah, nanti saya cerita pasal dia. Sekarang cerita gembira2 ok!

Gambar2 ketika berkelah di Teluk Batik amatlah banyak. Ini baru sebahagian. Belum campur gambar dalam kamera adik saya lagi. Ni pun dah tak larat nak edit dah. Cukuplah ini saja buat tatapan semua. Elleh, macamlah ada yang nak tengok gambar2 ni,kan? Eh, ada kot.....

Silalah ye....menonton gambar2 kegembiraan keluarga saya berkelah di tepi pantai nan indah....mandi-manda di laut nan membiru....hehe. :-) Tontonan percuma je...tak perlu bayar. :-)

Di tepi pantai Teluk Batik

Adik beradik saya sibuk melayan anak buah

Kat pondok kami berteduh, makan2, sembang2 a.k.a gosip2, tido2..... Yang pakai baju warna biru tu umi saya. Sweet tak umi saya? :-)

Umisofie dan abisofie melayan karenah Sofie. Sofie mandi laut, tak nak keluar dari air laut. Dia siap beratkan badan bila nak diangkat ke tepian... so clever ini girl yer.... Tapi, tak boleh biarkan dia lama2 berendam. Demam pulak anak dara ni.....

Sessi makan2, rehat2, gosip2, posing2...hehe. Sangat seronok berehat di tepi pantai. Gambar terakhir tu la adik saya yang telah pun merantau ke negara Timur Tengah, melanjutkan pelajarannya. Sedih pulak bila tengok gambar2 dia. Ni gambar candid dia saya ambil masa dia tengah tido sambil layan MP3nya.

Sessi mandi manda stop waktu azan Zuhur berkumandang. Lepas mandi manda, makan2. Bersihkan diri, tukar pakaian bersih untuk solat Zuhur. Lepas solat Zuhur, rehat2 kejap. Cuaca dah sedikit redup, masing2 sambung mandi. Aduhai....sakan sungguh mereka. Ikhwan dan Amniy siap cakap, "kita balik petang ye, mi." Hehehe....tak puas lagi bermain air. 

Selesai semuanya, jam 6 petang, masing2 bersihkan diri. Tukar lagi pakaian bersih siap sedia untuk pulang. Masing2 sudah penat. Selepas semua tunaikan solat Asar, terus cabut pulang ke Sabak Bernam..... 

Lain kali, ada waktu, kita luangkan masa lagi untuk berkelah ye adik2ku.....

Sunday, September 19, 2010

Cerita Raya Keluarga Saya

Entry terbaru ni...panas lagi walaupun cerita dah hampir basi. Wakakaka.....
Semua blog ada cerita raya tersendiri. Saya pun nak kongsi cerita raya keluarga saya juga. Hehehe...sambil2 tgk2 gambar raya keluarga saya.....

Saya, setiap tahun berhari raya konsepnya sama. Malam raya di rumah PIL, pagi raya, selepas solat Aidilfitri, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, saya akan cabut balik kampung saya jumpa dengan umi dan abi saya pula. Kampung saya dengan rumah PIL tak jauh mana pun, boleh cabut lari, berkejar sana sini. Tahun ni, seperti yang sedia maklum, hari raya pertama saya tema hijau. Kami anak beranak memakai baju warna hijau. Sangat nyaman pandangannya...Hehehe...tema bidan terjun ni. Aci rembat je masa beli baju raya hari tu. 

Hari raya pertama, saya bersama keluarga sebelah saya, berkunjung-kunjungan rumah saudara2 yang agak tua...hehe...tua ke, eh, warga veteran. Makcik pakcik saya semua duduk di area KL dan Lembah Klang. Kalau kata nak berkunjung ke rumah makcik pakcik, belum lagi la.... So. hari raya pertama ziarah rumah atok nenek saudara ler.... Sangat seronok! Anak2 paling seronok.....

Ok, now...time to tayang2 gambar raya ok. Saya terpaksa edit semua picca raya saya seperti di bawah sebab nak jimat ruang. Hehe.....

