Showing posts with label jom masak2 simple. Show all posts
Showing posts with label jom masak2 simple. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Membuat roti kopi seperti Tesco punya!

Salam semua.... hari Isnin ni moody ke? Jangan mody2 yer, saya sedang bergembira sekarang. Gembira sebab apa yang saya suka makan dapat buat sendiri. Petang semalam, Ahad, saya dan suami buat projek besar punya. Best! Sehinggakan rancangan untuk latihan memandu saya tolak tepi sebab nak habiskan projek GRAND ini. Hahahaha.... Sila gelakkan saya yer... :-D

Dah kecoh sana sini, kat blog satu tu dah kecoh, kat FB dah kecoh, kat ER pun dah kecoh! Ni sekarang nak kecoh kat sini pulak. Sudi2 lah melayan yer.... Apa projek besar tu? Buat pertama kalinya, dalam hidup saya saya membuat roti kopi sendiri. Ala.... roti kopi yang selalu jual kat kedai bakery pasaraya besar tu, Tesco, The Store memang ada jual. Ada orang panggil roti boy, ada orang panggil mexican bun. Tak kisah la... yang penting, dia roti kopi!


Selalu kalau pegi Tesco, lalu je kedai bakery dia, huh! Dah bau dah! Tak tahan, memang la beli. Tapi, bila tengok kat sticker plastik roti tu langsung tiada tanda halal JAKIM, kami stopkan pembelian. Kalau mereka menggantung tanda halal di dinding dapur mereka, mereka patut berusaha lebih lagi untuk meletak tanda halal pada sticker supaya keyakinan umat Islam lebih lagi untuk memakan produk mereka. Bila kami periksa semua produk roti dan kek Tesco yang tiada tanda hala, saya cuba berkompromi dengan diri sendiri, dan anak2 yang saya tak boleh beli makanan tersebut.

Saya perlu menjaga dan memelihara darah daging dan hati keluarga saya. Supaya hati anak2 akan menjadi lebih bersih dan terang dengan memakan makanan hasil buatan tangan sendiri. Jadi, atas usaha itu, saya berusaha mencari resepi roti kopi kegemaran saya dan keluarga ini dari internet. Alhamdulillah, dapat resepi yang mudah dan sedap. Terima kasih pada empunya resepi, Diana@MyResepi. Kalau nak resepi yang saya gunakan, saya dah letak kat blog saya yang satu lagi tu, atau klik je ROTI KOPI ini. Bila2 free, boleh mencuba sendiri. Memang tak rugi mencubanya!

 Ini baru masak, fresh from oven! 

Meh tengok macam mana dalamnya.

Hasilnya, memang sedap, lembut dan seperti yang saya inginkan. Cumanya, saya terpaksa gunakan tepung superfine sebab tak jumpa tepung roti. 

Ok, sampai sini dulu. Saya tak sempat lagi nak BW blog kawan2.Sorry ok! Saya terpaksa stop dulu, sebab dah nak tengahari ni, kena masak untuk anak2 pulak. Insya Allah, nanti saya BW blog korang yer. Terima kasih pada kawan2 yang masih sudi jengah blog ini..... Jumpa lagi!

Tuesday, June 21, 2011

~~~Hasil pertama oven baru saya ~~~

Assalamualaikum....

Petang2 baru dapat update... sibuk sepanjang hari. Ok, semalam saya ada heboh pasal oven baru,kan? Saja la nak tayang hasil dari oven baru saya tu. Heheheh... Mari, kecoh2 pasal kek karamel..... Dah kecoh kat FB, kat RH, ni kecoh kat sini pulak. Padahal dah tayang gambar kat blog sana tu.

Saya dah lama sangat teringin nak buat kek ni, sejak Kak Sue tayangkan kat forum RH. Tapi sebab masalah oven, saya tangguhkan dulu. Oven yang sedia ada tak sesuai untuk buat kek. Nak cuba kukus, risau tak menjadi, rugi je. Jadi sabar sikit untuk dapatkan oven, makan terhasillah kek yang saya idam-idamkan tu.

Kek karamel..... kek pertama saya dengan oven baru. :-D
Senyum meleret saya tau, sebab pertama kali buat kek ni menjadi. Tak sabar saya untuk lihat hasilnya selepas keluarkan dari oven. Saya siap sejukkan kek dengan meletakkan loyang kek dalam satu lagi loyang besar tuang air sejuk dalam loyang besar tu. Nak sangat cepat diterbalikkan. :-D

Baca review orang yang dah buat, ada macam2 masalah. Seriau saya jadinya.... Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim, dan, alhamdulillah..... 
Menjadi juga akhirnya.....

 Tayang gambar kek cantik dulu..... terliur tak korang? 
Kalau terliur, klik KEK KARAMEL untuk resepi yang saya tepek. 

Sebenarnya, saya tak puas hati..... lepas saya terbalikkan kek ni dalam pinggan, tengok2 ada lebihan air gula hangus kat tepi... seolah2 ada kuah pulak. Aduhai! Mula2 tu kecewa jugak la. Terpaksa saya lap dengan tisu supaya air tu hilang. Dah cacat sikit la kek saya tu.

 Nampak tak kuah gula hangus tu... saya sedih time ni. Tapi, dikuatkan hati jugak.... huhuhu

Bila dah tahu apa kelemahannya, baru saya berpuas hati. Rupa2nya saya terlebih gula, sedangkan loyang saya kecik. Jadi, lain kali kalau buat kek ni, mestilah dikurangkan gula untuk loyang kecik seperti saya....


Ok, sangat berpuas hati sekarang..... saya tengah tunggu reaksi suami saya apabila dia makan kek ini nanti. 
Sekarang, dia belom balik.... aduhai, lambat la pulak dia sampai rumah. Ada meeting la katanya.
