Showing posts with label kehidupan permata hati. Show all posts
Showing posts with label kehidupan permata hati. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Buku Garis Satu Punya Hal!

Mahfuz murid Tahun Satu. Dia bersekolah berdekatan dengan rumahnya. Mahfuz ke sekolah bersama bapanya dengan menaiki motor, atau kadangkala kereta. Ikut suka hati bapanya mahu naik kenderaan apa. Kalau ada pilihan boleh naik helikopter, dan bapa Mahfuz punya helikopter itu, mungkin Mahfuz ke sekolah menaiki helikopter. Grrrrrr.....

Ini cerita Mahfuz. Pulang dari sekolah, Mahfuz bercerita pada ibunya tentang perihalnya di sekolah.

"Mummy.... kat sekolah tadi kita kena marah dengan cikgu." Mahfuz mulakan bicara. Sambil membasuh pinggan di sinki dapur, ibunya agak terkejut lalu bertanya, "Kenapa awak kena marah? Awak buat cikgu marah ke?" 

"Mana ada..... kita kat sekolah budak baik. Mummy.... cikgu tak nak buku yang kita bagi. Cikgu nak buku yang ada lambang sekolah. Buku yang ada tulisan nombor satu."


"Awak bagi cikgu buku apa?" Ibunya menyoal.

"Kita bagi cikgu buku edisi khas hari guru tu. Buku nombor satu dah habis. Semua cikgu lain dah ambik. Kita sorang je cikgu marah, mummy. Semua kawan kita bagi cikgu buku nombor satu." Mahfuz mengadu.

"Alahai siannnya anak mummy... kenapa la sebab buku tu cikgu marah awak. Kan tu buku garis satu jugak. Awak kan nak guna isi buku. Nak tulis dalam buku. Bukan nak guna kulit buku." Ibu merasa sedikit marah sebenarnya. Dalam hati ibu mengatakan cikgu mengada2. Hihihihi........

Ibu bertanya lagi, "Cikgu sapa tu?"

"Cikgu Masjoko, mummy. Cikgu tu ajar Bahasa Malaysia."

"Cikgu tak tahu ke yang buku edisi khas hari guru tu kedai buku yang jual. Masa baba beli buku awak kat kedai buku hari tu, dorang yang bagi buku edisi khas hari guru tu sebab buku nombor satu dah habis. Ish.... cikgu ni." 

Ibu Mahfuz mula nak marah sebenarnya, tapi cuba dikawal sebab tak mahu Mahfuz perasan yang  ibunya sedang marah. (Ye la tu.... uwek!)  Ibu menyambung bicara, "Tak pe la.... nanti kita suruh baba awak belikan buku yang cikgu nak. Tak pun, esok mummy bagi duit, awak beli sendiri kat kedai buku. Boleh?"


"Boleh, mummy. Tapi.... kalau kat kedai buku dah habis buku tu macam mana? Nanti cikgu Masjoko marah kat kita lagi. Kita takut nak pegi sekolah. Cikgu ni.... sikit2 nak marah. Kita kan budak tahun satu." Oh....Mahfuz sudah pandai! Hehehehe......

"Mmmmm, ok. Tak pe.... nanti kita bagitau baba macam mana ye."

Petang itu ibu Mahfuz bercerita perihal Mahfuz pada bapanya. Respon bapa...... "Tak pe, nanti baba kasi buku nombor satu sekolah baba. Nanti bagitau cikgu, baba kirim salam ye." Bapa Mahfuz seorang Guru juga di sekolah lain.

Hehehehehe...... ntah apa reaksi cikgu Masjoko tu ye bila dapat buku nombor satu yang ada lambang sekolah lain?

Komen penulis : Tak faham la kenapa ada guru yang cuba bersifat kurang matang. Buku garis satu punya hal, anak jadi takut nak ke sekolah. Tak faham juga.... kalau buku edisi khas hari guru tu cikgu tak mahu terima, kenapa masih dijual di kedai buku sekolah. Bukan kita nak tulis pada kulit buku. Yang penting kan ia ialah buku garis satu atau buku nombor satu. Kalau si ibu belikan anaknya buku dari kedai luar, pasti anak akan dimarah teruk oleh guru mata pelajaran tersebut. Aduhai cikgu.... janganla berkira sangat!

Friday, September 09, 2011

Stage baru untuk persembahan!

Assalamualaikum.....

Pepagi Jumaat ni, 2 anak kecik saya buat saya geram dan pening. Nak dimarah, memang dah kena marah. Tapi, tau2 je la.... marah je masing2 senyum kambing. Tak jadi nak marah.... Pagi ni, mari lihat apa mereka buat.
:
:
:

 Buka laci meja solek, panjat dan teruskan memanjat......
Ini idea Sofie. Cerdik tak cerdik anak gadis saya tu?
Adik tengok je apa kak chik buat....

Lagi.....
:
:
:

 Bila kak chik dah berjaya panjat meja solek tu, adik pun mengikut.
Paling tak tahan tengok laci tu la.... lama2 kalau dorang terus memanjat, mau patah jugak laci tu.
Sofie seronok tengok muka dia kat cermin. 
Umisofie nampak, menjerit bagai tarzan dalam hutan.......

Dan lagi....
:
:
:

Tau ummi marah, tutup laci, dorang ambil kerusi pulak.
Cerdik amat anak2 ummi ni......
Mula memanjat semula..... Kak chik dah beraksi depan cermin.

Huwaaaaaa..... mana saya tak pening! Tapi, selalunya aksi memeningkan kepala mereka adalah hiburan bagi kita. Kat meja solek saya tu , sekarang tak pernah saya letakkan alat mekap. Tau dah bahana yang akan diterima...... Bila ada anak2 aktif dan kreatif, semua benda harus disorokkan. Keluarkan yang mana perlu jer......

Salam Jumaat ye semua..... Jumpa lagi!

Monday, May 23, 2011

Bila tengah boring, terciptalah entry kisah anak2

Ini entry ke-3 saya untuk hari ini. Wah! Rajin la pulak....
Sehari sampai 3 entry...... boring tahap gaban ni!

