Friday, February 15, 2013

Fiza & Seni Menghias Kek

Assalamualaikum....
Dari cuti ke cuti, saya berniat nak update blog ini. Ada je asbab yang membuatkan hasrat saya terbantut. Cerita yang perlu ditulis di sini pun sudah basi, suam2 kuku dan akhirnya terus malas nak menulis di sini. Beberapa kali cuti, saya pulang ke kampung, jadi, masa saya untuk mengadap blog ini agak terbatas. Hari ini, cuba kuatkan semangat, curi sedikit masa untuk update sesuatu dalam blog ini.

Umum mengetahui saya terlibat dengan dunia perniagaan, owh.... hanya perniagaan kecil. Sekadar di rumah, sambil menjaga anak2 dan rumahtangga. Awal usaha saya ini, saya tekad, tak mahu terlibat dengan kek yang memerlukan deco2, sebabnya, tak mahu bermain dengan krim aising. Sewaktu di zaman remaja saya, saya suka menolong ummi saya membuat kek aising. Mengambil tempahan orang untuk kek hari lahir, kek perkahwinan dan lain-lain. Dan saya tahu, betapa remehnya bila kita terlibat dengan aising. Comot sana sini, perlukan ruang yang lebih luas..... 

Tapi, sejak akhir2 ini, saya cuba mendekatkan diri dengan seni menghias kek aising dan coklat. Atas permintaan pelanggan juga sebenarnya. Kalau tiada sokongan dari pelanggan, saya sendiri belum berani untuk menjual kek aising saya. Saya masih amatur, dan perlu banyak belajar tentang seni menghias kek. 


Ini ialah kek aising pertama saya. Pelanggan minta deco angry bird. 
Masa tu saya tak pandai nak gunakan edible image. Dan sekarang juga begitu, sebab ada sedikit kemusykilan dengan bahan dari edible image itu sendiri. Tengok la nanti, kalau saya betul2 yakin dengan status halal dari bahan yang terkandung dalam edible image, mungkin satu hari nanti saya akan gunakan juga. Saya cuba mengelakkan bahan syubahah dalam kek2 saya.
Ok...... senyum! :-)


Saya memberanikan diri untuk cuba membuat dekorasi kek aising pada akhir tahun 2012 atas permintaan juga sebenarnya. Agak cuak pada mulanya, tapi alhamdulillah..... segalanya berjalan lancar. Mungkin pengalaman saya bersama ummi sangat bermakna. Ummi menjadi inspirasi saya untuk menghias kek2 ini. Dan lebih bermakna sebenarnya bila encik suami cuba2 memuji hasil kerja saya.
Senyum lagi....... :-)

Untuk tahun 2013 ini, saya cuba menerima temapahan yang melibatkan kek aising. Kalau tak teruskan, bagaimana mungkin saya akan terus menjadi seperti bakers lain yang hebat2, kan. Ahak! Ada hati tu, mahu menjadi seperti orang hebat. Hihihihih..... Dan saya mulakan dengan tempahan dari seorang rakan suami sempena hari lahir anaknya.......


Tema: Taman bahagia riang ria.... Heheheehe.....  
Saya dapat idea untuk membuat dekorasi ini selepas saya meneliti buku seni menghias kek yang baru saya beli. Sesuai untuk kanak2. Saya cuba dapatkan sugar deco di bakery yang saya selalu pergi. Alhamdulillah, kerja saya dimudahkan bila semua bahan yang saya perluka ada di situ. Agak gementar sebenarnya, tapi Alhamdulillah.... semua berjalan lancar.


Dekorasi untuk orang berusia..... minta seorang pelanggan. Hahaha.... jenuh saya fikir, bagaimana harus saya hias kek ini. Saya memikirkan deko yang simple, dan tak sarat dengan warna. Cukuplah sekadar bermain dengan 3 warna asas, maka terhasillah kek aising ini. Alhamdulillah..... puas hati juga. Amatur la katanya, kan. Jadi, jangan komplen lebih2, hahahaha!

Selain krim aising, saya juga bermain dengan coklat. Pada saya, coklat lebih mudah. Hanya panaskan coklat gelap, campur dengan bahan campuran, makan akan terhasil coklat curah yang mengasyikkan, atau lebih dikenali dengan GANACHE.

3 gambar di bawah antara deco kek coklat yang saya suka :-)


Kek untuk makcik saya, tempah sempena majlis perkahwinan sepupu saya.
Dalamnya kek coklat lembap dan pemalas.... hehehe......


Masa nak menghias kek ini, saya memikirkan hiasan yang lain sikit dari yang biasa saya buat. Hanya bermain dengan coklat, hiris, parut, tabur...... Sesekali, badan hancur diperlukan sebagai penyeri kek coklat.


Ini yang paling terbaru..... 2 kali saya menghias deko yang saya. 1 untuk jiran saya, nak bawa balik kampung sempena CNY hari tu, dan keesokkan harinya, saya buat kek yang saya dan deko yang sama untuk adik ipar saya. Agak boring juga kalau hiasan tu sama je, tapi atas permintaan, saya layan......
Kek di dalam ialah kek coklat lapis keju. Memang sedap kek ini!

Kalau nak diikut banyak lagi gambar nak dikongsikan. Tapi kang tak larat pulak nak tengoknya. Hehehehe.... Jadinya, sampai sini dulu la. Inilah cerita saya sekarang, sibuk nak terus belajar seni menghias kek. Nak bagi power lagi skill. Skill tak semenggah. Amatur la katakan....

Ok, jumpa di lain entry, dengan cerita yang lain. Daaaaa......
Ooooopppppssss.... berani nak tempah dengan saya, hubungi saya!