Friday, February 15, 2013

Fiza & Seni Menghias Kek

Assalamualaikum....
Dari cuti ke cuti, saya berniat nak update blog ini. Ada je asbab yang membuatkan hasrat saya terbantut. Cerita yang perlu ditulis di sini pun sudah basi, suam2 kuku dan akhirnya terus malas nak menulis di sini. Beberapa kali cuti, saya pulang ke kampung, jadi, masa saya untuk mengadap blog ini agak terbatas. Hari ini, cuba kuatkan semangat, curi sedikit masa untuk update sesuatu dalam blog ini.

Umum mengetahui saya terlibat dengan dunia perniagaan, owh.... hanya perniagaan kecil. Sekadar di rumah, sambil menjaga anak2 dan rumahtangga. Awal usaha saya ini, saya tekad, tak mahu terlibat dengan kek yang memerlukan deco2, sebabnya, tak mahu bermain dengan krim aising. Sewaktu di zaman remaja saya, saya suka menolong ummi saya membuat kek aising. Mengambil tempahan orang untuk kek hari lahir, kek perkahwinan dan lain-lain. Dan saya tahu, betapa remehnya bila kita terlibat dengan aising. Comot sana sini, perlukan ruang yang lebih luas..... 

Tapi, sejak akhir2 ini, saya cuba mendekatkan diri dengan seni menghias kek aising dan coklat. Atas permintaan pelanggan juga sebenarnya. Kalau tiada sokongan dari pelanggan, saya sendiri belum berani untuk menjual kek aising saya. Saya masih amatur, dan perlu banyak belajar tentang seni menghias kek. 


Ini ialah kek aising pertama saya. Pelanggan minta deco angry bird. 
Masa tu saya tak pandai nak gunakan edible image. Dan sekarang juga begitu, sebab ada sedikit kemusykilan dengan bahan dari edible image itu sendiri. Tengok la nanti, kalau saya betul2 yakin dengan status halal dari bahan yang terkandung dalam edible image, mungkin satu hari nanti saya akan gunakan juga. Saya cuba mengelakkan bahan syubahah dalam kek2 saya.
Ok...... senyum! :-)


Saya memberanikan diri untuk cuba membuat dekorasi kek aising pada akhir tahun 2012 atas permintaan juga sebenarnya. Agak cuak pada mulanya, tapi alhamdulillah..... segalanya berjalan lancar. Mungkin pengalaman saya bersama ummi sangat bermakna. Ummi menjadi inspirasi saya untuk menghias kek2 ini. Dan lebih bermakna sebenarnya bila encik suami cuba2 memuji hasil kerja saya.
Senyum lagi....... :-)

Untuk tahun 2013 ini, saya cuba menerima temapahan yang melibatkan kek aising. Kalau tak teruskan, bagaimana mungkin saya akan terus menjadi seperti bakers lain yang hebat2, kan. Ahak! Ada hati tu, mahu menjadi seperti orang hebat. Hihihihih..... Dan saya mulakan dengan tempahan dari seorang rakan suami sempena hari lahir anaknya.......


Tema: Taman bahagia riang ria.... Heheheehe.....  
Saya dapat idea untuk membuat dekorasi ini selepas saya meneliti buku seni menghias kek yang baru saya beli. Sesuai untuk kanak2. Saya cuba dapatkan sugar deco di bakery yang saya selalu pergi. Alhamdulillah, kerja saya dimudahkan bila semua bahan yang saya perluka ada di situ. Agak gementar sebenarnya, tapi Alhamdulillah.... semua berjalan lancar.


Dekorasi untuk orang berusia..... minta seorang pelanggan. Hahaha.... jenuh saya fikir, bagaimana harus saya hias kek ini. Saya memikirkan deko yang simple, dan tak sarat dengan warna. Cukuplah sekadar bermain dengan 3 warna asas, maka terhasillah kek aising ini. Alhamdulillah..... puas hati juga. Amatur la katanya, kan. Jadi, jangan komplen lebih2, hahahaha!

