Showing posts with label BUKU. Show all posts
Showing posts with label BUKU. Show all posts

Monday, May 09, 2011

Cerita pasal buku & Amniy

Assalamualaikum.....

Semalam berjalan2 di Tesco sambil mencari beberapa barang keperluan rumah dan anak2. Biasalah, kalau ke Tesco, wajib ambil beberapa buah buku untuk tambahkan bahan bacaan anak2. Memang dah jadi satu kebiasaan membeli buku cerita anak2 setiap bulan. 1 bulan 1 buah buku sudah cukup. 

2 buah bacaan tambahan untuk Ikhwan dan Amniy
Macam biasa, buku pilihan saya adalah keluaran Ladybug, koleksi 16 buah cerita dalam satu buku. Harga yang sangat berpatutan dan munasabah. Ada juga anak2 memilih buku cerita seram, tapi... sorry. Saya tak benarkan. Biarlah di usia kecil ini mereka biasa membaca buku cerita moral dan pengajaran, daripada cerita2 yang tiada faedah. Kannnn.... :-)

Buku latihan Matematik Amniy
Amniy sudah bosan membuat kerja2 Matematik yang melibatkan tiru garis putus2, mengira 1, 2, 3, 4, hingga 100. Dia mahu belajar Matematik dengan subjek yang sedikit mencabar. Jadi, saya belikan buku Addition and Subtraction for Beginners. Emmmm... ok juga buku ni. Pengenalan kepada kaedah tambah dan tolak untuk anak saya yang tidak bersekolah itu. Dah mula pun membuat latihan dalam buku itu. Sedikit mencabar juga minda si Amniy.... tapi, saya tetap bersama dia untuk memberi tunjuk ajar. 

Leka membaca buku cerita
Satu hal lagi, si Amniy sangat bersemangat membaca buku cerita baru. Baru beli semalam, hari ini dah habis 5 buah cerita dia tamatkan. Suka betul dia membaca buku cerita. Saya nampak, anak saya ni, sangat suka mengisi masa terluang dengan membaca. Tapi, biasa la.... bermain masih no.1. Dan hari ini, saya sendiri pelik, saya tanya dia, "Amniy tak nak main games?" Dia jawab, "Nanti la mi, nak habiskan buku ni." Eh, selalunya, pagi2 je, kalau saya buat kerja rumah pasti komputer menjadi menu utama dia. Mentang2lah buku baru..... Saya pun syok je la online tanpa gangguan si Amniy. Kalau tak, asal saya online je, dia pun sibuk la.... nak tgk youtube boboiboy la, nak tgk hantu mak limah la..... aduhai!

Chaiya la Amniy! Harap2 Amniy dapat jadikan amalan membaca sebagai ruang untuk mengisi masa lapang. :-)

Wednesday, March 30, 2011

Koleksi Ladybug Anak2

 Ini entry ketika saya merasakan amat malas untuk berfikir.... entry santai!

Sekadar perkongsian.... Saya amat gemarkan buku terbitan Ladybug. Koleksi tu tak de la banyak mana. Tapi, bolehlah buat bacaan anak2. Dan memang koleksi dari Ladybug ini banyak untuk bacaan dan tatapan kanak-kanak. Setiap bulan, ada saja buku dari terbitan Ladybug yang saya beli. Sekurang2nya sebuah buku.

Antara koleksi yang ada, untuk anak2 semuanya.....
 Kenapa saya suka belikan anak2 buku terbitan Ladybug? Kerana:

1. Cerita kanak-kanak yang mudah difahami

2. Pembahagian suku kata diwarnakan dengan warna merah dan hitam bagi memudahkan kanak2 yang baru belajar membaca mengukuhkan bacaan mereka. Amat bagus untuk Amniy!

3.Ilustrasi yang amat-amat menarik dan berwarna-warni. Sangat-sangat sesuai untuk merangsang otak bayi dan kanak-kanak. Ibubapa pun terpesona!

4. Bagi buku cerita yang berkaitan dengan sains, siap dilampirkan sekali fakta sains untuk ibubapa menerangkan kepada anak2 kenapa sesuatu kejadian itu berlaku, habitat dan tabiat haiwan dan sebagainya.

Sehinggakan buku latihan Amniy di rumah pun saya mencari buku terbitan dari Ladybug ini.

Ok, semoga berjumpa lagi di lain entry... dan semoga bermanfaat!