Boring ah petang ni, kan...kan.....
Ikhwan ke sekolah agama, Amniy pulak tido.
Sofie juga tido... Hijaz juga, sambil mengempeng ni haaa......
Cik abang saya pun belum balik dari sekolah...
So, cerita sikit pasal anak2 le..... ok, ada yang mahu tahu?
Sila, sila ye.... :-)

Bila dibiarkan anak2 kecil makan sendiri,
Kunun2 si abang mahu pantau....
Tapi,...... huh!
Rumah dah dibersihkan, terpaksa bersihkan semula
Kalau abi ada, sure abi kata, "Siannya nasi, membazir je anak2 abi ni."

Sofie dengan gaya terkangkangnya.
Mahu makan nasi goreng umi, tiba2 umi snap gambar la pulak.
Adeh! Sofie.... buat spoil jer!
Malu umi eh, anak dara umi makan terkangkang.
Apa ni?

 Ya Allah, Hijaz!
Mana baju kamu? Malu lagi umi kamu ini ye....
Anak umi makan tak pakai baju. Ni kes lepas mandi terus nak makan.
Cukup mengamuk bila disuruh pakai baju.

 Aktiviti lepas makan,
main2 dengan adik Ijaz. 
Kat FB tadi, orang tak dapat teka ni sapa.
2 orang teka ini Hijaz. Hehehhe....
Sofie ni wei, Sofie si kretip gurl. 
Pantang nampak kotak susu tu dah kosong..... ni la keje Sofie.
Jalan2 sambil tutup muka kepala dengan kotak,
habis langgar semua benda. 

Hijaz pun nak main kotak jugak.
Tapi Hijaz takut.....
Kotak tutup je kepala, kelam kabut macam orang kelemasan.
Hehehehe.......
Ish, tak nak la...... tak nampak jalan!

Friday, May 20, 2011

Bila semuanya sakit.....

Aaaarrrrrgggghhhhh!!!!!!!!!!! Macam mana nak buat ni! (Aduhai, mengeluh pulak dah!)
Satu keluarga saya diuji lagi. Betapa sayangnya Allah dengan kita,kan? Tanda ingatan Allah pada kita. Alhamdulillah, Allah sentiasa ingat pada kita sebab beri kita ujian begini.

Gambar ihsan uncle Google
Korang nak tahu, Sofie batuk, Hijaz batuk, Ikhwan juga batuk. Amniy je yang tak batuk. 
Cuaca sekarang menyebabkan badan kita semakin tidak sihat. Sian anak2..... Sofie, macam biasa la....
Gas asthalin 4 hourly! Huh.....

Suami juga tak sihat, sakit gout menyerang, sudah hampir seminggu jalan berdengkot. Dalam masa yang sama, sedikit demam, batuk dan sakit tekak. Sekarang berjangkit pula dengan saya, sakitnya tekak! Nak telan air liur pun terasa pedih dan sakit. Aduhai..... Terasa lemahnya kita sebagai manusia.

Gambar ihsan uncle Google juga
Tiba2, saya bangun tido pagi tadi, mata tak boleh nak buka pula. Kenapa ni?
Tak kan sakit mata pulak? Dan sah-sah.... bila tahi mata bertepek, bila mata terasa gatal dan pedih,
memang sahlah sakit mata. Ujian lagi..... Alhamdulillah!

Dan paling teruk, saya sangka sakit ketika melahirkan itulah sakit yang paling azab.
Rupa2nya, owh! Saya sakit gigi pulak.... Apa ni? Kenapa saya terasa sakit semuanya.
Sakitnya gigi! Nak makan tak boleh, perut terasa lapar yang amat. Tapi, tak boleh nak mengunyah.

Gambar ni pun ihsan uncle Google
Petang semalam ada temujanji Sofie dengan Puan Anida untuk Speech Therapy.
Tapi, terpaksa batalkan disebabkan hal2 ini.
Hantar je sms pada Puan Anida.... nasib baik Puan Anida ok! Sian dia, terpaksa tukarkan date Sofie.
Sorry puan!

Saya tiada mood..... saya akan BW bila saya sihat nanti.
Tengok la petang2 ke, malam2 ke..... Korang doakan saya KUAT ye! 
Saya kena kuat, sebab saya nak jaga keluarga!
See u!!!!!!!

Wednesday, May 18, 2011

Besday abi, umi belanja!

Sebenarnya, entry ni patut di buat pada 16 Mei lalu. Tapi, memandangkan mood hari itu ialah mood hari guru, jadi, entry ini terpaksa buat hari ini. Lagi pun entry ini dituju khas buat suami tercinta, Encik Subky bin Ramli, kerana pada 16 Mei lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-33. Selamat hari lahir, dearest darling!

Memandangkan pada 16 Mei lalu, cik abang saya ni demam teruk dan kaki pun sakit, maka tiadalah acara meraikan hari lahirnya. Huhuhu..... sian.... mood tiada sungguh! Tapi, esok harinya, memandangkan ianya jatuh pada hari cuti, hari wesak, saya telah keluar makan2 bersama suami dan anak2, sempena hari kelahiran cik suami. Kali ini umi yang belanja korang semua.....

Anak2 sangat teruja untuk makan kehepsi.... huhuhu. Itu pilihan mereka. Dah lama benar mereka tidak makan kehepsi. Kunun2nya, boikot la, tapi...... hehehe. Maka, kami memilih untuk ke Tesco, Rawang. Makan kehepsi kat situ. Paling gembira tentu saja anak2. Orang yang diraikan, biasa jer.... maklumlah, mood demam dan sakit kaki.

Umi dan Sofie
Jelingan si bongsu.... aduh!
Dia yang diraikan
I luv u, u luv me... hehehe
 Lepas makan kehepsi, anak2 ni teringin amat nak bermain2 di Jungle-jungle nun.... alahai, tempat budak2 main game, masuk token tu. Habis jugak la sepoloh hengget. Adeh! kalau macam ni selalu, bankrupt la umi nak oi! Tapi, layan jugak la... sesekali, apa salahnya.

