Friday, December 17, 2010

PC tak sihat

Salam penuh keberkatan semua, Assalamualaikum....
Lama saya tak update blog ini, kira2 beberapa hari juga.... pertamanya kerana pc saya rosak, terpaksa hantar klinik. Tak tahu kenapa, mungkin virus mengganggu.... mungkin terpaksa diformat semula PC tu. Sekarang saya bersiaran dari kampung, dengan meminjam notebook adik. Mujurlah di kampung ada wireless..... dapat ambil kesempatan sedikit. Dapat juga updatekan perkembangan terbaru umisofie ni....


Keduanya, kerana kesibukan ketika musim cuti sekolah ni. Suami saya pun sibuk mengalahkan pegawai pelajaran dah gamaknya. Cikgu2 lain seronok bercuti, tapi suami saya terpaksa juga bekerja menyiapkan kerja2 mengisi data inventori sekolahnya. Kesian pulak tengok dia.... dari awal cuti sampai dah nak habis cuti, baru selesai semuanya. Belum lagi nak buat jadual waktu persekolahan, dah hampir nak buka sekolah ni, jadual waktu perlu juga dibuat utk kemudahan semua cikgu2 di sekolah nanti. Banyak betul amanah terpaksa diselesaikan...

Jadi, kalau saya lambat update blog ini, bermakna PC saya masih belum sihat dan stabil. By the way, terima kasih ye pada semua yg sokong cerita terbaru tentang Sofie Mariah. Nanti saya akan update lebih lagi cerita tentang Sofie.... Banyak betul perkembangan Sofie sekarang. Kelam kabut juga nak rakamkan.


Sunday, December 12, 2010

Tempat Fiza Simpan Resepi

Assalamualaikum semua...sihat ke?
Hehehe.... dengan bangganya, saya ingin mempersembahkan blog baru saya, 


Saya tak mahu campur adukkan blog yang sedia ada ini dengan segala macam resepi masakan, nampak macam rimas je,kan?
Dan saya juga telah lama berhasrat untuk mencipta blog ini.
Jadi, sekarang, blog ini telah pun terhasil.

Segala resepi dalam blog tersebut bukan semuanya hasil air tangan saya sahaja, tetapi hasil air tangan suami juga, kerana suami saya juga gemar memasak.
Banyak juga resepi yang saya ambil dari mana2 sumber, dan saya juga sertakan link asal sumber resepi tersebut.

Tujuan blog ini terhasil adalah untuk saya menyimpan segala macam resepi kegemaran saya tanpa mengambil kira resepi tersebut telah saya mencubanya atau belum mencubanya.
Ia juga bertujuan bagi memudahkan saya merujuk kembali sekiranya saya mahu melakukan aktiviti memasak.
Maklum saja, saya ni bukan pandai sangat memasak. Jadi, dengan terciptanya blog ini, saya berharap, saya mampu menjadi isteri dan ibu yang pandai memasak. :-D

Meh la korang...sokong saya yang masih menuntut ilmu dalam bidang masakan ini. :-)

Saturday, December 11, 2010

Akhirnya, Sofie berjalan juga!

Saya minta maaf pada semua ye, saya amat jarang BW ke blog korang sekarang. Dapat online kejap je, pastu terpaksa offline balik sebab kat rumah ni PC ada sebijik jer, berganti dengan suami saya, cuti2 sekolah ni, bukan main banyak keje2 dia kena settlekan. Sian dia tau! Kena buat keje sorang2...Huhuhu.

Ok, di kesempatan yang ada ini, saya nak cerita sikit pasal Sofie lagi. Sofie lagi????? Off course ler, Sofie kan anak dara saya. Hehehe.....Usia sudah 3 tahun, tapi perkembangan umpama anak berusia setahun. Saya redha dengan situasi ini, kerana saya terima dia seadanya. Tapi, saya tak pernah putus asa untuk melatih dia terus menjadi anak yang maju. Sekarang, dengan bangganya saya memberitahu seluruh donia, bahawa Sofie saya sudah mampu berjalan. Wahhhhh!!!!! Satu kebanggaan buat saya ok!

Sedikit video Sofie yang masih belum kuat lagi berjalan, tapi.... Sofie anak yang tidak kenal erti putus asa. Walaupun jatuh beberapa kali, dia tetap bangun dan berjalan lagi. Mungkin perkembangan Hijaz yang sudah laju berjalan menjadikan Sofie kuat dan terus berusaha untuk menyaingi adiknya.....



Mungkin perkembangan ini satu yang amat kecil buat ibu2 lain, tapi.... tidak buat saya. Saya amat berbangga dan gembira dengan perkembangan Sofie yang kecil ini! Semoga Sofie terus maju yer, sayang!

Friday, December 10, 2010

~HAPPY BIRTHDAY, SOFIE~

Mengimbau kembali saat 3 tahun lepas, terasa betapa peritnya kehidupan. Setiap insan pasti akan diuji, tanda kasih sayang Allah pada kita. Kelahiran sang puteri membawa satu rahmat dalam kehidupan kami. Walaupun sering keluar masuk wad hospital akibat kesakitan yang ditanggung, hati makin kuat melawan ujian ini. Ini semua mengajar kami erti hidup yang sebenar.

Sofie ketika 8 bulan

Rumah kedua kami ialah hospital.... hospital, hospital dan hospital. Sehinggakan kami merasakan, bila sengsara ini akan berakhir. Rasa terseksa melihat si puteri berada di hospital, di'kerja'kan dek doktor2 dan nurse. Wad 8C HSB, tempat yang sering kami kunjungi. Keseluruhan staff kenal akan puteri ini. Faham2 saja la bila anak masuk wad, mencari line, masuk antibiotik, drip lagi.....Allahu Akbar!!! Terasa seksa melihatnya.

Kenangan berlalu....

Akhirnya, pada 31 Mac 2010, hari yang kami tunggu-tunggukan...setelah puteri ini berusia 2 tahun 3 bulan, akhirnya diputuskan juga dia menjalani pembedahan paling besar dalam hidupnya. Semua maklum keadaan puteri ini sejak lahir, masalah jantung berlubang (AVDS with Pulmonary Hipertension) yang agak serius, menyebabkan dia sering keluar masuk wad. Syukur pada Allah pembedahan ini berjaya. Saat ini merasakan betapa kasih sayang Allah melimpah ruah buat hambaNya. Allah sering mudahkan jalan hidup kami, walaupun kami merasakan betapa sukarnya menghadapinya. Minta hanya denganNya. Dia tidak pernah melupakan kita, andai kita terus rapat denganNya.

Kenangan di PICU, IJN.

Tinggal kenangan semua kisah penderitaan, tinggal kenangan semua kesakitan.... harapan hanya satu, moga2 puteri ini terus sihat berpanjangan. Tiada harapan setinggi gunung pada puteri nan seorang, hanya mahu melihat dia sihat dan sihat selalu. Tipu kalau saya tidak meletakkan harapan begitu tinggi. Saya juga seperti ibu2 lain diluar sana, mahu melihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Namun, segalanya membataskan harapan itu..... jadi, saya cuma boleh berharap agar puteri saya ini mampu melepaskan diri dia sendiri sahaja. Biarlah dia berjaya mendapat syurga Allah kelak...amin.

Sofie hari ini terus ceria dan menghiburkan

Akhirul kalam, Selamat Hari Lahir buat puteri nan seorang.... Hari ini 10 Disember 2010, Sofie genap 3 tahun. Semoga Sofie terus dalam rahmat dan peliharaan Allah Taala. 

Tak salah mengungkit kenangan lalu, supaya kita terus menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Syukur atas kurniaan Allah buat kami ini. Dia satu2nya puteri hati kami, dia berbangga dikelilingi abang-abang dan adik Hijaz. Sihat sentiasa ye, sayang!

Terima kasih atas doa kalian buat Sofie. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian......

p/s: tiada sambutan hari lahir yg meriah kerana 2 orang abang Sofie berada di kampung. Mungkin sambutan ditangguhkan.... sambut ikut bajet jer...hehehe.

