Friday, September 13, 2013

Kiriman sahabat!

Assalamualaikum.....
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Sedang menanti cheese cake dibakar dalam oven. Agak panas cuaca malam ini. Oh tidak! Bukan cuaca yang panas, tapi panas dek 2 biji oven saya yang sedang beroperasi. 2 biji kek harus disiapkan sebelum menjelang subuh esok. Japanese cheese cake dan caramel cheese cake. Terlewat membuatnya ekoran menidurkan si kecil yang masih menyusu badan sambil ngempeng2, kata orang Jawa.

Sementara menunggu kedua2 kek saya masak, saya ingin mengemaskini blog ini. Lama menyepi kerana kesibukan tugas sebagai isteri, ibu dan pembuat kek kecil2an di dapur kecil yang comel itu. :-p. Malam ini saya ditemani Sofie dan Hijaz yang masih bising berdua. Belum tidur.... hadoi anak2 umi.

Ok, tengahari semalam, saya didatangi sebuah van pos laju. Agak terkejut apabila van itu berhenti di hadapan rumah saya. Kebetulan saya sedang di luar rumah untuk membuang sampah. Hati terdetik, "aku ada shopping online ke?".

Adik pos laju memberi salam, dan bertanya, "Naimatul Hafizah?"
Setelah salam dijawab saya membalas, "Ye, saya."

"Ada kiriman buat akak. Sila isikan no. ic dan tandatangan di sini ye, kak."

Saya tertanya2, siapa gerangan si pengirim? Apa isi dalam bungkusan tersebut? Hati meronta tidak sabar mahu segera membukanya. Sebelum itu, saya lihat nama pengirim. Siti Eliya Haji Masron? Ya Allah, dia merupakan sahabat FB saya. Saya pernah berjumpa kak siti sekali di Shah Alam sebab kak siti tempah roti dengan saya. Saya koyakkan je bungkusan, tak sabar punya hal. Subhanallah, Masya Allah..... tak tahu saya nak kata apa.

Kiriman kak siti membuatkan hati saya terharu. Rasa nak mengalir air mata. Saya hanya mengenali kak siti melalui FB. Berkongsi2 resepi, berkongsi cerita. Kak siti mengirimkan sesuatu buat saya sebagai hadiah, kerana katanya resepi kek mentega yang saya beri menjadi. Anak2nya suka, katanya. Alhamdulillah..... dapat berkongsi resepi dengan sahabat. Resepi ibunda saya sebenarnya. Saya cuma memanjangkan pada orang lain. Yang pasti, saya sangat terharu dengan pemberian kak siti. 

Buat kak siti,
Terima kasih kak siti. Terima kasih banyak2. Fiza tak pernah harap apa2 balasan dari akak. Resepi biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Fiza gembira bila akak cuba, menjadi dan suka. Semoga Allah balas yang terbaik buat akak.

Hadiah dari kak siti. Purse! Putih krim.... cantik.... sgt feminin.... 
Sesuai dengan saya.

Ini kenangan buat saya. Saya updatekan di sini sebagai tanda ingatan persahabatan bersama kak siti. Terima kasih sekali lagi. 

Sekian buat waktu ini...... 

11 comments:

  1. salam kak fiza..lamanye tak singgah sini..ampun!

    sweetnye purse tu..bestnya dapat hadiah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wina,
      terima kasih masih sudi singgah sini
      akak sudah kehilangan byk masa utk update blog. nak blogwalking pun, alahai..... ketiadaan masa.

      Delete
  2. Sweetnya purse....seronok menjadi sahabat di alam maya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nieda...
      seronok, kan.... ada kwn alam maya. baik pulak tu...
      alhamdulillah!

      Delete
  3. Alhamdulillah. Rezeki. What u give u get back kata orang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih yatie, sudi singgah sini. :-)

      Delete
  4. syukur. rezeki yg tak disangka2.. : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi amirah,
      lama tak dtg blog awak. nanti kita dtg ye.
      kesuntukan masa la skrg nak blogwalking macam dulu2... huhuu

      Delete
  5. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi rose,
      tq singgah sini.
      nanti saya singgah blog awak juga ye... tq again!

      Delete
  6. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....