Kek sedang menyejukkan diri dalam peti sejuk tu. Sangat sedap makan ketika sejuk.....

Oooopppsss, lupa nak kabo, cantik tak saya punya watermark untuk blog saya satu lagi tu. Bukan saya buat, Kak Asniza RH yang buatkan. Saya ingat nak minta tologn dia buatkan satu lagi la.... untuk blog sini pulak. Boleh tak kak As? Nanti kita kira la. Fiza tak reti buat la kak.....

Tuesday, June 14, 2011

Saya GILER memasak sekarang!!!!!!

Saya sangat gilerrrrrrr memasak sekarang. Ntah kenapa, mood masak saya menjadi. 
Untung betul anak2 saya. Hehehhehehe.... 
Lagi2 bila ada kawan2 yang beri sokongan padu. 
Suami pun dah faham, "umi tu kalau tak dapat buat kek, migrain la tu!"
 Adeh! Begitu sekali dia perli saya. 
Alahai.... sapa yang untung bang? Awak jugak,kan?

Minggu ni je, saya rasa saya masak macam2.
Walaupun masak simple2 je, tapi, seronok sangat...
Lagi2 bila masakan kita tu menjadi dan sedap.
Tengok orang berselera, kita pun sangat happy....

Sila lihat ye, untuk 2,3 hari ni je apa yang telah saya buat:







Suami saya pun naik pening dengan saya. Asyik nak buat kuih je....
Hohohoho... tah kenapa, minat tu datang sekarang. 
Dulu pun minat jugak, tapi, tak rajin macam sekarang. 
Sekarang, asal cukup je bahan kat rumah, pasti ada saje benda yang saya godek.
Petang tadi, saya buat kuih ketayap, sampai 2 adunan. 
Tepung habis.... huwaaaaaa! Nampaknya, esok kena beli tepung lagi la.

Haaaaa.... kalau korang nak resepi, korang klik la nama2 makanan tu yer.
Hehehehee... promot lagi ni!

Thursday, May 26, 2011

Amniy minta puding roti

Dah 2 hari si Amniy minta saya buatkan puding roti. 
Katanya, "Ala mi, nak kuih roti yang ada sos kuning tu." 
Dan pagi tadi, sempat la buatkan kuih yang diminta tu.... 
Saya pernah buat dulu, tapi lain cara. Kali ni saya buat cara yang lain pula. 
Resepi saya ambik dari blog adik kenalan Ratuhati.com, Shila
Saya ada kopi pes resepinya di blog saya satu lagi tu. 
Macam biasa la, kalau berkenan nak tengok2 silalah ye. 

Ni yang saya buat pagi ni.... nyum, nyum... delicious ok! Sos pekat gitu!
Dah tepek gambar kat sini dah. Hehehehe...

Haa.... amacam Amniy, Ok tak? Puas hati?
Pagi ni saja dia melantak 3 ketul ok!

Saturday, April 30, 2011

Cubaan Pertama Berhasil!

Sejak akhir2 ini saya begitu rajin mencuba pelbagai jenis kek. Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, saya perasan, saya kerap membuat kek. Semasa saya ketiadaan PC untuk update blog ini, saya telah mencuba 2 jenis kek, dan hari ini sejenis lagi kek. Mari lihat hasil percubaa pertama saya :

Kek Kukus Batu Saudah
Kek Kaya Kukus
Kek Marble Susu
Untuk resepi lanjut, sila klik nama kek tersebut. Kenapa saya menggunakan kaedah mengukus? Sebab..... saya tiada oven yang sesuai untuk membakar kek. Ni yang bersemangat sangat nak cari oven ni. Sebab sekarang tengah gila membaking, ooopppsss, mengukus. Kalau ada oven, baru boleh membaking. 

Bila saya perhatikan tarikh2 pada gambar2 di atas, semuanya dalam bulan April. Ini bermakna, bulan April ni saja saya telah menghasilkan 3 jenis kek.... Hohohoo. Terasa hebat la pulak. Bukan apa, sebelum ni saya memang seorang yang 'BUTA' membuat kek. Anak dah 4 orang baru terasa nak jadi manusia celik. Hahahahaha.... paling dahsyat, saya ni sebenarnya anak tokey kek. Tapi, baru ni la saya buat kek dengan air tangan sendiri. Mesti umi saya di kampung berbangga sebab anak sulong dia dah pandai buat kek.... kihkihkih. Melalut la pulak!

Ok la, selamat berhujung minggu dan selamat hari buruh.... saya nak balik kampung minggu ni. Lalalalalalaa..... bye semua.  :-D

Friday, April 29, 2011

Berkat pagi Jumaat :-)

Selamat pagi Jumaat....
Semoga hari ini dan hari2 seterusnya, kita akan sentiasa diberkati Allah.
Hari saya terlebih rajin...hehehe. Tu sebab berkat pagi Jumaat. :-D 
Atas permintaan anak2 kesayangan, dan kerelaan suami tercinta, dan atas kerajinan saya di pagi Jumaat ini, saya membuat sarapan pagi yang enak. Pada saya ia memang la enak, dan anak2 pun amat menggemarinya. Ia dipanggil Chicken Crocket... satu snek yang berasaskan kentang.

Layan  je la....
Chicken Crocket
Zoom sikit.... kasi terliur
Persediaan malam tadi, pagi tadi tinggal goreng je.
Amat sesuai dimakan oleh anak2 anda yang comel2 tu.... Ikhwan, Amniy, Sofie dan Hijaz memang gemarkan makanan ini. Bila tahu saya nak buat chicken crocket, wah.... bukan main seronok mereka. Maklumlah, asasnya kentang, yang telah direbus dan dilenyek. Mahu resepi lanjut? Sila ke blog saya yang satu lagi, sambil jalan2 sambil melihat resepi2 saya yang tak seberapa itu. Sila yer... :-D

Wednesday, November 24, 2010

Kek Coklat Hitam Lembap

Salam semua....