Tuesday, December 07, 2010

Mereka begitu rapat

Salam Ma`al Hijrah buat semua.
Saya tidak sempat untuk membuat entry khas berkaitan hari istimewa ini, kesibukan melanda saya.... Sekarang, masa sedikit free. Kejap je ni....saja nak konsi cerita tentang perangai dua anak kecil saya yang amat akrab. Mereka memang rapat, di mana ada Sofie, di situ ada Hijaz. Lama juga saya tak cerita hal Hijaz,kan? 

Hijaz sekarang sudah berusia setahun 2 bulan, dah makin panjang akal, berjalan dah peringkat Master kanak-kanak. Hahahah...lucu ok tengok dia berjalan dan berlari. Amat cute dengan gaya terkedek2nya! Sofie pun sekarang amat positif perkembangannya, saya tak putus asa melatih Sofie utk berjalan dan terus berjalan. Sofie pun anak yang tak kenal erti putus asa.... Nanti la, saya buat entry khas tentang perkembangan Sofie ini.

Dah lama tak tepek gambar anak2 kecil saya ini,kan? Saya mahu anda semua lihat, betapa rapatnya mereka, betapa akrabnya mereka. Mereka bermain bersama dan bergaduh sayang bersama. :-)


Didalam kereta, sementara menunggu abi...... berebut tempat nak ke tempat pemandu. Bila Hijaz dapat memegang hanphone abi, kak chik juga akan mengendeng bersama. Hehehe.... sangat comel gaya mereka, seakan2 orang dewasa pulak. Kunun2, berlagak lak nak gunakan screen touch hp abi tu....

Ntah apa yang mereka bualkan berdua, sebenarnya mereka amat leka bermain signal dan meter kereta. Comel je gaya mereka dari belakang,kan?

Di rumah, jangan kata la...memang sangat2 rapat. Bermain bersama, di mana sahaja, di ruang tamu, di tangga, di dapur, selalu mereka bersama. Paling gembira bila melihat mereka bersama2 kunun2nya membaca buku. Hehhehe,... bijak anak umi ni. Jangan kecik2 je rajin tau! Dah besar nanti kena rajin jugak yer, rajin tuntut ilmu!.

Kak chik sedang mengajar Adik Ijaz, "ini ostrich ye dik".

Hai semua.... (kak chik over la....)

Nota umisofie: Semoga kamu membesar bagai johan yer...hehe. Umi amat2 bosan petang ini, sunyi amat rumah kita hari ini, Abang Ikhwan dan Abang Amniy berada di kampung, korang berdua sedang tidur, abi pula kurang sihat, sakit kaki dan demam sedikit. Semoga abi cepat sembuh! Umi meng'update' cerita korang dalam keadaan yg amat sunyi....
Yang pasti umi kamu ini amat gemar melepak di Ratuhati.com...sambil berforum dengan kawan2 maya umi.....

Ok, saya sekarang tengah cari mood semula untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi.....Huhuhuu. Terima kasih atas kunjungan anda semua!

Monday, November 29, 2010

Sofie masih gagal bercermin mata

Salam bahagia....salam penuh keberkatan.
Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Amin...

Ingat tak, saya pernah cerita yang Sofie perlukan kaca mata untuk melihat? Dan kacamata Sofie sudah pun sampai...dah lama dah, hampir 3 minggu jugak, baru sekarang berkesempatan meng'update' kisah kaca mata Sofie. Disamping problem dgn USB kamera, tu yang malas je nak update blog. Sekarang dah ok, alhamdulillah. Sangat bersemangat nak update cerota Sofie ini. Entry lepas berkaitan kisah kaca mata Sofie, sila ke SINI, yer...

Comel tak cermin mata Sofie ni?

Kelakar pun ada. Mula2 cermin mata ni sampai, saya gelak dulu.Masa suami tempah kat hospital dulu, memang tak banyak pilihan. Ini adalah pilihan yang terbaik. Nak tempah sendiri kat kedai, mungkin harganya lebih mahal berbanding yang ni, Yang ni boleh dikira sebagai mahal jugak. Saya cakap dengan Sofie, "masa umi pakai cermin mata dulu, cermin mata umi tak sampai harga macam ni, Sofie." Hehehehe.....

Gaya Sofie bercermin mata

Setelah hampir sebulan melatih Sofie bercermin mata, saya masih gagal untuk membiasakan diri Sofie dengan benda baru ini. Sangat2 susah ok! Pakai kejap je, lepas tu, dia cabut...mengamuk sakan jugak la.... Saya cuba perhatikan, power cermin mata Sofie agak tinggi jugak. Bila Sofie pakai, sebenarnya, dia suka...sebab boleh nampak dengan jelas. Kalau tengok TV tu, boleh tengok dgn gembira.... Tapi, tak boleh kekal lama. Paling lama 2 atau 3 minit..... Sabarnya la...

Sebenarnya, masalah mata Sofie ialah tidak fokus. Bila mata sebelah kiri ditutup, memang nampak mata hitam Sofie bergerak2 macam mencari2 pandangan. Memang nampak tidak fokus. Ujiannya ialah dengan menyuruh Sofie mengambil manik2 halus dari tapak tangan, dan Sofie meraba2 untuk mendapatkan manik2 kecil itu. Untuk objek2 yang besar dan sederhana besar, ok lagi. Untuk objek halus tu yang gagal tu....

So, sekarang saya masih lagi dalam proses membiasakan Sofie bercermin mata. Sofie kena pakai juga, sebab bila dah besar nanti mata Sofie agak susah untuk dibetulkan....Chaiyok Sofie!!!!!!

Sunday, November 28, 2010

Berlibur di Lentang

Bercerita tentang aktiviti cuti sekolah....
Hari Sabtu semalam, kami merancang mahu bawa anak ke Wet World, Shah Alam, tapi memandangkan ianya hari Sabtu, dan tahu dah pasti ramai umat manusia di sana. Jadi kami ubah plan nak satu tempat yang lebih menarik menggantikan Wet World. Wet World kita pergi lain hari ye anak2!

Kami berniat mahu menyertai aktiviti Family Day blok saya ni, berlangsung di Hulu Yam. Tapi, bila sampai sana, tengok keadaan yang rasa macam tak best, kami batalkan. Teruk betul kami ni,kan? Hehehe...bukan tak mahu bermasyarakat, tapi, dengan anak2 kecil yang berdua tu, saya jadi susah nak join program macam tu. 

Akhirnya, kami putuskan untuk pergi ke Hutan Lipur Lentang, sebab mind set anak2 nak mandi sungai. Jadi kena cari jugak tempat untuk bermandi manda.

Pintu masuk Hutan Lipur Lentang

Amat seronok bila sampai sana. Serisu! Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke Lentang. Selama ni dok dengar cerita je, tapi tak pernah pergi. Rupa-rupanya, kalau dari Gombak tidaklah jauh mana..... Boleh pegi selalu ye bang!


Sebelum tu, seronok ajak anak2 jalan2 kat jambatan gantung yang terdapat di situ. Gayat jer... huhuhu. Dan lepas tu, layan je anak2 saya bermain air, bermandi-manda.... Ikhwan, Amniy, Sofie dan Hijaz, macam tak pernah dapat air. Bukan main seronoknya bermain air sungai yang sejuk dan dingin itu.

Lagi gambar mereka berkubang....

Tiba2, sedang seronok melayan anak2, saya terjumpa dengan seorang sahabat Ratuhati.com. Amat teruja ok! Seronok sangat jumpa dia. Dia tegur saya dulu, sebab perasan Hijaz. Saya macam nak tegur, tapi, takut salah orang. Rupa2nya betul.... hehe. Dia ialah Miu Miu aka Zakirah. Seronok sangat jumpa awak, Zakirah. Lain kali ada rezeki kita jumpa lagi yer. Boleh berpiknik2 kat Lentang! Hehehe.....

