Friday, September 13, 2013

Kiriman sahabat!

Assalamualaikum.....
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Sedang menanti cheese cake dibakar dalam oven. Agak panas cuaca malam ini. Oh tidak! Bukan cuaca yang panas, tapi panas dek 2 biji oven saya yang sedang beroperasi. 2 biji kek harus disiapkan sebelum menjelang subuh esok. Japanese cheese cake dan caramel cheese cake. Terlewat membuatnya ekoran menidurkan si kecil yang masih menyusu badan sambil ngempeng2, kata orang Jawa.

Sementara menunggu kedua2 kek saya masak, saya ingin mengemaskini blog ini. Lama menyepi kerana kesibukan tugas sebagai isteri, ibu dan pembuat kek kecil2an di dapur kecil yang comel itu. :-p. Malam ini saya ditemani Sofie dan Hijaz yang masih bising berdua. Belum tidur.... hadoi anak2 umi.

Ok, tengahari semalam, saya didatangi sebuah van pos laju. Agak terkejut apabila van itu berhenti di hadapan rumah saya. Kebetulan saya sedang di luar rumah untuk membuang sampah. Hati terdetik, "aku ada shopping online ke?".

Adik pos laju memberi salam, dan bertanya, "Naimatul Hafizah?"
Setelah salam dijawab saya membalas, "Ye, saya."

"Ada kiriman buat akak. Sila isikan no. ic dan tandatangan di sini ye, kak."

Saya tertanya2, siapa gerangan si pengirim? Apa isi dalam bungkusan tersebut? Hati meronta tidak sabar mahu segera membukanya. Sebelum itu, saya lihat nama pengirim. Siti Eliya Haji Masron? Ya Allah, dia merupakan sahabat FB saya. Saya pernah berjumpa kak siti sekali di Shah Alam sebab kak siti tempah roti dengan saya. Saya koyakkan je bungkusan, tak sabar punya hal. Subhanallah, Masya Allah..... tak tahu saya nak kata apa.

Kiriman kak siti membuatkan hati saya terharu. Rasa nak mengalir air mata. Saya hanya mengenali kak siti melalui FB. Berkongsi2 resepi, berkongsi cerita. Kak siti mengirimkan sesuatu buat saya sebagai hadiah, kerana katanya resepi kek mentega yang saya beri menjadi. Anak2nya suka, katanya. Alhamdulillah..... dapat berkongsi resepi dengan sahabat. Resepi ibunda saya sebenarnya. Saya cuma memanjangkan pada orang lain. Yang pasti, saya sangat terharu dengan pemberian kak siti. 

Buat kak siti,
Terima kasih kak siti. Terima kasih banyak2. Fiza tak pernah harap apa2 balasan dari akak. Resepi biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Fiza gembira bila akak cuba, menjadi dan suka. Semoga Allah balas yang terbaik buat akak.

Hadiah dari kak siti. Purse! Putih krim.... cantik.... sgt feminin.... 
Sesuai dengan saya.

Ini kenangan buat saya. Saya updatekan di sini sebagai tanda ingatan persahabatan bersama kak siti. Terima kasih sekali lagi. 

Sekian buat waktu ini......