Tuesday, March 16, 2010

~Buku Ajar Anak Membaca~

Seminggu saya tak berinternet, aktiviti saya banyak saya habiskan bersama anak-anak. Salah satu aktiviti yang saya lakukan adalah mengajar anak kedua saya, Amniy membaca. Sebenarnya, saya ingin melarikan sedikit fikiran saya dari terus berfikir berkaitan pembedahan Sofie. Seringkali saya menghitung hari....tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi Sofie akan dibedah. Demi menjaga minda yang sihat saya penuhi aktiviti saya dengan menjadi guru yang garang kepada anak teruna saya yang berumur 4 tahun. Hehe...garang? Ya....sudah pasti, saya ni guru yang garang kepada anak saya, garang berkasih sayang.

Buku yang saya gunakan untuk mengajar anak saya membaca adalah....


Semasa anak sulong saya, Iwan berumur 3 tahun, buku inilah yang saya gunakan untuk mengajar dia membaca. Iwan dah kenal huruf ketika itu. Jadi, mudah bagi saya untuk mengajarnya, dan alhamdulillah, umur 3 tahun setengah Iwan dah boleh membaca...sekarang umur Iwan dah 6 tahun. Lancar sangat bacaannya. Malah, surat khabar tulisan kecil pun dia boleh baca. Tapi saya tak galakkan, sebab surat khabar tulisannya kecil sangat. Tak elok untuk matanya......

Sistem dalam buku tersebut adalah sistem sukukata. Kenalkan bunyi vokal dahulu, baru gabungkan antara bunyi konsonan dan bunyi vokal. Masa di universiti, ini adalah bidang saya. Jadi, alhamdulillah, saya tiada masalah untuk mengajar anak. Malang sekali bagi anak kedua saya, Amniy. Amniy tak berminat dengan buku ini. Mungkin juga buku ini sudah agak lusuh, jadi saya agak mencabar sedikit mengajar Amniy menggunakan buku ini.

Sebagai penggantinya, my lovely hubby telah membeli satu set buku yang lain untuk Amniy. Sistem buku ini agak bagus juga, cuma sedikit lambat kerana buku Kalam 1 merupakan pengenalan kepada abjad dan mengajar anak kuasai abjad tersebut. Memandangkan Amniy dah pun kuasai abjad, saya berhasrat ingin melangkah ke buku Kalam 2. Tapi, Amniy tak nak. Nak juga mulakan dengan buku Kalam 1. Umi ni memang dah tak sabar.... akhirnya, saya turutkan juga kehendak Amniy. Bacalah Amniy buku Kalam 1...walaupun dia dah kuasai sepenuhnya. Dan hasil kesabaran saya dengan pe`el Amniy, sehari saja Amniy dah tamatkan buku Kalam 1.

Sekarang Amniy sedang menguasai buku Kalam 2, iaitu menggabungan bunyi konsonan dan bunyi vokal.... Amniy, bit lazy....hehe. Jadi, sekarang dia baru kuasai bunyi "a". Aduhai....lambatnya la.... lain anak, lain caranya. Sebagai ibu, tahap kesabaran nak kena tahap paaaaling maksima. Kadang-kala, angin puting beliung saya berbunyi juga...hehe..... bukan saja puting beliung,malah gunung berapi akan meletup dengan sendirinya.....wakakaka...!!!!!!


Kadang kala, anak-anak ingin mengubah selera. Cuba baca buku lain...dan ajar juga menggunakan set buku ini. Sebenarnya, buku ini bukan kami beli, tapi telah diberi oleh seorang jiran yang baik hati. Terima kasih, kak na. Mungkin dia tengok anak saya ramai dan perlukannya, jadi dia berikan set buku ini. Set ini pun ok juga.... gunakan kaedah fonetik. Saya gunakan juga set ini supaya anak-anak tak boring. Tapi, jangan bagi anak keliru dengan sistemnya....sistem mungkin sama, cara persembahannya saja berbeza. Boleh terangkan supaya anak faham.


Dan set ini adalah set untuk mengajar Iwan mahir membaca dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, usia Iwan 4 tahun, Iwan dah boleh baca tulisan berbahasa Inggeris. Dan sekarang dalam proses mengajar adiknya, Amniy pula. Set ini juga menggunakan kaedah fonetik. Sebenarnya dengan menggunakan kaedah fonetik anak-anak lebih mudah memahami dan mudah belajar. Sekarang, untuk Iwan, saya sedang mengajar dia memahami ayat dalam bahasa Inggeris. Pandai baca, tapi tak faham apa yang dibacakan, tak guna juga,kan? Dan itulah Iwan...pandai baca, tapi, tak faham apa yang dibacanya.....

Itulah serba sedikit buku yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mahir membaca. Saya pun masih dalam proses pembelajaran mendidik anak-anak. Kita boleh kongsi resepi didik anak berjaya, kan? Apa yang penting, kesabaran mesti paling tinggi.... dan mesti ikut mood anak. Tak boleh nak paksa. Anak-anak ni, makin dipaksa, makin dia tak nak belajar.... Dan, hidupkan suasana belajar dirumah kita. Suasana membaca pun penting. Wajib tanamkan dalam diri anak-anak sikap suka membaca sejak kecil lagi. Eceh, macam la kita ni pandai sangat..... tak pe la, kongsi-kongsi,kan? Sharing is caring.......

