Showing posts with label terapi sofie. Show all posts
Showing posts with label terapi sofie. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Speech Therapy (Berkumpulan) Sofie

Assalamualaikum....
Ntah ada lagi ke tidak pengunjung blog ini ye. Sebulan lebih saya tak update di sini. Lagi2 cerita tentang anak dara saya tu. Huh, minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat saya. Isnin, saya sendiri ada check-up hamil di KK Batu Arang, Selasa, bawa Sofie ke HSB untuk ambil darah TFT (hipotirod), Rabu tiada ke mana, tapi amat sibuk dengan tempahan, Khamis sekali lagi bawa Sofie ke HSB untuk follow-up dengan doktor kanak-kanak dan Jumaat pula, sekali lagi ke HSB sebab Sofie ada temujanji dengan Speech Therapy. Dan inilah yang akan saya kongsikan di sini.... Cerita tentang Speech Therapy Sofie minggu sudah.

Lihat..... Sofie sedang asyik beraktiviti :-)

Sebenarnya, ini kali pertama Sofie terlibat secara langsung dengan Speech Therapy secara berkumpulan. Sebelum ini, memang ada dipanggil, tapi memandangkan masa tu saya terlupa, makanya, terlepaslah peluang Sofie. Jadi, bila ada lagi grouping ST, saya tak mahu lepaskan peluang. Ini kerana, untuk group kali ini semua peserta dalam kumpulan tersebut merupakan anak2 down syndrom seusia lebih kurang Sofie. Sebagai ibu, pastinya saya turut berbangga membawa Sofie masuk ke dalam kumpulan berkenaan.

Pertama sekali tanggapan saya pada group itu, rasa sangat rendah diri terutama bila berkenalan dengan semua ibu2 yang membawa anak masing-masing ke aktiviti itu. Tapi, ditebalkan muka, senyuman sajeeee :-) Kenapa saya malu? Kerana rata-rata ibubapa yang hadir membawa anak SD mereka ke tempat2 khusus, terutamanya KIWANIS dan PDK untuk perkembangan anak mereka. Sedangkan saya, selepas berhenti terapi bersama Kak Raw di Felda Gedangsa, saya hanya biarkan Sofie di rumah, terapi dan berkembang bersama Hijaz sahaja. Owh, terasa betapa kijamnya saya membiarkan Sofie di rumah saja. (Dalam hati, biarlah.... mereka bukan mengerti pun. Yang penting saya berusaha mendidik Sofie dengan cara saya sendiri.)

 Lekanya Sofie :-)

Di dalam aktiviti tersebut, Sofie diajar untuk bergaul bersama rakan2 sebaya. Bermain, dan beraktiviti bersama. Pada penghayatan saya, walaupun Sofie jarang bersosial seperti semua peserta yang lain, saya melihat Sofie amat2 teruja dan gembira. Terutama bila melihat semua kanak-kanak di situ senasib Sofie, semua anak2 SD. Paling saya kagum dengan Sofie bila dia tak rasa takut untuk bersosial. Sofie sikit pun tak punya rasa malu untuk melakukan aktiviti bersama kawan2nya. Malah, apa yang sedikit membanggakan saya, Sofie boleh melakukan aktiviti yang disuruh hanya dengan sedikit bantuan saya.

 Kawan baru Sofie...... yang aim Sofie tu :-)

Dan bila Sofie mula belajar bersosial seperti itu, hati saya mula risau....... Sofie, pada dasarnya, anak yang agak lembut (walaupun ada juga sesekali dia betindak kasar), suka memerhati dan sedikit pendiam bila bertemu dengan orang lain. Kiranya, tempoh dia untuk sesuaikan diri dengan orang tu, ambil sedikit masa la. Tapi, bila dah 1/2jam, sikapnya akan sedikit berubah. Dia mula selesa dan nampak la ingin terus berkawan. Cuma..... yang membuatkan saya risau, Sofie ni amat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Ada seorang anak SD di situ, sering amat bertindak kasar terhadap Sofie. Nampak sangat dia 'aim' pada Sofie. Sebabnya, tiap kali saya berpeluang sembang2 dengan ibunya, dia akan terkam Sofie, dan akan tarik2 baju Sofie. Sian Sofie...... Mulanya, saya biarkan je, nak tengok macam mana Sofie melepaskan diri dari cengkaman sahabat SD dia. Tapi, bila nampak Sofie tak boleh lepaskan diri, saya mula masuk campur. Ibu anak SD tu pun akhirnya berkata, "Nampaknya tak boleh berjumpa la." Sambil gelak2.....:-)