Nak kongsi satu lagi resepi yang saya sempat buat utk Aidiladha yang lepas. Saya ni bukalah rajin sangat nak buat kek2 ni. Untuk pengetahuan, ini ialah kek pertama seumur hidup saya...kihkihkih. Amat dahsyat saya ni,kan? Sebabnya, saya amat bosan dengan kek sebenarnya. Umi saya sendiri punya kedai kek, dan dari kecik saya dok menghadap umi saya buat kek. Jadi, bila dah besar sikit, rasa nak buat kek langsung tak de, sebab dari kecik sampai besar hadap benda2 tu. Hahahaha.... (panjangnya mukadimah ye!)

Jadi, dalam usia 29 tahun ni, ini kek pertama saya buat. Dengan bangganya saya persembahkan:


Kek Coklat Hitam Lembap.
Bahan2:
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda
*semua bahan2 ni diayak...
3 biji telur
2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)
1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)
1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)
1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat

Cara Membuatnya:
- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.
- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)
- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)
- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.
- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.
- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.
- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).

- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.
- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.
- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

Tuesday, August 31, 2010

Bakso untuk Ramadhan ke-20

Assalamualaikum semua....
Ambil kesempatan sekejap sementara menunggu masuknya waktu Subuh, baru lepas sahur ni. Suami dan Ikhwan dah ke surau. Malam tadi sudah malam ke-21,kan? Sepatutnya, malam tadi bermulalah pencarian Lailatul Qadar buat kita semua. Saya bangun juga, tapi...... sekadar membancuh susu Sofie. Niat dah sebelum tido malam tadi nak bangun malam, menyerahkan diri pada Yang Maha Esa. Tiba-tiba sakit perut macam tak boleh nak bangun. Saya ni ada problem sikit dengan perut. Huhuhu...sedih jer. Suami saya pun malam tadi berniat nak beriktikaf di surau. Dia pun tak terbangun. Adeh....... Korang mesti bangunkan, buat Qiyamullail....

Ok, actually, saya nak publish pos benda alah ni malam tadi. Tapi tak sempat la pulak, sebab sudah tertidur awal. Maghrib semalam saya berbuka dengan bakso. Home-made,ok! Tak beli....beli bahan je. :-) Saya pun dah janji kat entry ni nak share resepi bakso kalau saya buat bakso,kan? Haaaa...semalam saya dah buat. Saya akan tunaikan janji saya. Lagipun resepi asal bakso ni saya ambil dari sini. Sangat best dan superb, ok!
Kalau yang rajin boleh terus ke web situ ye. Kalau nak ikut resepi yang saya buat pun ok je..... Meh kita tengok resepi bakso ni macam mana.... Sebelum tu, tayang gambar dulu, bagi korang terliur. Eh, tak baiknya la Fiza. Bulan posa.....

Gambar kiri- bebola daging. Rasanya memang sedap dan enak. Selama ni dok membeli yang ready made punya, alahai....punyalah kenyal sebab banyak tepung. Bila buat sendiri, rasanya jauh beza dengan yang kita beli.
Gambar kanan- Bakso siap untuk dimakan

Bahan-bahan

Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon)
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
*resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis
Limau kasturi - sebagai penambah perasa

Untuk Bebola Daging
Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye.
400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putihuk.
(Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk)
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung)

Untuk Kuah Bakso
3 biji bawang merah dihiris
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)
1 batang serai - diketuk
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

Cili Kicap
Cili padi - dicelur dengan air panas
Sedikit gula
Cuka
Kicap

Cara Membuat
Untuk kuah
1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai.
2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola.

Untuk Bebola
Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras.

Untuk Cili
1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula
2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut

Cara Menghidang
Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Ok, saya juga nak tayang apa yang saya makan semalam. Bakwan jagung recycle. Heheheh....Ni cik suami saya yang masak. Memang sedap. Cara masak sama dengan kita masak mee goreng biasa, cuma tukarkan mee dengan bakwan jagung.

Bakwan Jagung Goreng

Sebelum tutup entry ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Daha 35 tahun negara kita merdeka yer. Dan selamat meneruskan ibadah di bulan penuh mulia ini. Marilah kita sama2 mengejar Lailatul Qadar...... Semog Allah merahmati kita semua, Amin!

Sunday, August 29, 2010

Cerita Sofie bersama begedil daging

Hai semua...Assalamualaikum.....
Cepat je masa habis 3 hari bercuti. Ramadhan pun hampir meninggalkan kita. Rasa sedih pula.... Korang dah khatam Quran? Saya belum lagi. Sempat ke tidak saya khatam Quran Ramadhan ini? Sibuk dengan aktiviti lain, terasa sedikit ketinggalan berbanding orang lain. Namun, saya cuba sedaya mungkin untuk menghabiskan membaca satu al-Quran pada Ramadhan kali ini. Sedang berlumba dengan cik suami ni....hehehe. Setakat ni, saya extra satu juzu`. Ala...bila2 masa je dia boleh potong saya. 

Terasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini. Saya rasa tak seronok kalau biarkan blog saya tak ber'update' walaupun sehari. Elleh...macamlah ada yang nak baca cerita si Fiza tu. Kalau saya tiada di rumah, mungkin blog ini akan sunyilah seketika. Tapi, selagi saya berada di rumah, saya cuba sedaya mungkin mencari masa untuk update blog ini.

