Friday, February 24, 2012

Happy Belated Birthday.... 6 Years! ~Amniy Mahfuz~

Oh, sekali lagi saya lambat update berita, tentang hari lahir anak saya yang ke-2.

Kesian.... Sorry la, Amniy. Ummi terlampau sibuk.

Sebenarnya, 21.2.2012 yang lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran Amniy yang ke-6.
Tiada sambutan seperti anak orang lain, yang sambut dengan parti2, ada belon2, ada makan2.
Ummi bukan kedekut... cuma save bajet ok!... hihihihi. (abi belum gaji waktu tu)
Cumanya, ummi buat la juga sebijik kek cokelat kegemaran budak2 untuk dibawa ke sekolah Amniy.
Oh, Amniy sangat gembira dapat menyambut hari kelahirannya bersama cikgu dan rakan2 kelas. 

Apapun, ummi dan abi sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan hidup buat Amniy Mahfuz.
Semoga Amniy menjadi anak yang soleh, menjadi penyeri hati ummi dan abi di dunia dan di akhirat.
Dan semoga Amniy menjadi adik yang soleh buat abang Ikhwan, juga abang yang soleh buat kak chik Sofie dan adik Hijaz.... juga, buat adik yang bakal lahir tak lama lagi. :-)
Tiada apa yang menggembirakan hati ummi dan abi selain melihat Amniy rajin solat, rajin mengaji dan taat kata ummi dan abi di saat ini.

Sebelum sambutan hari lahir Amniy di sekolah, Isnin lepas, Amniy dijangkiti penyakit gegata.
Muka dan badan dah rupa dinosour.... Sian, asyik menggaru je. Terpaksa bawa jumpa doktor untuk ambil ubat, dan tak daya dah nak tengok dia asyik menggaru.... Menjerit sakan bila ummi dan abi siram dengan air suam bergaram.... Sehari jumpa doktor, makan ubat, Alhamdulillah, keesokan harinya Amniy sembuh dan boleh ke sekolah seperti biasa....

 Keadaan Amniy semasa gegata menguasai badan dan muka.... Tunjuk muka je la.

Kek coklat yang ummi buatkan untuk Amniy bawa ke sekolah. 
Oh.... buat kek ni dalam keadaan kelam kabut. Tulisan pun jadi herot merot, coklat putih tu sgt cair sehingga menyebabkan tulisan jadi agak kembang.
Mujur la buat untuk Amniy, kalau untuk orang tempah..... malunya! 

Happy Belated Birthday To Amniy Mahfuz....

Wednesday, February 15, 2012

Didik Anak Dengan Sifat Amanah

Assalamualaikum.
Sekali lagi, halaman peribadi ini telah diabaikan oleh tuannya.... Haaaaa, macam biasa, alasan yang sama. Sibuk, sibuk, sibuk. Walau banyak cerita nak dikongsikan, tapi bila dah asyik bertangguh, banyak la cerita dah lupa dan basi. Terutamanya cerita Sofie..... Banyak dah basi. Insya Allah, lain kali saya cuba gagahkan diri bercerita tentang anak dara yang sorang ini.

Pagi2 ini, kuat hati menulis tentang amanah dalam diri. Didik anak2 dengan sifat amanah, baru je terkena pada saya. Bukan senang nak didik anak dengan sifat2 Nabi, tapi ibu bapa harus kuat hati memberi pendidikan terapkan sifat2 Nabi dalam diri anak2.

Kisahnya begini, Ikhwan, anak sulung saya diamanahkan oleh saya untuk membawa roti ke sekolah. Kawan2 Ikhwan menempah roti. Bukan banyak pun, 3 ketul je. So, pagi tu saya pesan dengan Ikhwan, "Nanti kawan2 dah bagi duit, simpan duit elok2. Balik kang bagi ummi duitnya."

Tengahari itu Ikhwan balik rumah dengan riang gembira. Sambil menunjukkan permainan yang dia baru beli dari gerai di bus stop sekolah. Sofie dan Hijaz mulalah sibuk nakkan permainan yang abang Iwan beli.

Saya tanya, "Eh, mana dapat duit beli benda ni?" 

Dia jawab, "Duit belanja abi bagi tadi la." 

Pelik juga saya. Saya tanya lagi, "Iwan tak belanja makan ke tadi. Siap beli permainan lagi."

Dia jawab, "Makan, mi. Iwan beli keropok lekor 2 bungkus. Air satu."

"Hai, lebih dah belanja Iwan pagi ni ye. Semua tu dah 3 ringgit." Saya diam seketika, dan menyambung, "Mana duit roti yang kawan Iwan bagi. Kawan bayar tak?" 