Selain krim aising, saya juga bermain dengan coklat. Pada saya, coklat lebih mudah. Hanya panaskan coklat gelap, campur dengan bahan campuran, makan akan terhasil coklat curah yang mengasyikkan, atau lebih dikenali dengan GANACHE.

3 gambar di bawah antara deco kek coklat yang saya suka :-)


Kek untuk makcik saya, tempah sempena majlis perkahwinan sepupu saya.
Dalamnya kek coklat lembap dan pemalas.... hehehe......


Masa nak menghias kek ini, saya memikirkan hiasan yang lain sikit dari yang biasa saya buat. Hanya bermain dengan coklat, hiris, parut, tabur...... Sesekali, badan hancur diperlukan sebagai penyeri kek coklat.


Ini yang paling terbaru..... 2 kali saya menghias deko yang saya. 1 untuk jiran saya, nak bawa balik kampung sempena CNY hari tu, dan keesokkan harinya, saya buat kek yang saya dan deko yang sama untuk adik ipar saya. Agak boring juga kalau hiasan tu sama je, tapi atas permintaan, saya layan......
Kek di dalam ialah kek coklat lapis keju. Memang sedap kek ini!

Kalau nak diikut banyak lagi gambar nak dikongsikan. Tapi kang tak larat pulak nak tengoknya. Hehehehe.... Jadinya, sampai sini dulu la. Inilah cerita saya sekarang, sibuk nak terus belajar seni menghias kek. Nak bagi power lagi skill. Skill tak semenggah. Amatur la katakan....

Ok, jumpa di lain entry, dengan cerita yang lain. Daaaaa......
Ooooopppppssss.... berani nak tempah dengan saya, hubungi saya! 

Friday, January 25, 2013

Buku Garis Satu Punya Hal!

Mahfuz murid Tahun Satu. Dia bersekolah berdekatan dengan rumahnya. Mahfuz ke sekolah bersama bapanya dengan menaiki motor, atau kadangkala kereta. Ikut suka hati bapanya mahu naik kenderaan apa. Kalau ada pilihan boleh naik helikopter, dan bapa Mahfuz punya helikopter itu, mungkin Mahfuz ke sekolah menaiki helikopter. Grrrrrr.....

Ini cerita Mahfuz. Pulang dari sekolah, Mahfuz bercerita pada ibunya tentang perihalnya di sekolah.

"Mummy.... kat sekolah tadi kita kena marah dengan cikgu." Mahfuz mulakan bicara. Sambil membasuh pinggan di sinki dapur, ibunya agak terkejut lalu bertanya, "Kenapa awak kena marah? Awak buat cikgu marah ke?" 

"Mana ada..... kita kat sekolah budak baik. Mummy.... cikgu tak nak buku yang kita bagi. Cikgu nak buku yang ada lambang sekolah. Buku yang ada tulisan nombor satu."


"Awak bagi cikgu buku apa?" Ibunya menyoal.

"Kita bagi cikgu buku edisi khas hari guru tu. Buku nombor satu dah habis. Semua cikgu lain dah ambik. Kita sorang je cikgu marah, mummy. Semua kawan kita bagi cikgu buku nombor satu." Mahfuz mengadu.

"Alahai siannnya anak mummy... kenapa la sebab buku tu cikgu marah awak. Kan tu buku garis satu jugak. Awak kan nak guna isi buku. Nak tulis dalam buku. Bukan nak guna kulit buku." Ibu merasa sedikit marah sebenarnya. Dalam hati ibu mengatakan cikgu mengada2. Hihihihi........

Ibu bertanya lagi, "Cikgu sapa tu?"

"Cikgu Masjoko, mummy. Cikgu tu ajar Bahasa Malaysia."

"Cikgu tak tahu ke yang buku edisi khas hari guru tu kedai buku yang jual. Masa baba beli buku awak kat kedai buku hari tu, dorang yang bagi buku edisi khas hari guru tu sebab buku nombor satu dah habis. Ish.... cikgu ni." 