 Bergambar kenangan bersama Zakirah, Aleesya dan suaminya.

Balik petang, sampai rumah Asar.... huh! Amat penat ok, berkelah bersama anak2, tapi kepuasan, keseronokan dan kegembiraan jelas terpancar.... ceh, kunun! Yang pasti banyak2 sungai yang pernah saya mandi, Lentang memang BEST! Lain kali boleh pergi lagi.....

Wednesday, November 24, 2010

Kek Coklat Hitam Lembap

Salam semua....
Nak kongsi satu lagi resepi yang saya sempat buat utk Aidiladha yang lepas. Saya ni bukalah rajin sangat nak buat kek2 ni. Untuk pengetahuan, ini ialah kek pertama seumur hidup saya...kihkihkih. Amat dahsyat saya ni,kan? Sebabnya, saya amat bosan dengan kek sebenarnya. Umi saya sendiri punya kedai kek, dan dari kecik saya dok menghadap umi saya buat kek. Jadi, bila dah besar sikit, rasa nak buat kek langsung tak de, sebab dari kecik sampai besar hadap benda2 tu. Hahahaha.... (panjangnya mukadimah ye!)

Jadi, dalam usia 29 tahun ni, ini kek pertama saya buat. Dengan bangganya saya persembahkan:


Kek Coklat Hitam Lembap.
Bahan2:
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda
*semua bahan2 ni diayak...
3 biji telur
2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)
1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)
1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)
1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat

Cara Membuatnya:
- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.
- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)
- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)
- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.
- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.
- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.
- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).

- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.
- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.
- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

Yee Mee Berkuah cik suami buat.

Dah lama sangat tak masukkan cerita air tangan suami saya di halaman ini. Saya ada kongsikan resepi suami saya di forum Ratuhati.com, dan tergerak hati ingin kongsikan di sini. Sila ke SINI yer untuk mengikuti forum.

Resepi yang saya maksudkan ialah Yee Mee Berkuah. Saya sangat gemar makan yee mee. Pernah beberapa kali makan di kedai. Dan akhirnya suami mencari resepi di internet, dan buatkan untuk saya. Hehehe...untung tak saya? Terima kasih laling! Muuuaaahhhh!!!!!

Yee Mee hasil air tangan suami


cara membuat yee mee berkuah tu:

- tumis bawang putihhalia dan cili kering. (gambo saya tu tak de cili kering, sebab masa tu gunakan apa yg ada kat rumah je)
- dah naik bau, masukkan stok ayam, dgn ayam2 sekali...
- masukan cendawan shitake (org panggil cendawan petai,kan?) saya beli yg kering, pastu rebus kejap dgn air panas.
- bubuh sos tiram sikit, dan bubuh jugak kicap pekat.
- sayur boleh masuk mcm jenis, pak choy ke, carrot ke, sawi ke, cauliflower ker....yg penting ada cendawan shitake.
- dah gelegak, bancuh tepung jagung (dlm satu sudu ke) dgn air, dan siram atas kuah tadi. kacau.... jgn lupa, sebelum tu perasakan dgn garam dan gula sikit. pecahkan telur. (telur tu biar masak2 lembik, baru best!)
- kalau ada minyak bijan, titiskan beberapa titis.
- dan akhir sekali simbahkan kuah yg pekat tu atas yee mee tu...
kalau ada pot sizzling tu, alangkah bestnya...baru ada uuummmpphhhh!


Dan satu hari nanti, saya harus dapatkan hot plate supaya sizzling yee mee hasil air tangan suami saya ini lebih menjadi dan rasa macam makan kat kedai......
Hot plate 
Image ihsan google

Sunday, November 21, 2010

Seluruh keluarga sakit mata

Image: Wikipedia

Salam sejahtera semua. 
Agak lama saya menyepi dari berceloteh dalam blog ini. Saya diuji lagi. Mula2, Ikhwan kena, lepas Ikhwan Amniy, dan kemudian Hijaz. Sofie juga kena jangkitan bakteria pada matanya ekoran mata Sofie diperiksa oleh doktor minggu lepas. Mata Sofie paling dahsyat.Kelopak mata dah terbonjol ke depan, seram je tengoknya. Bila bangun tido, taik mata bertepek...amat susah untuk bersihkan. Kesian Sofie. Nak buka mata pun tak boleh. Dah bawa jumpa doktor, doktor kata, mata Sofie kena jangkitan. Bukan sakit mata biasa, so, doktor bagi ubat titik. Alhamdulillah, mata Sofie beransur pulih.

Mata Amniy, juga semakin pulih, Ikhwan dah baik terus, alhamdulillah. Sekarang giliran Hijaz. Ikhwan, Amniy dan Hijaz, saya titiskan susu saya pada mata mereka. 3 kali sehari, alhamdulillah. Allah jadikan penyembuh pada susu ibu. Sofie juga saya titiskan susu ibu dan saya gunakan juga ubat titis yang klinik bekalkan. 

Sedikit tentang kebaikan susu ibu pada mata yang sakit / conjuctivitis:
  • Conjunctivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit.
  • Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata,dan sukar untuk membuka mata.
  • Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
  • Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata anda.
  • Angkat kelopak mata anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
sumber: Dunia Susu Ibu

Hari ini, di saat ini, setelah anak2 hampir2 pulih dari sakit mata, rupa2nya saya pula dijangkiti penyakit ini. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya. Saya juga insan terpilih untuk merasai sakit ini. Tunggu dan lihat sama ada suami saya juga akan dijangkiti atau tidak. Hehehe....

Tuesday, November 16, 2010

Mata Sofie bermasalah

Salam semua,
Dah beberapa hari saya tak masuk blog ini, dan dah lama juga saya tak ber'blogwalking'. Rindu sangat nak jalan2 blog kawan, tapi...alasan biasalah. :-)

Entry lepas bercerita tentang Sofie yang telah menjalani pemeriksaan mata. Dan ekoran dari itu, mata Sofie amat2 tidak sihat. Sangat kesian dengan keadaan Sofie sekarang. Selepas doktor mata buat pemeriksaan pada mata Sofie, kesannya, mata Sofie sekarang dah sepet sebelah kanan, sentiasa berair, dan kelopak mata Sofie juga bengkak dan merah. Pada mulanya saya sangkakan Sofie sakit mata, tapi bila lihat kondisi mata Sofie yang sebegitu, Sofie seakan2 kena jangkitan pada mata.

Saya tak tahu apa yang doktor lakukan pada mata Sofie. Semasa Sofie bersama doktor hari tu, mereka arahkan abisofie keluar, dan hanya tunggu di luar. Mungkin mereka masuk ubat... saya tak tahu nak kata. Yang jadi persoalan saya sekarang, katanya mata Sofie yang bermasalah ialah mata sebelah kiri, tapi kenapa mata belah kanan teruk dikerjakan.

Saya sedih tengok mata Sofie sebegitu. Dah hampir 4 hari, saya perlu merujuk Sofie kepada doktor dengan segera. Saya dah tak tahan, seolah2 saya menanggung semuanya seorang diri. Saya tak mahu mata Sofie jadi apa2 yang tidak menyenangkan. Cukuplah Sofie hanya perlu memakai kacamata, janganlah ada perkara2 tak baik berlaku pada mata Sofie....

Mata Sofie lebih kurang begini keadaannya. Tapi, ni Sofie kena gigit semut. Kejap je dah baik. 

p/s: nanti bila saya dah settlekan problem USB kamera saya, saya tunjukkan gambar Sofie.....

Thursday, November 11, 2010

TQ, Izwa dan Cermin mata Sofie

Sebelum pembuka cerita tentang kisah kesihatan Sofie, saya ingin mengucapkan terima kasih pada adik yang saya kenal melalui maya, bermula perkenalan di forum Ratuhati.com, bawa ke FB dan terus menjadi sahabat blogger, kerana sangat baik hati sebab dia telah mengirimkan pada Sofie set permainan masak2. Hehe... terima kasih untuk IZWA. Akak sangat2 terharu bila tengok kiriman tu dari Izwa. ( Akak tepek gambar kemudian ye, sebab USB masih belum ada ).

