Friday, April 30, 2010

Wah, terujanya saya!!!!


Lalalalalalaaaaaa.....
Hati gembira tak terkira
Bila kanda pulang petang tadi
Bawakan sesuatu yang ku idamkan
Lalalalalalalala.........

Kenapa la umisofie ni yer? Tak tahu nak kata macam mana gembiranya saya. Selama ni, saya dok mengidam nak dapatkan benda ni. Hari ni suami saya balik lambat sangat2. Saya call, dia kata kat HSB, ambil ubat Sofie. Memang saya sudah maklum yang suami akan ke HSB selepas sekolah. Tapi, kenapa la lambat sangat balik.

Petang tadi, kat tempat saya, hujan lebat yang amat. Hati risau juga bila suami lambat balik. Bila saya call lagi, dia kata masih di The Store Sg. Buloh. Ntah apa yang dicari, saya tak tahu. Saya tengah menonton TV, cerita Adamaya, suami tercinta pulang sambil tersenyum.

Dia bagi saya bungkusan. Khas untuk saya..... sekali saya buka.....woooohooooo!!!!!! Macam tak percaya je saya dapat benda ni. Wah...terharu yang amat. Dia belikan untuk saya. Bila tengok orang pakai benda ni, saya suka jeling2. Bestnya kalau dapat benda ni. Nak tahu apa?

Tadaaaaa.....
:
:
:
:
:
:
:

Inilah bendanya..... Sony Ericson Cybershot, 3.2 mega pixel.

Berlagaknya saya....huhuuhu....siap nak tunjuk lagi.
Ala.....bukan berlagak pun. Cuma nak luahkan kegembiraan hati je. Selama ni saya guna yang second hand jer....huwaaaa. Teringin nak yang baru ru ru ru...betul-betul baru!
Haaaaa....kan dah dapat!
Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, suami hadiahkan pada saya. Sebenarnya, saya punya yang lama dah lama sangat KO. Saya guna adik saya punya, sementara nak dapat yang baru. Dah 2 bulan saya guna adik punya. Baru la ni saya dapat yang baru. Inilah hadiah hasil kesabaran saya menunggu selama berbulan-bulan....

Terima kasih, abang!

Thursday, April 29, 2010

~seronok melihat anak makan~

Dari hari ke hari, melihat perkembangan anak-anak, membuatkan hati saya bagai bunga mekar di pagi hari. Seronok tak terkata.... bila ada blog, semua telatah anak-anak mahu dikongsikan bersama pembaca2 blog ini..

Hari ini, rutin harian saya selain membuat kerja2 rumah, online ( forum, FB dan berblog ), saya juga akan memasakkan bubur buat anak-anak saya yang bagaikan kembar itu. Bubur Sofie dan Hijaz harus di masak berlainan. Mungkin saya ni kategori ibu terlebih rajin....hehehe. Perasan sendiri! (eh, belum tengok bagaimana sifat M saya datang...).

So, hari ini bubur Hijaz bukan bubur kosong seperti yang saya buat sebelum ini. Hampir seminggu Hijaz makan bubur kosong sebagai perkenalan kepada solid food. Nampaknya, semalam, jelas sekali Hijaz menolak. Bila disuakan sesudu bubur, disemburnya ke muka saya. Bertuah anak umi ni, dah jemu yer...

Bubur untuk Hijaz hari ini saya campurkan dengan dengan carrot dan sedikit ikan bilis. Beras untuk bubur, telah saya siapkan terlebih dahulu. Jadi tadi saya hanya perlu campurkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk beserta carrot yang saya tumbuk juga. Sepatutnya carrot ni diblend, tapi, sebab kemalasan saya untuk mengisar carrot di tahap yang paling maksima, saya hanya menumbuknya sahaja. Jangan jadi ibu malas macam saya, yer...

Saya kacau sampai bubur siap dimasak, kemudian tapis. Bila siap semuanya, saya suakan pada mulut Hijaz, nampak sangat keriangannya. Rasa baru buat Hijaz. Sukanya saya tengok Hijaz menganga je minta bubur disuapkan lagi dalam mulut dia. Saya sulamkan dengan air putih. Nanti saya kongsikan gambar yang Ikhwan tangkap.

Untuk Sofie pula, saya masakkan bubur seperti biasa. Kali ini saya campurkan sedikit ikan, carrot dan kentang. Sofie pun nampak selera sekali. Sofie ni jenis makan ikut mood. Kadang2 dia selera, tapi, kadang2 selera hilang. Saya hampir putus asa melihat Sofie. Bila saya ye ye masak bubur untuk Sofie, dia tak nak makan. Akhirnya, Ikhwan dan Amniy yang menghabiskan bubur Sofie. Tapi, untuk hari ini, Sofie amat berselera sekali makan bubur. Saya sedang menaip entry ini, Sofie bermain bersama abang2 dan Hijaz dipangkuan saya menyusu sambil tidur. Tidur kekenyangan.... hehehe.


Ini bubur untuk Hijaz (kiri) dan Sofie (kanan)

Keriangan merasai bubur rasa baru. Sedap,kan, sayang....

Sofie pun selera makan bubur yang umi masak.

Saya teruja nak membuat entry ini kerana Sofie yang dah makin berselera untuk makan. Seronok nak berkongsi cerita Sofie dengan pengikut Sofie ni. Hehehe...., macam la ramai sangat pengikut Sofie,yer.

Masa di wad, bukan main lagi dia... selera sungguh. Sampaikan setiap kali saya bawakan makanan, abisofie terpaksa menyorokkan makanan. Bila balik rumah, selera Sofie terus hilang. Saya tak tahu mengapa. Saya cuba buat sebagaimana di wad, tapi hasil tetap tak menjadi. Sehinggalah semalam petang, Sofie asyik merengek. Pelik juga... abisofie minta saya masakan bubur. Lepas maghrib, saya suapkan bubur pada Sofie. Rupanya Sofie merengek kelaparan. Tu yang hari ni saya excited sangat masakkan bubur Sofie. Saya harap keadaan ini akan berpanjangan. Saya nak sangat tengok berat badan Sofie meningkat lebih lagi. Sekarang berat Sofie dan Hijaz lebih kurang sama. Hijaz 8.3kg, Sofie pula 8.9kg. Mana tak saya katakan mereka bagai anak kembar.....

Ok, tu je yer...jumpa di lain entry!

Tuesday, April 27, 2010

Mendidik Anak Pintar


Entri saya kali ini bukanlah artikel saya, saya sekadar mengulas apa yang saya dapat sahaja. Entri ini juga saya terbitkan di blog ini kerana saya ingin mengaitkan perkembangan 2 orang anak lelaki saya yang makin besar itu. Mungkin entri ini sedikit panjang, harapnya sahabat semua tidak bosan membacanya. Ini juga sebagai rujukan dan simpanan saya. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Suka saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari rancangan Semanis Kurma minggu lalu. Tajuknya ialah "Mendidik Anak Pintar". Dalam rancangan tersebut panel jemputan ialah ahli keluarga Adik Muhammad Ahmad Zahid, ayahnya Tuan Haji Ahmad Zahid Zainal Abidin serta ibunya, Dr. Siti Khadijah Fadzil.