Ok, Sofie saya dah hampir pulih dari demam. Sian dia tau! Dah lama sangat tak demam, tiba2 Ramadhan ni pulak dia demam. Sejak Sofie dibedah beberapa bulan lepas, Sofie memang dah lama tak demam. Kalau tak hampir setiap bulan kena tahan wad sebab demam, batuk, selsema, jangkitan paru2. Alhamdulillah, demam kali ini sangat2 singkat. Tak melarat. Ada flu sikit la, tapi tak teruk. 

Melayan karenah Sofie demam....aduhai....sabar saje la. Saja saya ingin tayang segala riak wajah Sofie yang hampir2 pulih dari demam. Tengoklah kat bawah tu....Hehehe. Dengan mata sembapnya, muka tetap ceria melayan kamera untuk berposing.

Sofie yang ceria

Berbuka apa maghrib tadi? Saya berbuka simple2 je. Tadi ada bakwan jagung, tauhu goreng sikit dan begedil daging. Tu ha dia....begedil daging yang saya dan suami buat. (sila lihat gambar bawah ye) Sangat sedap tau korang. Plan asal nak buat bakso, makan dengan begedil daging tu. Tiba2 macam tak cukup bahan, tu yang tukar plan buat bakwan jagung. Sebenarnya, bakwan jagung tu cekodok jagung je. Sedap.... sebab ada isi jagung dalam bancuhan tepung tu...... Airnya, minuman ABC Rock! Yea...yeah! Hehehe...(Macam Bandi Amuk pulak)

Tahukah korang minuman ABC Rock tu bagaimana? Minuman ni saya kenal masa belajar kat UM dulu. Kat bazar Ramadhan ada orang jual. Jadi, sebab minuman tu sangat sedap, buatlah sendiri di rumah. Sebenarnya saya sekadar mencampurkan air bandung dengan cincau, jagung manis, cendol dan kacang merah. Letak ais....mmmm, amat lazat diminum ketika sejuk. Saya tak ambil gambar pulak......

Begedil daging

Berkenan ke tengok begedil daging saya tu? Hehehe...mahu resepi? Ala....korang search je kat google, nanti macam2 versi resepi keluar. Cara saya senang je. Meh nak tunjuk sikit macam mana resepi membuatnya:

Kentang (direbus, toskan kemudian buang kulit dan tumbuk dengan lesung. Kalau nak ikut cara saya, mesti tumbuk dengan lesung,ok :-))
Daging - (sukahatilah korang nak guna daging macam mana pun. Daging cincang ke, daging burger ke, daging biasa ke. Tapi saya gunakan daging burger oblong. Power punya ye! Daging ni korang masak dulu, pastu cincangkan bagi halus.)
Daun sup dan daun bawang
Lada sulah
Serbuk daun basil (terpulang nak letak ke tidak. Saya letak sebab memang dah ada kat rumah.)
Sedikit garam

*Semua bahan kat atas tu korang gaul je hingga mesra. Pastu bentuk2kan menjadi bentuk bulat. Celup dalam telur dan gorengkan kekuning2an. Siap la untuk dihidang...... Lebih sedap dimakan bersama soto atau bakso. (Lain kali kalau saya buat bakso, saya sharekan resepi kat sini)

*Kuantiti bahan, aci taram je.....(Si Fiza ni memang tak boleh jadi pakar masakan ye, dan tak boleh nak terbitkan buku masakan sebab tak ada talent pun.)

Ok, cukuplah untuk entry kali ini. Hijaz dah menangis minta perhatian. Kena tidurkan dia ni. Kita jumpa lagi di lain entry..... Terima kasih ye korang sebab masih sudi baca bebelan si Fiza ni...:-)

Sunday, August 08, 2010

Puding Roti Mentega Kacang

(Ini bukan blog masakan, tapi, sekadar berkongsi apa yang Fiza masak)

Cerita semalam.....punya la semangat dan rajin si Fiza ni, petang semalam sempat buat puding roti. Mula2 bicara, nak bagi kredit pada kak Sue Aleen, saya ambil resepi ni melalui FB kak sue.( Kak sue, sangat sedap puding roti ni. Suami fiza pun puji tau..... hehehe. Tq ye kak...)
Meh kita jengah dia punyak bahan,ok!

Bahan-bahan:
10 Keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang

Cara membuatnya:
1- Carikkan 8 keping roti, kemudian masukkan dalam blender dan kisar hingga lumat.
2- 2 keping selebihnya dicarik-carik dan campurkan dalam adunan tadi tanpa perlu mengisarnya.
3- Sapukan loyang anda dengan marjerin.
4- Masukkan adunan dalan loyang, dan taburkan kismis sebagai hiasan.
5- Bakar selama 30 minit, suhu oven 200 darjah celcius.

Keterangan gambar:
Gambar 1 - Saya gunakan periuk nasi, sebab malas nak guna loyang. Adunan yang telah siap untuk dibakar.
Gambar 2 - Proses pembakaran sedang berjalan.
Gambar 3 - Selepas 30 minit, walaupun nampak sedikit hangit di permukaan atas, ia sedap sebenarnya. Hehehe.... 
Gambar 4 - Siap dipotong untuk di makan....rasanya, amatlah sedap dan lazat. Percayalah!

Nak buat puding roti mentega kacang ini amatlah mudah dan senang. Silalah mencuba.....

Saturday, July 24, 2010

2 kuih bingka yang saya buat.

Kali ini nak buat entry pasal masakan lagi, boleh? Hehehe...tentu saja boleh, kan? Apa yang kita buat, tak salah kita kongsikan untuk panduan kawan. Kot la ada sesapa yang teringin nak buat, bolehlah dirujuk. Tapi, ini bukan blog masak2 yer...sekadar berkongsi.