**********************************************************************************************************************************************************************************************************

Kisah Sofie yang manis pulak.....
Minggu ni, minggu yang sibuk bagi Sofie. Saya pun jadi letih tengok dia. Isnin, appointment di IJN, selasa petang ada Occ. Therapy dan Khamis pagi ke HSB, utk check mata. Sofie pergi lagi dengan abisofie. Sian dia, bangun awal pagi, terus mandi dan bersiap untuk bertemu doktor2 yang merindui Sofie. Kihkihkih... Ada ke doktor yang rindukan Sofie ni. Mengarut jer....

So, hari ni,selepas pulang dari hospital, abisofie beritahu satu berita yang mengejutkan saya. Sedih juga sebenarnya. Mata Sofie tidak berapa baik di sebelah kiri. Mata hitam masih goyang dan tak fokus. Untuk melihat objek2 halus, sukar bagi Sofie. Dan doktor telah putuskan Sofie perlukan kacamata. Terus abisofie tempah kacamata khas buat Sofie. Harga, RM350... harga hospital. Di luar, mungkin lebih mahal.

Alahai, saya cuba membayangkan, anak dara saya itu mengenakan kacamata. Abisofie kata, sangat cute. Sebab di hospital tadi, Sofie telah mencubanya. Hehehe...dalam terkejut dan sedih, saya sedikit gembira sebab terbayangkan Sofie yang cute itu mengenakan kacamata. Saya redha...untuk kebaikan Sofie, semua itu perlu.

Agak2, muka Sofie ada tak se'cute' budak ni? Hehehe... Ke lagi cute?
Image ihsan google.

Satu lagi, saya sedang tercari2 benda ini:

CP Walker
Gambar ihsan dari Kak Sue... 
( Kak Sue, Fiza amik gambar dari forum kita ye! )

Tapi, saya perlukan tanpa stand untuk tangan tu. Saya nak gunakan ia sebagai terapi Sofie berjalan. Kalau nak tunggu jumpa therapist baru nak latih, memang lambatlah Sofie berjalan. Saya nak latih Sofie di masa lengang saya ketika di rumah. 

Sesapa ada maklumat tentang benda ini, area KL, Selangor, tolong beritahu saya yer! Saya nak cepat, kalau boleh....

Tuesday, November 09, 2010

Update Sofie di IJN

Sofie yang manis... (gambar lama)

Semalam, Sofie ke IJN lagi, bersama abisofie. Hari yang sangat memenatkan buat Sofie dan abi. Sebabnya, pergi pagi, petang baru settle semuanya. 5.30petang baru sampai rumah. Sian mereka.... umisofie tak ikut sebab anak2 lain lebih selesa berada di rumah. Lagipun, Ikhwan sakit mata. Ikhwa perluka rehat di rumah. Orang suruh rehat pun, masih ligat bermain basikal....

Update terbaru tentang Sofie di IJN semalam.... saya menjangkakan, doktor akan hentikan ubat2 Sofie. Rupa2nya, ubat2an masih on. Sedikit kecewa! Sofie sekarang amat bijak. Setiap ubat yang masuk dalam mulut, semua diluahkan semuala. Mungkin Sofie sudah bosan dengan semua tu. Namun demikian, dose ubat telah dikurangkan, jumlah ambil ubat juga dikurangkan. Legalah sikit, sebab, kalau tidak, every 8 hour kena bagi ubat. Ada satu ubat tu, every 6 hour. Kadang2 sampai termiss, kadang sampai terlupa nak bagi Sofie ubat. Macam2 alasanlah....

Dan yang terbaru, tampalan pada jantung Sofie yang dibuat pada April lepas, kata doktor sudah complete. Alhamdulillah.... yang menjadi masalah sekarang, ialah injap jantung Sofie masih ada sedikit kebocoran. Jadi, pengaliran darah masih berlaku dan darah masih masuk ke dalam paru2. Doktor mahu memantau Sofie untuk jangka masa yang lama. Mungkin Sofie perlukan satu lagi pembedahan untuk menutup kebocoran pada injap jantung. Saya sangat risau.... Tapi, pembedahan itu, Insya Allah tidak berlaku sekarang. Mungkin tunggu Sofie besar sikit lagi.

Saya masih risau. Sekiranya Sofie akan menjalani pembedahan, mungkin penderitaan Sofie akan berlaku lagi. Owh...sungguh saya tak sanggup menghadapi saat2 Sofie dibedah, saat Sofie berada di ICU.... rasa sangat sedih dan sakit hati! Tapi, sekiranya itu demi kebaikan Sofie, saya perlu redha.....

Saya ni sudah fikir amat jauh la.... Perkara tu belum lagi berlaku, saya dah fikir macam2. Hati seorang ibu.... Jadi, untuk waktu ini, saya perlu keraskan diri saya dan Sofie untuk menjaga kebersihan diri Sofie, kebersihan rumah juga. Kebersihan mulut, gigi, lidah, tangan sangat penting. Kerana, sekiranya ini tidak terjaga, kemungkinan jangkitan kuman akan berlaku. Dan dikhuatiri kuman masuk ke dalam paru2 dan terus ke otak.... Nau`zubillah!

Itulah yang terbaru tentang Sofie..... 

Sunday, November 07, 2010

Saya masih ada!

Salam bahagia semua...
Saya masih ada ye, jangan dilupakan saya. Huhuhu...saya amat sibuk sejak akhir2 ini. Tapi, cuba juga luang sedikit waktu untuk blog yang tak seberapa ini. Saya banyak berita ingin dikongsikan bersama kalian, terutamanya kisah anak2 saya.... Ikhwan, Amniy, Sofie dan Hijaz. Tapi......nantilah.

Saya sedikit kecewa sekarang. Saya, seorang blogger yang dah tak boleh nak tepek gambar dalam entry untuk sementara waktu. Bukan kerana kamera saya rosak, tapi, kerana USB kamera saya tak boleh berfungsi dengan baik. Aduhai...amat2 kecewa. Banyak gambar yang belum ditransfer lagi ke PC. Terpaksa tunggu cik suami saya mencari USB baru. Sedih ni...huhuhuhu!

Minggu ni, cuti deepavali yang amat panjang bagi saya. Suami saya cuti 5 hari. Sangat seronok ok! Balik kampung, dan bawa Sofie teruskan terapi di Gedangsa. Tapi, amat menyedihkan sekali, bila kami sampai Gedangsa, orang amatlah ramai. Terpaksa batalkan... :-(  Atas sebab2 tertentu....

Minggu depan, terapi harus diteruskan....dan terpaksa tukar strategi lain! Tak boleh gunakan strategi sedia ada... hehehe. 

Saya nak bebel panjang2 pun, masih tiada mood sebab USB kamera tak berfungsi. Tak ada mood la korang, mana best entry tanpa gambo,kan? So, harapnya, korang masih dgn blog saya,ok! Hehehe...Terima kasih tak terhingga tau, korang masih sudi berkunjung ke sini. Saya sedang mencari masa untuk berblogwalking. :-)

Friday, November 05, 2010

Saja bersiaran

Salam semua,
Saya bersiaran dari kampung....
Anak2 sgt2 gembira bila balik kampung ok!
Saya pun ambil kesempatan beronline menggunakan notebook adik, hehe...
Amat rindu dgn blog...amat rindu nak blog walking....

Masa saya betul2 terbatas sekarang, nak bawa Sofie terapi lagi....
Nanti kalau saya ada masa, saya story panjang lebar lagi sampai korang nak muntah baca...hehe.

Ok....saya nak berlibur dulu.
Saje je update ni supaya tidaklah kosong je....Bye!