Gambar 1- saya bersama Ikhwan dan Hijaz
Gambar 2- saya bersama anak saudara, Ulfa namanya
Gambar 3- Keluarga saya bersama FIL dan sebahagian anak saudara. MIL saya berada di dapur ketika itu
Gambar 4 - Ikhwan dan Amniy bersama sepupu-sepupunya

Gambar 1- saya dengan cik hubby terchenta saya
Gambar 2- saya dengan Hijaz. Sebelah tu umi saya...miss n luv u,umi.
Gambar 3 - Sofie bersama Ulfa
Gambar 4 - saya bersama Hijaz

Gambar 1 - sebahagian adik beradik dan ipar saya. (adik beradik saya ramai woooo.....ini baru sebahagian)
Gambar 2 - Pengantin baru yang baru first time beraya bersama. Adik saya Nasaie dan isterinya, As. Nasaie tu tengah dukung anak saudara. Dah tak sabar la tu nak timang cahaya mata. Sabar ok! Tahun depan, ada rezeki, korang beraya dengan anak sekali. Hehehe....
Gambar 3- Embah wedok a.k.a nenek saya
Gambar 4 - adik perempuan saya, Nurul. (Elleh, maintain cun la tu)


Cerita hari raya kedua dan ketiga keluarga saya, saya bersama keluarga belah suami pula. Mari kita cuci mata lagi, melihat segala macam gelagat keluarga saya berhari raya. Heheh..... ( ini entry tayang gambar ye)

Gambar 1- Sofie nak berhari raya. Belakang tu abisofie. Melihat ke arah umisofie yang sedang menyenap gambo.
Gambar 2 - Saya la tu, bersama Sofie dan Hijaz
Gambar 3 - siapa lagi tu, si Hijaz debab dalam mood hari raya
Gambar 4 - dua orang teruna saya, Ikhwan dan Amniy

Gambar 1- suami saya dengan Hijaz, ni raya kedua, sedang berhari raya di rumah salah seorang makcik belah suami
Gambar 3 - Amniy di hari raya ketiga...makan2 sebelum berjalan raya.
Gambar 4 - suasana makan lagi. Belakang sana tu, abang ipar saya. Sian dia, isterinya dalam pantang. So, dia balik kampung sorang diri......
Gambar 4 - Hijaz bersama sepupu comelnya, Aisya Zinnirah. Sebelah Aisya tu saya ler.... 

Ok, rasanya, cukup dulu untuk entry kali ini. Korang boring pulak nanti, saya ni dok tayang gambar2 keluarga saya. Jangan la boring yer... hehe. Apapun, selamat menghabiskan baki2 Syawal ini dengan jayanya. Paling penting, jangan lupakan puasa sunat 6 hari yer. Ada masa banyak lagi ni untuk dikejar. 

Entry akan datang, saya nak story sikit antara aktiviti raya keluarga saya bersama adik beradik saya...... Nak cerita sekali dalam entry ini, alahai....sempitnya ruang. Tunggu entry akan datang yer.  :-)

Kunjungan merapatkan ukhuwah

Salam Lebaran semua. Masih lagi dalam suasana lebaran,kan.... seronok bila baca blog kawan2 semua beraya sakan. Saya ada macam2 cerita ingin dikongsikan bersama. Saya akan kongsikan satu persatu ye.... banyak sangat ni. 

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang seseorang sahabat maya saya yang sudi bertandang menziarahi rumah saya malam tadi. Sambil berziarah sambil berhari raya. Sangat berbesar hati menerima kehadiran beliau. Sangat teruja juga.... dia yang saya maksudkan ialah seorang sahabat blogger, Kak Laili.

Sebenarnya, Kak Laili berhasrat mahu bertandang ke rumah saya pada hari sebelum itu. Tapi, memandangkan saya tiada di rumah, terpaksa menukar plan. Akhirnya, sampai juga Kak Laili ke teratak buruk saya. 

Terima kasih Kak Lali, atas kunjungan yang sangat2 menggembirakan. Terima kasih buat puteri2 Kak Laili, Puteri dan Dayang kerana bawakan hadiah comel buat Sofie dan Hijaz. Semoga kita ada harapan untuk bertemu kembali, insya Allah.

Hadiah dari Puteri dan Dayang.

