Showing posts with label Tanam-tanam. Show all posts
Showing posts with label Tanam-tanam. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Bagaimana pokok cekur saya boleh subur?

Assalamualaikum, salam penuh keberkatan di sayyidil ayyam, hari Jumaat yang mulia.
Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh-Nya. Pagi2 ni, terasa ingin berkongsi sesuatu yang berguna buat semua. Ingat tak entry saya berjudul Tanaman Kegemaran bulan lepas? Dimana saya menayangkan hasil2 tamanan saya yang tak semenggah tu.... Tentang pokok cekur saya paling penting, disamping pokok2 lain.

Ok, entry kali ni nak berkongsi sesuatu dengan semua. Tentang bagaimana saya memelihara dan membelai pokok cekur saya.....

Gambarajah 1
Lihat tarikh pada gambar, bulan Mei.... Pokok cekur saya dalam tray besar tu hanya ciput itu sahaja. Saya mendapat anak pokok ini daripada MIL 7 tahun lepas. Sebelum ni, saya hanya menanam ia di dalam pasu yang agak kecil, jadi sepanjang di bawah jagaan saya ketika itu, pokok cekur saya tu umpama hidup segan, mati tak mahu. Apabila saya memindahkan pokok cekur saya pada tray yang lebih besar, saya amat berharap pokok ini akan membesar bagai johan. Tapi, ia tetap begitu, daun yang kecil dan umpama sangat pemalu  mahu hidup bersama saya.

Gambarajah 2
Ini pokok cekur dalam tray yang sama...Gambar tebaru ni! Lihat perbezaan dengan gambarajah 1 tadi. Dalam gambarajah 2, pokok cekur saya kelihatan sangat sihat dan subur,kan? Daun semakin lebat dan nampak la yang pokok ini sangat gembira hidup dengan saya. Mungkin aura telah datang. :-) Setiap pagi dan petang, saya membelek, menyiram dan menggembur tanah. Mungkin belaian saya itu telah memberi semangat untuk pokok ini hidup dengan gembira dan sihat.

Gambarajah 3
Pokok cekur saya bukan hanya didalam tray besar tu saja, tapi terdapat juga dalam pasu kecil ini. Sekali lagi minta mata membuat perbandingan antara gambarajah 3 dan 4....

 Gambarajah 4
Nampak perbazaannya? Dalam gambarajah 4, daun-daun yang keluar sangat subur, bukan? Hati saya gembira sangat dengan perbezaan ini. Tu yang makin hari makin sayang dengan pokok cekur ni, juga pokok2 lain.

Apa yang saya buat setiap hari sehingga kelihatan perbezaan dengan ketara sekali hidup pokok cekur saya tu. Hanya dalam tempuh 2 bulan, pokok itu membesar bagai johan..... Setiap hari, saya akan menyimpan air basuhan beras dalam jag yang besar, dengan tujuan untuk disiram pada semua tanaman saya terutama pokok cekur. Di samping itu, saya telah titiskan 7-8 titik air mizam ke dalam air basuhan beras, lepas tu, saya siram pada tanaman saya.

Air mizam, dan air basuhan beras (dalam jag besar)

Mari lihat apa kandungan air mizam....
Air mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bukan hanya manusia, malah boleh dititiskan kepada tumbuhan. Jadi saya cuba buat testimoni pada tanaman saya.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Kenapa saya begitu menyayangi pokok cekur saya?


Sekian untuk kali ini.... semoga bermanfaat!

Wednesday, June 22, 2011

Tanaman Kegemaran

Saya hilang idea sejak akhir2 ni nak bercerita tentang anak2. Banyak cerita berkisar hobi2 saya je,kan? Perasan tak? Nanti2 la saya sambung cerita hal anak2 saya....


Saya sebenarnya amat gemar bercucuk tanam a.k.a berkebun. Sehinggakan saya mengimpikan sebuah rumah yang luas dengan tanah. Contohnya, macam rumah mbah saya di kampung. Seronok betul tengok mbah saya bercucuk tanam di sekeliling rumah. Macam2 pokok ada. Mbah tu nenek tau! :-)

Memandangkan saya hidup di bandar, yang sangat kedekut dengan tanah, saya teruskan minat saya dengan menanam segala macam pokok di dalam pasu dan try besar. Nak harapkan tanah, alahai.... tanah sekangkang tikus tu, nak tanam apa la sangat. Tanam pokok cili pun tak mampu hidup. Hahahahha.