Ibu Mahfuz mula nak marah sebenarnya, tapi cuba dikawal sebab tak mahu Mahfuz perasan yang  ibunya sedang marah. (Ye la tu.... uwek!)  Ibu menyambung bicara, "Tak pe la.... nanti kita suruh baba awak belikan buku yang cikgu nak. Tak pun, esok mummy bagi duit, awak beli sendiri kat kedai buku. Boleh?"


"Boleh, mummy. Tapi.... kalau kat kedai buku dah habis buku tu macam mana? Nanti cikgu Masjoko marah kat kita lagi. Kita takut nak pegi sekolah. Cikgu ni.... sikit2 nak marah. Kita kan budak tahun satu." Oh....Mahfuz sudah pandai! Hehehehe......

"Mmmmm, ok. Tak pe.... nanti kita bagitau baba macam mana ye."

Petang itu ibu Mahfuz bercerita perihal Mahfuz pada bapanya. Respon bapa...... "Tak pe, nanti baba kasi buku nombor satu sekolah baba. Nanti bagitau cikgu, baba kirim salam ye." Bapa Mahfuz seorang Guru juga di sekolah lain.

Hehehehehe...... ntah apa reaksi cikgu Masjoko tu ye bila dapat buku nombor satu yang ada lambang sekolah lain?

Komen penulis : Tak faham la kenapa ada guru yang cuba bersifat kurang matang. Buku garis satu punya hal, anak jadi takut nak ke sekolah. Tak faham juga.... kalau buku edisi khas hari guru tu cikgu tak mahu terima, kenapa masih dijual di kedai buku sekolah. Bukan kita nak tulis pada kulit buku. Yang penting kan ia ialah buku garis satu atau buku nombor satu. Kalau si ibu belikan anaknya buku dari kedai luar, pasti anak akan dimarah teruk oleh guru mata pelajaran tersebut. Aduhai cikgu.... janganla berkira sangat!

Thursday, January 17, 2013

Mendidik Anak Soleh Solehah

Saya blogwalking pagi ini. Sampai ke satu tempat.... jumpa satu artikel menarik.... berkaitan didik anak2.... dah tentu saya suka, sebab saya seorang ibu yang punya 5 orang cahayamata HEBAT! In Sha ALLAH, saya akan terus berkongsi.

Orang kata, melahirkan anak mudah. Alhamdulillah, saya diberi kemudahan itu sama ada melahirkan anak secara normal atau pembedahan (c-zer). 4 kali melahirkan anak secara normal, sekali secara c-zer, Sofie la.... sebab dia anak istimewa, terlalu istimewa. Tapi..... untuk mendidik anak2 sehingga mereka menjadi manusia yang taat pada agama, bukan mudah. Serius saya katakan, bukan mudah!!!! Kalau ibu bapa  di luar sana berpendapat mendidik anak2 supaya taat pada agama, taat pada ALLAH dan RASUL itu mudah, Allahuakbar! Saya kagum! Tolonglah ajari saya. Saya betul2 perlukannya. 



Masa anak2 kecil, ada cabaran menjaga mereka. Dan ketika meningkat usia, lain pula cabarannya. Memang betul pun. Bila saya sudah mempunyai 5 cahayamata ini, yang kecil akan membesar dan yang besar akan terus membesar lebih lagi. Emosi ibu teruatamanya harus sentiasa mahmudah. Rentetan itu diturunkan tip-tip mendidik anak2 menjadi anak2 soleh dan solehah, dan anak yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Tips ini ditujukan khas buat diri saya sendiri, juga pada semua ibubapa lain. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.



5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER... kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .



8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.     
                             
          Ø±َبِّ ٱجۡعَÙ„ۡÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَّتِÙ‰‌ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَÙ„ۡدُعَآء

[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan  "Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia..... untuk faham agamanya ", (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka).  Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai .... dan ingat kepada Allah sentiasa.


Terima kasih kepada mereka yang menyebarkan tips ini..... Semoga Allah membalas segalanya dengan kehidupan yang lebih baik, In Sha Allah.