Dengan muka rasa bersalahnya dia menjawab, agak teragak2, "Mmmmm, Iwan dah belanja." 

"Semua sekali?"

Dia mengangguk, jujur sekali anak saya ini. Mula la saya nak brain wash budak ini. Saya mula bersuara.

"Haaa, kan.... sekarang ummi dah nampak Iwan belum ada sifat amanah dalam diri. Ummi amanahkan Iwankan tadi, lepas dapat duit dari kawan, Iwan kena simpan duit dengan elok, dan bagi ummi duit tu. Sekarang, tengok apa Iwan,dah buat. Iwan belanjakan semua duit tu."

Ikhwan diam je.... Saya sambung lagi membebel sambil menggosok baju sekolah kebangsaannya, "Iwan tahu kan, amanah tu sifat siapa?"

Dia menjawab ringkas, "Sifat Nabi."

Saya tanya dia kembali, "Iwan tak nak ikut sifat Nabi ke?"

Dia jawab, lemah je suaranya, "Nak."

Saya sambung la bertanya, "Iwan tak nak ikut Nabi masuk syurga ke?"

"Nak."

"Macam mana nak ikut Nabi masuk syurga kalau Iwan tak nak ikut sifat Nabi?" Dia diam je sambil belek2 permainan yang baru dibelinya. Saya menyambung, "Ok.... ummi maafkan Iwan walaupun Iwan tak minta maaf. Hari ini, ummi denda Iwan. Boleh?" Dia mengangguk.

Saya sambung, "Sekolah petang ni, Iwan tak de belanja ye. Iwan kena makan kenyang2 kat rumah dan bawa air ke sekolah. Kat sekolah nanti Iwan tak yah belanja. Ummi bukan kedekut, ummi cuma nak Iwan sedar, Iwan dah buat silap. Sepatutnya Iwan kena bagi duit roti tu kat ummi, tapi Iwan belanja habis duit tu."

"Ok, ummi."

Ikhwan bersiap ke sekolah petang itu dengan agak kelam kabut. Dia makan nasi dengan banyak, 3 pinggan! Mungkin dia sedar, waktu rehat nanti dia tak ke kantin untuk makan. Saya buatkan air sirap kurang manis untuk bekalan dia ke sekolah. Biasa bawa air putih je, tapi, memandangkan saya juga rasa kesian dengan dia, biarlah saya sediakan air manis sedikit supaya dia ada selera untuk minum air. 

Hati saya mula goyah bila tengok Ikhwan memakai kasut sekolah. Saya mahu mengambil wang sedikit untuk beri padanya.... Tapi, saya cuba kuatkan hati, bertegas dalam diri, katakan pada hati, "Ini pengajaran buat Ikhwan." Saya tak mahu, nanti Ikhwan akan kata, sebenarnya ummi cuma cakap je, tapi tak buat pun. Saya tak mahu lain hari dia ulang kembali kesilapan yang dia lakukan hari ini. 

Sebelum dia melangkahkan kaki ke van sekolah, Ikhwan bersalaman dengan saya dan berkata, "Sorry eh mi!". Alahai.... runtun hati saya,  saya bertanya lagi, "Iwan ok ke?" Dengan riang dia menjawab, "Ummi jangan risau. Iwan OK. Tak de belanja pun Iwan ok je. Air kan ada... " Gelak je dia. Saya lega sebenarnya, tapi, saya tetap terfikir, bagaimana la agaknya Ikhwan di sekolah. Kawan2 lain semua rehat ke kantin, tapi Ikhwan cuma minum air sirap je. Alahai....... hati goyah!

Mungkin bagi sesetengah orang, ala... apa la sangat dengan RM3 tu. Dengan anak pun nak berkira! Tapi, tidak bagi saya, walaupun cuma RM3, ia tetap salah apabila dia tidak pegang pada amanah yang saya letakkan padanya. Saya mahu ajar anak2 saya sebaik mungkin dengan penerapkan sifat2 mulia dalam diri. Saya masih belum berjaya sebenarnya. Banyak lagi sebenarnya yang perlu saya perbaiki, dan saya pelajari.

Saya amat berharap ini dapat dijadikan pengajaran buat Ikhwan. Menjadi seorang anak Muslim unggul bukan mudah sebenarnya, mendapat redha Allah, bukan tugas mudah, masuk syurga juga bukan mudah. Masuk neraka amat mudah! Saya dan suami selalu berkata pada anak2 kami, kalau nak masuk syurga kena susah dulu di dunia. Kena solat, kena mengaji, tak derhaka, ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Ingat senang nak buat semua tu..... Mmmmmm.... tepuk dada, tanya Iman.

Sekian untuk kali ini. :-)