Wednesday, November 03, 2010

Saya sibuk la sekarang :-D

Salam bahagia semua,
Wah...terasa sudah lama blog ini menyepi. Bila tgk2 bilangan followers pun makin ramai. terharu saya. Terima kasih kepada semua followers yg sudi mem'follow' saya. Insya Allah, saya akan berkunjung ke teratak anda kembali.

Busy sikit la sejak dua menjak ni. Pastu, saya banyak tumpukan pada forum Ratuhati.com. RH sekarang dah format baru. Jadi, semangat berforum makin membara dan berapi lagi. Tu yang sampai tertinggal blog, tertinggal FB... sorry kalian. Lama sangat blog ni menyepi. 

Sebenarnya, banyak sangat nak kongsikan kat sini. Kisah Sofie yang tiada penghujung. Sofie saya telah kembali kepada terapi alternatif di Gedangsa. Setelah 2 bulan lebih saya terpaksa tinggalkan seketika terapi tersebut kerana perkara2 yang tidak dapat saya elakkan. Setiap minggu ada saja program yang menyebabkan saya terpaksa batalkan terapi Sofie.

Ahad lepas, bawa Sofie berjumpa dengan Kak Raw, Kak Raw kata, saya terlalu 'rajin' bawa Sofie datang jumpa dia. Hahahaha....sudah kena perli ok! Tulang Sofie kembali longgar kerana umi dan abi Sofie ini terlampau 'rajin'. :-D  Bising juga kakak itu...aduhai. Dah salah kita, senyum kambing je la.

Sofie, yang sudah lama berehat dari terapi bersama Kak Raw, sangat sakan menangis bila Kak Raw mula mengurut badan dia. Semakin kuat menolak untuk melepaskan diri. Tapi, nak buat macam mana, terpaksa biarkan dia menangis demi masa depan yang baik.

Semoga minggu akan datang saya punya kesempatan waktu untuk teruskan rawatan ini. Saya tak mahu Sofie ketinggalan... Saya mahu Sofie jalan dengan cepat. Adik Hijaz dah laju berjalan, tapi Sofie masih takut unutk melangkah. Aduhai Sofie..... Maafkan umi dan abi, sayang!

Sofie selepas rawatan, kena ikat dan berdiri lapas rawatan. Tengok adik Hijaz tu, suka sangat menyakat kak chiknya, lagi2 time kak chik menangis....

Friday, October 29, 2010

Sofie - Terapi pertuturan kali kedua.

Entry saya yang ini, mendapat banyak respon sama ada melalui cbox atau ruangan komen. Terima kasih atas kesudian anda semua membaca entry yang tak seberapa itu. Ada macam2 pendapat dan pandangan, saya terima dengan rela hati, walaupun ada yang beri pandangan pahit. Huhuhu... tak mengapa, itukan pendapat masing2. Jangan salah faham dengan saya ye, saya tak mahu mencari publisiti, saya sekadar berkongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Seperti yang saya katakan, saya masih belum berjaya sepenuhnya....

Ok, cukup bercerita tentang entry lepas. Sekarang suka saya untuk berkongsi cerita tentang Sofie. Sofie jumpa juruterapi pertuturan, perjumpaan untuk kali kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usia Sofie sudah hampir 3 tahun. Sofie masih belum boleh bertutur seperti kanak-kanak sebayanya. Adakalanya, saya rasa sangat2 teringin mendengar dia bercakap.

Untuk perjumpaan kali kedua ini, Sofie masih lagi diberi permainan. Juruterapi memberitahu, latihan Sofie untuk sekarang ni, banyakkan bermain sambil bercakap. Saya perlu lebih tumpuan pada Sofie. Kesian Sofie, kadang kala di rumah Sofie bermain sendirian, kerana saya sibuk dengan tugasan rumah. Andai punya waktu bersama Sofie, peluang untuk berkomunikasi dengannya, saya tak kan lepaskan. Lepas ni saya harus membeli lebih banyak alatan permainan buat Sofie, supaya permainan Sofie boleh di pelbagaikan.


Video Sofie ketika melayan baby doll makan dan minum....

Di rumah tiada baby doll... perlu ke saya membelinya? Mungkin perlu, sebab Sofie anak perempuan. Perlu ajar dia untuk kasih dengan baby,kan? Melalui baby doll, Sofie boleh belajar untuk gerakan tangan dan kaki. Melalui baby doll, Sofie boleh main masak2, melalui baby doll juga, Sofie boleh main mak-mak. Hehehe...harus saya mencarinya. 

Dan saya mahu juga belikan set permainan peralatan masak buat Sofie, mungkin juga set permainan peralatan rumah. Mmmmm...harus difikirkan ongkosnya juga. Segala benda nak dibeli. Adeh.... kenapa tidak gunakan segala yang ada di rumah jer. Sudu, pinggan, cawan, dah ada di rumah. Iron, kipas pun dah ada. Mesin basuh, peti sejuk juga dah ada. Ala...yang saya nak beli ni kan utk permainan Sofie. Fiza ni terlalu berkira yer.....

Sebenarnya, mahu mengajar Sofie ni tidaklah susah sangat. Perlu ulang-ulangkan ilmu supaya ilmu boleh terus melekat di kepalanya. Dan paling penting sabar perlu ada. Saya perlu tingkatkan kesabaran saya....Saya amat berharap, Sofie mampu bertutur seperti kanak-kanak normal satu hari nanti.

Sofie dah merengek penat...nak balik. Lambat pulak tunggu kad biru dipulangkan pada Sofie....

Aksi2 Sofie ketika saya sedang update entry ini, sambil menunggu upload video selesai
Sungguh sibuk dia nak menolong umi.

Wednesday, October 27, 2010

Membaca awal tak semestinya genius??? (Ini cerita saya)

Saya mengajar anak sulong saya, Ikhwan Hubby membaca seawal usia 3 tahun. Dalam usia 3 tahun setengah, dia sudah boleh membaca suku kata. Alhamdulillah. Dan dalam usia 5 tahun, Ikhwan sudah lancar membaca. Saya hanya masukkan Ikhwan sekolah pada usianya 6 tahun kerana tak mahu dia bosan belajar. Itupun hanya pra sekolah. Niat dihati mahu masukkan dia PASTI, tidak kesampaian.

Kenapa saya bercerita tentang Ikhwan? Saya pernah berbual dengan seseorang, begini asal perbualan:

Puan M : Ikhwan dah pandai membaca ke? (Sebab waktu tu dia mendengar Ikhwan membaca buku cerita, agak lancar bacaannya)

Saya : Bolehlah..... (sambil tersenyum)

Puan M : Mmmm.... tak semestinya budak yang pandai membaca awal ni genius! (Saya tersentak ok! Makcik ni seolah2 nak mematahkan semangat saya!)

Saya : Oh begitu yer....? Sekurang2, kalau dia membaca cepat, dia boleh dapat ilmu lebih sikit. Sebab dia memang suka membaca.

Puan M : Ye la, tapi, tak semestinya bila dia besar nanti dia jadi budak genius. (Sambil tersenyum sinis kepada saya. Saya sekadar membalas senyumannya)

Tiba-tiba, dia ternampak al-Quran milik Ikhwan yang berada di atas rak. 

Puan M : Ikhwan dah habis baca Iqra` ke? Itu Quran Ikhwan?

Saya : Bolehlah.... Iqra` dah habis dah. Sekarang, bolehlah baca Quran sikit2. Alhamdulillah, hampir masuk juzu` 3.

Puan M : Cepatnyalah ajar dia baca Quran.

Saya : Biar hati dia terang, ye la, dia tu, belom tentu genius budaknya. Kalau dia dah boleh baca Quran, insya-Allah, hati terang dan mudah terima ilmu lain. Ilmu Allah ni kan luas.....Kalau dah besar baru nak ajar Kalam Allah ni, susah jugak kita. Nanti bila kita dah tak ada, sekurang2nya, dia boleh sedekah Al-Fatihah pada kita. Seboleh2nya, biarlah dia rajin dan pandai baca Quran.

