Wednesday, June 22, 2011

Tanaman Kegemaran

Saya hilang idea sejak akhir2 ni nak bercerita tentang anak2. Banyak cerita berkisar hobi2 saya je,kan? Perasan tak? Nanti2 la saya sambung cerita hal anak2 saya....


Saya sebenarnya amat gemar bercucuk tanam a.k.a berkebun. Sehinggakan saya mengimpikan sebuah rumah yang luas dengan tanah. Contohnya, macam rumah mbah saya di kampung. Seronok betul tengok mbah saya bercucuk tanam di sekeliling rumah. Macam2 pokok ada. Mbah tu nenek tau! :-)

Memandangkan saya hidup di bandar, yang sangat kedekut dengan tanah, saya teruskan minat saya dengan menanam segala macam pokok di dalam pasu dan try besar. Nak harapkan tanah, alahai.... tanah sekangkang tikus tu, nak tanam apa la sangat. Tanam pokok cili pun tak mampu hidup. Hahahahha.

Kita ni seolah2 nak dapatkan tanah semua perlu berbayar,kan? Padahal tanah ni kan milik Allah, untuk kegunaan semua hamba. Susah betul la..... bukan nak buat rumah pun, cuma nak berkebun! Melalut dah....

Meh sini semua, jenguk2 pokok kegemaran saya, yang setiap hari, pagi dan petang saya membeleknya.... menyiram, menggembur tanah. Seronok tau bila tengok hasil tanaman kita berbunga dan berdaun walaupun daun kecil.

Pokok kunyit... 
Baru je mula tanam 2 bulan lepas. Punya susah nak tengok dia berdaun, sekali dia keluar daun, alhamdulillah.... melompat saya. Banyak kegunaan daun kunyit, terutamanya untuk masakan.

 Pokok cekur / kencur
Pokok ni saya tanam dah lama, lebih kurang 7 tahun jugak la. Susah betul nak hidup subur, sehingga terpaksa bertukar tanah. Terpaksa juga membeli tanah kampit kat nursery. Bila bertukar tanah, terus subur. PAling seronok tengok daun besar2 dan segar2 jer.... daunnya enak dibuat ulam, rangup2 gitu. 

Ni pun pokok cekur juga. Ini versi dalam try. Saya berhasrat nak tengok pokok tu memenuhi keseluruhan try besar tu. Di try besar ni lah mula2 sekali saya tanam pokok cekur ni.

Daun pandan
Daun penting dalam masakan, bagi saya ia WAJIB ada di setiap rumah..nak buat nasi lemak, masak bubur, pengat, kuih semua kena tambah daun pandan bagi aroma yang sangat wangi dan enak. Saya dapat anak pokok daun pandan ni dari ibu mertua abang ipar saya. (aduhai, macam mana tah nak kata, faham2 je la ye). Alhamdulillah, dah 5 tahun dia hidup bersama saya. Banyak betul jasa....

 Lidah buaya
Pokok pemberian dari seorang jiran lama.... tapi, pokok ni sangat sedih tau! Macam dah nak terkubur je. Tapi, saya tetap jaga dan siram setiap hari. Ada petua tak macam mana nak hasilkan pokok lidah buaya yang subur dan segar?

 Pokok Serai
Ni satu lagi pokok bermasalah.... dulu pokok serai saya ni amat besar dan subur. Tapi sejak tahun lepas kot, pokok ni macam 'hidup segan mati tak mahu' pulak. Sebelum ni saya tanam kat tanah luar, tapi, memandangkan tanah tu tanah keras, serai tak mahu hidup. Jadi saya pindahkan kat dalam try tu, alhamdulillah, nampak la hasilnya walaupun tak sesubur yang dulu.

Daun sup
Baru je tanam daun sup ni minggu lepas. Suami dapat dari seorang sahabt dari sekolahnya. Ingatkan saje nak main cucuk2 jer.... tak sangka la pulak membuahkan hasil. Nampak la daun sup ni tak segan2 nak hidup dengan saya.....