Saya telah membuat bingka labu. Permulaannya, bingka labu yang saya buat tak menjadi. Bila dah siap dibakar, bingka labu jadi lembek. Saya dah ikut peraturan dan sukatan, tapi tak mahu solid and firm pulak. Sedikit kecewa sebenarnya. Saya mula menyalahkan oven. Oven yang saya ada tak boleh nak bakar kuih ke? Selama ni saya cuma bakar ayam atau ikan je. Tapi, memang sebelum ni pun, kalau buat bingka, tak berapa nak solid bingka tu. Mesti cair dan lembik di dalam walaupun tempoh pembakaran dah lebih 1 jam.

Saya tak berpuas hati. Mula mencari-mencari resepi, meng'adjust' apa yang patut pada resepi tu. Rupa-rupanya, setelah mencuba resepi yang saya 'adjust' tu, dan dengan lafaz Bismillah, penuh berharap agar usaha saya kali ini berhasil. Alhamdulillah, usaha saya berhasil juga. Sungguh tak sangka kuih bingka saya menjadi. Maknanya bukanlah salah oven. Hehehe....lega cik suami saya. Tak de la isteri dia ni minta oven baru.

Ok, suka ingin berkongsi kuih bingka yang baru saya buat. Sebenarnya dah buat minggu lepas, tapi, baru berkesempatan nak kongsikan kali ini. Ini ialah bingka labu + keledek. Mari kita tinjau resepinya,yer....

Bahan-bahan Bingka Labu+Keledek

  • 1 setengah cawan gula
  • 1 biji telur (saya gunakan saiz besar punya!!!)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 600gm labu dan keledek
  • 500ml santan / susu cair
  • sedikit vanila
  • secubit garam

Cara membuatnya:

  • Keledek dan labu direbus sehingga lebut dan empuk, kemudia lenyekkan sehingga lumat.
  • Masukkan semua bahan dalam blender, dan kisar hingga halus. 
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan marjerin/butter. (Saya gunakan periuk nasi letrik, sebab loyang saya kecik.)
  • Bakar pada suhu 200 darjah celcius, selama 40 minit hingga 1 jam.
  • Sejukkan dulu, baru potong. Kalau tak nanti kuih bingka anda tak solid. 
  • Selamat menghidangkan kepada suami dan anak2 tersayang.


Mari lihat gambar saya....
Gambar 1- Proses pembakaran di oven
Gambar 2- Selepas 1 jam dibakar....
Gambar 3- Proses untuk memotong kuih bingka
Gambar 4- Kuih bingka labu+keledek yang siap untuk dimakan.

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Disebabkan kerajinan saya bertambah untuk minggu tu, saya telah membuat satu lagi kuih bingka, iaitu bingka roti. Sangat2 rajin,kan umisofie ni. Jadi untuk kuih ni pun saya seronok ingin berkongsi resepinya. Saya mencipta sendiri resepi ini yer. Sapa nak cilok, silakan. Saya halalkan...hehe.

Bahan-bahan Bingka Roti

  • 1 setengah cawan gula
  • 2 setengah cawan tepung gandum
  • 7 keping roti (direndam). 5 keping dikisar dan 2 keping lagi dicarik2 untuk dimasukkan dalam bancuhan.
  • 1 biji telur (saya gunakan telur saiz besar punya...jugak!)
  • 1 tin susu cair, campurkan sedikit air supaya mendapat sukatan sebanyak 400ml.
  • sedikit esen vanila
  • secubit garam
  • 1/2 tin jagung manis (optional, kalau tak nak pun tak mengapa...)

Cara membuatnya:

  • Roti direndam dahulu.
  • Sementara itu, kisarkan semua bahan dalam blender. (Jagung jangan blend sekali yer)
  • Masukkan 5 keping roti yang telah direndam dalam blender tadi, dan kisar lagi.
  • Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan marjerin/butter. (sekali lagi saya gunakan periuk nasi letrik)
  • 2 keping roti yang dicarik2 tadi masukan dalam bancuhan beserta dengan jagung manis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius, dalam satu jam.


(alamak, gambar ni tiada nombor pula yer...)
Gambar 1- Proses pembakaran kuih.
Gambar 2- Kuih dah siap dibakar, dan tunggu ianya sejuk, baru potong.
Gambar 3- Kuih bingka siap untuk dimakan....

Semoga resepi ini bermanfaat untuk semua. Resepi2 ni saya buat masa M saya hilang. Kalau M datang, tentu saja kuih2 ini tak kan menjadi.

Friday, July 23, 2010

Saya buat donat lagi...lebih yakin!

Pagi tadi, dah beberapa kali alarm handset saya berbunyi, suruh tuannya bangun. Saya offkan, maklumlah tengah "cuti" dari bersolat. Tiba2 Amniy kejutkan saya, "umi, donat dah buat ke?". Baru teringat, "haah la...nak buat donat. Dah janji dengan anak2." Terus bangun, cuci muka, menuju ke dapur.

Donat saya kali ini, saya lebih yakin membuatnya. Ingat tak dulu saya pernah buat entry yang pasal donat? Sila rujuk sini kalau tak ingat. (Sesuka je umisofie ni kan, arah2 orang. Sapa nak rujuk, boleh la... Sapa tak nak, tak pe...) Bagi saya, donat saya yang saya buat dulu, walaupun nampak macam gebu2, montok2 gitu, tapi, lepas digoreng, dan bila dah sejuk, donat jadi liat dan sedikit keras. Tak lembut dan tak gebu.

