Showing posts with label UKHUWAH. Show all posts
Showing posts with label UKHUWAH. Show all posts

Friday, September 13, 2013

Kiriman sahabat!

Assalamualaikum.....
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Sedang menanti cheese cake dibakar dalam oven. Agak panas cuaca malam ini. Oh tidak! Bukan cuaca yang panas, tapi panas dek 2 biji oven saya yang sedang beroperasi. 2 biji kek harus disiapkan sebelum menjelang subuh esok. Japanese cheese cake dan caramel cheese cake. Terlewat membuatnya ekoran menidurkan si kecil yang masih menyusu badan sambil ngempeng2, kata orang Jawa.

Sementara menunggu kedua2 kek saya masak, saya ingin mengemaskini blog ini. Lama menyepi kerana kesibukan tugas sebagai isteri, ibu dan pembuat kek kecil2an di dapur kecil yang comel itu. :-p. Malam ini saya ditemani Sofie dan Hijaz yang masih bising berdua. Belum tidur.... hadoi anak2 umi.

Ok, tengahari semalam, saya didatangi sebuah van pos laju. Agak terkejut apabila van itu berhenti di hadapan rumah saya. Kebetulan saya sedang di luar rumah untuk membuang sampah. Hati terdetik, "aku ada shopping online ke?".

Adik pos laju memberi salam, dan bertanya, "Naimatul Hafizah?"
Setelah salam dijawab saya membalas, "Ye, saya."

"Ada kiriman buat akak. Sila isikan no. ic dan tandatangan di sini ye, kak."

Saya tertanya2, siapa gerangan si pengirim? Apa isi dalam bungkusan tersebut? Hati meronta tidak sabar mahu segera membukanya. Sebelum itu, saya lihat nama pengirim. Siti Eliya Haji Masron? Ya Allah, dia merupakan sahabat FB saya. Saya pernah berjumpa kak siti sekali di Shah Alam sebab kak siti tempah roti dengan saya. Saya koyakkan je bungkusan, tak sabar punya hal. Subhanallah, Masya Allah..... tak tahu saya nak kata apa.

Kiriman kak siti membuatkan hati saya terharu. Rasa nak mengalir air mata. Saya hanya mengenali kak siti melalui FB. Berkongsi2 resepi, berkongsi cerita. Kak siti mengirimkan sesuatu buat saya sebagai hadiah, kerana katanya resepi kek mentega yang saya beri menjadi. Anak2nya suka, katanya. Alhamdulillah..... dapat berkongsi resepi dengan sahabat. Resepi ibunda saya sebenarnya. Saya cuma memanjangkan pada orang lain. Yang pasti, saya sangat terharu dengan pemberian kak siti. 

Buat kak siti,
Terima kasih kak siti. Terima kasih banyak2. Fiza tak pernah harap apa2 balasan dari akak. Resepi biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Fiza gembira bila akak cuba, menjadi dan suka. Semoga Allah balas yang terbaik buat akak.

Hadiah dari kak siti. Purse! Putih krim.... cantik.... sgt feminin.... 
Sesuai dengan saya.

Ini kenangan buat saya. Saya updatekan di sini sebagai tanda ingatan persahabatan bersama kak siti. Terima kasih sekali lagi. 

Sekian buat waktu ini...... 

Wednesday, November 30, 2011

Kenangan indah dalam hidup ~ Gathering Ratuhati.com ~

Assalamualaikum....

Sekali lagi, saya terpaksa meng'anaktiri'kan blog ini. Oh sedihnya! Kesian dia.... Jahat saya, kan....

Ok, tak nak la kasi blog ni sepi tanpa berita, update gak la sikit. Cerita hebat dalam hidup saya.... Pertama kali menyertainya..... Bersama rakan2 Ratuhati.com, 3 tahun lebih saya bersamanya, dan ini kali pertama saya sertai.

Gambar saya ambil dari album kak Fisa Othman. Mekaseh kak!
Gathering RH kali pertama saya sertai, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa
Pada 26 November 2011 lalu.