Secara ringkasnya, menurut bapa adik Muhammad, untuk mendidik anak yang cemerlang dunia dan akhirat, ibu bapa haruslah menjadi ibubapa yang cemerlang dahulu. Ibubapa wajib menunjukkan contoh yang baik buat si anak. Jangan suruh anak-anak bersolat, tapi ibubapa pun tak bersolat. Jangan nak suruh anak-anak rajin membaca al-Quran, tapi sentuh al-Quran pun ibubapa tak pernah. Katanya lagi, mendidik anak ni ibubapa perlu berilmu. Apa saja ilmu keibubapaan serta ilmu-ilmu Allah yang lain supaya kita sendiri yang mencorak peribadi dan kehidupan anak-anak.

Kita sebagai ibubapa perlulah sangat-sangat bersabar dalam mendidik anak, serta sentiasa beristiqomah dengan setiap amalan baik. Ini semua untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita. Perlu juga pupuk dalam diri setiap ibubapa, ikhlas mendidik anak kerana Allah Taala. Ini bermakna, niat kita mendidik anak perlulah ikhlas. Bukan melihat anak orang cemerlang dari segi akademik, kita pun nak anak kita cemerlang juga. Tapi, cemerlang tahap tu je.... Cemerlang dalam hidup itu bermaksud cemerlang dari segi emosi, rohani dan intelektual. Dan akhlak juga perlu cemerlang. Tak guna juga kalau anak-anak cemerlang dalam akademik, akhlak...... susah nak kata.

Yang menarik minat saya, apabila kita terapkan amalan solat berjemaah dalam keluarga. Bila kita sebagai ibubapa berjaya melakukan solat berjemaah, secara tak langsung anak-anak akan turut serta. (nak kena amalkan ni...hehe..) Sebenarnya, falsafah di sebalik solat berjemaah sangatlah besar. Sama ada kita sedar atau tidak.... contoh, solat berjemaah dapat mengajar kita dan anak-anak tepati masa. Ia juga mampu mengajar anak kita menghormati ketua, kerana bapa menjadi imam solat, jadi secara tak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendengar dan menghormati ibu bapa.

Bagaimana dengan penggunaan rotan dalam mendidik anak? Saya amat berminat dalam hal ini. Kerana anak-anak saya makin besar. Makin terdedah dengan dunia luar yang mencabar. Kawan-kawan dan media merupakan pengaruh yang sangat besar dalam diri anak-anak zaman sekarang. Ada kalanya saya menjadi takut dan sering memikirkan bagaimana anak-anak menghadapi hari muka. Orang kata mendidik anak perlu dalam kelembutan tapi, seiringkan dengan ketegasan. Setuju sangat dalam hal ini. Nabi kita pun menyuruh kita menggantungkan rotan di rumah sebagai simbol ketegasan. Jangan pula rotan di salah gunakan oleh ibubapa apabila geram dengan anak-anak. Sesekali, rotan amat diperlukan, tapi ada had dan batasnya.

Saya perlu menyuruh suami membeli rotan lagi untuk digantungkan di rumah. Rotan yang ada dulu dah hancur dikerjakan dek anak-anak saya yang makin lasak. Dah patah-patah pun. Lasak sungguh anak-anak saya.

Disini juga saya cuba mengaitkan kisah 2 orang anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Saya masih belum berjaya mendidik mereka menjadi insan cemerlang. Siapalah saya, kan? (eceh...rendah diri la pulak!) Umur mereka juga masih kanak-kanak. Tapi, dari usia kanak-kanak inilah kita perlu mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik. Saya akui, saya seorang ibu yang garang dan sedikit tegas. Tapi, suami memang seorang yang penyabar dan tak mudah marah. Mungkin sikap kami yang sedikit kontra itu perlu untuk menjadikan anak-anak kami anak2 yang soleh dan cemerlang.

Cita-cita kami, ingin anak-anak kami menguasai ilmu al-Quran secara keseluruhannya, membaca, menghafaz, mengkaji makna dan sebagainya. Cemburu saya melihat anak-anak kecil orang lain yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran. Kagum saya dengan adik Darwish dan Darwisya, berusia 1 dan 3 tahun, tapi sudah boleh menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Ini sebagai contoh buat ibu bapa lain supaya kita dapat membentuk generasi al-Quran.

Dibawah ialah gambar yang saya ambil ketika anak-anak saya sedang belajar membaca al-Quran bersama abi mereka. Terima kasih yang tak terhingga kerana suami tak putus asa mengajar anak-anak membaca al-Quran, maklum saja, mempelajari ilmu Allah ini ada cabarannya. Syaitan sentiasa mencucuk hati manusia bilamana kita ingin membaca al-Quran.

Alhamdulillah, sejak abi Ikhwan membelikan al-Quran baru untuk Ikhwan, semangat Ikhwan untuk mengaji makin membara. Semoga semangat ini berterusan hingga akhir hayat, yer.... Namun, kadang kala hati ibu sedikit tercabar bila anak-anak ini banyak alasan untuk mengelak dari mangaji al-Quran. Penat la, esok la, nanti la..... menguji kesabaran sungguh! Saya selalu nasihatkan anak-anak saya, "Kalau Ikhwan dan Amniy nak baca al-Quran, syaitan akan meraung...sedih sebab Ikhwan dan Amniy tak berjaya ikut kata syaitan. Kalau Ikhwan dan Amniy tak nak ngaji, maknanya, syaitan berjaya cucuk hati Ikhwan dan Amniy." Saya perlu menggunakan pendekatan itu, supaya anak-anak faham. "cepat, cepat...sapa nak baca dulu"! Masing-masing sibuk nak menjadi orang pertama mengaji. Masalah lain timbul bila masing-masing nak menjadi orang pertama....aduhai! Terpaksa pula memujuk si abang supaya mengalah.

Ikhwan sedang mengaji al-Quran bersama abi.
Ikhwan agak laju dalam pembacaan, kerana usia 5 tahun sudah berjaya menamatkan Iqra`6, dan terus membaca Al-Quran. Sekarang usia Ikhwan 6 tahun.

Amniy masih membaca Iqra` 2.
Aduh...lambat betul anak umi sorang ni. Tak pe la, yang penting Amniy berusaha.
Lain anak, lain caranya....

p/s: abaikan gambar budak comel Sofie tu ye... Sofie memang suka ikut serta ketika abisofie mengajar abang2nya membaca al-Quran.

Semoga mereka terus menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Ini doa abi dan umi selepas solat......

Monday, April 26, 2010

Panjangkan Ukhuwah.....

Pertemuan yang dirancang bersama seorang rakan blogger, akhirnya terlaksana juga. Dia seorang adik, kerana usianya yang muda 2 tahun dari saya. Dia seorang yang saya kenal melalui blog. Tidak saya sangkakan dia sudi berkunjung ke teratak saya yang tak seberapa bersama suami dan anaknya yang comel, Syura. Dia yang saya maksudkan ialah Mama Eja. Terima kasih Eja, kerana sudi berkunjung ke teratak kak Fiza, terima kasih kerana membawakan hadiah buat anak-anak kak Fiza terutamanya Sofie.

Saya dan suami memang dah merancang, kalau Mama Eja jadi bertandang ke rumah kami, saya nak masak sikit buat hidangan tetamu terhormat. Jadi, saya telah menyediakan bakso. Sebenarnya, saya baru je balajar membuat bakso dari MIL. Harapnya tetamu berpuas hati la dengan hidangan tak seberapa dari kami, yer. Sorry pada Eja dan Ariff kalau bakso yang kak Fiza buat macam kureng sikit. Maklumlah...baru first time buat.