Yang excited main..... jeng, jeng, jeng.... abi ler.
Sofie bersungguh2
Tepi ar, adik nak bawa kete ni....
Ok, tak mo la tepek gambo banyak2, kang ada yang muntah ijow tengok gambar2 umisofie ni. Hehhehehe.... Saje la nak cerita kegembiraan anak2 umisofie sempena hari kelahiran abi mereka. Well, Selamat Hari Ulangtahun buat suami terchenta..... I luv u!

Tuesday, August 03, 2010

Bila mereka tidur

Maaf la.... 2 hari saya tak update blog ini. Rentetan terlalulah sibuk menjalani kehidupan sebagai ibu kepada anak2 yang ramai ni. 4 orang, ramai ke? Dan isteri kepada suamiku yang budiman. Banyak juga cerita nak dikongsikan, sehingga terlupa cerita mana mahu dikongsikan.

Kali ini saya bawa kisah tentang tidur anak.... Bila anak2 sedang tidur, pernah tak pembaca semua ada perasaan, lega, aman sikit, rindu.... ke saya je yang ada perasaan macam tu ye. Mungkin juga, sebab anak2 saya ada peringkat umur yang pelbagai. Yang sulong 6 tahun, kedua 4 tahun, ketiga 2 tahun 8 bulan (dah nak masuk 3 tahun dah Disember nanti) dan yang bongsu baru 10 bulan.

Pada saya, bila anak2 tidur, saya cukup lega...hehe. Kenapa? sebab saya rasa sedikit sunyi dan sepi. Dan saya perlukan rasa itu kadang-kadang. Saya boleh buat macam2 kerja. Terutamanya bila si kecil tidur. Macam sekarang, sambil saya menaip entry ini, saya sedang tidurkan si Hijaz sambil menyusukan dia. Sambil melayan sedikit halwa telinga lagu2 Maher Zain di window media player saya. Hehe... Buat 2 kerja dalam satu masa. Eh, bukan 2 kerja, tapi 3 kerja. Bukan semua orang boleh buat,kan? Hanya mereka yang bergelar ibu saja mampu melakukan tugas seperti yang saya buat sekarang. :D Ceh...!!! Konon.

Sofie ketika ini juga sedang lena diulit mimpi bersama Amniy di bilik berhawa dingin. Hamboi...anak2 umi tu, ntah pukul berapa la nak bangun. Kejap lagi umi masuk, umi offkan aircond, baru nak bangun. Tapi, sengaja saya biarkan dulu mereka tidur dengan nyenyak. Supaya saya boleh selesaikan tugas saya ini. Ikhwan, tentu saja ke sekolah. Jangan tidur di sekolah sudah yer.... Balik kang umi piat telinga!


Gambar menunjukan aksi anak2 saya sedang tidur yer... Ikhwan dan Amniy sedang tidur dalam kereta, gaya Sofie tidur dalam buaian (sila perhatikan kaki dia. very fleksibel, ok!) dan Hijaz tidur dalam kerusi malas abinya. Kerusi malas yang empuk gitu....

Ok, berbalik kepada persoalan, apa yang pembaca rasakan bila mereka tidur terlalu lama? (Sila jawab di bahagian komen yer)

Jawapan kepada persoalan saya:
1. Rasa lega dan sedikit selesa (saya dah huraikan sikit kat atas tu)
2. Rasa bimbang juga - sebab ada kes anak tidur lama sangat, rupa-rupanya tidur terus. Nau`zubillah. Tu sebab saya lebih suka mereka tidur ada bunyi sikit2, macam dengar sedikit rengekan dia ke, bunyi nafas dia ke? Ish...saya ni, macam2 fikirkan.....
3. Rasa rindu yang teramat - bila mereka semua tidur, ada perasaan rindu pada mereka. Bukan saya je rasa, abi mereka pun rasa juga. Rindu dengan keletah mereka, rindu dengan tangisan.... rindulah segala2nya. Tu anak2 tidur depan mata kita, cuba bayangkan bila mereka tiada depan mata kita. Berada di kampung ke, berada di rumah saudara ke...tentu kerinduan tu semakin menebal.

Ok, itu je untuk kali ini. Kita jumpa di lain entry, ok! Sila-sila ye...jawap persoalan saya. Apa yang anda rasa bila anak anda sedang tidur? Terima kasih!

Tuesday, July 13, 2010

3 beradik bergembira!

Petang tadi, sangat seronok melayan karenah anak2 saya. Setelah beberapa lama mereka meminta keizinan saya untuk bermain pool, akhirnya, saya izinkan. Punyalah seronok mereka! Melompat bila saya kata, ok la...jom main!. Paling seronok, anak dara saya tu la. Sibuk nak join sekali abang2nya bermain air. 



Tapi, disebabkan Sofie nak masuk sekali dalam pool tu, saya tak benarkan air di isi dengan penuh. Risau kalau Sofie ter....... owh! Tidak! Jadi, had tu la je la air yang boleh di isi. Merungut jugak abang2 Sofie tu bila tak boleh isi air banyak2. Saya, macam biasa bagi pilihan pada mereka. Nak main pool, dengar kata umi. Kalau nak bantah, kita lipat je pool ni, semua tak payah main. Nak kata apa lagi bila umi mereka ni dah kata macam tu. Turut perintah je la....



Sofie, macam biasa...memang seronok bila jumpa air. Sedangkan mandi di bilik air pun seronok, inikan pula mandi dan bermain air dalam pool ini. Selama ini Sofie sekadar melihat abang2nya bermain air.  Kesian jugak, sebab kita tahu Sofie suka main air. Hari ini, umi beri kesempatan pada Sofie untuk merasa sendiri bermain air. Wah...!!!! Sangat2 seronok si Sofie. Abang2 Sofie pun bukan main seronoknya bila Sofie turut serta.


Sofie siap nak baring2 lagi dalam air tu. Saya cukup risau kalau air masuk ke dalam telinga dia. Mulut saya ni tak boleh diam da bila melihat pelbagai aksi Sofie. Nak minum air la, nak baring la, nak berdiri la...macam2 lagi. Ikhwan dan Amniy pulan tak sudah2 menyimbah air ke muka Sofie. Kesian Sofie.....  Waktu ni, Hijaz sedang lena diulit mimpi. Kalau tidak, pasti dia pun turut berendam sekali dalam pool tu. 