(Dia sekadar tersenyum mendengar komen dari saya.... dan perbualan berhenti setakat itu sahaja. Topik telah ditukar kepada topik lain.....)

Image dari sini

Saya malas nak bicara lebih panjang dengan Puan M pasal anak boleh membaca cepat ni. Sebab dia punyai anak sebaya Ikhwan, mmmm....agak lasak budaknya, sehinggakan kalau Ikhwan bermain bersama anaknya, Ikhwan jadi lasak semacam. Mungkin sebab sering ditinggalkan ibunya kerana sibuk dengan tugasan. Mujurlah jarang berjumpa.....(sgt geram ok!) Puan M pun bukan jenis calang2 orang, punya degree dalam bidang tertentu. Biarlah saya rahsiakan.....

Bukanlah niat saya mahu berbangga diri sebab anak saya boleh membaca di awal usia muda. Tapi, saya amat kecil hati dengan Puan M, katanya belum tentu budak cepat membaca ni genius! Semua ibu bapa mahukan anak2nya menjadi anak yang bijak, cerdik, pandai, genius. Saya juga ada harapan begitu terhadap anak saya. Saya melihat sejauh mana kemampuan mereka. Saya masih rendah diri sebab saya juga sering merasakan SAYA MASIH BELUM BERJAYA MENDIDIK ANAK2. Anak2 saya bukan Ikhwan seorang. Setiap anak ada cabaran tersendiri dalam mendidik mereka.

Amniy Mahfuz, anak saya yang kedua, tidak seperti abang Ikhwan. Usia sudah 4 tahun, tapi, baru belajar membaca. Setakat sambungan suku kata konsonan dan vokal bolehlah. Kalau lebih dari itu, masih belum boleh. Iqra` pun baru nak masuk Iqra` 4. Bila anak dah ramai, kadangkala tumpuan kita terhadap anak yang satu ini sedikti tercalar. Saya ni bukanlah supermom yang boleh handle semua perkara dengan mudah. Tapi, saya cuba mahu menjadi supermom, boleh segala2nya. Ia tetap gagal...dah nama pun makhluk. Mana mungkin sesempurna Al-Khaliq.

Sekalipun Ikhwan cepat membaca, dia juga punyai kelemahan2 lain. Saya tak kata anak saya bijak, saya tak kata anak saya cerdik, saya tak kata anak saya pandai, TAPI, saya cuba sedaya mungkin menjadikan anak saya bijak.... andai dia tak mampu untuk penuhi impian saya, saya tak mahu memaksa dia. Dan saya tak mahu, di akhirat nanti saya akan disoal kenapa saya tidak terapkan ilmu dalam dada anak2 saya pada usia muda. Anak2 boleh dididik di awal usia..... Bila dah besar baru nak didik, mungkin susah. Itu pandangan saya.


Ihsan Google

Apa yang penting, saya berusaha menjadi yang isteri yang terbaik untuk suami saya, dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 saya. Saya sendiri akan menjadi guru dan ustazah buat anak2 ketika di rumah. Ketika di sekolah, biarlah guru-guru di sekolah ambil alih. 

Saya sendiri yang akan mengajar anak2 saya membaca al-Quran, sungguhpun ilmu al-Quran saya tak banyak mana, saya akan ajar mereka setakat yang saya mampu. Saya bersyukur dikurniakan suami yang bijak dan rajin membantu mendidik anak2. Saya tidak keseorangan. Saya sebenarnya agak tegas dan garang dalam hal ni. Biarlah mereka kena marah sekarang, bila dah besar, susah dah nak marah kalau tak mengaji. Betul tak? 

Anak2 saya agak ramai, 4 orang, jadi cabaran amatlah besar. Bukan mudah menjadi isteri dan ibu yang sempurna. Keluarga yang sakinah dan mahabbah adalah impian setiap makhluk yang ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Ihsan Google

Saya minta maaf, entry saya kali ini agak serius! 

Tuesday, October 26, 2010

Selera makan Sofie

Hari ini amatlah rajin update blog ini. Pagi tadi dah buat satu entry, Sofie join contest.... tiba2 petang ni buat lagi satu entry...pasal sapa lagi. Tentu saja pasal Sofie. Ada saja orang nak tahu pasal Sofie, kan? Gembira, seronok dan tak sabar sungguh umisofie ni nak bercerita tentang Sofie. Nak kongsi pada semua tentang perkembangan terbaru Sofie.

2 minggu lepas Sofie demam teruk, sampai hilang langsung selera makan. Dan sekarang, selera makan Sofie dah kembali. Siapa tak gembira,kan? Dalam minggu ini, saya perhatikan, Sofie amat berselera untuk makan. Makan nasi, makan bihun, makan mee, segala macam benda dia makan. Bila perut dah kenyang, tentu saja Sofie boleh bermain dengan gembira.

Hari ni Sofie makan mee. Mee kering yang yang buatkan mee sup. Mee sup yang Sofie makan sempoi je. Saya tak gunakan perencah segera ye. Masakan saya tiada MSG, untuk keluarga, kita mesti sediakan yang terbaik. No MSG dalam masakan. Memang tak pernah saya amalkan, ok!

Hari ini, Sofie makan amat banyak. Percaya atau tidak, Sofie menghabiskan satu mangkuk mee sup. Sangat kenyang si Sofie itu. Saya pun gembira melihat kekenyangan dia. Bila dah banyak makan, minum susu pun jadi kurang. Jimatlah sikit susu tu...hehehe. (Umisofie dalam mood kedekut! :-D) Lepas dia makan, main2 sekejap, saya pun selesaikan tugas saya sebagai surirumah..... dan tengok semula Sofie dah pun tertidur. Wah, tersenyum saya melihat Sofie yang tidur dalam keadaan kenyang. Amat lena..... kesian juga, sebab tidur sendirian.... :-)

Saya Sofie, tengah makan mee sup tengahari tadi. Sedapnya mee sup yang umi buatkan untuk saya. 

Ini mee sup yang umi buatkan untuk Sofie. Ada ayam, udang, carrot, sawi, telur.....mmmmm, nyum..nyum.... delicious! Sofie suka!

Ok, itu je cerita pasal Sofie untuk kali ini. Saya amat berharap keadaan Sofie seperti ini akan kekal berpanjangan. No sakit2, no fever2, no cough2, no flu2..... Saya nak Sofie yang sihat sentiasa, yang suka membebel, yang suka menyelongkar dan mengemas..... Sofie, umi sayang Sofie! Abi sayang Sofie!

Monday, October 25, 2010

Kisah hujung minggu

Hujung minggu lepas, sangat2 sibuk. Tak tahu nak gambarkan betapa penatnya saya. Hari Sabtu, suami saya ada Multaqa Guru-guru Agama Seluruh Daerah Gombak. Wajib hadir! Tidak boleh tidak..... Terpaksa batalkan program mahu bawa Sofie pergi terapi di Gedangsa seperti biasa. Sudah lama benar Sofie tidak bertemu Kak Raw. Insya Allah, minggu depan, saya perlu wajibkan diri membawa Sofie ke Gedangsa.

Ikhwan juga menunjukkan taringnya, bila hari Jumaat dia bawa balik 3 buah buku yang perlu disiapkan di rumah. Bising juga saya, kenapa kerja sekolah perlu bawa balik ke rumah. Rupa2nya, banyak kerja2 yang sepatutnya disiapkan di sekolah, dia tak siapkan. Akhirnya, cikgu minta Ikhwan bawa balik buku, dan siapkan kerja di rumah. Bila teringat balik, Ikhwan tak dapat habiskan semua kerja sebab Ikhwan banyak tak hadi ke sekolah tahun ini. 

Siapkan kerja yer...jangan main2.

Paling lama, 2 minggu Ikhwan tak kesekolah. Sewaktu Sofie menjalani pembedahan jantung April lepas, 2 minggu Ikhwan tidak ke sekolah kerana berada di kampung. Dan dalam bulan Ramadhan lalu, 10 hari Ikhwan tidak ke sekolah kerana demam teruk. Jadi, cuti 2 hari minggu ni, Ikhwan berhempas pulas menghabiskan semua kerja sekolah yang cikgu minta. 

