Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Tuesday, August 09, 2011

Cerita Ramadhan Anak2 & Video Wardina

Salam Ramadhan Karim buat semua...
Setelah masuk Ramadhan ke-9 baru saya diberi kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Ujian datang tanda kasihnya Dia pada kita. (Alaaaa... sebeno eh, malas update. Macam2 la alasan, ujian la bagai... hehe :-)) Oh, ujian malas tu.... hehe.

Saya berpuasa bersama suami dan 2 orang anak lelaki. Alhamdulillah, setakat puasa ke-9 ni, semuanya berjalan lancar. Ikhwan belajar berpuasa pada usia 5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah pun 7 tahun pada 5 Ogos lepas. (sorry iwan, umi tak sempat buat post pasal birthday iwan. Umi sibuk sikit) Disebabkan hari lahir Ikhwan jatuh pada bulan puasa, jadi, tiada apa2 sambutan. Tengok la lepas raya nanti macam mana......

Ok, berbalik pada puasa anak2 saya, walaupun Ikhwan sudah berlatih puasa selama 2 tahun, iaitu pada usia 5 dan 6 tahun, tapi, tetap menjadi cabaran untuk dia berpuasa pada usia 7 tahun ini. Sebabnya, sessi persekolahan Ikhwan ada 2. Satu sessi pagi, untuk sekolah kebangsaan, dan sessi petang untuk sekolah agama. Aduhai.... rasa kesian dengan dia. Balik dari sekolah kebangsaan, merengek lapar, haus. Bila saya suruh dia minum, dia tak nak minum pulak. Sebabnya, dia tahu, kegembiraan yang akan dia dapat ketika berbuka nanti. Saya beritahu Ikhwan, "Umi tak paksa Ikhwan puasa, kalau Ikhwan tak larat, boleh buka. Umi cuma nak latih Ikhwan." Dia boleh terima sebenarnya, cuma, kadang2 tu memang terasa sangat la lapar dan dahaganya, habis satu rumah dia marah. 

Ni memang time tak de mood langsung..... langsung tak pedulikan umi. 
Mood lapar dan dahaga....

Amniy juga berpuasa tau. Umur Amniy 5 tahun. Setakat ni, 8 hari dia berpuasa, sebab puasa pertama tak dapat sertai, demam pulak dia masa tu. Ni sorang lagi anak umi dan abi..... masa hari pertama dan kedua Amniy menangis, merengek lapar, haus. Pantang tengok Sofie minum susu, menangis je dia. Tapi, bila saya minta dia buka, minum air, dia tak nak. Sekarang, Alhamdulillah..... dah masuk Ramadhan ke-9 ni, nampak dia semakin kuat. Tak kisah pun Sofie dan Hijaz makan keropok ke, minum air sirap ke..... Dia tak peduli langsung. Cumanya, dia cakap. "Umi, tengok Sofie dgn Hijaz ni, langsung tak homat orang posa." Hahahaha.... lawak sangat si Amniy tu. Tapi, memang saya tabik spring kat dia dengan kekuatan yang dia ada.

Mood baik je walaupun berpuasa....

Saya sebenarnya, nak share sesuatu denga semua. Mungkin ada yang telah melihat klip ni, mungkin ada yang masih belum tengok. Video Wardina Safiyyah berkongsi cerita bagaimana mendidik anak berpuasa.



Bila saya tengok video ni, rasa macam kecilnya usaha saya mendidik anak. Saya rasa Wardina ni ibu yang sudah berjaya mendidik anak. Huhuhuu..... tak pe, belum ketinggalan ok! Jangan berputus asa. Kita pun ada usaha kita sendiri. Yang penting kita berusaha mendidik anak kita menjadi Muslim Unggul yang berkualiti.

Sekian untk kali ini.... SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN!!!!!

Tuesday, September 07, 2010

Last minute enty before Hari Raya!