Saya mula terfikir, baru jumpa sekejap, saya nampak Sofie macam dah mula takut dengan dengan situasi itu. Bagaimana kalau Sofie sudah mula masuk kelas PDK akan datang. (Sofie sebenarnya sudah dipanggil untuk menyertai kelas PDK). Di PDK, anak istimewa ada pelbagai, bukan hanya SD..... Jadi, mesti ada yang punyai sikap tertentu yang boleh memberi kesan pada Sofie. Bila fikir macam tu, rasanya, saya nak jaga Sofie sendiri.... Tapi, mana mungkin, sebab saya perlu juga hantar Sofie ke PDK kerana Sofie sangat memerlukannya. Tengoklah nanti macam mana......

Kumpulan peserta (nampak tak saya dan Sofie depan tu? :-))

Walau apapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aktiviti berkumpulan seperti ini. Sangat bagus untuk anak2 seperti Sofie yang sangat2 memerlukan aktiviti bersosial. Sekurang2nya, Sofie tahu apa yang perlu dilakukan ketika masuk sekolah akan datang. Harap sangat, akan datang saya punya rezeki yang melimpah ruah untuk menyertai Grouping Specch Therapy seperti ini lagi. Masalah2 yang kecil usah diambil serius, kerana kita perlu tuju perkara yang lebih besar buat anak2 seperti ini. Insya Allah, sekiranya Sofie sudah menyertai kelas PDKnya akan datang, saya perlu lebih lagi untuk menguatkan mental dan fizikal saya supaya dapat melepaskan Sofie di sana. Semoga Allah beri kekuatan pada saya dan suami untuk semua itu. Paling penting, saya perlu lebih gigih memberi input perkara2 baik dalam diri Sofie.

Sekian untk kali ini. :-)

Wednesday, June 01, 2011

Update Speech Therapy

Assalamualaikum semua,
Saya sibuk sekarang, maklumlah, cuti2 sekolah ni, dah tak sempat nak dok lama2 depan PC. Tapi, nak update juga pasal Sofie. Sebab memang dah lama saya menyepi pasal terapi Sofie ni. Nak update cerita pasal Sofie di Gedangsa, memang dah lama tak pergi ke sana. Sofie pun dah boleh berjalan, sehinggakan tiada masa sekarang mahu meneruskan terapi bersama Kak Raw.

Ok guys.... sebenarnya, petang semalam saya bawa Sofie ke HSB, dan sebenar-benarnya, keadaan badan Sofie tak berapa sihat. Tiba2 pulak pagi semalam Sofie demam. Saya dah 2 kali cacelkan appointment sebelum ni. Kali ni, terpaksa pergi juga walaupun Sofie tak berapa sihat. Dalam fikiran saya, mana yang dapat dah la... janji tak putus hubungan dengan hospital.

Masa sampai hospital, Sofie mengamuk tak mahu berjalan. Mungkin rasa lemah badan. Sofie juga tak mahu pakai kasut, akhirnya terpaksa letak Sofie dalam stroller sebab saya tak larat dah nak dukung Sofie. Dia udah berat wooooo..... abisofie pun tak larat nak dukung.
Banyak sangat ragam Sofie, sementara menunggu giliran nombor.
Sofie minta air.... haus gamaknya. Badanpun panas jer....
Masuk bilik nombor 6, bertemu dengan Puan Anida, terus saya beritahu, "Sofie demam la Puan. Kita buat mana yang dapat je la. Risau dia mengamuk je ni." Puan Anida senyum je. Faham dah dengan keadaan anak seperti ini. "Alahai.... siannya Sofie! Jom kita main2 je hari ni ye Sofie." Mula2 aktiviti, Sofie hanya membisu seribu bahasa. Sofie hanya memandang kosong setiap objek yang Puan Anida tunjukkan. Sofie langsung tak de perasaan. Dalam hati saya hanya berdoa, 'Sofie, janganlah mengamuk sekarang.'
Buat tak tahu je dia.....
Sesudah 30 minit berlalu, saya pun hanya berbual dengan Puan Anida, dan biarkan Sofie dengan permainannya, tiba2 Sofie turun dari kerusinya, dan berjalan menuju ke arah permainan lain. Haaaa.... ada sesuatu yang dia berkenan. Puan Anida ambilkan permainan itu.... akhirnya, baru nampak Sofie sangat2 teruja.
Pilih permainan sendiri....
Berdasarkan pengalaman dari Puan Anida, Sofie insya Allah boleh bertutur seperti kanak2 lain, tapi sedikit lewat, kerana Sofie juga agak lewat memahami sesuatu objek. Jadi, kesabaran saya diperlukan..... Memang saya sangat bersabar dengan kemajuan Sofie. Sofie sudah menjangkau 4 tahun. Patah perkataan yang mampu Sofie keluarkan hanya sedikit..... Mungkin saya perlu beri Sofie lebih lagi makanan minda... jus kurma, kismis. Owh, kismis! Selalu Sofie menolaknya. Jus kurma, insya Allah... saya akan teruskan! 

