Thursday, April 28, 2011

~Sofie Minta Diselimutkan~

Salam semua, 
Hari ni nak cerita la sikit pasal Sofie. Lama dah cerita Sofie menyepi,kan? Bukan apa, Sofie sekarang makin cerdik, sampaikan umisofie ni tak tahu nak ceritakan hal yang mana satu. Ini cerita malam tadi....

Malam tadi saya tidur bersama my little kids, Sofie dan Hijaz di tingkat atas. Suami dan 2 boys saya tidur di tingkat bawah. Suami malas nak angkat dan kejutkan boys saya tu, so, dorang terus lelap sampai pagi. Lagipun cik suami saya tu ada temujanji tengok bola la pulak......

Dalam jam 11 malam, saya dan little kids saya naik la atas untuk tidur. Saya 'on'kan air-cond.... memandangkan malam tadi cuaca amat hangat, saya kuatkan air-cond, 25 darjah celcius. Saya cadang, bila suhu bilik dah agak sejuk, saya akan turunkan darjah celcius air-cond. Rupa2nya saya terus terlelap sehinggalah Sofie terbangun dan menangis, sambil menepuk2 badan saya. Saya lihat handphone, "Owh, baru 2 pagi, Sofie kenapa?" Saya tanya dia.

Apa dia buat? Sofie pegang selimut dan tepuk2 badan dia sambil menangis.... Owh! Rasa nak tergelak saya, rupa2nya, Sofie kesejukan sebab air-cond terlalu kuat. Jadi, Sofie minta saya selimutkan badan dia. Selepas saya menyelimutkan badan Sofie, terus Sofie tidur semula sambil menghisap jari..... Kesian Sofie....Terus saya ambil kontrol air-cond untuk merendahkan suhu bilik, 30 darjah celcius. 

Pagi tadi, sebelum suami saya ke sekolah, saya ceritakan hal Sofie pada suami. Wah.... rasa nak menangis bercerita tentang kepandaian Sofie itu. Rasa sangat terharu, Sofie juga boleh jadi pandai seperti itu. 

Mungkin situasi ini biasa buat ibu2 lain, mungkin ini juga situasi biasa andai Sofie anak normal. Tapi, Sofie anak sindrom down, yang kita semua tahu akan kelewatan Sofie untuk berfikir dengan waras. Usia Sofie hampir masuk 4 tahun, ok! Andai anak2 yang lain, dalam usia 4 tahun, pelbagai perkara boleh dilakukan dengan sendiri. Tapi tidak bagi Sofie.... Walaupun hanya sedikit kepandaian, kebijaksaaan yang Sofie tunjukan, saya merasa amat terharu dan nak menangis...... Sekian.....
Ada yang rindu dengan Sofie

12 comments:

  1. alhamdulillah...seronok dengar perkembangan sofie..

    ReplyDelete
  2. Sofie best. Muah muah Sofie.. jangan nakal2 ok.. nanti auntie cium sampai lemas.. hehehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...sekurang2nyer sofie dah menunjukkan perkembangan...bila sofie dah pandai uruskan diri sendiripun dah merupakan satu kesyukuran...

    ReplyDelete
  4. aunty nuyue rindu sggt sama sofie...
    muuuahhhh

    ReplyDelete
  5. sedihnya perenggan terakhir tu k.fiza.

    sofie good girl kan..

    ReplyDelete
  6. rindu juga pada sofie..alhamdulillah, perkembangan yang bagus..

    ReplyDelete
  7. Wowww.... renungan dia tu.... menggoda yuuuu....:)

    ReplyDelete
  8. she's so special..mcm uminye juga..moga Allah permudahkan segala..amin....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....