Friday, July 04, 2014

Hijaz, semoga soleh!

Salam Ramadhan Kareem.....
Hari ini sudah masuk Ramadhan ke 6. Masya Allah....cepatnya masa. 
Pada Ramadhan ke 6 ini emosi umisofie agak kurang stabil. Pagi tadi menghantar Hijaz sekolah dengan linangan air mata. Air mata si anak. Hijaz hari ini sangat2 tidak memberi kerjasama yang baik untuk ke sekolah. Allahu Rabbi! Mengucap panjang umisofie.


Bangun paginya dalam keadaan baik sekali. Saya sediakan sahurnya (sarapan) pada jam 6.45pagi. Hijaz makan dengan selera. Nasi goreng ayam dengan keropok ikan serta air koko. Seusai makan Hijaz masuk bilik mandi untuk mandi. 
"Umi, hari ni Ijaz ok je kan? Tak nangis pun." Mulut dia berbicara.
"Haaa.... mcm ni hari2 kan senang. Umi senang. Hijaz senang. Hijaz kan anak yg baik." Saya membalas.

Tersenyum2 dia bila dipuji. Hijaz mandi dan terus bersiap mengenakan uniform sekolahnya. Setelah selesai semuanya Hijaz minta izin untuk naik ke tingkat atas kerana Sofie sudahpun berada di atas. Membuka komputer. Membuka youtube Upin dan Ipin. Rancangan kegemaran mereka. 
"Nanti umi panggil turun Hijaz turun tau. Umi siap dulu." Kata saya.
"Ok umi. Hijaz tak nangis." Dia memberi jaminan. Hati saya lega....


Saya menyiapkan diri. Mengenakan pakaian lengkap untuk menghantar Hijaz ke sekolah. Saya panggil Hijaz turun. Hijaz turun dengan mood yang cukup baik pada mulanya. Tiba2, Hijaz hentakkan dirinya ke atas sofa. 
"Laaaa....kenapa ni?" Tanya saya.
"Sofie tu.... tak sekolah." Dia mula merungut sambil menunjukkan muncung comel.
"Hari ni kan hari jumaat. Kakak Sofie cuti. Hijaz pergi sekolah. Kejap je hari ni. Nanti umi ambil cepat."

Dia mula memberontak. Allahu Rabbi. Saya mula berdoa dalam hati, 'Ya Allah. Sabarkan aku!'
Adegan pujuk memujuk dimulakan. Macam2 cara saya pujuk Hijaz. Saya berjaya juga memujuk sehingga dia mahu naik ke atas motor. Di atas motor, macam2 saya cakap dengan dengan dia. Saya puji dia. Saya bagi harapan pada dia. Hijaz hanya diam. Saya dapat rasakan mulut dia sedang muncung.

Sampai depan pagar sekolah, cikgu Ann sambut. Tapi, Hijaz tidak langsung berganjak dari belakang saya. Sessi pujuk memujuk berlangsung lagi. Dia tetap dengan pendirian tidak mahu turun dari motor. 

Keadaan memaksa saya turun dahulu dan terus mendukung Hijaz. Agak mencabar juga sebab Amal saya bawa bersama. Sebelah gendong Amal, sebelah memegang Hijaz. Dia meronta2 tak mahu masuk ke sekolah. Cikgu Ann dan cikgu Umi datang memujuk. 

"Tak mengapa ibu, ibu balik je dulu. Kami boleh pujuk dia." Hati saya mula hiba meninggalkan Hijaz dalam keadaan Hijaz menangis. Saya percaya dengan guru2 Hijaz. Mereka bijak menangani situasi begitu. Saya biarkan saja dan memecut motor dengan laju. Semoga Hijaz baik2 saja di sekolah.

Sepanjang 6 bulan Hijaz bersekolah di Pasti Insaniah, ini ialah kali kedua Hijaz buat perangai. Kali pertama adalah ketika mula2 bersekolah dahulu. Biasalah mula2 masuk sekolah. Selepas dari itu, Hijaz baik2 saja. Cikgu-cikgu memuji Hijaz anak yang baik, senang diurus, mudah dengar kata, walaupun Hijaz kurang bercakap. 


Semoga anak ini akan terus berkelakuan baik, berakhlak mulia, menjadi soleh sentiasa. Sebenarnya, adalah biasa bagi anak2 yang sesekali ada waktu dia bersifat kurang baik. Sebagai ibu, saya kena bijak menangani keadaan ini. Saya kena lebih baaaaaanyaaakkkkk belajar. Anak sudah 5 orang. Lain anak lain ragam. Setiap anak ada ragamnya sendiri. Alahmdulillah.....

Ya Allah, jadikanlah kami ibubapa yang tinggi sabarnya dalam mendidik anak2 kami. Lembutkan hati anak2 kami. Jadikan mereka anak2 yang mendengar kata. Jadikan mereka anak2 yang menurut segala perintahMu, RasulMu dan perintah ibubapanya. Amin Ya Robbal 'Alamin.


5 comments:

  1. memang menguji kesabaran..huhu...insyaAllah ijaz budak baik...

    ReplyDelete
  2. masyaAllah sudah lama saya tak ziarah akak di sini.. moga kita mendapat anak yang soleh solehah..amin

    ReplyDelete
  3. insyaAllah ijaz jadi anak yg baik dh soleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....