Monday, March 21, 2011

Terapi Minda bersama Kak Raw, Gedangsa

Saya ingin teruskan bercerita hal terapi Sofie, tapi saya masih ragu2, ada ke lagi orang nak baca coretan saya ini? Pengunjung blog ini semakin merudum dari hari ke hari. Mungkin kerana penulisnya yang semakin 'pemalas' sejak akhir2 ini :-D. Bila melihat pengunjung blog semakin merudum, semangat untuk terus bercerita juga semakin 'down' Aduhai.... Akhirnya, dikuatkan semangat, saya menulis untuk diri saya, saya bercerita sekadar suka-suka berkongsi cerita. Andai masih ada yang sudi membacanya, Alhamdulillah.

Malam minggu lepas, sekali lagi saya bawa Sofie bertemu Kak Raw untuk meneruskan rawatan terapi minda. Alhamdulillah, terapi OKU telah berakhir, maka berakhirlah penyiksaan melihat Sofie dibalut bagaikan 'mummy the return'. :-D.

Malam itu, pesakit yang datang tidaklah terlalu ramai. Sedikit pelik jugak la.... tapi, Alhamdulillah. Boleh dapat giliran awal, dan pulang awal. Selesai rawatan, macam biasalah si Sofie tu. Mengamuk sakan dia. Sebelum tu relax sangat. Sekali dah duduk atas kerusi, nampak pula muka kak Raw, melalaklah dia. Dengan bantuan pembantu kak Raw yang bertugas malam itu, Kak Ujie, Kak Raw mulakan rawatan dengan menolak lidah Sofie. Tolak bagaimana tu, Wallahu a`lam. Saya sekadar memeluk Sofie sahaja. Kak Raw kata terapi mulut, biar Sofie boleh bercakap. Amin.... mudah2an Sofie boleh bercakap seperti kanak-kanak normal.

Selepas tolak lidah, Kak Raw mula membuat rawatan di kepala Sofie. Macam biasa, Sofie tetap meraung minta tolong dilepaskan. Kali ini Kak Raw terpaksa balut tangan Sofie, untuk mengelakkan tangan Sofie membuka balutan di kepala. Selain tu, balutan tangan ini juga, kata Kak Ujie, bagi memudahkan pengaliran oksigen dalam badan. Wallahu a`lam......

Sofie sentiasa berperang dengan uminya
Sepanjang tangan dan kepala berbalut, Sofie sentiasa minta dibuka balutan tangan. Kak Raw kata, tangan 2 jam baru buka yer.....tapi, kenapa saya tetap langgar pantang? Tak daya dah.... belum sampai 2 jam, saya terpaksa buka balutan tangan. Sofie mengamuk sakan. Kebetulan malam tersebut saya datang bersama abang ipar yang mahukan rawatan terapi untuk anaknya yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, saya balik ke Rawang sedikit lewat. Nak balik dulu, kesian pulak, sebab dia pun baru kali pertama datang berjumpa Kak Raw. Jadi, biarlah kami balik bersama.......

Lena tidur setelah penat berperang dengan umi
Akhirnya, bagi meredakan Sofie, saya buka juga balutan yang mengikat kedua-dua belah tangan Sofie. Aduhai....sungguh umisofie ini tidak terdaya menahannya. Melayan karenah Hijaz yang sudah mengantuk lagi.... abi tentulah kena memandu,kan? Jadi, saya kena la handle anak kecil 2 orang ini. Selepas buka bandage yang mengikat kedua2 belah tangan tu, minta pula buka balutan dikepala. Oh, sorry sayang! kepala umi terpaksa tunggu sehingga 4 jam, ok! Sofie sedikit kepenatan kerana banyak sangat menangis dan berperang dengan umi. Jadi, setelah minum sedikit susu, Sofie terus terlena dalam perjalanan pulang dari Gedangsa ke Rawang.......