Beberapa hari terpaksa lupakan blog ini. Tapi, memang tak boleh lupa la...rindu weh...rindu dengan blog ni. Rindu nak blogwalking.... Lagi pun sedih....Ramadhan akan tinggalkan kita.... :-(

Okeh! Ini projek last minute saya dengan cik suami dalam minggu ni. Minggu last raya ni, dalam masa 3 hari, kami dapat buat 6 jenis biskut raya. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun pertama kami membuat biskut raya sendiri. Tahun2 sebelum ni, biskut raya semuanya tunjuk saja....beli le...hehe. Tahun ni, saja nak rasa air tangan sendiri. Hasil...wallah.... cantik gitu. Sangat perasan dak Fiza ini ye.
Saya peminat tart. So, saya mencari aneka resepi tart untuk dicuba. Tak sangka juga, saya dan suami terchenta boleh hasilkan 3 jenis tart yang berlainan. Untuk gambar pertama tu, Tart Tuna. Sangat berbeza dari tart2 sebelum ni. Resepinya dapat di majalah Rasa. Rasa tart ini sangat sedap dan enak. Dan FYI, tart tuna ini telah dihasilkan oleh cik suami saya 100% tanpa bantuan saya, ok! Sangat berbangga mendapat suami seperti dia...oh, I love u, dear!

Untuk gambar kedua pula, ialah Tart Sekundang. Isi dalam tart ini, jem nenas. Sedap juga rasanya, cuma saya masih tak puas hati sebab belum lagi dapat menghasilkan tart yang gebu. Apa ye rahsia tart gebu ni? Apapun, rasa tart sekundang ni, sedap sekali. Resepi ini juga saya dapat dari majalah Rasa.

Gambar ketiga tu pula Tart Coklat. Satu inovasi yang sedikit lain dari yang lain. Ok, resepi asal tart ini saya minta dari dari Atun. Tq Atun, sorry, akak ubah filling. Heheh..... Asalnya, nak letak jem nenas, tapi, masa buat tart ni, jem nenas belum beli. Kebetulan ada coklat kat rumah. Saya gaulkan coklat yang agak cair  dengan kacang tumbuk untuk dijadikan filling tart itu. Rasa...jangan cerita la. Saya telah makan tart itu untuk korang semua, ok!

Selain 3 jenis tart kat atas tu, saya juga dengan amat rajinnya membuat 3 jenis kuih lain. Mari kita lihat,ok!
Gambar pertama, tau dah, mesti korang agak itu ialah cornflakes madu,kan? Hahahaha....salah! Itu bukan cornflakes madu ye. Jangan tak percaya, itu ialah belinjau madu. Tahu tak belinjau? Alaaaa....emping belinjau. Sejenis keropok, yang kita goreng dan rasanya lemak2 pahit gitu. Setengah orang tak gemarkan keropok belinjau ini. Tapi, bila keropok belinjau ini dijadikan belinjau madu, rasanya.....uuummpphhh! Kalah cornflakes madu tau! Anak saya, Ikhwan yang tak suka makan keropok belinjau, bila dia rasa belinjau madu tu, terus jatuh chenta ok! Cara buat, sama je dengan cornflakes madu.

Gambar kedua tu, macam biasala....Biskut Arab. Saya sukakan biskut arab ni, sebab rasanya yang macam susu,kan? Nak buat pun mudah.....

Gambar ketiga tu pula, Peanut Butter Mazola Cookies. Resepinya sama je macam nak buat biskut mazola tu, cuma dalam adunan tu saya campurkan dengan peanut butter. Rasa pun lebih sedap, lembut jer.....

Ok, tu je la kot untuk entry kali ini. Last entry before hari raya, esok...saya akan pulang ke kampung. Jadi, saya tak akan dapat berinternet, tak dapat berjumpa blog....huhu. Sedihnya... Tak pe, lepas balik berhari raya di kampung, saya balik semula ke sini. Kita akan bercerita lagi pelbagai kisah raya pulak.

Saya sekeluarga mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MINAL `AIDIL WAL FAIZIN. KULLU `AMMIN WA ANTUM BIKHAIR..... buat semua pembaca blog saya ini. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna. Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Selamat tinggal Ramadhan, pemergianmu kami rindukan. Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang. 

Friday, August 27, 2010

Penuhi permintaan tekak budak tak posa!

Buat pertama kalinya, dalam bulan Ramadhan tahun ini, saya memasak, bersilat di dapur pada waktu tengahari. Aduh...malu sungguh pada jiran2 kiri, kanan dan belakang. Eh, rumah belakang kosong la..... adeh! Malu seh...siap bertumbuk bawang bagai guna lesung batu. 