Dalam tempuh itu, saya menuntut lagi dengan MIL. MIL saya dulu jual donat. Donat dia sedap, gebu, lembut walaupun dah sejuk. Sampaikan donat MIL dicari oleh penggemar donat kat kampung saya. Menuntut dan mencuba beberapa kali. Mula2 buat, ok...tapi macam terlebih marjerin. Jadi, rasa donat sedikit rapuh. Kali kedua mencuba lagi, donat sedikit berongga. MIL kata mungkin terlebih yis. Tapi masih enak dimakan. Masih berani memberi sedikit pada jiran kiri kanan. 

Tapi, kali ini saya lebih yakin membuatnya. Suami saya kata ok, sedap. Macam MIL punya. Siap order lagi, suruh saya buat donat untuk pot luck sekolah minggu depan. Saya juga pernah mencuba pelbagai resepi donat dari internet. Tapi tak sama macam resepi MIL saya. 

Ish...tak de coklat curah pulak tu, sekadar gula yang diblender halus jer....

Ok....suka untuk kongsi resepi dari MIL saya.
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • Yis basah - direndam dengan 250ml(lebih kurang) air suam bersama sedikit garam (sukatan untuk yis ni saya tak pandai nak sukat, sbb timbang saya dah rosak,  jadi saya agak2 je)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-caranya:
  • Campurkan tepung bersama marjerin, sebatikan (dengan tangan tau!)
  • Masukkan susu pekat manis, sebatikan lagi.
  • Lepas yis dah cair, masukkan air rendaman yis tadi. Biar air terlebih sikit,tak mengapa dan gaulkan. Memang bancuhan akan sedikit melekat kat tangan, gaul lagi, letakkan tepung sikit-sikit, sampai bancuhan boleh didoh. 

  • Petua nak bagi donat tu lembut : masa buat doh tu, bancuhan tu jangan terlalu byk tepung. Biarkan ia melekat2 kat tangan tu. Masa ni, kena banyak bermain dengan tepung, ambil tepung tu sikit2 la.... (faham tak bahasa saya ni... sah!umisofie ni memang tak boleh keluarkan buku resepi,kan?) Jangan terlebih tepung ye, nanti donat dah sejuk akan keras dan liat!!!

  • Pastu, terap sikit2 (macam kita nak terap biskut raya tu, tapi tak yah la guna penggelek tepung. Gunakan tangan je. Sebab nak terap sikit je) dan acukan dengan mulut cawan yg kecik. Sebab donat akan membesar..... dah naik sikit, lubangkan tengah (saya gunakan buku benang untuk menghasilkan lubang tengah)

  • Goreng la donat tu..... dah siap goreng tu, letak la coklat ke, gula ke.....

Ini donat yang saya goreng separuh untuk di'frozen'kan. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Kalau nak, esok hari boleh goreng semula.

Wednesday, February 24, 2010

Ikan Keli Lemak Cekur

Assalamualaikum pembaca budiman....

Baru ni berkesempatan update blog ni. Busy sesangat sekarang ni. Ok, hari ni nak share resepi special. Resepi yang sedap kegemaran keluarga saya. Orang Jawa kata masak "gecok".

Ikan Keli Lemak Cekur

Jom kita tengok bahan2nya :
  • Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh.
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
  • sedikit kunyit hidup
  • santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 10 helai daun cekur - dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :
  • Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
  • Didihkan air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan ikan keli tadi.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Siap dihidang....
Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....

Inilah rupa cekur dan daun cekur

Bagi sesapa yang rajin, bolehlah mencubanya. Mungkin agak susah nak mencari cekur ni. Saya sendiri menanamnya. Bagi yang dah ada tanaman cekur ni, bolehlah mencuba resepi ini. Sedap tau!

Tuesday, February 16, 2010

Nasi Ayam Umisofie

Assalamualaikum semua....
wah! hari ni masih dalam mood cuti Tahun Baharu Cina. my lovely hubby pun masih bercuti. so, hari ni niatnya nak buat nasi ayam la. lama dah tak buat. kalau beli, rasa macam tak puas pulak. setelah pakat-pakat dengan my lovely hubby, saya pun terus jalankan tugas bersama hubby. ok apa nama menu? NASI AYAM UMISOFIE.....hehehe!



jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat nasi ayam umisofie ni...

bahan untuk nasi:
  • 4 pot beras (basuh beras hingga bersih)
  • air rebusan ayam
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • sesudu butter (untuk menumis) nak gunakan margerin pun boleh. minyak pun boleh.
caranya:
  • tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan (mengikut kuantiti pot beras anda).
  • masukkan beras. kacau....
  • kemudian, masukkan susu pekat, garam dan daun pandan. kacau seketika, dan tutup periuk nasi. biarkan sehingga nasi masak dengan sendirinya. yang gunakan periuk nasi biasa, kena jaga2, takut nasi hangit pula!

ini ialah nasi yang baru dimasak. maaf, kamera berasap sikit...panas lagi. bau dia.....perggghhh! tok sah kata la.....hehe

bahan untuk ayam :
  • seekor ayam (sederhana kecil-tak besar sangat, tak kecil sangat) - ayam direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • madu
caranya:
  • selepas ayam ditoskan airnya, lumurkan ayam tadi dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, ayam tadi dibakar dalam oven.


ini proses pembakaran ayam di oven


dan ini ialah ayam yang telah siap dibakar.... nampak sedap,kan? hehe.... memang sedap pun!


sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.

ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.

bahan untuk membuat cili:
  • 5-6 tangkai cili merah - dibuang biji tau!
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos ikan
caranya:
  • cili merah, bawang putih, gula dan halia dikisar halus bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.
bahan untuk membuat kicap:
  • seulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sedikit sup
  • tepung jagung-untuk pekatkan kicap
caranya:
  • masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. bila dah mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5-6 sudu besar, dan kicap pekat juga dalam 5-6 sudu besar. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. siap....
ok, setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan sepertimana gambar pertama di atas tadi. hiaskan denga salad, timun dan tomato.