Hurmm...mungkin esok lusa, mereka akan meminta izin saya lagi bermain air dalam pool itu. Tengok la keadaan, sama ada saya izinkan atau tidak. 

nota umisofie : habis la bil air bulan ni.....hukhukhukhuk....

Tuesday, July 06, 2010

Sofie dan Hijaz lagi

Nak bercerita tentang 2 beradik yang sangat akrab. Mereka ni ada kalanya boleh bersama, ada kalanya terpaksa dipisahkan. Sekarang Sofie suka ketuk kepala Hijaz. Sian Hijaz. Mula2 Hijaz akan ketawa bila kak chiknya buat begitu. Dan kemudiannya akan menangis, sebab ketukan semakin kuat. Sofie juga sangat2 gemar gigit Hijaz. Mungkin geram dengan badan Hijaz yang debab dan gebu tu. Abang2 mereka panggil Hijaz "si donat yang gebu". Hehehe....

Bila Sofie ketuk kepala Hijaz atau gigit badan Hijaz, saya sepatutnya tidak boleh memarahi Sofie. Namun, kadangkala baran saya keluar. Sian Sofie tau. Dia tahu umisofie marah. Masa tu dia akan jauhkan diri dari saya sehingga saya datang padanya peluk dan cium dia. Kalau ada abisofie, confirm umisofie ditolak tepi. 

Dan pendekatan yang saya ambil bila Sofie perlakukan Hijaz sebegitu, saya perlu kuatkan kesabaran saya. Saya akan bercakap dengan Sofie yang tindakan dia tak betul. Sofie tak boleh buat adik macam tu. Agak letih jugak... kesabaran sangat2 perlu.... lebih tercabar bila kita sedang sibuk melakukan kerja lain, pandai2 la kita nak mengawal segala emosi. Saya sering berdoa moga Allah tingkatkan kesabaran saya dalam mendidik anak2. Belum lagi 2 anak lelaki yang besar tu....Allahuakbar! Karenah mereka, macam2.

Entry kali ini juga, saya ingin berkongsi kisah 2 anak "kembar tak seiras" saya bila diberi peluang makan sendiri. Semalam, abang sayang saya sediakan steam potato buat anak2 saya. Bila seronok melihat 2 beradik tu makan, dan mereka berusaha untuk makan sendiri, saya beri mereka peluang itu. Lihat saja gambar2 di bawah......


Sofie : Adik, potato ni kita punya tau! Umi dah bagi kita makan sendiri. Jom makan!
Hijaz : Jom....nyum...nyum....nyum.... shedap kan kak.....


Sofie : Adik, makan hati2 la. Tengok tu...kan dan tabur. Nanti umi marah, baru tau!
Hijaz : Adik tengah shedap ni. Nyum...nyum...nyum... kak chik, nanti kak chik shapu tau. Kak chik kan pandai shapu .
Sofie : Ish....adik ni. Ye la, ye la...nanti kak chik sapu. Makan cepat!


Sofie : Apa ni....adik la ni. Makan tabur...habis kena kaki kak chik! (sambil kaki menguis2 kaki sebelahnya, membuang sisa kentang yang melekat)
Hijaz : Hehehe....padan muka kak chik. Cepat kak chik, jom kita habiskan. Nanti abang iwan dengan abang meny datang kacau kita makan....

p/s: perbualan saja direka untuk timbulkan mood membaca. kalau perbualan tak best, abaikan. hehe....


Sebenarnya, bila kesabaran kita sebagai ibu hilang gara2 karenah anak2, telatah dan gelagat anak seperti ini mampu menjadi terapi hati kita. Betul la apa yang sering dikata, anak sebagai penghibur, sebagai pengubat hati yang sedang marah...... kalau tengok gelagat anak2, hilang rasa amarah dalam diri.

Tuesday, June 22, 2010

Bila umi ber'ISO'

Pagi tadi, bila saya nak mulakan excercise dengan ISO-Gintell saya, 2 si kecil saya datang. Dan masing-masing sibuk nak naik stepping board ISO. Mari lihat gambar mereka.... sibuk sungguh mereka. Pantang tengok umi bersenang lenang.....

Seronok sangat si Sofie bila didudukkan di board. Hijaz mula ketakutan dan ingin menangis..... Board sedang beroperasi...tu sebab Hijaz ketakutan.

Nak ikut macam umi buat...berdiri di stepping board..... speed 1 je tu. Seronok sangat dia....

Petang tadi, selepas mandikan Hijaz, saya ingin melakukan excercise, sekali Hijaz terkedek2 datang ke arah saya....lihatlah, belom sempat berbaju. Aduhai anak2 ku...umi nak kurus la....

Wednesday, June 02, 2010

Kita sentiasa diuji...

Apa lagi nak dikata, selain syukur Alhamdulillah dengan ujian yang menimpa kita. Itu tanda Allah sayangkan kita. Allah beri peringatan percuma supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Tak kira dalam keadaan kita sakit, sihat, suka, duka, kita wajib ingat pada Allah melebihi insan2 lain.

Saya diuji lagi. Minggu lepas saya demam, rentetan dari itu B saya pula ada ketulan susu yang sampai sekarang tak mahu cair. Mungkin sudah menjadi nanah, kata doktor. Bukan saya tak pernah alami saat seperti ini. Biasanya, saya akan tuamkan dengan air suam, dan keadaan akan kembali reda bila Hijaz menyusu. Tapi, kali ini kedaan berbeza. Ketulan seperti tak mahu cair. Keadaan saya makin sakit dan terasa badan makin lemah. Malam semalam saya sudah berjumpa dengan doktor. Doktor kata, saya agak terlewat untuk bertemu dengannya. Doktor cuma bagi tempoh 2 hari untuk saya makan ubat antibiotik dan ubat bengkak. Lepas dari itu, sekiranya masih belum surut, saya akan di refer ke hospital untuk menjalani minor operation membuang bengkak itu.