Ini semua gara2 memenuhi permintaan tekak budak tak puasa. Budak baru nak baik demam, suhu badan pun orang kata masih dedo lagi....tekak pun macam nak makan sesuatu agaknya. Kebetulan nasi memang tak ada la, sebab saya dan suami terbangun lewat untuk bersahur pagi tadi. Bangun2 jam sudah menunjukan pukul 5.30 pagi. Di surau pun sudah mengaji....jadi, kami berdua hanya sempat minum oat sorang semug. So, tak masak nasi ler.....

Demi memenuhi permintaan budak berdua tu, saya masak jugaklah di waktu tengahari Ramadhan. Tebalkan muka, pekakkan telinga....maka, terdengarlah kelentang-kelentung sudip dengan kuali berlaga.... Malu umi, iwan, amniy...korang ni, memang saja je tau!


Benda ni la yang saya sibukkan di dapur pada tengahari Ramadhan.

Tapi, bila dah siap semuanya, Iwan masih tak berselera nak makan. Mulut pahit katanya. Amniy pun sama. Ish, saja je korang suruh umi bersilat kat dapur tadi...lastnya, makan sikit je.

Sofie pulak demam hari ni,korang.... Masalah besar betul kalau Sofie demam ni. Nantilah, saya buat entry pasal Sofie pulak ye. Tak boleh lama2 depan PC ni, Sofie minta perhatian lebih.

Monday, August 23, 2010

Dugaan Ramadhan

Banyak saya nak cerita....pasal Sofie, pasal Ikhwan.... Tapi, saya cerita pasal Ikhwan dulu la....

Saya bercita-cita, berazam dan berniat sejak dari bulan Rejab dan Syaaban lagi mahu melihat Ikhwan berpuasa penuh 30 hari pada Ramadhan tahun ini. Namun segalanya berubah bila minggu lepas Ikhwan melepaskan 1 hari berpuasa kerana tidak bersahur. Dan pada minggu ini, sudah 2 hari Ikhwan terlepas berpuasa kerana Ikhwan demam. Sedih juga hati saya kerana cita2 saya tidak kesampaian. Saya tak suka memaksa. Saya ni jenis memaksa ke? Kejam ke saya? Tak la.... Ikhwan sudah berumur 6 tahun, sudah sampai masanya saya melatih dia untuk tunaikan rukun Islam ini.

Kadang2 saya merasakan Ikhwan demam berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Saya mula menyalahkan diri saya sendiri. Saya menyuruh dia berpuasa, menyebabkan dia kekeringan. Masa berbuka, Ikhwan tak banyak makan macam hari2 biasa. Semasa bersahur juga dia makan sikit sangat . Minum air pun sikit je. Sudah di suruh minum air banyak pun tak mahu. Jadi mungkin sebab itu dia demam dan batuk. Dan lagi satu, Ikhwan jenis lasak sikit. Walaupun berpuasa, waktu petang, sementara menunggu waktu berbuka, dia main bola kat luar dengan kawan2. Kadang2 waktu tengahari pun nak main bola kat laman rumah dengan Amniy. Uminya ni selalu bising suruh dia rehat. 

Tapi, kenapa saya menyalahkan diri sendiri. Niat saya mahu melatih dia. Melatih dia merasa kesusahan yang ditanggung oleh insan2 yang tak punya makanan dan minuman. Dia mengerti, walaupun letih melayan segala pertanyaan dia tentang puasa. Saya dan abi Ikhwan sering kali memberitahu Ikhwan ganjaran yang Allah berikan bagi orang sabar berpuasa. Selalunya, pertanyaan Ikhwan macam dia tak puas hati je kenapa kita kena berpuasa. Maklumlah...pertanyaan budak berumur 6 tahun yang ingin mengetahui segala macam. Abi Ikhwan rajin melayan. Saya pun kena rajin melayan sebab nak bagi semangat dan motivasi pada dia. Setakat ini, alhamdulillah, segala apa yang kita terangkan dia mengerti...... 