Mama Eja dan keluarga berangkat pulang dari rumah kami seusai solat maghrib. Insya-Allah, panjang umur, murah rezeki, kunjungan ini akan berbalas. Eja, nantikan kedatangan kak Fiza sekeluarga ke rumah Eja pula, yer.... Insya- Allah, satu hari nanti. Kena cari masa...hehe. Apapun, kak Fiza gembira sangat dengan kunjungan Eja sekeluarga ke rumah kak Fiza.

Sofie bersama teman baru, Assyura.... excited betul dak Sofie tu!

Inilah Mama Eja... (pandangan dari sisi je, yer) Seronok Mama Eja melihat gelagat Syura.

Bergambar sebelum Mama Eja berangkat pulang. Alahai... gambar tak bersedia la pulak. (Cik suami saya sebagai jurugambar amatur, jadi dia tiada dalam gambar). Sekali lagi,bang!

Haaa...ni baru betul. Sebelah Mama Eja tu, husband dia bersama anak daranya, Syura. Dua orang budak lelaki kat belakang tu, anak bujang saya, Ikhwan dan Amniy.

Eja, semoga ukhuwah yang kita bina melalui alam maya ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Sungguh kak Fiza tak sangka, sahabat alam maya telah menjadi sahabat alam nyata pula.....

Saturday, April 24, 2010

Hijaz dah merangkak & makan solid food

Lambat betul kali ni Ijaz berceloteh. Dah lama pun kan Ijaz tak muncul kat blog umi ni. Umi Ijaz tu sibuk sangat la. Kak cik pulak baru lepas operation. 2 minggu Ijaz dan umi berkampung kat IJN. Ok, ada sesapa tunggu bebelan Ijaz tak? Nak tahu perkembangan Ijaz tak?

Bulan ni, sebenarnya Ijaz dah 6 bulan. 6 bulan 3 minggu dah. Berat Ijaz sekarang dah 8.3kg. Lagi seminggu Ijaz nak masuk 7 bulan. Ijaz sekarang dah master dalam merangkak. Habis satu rumah Ijaz dah explore. Kalau Ijaz penat merangkak, Ijaz berguling pulak. Pastu kan, Ijaz dah pandai kutip benda2 kecik, masuk dalam mulut. Umi selalu bising bila nampak Ijaz masukan benda dalam mulut Ijaz. Sian umi, umi selalu risau.

Bila Ijaz mula merangkak, Ijaz suka angkat montot tinggi2 macam ni. Hehehe...

Haaa...ni Ijaz dah nak start explore satu rumah ni. Bersedia ye,umi!

Yang bestnya bila Ijaz dah 6 bulan ni, umi dah mulakan Ijaz dengan solid food. Umi banyak belajar cara nak buat solid food dari blog aunty Hana. Umi suka sangat ziarah blog aunty Hana, sebab umi boleh dapat banyak ilmu. Walaupun umi Ijaz ni dah ada 4 orang anak, banyak lagi ilmu yang umi kena tuntut. Yela, nak didik Ijaz dengan abang2 dan kakak Ijaz ni, kenalah berilmu, kan, umi.... hehehe....

Oh ye...pasal solid food tu kan, umi dah buat macam yang aunty Hana ajarkan. Umi dah kisar beras, simpan dalam bekas kedap udara. Beras ni khas untuk bubur Hijaz. Bila bubur dah masak, umi tapis bubur tu, pastu umi bagi Ijaz makan. Hari ni umi dah bagi Ijaz makan bubur kosong.

Mula-mula Ijaz rasa bubur tu, macam pelik je. Tak rasa apa pun. Masin tak, manis pun tak. Tapi, bila umi dah suap untuk kali kedua dan seterusnya, Ijaz dah boleh terima. Sedap.... Ijaz rasa perut Ijaz kenyang. Tapi, sebelum Ijaz tido, nenen umi pasti Ijaz cari. Susu umi paling sedap, tiada bandingannya. Nyum...nyum...nyum....

Ini bubur kosong yang Ijaz makan hari ni bersama air putih

Suapan pertama, rasa pelik je bubur ni....

Suapan kali seterusnya....nyum...nyum....nyum. Arrkkk!!! Alhamdulillah.

Tapi,kan...Ijaz nak beritahu rahsia umi dulu sebelum umi masakkan bubur kosong ni untuk Ijaz. Dulu, umi Ijaz malas. Umi cuma bagi Ijaz makan nestum je. Ijaz selalu tolak, tapi umi ni tak faham2 kot. Hehehe...umi jangan marah yer. Lepas umi tengok Ijaz macam tolak nestum, tu yang umi jadi rajin buatkan bubur kosong untuk Ijaz. Bagus umi.....

Kat bawah ni, gambar masa Ijaz makan nestum. Comot habis!

Comot! Umi paksa Ijaz makan nestum.... huhuhu...

Ijaz tolak nestum sebenarnya.... sekarang baru umi tahu.

Lepas ni, umi kena rajin masakkan bubur untuk Ijaz. Ijaz sekarang dah pandai nak makan. Ok, kita jumpa lagi di lain entry yer.... sayang aunty2 yang baca celoteh Ijaz ni.

Thank You, Aunty Della!!!!


Tengah hari tadi, sewaktu saya sedang solat zuhur, datang sebuah van pos laju ke rumah saya. Suami yang menerima bungkusan itu. Agak terperanjat, siapa pula yang hantar barang ke atas nama saya? Bila saya saya tengok nama pengirim, terkejut saya. Fakardellawarni Muhammad? Ya Allah! Ini Della. Patut pun kelmarin dia minta alamat penuh saya melalui sms. Ini rupanya.... Hadiah dari Della ini khas untuk Sofie.

Terharu sangat dengan pemberian dari Della untuk Sofie ini. Bersusah payah Della membuatnya demi untuk diposkan pada Sofie. Sungguh! Saya sangat terharu. Terima kasih yang tak terhingga. Walau persahabatan ini hanya melalui alam maya, (RH, FB dan blog) saya sangat menghargai susah payah Della.



Inilah sebahagian dari aksi Sofie menggayakan dress yang Della hadiahkan. Terima kasih aunty Della! tak menyempat nak mandi, terus bergaya dengan dress baru...hehehe.

Award dari Ummu

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummu kerana ingatannya terhadap umisofie. Rasa sangat terharu dengan penghargaan ini. Perkenalan dengan Ummu melalui forum RH dan dipanjangkan ke blog, rasa sangat2 bersyukur dengan ukhuwah ini. semoga ukhuwah ini dapat berkekalan selamanya. Terima kasih, kak!

Kepada teman-teman blogger, silalah terima award yang eksklusif ini:

Harap, sudilah terima semuanya. Boleh gak kumpul award! Hehehe.....

Thursday, April 22, 2010

Abi, umi nak ring sling.....

Entry ini sapa tak nak baca pun tak pe. Entry ini entry luahan permintaan saya untuk suami saya yang tercinta....hehehe....