Sangat2 berterima kasih dengan suami tercinta dan anak2 sebab sanggup melayan karenah saya menyertai gathering ini. Kasih suami terserlah apabila dia sanggup masakkan bihun goreng yang sangat sedap untuk dibawa sebagai pot luck. Tapi, yang tak bestnya..... saya tak sempat nak ambil gambar.... sebabnya, mood saya agak kureng sikit masa tu. Ntah kenapa...... (biarlah rahsia! :-))

Jadi sebagai kenangan, saya simpan gambar2 ini disini. Gambar yang saya ambil dari album sahabat2 RH terchenta.... Mekaseh kalian, abadikan gambar yang ada muka Fiza!

Gambar ini juga saya ambil dari album kak Fisa Othman.
Perkenalkan dari kiri : Kak Fisa, kak Sue Aleen, Zakirah, Della, saya, Ann Syifa`, Yana dan Ayu.

Oooppsss, ini juga dari album kak Fisa.... uhuk! mekaseh banyak2 kak! Sayang akak.... hheheee
 Mak eh.... ramai la pula.... saya try ye, dari kiri : Shila, Lidiawati, Yana, Syakira, kak Fisa, kak Sue, Zakirah, saya, Ann Syifa`. 
Berdiri : Kak Ara dan kak Shada.
Duduk di depan : puan pengetua ( kak Ummi, dok depan Syakira ), Krsty (dok depan kak Fisa), Diana Nafiesa (dok depan Ann Syifa`), Akma Alias (dok depan kak Ara) dan Eizany Nory (dok depan kak Shada)
Ok, ada sesapa tertinggal tak? Hihihi...... 

Dan..... tetiba, kat Kawan RH saya jumpa gambar ni. Kak ummi candid. Malunya saya.... Hehehehe
Tapi, sangat berterima kasih dengan kak Ummi sebab candid gambar saya bersama Hijaz ni. Saya langsung tiada gambar kenangan...... Saya dah minta izin dengan kak Ummi nak ambil gambar ni. Sayang kak ummi!!!!!....

Saya ambil gambar ni di SINI
Sebenarnya saya sangat2 enjoy dapat bertemu 4 mata dengan sahabat2 alam maya.... tak sangka mereka semua ramah2 dan baik2 belaka.... Rasa nak jumpa lagi. Saya berharap sangat, saya dapat join untuk gathering akan datang, insya ALLAH dengan mood yang lebih baik. Hehehehhe.... tah hapa2 tah saya ni, kan?

Ok, sekian untuk waktu ini! Daaa.....

p/s: gambar2 di atas tiada watermark saya sebab bukan gambar saya, saya ambil dari album kawan2 yang sangat budiman dan baik hati :-)

Tuesday, September 20, 2011

Ke rumah BIL & Pertemuan Ahli RH di Rumah Pn. Admin

Assalamualaikum....

Pagi-pagi lagi sudah mahu update blog. Bukan apa, nanti tangguh2, cerita dah basi. Ni pun dah nak basi dah ni. Tapi, sebab mahukan catatan kehidupan tertera di sini, update jugak la......

Ahad lepas, 18 September, agak jauh saya dan keluarga berjalan, beraya dan menghadiri rumah terbuka. Kami ke Bangi. Eh, jauh ke? Rasa macam jauh je.... Di Bangi ni rumah abang ipar saya. Tak banyak ambil gambar pun, jadi tepek gambar yang sikit ni je la sebagai kenang-kenangan.

 Anak-anak sedara....

 Gambar budak ni, kena la tepek...

Tuan rumah yang sibuk ke hulur ke hilir.... BIL saya tu!

Yang menjadi excited sangat waktu ni sebenarnya pada hari tersebut ada perjumpaan geng Ratuhati.com di rumah Puan Admin. Kebetulan pula, rumah Puan Admin RH tak jauh dengan rumah BIL saya, jadi kesempatan yang sangat baik ini diambil oleh saya untuk bertemu sebahagian ahli RH. Ada beberapa ahli yang saya pernah bertentang mata kerana kehadiran mereka di teratak saya sebelum ini. Lihat di sini dan di sini. Tapi ramai juga yang baru pertama kali bersua muka.