sesiapa yang rajin ingin mencuba resepi ini, silakan....... nampak agak rumit sebab banyak sangat benda nak disediakan. tapi, kepuasan menyediakan makanan untuk keluarga itulah kunci kebahagiaan sebenar. cewah...!

Thursday, February 11, 2010

share lagi.... menu sihat!

hai semua, assalamualaikum.

ntah kenapa tah, semenjak dua menjak ni fiza suka sangat nak share masakan yang fiza masak kat blog ni. padahal masakan bukan grand mana pun. cuma masak-masak simple jer.

so, hari ni nak share sikit menu sihat yang fiza masak untuk juadah tengahari keluarga fiza tadi. menu ni merupakan menu kegemaran fiza ketika dalam pantang. rupanya, bukan fiza je yang gemarkan menu ni. my lovely hubby pun suka tau! anak-anak fiza pun sukakannya...siap hirup kuah lagi.

inilah dia....
Singgang Ikan Tongkol

korang sure pernah makan makanan ni,kan? ianya memang menu yang sangat sihat. untuk yang tengah berdiet tu, elok sangat pilih masakan ini sebagai menu diet harian korang. nak memasaknya pun sangat simple. jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:
  • bawang besar
  • bawang putih
  • serai ( dititik )
  • asam keping (2 atau 3 keping)
  • halia
  • ikan tongkol
  • air
  • garam dan sedikit gula
*caranya- rebuskan air hingga mendidih. masukkan semua bahan kecuali ikan. bila air rebusan dah mendidih, baru masukkan ikan tongkol. perasakan dengan garam dan sedikit gula.
bila dah masak, tutup api...siap dihidang. senang,kan?

haaa....satu lagi yang fiza nak kongsikan disini ialah sayur pak choy....eh, pak choy lagi? yer....sebab memang fiza gemarkan sayur pak choy ni. sama je resepinya dengan pak choy dalam entry yang lepas. tengok disini ye... cuma kali ni fiza tambah dengan smooth egg tofu. sedap sangat. dan persembahan yang ni lebih menarik...hehe. bila persembahan menarik, nak makan pun berselera,kan?



Pak Choy with Smooth Egg Tofu

bukan main lagi nama menu,kan? hehehe...ok la...itu je untuk kali ini. jumpa lagi di lain entry....

pankek

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

wah, begitu rajin saya ni memasak sekarang ye. hehe...hari2 pun memang kena rajin memasak. kalau tak berasap dapur tu, alamatnya anak2 bising la. cik suamiku pun akan bising jugak. eh, ye ke? tak la.... kalau saya tak masak, cik suami tak bising pun. yang akan bising Iwan dan Amniy.

so, today, i want to share with u alls satu makanan yang biasa korang makan. orang kampung panggil, lempeng. tapi, lempeng yang orang kampung buat tu, bahannya so simple. yang saya nak share ni, pankek. iwan dan amniy memang suka sangat dengan pankek yang umi buat. sedap katanya....yela, bagi anak2, mana ada makanan yang ibu buat tak sedap,kan? roti cicah milo pun sedap. janji milo tu ibu yang buat. tak guna bebel panjang lebar ni. jom kita layan bahan2 utk pankek ni.

bahan-bahannya:
- tepung gandum
- susu cair
- sebijik telur
- soda bikarbonat (sikit je)
-gula dan secubit garam
- air

caranya- campurkan semua bahan dalam satu bekas, dan kacau. sebelum tu, sebolehnya, telur tu dipukul dulu dgn garfu bagi kembang sikit. kacau adunan hingga sebati. lepas tu, boleh la masakkan kat kuali, kalau ada non-stick pan lagi bagus. cantik je nanti pankeknya. saya tak de non-stick pan, so, gunakan mana yang ada kat rumah jer.

nak tengok pankek yang saya buat? tak de la cantik mana.... tapi, sedap di makan. inilah dianya....

biasanya, anak2 gemar makan pankek ni dengan madu ini:


kadang kala, kalau kat rumah ada kismis, saya akan masukkan kismis dalam bancuhan pankek tu. sedap rasanya....ada rasa manis2 buah campur rasa masam kismis.

sekian utk entry kali ni. nanti kalau saya rajin nak sharekan resepi, saya updatekan kat sini, key...wassalam...

Wednesday, February 10, 2010

Kuih Gertas

Assalamualaikum....

pernah dengar tak nama kuih gertas. tak silap ni kuih zaman tok nenek kita dahulu. orang jawa panggil kuih kemplang. memang lucu kan nama yang orang jawa bagi? tapi, itulah hakikatnya. saya suka makan kuih ni. kuih turun temurun dari arwah nenek saya dulu, pastu umi saya yang ajar saya cara membuatnya. nak tahu rupanya macam mana? jeng,jeng,jeng......
:
:
:
:
:
:
:
:


haaaa....inilah kuih gertas tu atau pun kuih kemplang.
rasanya sangat sedap, bagi sayalah. tak tahu lah orang lain rasa macam mana.

korang nak tahu resepi kuih ni? boleh juga saya sharekan resepinya di sini. kot la ada yang nak cuba try test bila2 free,kan...

ok, bahan-bahan untuk kuih ni ialah:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu tepung gandum
  • sedikit nasi-tujuannya bagi kuih ni lembut je masa gigit...hehe
  • sedikit garam
  • air
cara membuatnya begini yer...:

  • satukan tepung pulut, tepung gandum, nasi dan garam dalam satu bekas.
  • gaulkan sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  • bancuh sampai bancuhan menjadi doh.
  • kemudian, bentuk-bentuk ikut suka. nak bulat ke, bujur ke, nak buat empat segi pun boleh.