Hari ni, umi penatnya....sepanjang hari mendukung Hijaz. Hijaz sekarang tak mahu diletak. Nak bertepek je dengan umi. Sakitnya bahu umi. Sakitnya badan umi. Abi, tolong la umi....!!!! Abi bayangkanla, berat Hijaz dah 8.3kg. Mana larat umi nak dukung sentiasa. Jadi, umi mohon sangat supaya abi faham. Bila umi dukung Hijaz sebelah tangan, semua kerja rumah umi tak dapat selesaikan. Jemur kain, petang jugak baru dapat jemur. Basuh pinggan pun, tak selesai-selesai. Nak melipat kain yang bertimbun pun, tak sempat. Macam mana nak buat semua tu kalau Hijaz asyik nak dukung je.

Pagi tadi, menjerit-jerit Hijaz menangis sebab umi tinggalkan dia. Umi kena mandikan Sofie, basuh poo poo dan pee pee Sofie. Belum Amniy nak susu, Sofie nak susu. Umi tak boleh buat kerja sebelah tangan. Lenguh tangah satu lagi mendukung Hijaz. Umi ada permintaan dari abi. Umi nak ring sling. Boleh, bi? Alaaaa....boleh la. Umi dah search kat google. Banyak web yang jual ring sling. Kalaula umi ada ring sling, tak de la penat umi nak dukung Hijaz yang debab dan montel tu.

Kalau dah ada ring sling, boleh kita sekeluarga pergi jalan-jalan, shopping-shopping, tanpa merisaukan kepenatan nak mendukung Hijaz. Hijaz bukan nak duduk lama kat stroller. Mau melalaknya dia. Abi tahu tak ring sling tu apa? Ni umi tunjukkan..... umi nak sangat ring sling macam ni.
Gambar ni saya ambil dari sini
Inilah Ring Slingnya, bi....

Ini pun dari sini
p/s: terima kasih kepada http://www.kasihkusayangku.com, kerana saya pinjam gambar2 di atas untuk entry ini.

Tengok orang tu pakai ring sling... nampak comfortable je time bawa baby. Kalaula umi boleh dapat ring sling macam tu.....

Cuba abi tengok gambar bawah ni pula, elok je si bapa mendukung baby dia. Baby pun nampak more comfortable je dalam pelukan bapa. Kalau ada ring sling, abi pun senang nak dukung Hijaz. Nak dukung Sofie senang,kan? Boleh la,yer?

Image ini dari sini
p/s: terima kasih juga kepada http://jumpsac.blogspot.com kerana saya pinjam gambar ini untuk ditunjukan kepada insan kesayangan saya.

Abi, umi pun dah telek harga ring sling ni. Memang agak mahal.....huhuhu. Kalau abi senang-senang, abi pergi la layar website tu yer. Kot la abi pun berkenan.

Umi nak kumpul duit la. Umi nak beli ring slig. Umi tak mahu lagi sakit bahu, sakit badan dukung Hijaz. Tolong ye, bi. Abi sayang umi,kan? Umi harap sangat abi akan izinkan umi beli ring sling ni.

Kalau abi tak beri izin, nampaknya, umi terpaksalah teruskan mendukung Hijaz macam ni... sampai Hijaz pandai jalan sendiri. Tak pe la... umi redha la dengan keputusan abi. Apa pun, umi masih berharap abi boleh beri izin. Tolongla, bi!

Memeluk dan mencium anak sebagai terapi

image dari sini

Saya terpanggil untuk mencoret sesuatu berkaitan gambar hiasan di atas, ekoran 2 hari lepas ada perbincangan mengenainya di forum Ratuhati dan facebook. Setelah meminta izin daripada empunya artikel, Norlaili Salleh, saya seronok untuk mengaitkan artikel ini dengan perkembangan kesihatan anak saya, Sofie Mariah. Artikel ini saya copy paste dari nota facebook Ratuhati. Terima kasih kak Laili kerana memberi keizinan.

Dear jelitawans Ratuhati yang dikasihi,

Bila anda berhenti memeluk dan mencium anak anda bermakna anda seorang ibu yang bermasalah. Pelukan dan ciuman terhadap anak adalah sangat penting untuk perkembangan mental dan fizikal anak. Nabi Muhammad s.a.w sendiri sangat suka memeluk dan mencium anak-anak baginda hatta cucu-cucu baginda sendiri iaitu Saidina Hassan Dan Saidina Hussin r.a.

Anak-anak pra matang yang dilahirkan boleh membesar dengan sihat dan kuat bila sentiasa diusap dan diurut perlahan-lahan di dalam inkubator. Anak-anak yang sedang dalam keresahan atau susah nak tidur, kalau diusap-usap, digosok-gosok atau dipeluk-peluk sambil kita membisikkan ayat suci al quran,insyaALLAH akan mudah lena dan jauh dari gangguan iblis syaitan.

Demikian juga anak yang sedang meragam atau mengamuk, kalau kita memeluk dan menciumnya,pelukan dan ciuman itu boleh menenangkan jiwa anak tersebut. Perbuatan ini haruslah dilakukan berterusan sehinggalah anak itu dewasa lebih-lebih lagi di antara anak perempuan dan ibu. Anak lelaki ada batas-batas tertentu yang harus dijaga.

Saya tidak mahu mengupas dengan lebih panjang kerana ingin memberi peluang kepada jelitawans yang bijak laksana memberi pandangan pula. Cuma saya sudahi,kalau anda sudah berhenti memeluk dan mencium anak anda,anda memang seorang ibu yang bermasalah.


teringat bayi² pramatang kat NICU....
ada yang mak pak jarang jenguk, ada yang stay 24 hrs
ada yang kerap melawat walo pun tak stay 24 hrs macam saya ni
saya jenguk Syafiah tiap hari, dari pagi sampai ke malam
malam saya balik pun pukul 10
boleh nampak beza siapa yang kuat fight, siapa yang stay the same
saya sering melawat anak² yang umpama tiada ibu ayah tersebut
sekadar memberi salam dan ucapkan kata semangat
tak berani nak sentuh sebab anak orang

anak² pramatang yang sering diusap dan sering dibawa berborak
lebih pantas perkembangannya... sekali pun dia pernah melalui fasa kritikal

Semasa rakan-rakan berbincang berkaitan isu ini di forum RH dan facebook, hati saya terusik. Saya mula terfikir, adakah pelukan dan ciuman buat si anak merupakan terapi untuk anak cepat sihat? Jawapan saya, YA! Saya sendiri telah mempraktikannya semasa Sofie berada di PICU, IJN.

Aktiviti saya setiap hari, sepanjang 6 hari Sofie berada PICU, tiap kali waktu melawat, saya akan berada di sisi Sofie sambil menyentuh wajah Sofie, mengusap tangan Sofie, mencium dahi dan pipi Sofie. Saya tak pernah jemu. Saya juga cuba memeluk Sofie, walau pelukan tidak erat kerana badan Sofie berselirat dengan wayar. Suami saya selalu marahkan saya, katanya, jangan buat Sofie terjaga. Saya dah tak peduli apa pun, yang penting Sofie dapat rasakan kehadiran saya di sisinya. Sambil saya lakukan itu semua, saya akan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat Sofie. Saya bacakan selawat ummi di telinga Sofie beserta ayat-ayat suci al-Quran. Saya percaya ini sebagai terapi buat Sofie.