Saya amat berharap, Ikhwan cepat sembuh dan boleh sambung tunaikan rukun Islam ketiga ini. Insya Allah....


p/s: kalau ada masa, nanti saya cerita pasal Sofie pulak...dengki sungguh masa dengan saya...huhuhu. Terma kasih pada yang sudi membaca setiap post saya. :-)

Saturday, August 21, 2010

Cerita Ramadhan ke-11

Salam Ramadhan,
Tak sangka ye, dah 11 hari kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Hari-hari kita berpuasa, mencari sebanyak mungkin pahala di bulan penuh mulia ini. Sesungguhnya, semakin hari semakin merasa seronok untuk melakukan ibadah. Semoga Allah terima ibadah kita semua.

Sabtu saya sekadar di rumah, bersama keluarga. Bermesra dengan suami dan anak-anak. Suami pula kebetulan memang free, jadi, menghabiskan masa bersama keluarga memberi makna yang lebih dalam kehidupan. Susah sebenarnya mencari masa yang betul2 berkualiti bersama keluarga. Jadi, masa yang ada telah digunakan sebaik mungkin.

Saya pun sebenarnya tak tahu nak update apa dalam entry kali ni. Nak cerita tentang apa lagi yer....Oh ye, nak cerita pasal Amniy. Hari ni, sungguh-sungguh tak sangka, Amniy berpuasa sampai pukul 6 petang. Syabasssss!!!!! Lagi pun dia puasa secara tak sengaja. Bila dah jam 6 petang, dia betul2 tak boleh tahan diri dah. Lagipun Amniy memang tak sahur. Saya sebenarnya dah larang dia dari berpuasa. Tapi, sebab tengok kawan sebelah rumah pun puasa, dan bermain bersama dari pagi sampai petang, dia jadi lupa pada susu, makanan dan minuman.

Tertungguh-tunggu juga saya, bilalah budak ni minta susu? Dari pagi, sejak bangun tidur langsung tak menyusu. Asyik bermain...maklumlah, abangnya pun bercuti. Apapun, saya sangat bangga dia dapat berpuasa sampai jam 6 petang hari ini. Tak tahulah esok bagaimana.... sama ada dia mahu berpuasa atau tidak. Tengok je la...

Meh tatap gambo budak yang berpuasa sampai jam 6 petang pada Ramadhan ke-11

Ok, itu je update malam ni. Sorry semua, hari ni saya tak sempat nak ziarah blog semua kawan2. Nanti saya cari waktu. Jangan risau,ok!

Friday, August 20, 2010

Kisah puasa anak

Salam Ramadhan ke 10.....
Sudah selesai berbuka puasa untuk hari ke-10 ini. Alhamdulillah, rezeki melimpah2 ke atas kita. Jangan lupa ye, mengucapkan syukur tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Kaya, memberi kita rezeki tak putus2. Untuk buka puasa tadi, saya berbuka dengan sesuatu yang sangat2 saya gemari. Hehehe...amatlah seronok bila dapat benda tu.

Tengahari tadi, sewaktu suami berada di sekolah, saya sms cik suami saya. "Hari ni amatlah teringin nak berbuka nasi beriyani kambing." Si dia membalas, "bisa diatur!" Hehehe...berbunga hati saya. Dan untuk pertama kalinya kami membeli juadah berbuka tadi. Sangatlah lazat dan enak. Minuman untuk berbuka pula, cik suami buat air carrot susu (1 jug), air sirap pandan soda (1 botol) dan minuman hot chocolate coffee (1 jug). Untuk pengetahuan, semua jug yang dimaksudkan bersaiz kecil sahaja yer.... hehe. 

Nasi beriyani kambing
Gambar dari sini

Ok, itu cerita waktu berbuka saya... Yang nak ceritakan sekarang ialah cerita anak-anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Ikhwan, setakat hari ini, baru dapat berpuasa 9 hari penuh. Alhamdulillah! Walaupun tak cukup sehari dari orang lain, saya berbangga dengan dia kerana dia berusaha menahan diri dari lapar dan dahaga. Saya mula melatih dia untuk berpuasa sejak dia berusia 5 tahun. Tapi, semasa 5 tahun, dia tak puasa penuh pun. Cuma dapat 15 hari je. Itu pun saya dah cukup gembira dan seronok. Saya ada juga nak mula melatih dia pada usia 4 tahun. Tapi, masa tu dia terlalu kecil dan tak tahan. Kesian jugak nak paksa2 ni.

