Petang itu, hujan renyai2. Dari pagi kawasan tempat tinggal kami hujan. Petang itu juga,saya membasuh kain. Sedia maklum, mesin basuh saya di luar rumah. Jadi, saya telah pun membawa kain kotor ke luar rumah untuk di basuh. Selesai masukkan kain dalam mesin basuh, masuk air dan sabun, mesin mula beroperasi. Saya menggunakan masin basuh semi-auto.
Sofie dan Hijaz di luar ketika itu. Lepas biarkan mesin basuh beroperasi saya masuk ke dalam rumah sebab baby Amal menangis nak susu. Saya susukan baby Amal sambil menonton sinetron Bayu Cinta Luna. Tak leka pun, sebab mata jeling2 sambil perhatikan Sofie dan Hijaz di luar. Mereka main stroller. Sofie masuk dalam stroller, dan Hijaz tukang tolak. Gembira sekali mereka ketika itu..... Saya biarkan.....
Beberapa ketika kemudian, stroller berada depan pintu rumah. Saya biarkan.... saya tahu Sofie berada dalam stroller sambil nyanyi2. Saya tanya Sofie, "Sofie nak turun ke?" Sofie jawab tak nak. Saya biar je dia leka dalam stroller tu. Hijaz pulak menuju ke pagar, nak tengok kawan2 abang Iwan dan abang Amniy main badminton kat jalan depan rumah.
Dan... bila saya tak nampak Hijaz di depan pagar, saya panggil nama Hijaz, " Ijaz.... Ijaz kat mana?" Hijaz menyahut panggilan. "Kat mesin." Masih ok lagi.... masih dengar suara dia bercakap sorang2.
Beberapa saat kemudian, saya dengar Hijaz menangis. Saya masih lagi dalam rumah menyusukan Amal. Tapi, hati saya macam tak sedap dengar tangisan Hijaz. Segera meletakkan Amal di tilam, terus keluar.
"Ya Allah! Hijazzzzz...." Saya menjerit! Hijaz sudah tertonggeng dalam mesin basuh yang sedang berpusing. Cuma punggung dan kaki di luar. Saya tahu keadaan sangat2 teruk ketika itu. Saya berhentikan mesin serta merta. Cepat2 saya keluarkan Hijaz. Kepala Hijaz sudah penuh dengan buih sabun. Ya Allah..... terus mengalir air mata saya. Tangan Hijaz membelit kain. Kesian Hijaz.... tangan dia sakit.
Saya bawa Hijaz ke paip, dan terus mandikan dia. Saya minta dia kumur2 air dengan banyak. Hijaz terkesima dan terkejut. Lepas mandikan dia, saya peluk Hijaz dengan tuala. Dia kesejukan sebab cuaca sangat mendung, hujan renyai2..... Dalam hati saya, kalaulah saya terlewat sedikit, pasti saya akan kehilangan Hijaz. Astagfirullah..... Kenapa berkalau2. Mainan syaitan semua tu. Itu adalah takdirnya. Allah mentakdirkan saya untuk segera menyelamatkan anak saya itu. Saya bersyukur sangat sebab Dia masih meminjamkan Hijaz buat kami sekeluarga. Terima kasih Allah!
Saya bawa Hijaz masuk ke dalam rumah. Saya peluk dan tanya Hijaz, "Ijaz ok tak?" Hijaz cuma anggukkan kepala. Hijaz masih lagi rasa takut. Saya peluk Hijaz kuat2. Kesian dia......... Saya bagi Hijaz minum air putih, saya minta dia minum air banyak2.
Bila Hijiaz dah reda, saya keluar tengok bagaimana keadaan itu boleh berlaku. Rupa2nya, Hijaz panjat bakul kain. Bakul itu agak besar. Salah saya.... saya tak sepatutnya membiarkan bakul kain di luar. Kebiasaannya saya akan naikkan semua bakul kain ke atas meja. Saya ada 3 bakul, 1 bakul telah kosong. Jadi, Hijaz terbalikkan bakul itu, dan memanjat di tepi mesin basuh. Hijaz kata dia nak main buih sabun.
Memang biasa Hijaz main buih sabun. Tapi selalunya dia hanya memanjat baldi kecil yang diterbalikkan. Tapi, ntah kenapa bakul pulak jadi pilihan. Yang yenya, baldi kecil itu pun sudah tiada. Suami dah ingatkan saya, jangan biarkan ada baldi atau bakul kosong kat luar. Tapi, saya langsung tak perasan tentang bakul tu sebab fikirkan baldi sudah tiada. Ya Allah, kenapalah saya begitu cuai. Sofie masih berada dalam stroller. Saya tak menjangkakan yang Hijaz akan panjat bakul yang diterbalikkan. Hijaz tak pernah buat macam tu. Rupa2nya, petang itu, kejadian itu mahu terjadi.
Ummi sayang Hijaz
ALhamdulillah....... semuanya dengan takdir Allah. Mengapa semua itu berlaku, ada hikmah disebaliknya. Dia mahu saya lebih berhati2. Dia mahu saya bersyukur. Dia mahu saya sentiasa alert dengan keadaan. Dia mahu Hijaz terus bersama kami. ALHAMDULILLAH.... TERIMA KASIH, ALLAH!