Saya masih ingat kembali, selepas Sofie selesai menjalani pembedahan pada 31 Mac lalu, suami memberitahu saya, supaya saya tidak perlu datang esoknya kerana pembedahan telah selesai. Lagipun, saya mempunyai masalah kenderaan untuk ke IJN ketika itu. Masa tu, air mata saya mengalir laju. Dalam fikiran saya, mana mungkin saya akan membiarkan Sofie begitu, tanpa umisofie melawat, menjenguk, mengusap, memeluk Sofie. Setelah berfikir pelbagai cara, akhirnya Allah beri jalan kepada saya. Terima kasih buat Wak Hussin dan mak Jas saya yang berada di Hulu Langat, atas susah payah mereka menghantar dan menjemput saya setiap hari.

Jadi, peluang yang telah diberikan ini, saya gunakan sebaik mungkin untuk terus bersama Sofie. Sungguhpun waktu itu Sofie masih belum sedarkan diri, saya amat pasti, Sofie tahu umi dan abi datang setiap hari mendoakan kesejahteraan buat Sofie. Sebenarnya, menurut doktor, masalah jantung Sofie agak rumit, dan sudah kritikal. Sofie pula anak down syndrome, jadi harapan Sofie untuk pulih sangat lambat. Dengan antibodi Sofie yang lemah... memang lambat.

Bagi saya, 6 hari Sofie di PICU, suatu yang membanggakan. Lagipun Sofie sering beri kerjasama dengan doktor dan nurse. Ada ibu-ibu yang anak mereka berada di PICU terkejut bila Sofie dah dipindahkan ke wad biasa. Kata mereka, "cepat ye Sofie pindah kat wad biasa." "Cepat sembuh, boleh balik rumah." Saya cuma balas, "Alhamdulillah, kuasa Allah semuanya." Doktor membuat andaian itu dan ini mengikut teori mereka. Tapi semuanya di tangan Allah. Mungkin juga kuasa sentuhan, belaian, pelukan dan ciuman si ibu mampu membuatkan anak yang sakit terus kuat berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Jadi, ibu-ibu, bapa-bapa, teruskan memeluk dan mencium anak-anak. Walaupun anak anda sihat, jangan dihentikan amalan ini. Ini juga amalan Nabi kita, kenapa tidak kita amalkan. Sama ada anak anda sihat atau sakit, itu bukan persoalan. Yang penting, anak anda mengerti betapa ibubapa sayangkan mereka.

Tuesday, April 20, 2010

2 kisah berbeza....

Pertamanya, ingin bicara hal Sofie. Pagi tadi, Sofie ada appointment di HSB. Sofie hanya pergi bersama abisofie. Sejak ada Hijaz dan Ikhwan sudah bersekolah, segala appointment di HSB dan IJN saya dah tak pernah turut serta. Semasa mengandungkan Hijaz, saya telah biasakan abisofie dengan keadaan ini.

Hari ini ada 3 appointment. Pead Clinic, ENT dan Audiologi. Memang saja minta semua appointment dibuat pada hari yang sama supaya suami saya tak ambil cuti yang banyak. Kesian juga dengan dia. Kerja asyik cuti je. Kena simpan cuti juga, kot la ada kecemasan di masa akan datang. So, setelah pulang dari HSB tengahari tadi, saya bagaikan polis menyoal siasat suami apa yang terjadi di hospital. Hari ini, Sofie ke Klinik Peadeatrik, diperiksa oleh Doktor Zaila. Oh! Doktor ni sudah jadi doktor pakar yer. Alhamdulillah, pemeriksaan ke atas Sofie baik semuanya. Cuma, Sofie ada batuk sikit. Jadi, Sofie diberi nebulizer, dan sambung sedut gas guna inhaler di rumah, 4 hourly!

Appointment dengan ENT pun, baik semuanya. Telinga Sofie ok dan normal. Harapan saya keadaan ini akan berpanjangan selamanya. Ujian audiologi pun menunjukkan keputusan yang baik. Bagus Sofie! Umi bangga dengan Sofie. Sofie kuat mengharungi segalanya.

Dan keduanya, sedikit emosi. Baru-baru saya ikuti satu blog yang bagi saya amat menyentuh hati saya sebagai ibu. Banyak sebenarnya blog yang saya ikut menyentuh hati saya. Tapi, ntah kenapa, beberapa hari ni, blog ini menjadi pilihan saya. Blog yang saya maksudkan ialah blog Mayyonizz. Blog berkaitan anak penulis yang tidak sihat dan masih di ICU HKL.

Saya tak pernah jumpa dengan pemilik blog. Saya mengenali blog ini daripada blog Noina. Saya sangat terharu bila mengetahui tentang anak Mayyonizz iaitu Allana Qish. Kesian, sedih tiap kali membacanya. Saya terpanggil untuk sertai blog ini kerana adik Allana mendapatkan rawatannya di HSB, dan duduk di wad yang biasa Sofie duduk, wad 8c. Tapi, sekarang adik ini berada di ICU HKL. Keduanya, kerana adik Allana juga mendapatkan rawatan alternatif di Gedangsa, bersama Kak Raw, sama seperti Sofie. Kedua-dua faktor itu yang menjadi penyebab saya mengikuti blog Mayyonizz.

Jadi, seolah-olah saya dan Mayyonizz ada ikatan sehingga meruntun jiwa saya tiap kali saya membaca coretan Mayyonizz. Tabahlah, Mayyonizz. Kita insan terpilih, dipilih oleh Allah untuk peroleh anak istimewa. Semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat adik Allana Qish. Harapan saya, moga satu hari nanti saya dapat bertemu dengan adik Allana Qish. Coretlah selalu di blogmu, Mayyonizz... saya sentiasa menanti coretanmu tentang Allana.

Monday, April 19, 2010

Kerisauan Umisofie

Selepas Sofie selesai menjalani pembedahan, saya sebenarnya amat risaukan hal Sofie. Kesihatan Sofie terutamanya. Dan sekarang saya amat risaukan parut pembedahan dan parut yang masukkan tiub ke paru-paru Sofie. Terutamanya, tali jahitan yang masih belum ditanggalkan lagi. Sofie cukup gemar bermain sambil tarik-tarik tali yang berada di perutnya. Aduh! Sungguh, saya sangat ngeri. Kadang-kadang Sofie menangis. Mungkin terasa sakit..... Tu la, notty girl! Umi dah kata, jangan tarik, nak jugak tarik. Kan dah sakit. Sofie, Sofie.....

Sebenarnya, Isnin, 19 April 2010 baru boleh buka jahitan itu. Eh, petang ni la.....Kena buka di klinik kesihatan. Tak sabar menanti petang nanti. Bila dah selesai jahitan dibuka, baru hati lega dengan keadaan Sofie. Tak de la tangan gatal Sofie merayap di perut untuk tarik-tarik tali jahitan tu. Ikhwan dan Amniy kata, "Ala, Umi seletep je baju Sofie tu. Stepler ker....., tak de Sofie nak tarik-tarik lagi." Wakakaka....Ikhwan dan Amniy memang pandai buat lawak. Kalaulah umi boleh seletep ke, stepler ke baju Sofie......

Tali jahitan yang belum dibuka inilah amat merisaukan saya.

Sofie Di Hujung Minggu

Assalamualaikum,
2 hari tak update blog ini rentetan terlalu sibuk menguruskan Sofie baru sahaja discharge dari wad. Hujung minggu yang sangat memenatkan. Sabtu semalam, nenek dan atuk Sofie (PIL) dari Sabak Bernam, datang ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang dan bermalam di rumah kami. Esoknya, Ahad, adik beradik, ipar duai pula bertandang untuk melawat Sofie. Reaksi Sofie? Nanti umisofie ceritakan......