Oh tidak!!!!!! Macam2 perkara saya perlu fikirkan sekiranya saya menjalani pembedahan. Anak2 saya masih kecil. Hijaz perlukan saya. Hijaz menyusu dengan saya sepenuhnya. Saya belum kenalkan Hijaz dengan susu formula lagi kerana niat di hati ingin menyusukan Hijaz sepenunhnya sehingga Hijaz berusia 2 tahun. Hijaz tak boleh berjauhan dengan saya. Sofie juga perlukan saya. Siapa yang akan menjaga anak2 saya ini sekiranya saya di hospital? Suami saya dah kehabisan cutinya. Kesian dia.....!!!!

Kalaulah ada rawatan yang boleh saya usahakan tanpa saya tinggal di hospital.... akan saya cuba. Asalkan kosnya dibawah kemampuan saya. Kesian Hijaz. Dia tak puas menyusu hanya di belah B sahaja. Dia tak kenyang. Asyik menangis minta sebelah lagi . Saya tak boleh bagi. Takut Hijaz dijangkiti kuman pula. B yang sakit, terpaksa saya perah susunya, dan buang. Saat buang susu perahan di sinki, air mata saya gugur. Sayangnya.... saya perah dapat 5oz, dan saya buang begitu saja. Tapi, nak buat macam mana.... tak kan saya nak beri Hijaz minum susu tu pula.....

Saya mohon Allah beri saya jalan untuk memulihkan diri saya. Supaya saya dapat menyusukan Hijaz seperti biasa.....

Saya juga mohon, semoga Allah sembuhkan anak kedua saya, Amniy. Amniy demam dah seminggu. Dah 2 kali bawa jumpa doktor. Biasanya Amniy demam dalam 2 atau 3 hari jer. Tapi, kali ni, dia betul2 lemah. Risau hati saya. Malam tadi, lepas solat maghrib, saya duduk di sisi Amniy. Air mata saya mengalir melihat wajah anak teruna saya itu. Saya cakap dengan dia, "umi rindu nak tengok Amniy main macam biasa. Umi rindu nak tengok Amniy sepahkan rumah....sihatlah, sayang!"


Amniy dengar apa saya katakan. Saya usap2 kepala Amniy. Tapi, dia asyik nak tidur. Ntah la....hati saya gundah gulana sekarang. Tiba2, malam tadi, anak sulong saya, Ikhwan pula demam. Ya Allah! Lepas satu, satu.... saya bagai dah pasrah. Kenapa lah anak2 saya ni asyik demam jer. Kadang2 hati ini bagai hilang arah tuju bila terlampau memikirkan hal anak. Suami sering saja peringatkan saya, "sabar....ingat Allah banyak2. Ini ujian." Hari ini Ikhwan terpaksa tidak ke sekolah kerana demam....

Semoga saya tabah menghadapi semua ujian ini. Terima kasih Ya Allah, Kau dekatkan diriku pada-Mu. Ku mohon semoga Kau sembuhkan diriku dan anak2ku...

Sunday, May 02, 2010

Hujung Minggu Yang Mencabar (mencabar sgt la tu...)


Oh! Baru teringat...hari ni dah masuk 2 Mei, tapi saya langsung belum update blog ini sejak dari 1 Mei semalam. Ini bermakna, sejak masuk bulan Mei ini, blog saya masih belum dikemaskini. Fuh! Nasib baik baru 2 Mei. Sempat lagi nak kejar. Saya bertekad ingin mengemaskini blog ini satu hari satu entry. Bermakna, sebulan saya dapat sekurang2nya 30 entry. Dapat tak yer....??? (eh, apa yang saya melalutkan ni???)

Cerita hujung minggu keluarga saya..... semalam, 1 Mei, saya sekeluarga menuju ke Behrang. Ada kenduri marhaban anak saudara baru saya. Usianya sudah 44 hari. Saya sangat lambat untuk melawat anak saudara saya yang satu ini rentetan kesibukan Sofie menjalani pembedahan jantung bulan lepas. Sudahnya, barulah semalam saya dapat membelikan hadiah buat si comel. Oh yer, namanya sedap tau.... berkenan saya dengan nama dia. Aisya Zinnirah. Nanti saya kongsikan gambarnya.

Gembira bila kita ke kenduri saudara ni bilamana kita berjumpa sanak saudara dan anak-anak buah. Rindu sangat pada wajah anak-anak buah yang comel dan melihat keletah mereka yang melucukan. Sempat juga saya mengambil gambar anak-anak buah saya yang cantik dan comel itu. Ok, sekarang, mari kita layan gambar2 anak2 buah saya yang comel dan melucukan....

Yang pakai tudung biru tu, MIL saya, sedang memangku Aisya Zinnirah. Yang pakai tudung coklat tu makcik saya.

Inilah Aisya Zinnirah. Anak buah baru....

Sebahagian dari anak-anak buah saya yang seronok bila Mak Langnya (panggilan mereka pada saya) ini memegang kamera. Anak buah yang lain, mana tah.... sibuk bermain.

"Mak Lang, nak lagi...."

"Pak Lang, nak ambik gambar dengan Mak Lnag pulak!" Saya suka melayan celoteh anak buah ini. Ulfa namanya, sangat comel dan cute. Mulut pun boleh tahan..... Pipi sangat chubby. (eh, apesal Mak Lang nampak gemuk ni, Ulfa. Tak boleh jadi ni. Usaha harus digandakan)

"Ulfa nak lagi"..... Eh, dia ni lagi....suka betul si Ulfa ni bila Mak Lang pegang kamera. Hehehe....

Ok, cukup la tepek gambar budak2 tu. Anak-anak buah yang lain tah ke mana. Tu je la gambar2 anak buah yang sempat dirakamkan.

Sebenarnya, saya agak keberatan untuk ke kenduri itu. Sebabnya, ntah kenapa anak saya, Amniy dan Sofie demam serentak. Tapi, saya gagahkan juga....risau juga Sofie mengamuk kat tempat kenduri nanti. Rupa2nya, bila sampai sana, bukan Sofie yang mengamuk. Tapi Hijaz pula yang menangis tak berhenti. Hati saya punyalah risau. Hijaz tiba-tiba demam. Badan Hijaz agak panas. Aduh.... lepas satu demam, satu lagi demam. Dugaan sungguh! Mujurlah saya datang marhaban dah selesai, dan orang ramai dah balik. Yang tinggal hanya kaum keluarga sahaja.