Saya perlu berhadapan dengan pelbagai karenah Ikhwan ketika siang hari. Saya cuba melayan segala kemahuan dia selain dari makan dan minum. Biasalah, bila tengahari pulang dari sekolah, pasti dengar rengekan dia..."umi, nak minum"....."umi, lapar"...aduhai, macam2 kehendak dia. Tapi saya cuba memujuk dia. Ajak dia masuk bilik mandi dan mandi supaya segar. Itulah yang selalu saya buat. Lepas mandi je, langsung tak dengar rengekan dia lagi. Saya akan benarkan dia melayari internet....melihat apa sahaja kartun yang dia nak lihat di internet, bermain apa sahaja game secara online. Dan, apa yang dia mainkan selalunya saya pantau. Alhamdulillah, dia pandai memilih bahan untuk ditonton. Saya sudah ajar dia mana yang boleh diklik, mana yang tak boleh. Selalunya, dia akan memilih untk menonton youtube nasyid dan doa kanak-kanak islam.

Untuk rekod, berat badan anak bujang saya yang sulong ni, dah turun sebanyak 5 kg tau dalam masa seminggu dia berpuasa. Saya ulangi.... 5 kg,ok! Sebelum berpuasa berat dia 35kg, selepas seminggu berpuasa turun jadi 30kg. Wah...wah...wah...kalaulah berat badan umi boleh turun macam tu, kompom, abi Ikhwan tak pandang orang lain. Eh, sekarang pun tak pandang sesapa la....hehe. Saje je nak timbul kontroversi,ok! :-)  :-)

Ini gaya seorang budak yang sedang berpuasa keletihan tidur di depan pintu rumah selepas bosan melayari internet. Aci letak kepala je kat mana2 yang dia suka....dan.....zzzzzzzz.

Kisah anak kedua saya, Amniy. Aduhai....budak sorang ni amat-amat menguji hati saya dan cik suami saya. Memang selalu sangat dia menguji kesabaran kami. Anak kedua kami ni lain sikit perangainya. Ada perangai dia tersendiri yang membuatkan saya hengen satu badan,ok!. Mungkin dia anak kedua....macam2 perangai, sehinggakan ada topik yang membincangkan tentang sindrom anak kedua ni. Huhuhu....saya berharap sikap dia  yang 'baik ' ini akan berubah menjadi betul2 anak yang soleh. 

Konon2 si Amniy nak berpuasalah kan. Tetiba jam 12 tengahari...."umi, nak susu. Nanti sambung puasa". Amboi...banyak cantik! Dah minum susu tu dikira tak puasa la nak oi! Setiap hari begitu. Setiap malam, sebelum tidur, dia ingatkan saya supaya kejutkan dia, nak bersahur. Kadang2 je dia bangun. Selalunya tak bangun pun. Sahur dia pukul 8 pagi,ok! Dan setiap malam sebelum tidur juga dia ikut saya dan abangnya membaca niat puasa. Niat puasa dah hafal tau! Cuma puasa je belum lepas lagi.

Minta minum susu dalam botol, terpaksa menyorok dari abang Iwan. Sian kalau abang Iwan tengok Amniy minum. Umi dah suruh minum dalam bilik, nak jugak menyempit tepi sofa.....

Amniy mula berpuasa mungkin umur 5 tahun nanti la.... Kesian jugak tengok dia berpuasa setengah hari. Terjelepuk je kat sofa. Muka pula masam mencuka, mulut tak renti-renti merengek minta susu. Letih gak la melayan.

Ok, itulah kisah anak2 saya berpuasa. Seronok sebenarnya bila kita berjaya melatih anak kita berpuasa dari kecil ni. Senang, bila dah besar nanti, tak perlu kita nak paksa2 mereka. Sendiri sudah mengerti tanggungjawab masing2. Lagipun mereka sudah belajar rukun Islam di sekolah, jadi praktik dalam diri tu lebih mudah.

Tuesday, August 17, 2010

Saje je saya nak bebel, boleh tak?

Sudah seminggu kita menyambut Ramadhan yang mulia. Rasa sangat2 gembira menempuh Ramadhan. Cuba jadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir kita, tapi dalam masa yang sama kita panjangkan doa semoga kita boleh bertemu Ramadhan akan datang. Mudah2an Allah perkenankan doa kita untuk bertemu Ramadhan akan datang bersama ahli keluarga kita. Amin....