Pulang ke kampung, menghadiri kenduri kahwin sepupu pun, Ikhwan terpaksa bawa buku2. Nenek Ikhwan pun tolong Ikhwan membuat kerja2 sekolahnya. Akhir..... siap juga. Tahniah ye anakku! Umi janji nak belanja Ikhwan,kan? Nanti umi belanja ok!

Pengantin sedang makan. Tahniah Ain dan suami...

Menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu.... saya datang agak lewat sebab anak2 kecil saya ini. Bila saya datang, penganting lelaki sudah pun sampai, dan mereka sedang makan. Sangat2 lambat ok! Minta maaf ye pada pihak penganting dan keluarga. :-) 

Apapun, saya mengucapkan tahniah buat sepupu saya, Ain dan suami (nama suami dia saya tak tahu...Dahsyat sangat saya ni!) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Friday, October 22, 2010

2 Cerita 1 Entry-Hijaz dan Sofie-

Sorry semua, saya sibuk melayan Hijaz yang terkena bisol kat belakang kepala. Merengek jugak la budak tomei2 tu. Aduhai, kesian sangatlah dengan itu budak debab. Muka tomei2, belakang kepala berbisol pulak. Suami saya kata, "Eh, bukan bisol ni. Kalau bisol, besar...." Saya jawab, "Ye ke? Tak kisah la, nak jugak bawa Hijaz gi jumpa doktor." Dan atas nasihat kawan2 blogger dalam entry lepas, saya bawa juga Hijaz jumpa doktor. Risau juga, dia pun tak boleh nak tido. Posisi tido pun asyik mengiring dan meniarap je.

Masa bawa jumpa doktor kelmarin, kata doktor, "Ini memang bisol." Saya pun puas hati dengan teka teki selama ini. Bisolkah, atau bukan? Sah, ianya bisol. Kata doktor, ia mungkin terjadi pada tempat2 yang selalu Hijaz baring, mungkin di tilam, mungkin di buaian, mungkin gigitan serangga dan hama. Dan biasanya, untuk budak sekecil ini, bisol akan terbentuk. Dan paling saya takut, belakang kepala merupakan tempat yang paling cepat kuman nak akses hingga ke otak. Oh tidak! Harus dielakkan!. 

Doktor ni jugak kadang2, statement dorang menakutkan saya. Hehehe.... katanya, takut2 bila bisol ni besar, banyak nanah, kita tak boleh dah nak guna ubat sapu je. Kena buat dressing, cuci itu ini, korek sana, korek sini, bersihkan lagi...alahai, siannya anakku itu. Dah la kecik lagi. Mesti sakit sangat. Paling dahsyat, bila statement doktor, "Paling takut bila kuman bisol ni sampai ke otak la. Lepas tu, macam2 la kena buat." Sambil tersenyum manis si doktor itu. Hehehe...maunya tak takut!

"Tapi, ibu jangan khuatir. Bisol kat kepala Hijaz ni belum sampai macam tu sekali. Kita bagi antibiotik untuk matikan kuman, dan ubat sapu. Insya Allah, paling lama 3 hari akan pulih. Antibiotik kena habiskan" Huh...! Lega seh.... bila doktor tenangkan hati kita begitu. Sebabnya, masa doktor terangkan tu, muka saya dah berkerut seribu. Dia faham la kot apa yang saya rasakan. 

Ini ubat yang Hijaz dapat masa gi jumpa doktor. Antibiotik dan krim sapu.

Insya Allah, lepas ni kepala Hijaz comei balik. Sekarang macam dah tak sedap dah bila cium kepala Hijaz. Tapi, umi tetap suka cium kepala itu budak debab.... :-D

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Ni kisah Sofie yang cantik manis tu pulak. Hamboi...anak dara sorang ni, lepas pulih dari sakit itu hari, selera makan kembali meningkat. Alhamdulillah... sangat gembira ok! Satu perkembangan yang sihat tau. Pergi KK 2 minggu lepas, nurse sana dah bising. "Ini apa pasal, berat tak mo naik2. Umo sudah mau 3 tahun, berat badan serupa budak satu tahu maa." Adoi la ini nurse. Sudah bising dia. Bukan dia tak tahu Sofie macam mana. Saya dah terangkan beribu riban kali pun, dia tetap nak samakan Sofie dengan budak normal. Mana boleh yang.... 

"Ini kira berat badan sudah naik, kira sudah ok la jugak, nurse." Saya jawab macam tu la. Naik tak banyak mana, tapi, ada sikit peningkatan, kira cukup Alhamdulillah. Mana boleh comparekan Sofie dengan budak normal ok! Sofie yang baru selesaikan masalah AVSD with pulmonary hipertension, dengan congenital hypothyroidismnya, mana boleh sama dengan Hijaz atau budak normal lain. Betul tak? Give time la....

Dan satu hal lagi, saya telah berjaya menukarkan susu asal Sofie kepada susu yang lain. Sudah seminggu lebih mencuba. Sofie sukakan rasa susu baru ini. Saya tukar sebab selera makan Sofie bertambah, jadi saya tukar dengan susu yang murah sedikit. Tak larat nak beli susu mahal tu.

Setelah menjalankan ujikaji selama seminggu, poo-poo Sofie cantik, dan Sofie juga boleh terima susu baru ini, saya putuskan untuk Sofie teruskan dengan susu baru. So, selamat tinggal Pediasure, selamat datang Sustagen! Terima kasih la Sofie sebab memahami keadaan abi dan umi. Hehehe..... 

So, saya minta sangatlah, janganlah ada mulut2 yang kata lagi, "eh, kenapa tukar?". "eh susu Pediasure kan ok. Rugilah tukar." "kan doktor suruh guna susu Pediasure. Macam mana berat bada Sofie nak naik mendadak....???" Cukuplah, saya tak mahu dengar lagi. 

Ini keputusan saya. Muktamad! Dan janganlah ada yang kata saya ni tak mahu berkorban untuk anak... huhuhu. Sedih hati saya. :-(  Saya dah buat yang terbaik untuk dia. Lagipun antara saya dan suami, suami saya sorang je kerja. So, harap memahami la keadaan kami ni. Anak2 lain lagi....

Lagipun, salah satu cara saya untuk menambahkan berat badan Sofie adalah dengan menambahkan kalori dalam makanan Sofie. Itu arahan doktor. Kaedah memasak makanan Sofie, semuanya jenis goreng dan tumis. Perlukan sedikit minyak dan lemak. Contoh, kalau bubur tu, saya akan tambah sedikit santan. Kalau makan roti, saya bakar roti dengan mentega, dan makan bersama keju. Ok je kan?

Susu Sofie, kini dan dulu.....hehe.

Tu je la kot untuk entry kali ini. Terpanjang pulak bebel. Maklumlah, 2 cerita dalam satu entry. Ok, daaa.....

Wednesday, October 20, 2010

Belakang kepala Hijaz ada bisol la wei....!

Salam sejahtera semua,
Berapa lama ye Fiza a.k.a Umisofie tak update halaman ini? Eh, baru sehari rupanya. Rasanya macam dah lama sangat biarkan blog ini menyepi. Tu la gamaknya kalau dah tegar sangat blogging. Baru sehari tak update dah rasa bagai seminggu tinggalkan blog. 

Entry kali ni nak story sikit la pasal Hijaz. Hijaz lagi? Lagi-lagi Hijaz....mmmmm, tak pe la. Ni cerita gempak punya,ok! Gempak sangat la tu. Bukan apa pun, ni ha...kat belakang kepala Hijaz tiba2 je saya rasa macam ada benjolan kecil. Mula tu ingatkan macam jerawat ke, tapi dah beberapa hari kemudian, nampak Hijaz tak selesa nak baring. Bila baringkan je, dia cepat2 nak bangun. Pastu macam tahan sakit. Apesal pulak dengan anak bujang saya sorang ni?