Alhamdulillah, rasa syukur sangat diberi kesempatan memanjangkan ukhuwah yang selama ini hanya di alam maya. Juga rasa tidak puas kerana pertemuan yang sangat singkat dan masing2 sibuk dengan karenah anak masing-masing. Maklum la, budak2, kan..... Mungkin terlampau penat berjalan, jadi sampai kat rumah Puan Admin, ada yang dah mula mengamuk dan tak mahu lekang dengan ibu, tak boleh la ibu2 ni nak bersosial sikit. Walaupun pertemuan agak singkat, ia sangat bermakna....

 Bersama Ashila dan Ashlia.... 
Awal perkenalan mereka di alam maya, 2 nama ni selalu buat saya keliru.
Tapi sekarang tak lagi...... 
Ashila pernah bertandang ke rumah saya, sekarang saya menanti kedatangan Ashlia pula.....
Boleh ye Ashlia.... Mari la ke rumah akak. :-)

 Bersama Lidiawati dan anaknya.
Perkenalan di RH dan terus membawa ke FB..... :-)

Bergambar ramai2 bersama ahli RH yang hadir. 
Puan Admin yang pakai tudung biru kat depan tu....
Alamak, dia tengah betulkan tudung pulak.....

Meh kita crop sikit tengok Puan Admin meh....
:
:
:
Dari kiri : saya, Vill (Siti Munirah), Ashila dan Puan Admin kita- Kak Ummi (Asniza) 

Gambira sangat dapat bersua muka dengan Puan Admin. Selama ni, saya selalu gak la dok chatting dengan dia, kadang2 ada sms dia.... Sekali dapat bertentang mata. Alhamdulillah...... Semoga ukhuwah ini terus kekal.

Juga terima kasih tidak terhingga kepada suami tersayang kerana melayan kehendak saya juga menemani saya bertemu dengan geng RH ni. Harap2 suami tercinta saya ni, mahulah menjadi peneman saya andai ada perjumpaan di lain waktu yer... sayang la dia! Heheheheh

Ok, setakat ini saja untuk kali ini......

Monday, September 19, 2011

Lagi Rakan RH yang sudi berkunjung ke teratak Umisofie

Baru je update pasal rakan RH yang datang beraya ke rumah saya tadi... Ni tak sabar lagi nak update... hehehe. Seronok tau korang, dapat bertemu 4 mata dengan kawan2 alam maya.... Terlebih excited gitu.....

Keesokkan harinya, Sabtu 17 September, saya dikunjungi oleh seorang lagi sahabat alam maya dari Ratuhati.com. Tak pernah langsung bersua muka selama ni, hanya berfacebook dan di forum sahaja. Tiba2 kali ni, diberi keizinan untuk bertemu. Dia ialah Ashila Izz

Tapi, kesian dia.... layanan kasih sayang (bak kata kak Sue) agak kureng sikit. Maklum la, masing2 dah penat. Tapi, yang bestnya dalam penat2 tu, sanggup juga sahabat yang sorang ni berkunjung ke teratak saya. Alhamdulillah...... dan maaf la yer, Shila. Lain kali Shila datang, akak masak lebih sikit. Kali ni sempat buat bubur keledek caca marba jer.....

Macam biasa la... layan gambar....

 Sofie dengan Myra yang comel

 Hijaz juga... yg sebelum ni amat pemalu nak bergambar dengan Myra

 Shila dan suami.

Mummy dan anak.... Terima kasih Shila!

Shila, jangan serik ye datang rumah akak....
Nanti saya nak update lagi pertemuan dengan ramai lagi sahabat RH di rumah Puan Admin RH.
Nantikan yer....

~Rakan Ratuhati.com mengunjungi Umisofie~

Baru kesempatan update blog ini..... alasan biasa, sibuk sangat2....
Cuti sempena Hari Malaysia, 16 September lalu, rumah saya diterjah oleh sahabat2 Ratuhati.com. Sangat menyeronokkan sebab sebelum ni hanya bertemu di alam maya seperti di forum dan juga di facebook. Tapi, kali ini dapat bertentang mata dengan mereka. Sangat gembira.

Suami saya masak bihun sup siam dan mee goreng untuk menjamu tetamu istimewa yang hadir. Saya pula buat kek coklat dan dadih. Alhamdulillah, sebagai tuan rumah saya berbesar hati kerana kesudian mereka berkunjung ke rumah saya yang tak berapa nak besar tu, juga kesudian mereka menjamah hidangan yang ada.... Terima kasih banyak2 semua.....