Saya sebenarnya telah bernazar, sekiranya Sofie selamat dibedah dan sihat kembali ke rumah, saya ingin menjamu sedikit adik beradik dan ipar duai dengan membuat jamuan kecil di rumah. Disamping menjemput jiran sebelah menyebelah, serta saudara terdekat. Jadi, memandangkan minggu ini mereka semua ingin berkumpul di rumah saya, saya dan suami telah mengambil kesempatan ini. Sebelum tu, saya ingin bercerita kisah Sofie dulu.....

Pulang dari wad IJN, Sofie sebenarnya amat gembira. Sedia maklum semua, kan bila tengok gambar-gambar Sofie di wad pada entri lepas. Yang belom berkesempatan melihat kegembiraan Sofie semasa di wad, boleh tengok disini. Malam minggu semalam pun Sofie masih bergembira, satu rumah dengar kekekan gelak tawa Sofie. Lagi-lagi bila nenek, atuk dan cik Eddy bermalam di rumah. Seronok dan bahagia hati saya dengar suara Sofie gelak bermain bersama Ikhwan dan Amniy. Malam tu pun, Sofie tidur dengan lena.

Pagi Ahad, Sofie bangun dari tidur, tiba-tiba Sofie demam, batuk-batuk dan pernafasan agak semput. Tangan dan kaki Sofie sedikit kebiruan. Sofie menangis sepanjang masa. Saya sedikit cemas. Di dapur saudara yang dah datang sedang bersiap menyediakan sedikit juadah untuk dimakan bersama pada waktu petang. Kononnya macam kenduri la, tapi kenduri untuk keluarga je. Saya sebagai tuan rumah, tak boleh nak buat apa-apa kerja di dapur selain melayan segala macam karenah Sofie. Ntah kenapa hari saudara ingin berkunjung Sofie meragam. MIL dan FIL yang sibuk menguruskan semua juadah, sambil dibantu oleh kakak biras saya. Kesian mereka. Tuan rumah sibuk menguruskan anak.

Saya beri cadangan pada cik abang saya supaya membawa Sofie ke klinik, risau hati saya kerana Sofie baru saja keluar dari wad. Sofie dibawa ke klinik berhampiran, dan Sofie perlukan nebulizer. Cik abang cerita, bila disua saja nebulizer ke muka Sofie, tangan Sofie pantas memegang. Seolah-olah Sofie dah mengerti, itu yang diperlukan olehnya saat itu. Sofie nampak agak selesa selepas mengambil nebulizer. Suhu badan Sofie pun agak tinggi. Sofie demam! Itu sebab Sofie meragam.

Waktu tengahari, rumah kami sudah penuh dengan ahli keluarga lain. Sepupu-sepupu Sofie pun dah ramai yang datang, semuanya ingin menziarahi Sofie. Rupanya, bila tengok orang ramai, Sofie lagi mengamuk dan meragam. Jalan penyelesaian, saya, Sofie dan Hijaz terpaksa berkurung dalam bilik atas, 'onn'kan 'aircond', alhamdulillah, nampak Sofie lebih tenang di bilik atas. Sofie memang tak suka suasana hiruk pikuk. Susah betul nak bawa Sofie berkumpul bersama saudara mara.

Bila keadaan Sofie agak stabil, saya bawa Sofie turun bawah. Rupanya, jiran sebelah rumah dah datang, saudara lain pun dah datang. Masing-masing ingin berjumpa dengan Sofie. Saya sentiasa mendukung Sofie supaya Sofie tenang. Mujur Hijaz beri kerjasama, dijaga oleh saudara yang lain. Sebelum berjumpa dengan saudara lain, saya beri Sofie PCM, sebab badan Sofie panas. Selepas tu baru berjumpa dengan saudara. Semuanya ingin melihat dada Sofie yang baru dibedah. Akhirnya, Sofie tertidur dipangkuan saya, terus saya masukkan Sofie dalam buaian. Mungkin Sofie rasa mengantuk selepas saya beri PCM. Dan saya pun selesa melayan saudara mara yang datang.

Bila semua tetamu sudah pulang, keadaan di rumah agak reda, Sofie bangun dari tidur. Sudah malam pun Sofie bangun. Jam 8.30 malam. Sofie nampak lebih ceria dan sihat. Bertuah betul. Bila orang dah tak de baru Sofie tunjukkan perangai Sofie yang sebenar. Hai...Sofie, Sofie. Buat umi risau je.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua saudara yang hadir menziarahi Sofie. Terima kasih juga buat yang tersayang, ibu dan bapa mertuaku nan seorang, yang sangat baik dan penyayang....menolong saya menjadi tukang masak, memasak segala macam makanan untuk dihidangkan kepada para tetamu yang berkunjung menziarahi Sofie. Nak tahu apa yang dimasak oleh PIL saya? Satay ayam bersama kuah kacang dan sambal yang best, bakso yang sedap, dan sedikit kuih. (malam tadi kami ramai-ramai mencucuk satay yang dibuat oleh PIL). Terima kasih juga buat suami saya yang tercinta kerana membantu membuat cucur udang yang sedap. Terima kasih kepada pembakar-pembakar satay, abang-abang ipar dan bapa mertua saya, juga adik ipar. Lain kali datang, tolong lagi yer...hehe! Terima kasih kerana berusaha menjadikan nazar saya ini tertunai. ALHAMDULILLAH. Hutang saya dengan Allah terlaksana!

p/s: tiada gambar untuk aktiviti minggu ini, kerana saya terlupa di mana saya letak kamera saya. bila semua tetamu dah balik, baru saya jumpa kamera saya. aduhai...kecewa sungguh saya!

Friday, April 16, 2010

Gambar-gambar Sofie Semasa Di Wad Melur


Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan sedikit gambar-gambar Sofie sepanjang Sofie menetap selama 17 hari di wad Melur, IJN. Saya seronok merakam semua aksi-aksi Sofie untuk tatapan semua. Saya bangga menjadi umisofie kerana Sofie yang kuat dan tabah!!!!

Keadaan Sofie yang masih lemah selepas keluar dari PICU. Sofie hanya mampu terbaring.

Nak senyum pun susah bagi Sofie. Hanya mampu memandang, merengek bila minta sesuatu. Umi tahu, Sofie pasti menahan kesakitan....

Selepas beberapa hari, Sofie sudah mampu duduk. Keadaan Sofie pun makin pulih. Seronok bermain dengan kipas comel pemberian seorang rakan.

"Sofie geli la, umi." Heartrob Biri pemberian seorang rakan.... Sofie geli dengan bulu biri-biri.

Hati ibu mana yang tak gembira apabila melihat anaknya yang baru sahaja selesai pembedahan, tapi mampu tersenyum seperti ini. Saat ini, tiub yang mengeluarkan air dari paru-paru Sofie masih lagi belum ditanggalkan, tapi Sofie mampu tersenyum gembira bila tahu gambarnya akan diambil oleh umi.

Seronok membaca buku kegemaran. Mujurlah saya terfikir nak bawakan buku kegemaran Sofie.

Masih leka dengan buku kegemaran, sampai tak sedar yang umisofie sedang mengambil gambar. Hamboi, anak umi ni....

La la la la....umi yang belikan belon ni untuk saya....