Nasihat saya, kepada semua ibubapa yang berminat menghantar anak untuk membuat rawatan alternatif bersama Kak Raw ini, kunci utama dalam diri, S.A.B.A.R. Perlu kuat hati dan bersabar dengan karenah anak yang dalam proses rawatan itu. Juga perlu bersabar berhadapan dengan situasi ketika berada di sana. Ingin tahu lebih lanjut, sila lawat laman sesawang ini:
http://kakraw.spcs.name.my

Insya Allah, terapi minda untuk Sofie bersama Kak Raw ini akan saya teruskan di minggu2 seterusnya. Semuanya demi melihat Sofie terus sihat dan boleh mengurus diri......

Friday, March 18, 2011

Occ Therapy dan Sahabat Baru

Assalamualaikum,
Bercerita tentang terapi lagi. Sofie masih terus ke Occupational Therapy. Dan mungkin akan terus ke sana sehingga Sofie bersekolah. Sampai sahaja di Bilik Terapi 1, saya sedikit terkejut apabila di sapa oleh seseorang. Seseorang yang pernah saya kenal, namun, hanya sekali sahaja berjumpa. Dan selepas itu, hubungan diteruskan melalui sms, dan dia juga mengikuti blog saya ini. Sedikit teruja bertemu dengan sahabat yang punya anak senasib Sofie. Seronok betul Fiza, Kak Izan. Dapat bertemu Kak Izan dan Syira. Semoga kita ada rezeki bertemu lagi yer....

Sofie baru bangun tidur sebenarnya, ketika saya membawa Sofie ke bilik terapi. Mood kureng sikit la.... Risau juga Sofie mengamuk, tapi saya yakin anak dara ini tak akan mengamuk bila masuk Bilik Terapi itu. Pasti mengantuknya hilang bila nampak ada pelbagai permainan yang perlu diterokai. Dan andaian saya tepat sekali kerana saya kenal anak ini. Cumanya, Sofie sedikit lambat buat warming-up. Dah nak balik baru nampak ligat..... hai, Sofie.... Sofie!

Sofie juga bertemu dengan 2 orang sahabat baru yang senasib dengan Sofie. Perkenalan yang singkat yang penuh makna..... Husna, sama seperti Sofie. Cuma nasibnya agak baik kerana pembedahan jantung Husna dapat dilakukan awal berbanding Sofie. Bila tengok Husna, saya teringat, betapa peritnya Sofie sewaktu Sofie seusia Husna dahulu. Semoga Husna akan terus sihat dan ceria. Membesar dengan penuh kegembiraan.

Syira, anak yang ligak dan aktif. Seronok melihatnya. Cara jalan pun nampak kukuh. Bijak pulak tu....hehehe. Melihat gelagat Syira, saya terfikir, mesti ibu Syira tak menang tangan melayan karenah Syira di rumah. Sweet!

Kiri: Syira (1 tahun 9 bulan). Kanan: Husna (1 tahun 6 bulan)
Untuk terapi akan datang, Sofie telah berpindah ke Bilik Terapi 2. Juruterapi beritahu bahawa Sofie sudah boleh berjalan sendiri, dan boleh memahami arahan, walaupun arahan itu perlukan pengulangan. Jadi, di Bilik Terapi 2 itu nanti, mereka akan ajar tingkah laku dan merangsang otak Sofie untuk berfikir. Semoga Sofie boleh meneruskan terapi itu nanti.

Sebelum mengakhiri entry ini, mari lihat aksi Sofie bersama sahabat baru Sofie, adik Syira. Tak lama pun, dalam 24 saat jer. Sila log in FB anda yer, :-). Terima kasih!


Friday, October 29, 2010

Sofie - Terapi pertuturan kali kedua.

Entry saya yang ini, mendapat banyak respon sama ada melalui cbox atau ruangan komen. Terima kasih atas kesudian anda semua membaca entry yang tak seberapa itu. Ada macam2 pendapat dan pandangan, saya terima dengan rela hati, walaupun ada yang beri pandangan pahit. Huhuhu... tak mengapa, itukan pendapat masing2. Jangan salah faham dengan saya ye, saya tak mahu mencari publisiti, saya sekadar berkongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Seperti yang saya katakan, saya masih belum berjaya sepenuhnya....