Paling kelakar, masa semua dah datang tu, hujan lebat yang amat. Dan tiba2 eletrik tertendang, maka blackout sekejap. Makan la mereka dalam keadaan nampak tak nampak makanan tu...... Kilat pulak sabung menyabung, jadi tunggu kilat berhanti baru betulkan eletrik tu.....

Malas mahu bicara panjang2, marilah layan sikit gambar... Ooooppppssss, lupa nak bagitahu, mereka yang hadirkan diri ialah, Kak Sue Aleen, Della dan Zakirah.

 Sedang menjamu selera..... 
Sebenarnya, lampu bahagian makanan tu terbakar, jadi kualiti gambar tak best. Gelap pula....

 Kaum bapa yang baru nak bersilaturrahim.... sambil makan2...
Suami Della tu, dah kenyang gamaknya.... Suami Della kawan sekolah rendah saya dulu. 
Berkenalan pula dengan Della kat forum, tak sangka.... kecik je dunia :-)

 2 mak dara rancak berborak.... Della dan Kak Sue.
(macam biasa la kak Sue tu kan... suka beno berkontroversi dgn wajah. Tak nak interprm muka tu.
Demi permintaan dia, ditutup jua mukanya itu. :-) Sapa nak jumpa kak Sue, kena jalan2 rumah dia yer)

 Aisyah, anak dara Della bersama Sofie..... 
Teringat Aisyah tak nak balik sebab seronok berkawan...

Aleesya, anak dara Zakirah..... budak muka Korea bermata bulat.
Zakirah, suami akak kata muka Zakirah muka korea.... Cantik!
Belakang tu, si bujang kecik saya yang amat pemalu :-)

4 mak dara pilihan suami masing2... 
Hahahaha..... semua sudah berpunya suami dan anak2 yer.

Ok, setakat ni itu dulu yer....
 Entry akan datang, ada lagi seorang kawan RH yang bertandang ke rumah saya...... 
Siap? Nantikan.....

Monday, September 12, 2011

Bertemu Rakan Ratuhati

Assalamualaikum...... Selamat hari Isnin. Dah petang baru update....

Selalunya hari Isnin ni, moody sikit. Maklumlah, dah 2 hari bercuti, kan... Nak2 pulak 2 hari mood hari raya.
Rumah terbuka sana sini, makan itu ini.....

Minggu baru ni, masa saya sangat lapang. Sabtu, suami bersekolah. Jadi hanya duduk rumah, buat kerja2 rumah. Layan tetamu kecil bertandang. Kawan2 Ikhwan dan Amniy beraya... Hehehe... Kelako je tau.

Posing gatal menggedik anak beranak sebelum sampai rumah kak Sue. :-)

Ahad, jenjalan, memenuhi undangan kak Sue Aleen. Malu jugak sebenarnya nak pergi. Suami saya pula jenis penyegan nak jumpa kawan2 saya. Tapi, di sebabkan suami saya kenal dengan suami kak sue, dia on jer.... Kalau rumah sahabat RH lain, tak tahu la dia nak pegi ke tidak.

Kat rumah kak sue, jumpa pulak dengan Ayu Khairy dan Ramizah. Syok... walalupun tak dapat jumpa ramai kawan, tapi, Alhamdulillah.... rasa seronok sangat. Rasa nak jumpa dorang lagi. Bila2 kang kita set time ok!

Dari kiri : Kak Sue Aleen ( kak sue tak bagi tayang muka dia, so, saya cover dengan smile yang lebar... hehehe), Ayu Khairy, saya, Ramizah bergambar kenangan di depan rumah kak sue bersama anak2.


Semoga satu hari nanti, kita akan bertemu kembali bersama rakan-rakan RH yang lain....
Yang pasti, saya puas hati dapat berjumpa mereka ini..... :-)

Thursday, July 14, 2011

Thank You, Mama Risa!!!!!

Assalamualaikum semua....
Entry kali ni nak heboh pasal parcel yang saya dapat dari seorang kakak yang sangat baik hati.
Mula2 poslaju sampai rumah, konfius juga, sebab tengok tak de nama dari kakak tu.