Rupa-rupanya, semalam tengok.... haaaa, tu dia........ Korang tengok la sendiri pic bawah ni, ok!:
Ada bisol kat belakang kepala Hijaz..... dah bengkak, dah merah dan ada 'mata' pulak tu. Patut pun dia tak selesa. Adeh la anak umi ni. Ada2 saja la.... Macam2 hal.....

Ni pic terbaru, baru pagi tadi capture. Fresh lagi ok! Bisol dah besar sikit dari yang semalam. Dari semalam saya sapu minyak but-but HPA je. Nampak macam dah nak kering sikit. Ada sesapa tahu petua nak sembuhkan bisol ni?  Malas la nak gi jumpa doktor. Doktor kat tempat saya ni naik muak agaknya tengok muka anak2 Umisofie ni, asyik gi klinik.... :P

Paling kesian dengan budak debab ini, time tido la.... dalam buaian, tak selesa nak baring macam biasa. So, terpaksa mengiringkan dia. Time menyusu dengan saya, terpaksa sengetkan sikit kepala dia supaya tak terkena pada bisol tu pada bantal. Sakit agaknya, sebab dia sendiri menangis bila saya cuba2 pegang kepala dia. Dan saat ini, dia lebih selesa menyusu sambil meniarap di atas badan saya... saya pun apa lagi, lelap jugak la! Hahahahaha...ambil kesempatan sungguh!

Kalau tido waktu malam, terpaksa tido meniarap. Sian betul anak umi ni. Merengek manja dia tu la buat umi lembut hati...cair  woooo dengan dia nangis manja tu. Sedih, sian.....

Paling best, walaupun belakang kepala ada bisol yang tak besar mana, tetap maintain cun, maintain comel dgn aksi2 yang menggoda umi dan abi....asik sangat bermain ok! Tu sebab uminya ini tak perlu risau. Tangga masih lagi ligat memanjat, trompet plastik seronok ditiup...hehe. Chaiyok dear! Esok2, kompom, bisol tu akan sembuh!

Monday, October 18, 2010

Kisah Hijaz Pulak!

Sedikit tentang Sofie. Sofie pun makin sihat dan ceria. Sekarang cuba semula untuk berselera makan. Walaupun makan sedikit sahaja, cukup menggembirakan hati saya daripada tak makan langsung. Harapan saya, kesihatan Sofie ini akan terus berpanjangan. Stop talking about Sofie,ok! Nak cerita pasal Hijaz ni... Lama dah cerita pasal anak bujang sorang ni.....

Lepas pulih dari demam sebab suntikan setahun 2 minggu lepas, budak bulat ini kembali aktif dengan aktiviti lamanya. Gelaran 'Hijaz The Explorer' oleh abinya, sangat2 sesuai buat waktu ini. Hehehe.... Semasa tengah ligat merangkak, tangga menjadi tempat permainan. Sampaikan terpaksa meng'cover' tangga. Pagar tangga tak siap lagi ni...adeh....!

Sekarang, Hijaz berusia 1 tahun 15 hari. Sudah pandai berjalan, tapi amat malas untuk berjalan. Berjalan ikut mood..... tak kisah la, yang penting, ada perkembangan. Bila Sofie dah pulih ni, Hijaz amat suka berlumba dengan Sofie...... biarlah, ada persaingan sikit antara 2 beradik tu. Meh tengok gambar Hijaz di tangga. Syok je umisofie ni menyenap gambo anak2 ni. Saja, buat kenangan bila mereka dewasa kelak. :-)

Aksi Hijaz di tangga....jangan risau ok! Umisofie tetap berhati2 bila Hijaz beraksi di tangga.
Hijaz sendiri tak mahu dipegang bila dia di tangga. Eksen sungguh budak ni! 

Pastu kan korang, saya baru belajar Cara Letak Video Facebook Dalam Blog. Dan saya telah mencubanya. Ini video Hijaz baru dapat kaki, nak berjalan satu rumah. Terima kasih untuk blog Liyanaa atas tunjuk ajar yang diberikan..... Lepas ni, saya akan gunakan kaedah ini kalau nak upload video dalam blog ini. (Sungguh naif umisofie ini ye, orang mungkin dah lama tahu, dia baru nak tahu. Kihkihkih!)
Hasil video yang saya uploadkan......


Ok....daaaaa....Nanti update cerita lain pulak! :-)

Sunday, October 17, 2010

Sofie sudah mula bermain

Assalamualaikum semua....
Nak cerita pasal Sofie lagi ni. Cadangnya, nak stop la dulu cerita pasal Sofie. Tapi, sejak 2 hari ni, saya tengok Sofie amat positif, sedikit sihat berbanding semalam, kelmarin dan hari2 sebelumnya. Rasa membuak2 nak bercerita tentang anak dara sorang ni. Kot2 la ada yang nak tahu perkembangan kesihatan Sofie. 

Saya gembira, saya seronok, saya suka, saya bersyukur padaNya yang telah mengembalikan kesihatan Sofie. Walaupun Sofie nampak masih tidak aktif seperti sebelumnya, saya tetap bersyukur. Demam Sofie sudah tiada, batuk Sofie tinggal sikit. Dan tak dengar dia batuk gatal macam hari tu. Selsema Sofie pun sudah pulih. Alhamdulillah...syukur sangat. Terima kasih ya Allah!

Cumanya, Sofie perlukan sedikit masa lagi untuk kembali aktif seperti dahulu. Adakalanya, saya merasakan Sofie sudah lupa apa yang pernah dia lakukan dahulu. Tapi, saya tetap bersyukur di atas nikmat sihat ini. Tak kisah la Sofie lupa atau tidak....boleh ajar lagi. 

Namun, sangkaan saya meleset rupanya. Sofie masih ingat pada permainan dia. Sofie masih ingat pada buku2  kegemarannya. Sofie masih ingat pada flash card yang selalu Sofie sepahkan satu rumah. Flash card yang banyak tu sangat membantu untuk mengaktifkan Sofie. Bila nampak je saya keluarkan bekas yang mengandungi flash card, terus Sofie mengesot ke arah saya untuk bermain dengan flash card tersebut. Seronok saya tau!

Biarlah Sofie sepahkan flash card itu satu rumah. Biarlah Sofie sepahkan block2 permainannya. Saya tak kisah semua tu. Yang penting bagi saya, Sofie kembali sihat dan aktif. Boleh bermain seperti selalu. Saya boleh kemaskan kembali. Sepahkanlah Sofie. Nanti umi kemaskan.....

Mari lihat sedikit gambar gelagat Sofie yang sempat saya rakamkan. Excited sangat bila tengok dia sihat, umi ni sibuk pulak merakam aksi dia.... Marilah lihat.......

Leka dengan permainan block itu.... dan dengan permainan 'spinning music'. Bila di pusingkan akan mengeluarkan bunyi muzik yang boleh melekakan Sofie. Siap ada lampu warna warni lagi. Gembira Sofie memusingkan benda alah tu. Sebenarnya, permainan itu baru je beli untuk mengembalikan semangatnya. Berjaya juga!

Bersama buku kegemaran dan flash card yang amatlah banyaknya. Seronok menyepahkan segala macam flash card yang dah bercampur2 gambar dan kategori. Kerja mengkategorikan semula gambar adalah kerja umisofie yang amat 'rajin' ini. :-)

Seronok sangat untuk update entry kali ni, sebab seronok lihat Sofie kembali sihat. Doakan ye kalian, mudah2an kesihatan Sofie ini berpanjangan. Cuma saya masih risaukan tahap berat badan Sofie, makan sangat kurang sekarang. Boleh dikatakan, tak mahu makan langsung. Minum susu pun kurang..... mmmmmm.

Nota: Sangat mengada2 umisofie ni kan, edit gambar pun colour line nak berwarna-warni...hehehe. :-)