Gambar-gambar dibawah ini merupakan gambar Sofie ketika sedang mengambil nebulizer. Sofie memang anak yang baik dan sering beri kerjasama. Sofie tak pernah meragam bila waktu mengambil nebulizer.

Sabar....demi kesihatan.

Ala...lambatnya nak habis ubat ni. Penat dah Sofie tunggu....

Tunggu lagi la....sikit je lagi.

Ini kegembiraan Sofie selepas mengambil nebulizer. Seronok betul bila neb dah selesai. Siap la, tunggu sessi neb akan datang....

Dan 3 gambar dibawah ini ialah ketika menunggu ubat dan surat discharge. Lambat sangat tunggu, baik Sofie main buaian dulu. Buaian ini memang ada dalam wad. So, Sofie main la....

Wah! Bestnya, macam nak terbang jer....

Buai laju laju, sambil makan buah, apa dalam baju, ada kesan bedah. Hahahaha.....

Harap-harap Sofie tak kan datang wad ini lagi yer..... Sofie gembira sangat nak balik rumah sendiri. Seronoknya!

Selepas nurse panggil nama Sofie untuk beri segala macam ubat dan surat discharge, umisofie mengucapkan terima kasih kepada nurse kerana menjaga Sofie sepanjang Sofie di wad Melur. Selamat tinggal wad Melur. Sofie harap, Sofie tak kan ke sini lagi!

Semoga anda semua gembira menatap wajah-wajah manis anak dara saya. Dan saya mohon kemaafan kerana masih belum sempat untuk menziarahi blog rakan-rakan semua. Masa saya amat terbatas. Saya update entri kali ni pun sebab Sofie dan Hijaz masih tidur. Insya-Allah, ada kelapangan waktu, saya akan melawat blog anda semua, akan saya sertai FB dan forum RH juga, insya-Allah!

Wednesday, April 14, 2010

Sofie Selepas Pembedahan

Maafla...terlalu lama saya tak update blog ini. Sedia maklum semua akan keadaan saya, kan? Nampaknya blog ini semakin bersawang dan sedikir berhabuk ekoran pemilik blog sangat-sangat sibuk. Hari ini, saya berkesempatan membersihkan segala sawang dan debu...hehehe.

Dan disini, sambungan kronologi kisah Sofie selepas pembedahan....

4 April 2010 (Ahad)
- Kami melawat Sofie di PICU agak lewat sebab kami bertolak dari Rawang. Jam 1 tengahari baru kami sampai. Saya dan suami meluru naik ke PICU setelah mengambil pass pelawat di lobi utama IJN. Sangat-sangat terkejut kerana kami lihat tiub saluran pernafasan Sofie telah ditanggalkan, baru je. Sekarang, keadaan Sofie nampak lebih selesa. Sofie sudah pakai oksigen mask. Alhamdulillah! Satu perkembangan yang membanggakan. Sofie memang anak yang kuat. Umi seronok sangat!

- Masa saya dan suami sampai, Sofie nampak kami. Alahai, anak umi. Nurse kata, kalau boleh jangan bagi Sofie menangis. Mereka sedang berusaha menajar Sofie bernafas sendiri. Selama 5 hari Sofie perlukan alat bantuan pernafasan untuk bernafas. Dan hari ini, Sofie perlu bernafas sendiri. Setakat tengahari itu, Alhamdulillah, SPO2 Sofie 100%. Syukur, semoga petang nanti ada pekembangan yang lebih baik.

- Petang, jam 6, saya dan suami naik lagi. Waktu ini Sofie antara tidur dengan tidak. Sofie masih menggunakan oksigen mask, tapi, kali ini dah diturunkan kepada 5 liter sahaja, berbanding tengahari tadi, 10 liter. Dalam 15 minit di sisi Sofie, saya terpaksa turun semula ke lobi kerana Hijaz meragam. Pakcik saya dari Kuang juga telah datang untuk melihat Sofie. Saya naik semula ke PICU selepas pakcik saya selesai melihat Sofie. Alangkah terkejutnya saya bila saya naik kali ini, oksigen mask yang Sofie pakai sejak tadi telah ditanggalkan. Sofie hanya memakai nasal prong! Oksigen Sofie pun sudah diturunkan kepada 2 liter. Mendadak sungguh! Air mata gembira jatuh melihat perkembangan positif Sofie. Syukur ya Allah! Kau perkenankan doa kami.

- Yang membuatkan saya gembira, semasa saya bercakap dengan nurse, Sofie membuka mata dan memandang ke arah saya. Saya dekatkan diri sengan Sofie, saya pegang tangan Sofie dan usap dahi Sofie. Sofie macam nak tidur, saya cuba tidurkan Sofie. Dalam masa yang sama, tangan Sofie merayap memegang tudung saya, Sofie juga memegang kerongsang yang saya pakai, Sofie pegang pipi saya...alahai, buat saya sungguh terharu. Saya bercakap dengan Sofie, "Sofie, malam ni Sofie tidur sini lagi yer. Kakak nurse jaga Sofie." Sofie diam je, sambil tengok muka saya. Ketika itu, hati bagai dihiris mahu menangis. Saya cuba menahan air mata dari jatuh ke pipi. Minit-minit terakhir waktu melawat hampir tamat, suami naik ke PICU untuk menghantar aero-chamber. Sofie dapat melihat abi dan umi. Akhirnya, Sofie terpaksa kami tinggalkan bersama nurse. Air mata saya....jangan kata la. Sukar untuk di tahan. Tapi, dari jauh, saya nampak, Sofie memandang je langkah kami. Sofie tak menangis langsung.

5 April 2010 (Isnin)
-Kami naik ke PICU jam 12.30 tengahari. Banyak perkembangan positif Sofie. Sofie seronok bila nampak abi dan umi. Dia minta saya dukung, tapi, tak boleh. Saya hanya memujuk dia saja. Kebetulan masa tu ada doktor. Doktor tanya pada saya, Sofie memang tak suka menangis ke? Saya senyum je. Doktor kata, anak ini mudah dijaga. Tak banyak ragam, dan tak menangis bila doktor buat pemeriksaan. Alhamdulillah, Sofie beri kerjasama kepada doktor dan nurse. Nurse yang jaga Sofie pun kata, Sofie jarang menangis. Jaga Sofie sangat mudah. Seronok umi dengar sikap Sofie begitu. Umi tahu, Sofie anak yang tabah. Yang paling best, doktor kata, Sofie boleh naik wad petang itu juga. Alhamdulillah!

- Jam 4 petang, saya dan suami keluar dari IJN, tiba-tiba dapat panggilan dari IJN yang mengatakan Sofie telah dipindahkan ke wad biasa, tapi masih dalam bilik kaca. Alhamdulillah!

- Saya terus naik ke wad Melur. Suami tunggu di bawah bersama Hijaz. Sofie baik sangat. Bila saya datang, Sofie terbaring seorang diri di atas katil sambil hisap jari. Sian, Sofie...ditinggalkan sendirian. Bila nampak saya, sekali lagi Sofie minta didukung. Kesian dia...Saya tak boleh nak dukung Sofie lagi. Saya cuma memeluk Sofie di atas katil. Nampak Sofie seronok dipeluk . Saya memeluk Sofie sambil mengusap kepala dan tangan Sofie. Hilang segala kerinduan yang terpendam selama ini. Sofie semakin pulih! Syukur pada Allah! Yang buat saya bertambah lega dan gembira, malam itu, Sofie tidur bertemankan abi.