Puasa anda bagaimana? Amalan di bulan penuh barakah ini bagaimana pula? Semoga semuanya baik-baik sahaja, dan semoga kita semua beroleh rahmat Allah berlipat kali ganda. Saya sendiri sudah masuk 3 hari tertinggal puasa. Uzur la katakan. Kadang2 rasa rugi, tapi semuanya Allah yang tentukan. Pahala yang kita peroleh bukan sahaja melalui bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran. Malah segala amalan baik yang kita lakukan ikhlas kerana Allah Ta`ala, Allah akan beri ganjaran berlipat kali ganda. (Tapi, dapat ke saya kejar khatam al-Quran dalam bulan penuh rahmat ini? :-( )

Suami saya berpesan, wanita amat mudah masuk syurga selagi kita taatkan perintah Allah dan Rasul serta taat perintah suami. Jadi pada bulan Ramadhan ini, walaupun kita tidak berpuasa kerana uzur, kita masih boleh melakukan ibadah. Menyediakan juadah berbuka (tapi, juadah berbuka keluarga saya disediakan oleh suami terchenta. Bagaimana tu? :-)), menyediakan makanan sahur, melayan anak2, mengurus rumahtangga, dan banyak lagi. Tak semestinya ibadah2 khusus sahaja kita boleh peroleh pahala Allah. 

Menyusukan anak pun dikira ibadah tau kalau kita buat ikhlas Lillahita`ala..... seronok,kan? Menyusu anak sambil berbaring2 dengan anak, kita dah boleh dapat pahala Allah. :-) Apalagi sambil2 menyusu tu kita baca buku2 yang bermanfaat dan penuh ilmiah ke, atau mulut boleh berzikir sambil tidurkan anak.... (peringatan buat umisofie juga ni, sebab saya ni tiap kali menyusukan anak, sambil berbaring, mesti saya pun lena sekali...adeh!)

Budak tecik yang suka bergantung dengan umi, dan penaman saya ketika saya menyediakan sahur di pagi hari.... hehe.

Kadang2 waktu berpuasa ni, kita rasa sedikit malas dan tak bertenaga. Lebih penat melayan karenah anak. Penat tau! Lagi2 anak lelaki saya yang bongsu tu amat kuat menyusu. Asyik nak bergantung. Jadi, belum pun sampai tengahari perut dah berdondang sayang. Nak buat macam mana,kan? Kena harung dengan sabar. Di situlah juga letaknya kunci kesabaran kita sebagai ibu. Paling menguji kesabaran, bila tengah2 menyusukan si kecil, anak lain minta perhatian. Nak minta buatkan susulah, nak basuh montot sebab poo-poolah, kang belum masuk bab tersepit kat bawah meja tak boleh nak keluar, belum lagi si gadis kecil saya yang dah laju mengesot ke dapur menyelongkarkan tong sampah......kalau tak difikirkan sabar, mau menjerit juga saya ni tau. 

Satu hal lagi, bila menjelang tengahari, si abang sulong balik sekolah, merengek kata "umi, lapar la...." "umi, haus, nak minum." hari ni penat la, umi". Macam2 lagi gaya dia pujuk uminya ini minta kesian sebab nak buka puasa. Memang masa tu peranan kita untuk memujuk sangat2 perlu. Kalau tak kena gaya, mau goyah iman si anak. Anak sulong saya, Ikhwan, baru dapat berpuasa 6 hari. Masa di kampung, dia tak berpuasa sebab tak bersahur. Saja la tu, ambil kesempatan dengan nenek. Mengada sungguh! Tak tercapai cita-cita saya melihat dia berpuasa penuh 30 hari. Saya jadi cair hati bila nenek Ikhwan pun kesian tengok Ikhwan berpuasa..... Macam mana nak buat?