Tuesday, February 16, 2010

Buku Cerita Buat Si Anak

Assalamualaikum semua....

hari ni rasa nak share sikit la buku-buku yang dibeli untuk si anak. sebenarnya buku ni dah lama dibeli. cuma asyik tertangguh je nak buat entry berkaitan buku cerita ini. memandangkan anak terunaku yang sulong sudah pandai membaca, so, saya dengan berbesar hatinya telah membelikan beberapa buah buku cerita untuk dia biasakan diri dengan amalan membaca.

saya berkenan sangat dengan buku-buku cerita ni sebab, ilustrasi menarik dan colourful, di warnakan tiap suku kata dengan warna merah dan hitam untuk anak yang baru belajar membaca. dan yang menariknya, buku- buku cerita yang dibeli ni ada dwi bahasa, so, saya belikan sekali supaya anak lebih mahir berbahasa Inggeris.

tak nak bebel panjang-panjang....jom layan buku-buku tersebut.....


antara isi kandungan di dalam buku....ni buku berbahasa Inggeris!




dan yang ini pula bahasa Melayu.....

yang menariknya tentang buku-buku cerita ni ialah, dalam setiap buku terdapat 16 buah cerita yang berbeza. dan yang penting, harganya sangat berbaloi.... percaya tak kalau saya katakan buku ni berharga bawah RM10 sebuah. berbaloi-baloi!



2 buah buku cerita ini dibeli ketika kami sekeluarga ke IJN. beli kat kedai buku IJN. masa tu, boring-boring tengah menunggu giliran dipanggil masuk ke bilik doktor, jalan-jalan ke kedai buku dan ternampak buku ini. dan apa lagi sambar la untuk anak....hehe.

antara kandungan dalam buku ini...... ilustrasi pun menarik. gambarnya besar, menarik perhatian anak-anak untuk membaca.

so, ini je untuk entry kali ni. lain kali kalau saya ada beli buku lagi, saya sharekan untuk semua....

Monday, February 08, 2010

Buku Baru Untuk Anak

hai semua.... assalamualaikum.
eeeemmmm... kali ni fiza nak story sikit la tentang buku yang baru fiza beli untuk anak2 fiza yang cerdik2 tu. tadi kitorang satu family pegi jalan2 ke TESCO, Kuala Selangor. kalau gi TESCO, kitorang pasti akan singgah ke bahagian stationary. suka sangat tengok2 buku kat situ. lagi pun saja nak latih anak, jgn asyik singgah kat tempat menan jer.

so, masa pegi kat bahagian stationary tu, fiza berkenan sangat dengan satu buku. apa lagi....fiza pun belek, belek dan belek. bincang dgn my lovely hubby, terus rembat satu. korang nak tahu buku apa yang kitorang rembat tu? khas untuk anak ni......


ha....ni la bukunya. korang tgk lah gambar tu, cantik kan buku tu? menarik sangat dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.

ok, jom kita tengok serba sedikit isi kandungan buku tersebut. enjoy tau.....layanzzzz.....




Nama-nama 25 Rasul dan nama-nama 10 Malaikat



ini ialah beberapa istilah popular yang sering digunakan oleh umat Islam. macam2 istilah di definisikan dalam buku ni....


ini pun sama jugak la...istilah popular!


Cara menentukan solat pun ada tau....


Bacaan dalam solat pun ada juga....


haaa....ini cara berwuduk dan solat bagi lelaki



yang ni pula cara solat bagi perempuan



tengok....panduan mengerjakan haji dan umrah pun ada. tapi, secara ringkas la....


dan..... ada 49 doa2 harian.

so, bagi korang, menarik tak buku ni? bagi fiza, buku ni memang menarik. fiza boleh bagi 9/10.... kandungan mudah difahami, bahasa yang digunakan sangat ringkas dan anak2 kita insya Allah akan faham, dan yang paling penting, ilustrasi dan gambarajah dalam buku ini sangat-sangat menarik, colourful dan sedap mata melihat. fiza sendiri dah berulangkali membelek-belek buku ini. sampaikan ditegur dek Iwan, dia kata. "iwan pelik la dengan umi ni. umi ni asyik tengok je buku tu." heheheh....

apa lagi, lepas ni bolehlah korang cari satu untuk anak2 korang yang sedang membesar. buku yang sangat bermanfaat tau.

ok, itu je untuk kali ni...... wassalam!