 Tapi, bila dah main2 mesej dengan dia kat FB, tau la dia punya kerja ni.
Hehehehhe....
By the way, thank you so much buat kak Risa
Baju akak hantar ni memang sangat cantik dan sesuai dengan budak perempuan tu.
Tapi, besar sikit.... tak kisah pun, sebab boleh simpan, sikit masa lagi dah boleh pakai untuk bergaya

Inilah bajunya:
:
:
:

Cantik,kan? 

Untuk tatapan mama Risa....
 Gaya jubah dah....

Hai mama Risa.... thank you so much! 
Muuuaaahhhhh!!!!!

Sunday, September 19, 2010

Kunjungan merapatkan ukhuwah

Salam Lebaran semua. Masih lagi dalam suasana lebaran,kan.... seronok bila baca blog kawan2 semua beraya sakan. Saya ada macam2 cerita ingin dikongsikan bersama. Saya akan kongsikan satu persatu ye.... banyak sangat ni. 

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang seseorang sahabat maya saya yang sudi bertandang menziarahi rumah saya malam tadi. Sambil berziarah sambil berhari raya. Sangat berbesar hati menerima kehadiran beliau. Sangat teruja juga.... dia yang saya maksudkan ialah seorang sahabat blogger, Kak Laili.

Sebenarnya, Kak Laili berhasrat mahu bertandang ke rumah saya pada hari sebelum itu. Tapi, memandangkan saya tiada di rumah, terpaksa menukar plan. Akhirnya, sampai juga Kak Laili ke teratak buruk saya. 

Terima kasih Kak Lali, atas kunjungan yang sangat2 menggembirakan. Terima kasih buat puteri2 Kak Laili, Puteri dan Dayang kerana bawakan hadiah comel buat Sofie dan Hijaz. Semoga kita ada harapan untuk bertemu kembali, insya Allah.

Hadiah dari Puteri dan Dayang.

Nota umisofie: Sebenarnya, saya ada merakamkan beberapa keping gambar bersama Kak Laili. Tetapi, atas permintaan beliau, saya tak jadi uploadkan di sini. 

Tuesday, August 24, 2010

Hadiah dari Blogger! Terima Kasih...

Saya baru je menjadi seorang blogger, blogger tegar tu, tidaklah. Berblog untuk mengisi masa lapang sebagai SAHM (stay-at-home-mom). Cerita di blog berkaitan kehidupan terutamanya anak2. Alhamdulillah, belum pun mencapai setahun usia blog ini, saya punya banyak kawan blogger yang sangat baik dan pemurah. 

Baru2 ini saya menerima hadiah dari seorang  kakak yang saya kenal melalui alam maya. Kak Laili namanya. Mula perkenalan di RH, kemudian FB, dan saling follow blog masing2. Sekarang kak Laili kita ni dah delete akaun FB dia. Hanya dia mengerti kenapa keadaan itu berlaku. Tapi, alhamdulillah, saya masih mengetahui bagaimana ingin berhubung dengan kak Laili sekiranya saya perlukan dia.  :-)

Berbalik kepada hadiah yang kak Laili beri, katanya saya merupakan pemberi komen terbanyak di blognya. Ye ke? Komen yang ntah hapa2 pun dapat hadiah juga. Seronok saya! Insya Allah, hadiah tersebut akan saya gunakan sebaik mungkin. Semoga Allah beri ganjaran pada kak Laili. Terima kasih kak Laili Jelita.

Ini hadiah yang saya maksudkan, senaskah Al-Quran berkulit warna emas. Rasm Uthmani lagi.
(Kak, Fiza dah rasmikan ia malam tadi... :-))

Ok, sebelum dapat hadiah Quran itu, sebenarnya saya telah mendapat hadiah juga dari seorang adik blogger. Sangat pemurah dia. Rina namanya. Rina menghadiahkan saya 3 helai shawl. Cantik! Jujur, saya tak pandai nak pakai shawl ni. Saya bukan pemakai shawl. Tapi, saya gunakan ia untuk meng'cover' Hijaz ketika menyusu di khalayak, atau di dalam kereta. Ada guna juga shawl ini. Boleh,kan Rina?

Shawl dari Rina

Tengoklah, Rina...Sofie sibuk nak menggayakan shawl yang Rina bagi. 
(Sory, akak lambat buat entry pasal ni.)

Saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Kak Laili dan Rina, atas kesudian mereka menghadiahkan sesuatu buat kenangan, ia sebagai tanda ukhuwah kita. Semoga ukhuwah ini terus kekal selamanya.

Ok, saja nak cerita pasal berbuka pulak. Saya pening la korang...setiap kali masuk waktu petang, saya mesti jadi pening sebab memikirkan menu untuk berbuka. Ada pilihan banyak makanan pun kita jadi pening,kan? Kalau tak ada makanan...mmmm, macam mana la ye. Ish..ish...

Semalam menu berbuka saya simple sangat. Nasi goreng hati ayam bersama sosej, mee kari Adabi dan badak berendam. Semuanya home-made ok! Airnya, air blackcurrent Sunquick dan hot chocolate coffee.

Menu berbuka petang semalam

Tiba-tiba, siang ini saya jadi pening lagi memikirkan menu berbuka untuk petang nanti. Aduhai..... Dah la Ikhwan tak puasa, Ikhwan masih demam. Sian dia. Doakan Ikhwan cepat sihat ye. Melayan karenah Ikhwan, melayan Hijaz, Sofie, Amniy.....Penat betul badan ini. Ok, kita jumpa di lain entry yer. 

Thursday, August 19, 2010

Bertemu ibu Nabila semasa bawa Sofie terapi.

Boleh tak tajuk tu pendekkan sikit? Aduhai, pemalas sungguh umisofie ni nak fikir tajuk terbaik. Layan je la...

(Sebelum baca sampai habis, lihat dulu gambar Sofie kat atas tu yer....hehehe. Saje je tepek gambar ni, sebab saya sangat2 suka dengan posing Sofie macam ni. Kot2 la ada yang rindukan Sofie, meh la tatap....kihkih)

Semalam tak sempat nak update blog ini. Alasan yang dah basi, bizi manjang.... entah hape tah yang dibizikan dgn dak Fiza ni,kan? Semalam, nak cerita la sikit,kan. Sofie ada terapi kat HSB. Ini merupakan terapi pertama Sofie selepas pembedahan. Sebelum ni dah 'arrange'kan appointment baru, tapi tak boleh nak pergi. Ada saja halangannya. Jadi, semalam petang, saya gagahkan juga untuk pergi. Sian Sofie sudah lebih 4 bulan tak bertemu juruterapi di HSB.

Agak malas sebenarnya, dah la bulan2 puasa ni. Cuaca semalam pulak sangat2 la panas. Cik suami pun balik dari sekolah agak awal, sempat terlelap sekejap. Tapi, demi anak gadisku terchenta, digagahkan jugak diri ini. Mujahadah melawan kemalasan juga ni....adeh! Tak pe, kita yakin dengan janji Allah, Dia pasti membalas setiap titik peluh yang kita gugurkan demi anak istimewa kita.

Sampai di HSB, saya bawa Sofie terus ke bilik terapi. Cik suami menjaga anak2 lain di kereta, sambil bawa anak2 pusing2. Saya sangat excited bila depan bilik terapi tu saya terserempak dengan seseorang yang saya rasa macam kenal. Permulaan dimulakan oleh dia, "eh, macam kenal je. Kak Fiza kan?" Saya pun menegur si dia, "Ina yer?" Kami berbalas senyuman dan saya datang kepadanya. Ina sedang mendukung anak istimewanya, si Nabila yang sangat comel dan cute. 

Sungguh! Saya sangat2 teruja berjumpa dangan Ina. Ina ni saya kenal hanya melalui alam maya, permulaan perkenalan di RH, kemudian bawa ke FB dan terus saya mem'follow' blog dia dan dia juga mem'follow blog saya. Meskipun mengetahui dia juga sering membawa Nabila ke Gedangsa menjalankan rawatan bersama Kak Raw, tapi, kami tak pernah ada rezeki untuk berjumpa. Tak sangka rezeki kami bertemu 4 mata petang semalam. Walaupun hanya pertemuan yang sangat2 singkat, saya rasa sangat seronok dan gembira. (Ina, ada rezeki bila2 kita jumpa lagi ye. Tak puas nak main2 dengan Nabila...:-)) Selepas berpisah saya masuk ke bilik terapi.....