Ok lah....panjang pulak bebelan saya pada entry kali ini. Ini entry saja2, hilangkan boring, di waktu orang boleh bersolat tarawikh, saya menghadap PC meng'update' blog ini. Maklumlah...uzur! Hehehe....So, jangan boring dengan bebelan saya yer.... See u! Wassalam!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan tanpa TV :)

Salam 1 Ramadhan 1431H..... Sudah bermula Ramadhan hari ini. Sangat pantas masa berlalu. Ramadhan tahun lepas, saya sedang sarat mengandungkan Hijaz Muhammad, tup...tup..., Ramadhan tahun ini saya punyai 4 orang anak, Hijaz pun sudah 10 bulan. Alhamdulillah. Rezeki Allah masih ada buat keluarga kami.

Ramadhan kami sekeluarga tahun ini tanpa TV. Erk...TV? Penting sangat ke TV dalam kehidupan? Penting juga sebenanrnya. Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi dari TV. Sudah hampir 3 bulan rumah kami tanpa TV. Huhuhuuhuhu......amatlah bosan! Hidup dari kecik sampai la ke besar TV sentiasa ada. Tiba2 tahun ini kami tak berTV. Sebabnya, TV kami yang besar dabak berbentuk kotak tu dah rosak. Dah hantar 2 kedai, tapi mereka tak mampu nak betulkan TV kami. Alasan yang sama kedua-dua kedai, "spare part TV ni dah tak de sekarang". Akhirnya, kami terpaksa akur yang TV kami tu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang orang pakai TV nipis2 tu la...mana ada lagi TV berbentuk kotak tu. Tengokla nanti, kiranya ada rezeki, akan kami sambar sebijik TV nipis..... :)

Bila dah tiba Ramadhan ni, hidup tanpa TV terpaksa kami teruskan.... Macamla bila tak ada TV Ramadhan tak boleh nak teruskan.  Ikhwan dah bising... "umi, macam mana nak buka puasa. TV tak ada." Adeh anak aku itu....macam la kita ni nak berbuka dengan TV. Sebab dia cakap macam tu, petunjuk dia waktu berbuka hampir tiba ialah iklan2 berbuka kat TV. Kalau ada iklan Celcom ke, iklan air2 yang mengiurkan ke, atau ada pengumuman masuknya berbuka puasa, itulah saat yang dia tunggu2kan. Jadi, buat anak umi, Ikhwan....tahun ini, petunjuk berbuka puasa kita ialah azan di surau. Faham!

Untuk akhir kata hari ini, saja saya papar gambar2 Ikhwan ketikan bersahur pagi tadi. Gambar pertama tu, muncung je dia sebab kejut dia bangun tido. Biasa la moody bangun tido ni. Kita masa kecik2 dulu pun cam tu jugak, ye tak? Hehehe..... Hari ni Ikhwan bersahur makan roti sandwich telur je. Itu permintaan dia. Tak mahu makan nasi. Tengoklah, berselera sungguh dia makan roti tu,kan.... selamat berpuasa ye Ikhwan. Sebelum Ikhwan pergi sekolah tadi, macam2 pesanan umi untuk Ikhwan.....ntah Ikhwan ingat, ntah tidak.

Ok, that`s all 4 today. See u all in the next entry....... SALAM RAMADHAN PENUH BARAKAH. SEMOGA KITA BERJAYA MENGHARUNGI RAMADHAN HARI INI DENGAN PENUH RASA KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH. AMINNNNN!!!!!!!

Saturday, August 07, 2010

Kenangan Ramadhan lalu

(Entry syok sendiri kot ni....hehe)

Minggu depan dah nak masuk Ramadhan. Sangat seronok menanti bulan ibadah ni. Masa ni setiap amalan, perbuatan baik kita di kira ibadah. Menyusukan anak satu ibadah, melayan karenah anak penuh sabar satu ibadah, layan suami lagi la satu ibadah, belom lagi solat, baca al-Quran, berpuasa, berselawat, berzikir menyebut nama Allah, dah tentu ibadah,kan? Seronok sangat....bulan Ramadhan boleh tambah pahala kita yang kurang ni. Saya sangat2 excited dan tak sabar menanti saat Ramadhan tiba.