Ok, cukup bercerita tentang entry lepas. Sekarang suka saya untuk berkongsi cerita tentang Sofie. Sofie jumpa juruterapi pertuturan, perjumpaan untuk kali kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usia Sofie sudah hampir 3 tahun. Sofie masih belum boleh bertutur seperti kanak-kanak sebayanya. Adakalanya, saya rasa sangat2 teringin mendengar dia bercakap.

Untuk perjumpaan kali kedua ini, Sofie masih lagi diberi permainan. Juruterapi memberitahu, latihan Sofie untuk sekarang ni, banyakkan bermain sambil bercakap. Saya perlu lebih tumpuan pada Sofie. Kesian Sofie, kadang kala di rumah Sofie bermain sendirian, kerana saya sibuk dengan tugasan rumah. Andai punya waktu bersama Sofie, peluang untuk berkomunikasi dengannya, saya tak kan lepaskan. Lepas ni saya harus membeli lebih banyak alatan permainan buat Sofie, supaya permainan Sofie boleh di pelbagaikan.


Video Sofie ketika melayan baby doll makan dan minum....

Di rumah tiada baby doll... perlu ke saya membelinya? Mungkin perlu, sebab Sofie anak perempuan. Perlu ajar dia untuk kasih dengan baby,kan? Melalui baby doll, Sofie boleh belajar untuk gerakan tangan dan kaki. Melalui baby doll, Sofie boleh main masak2, melalui baby doll juga, Sofie boleh main mak-mak. Hehehe...harus saya mencarinya. 

Dan saya mahu juga belikan set permainan peralatan masak buat Sofie, mungkin juga set permainan peralatan rumah. Mmmmm...harus difikirkan ongkosnya juga. Segala benda nak dibeli. Adeh.... kenapa tidak gunakan segala yang ada di rumah jer. Sudu, pinggan, cawan, dah ada di rumah. Iron, kipas pun dah ada. Mesin basuh, peti sejuk juga dah ada. Ala...yang saya nak beli ni kan utk permainan Sofie. Fiza ni terlalu berkira yer.....

Sebenarnya, mahu mengajar Sofie ni tidaklah susah sangat. Perlu ulang-ulangkan ilmu supaya ilmu boleh terus melekat di kepalanya. Dan paling penting sabar perlu ada. Saya perlu tingkatkan kesabaran saya....Saya amat berharap, Sofie mampu bertutur seperti kanak-kanak normal satu hari nanti.

Sofie dah merengek penat...nak balik. Lambat pulak tunggu kad biru dipulangkan pada Sofie....

Aksi2 Sofie ketika saya sedang update entry ini, sambil menunggu upload video selesai
Sungguh sibuk dia nak menolong umi.

Monday, July 19, 2010

Sofie menziarahi mbah yot dan ke Gedangsa

Hujung minggu baru ni, diisi dengan pulang ke kampung menziarahi orang tua, serta mbah lanang saya yang masih terlantar sakit. Semalam, sebelum balik ke Rawang, saya mengambil sedikit masa menziarahi mbah lanang saya. Kedatangan saya disambut dengan tangisan orang tua itu. Bila saya mencium tangannya, tangisannya lagi kuat. Kata makcik saya, dia kenal saya. Itu sebab dia menangis. Hanya raungan yang mampu dilakukan kerana dia sudah tidak mampu untuk bercakap. Semasa suami saya mendekatinya dan mencium tangannya, dia juga meraung. Begitu juga, apabila cicit2nya (anak2 saya) mencium tangannya. Saya sangat tak sampai hati melihatnya. 

Teringat sebelum dia mengalami kemalangan dahulu, dia seorang yang kuat dan cerdas walau usia telah pun 70 tahun lebih. Seorang yang sangat kuat bercerita kisah kehidupannya dulu2. Suami saya sering melayan cerita dia. Sekarang, dia hanya terlantar sakit, dengan tiub yang pelbagai...... sangat2 sedih melihatnya. Semoga ada keajaiban dari Allah Ta`ala untuk menyembuhkan mbah lanang saya. (saya tak sanggup untuk mengambil gambarnya. walaupun kamera dan hanphone sentiasa dalam beg tangan, tangan saya begitu berat untuk mengeluarkannya)

Setelah menziarahi mbah lanang, saya terus menuju ke Felda Gedangsa. Seperti biasa, pagi Ahad ada urusan terapi buat si dara saya. Setelah 2 minggu Sofie tidak melakukan terapi bersama Kak Raw, minggu ni berkesempatan untuk ke sana. Sampai di depan rumah Kak Raw, azan Zohor kedengaran, kami ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zohor, sekaligus dengan jama` qasar. (kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam).