Minggu ni sangat menduga saya dan suami. Semuanya gara-gara anak-anak demam serentak. Tapi, semuanya demam bersebab. Amniy demam kerana bermain hujan. ( tu la Amniy, kan umi dah cakap, jangan main hujan, Amniy main juga. kan dah demam... ish! ish! budak ini!- gaya ibu cekak pinggang memarahi anak)

Sofie juga demam tiba-tiba. Saya syak Sofie terkena infection dari luka bedah yang tiba2 aktif kembali. Ntah kenapa, kesan parut Sofie sedikit bengkak, dan bernanah semula. Saya jadi risau. Saya syak saya yang salah. Mungkin kerana semasa saya memandikan Sofie, air terkena pada luka yang masih belum kering sepenuhnya. Takut ada jangkitan kuman dan menyebabkan Sofie demam.

Hijaz pulak demam kerana tumbuh gigi. Gigi bawah Hijaz dah tumbuh sebatang. Lagipun saya perasan, anak bongsu saya ini kerap demam bila usia Hijaz nak naik bulan. Hari ini 2 Mei, Hijaz genap 7 bulan. Bulan-bulan lepas pun macam tu juga. Tiap kali usia nak naik bulan, dalam 2 atau 3 hari sebelum tu mesti Hijaz demam. Tu kata orang2 tua la...tak boleh nak percaya sangat. Tapi secara kebetulannya, begitulah. Mak saya juga kata begitu. Wallahu a`lam.

Sesungguhnya, minggu ini minggu agak mencabar bagi saya dan suami kerana ujian Allah ini. Kadang2 saya rasa, saya lebih kuat dan sabar apabila berhadapan dengan masalah kesihatan Sofie yang besar berbanding bila anak-anak lain demam sikit2. Anak-anak ni, bila demam, yang dah besar pun nak jadi macam budak kecik. Yang kecik dah tentu la.... masalah timbul bila Amniy suka merengek. Kesian sangat dengan dia. Saya dan suami sampai tak terlayan Amniy ketika Amniy demam, lenguh kaki, kesejukan..... sampaikan saya minta suami beri layanan pada Amniy. Biar saya handle Sofie dan Hijaz.

Suami seorang yang sangat penyabar. Saya risau, kalau saya yang handle Amniy, saya akan jadi baran. Maklum saja, dengan 2 anak kecik yang mengalami masalah yang sama. Bila hati menjadi panas, mudah sangat syaitan cucuk supaya saya memarahi anak lain. Itu sebab kalau saya rasa geram dengan anak, saya minta suami yang menangani masalah anak. Saya takut, saya akan dengar hasutan syaitan.

Wallahu a`lam....itu saja untuk kali ini. Jangan jemu baca cerita umisofie yer.....


Thursday, April 29, 2010

~seronok melihat anak makan~

Dari hari ke hari, melihat perkembangan anak-anak, membuatkan hati saya bagai bunga mekar di pagi hari. Seronok tak terkata.... bila ada blog, semua telatah anak-anak mahu dikongsikan bersama pembaca2 blog ini..

Hari ini, rutin harian saya selain membuat kerja2 rumah, online ( forum, FB dan berblog ), saya juga akan memasakkan bubur buat anak-anak saya yang bagaikan kembar itu. Bubur Sofie dan Hijaz harus di masak berlainan. Mungkin saya ni kategori ibu terlebih rajin....hehehe. Perasan sendiri! (eh, belum tengok bagaimana sifat M saya datang...).

So, hari ini bubur Hijaz bukan bubur kosong seperti yang saya buat sebelum ini. Hampir seminggu Hijaz makan bubur kosong sebagai perkenalan kepada solid food. Nampaknya, semalam, jelas sekali Hijaz menolak. Bila disuakan sesudu bubur, disemburnya ke muka saya. Bertuah anak umi ni, dah jemu yer...

Bubur untuk Hijaz hari ini saya campurkan dengan dengan carrot dan sedikit ikan bilis. Beras untuk bubur, telah saya siapkan terlebih dahulu. Jadi tadi saya hanya perlu campurkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk beserta carrot yang saya tumbuk juga. Sepatutnya carrot ni diblend, tapi, sebab kemalasan saya untuk mengisar carrot di tahap yang paling maksima, saya hanya menumbuknya sahaja. Jangan jadi ibu malas macam saya, yer...

Saya kacau sampai bubur siap dimasak, kemudian tapis. Bila siap semuanya, saya suakan pada mulut Hijaz, nampak sangat keriangannya. Rasa baru buat Hijaz. Sukanya saya tengok Hijaz menganga je minta bubur disuapkan lagi dalam mulut dia. Saya sulamkan dengan air putih. Nanti saya kongsikan gambar yang Ikhwan tangkap.

Untuk Sofie pula, saya masakkan bubur seperti biasa. Kali ini saya campurkan sedikit ikan, carrot dan kentang. Sofie pun nampak selera sekali. Sofie ni jenis makan ikut mood. Kadang2 dia selera, tapi, kadang2 selera hilang. Saya hampir putus asa melihat Sofie. Bila saya ye ye masak bubur untuk Sofie, dia tak nak makan. Akhirnya, Ikhwan dan Amniy yang menghabiskan bubur Sofie. Tapi, untuk hari ini, Sofie amat berselera sekali makan bubur. Saya sedang menaip entry ini, Sofie bermain bersama abang2 dan Hijaz dipangkuan saya menyusu sambil tidur. Tidur kekenyangan.... hehehe.


Ini bubur untuk Hijaz (kiri) dan Sofie (kanan)

Keriangan merasai bubur rasa baru. Sedap,kan, sayang....

Sofie pun selera makan bubur yang umi masak.

Saya teruja nak membuat entry ini kerana Sofie yang dah makin berselera untuk makan. Seronok nak berkongsi cerita Sofie dengan pengikut Sofie ni. Hehehe...., macam la ramai sangat pengikut Sofie,yer.