Nota umisofie: Sebenarnya, saya ada merakamkan beberapa keping gambar bersama Kak Laili. Tetapi, atas permintaan beliau, saya tak jadi uploadkan di sini. 

Thursday, September 16, 2010

Bertemu kembali di Hari Raya

Assalamualaikum semua... Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua pembaca. Lama sungguh blog ini menyepi. Saya baru je sampai ke Rawang malam tadi. Sangat penat ok! Rumah pun tunggang langgang bagai tongkang pecah. Sebelum mengemas apa yang patut, rasa ingin melepaskan kerinduan pada blog ini.

Wah...!!!!! Seronok ye korang...menyambut hari mulia bersama keluarga. Saya juga begitu. Pulang ke kampung untuk bersama orang tua dan semua saudara mara. Paling gembira, tentulah anak2. Sibuk mengumpul duit raya. Sebolehnya, pupuk dalam diri anak2, bukan duit raya yang kita cari bila berkunjung ke rumah sanak saudara. Kalau tuan rumah beri, alhamdulillah. Kalau tuan rumah tak beri, jangan minta. Ada sesetengah budak siap cakap lagi, "rumah ni tak dapat duit" Hehehe....pandai sungguh! Saya cuba memberitahu anak2 tentang ini. Alhamdulillah....mereka faham. Eh, cerita apa la saya ni.... :-)

Ok, entry kali ni tak nak banyak cerita. Saya pun belum selesai kemas rumah. Saja, take time untuk berblog, sebab sangat rindu pada blog. Insya-Allah, entry akan datang, saya kongsi pelbagai cerita tentang raya saya dan keluarga. 

Keluarga saya di hari raya pertama 
(Saja le tepek...hehe)

Tuesday, September 07, 2010

Last minute enty before Hari Raya!

Beberapa hari terpaksa lupakan blog ini. Tapi, memang tak boleh lupa la...rindu weh...rindu dengan blog ni. Rindu nak blogwalking.... Lagi pun sedih....Ramadhan akan tinggalkan kita.... :-(

Okeh! Ini projek last minute saya dengan cik suami dalam minggu ni. Minggu last raya ni, dalam masa 3 hari, kami dapat buat 6 jenis biskut raya. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun pertama kami membuat biskut raya sendiri. Tahun2 sebelum ni, biskut raya semuanya tunjuk saja....beli le...hehe. Tahun ni, saja nak rasa air tangan sendiri. Hasil...wallah.... cantik gitu. Sangat perasan dak Fiza ini ye.
Saya peminat tart. So, saya mencari aneka resepi tart untuk dicuba. Tak sangka juga, saya dan suami terchenta boleh hasilkan 3 jenis tart yang berlainan. Untuk gambar pertama tu, Tart Tuna. Sangat berbeza dari tart2 sebelum ni. Resepinya dapat di majalah Rasa. Rasa tart ini sangat sedap dan enak. Dan FYI, tart tuna ini telah dihasilkan oleh cik suami saya 100% tanpa bantuan saya, ok! Sangat berbangga mendapat suami seperti dia...oh, I love u, dear!

Untuk gambar kedua pula, ialah Tart Sekundang. Isi dalam tart ini, jem nenas. Sedap juga rasanya, cuma saya masih tak puas hati sebab belum lagi dapat menghasilkan tart yang gebu. Apa ye rahsia tart gebu ni? Apapun, rasa tart sekundang ni, sedap sekali. Resepi ini juga saya dapat dari majalah Rasa.

Gambar ketiga tu pula Tart Coklat. Satu inovasi yang sedikit lain dari yang lain. Ok, resepi asal tart ini saya minta dari dari Atun. Tq Atun, sorry, akak ubah filling. Heheh..... Asalnya, nak letak jem nenas, tapi, masa buat tart ni, jem nenas belum beli. Kebetulan ada coklat kat rumah. Saya gaulkan coklat yang agak cair  dengan kacang tumbuk untuk dijadikan filling tart itu. Rasa...jangan cerita la. Saya telah makan tart itu untuk korang semua, ok!