6 April 2010 (Selasa)
- Pagi-pagi lagi saya sudah berada di IJN. Pukul 10 pagi saya naik ke wad Melur. Sofie masih lemah. Hanya terbaring. Tapi, hari ni, saya nampak Sofie seolah-olah tak mengenali saya. Dia tengok je muka saya. Tak de respon langsung bila saya buat lawak ke, saya bermain dengan permainan ke....diam je. Hati saya risau. Saya tanya dengan suami, kenapa Sofie macam tu? Suami minta saya beri masa pada Sofie. Kesan ubat bius masa pembedahan hari tu, mungkin menyebabkan Sofie hilang memori. Perlu refresh!

- Tapi, pagi selasa tu, Sofie dah keluar dari bilik kaca. Dan betul-betul masuk wad biasa. Ini menunjukkan perkembangan Sofie sangat positif.

- Petang, saya naik lagi. Alhamdulillah, Sofie dah kenal saya. Nampak Sofie keriangan. Sofie belum boleh duduk lagi. Keadaan Sofie masih lemah. Saya suapkan Sofie bubur nasi. Banyak betul Sofie makan. Nampak sangat berselera. Jam 7 malam, mak Jas saya datang melawat Sofie. Saya nampak mak Jas mengesat air mata. Sayu sangat. Sedih dia melihat Sofie sebegitu rupa. Yang sedihnya, tengok dada Sofie.... doktor dah buka separuh daripada plaster yang dilekatkan pada dada Sofie. Kita boleh nampak kesan bedah didada Sofie. Tak kisahla ada parut pun, yang penting 'major problem' Sofie selesai.

7 April 2010 (Rabu)
- Seperti biasa, pagi-pagi lagi saya dah tercongok di IJN. Saya naik wad untuk melihat Sofie jam 10 pagi. Suami turun menjaga Hijaz di lobi. Masa saya bersama Sofie agak lama. Berbunga hati saya. Saya agak terkejut bila saya sampai ke katil Sofie, nasal prong yang Sofie pakai semalam sudah ditanggalkan. Rupa-rupanya Sofie yang tanggalkan sendiri. Pandai! Sofie rimas dengan nasal prong itu. SPO2 Sofie agak bagus tanpa nasal prong, 95%.

- Pagi ni, Sofie sekali lagi seolah-olah tidak mengenali saya. Hati saya bertambah risau. Kesan ubat bius terlalu kuat. Jadi, Sofie boleh ingat-ingat lupa. Saya tak putus asa. Saya bermain dengan Sofie, saya nyanyikan lagu kegemaran Sofie. Saya peluk Sofie, saya cium dahi Sofie, tapi Sofie tak beri respon langsung. Hati saya mahu menangis. Kenapa Sofie ni? Sofie dah tak kenal umi ke? Ini umi, sayang! Sofie diam je bila saya buat semua tu. Menangis pun tidak, gelak pun tidak. Saya masih tak putus asa. Saya cuba lagi mengembalikan ingatan Sofie. Saya 'onn'kan kamera. Sofie menunjukkan respon positif. Sofie sangat suka dengan kamera. Saya risau kalau Sofie melupakan detik-detik manis bersama saya dan keluarga. Saya mainkan semua video rakaman yang saya rakamkan dulu. Mujur masih belum 'delete'.

- Bila saya mainkan semua video Sofie bersama Hijaz, Ikhwan dan Amniy, Sofie menunjukkan respon yang baik. Sofie cuba memberikan senyuman pada saya. Seronok saya melihat senyuman manja Sofie. Sofie nampak excited dengan setiap video yang saya mainkan itu, lagi-lagi video bersama Hijaz. Mungkin Sofie cuba mengingat kembali saat-saat manis bersama adik kesayangan. Hati saya sangat gembira.

- Petang, saya naik lagi, Sofie lain dari sebelumnya. Dia dah kenal saya sebagai umisofie. Nampak saya berjalan dari pintu wad, Sofie dah menjerit keriangan. Alhamdulillah! Sofie dah kenal siapa saya. Saya melayan Sofie...saya suapkan Sofie makan bubur, saya mandikan Sofie. Sofie seronok sekali. Saya pun gembira yang amat. Tiba-tiba, nurse datang buat pemeriksaan, SPO2 Sofie tak cantik. Cuma 90%. Terpaksa pakaikan Sofie nasal prong semula. Aduhai Sofie....

8 April 2010 (Khamis)
- Seperti biasa, rutin saya setiap hari ke IJN. Hari ini agak awal saya naik ke wad. Jam 9.15 pagi, belum pun waktu melawat. Nasib baik pengawal keselamatan di IJN ni boleh berkompromi. Sofie keriangan melihat saya. Seperti biasa. saya mencium dahi Sofie, Sofie menghulurkan tangan dan mencium tangan saya. Alhamdulillah, Sofie sudah kembali mengingati saya sebagai umisofie. Risau betul saya kalau Sofie lupakan saya lagi. Masa yang ada, seperti biasa saya melayan semua kehendak dan karenah Sofie. Alhamdulillah, setiap hari ada perkembangan positif Sofie. Setiap hari, setiap malam saya tak putus-putus berdoa memohon kesembuhan buat Sofie.

- Begitulah hari-hari berikutnya.... Jumaat, Sabtu dan seterusnya. Sofie bertambah sihat dan ceria. Sofie semakin sembuh. Cuma perlu menjaga luka dalaman dan luaran sahaja.

12 April 2010 (Isnin)
- Hari dimana doktor perlu mencabut tiub yang mengeluarkan air dari paru-paru Sofie. Kebetulan saya berada di wad. Sangat menyayat hati mendengar Sofie menangis kesakitan. Saya kuatkan hati mendengar tangisan Sofie. Selepas selesai semuanya, saya terus ke arah Sofie. Jelas sekali Sofie perlukan saya. Saat saya datang ke katil Sofie, Sofie berhenti menangis. Saya memeluk Sofie dan membiarkan nurse selesaikan tugasnya. Lega hati bila semua wayar dan tiub dah ditanggalkan dari badan Sofie. Sekarang hanya menunggu keputusan doktor sahaja, bila Sofie boleh pulang ke rumah. Keadaan Sofie perlu dipantau 24 jam selepas tiub itu di cabut. Jadi saya amat berharap, esok hari Sofie boleh pulang ke rumah.

13 April 2010 (Selasa)
- Setelah selesai menjalani echo, doktor putuskan Sofie boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah...semuanya selesai. Keputusan echo menyebelahi Sofie. Paru-paru Sofie telah kering sepenuhnya, jantung Sofie berfungsi dengan baik dan normal. Cuma, Sofie perlukan ubat untuk tempoh masa tertentu. Tak kisah semua itu, yang penting Sofie sihat dan selamat. Jam 6 petang kami bertolak dari IJN pulang ke rumah.

Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sofie. Semoga Allah membalas jasa kalian. Pembedahan Sofie ini merupakan satu pembedahan yang besar. Masalah jantung Sofie sudah di tahap yang kritikal. AVSD Complete with Pulmonary Hipertension. Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah permudahkan semua urusan. Syukur padaMu Ya Allah! Terhapus sudah air mata kesedihan, terbit pula air mata kegembiraan tanda syukur pada Yang Maha Esa.

Di entri akan datang, saya akan kongsi gambar-gambar Sofie selepas pembedahan.