Dan satu lagi pokok yang penting dalam masakan...
Pokok limau purut
Mahu masak tomyam, masak paprik, masak lemak cekur, wajib ada daun limau purut. Ada tanam sendiri, tak perlua sibuk2 nak cari kat kedai / pasar.... :-)

Tak banyak mana pun tanaman kegemaran saya. Perasan tak saya tidak ada tanaman berbunga? Saya ni bukan minah bunga, jadi saya memang tak minat nak tanam bunga. Saya lebih minat nak tanam tanaman yang boleh digunakan dalam masakan je. Tak tahu la, satu hari nanti kot2 pintu hati saya terbuka untuk tanam bunga pula.... :-)

Setiap pagi, saya ada pembantu yang menolong saya membelai tanaman saya..... Dia sangat rajin tau! Bangun pagi, belom basuh muka dah keluar rumah cari uminya. Tahu je dia di mana uminya berada Meh tengok sapa orang tu....

 "Pokok ni dah siram ke belum, mi?"
Aksi berlagak belek pokok..... ikut gaya umi la tu... hehehe.

"Ada ulat la kat pokok ni, mi. Sian ulat... dia nak cari makan."
Lagi aksi membelek pokok....

Wah.... entry kali ni sangat sarat dengan gambar tanaman. Entry lepas2 sibuk asik tayang gambar masakan, makanan jer. Kali ni apa salahnya bertukar hobi,kan.....

16 comments:

  1. dah ler pandai masak pandai bercucuk tanam..mmg bleh jadi idola la akak ni :)

    ReplyDelete
  2. awak ni izwa.... jgn la gitu!
    malu2 meow akak tau!

    ReplyDelete
  3. ala kak p bercucuk tanam kat farmville jer.. hihi

    ReplyDelete
  4. kemboja,
    ahakkkk.... hahahaah, tanam kat farmville! alahai, tak minat la akak.

    ReplyDelete
  5. duduk kawasan perumahan pun dapat tanam macam2 ye...hihi...saya punya tanaman habis kekeringan mati...terutama kunyit, kencur n daun kesum..daun sup pun mati..sebab rajin sangat takmo siram...heheheh... daun lidah buaya tu, kalau nak dia subur kena buang anak2 yang tumbuh...tp akak punya takde anak gak kan..hihi..dia nak pasu sorang2 kot, takmo share tempat :p

    ReplyDelete
  6. ramizah, gitu ke petua nak bagi lidah buaya subur... akak pun mmg sharekan lidah buaya tu dgn daun pandan... sebab try tu besar. agaknya nak rumah sendiri2 la.... mengadanya daun lidah buaya tu yer... tq ye ramizah!

    ReplyDelete
  7. kat rumah zai pokok2 tu memang susah nak hidup...klu hiduppun kudut aje....klu pokok bungapun sekarang niepun banyak yang mati....

    ReplyDelete
  8. besnye...cantik je lak tu menjadinya
    teringin nak tanam menanam ni.tapi serius k.fiza.
    saya ni nanti buat pokok mati je,sbb yang duk siram,hubby gak..keke.

    ReplyDelete
  9. salam fiza..
    rajinnya tanam mcm-mcm jenis pokok ye..
    kat rumah akak pun tanam dlm pasu jer tapi dah mati kekeringan sbb lupo nak siram terutama daun kari & pokok daun pandan...sudahnya kalau nak guna ambik kat sekolah jer,nasib baik ada taman herba,mcm-mcm ada kat situ.

    ReplyDelete
  10. same la kak tanaman kami pun lebih kurg akak je..he..he i like..pling sonok bila pokok pandan dh hidup 3 kali tanam asyik ler mati..

    ReplyDelete
  11. uii..tgn akak sejukla..memang menjadi ek..

    ReplyDelete
  12. wah... lengkap, senang ambik je bila perlu ..kan

    ReplyDelete
  13. alahai.... tak perasan lak, kome dah byk. kan dah tak daya nak membalas satu2. btw, tq kat korang semua, sudi komen.... terharu!

    ReplyDelete
  14. Mmg geram btl tgk pokok2 tu..Dlu saya mmg minat sgt tanam pokok berguna ni. Skrg kurang masa. Br dapat tanam pokok cili je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....