Masa di wad, bukan main lagi dia... selera sungguh. Sampaikan setiap kali saya bawakan makanan, abisofie terpaksa menyorokkan makanan. Bila balik rumah, selera Sofie terus hilang. Saya tak tahu mengapa. Saya cuba buat sebagaimana di wad, tapi hasil tetap tak menjadi. Sehinggalah semalam petang, Sofie asyik merengek. Pelik juga... abisofie minta saya masakan bubur. Lepas maghrib, saya suapkan bubur pada Sofie. Rupanya Sofie merengek kelaparan. Tu yang hari ni saya excited sangat masakkan bubur Sofie. Saya harap keadaan ini akan berpanjangan. Saya nak sangat tengok berat badan Sofie meningkat lebih lagi. Sekarang berat Sofie dan Hijaz lebih kurang sama. Hijaz 8.3kg, Sofie pula 8.9kg. Mana tak saya katakan mereka bagai anak kembar.....

Ok, tu je yer...jumpa di lain entry!

Wednesday, March 24, 2010

ALHAMDULILLAH......

Assalamualaikum semua....

Rasa teruja sangat nak update blog hari ni. Sebabnya, anak kecil saya yang seumpama kembar tu sudah pulih sepenuhnya dari virus demam. ALHAMDULILLAH, syukur, Allah sangat sayangkan kita, memberi peluang untuk kita dan anak2 kita bernafas. Suami saya selalu berpesan, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri pada kita. Tak semestinya kita perlu bersyukur atas kebaikan dan kesihatan sahaja, malah kita juga perlu bersyukur atas setiap dugaan yang menimpa kita. Itu tanda Allah sayangkan kita. Kita insan terpilih yang dipilih untuk sentiasa dekat dengan-Nya..... Oh! Merepekkah saya? Tidak.... sekadar berkongsi kegembiraan dengan kesihatan anak-anak yang semakin baik. Alhamdulillah.......

Setelah Sofie pulih dari demam, saya berasa sangat lega. Saya menghitung hari menanti pemergian Sofie meninggalkan saya untuk sementara waktu...demi kesihatan Sofie. Tinggal 3 hari..... hati saya sedih sebenarnya. Saya habiskan masa saya bersama Sofie. Sofie gembira hari ni. Saya pun teruja dengan kegembiraan Sofie. Sofie nampak sihat hari ini. Sofie bermain bersama Amniy dengan lasak sekali. Bila Sofie penat bermain, Sofie merengek minta susu, dan akhirnya, Sofie tidur sendiri tanpa saya. Nampak sungguh penat sekali anak saya tu.....

Tadi, semasa Sofie kegembiraan bermain, saya teruja, sebab Sofie pandai telangkupkan bakul kain yang telah kosong dan masukkan dirinya dalam bakul itu.
p/s: bakul kain tu dah kosong sebab kerajinan umisofie yang tahap maksima, melipat kain basuhan semalam dan kelmarin. hehehehe....

Lihat saja aksi-aksi Sofie yang sempat umisofie rakamkan untuk tontonan semua. Saya tahu pasti ada yang bertanyakan tentang Sofie,kan? (eh, tak habis perasan la umisofie ni)...so, apa lagi....layan jer......


Yea..yea.. Sofie dah berjaya...

Best juga rupanya dapat main dalam bakul ni.

Amniy kata, "umi, dalam ni ada anak ayam". Ada ke dia kata adik dia anak ayam.....
p/s: sila abaikan kain yang berlipat atas sofa tu....

Eh! Sofie buat apa tu? Umi, tolong Sofie. Macam mana nak keluar ni....
Bagus! Bertuah anak umi ni. Dah pandai main bakul umi yer....

Hai umi, Sofie nak masuk dalam bakul lagi yer.....

Aduhai....itulah kisah Sofie hari ni. Lepas je nampak bakul kain tu kosong, terus je Sofie meluru ke arah bakul..... nak masuk dalam bakul la tu. Seronok,kan, bila kita tengok aksi anak-anak kita macam tu. Hati ibu mana tak girang....

Kat bawah ni, aksi Sofie pagi semalam. Nampak sangat Sofie dah baik demamnya....

Kegembiraan bila Sofie berjaya memanjat sofa dan duduk di kabinet TV. Ya Allah!, masa ni saya sangat terkejut. Boleh dia melintas sofa, dan duduk dengan riang tepi TV tu. Cepat-cepat saya ambil kamera dan rakamkan aksi si gadis. Sebelum ni, Sofie tak berani buat macam tu, dan tak pernah buat lagi.....

Tersenyum puas......

Hijaz? Macam biasa...waktu saya melayan segala karenah Sofie, Hijaz sedang tidur dalam buaian. Dan Hijaz pun telah pulih sepenuhnya dari demam. Antibodi Hijaz agak kuat berbanding Sofie. Demam Hijaz hanya satu hari satu malam sahaja. Alahamdulillah.....sihat dah anak saya tu. Terima kasih ye, doakan kesihatan anak saya. Semoga anak-anak kita semua sentiasa sihat dan hidup gembira....

Jumpa lagi di lain entry.......

Tuesday, March 23, 2010

Sofie & Hijaz Demam Lagi


Malam tadi, dak Ijaz yang debok demam pulak. Sofie baru je nak baik dari demam. Saya kurang tido malam tadi. Saat menyiapkan entry ni pun, saya menaip sambil Ijaz bergantung susu dengan saya. Nak menyelesaikan tugasan rumah.... memang tak selesai la jawabnya. Mana mungkin saya biarkan Ijaz terbiar menangis, minta dipeluk dan sentiasa ingin bergantung dengan saya. Apa lagi kalau bukan untuk menyusu.

Alhamdulillah, walaupun Sofie belum pulih sepenuhnya, Sofie pandai membantu uminya ini. Sofie mungkin faham yang adik Ijaz demam, jadi, ragam Sofie kurang berbanding hari2 sebelum ini. Sofie saya biarkan dia bergelempangan sendirian. Jangan dikacau anak dara saya itu saat ini. Entah la....kadang-kadang saya terfikir sendiri. Sofie merajukkah? Atau Sofie betul-betul memahami uminya ini? Saya abaikan fikiran negatif? Saya sering berfikir positif.....