Selain 3 jenis tart kat atas tu, saya juga dengan amat rajinnya membuat 3 jenis kuih lain. Mari kita lihat,ok!
Gambar pertama, tau dah, mesti korang agak itu ialah cornflakes madu,kan? Hahahaha....salah! Itu bukan cornflakes madu ye. Jangan tak percaya, itu ialah belinjau madu. Tahu tak belinjau? Alaaaa....emping belinjau. Sejenis keropok, yang kita goreng dan rasanya lemak2 pahit gitu. Setengah orang tak gemarkan keropok belinjau ini. Tapi, bila keropok belinjau ini dijadikan belinjau madu, rasanya.....uuummpphhh! Kalah cornflakes madu tau! Anak saya, Ikhwan yang tak suka makan keropok belinjau, bila dia rasa belinjau madu tu, terus jatuh chenta ok! Cara buat, sama je dengan cornflakes madu.

Gambar kedua tu, macam biasala....Biskut Arab. Saya sukakan biskut arab ni, sebab rasanya yang macam susu,kan? Nak buat pun mudah.....

Gambar ketiga tu pula, Peanut Butter Mazola Cookies. Resepinya sama je macam nak buat biskut mazola tu, cuma dalam adunan tu saya campurkan dengan peanut butter. Rasa pun lebih sedap, lembut jer.....

Ok, tu je la kot untuk entry kali ini. Last entry before hari raya, esok...saya akan pulang ke kampung. Jadi, saya tak akan dapat berinternet, tak dapat berjumpa blog....huhu. Sedihnya... Tak pe, lepas balik berhari raya di kampung, saya balik semula ke sini. Kita akan bercerita lagi pelbagai kisah raya pulak.

Saya sekeluarga mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MINAL `AIDIL WAL FAIZIN. KULLU `AMMIN WA ANTUM BIKHAIR..... buat semua pembaca blog saya ini. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna. Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Selamat tinggal Ramadhan, pemergianmu kami rindukan. Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang. 

Friday, September 03, 2010

Membebel lagi si Fiza ni!

Salam Ramadhan semua....
Cepat je masa berlalu, dah hari ke-24 kita berpuasa. Ada lagi 6 hari menjelang Aidilfitri. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang mulia. Pesta beribadah hampir meninggalkan kita. Mampukah kita beribadah sama seperti kita beribadah di bulan Ramadhan? Saya sediri tak tahu sejauh mana kemampuan saya. Kita cubalah yer....mood sedih sangat ni :-(.

Persiapan hari raya saya sekeluarga biasa2 sahaja. Sekadar bertukar baju. Belilah juga baju baru, time raya ni la nak merasa berbaju baru. Anak2 semua menginjak usia, bentuk badan pun berubah. Mana mungkin pakai baju lama kembali, dah senteng, sendat dan tak selesa di pandang. Cadangnya, raya tahun ni mahu membeli pakaian buat anak2 sahaja. Tapi, ada rezeki lebih sikit, umi dan abi juga sambar sorang sepasang. Jadilah... untuk hari raya pertama. Hari raya kedua, ketiga dan seterusnya, gunakan baju yang dah sedia ada je la. Berjimat la sikit....

Saya bukan jenis bertukar langsir, bertukar perabot ketika hari raya. Gunakan yang ada je. Tak ada maknanya la nak bertukar bagai....buang duit je. Kasut anak2 pun....mmmm, mungkin tak bertukarlah. Tahun2 lepas, sibuk dok membeli kasut, akhirnya sandal juga yang mereka cari. So, tahun ni, abi dah kata, tiada kasut raya. Pakai je sandal yang ada. Melainkan sandal koyak ke, hilang ke, jangan saja digunting bagi putus sudah.

Saya mohon maaflah andai sepanjang minggu ni saya tidak ziarah blog kawan2. Sebab, sedia maklumlah,kan. Ramadhan hampir berlalu pergi....pasti sisa2 Ramadhan yang tinggal ini ingin saya penuhi dengan sedikit amalan. Saya belum khatam lagi ni. Sempat ke tidak. Macam tak sempat, sebab dah banyak tertinggal. Mesti kawan2 semua dapat khatam,kan? Sedihnya la....