Kita ni seolah2 nak dapatkan tanah semua perlu berbayar,kan? Padahal tanah ni kan milik Allah, untuk kegunaan semua hamba. Susah betul la..... bukan nak buat rumah pun, cuma nak berkebun! Melalut dah....

Meh sini semua, jenguk2 pokok kegemaran saya, yang setiap hari, pagi dan petang saya membeleknya.... menyiram, menggembur tanah. Seronok tau bila tengok hasil tanaman kita berbunga dan berdaun walaupun daun kecil.

Pokok kunyit... 
Baru je mula tanam 2 bulan lepas. Punya susah nak tengok dia berdaun, sekali dia keluar daun, alhamdulillah.... melompat saya. Banyak kegunaan daun kunyit, terutamanya untuk masakan.

 Pokok cekur / kencur
Pokok ni saya tanam dah lama, lebih kurang 7 tahun jugak la. Susah betul nak hidup subur, sehingga terpaksa bertukar tanah. Terpaksa juga membeli tanah kampit kat nursery. Bila bertukar tanah, terus subur. PAling seronok tengok daun besar2 dan segar2 jer.... daunnya enak dibuat ulam, rangup2 gitu. 

Ni pun pokok cekur juga. Ini versi dalam try. Saya berhasrat nak tengok pokok tu memenuhi keseluruhan try besar tu. Di try besar ni lah mula2 sekali saya tanam pokok cekur ni.

Daun pandan
Daun penting dalam masakan, bagi saya ia WAJIB ada di setiap rumah..nak buat nasi lemak, masak bubur, pengat, kuih semua kena tambah daun pandan bagi aroma yang sangat wangi dan enak. Saya dapat anak pokok daun pandan ni dari ibu mertua abang ipar saya. (aduhai, macam mana tah nak kata, faham2 je la ye). Alhamdulillah, dah 5 tahun dia hidup bersama saya. Banyak betul jasa....

 Lidah buaya
Pokok pemberian dari seorang jiran lama.... tapi, pokok ni sangat sedih tau! Macam dah nak terkubur je. Tapi, saya tetap jaga dan siram setiap hari. Ada petua tak macam mana nak hasilkan pokok lidah buaya yang subur dan segar?

 Pokok Serai
Ni satu lagi pokok bermasalah.... dulu pokok serai saya ni amat besar dan subur. Tapi sejak tahun lepas kot, pokok ni macam 'hidup segan mati tak mahu' pulak. Sebelum ni saya tanam kat tanah luar, tapi, memandangkan tanah tu tanah keras, serai tak mahu hidup. Jadi saya pindahkan kat dalam try tu, alhamdulillah, nampak la hasilnya walaupun tak sesubur yang dulu.

Daun sup
Baru je tanam daun sup ni minggu lepas. Suami dapat dari seorang sahabt dari sekolahnya. Ingatkan saje nak main cucuk2 jer.... tak sangka la pulak membuahkan hasil. Nampak la daun sup ni tak segan2 nak hidup dengan saya.....

Dan satu lagi pokok yang penting dalam masakan...
Pokok limau purut
Mahu masak tomyam, masak paprik, masak lemak cekur, wajib ada daun limau purut. Ada tanam sendiri, tak perlua sibuk2 nak cari kat kedai / pasar.... :-)

Tak banyak mana pun tanaman kegemaran saya. Perasan tak saya tidak ada tanaman berbunga? Saya ni bukan minah bunga, jadi saya memang tak minat nak tanam bunga. Saya lebih minat nak tanam tanaman yang boleh digunakan dalam masakan je. Tak tahu la, satu hari nanti kot2 pintu hati saya terbuka untuk tanam bunga pula.... :-)

Setiap pagi, saya ada pembantu yang menolong saya membelai tanaman saya..... Dia sangat rajin tau! Bangun pagi, belom basuh muka dah keluar rumah cari uminya. Tahu je dia di mana uminya berada Meh tengok sapa orang tu....

 "Pokok ni dah siram ke belum, mi?"
Aksi berlagak belek pokok..... ikut gaya umi la tu... hehehe.

"Ada ulat la kat pokok ni, mi. Sian ulat... dia nak cari makan."
Lagi aksi membelek pokok....

Wah.... entry kali ni sangat sarat dengan gambar tanaman. Entry lepas2 sibuk asik tayang gambar masakan, makanan jer. Kali ni apa salahnya bertukar hobi,kan.....