Saat Sofie bangun dari tidurnya, aduhai....sayu sungguh hati seorang ibu. Sofie selalu buat mimik muka yang menyentuh hati saya sebagai ibu. Sofie sebenarnya pandai merajuk. Anak SD ni memang seorang yang penyayang dan cepat terasa hati,kan? Bila Sofie merajuk, Sofie akan tutup muka dengan tangan dan terus menundukkan dirinya ke lantai. Masa tu akan terdengarlah esakan seorang anak. Hati mana yang tak sayu.... dan Sofie akan tersenyum sambil tersengeh-sengeh bila saya datang dan memeluknya. Saya selalu berkata "sayang anak umi". Nampak betapa Sofie bahagia dan gembira dalam pelukan saya.

Hijaz, walau anak ini kuat, tapi sangat manja sebenarnya. Pandai dah menampakkan kecemburuan dia bila saya memeluk si kakak. Saat ini, anak bongsu saya ini sedang demam, lagi la nampak betapa cemburunya bila saya memeluk kak ciknya. Aduhai anak-anakku.

Bila anak-anak dah tak sihat ni, nampaknya saya terpaksa korbankan segala kerja-kerja saya. Habislah....bila abi anak-anak ni pulang tengah hari nanti, silap-silap dia yang akan menyelesaikan tugasan saya. Atau saya akan suruh dia menjaga anak-anak yang tengah demam ini, dan saya yang akan selesaikannya. Tak sanggup rasanya membiarkan suami melakukan semua tugasan kita. Mmmmm..... begitulah nampak gayanya.


Rindukan saat Sofie bermain bersama Hijaz. Tunggu mereka sihat sepenuhnya...pasti tak menang tangan melihat mereka bermain bersama.

Thursday, March 18, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Ntah kenapa, hari ni rasa nak share la dengan pembaca semua perihal anak bujang saya yang 2 orang tu. Sekarang musim cuti sekolah. Sepatutnya, kalau orang lain musim cuti sekolah ni pergi bercuti luar dari kawasan perumahan supaya anak-anak dapat merasa nikmat bercuti. Tapi, lain pula dengan anak-anak saya. Nak balik kampung pun tak dapat, ni kan pula nak pergi jauh-jauh. Bukan tak nak bawa....tapi, maklum saja, kakitangan awam seperti suami saya sudah kehabisan ongkos. Semua sudah maklum, yang kakitangan awam telah mendapat gaji awal sempena Tahun Baru Cina,kan? Jadi, untuk sampai tarikh gaji sebenar, agak lama. Disitu menguji sejauh mana kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bagi yang kerja suami isteri, insya-Allah tidak merasai kesempitan wang. Tapi, berlainan pula dengan orang seperti saya yang hanya mengharapkan pendapatan dari suami. Disitulah kita dapat lihat sejauh mana kita perlu berjimat cermat dan bersyukur.

Jadi, sempena cuti sekolah yang hanya tinggal beberapa hari saja ni, anak-anak saya penuhi aktiviti dengan berendam dalam pool...hehe. Pool konon! Bukan apa, kesian tengok anak-anak. Seringkali mengajak, "umi, jom la pergi mandi sungai." "umi, jom la pergi mandi laut... nak main pasir pantai." Sian anak-anak. Nampak sangat dah lama tak bawa dorang bercuti. Maklum saja, bila umi dan abi dorang ni sibuk dengan adik-adik. Mana lagi dengan masalah kesihatan Sofie, mana lagi dengan Hijaz yang masih baby. Ongkos lagi..... Tu yang anak-anak hanya duduk di rumah. Mencipta aktiviti sendiri.

Anak-anak sudah bosan bila saya ajak untuk menulis, membaca atau melukis. Ye la, kalau dah terlalu kerap, tentulah bosan. Akhirnya, sejak semalam, anak-anak mencipta satu aktiviti yang bagi mereka amat menyeronokkan. Tu la dianya...bermain "pool". Saya izinkan, memandangkan "pool" itu sudah setahun tersimpan. Seronok keriangan anak-anak bila saya izinkan. Lihat saja gambar-gambar yang saya ambil ketika mereka bermain. 2 beradik tu bermain bersama seorang rakan, anak jiran sebelah rumah.



Kesian anak-anak umi....nanti la ye...tunggu Sofie dah betul-betul sihat dan pulih, kita pergi jalan-jalan, mandi-mandi sungai, mandi-mandi laut, main pasir pantai, macam yang Ikhwan dan Amniy idam-idamkan.... insya-Allah abi dan umi akan bawa.



Mujurlah anak-anak mudah faham dengan situasi sekarang. Alhamdulillah anak-anak mudah mengerti situasi yang menimpa adik mereka, Sofie Mariah. Abang-abang Sofie ni, sangat sayangkan Sofie. Pernah sekali, saya acah-acah cakap nak beri Sofie pada orang, punya marah mereka. Sayang betul Ikhwan dan Amniy dengan Sofie....dan pada Hijaz.

Pernah beberapa kali Ikhwan dan Amniy tanya pada saya, "umi, kenapa Sofie belom pandai jalan? Aqis tu dah boleh jalan" (Aqis merupakan sepupu mereka yang seusia dengan Sofie). Sebenarnya, hati saya memang sedih bila Sofie dibandingkan dengan kanak-kanak seusia Sofie. Tapi, saya kena terima hakikat siapa Sofie, dan apa masalah Sofie.

Dari awal Sofie dilahirkan, saya dan suami cuba beri kefahaman pada Ikhwan dan Amniy tentang masalah Sofie. Alhamdulillah, semakin anak-anak membesar, mereka semakin faham keadaan. Saya sering terangkan pada anak-anak tentang anak-anak istimewa dan golongan OKU. Setakat ini, alhamdulillah, mereka faham. Namun, dah nama pun anak-anak,kan? Bila berhadapan dengan golongan OKU atau menonton di kaca TV berkenaan golongan ini, ada saja pertanyaan dari mulut mereka.....

Apa la yang saya bebelkan ni. Niat di hati nak bercerita tentang aktiviti cuti sekolah anak-anak saja. Ni dah melalut tah hapa-hapa tah. Hehhe.... Sorry ye!