Hari raya pun hampir menjelang tiba. Kuih raya saya belum selesai lagi. Nak buat juga la sikit2, beli2 ni macam tak best pulak. Raya tahun2 lepas, saya beli je. Tahun ni saya buat sendiri dalam 3-4 jenis. Buat sikit2 jer. Rumah pun tak settle lagi. Nak berkemas, nak basuh langsir....nak repair baju raya anak2. Maklumlah, baju semua beli siap je. Tak pernahnya tempah. Jadi, ada yang terpanjang...kenalah repair sikit. Terutamanya baju Ikhwan dan Hijaz. Nak jahit sendiri, lagi la tak sempat. Ke tak pandai? 

Tak tahu nak tepek gambar apa, jadi, saya tepek la gambar hasil rembatan shopping raya fasa ke-2 kami baru2 ni. Hehehe.... Baju2 yang bakal dipakai pada hari raya pertama nanti, Insya-Allah. Tema warna, hijau tak sekata. Maklumlah, beli.

Ok, nanti kita jumpa lagi pada entry sebelum raya ye...sebelum saya balik kampung, saya akan update satu entry khas... ceh, konon! Macam la ada yang ternanti2 entry dari Fiza ni yer....perasan!

Wednesday, September 01, 2010

Sofie mengamuk, Ikhwan makin matang

Sepanjang hari Sofie mengamuk.... Dari pagi sampai ke petang, tido sekejap, mengamuk lagi. Tido lagi sekejap, bangun dan ngamuk lagi. Umpan la dengan apa saja, semua dia tolak tepi. Bagi makan nasi, diam sekejap, makan sesuap dua je, pastu nangis lagi. Nak kata demam, tak panas pun. Saya umpan pula dengan agar-agar lembut blackcurrent buatan semalam, dia layan juga. Semangkuk juga Sofie makan. Tapi, lepas tu, mengamuk lagi. Dia campak lagi....aduh...menguji kesabaran sungguh. Mujurlah Hijaz baik sangat. Selalu beri kerjasama bila kak chik buat hal.

Kadang2, saya sampai sakit kepala bila Sofie buat hal. Saya sering berdoa, minta Allah kuatkan hati saya, kuatkan kesabaran saya melayan segala macam karenah anak2. Maklum saja, anak2 terlalu kecil, Hijaz pulak jenis nak melekat susu dengan uminya ini. Kita ni dah la banyak kerja nak buat.  Jujur saya katakan, kadangkala rumah bagai tak terurus kalau anak2 meragam, buat hal. Pinggan tak terbasuh, kain tak tersidai.... Adakalanya, saya saja pekakkan telinga dengar tangisan anak, terus selesaikan kerja2 rumah. Tapi hati saya selalu kalah. Mana sanggup seh, biarkan anak menangis berterusan. Kadang2 hati nak marah jugak!!!!! Istighfar banyak2...saya selalu jadi sakit kepala bila anak menangis. Stresskah saya? Oh tidak!!!!! Saya harus bergembira demi anak2...

Lalalalalalalalala....hehehe....

Sofie mengamuk sepanjang hari ini. Saya umpan kamera, dia tolak tepi...saya kuatkan hati mengambil Sofie yang tengah mengamuk.....

Alhamdulillah, mujur Ikhwan semakin matang. Saya sendiri perasan, sejak Ikhwan pulih dari demam ni, perangai dia sangat2 berubah. Nampak dia lebih penyayang, kurang bergaduh dengan Amniy, lebih prihatin pada adik2nya. Dia sambung berpuasa pun, lebih banyak sabar dan tenang. Lepas balik sekolah, dia duduk atas sofa, cakap apa yang perlu je dengan adik atau saya, dan lepas tu tido sampai petang. Alamak....terlebih tidur pulak budak ni. Tak kisahlah, janji dia tak bising minta makanan.

Mungkin demam dia yang lama hari tu ada hikmah tersembunyi.... demam dia mengajar dia erti matang. Dan puasa dia juga mengajar dia erti hidup... sabar, tenang, penyayang dan SOLEH!


Ikhwan layan Sofie dalam kereta, eh..nampak macam Sofie kena paksa je. Hehehe....