Terapi Sofie bersama Puan Zuriyati, bukan bersama Puan Sally. Wah...Sofie sangat teruja ok. Sudah lama dia tak masuk bilik tu, tiba2 semalam dia masuk, senyum je memanjang. Macam2 ada tu.... ye la, benda yang tak ada kat rumah, ada kat situ. Mana tak terujanya.

Ok, keseluruhan, terapi semalam, Sofie banyak beri kerjasama. Maklumlah, selepas pembedahan Mac lepas, Sofie pun makin ligat dan aktif. Jadi, setiap apa yang juruterapi mahukan Sofie cuba tunaikan walaupun kadangkala ada sedikit hilang fokusnya. Sofie belajar berjalan, Sofie bermain bola, Sofie bermain puzzle....Sampai letih pulak umi Sofie nak melayan semua kehendak dia.

Yang pasti, saya juga berpuas hati denga terapi semalam. Puan Zuriyati juga berkata, Sofie sudah kuat. Cuma dia takut nak melangkah ke depan untuk berjalan tanpa berpaut pada mana-mana objek. Jadi, latihan harus ada.  Dia kata lagi, Sofie makin aktif, dan memberi respon pada setiap arahan kita. Mulut pun sangat bising dengan bahasa dia. Alhamdulillah, setiap perkembangan Sofie walaupun kecil dan sedikit, saya merasa amat bersyukur dan bangga. Hai, Sofie, cepat la jalan.....

p/s: Saya terlupa nak bawa kamera untuk merakamkan setiap aktiviti Sofie di terapi semalam. Ada juga beberapa aktiviti yang saya rakamkan di dalam handphone, tapi...malangnya, USB handphone saya tak boleh berfungsi pulak....huhuhu. Amatlah terkilan, ok!

Monday, April 26, 2010

Panjangkan Ukhuwah.....

Pertemuan yang dirancang bersama seorang rakan blogger, akhirnya terlaksana juga. Dia seorang adik, kerana usianya yang muda 2 tahun dari saya. Dia seorang yang saya kenal melalui blog. Tidak saya sangkakan dia sudi berkunjung ke teratak saya yang tak seberapa bersama suami dan anaknya yang comel, Syura. Dia yang saya maksudkan ialah Mama Eja. Terima kasih Eja, kerana sudi berkunjung ke teratak kak Fiza, terima kasih kerana membawakan hadiah buat anak-anak kak Fiza terutamanya Sofie.

Saya dan suami memang dah merancang, kalau Mama Eja jadi bertandang ke rumah kami, saya nak masak sikit buat hidangan tetamu terhormat. Jadi, saya telah menyediakan bakso. Sebenarnya, saya baru je balajar membuat bakso dari MIL. Harapnya tetamu berpuas hati la dengan hidangan tak seberapa dari kami, yer. Sorry pada Eja dan Ariff kalau bakso yang kak Fiza buat macam kureng sikit. Maklumlah...baru first time buat.

Mama Eja dan keluarga berangkat pulang dari rumah kami seusai solat maghrib. Insya-Allah, panjang umur, murah rezeki, kunjungan ini akan berbalas. Eja, nantikan kedatangan kak Fiza sekeluarga ke rumah Eja pula, yer.... Insya- Allah, satu hari nanti. Kena cari masa...hehe. Apapun, kak Fiza gembira sangat dengan kunjungan Eja sekeluarga ke rumah kak Fiza.

Sofie bersama teman baru, Assyura.... excited betul dak Sofie tu!

Inilah Mama Eja... (pandangan dari sisi je, yer) Seronok Mama Eja melihat gelagat Syura.

Bergambar sebelum Mama Eja berangkat pulang. Alahai... gambar tak bersedia la pulak. (Cik suami saya sebagai jurugambar amatur, jadi dia tiada dalam gambar). Sekali lagi,bang!

Haaa...ni baru betul. Sebelah Mama Eja tu, husband dia bersama anak daranya, Syura. Dua orang budak lelaki kat belakang tu, anak bujang saya, Ikhwan dan Amniy.

Eja, semoga ukhuwah yang kita bina melalui alam maya ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Sungguh kak Fiza tak sangka, sahabat alam maya telah menjadi sahabat alam nyata pula.....