Ntah ada lagi ke tidak pengunjung blog ini ye. Sebulan lebih saya tak update di sini. Lagi2 cerita tentang anak dara saya tu. Huh, minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat saya. Isnin, saya sendiri ada check-up hamil di KK Batu Arang, Selasa, bawa Sofie ke HSB untuk ambil darah TFT (hipotirod), Rabu tiada ke mana, tapi amat sibuk dengan tempahan, Khamis sekali lagi bawa Sofie ke HSB untuk follow-up dengan doktor kanak-kanak dan Jumaat pula, sekali lagi ke HSB sebab Sofie ada temujanji dengan Speech Therapy. Dan inilah yang akan saya kongsikan di sini.... Cerita tentang Speech Therapy Sofie minggu sudah.
Lihat..... Sofie sedang asyik beraktiviti :-)
Pertama sekali tanggapan saya pada group itu, rasa sangat rendah diri terutama bila berkenalan dengan semua ibu2 yang membawa anak masing-masing ke aktiviti itu. Tapi, ditebalkan muka, senyuman sajeeee :-) Kenapa saya malu? Kerana rata-rata ibubapa yang hadir membawa anak SD mereka ke tempat2 khusus, terutamanya KIWANIS dan PDK untuk perkembangan anak mereka. Sedangkan saya, selepas berhenti terapi bersama Kak Raw di Felda Gedangsa, saya hanya biarkan Sofie di rumah, terapi dan berkembang bersama Hijaz sahaja. Owh, terasa betapa kijamnya saya membiarkan Sofie di rumah saja. (Dalam hati, biarlah.... mereka bukan mengerti pun. Yang penting saya berusaha mendidik Sofie dengan cara saya sendiri.)
Lekanya Sofie :-)
Kawan baru Sofie...... yang aim Sofie tu :-)
Ada seorang anak SD di situ, sering amat bertindak kasar terhadap Sofie. Nampak sangat dia 'aim' pada Sofie. Sebabnya, tiap kali saya berpeluang sembang2 dengan ibunya, dia akan terkam Sofie, dan akan tarik2 baju Sofie. Sian Sofie...... Mulanya, saya biarkan je, nak tengok macam mana Sofie melepaskan diri dari cengkaman sahabat SD dia. Tapi, bila nampak Sofie tak boleh lepaskan diri, saya mula masuk campur. Ibu anak SD tu pun akhirnya berkata, "Nampaknya tak boleh berjumpa la." Sambil gelak2.....:-)
Saya mula terfikir, baru jumpa sekejap, saya nampak Sofie macam dah mula takut dengan dengan situasi itu. Bagaimana kalau Sofie sudah mula masuk kelas PDK akan datang. (Sofie sebenarnya sudah dipanggil untuk menyertai kelas PDK). Di PDK, anak istimewa ada pelbagai, bukan hanya SD..... Jadi, mesti ada yang punyai sikap tertentu yang boleh memberi kesan pada Sofie. Bila fikir macam tu, rasanya, saya nak jaga Sofie sendiri.... Tapi, mana mungkin, sebab saya perlu juga hantar Sofie ke PDK kerana Sofie sangat memerlukannya. Tengoklah nanti macam mana......
Kumpulan peserta (nampak tak saya dan Sofie depan tu? :-))
Walau apapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aktiviti berkumpulan seperti ini. Sangat bagus untuk anak2 seperti Sofie yang sangat2 memerlukan aktiviti bersosial. Sekurang2nya, Sofie tahu apa yang perlu dilakukan ketika masuk sekolah akan datang. Harap sangat, akan datang saya punya rezeki yang melimpah ruah untuk menyertai Grouping Specch Therapy seperti ini lagi. Masalah2 yang kecil usah diambil serius, kerana kita perlu tuju perkara yang lebih besar buat anak2 seperti ini. Insya Allah, sekiranya Sofie sudah menyertai kelas PDKnya akan datang, saya perlu lebih lagi untuk menguatkan mental dan fizikal saya supaya dapat melepaskan Sofie di sana. Semoga Allah beri kekuatan pada saya dan suami untuk semua itu. Paling penting, saya perlu lebih gigih memberi input perkara2 baik dalam diri Sofie.
Sekian untk kali ini. :-)
Akak pun suka buat group therapy.. dan group paling banyak adalah anak DS, ada 3 group dah sekarang ni.. Dalam banyak2 group, group DS paling senang nak handle sebab ibu bapa sangat bagi kerjasama.
ReplyDeleteFiza, kami memang galakkan anak-anak bersosial, untuk tingkatkan kemahiran kognitif mereka. tetapi kalau parent dapat create kan situasi sosial di rumah (mempunyai adik beradik ramai, atau sedara yg tinggal bersama, berdekatan), takde masalah.. so far, ikut pengalaman parent, selepas anak mereka join pusat tertentu, perkembangan kognitif, sosial anak2 mereka nampak perkembangan positif.
Sofie sekarang dah umur 5 kan?
terus masukkan ke prasekolah khas la Fiza
kak hana,
ReplyDeleteye kak.... sofie pun sebenarnya byk belajar dan berkembang minda selepas kelahiran Hijaz. ye la, kita ajar sama2, pastu dia tgk HIjaz buat, dia tiru...
even Sofie mampu berjalan pun lepas tgk Hijaz berjalan. seronok sgt bila dorg ni bersama, gaduh2, main2... semua tu pembelajaran, kan....
kak hana,
sofie mmg dah nak masuk 5 tahun.
nak masuk pra sekolah khas? kat sini tak de la kak... jadinya, utk sementara ni, fiza akan masukkan sofie ke PDK je dulu. insya ALLAH, bila dah ok dan baik semuanya nanti, fiza akan masukkan sofie ke sekolah khas.....
terima kasih kak, fiza perlukan byk lagi ilmu utk didik sofie dari akak :-)