Bercerita tentang ramadhan, saya ada beberapa pengalaman yang saya tempoh dalam bulan Ramadhan. Semuanya bersangkut paut dengan anak2. Pengalaman itu sungguh bermakna dalam hidup saya. Mari imbas kembali:

Ramadhan (2008)
Pada tahun itu, Ramadhan, Sofie berusia 8 bulan. Namun, saiz Sofie tidak seperti bayi 8 bulan. Sofie umpama bayi baru lahir. Berat Sofie waktu itu hanya dalam 3 kg sahaja. Mendukung Sofie juga umpama bayi baru lahir. Saya menempuh permulaan Ramadhan di hospital bersama Sofie. Sofie admitted ward kerana broncholitis. Abisofie juga menempuh permulaan Ramadhan bersendirian di rumah tanpa saya. Sedih....jgn kira la. Saya bersahur sekadar minum air bersama roti sahaja. Tiada nasi. Jadilah sekadar mendapat berkat bersahur. 

Saya kurang sedih kerana ramai di wad itu yang senasib dengan saya. Berpuasa di hospital, kerana masing-masing menemankan anak yang sakit. Menempuh hari siang di hospital sungguh bosan. Apa lagi yang mampu kita buat selain temankan anak, tidur, menanti kehadiran ubat2an, menanti kedatangan doktor untuk memeriksa anak.... sangat2 bosan. Tapi, masa tu hati perlu ikhlas. Setiap aktiviti kita di kira ibadah. Allah akan kira setiap apa yang kita lakukan. Jadi setiap keboringan dan kesedihan bertukar menjadi seronok dan gembira. 

Tiba waktu berbuka puasa, saat yang saya paling tunggu2. Masa ni abisofie ada untuk bersama kami. Pihak pengawal keselamatan memberi kelonggaran bapa-bapa pesakit untuk berbuka puasa bersama ibu pesakit. Jadi suami saya mengambil kesempatan ini untuk berbuka bersama saya. Abisofie membawa makanan dari rumah. Percaya atau tidak setiap makanan abisofie masak sendiri, dan ada juga beli sikit2. Walau berbuka di hospital, hati tetap gembira sebab dapat berbuka dengan suami tersayang. :D

Saya dan Sofie berada di hospital pada waktu itu selama 14 hari. 6 hari berpuasa di wad.....dan bila doktor bagi Sofie balik, saya yang paling gembira. Tak sabar menunggu berpuasa dan berbuka di rumah sendiri.

Ramadhan (2009)
Ramadhan tahun tu, saya tak berpuasa di hospital. Sangat2 berharap dan berdoa Sofie saya tu sihat selalu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Sofie sihat...ada juga waktu dia sakit, tapi tak teruk. Kebetulan pula saya waktu tu mengandungkan Hijaz, dah agak sarat juga..... Yang menjadikan saya rasa sedikit tercabar bila tengah2 mengandung ni kita nak menjaga anak kecil lain pula. Anak lain belum kira lagi....

Tapi, memang sangat2 teruji kesabaran, dah la sarat mengandung, karenah anak, badan tak kuat....untuk maklum, setiap kali tiba waktu berbuka, cik suami tersayang lah yang menyiapkan persiapan. Sebab bila tiba waktu petang saya jadi sangat2 lemah. Tak boleh nak bangun, kaki longlai, tangan mcm tak boleh nak angkat. Maklumlah.....ibu mengandung. 

Tapi, untuk makanan sahur, sayalah yang sediakan. Tak kanlah dia nak buat juga,kan? Sungguh tak patut.... :)

Saya berharap sangat, Ramadhan tahun ini saya dapat tempuh dengan penuh sabar. Saya ada anak kecil 2 orang, anak besar 2 orang, besar pun tak berapa besar sangat. Belum bulan Ramadhan pun saya dah rasa betapa penatnya saya. Semoga Allah membayar segala kepenatan saya dengan ganjaranNya. Jangan banyak merungut ye Fiza....!!!! Tu sebab saya selalu berharap ada pertolongan dari suami saya, nak-nak saya menyusukan anak sepenuhnya. Tentu badan saya akan bertambah lemah menjelang waktu petang. Perlukah saya ambil apa2 supplement utk memberi tenaga lebih dalam bulan Ramadhan ini? Mungkin....nanti saya fikirkan supplement apa yang patut saya ambil. Abang, tolong yer.... Dan paling saya berharap, janganlah menempuh bulan Ramadhan di hospital lagi. Tak sanggup rasanya..........

Semoga Allah panjangkan umur kita menempuh bulan Ramadhan penuh barakah ini...