  • perap seketika dalam sejam atau dua jam. tujuan di perap ni adalah....ketika kita gorengkan nanti, kuih ni tak meletup. kalau korang tak perap, terus je goreng, alamat jawabnya korang akan berperang la dengan minyak panas. tepung pulut ni akan menyebabkan kuih ni meletup-letup ketika dalam minyak panas. tu sebab kena perap dulu. ini petua orang lama.....
  • lepas dah perap tu, boleh la goreng.
  • dan setelah selesai goreng, bolehlah disira kuih tu sebagaimana korang menyira kuih keria.
p/s: nak tanya korang ni....korang pandai tak menyira kuih. kihkihkih! saya pandai menyira kuih setelah usia saya 28 tahun. terukkan? nak tahu tak cara menyira kuih? senang jer....

caranya begini..... masukkan sedikit air dalam kuali. jangan banyak sangat tau. agak2la.... bila air tu dah mendidih, masukkan gula dalam 2 atau 3 sudu. masakkan air dengan gula tu sampai agak likat. bila air gula tu dah likat, masukkan kuih gertas tadi dan gaul dengan cepat. tutup api....dan teruskan menggaul kuih tadi sampai gula tadi kering dan melekat dikuih tersebut. siap....senang,kan?

sapa nak mencuba, silakan....

Bubur Tepung Caca Marba!

petang tadi teringin sangat nak makan bubur. ku luahkan rasa teringin tu pada my lovely hubby. hubby kata, " nanti abang buatkan ye" wah seronoknya. then, lepas hubby balik dari surau solat asar, hubby pun terus masuk dapar bancuh tepung. dan inilah hasil air tangan my lovely hubby.



p/s: maaf, gambar kurang memuaskan...

yang bestnya, caca tu bukan beli kat kedai tau. hubby yang bancuh sendiri. nak tahu mcm mana nak buat bubur ni. ala...macam biasa gak. tapi, boleh la nak share resepi my lovely hubby ni....

bahan2nya:
untuk tepung caca
- tepung gandum
- pewarna merah dan hijau
- sedikit air
  • bancuh tepung dengan pewarna. buat 3 bancuhan tepung, tepung warna merah, hijau dan warna asal.
  • bila dah dapat doh yang korang rasa sesuai kelembutannya, gelekkan macam kita nak buat lempeng tu....pastu, bakar kejap atas kuali leper. jgn lama2 tau! nanti hangit pulak.
  • bila dah angkat, gunting2kan adunan tu macam nak buat kuih gunting. biarkan.
untuk bubur
- santan
- sedikit air
- daun pandan
- gula, ikut korang suka manis macam mana.
- secubit garam

  • panaskan sedikit air dalam periuk. jangan banyak sangat sebab nanti kita nak masuk santan. bila air dah mendidih, masukkan guntingan tepung tadi.
  • masukkan daun pandan sekali, gula dan secubit garam pun boleh masukan.
  • bila dah mendidih, baru masukan santan, kacau2 jgn sampai pecah minyak.
  • bila korang rasa dah masak, tutup api.
  • siap utk dihidang....
senang je,kan?

Wednesday, January 20, 2010

menu tengahari yang simple!

dari pagi memikirkan menu untuk tengahari ini...nak masak sesuatu yang mudah dan simple. nak masa ikan keli atau talapia? akhirnya..... inilah hasilnya....



Ikan Talapia Tumis Cili Padi

ikan talapia - digoreng

bawang merah
bawang putih
cili padi
*semua bahan di tumbuk, nak sedap tambah sedikit belacan. aku tak letak belacan sebab abang tak boleh makan....
sedikit asam jawa.

- tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau, letak asam jawa sikit. kacau rata.
- masukan air sedikit, kalau nak kering tak yah tambah air. kacau.
- perasakan dengan garam dan gula - secubit rasa je...jgn lebih2.
- masukan ikan talapia yg dah digoreng tadi. siap. simple,right?

sayur pak choi bersos tiram

sayur pak choi
sedikit carrot
sesudu jagung manis (dlm tin)
bawang merah
bawang putih
sos tiram

- bawang merah dan bawang putih ditumis dengan sedikit minyak.
- masukan sesudu sos tiram. kacau rata...
- masukan hirisan carrot.
- akhir sekali baru masukan sayur pak choi dengan jagung manis.
- tak perlu garam, sebab sos tiram memang dah masin. siap dihidang.

ikan talapia dalam pinggan kuning tu utk anak2, sebab tak pedas. sedapnya makan dengan nasi panas....nyum..nyum...nyum....

ok, that`s all.... nak cepat ni, nak pergi hospital teluk intan, melawat FIL yang sedang sakit.

Tuesday, January 12, 2010

kuih kasuwi

salam semua...
pagi tadi macam blur nak buat makanan apa. cadangnya nak buat kuih apam gula hangus. bila tengok bahan tak cukup
, cancelkan niat. fikir punya fikir....dapat pulak idea nak buat kuih kasuwi. bukan semua orang minat dengan kuih ni. maklumlah, kuih orang lama. btw, rasa macam nak share la ngan peng'follow' resepi kuih kasuwi..... sebelum tu, nak tunjuk la sikit hasil kuih kasuwi yang aku buat pagi tadi. tak dela cantik mana pun.....tapi, ok la. sedap.... ! tak de rasa kapur macam yang selalu aku beli kat luar.

kuih kasuwi yang baru dimasak. belum potong lagi sebab panas.

haaa...inilah kuih kasuwi yang sudah siap untuk dingap...!

bahan-bahan untuk membuat kuih ini:

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama.


caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

jangan lupa membaca Bismillah sebelum makan.....