Giliran Sofie untuk terapi agak lewat. Orang yang menunggu masih ramai. Saya datang seawal pagi pun saya dapat giliran hingga ke tengahari atau awal petang. Bila saya datang waktu tengahari pun, bilangan pesakit masih seperti waktu pagi. Aduhai....amat penat menunggu. Terasa lebih penat kerana perjalanan kami dari Sabak Bernam.Akhirnya, jam 5 petang, baru tiba giliran Sofie.

Tapi sangat2 bersyukur, Sofie langsung tidak meragam sepanjang terapi bersama Kak Raw. Kalau tidak, asal nampak je muka Kak Raw, pasti dia meraung. Tapi, kali ini, Sofie memberi kerjasama. Amat baik dan comel. Bila dalam perjalanan nak pulang ke Rawang juga, Sofie beri kerjasama pada uminya ini. Hijaz....memang tiada kompromi langsung. Disebabkan waktu pun dah hampir lewat petang, Hijaz mengamuk tak mahu berpisah dengan saya. Nak bergantung je dengan susu. Mengantuk pun iye juga. Akhirnya, saya terpaksa dudukkan Sofie di sebelah saya. Alahai....terima kasih ye sayang. Baik sungguh anak umi ini. Diam je dia, walaupun badan dah tegang dibalut dek Kak Raw. 

Sofie is a good girl, so clever..... 

Sofie dah mengantuk, baringkan dia dan terus tertidur dalam keadaan berbalut.

Sampai di rumah, jam hampir menunjukkan 7 malam. Sofie yang masih tidur terus sambung tidur dalam buaian. Agak lena, dan sedikit terganggu tak lama selepas itu. Abisofie mengangkat Sofie dari buaian, dan memujuknya. Tempoh balutan selama 4 jam. Balut jam 5 petang, dan sepatutnya, jam 9 malam baru balutan dibuka. Tapi, disebabkan Sofie tiba-tiba merengek dan menangis kerimasan, kurang satu jam terpaksa dibuka balutan bandage satu persatu. Jelas, tersenyum anak dara saya itu. Seronok bila dirinya lebih bebas. Dapat sertai abang2nya bermain. Hai...Sofie...Sofie. 

Monday, June 28, 2010

Untuk Kesekian Kalinya ke Gedangsa

Salam pagi Isnin...pagi yang hening penuh barokah....
Entry ini tentang kisah semalam, tapi baru ini ada kesempatan untuk dikemaskini dalam blog. Semalam badan amat penat dan letih. Pulang dari Felda Gedangsa agak lewat petang, jadi niat untuk meng'update' malam tadi terbantut kerana badan dan mata amat perlukan rehat.

Selepas Sofie menjalani pembedahan, sudah hampir 3 bulan, dan keadaan Sofie benar2 pulih, saya membawa Sofie berjumpa Kak Raw untuk menyambung sessi terapi dengannya. Sampai di rumah Kak Raw apabila terdengar azan Zohor, dan kami menunaikan solat Zuhur dulu di masjid berdekatan. Masih ada beberapa pesakit lagi yang belum menjalani rawatan dan menunggu giliran. Saya membawa Sofie ke atas, ternyata Kak Raw masih ingat pada Sofie. Nampak saya di muka pintu, Kak Raw menegur saya bertanyakan hal Sofie.

Bila tiba giliran Sofie, ternyata Sofie amat takut. Dia menangis pada mulanya. Setelah Kak Raw mengurut badan Sofie, senyap pula dia, Mungkin rasa selesa dan enak badan diperlakukan sebegitu. Kak Raw kata, nampak Sofie makin sihat. Badan makin berisi.... alhamdulillah. Dengan izin Allah, selepas selesai pembedahan besar itu, ternyata Sofie lebih sihat dari sebelum ini.

Gambar di atas sewaktu Kak Raw ingin menjalankan terapi ke atas Sofie. Abi Sofie membantu Kak Raw. Saya, sedang mengambil gambar. Sofie menangis ketika ini.... Kesian juga, tapi saya terpaksa degilkan hati demi melihat Sofie terus sihat...

Selesai mengurut, sessi membalut badan Sofie dengan bandage. Sofie kelihatannya agak pelik...mungkin sudah terlalu lama tak berbalut.

Selesai balut.... Sofie perlu diberdirikan selama 10 minit dahulu untuk tujuan pengaliran oksigen dalam badan. Tapi, kali ini Kak Raw tak balut satu badan. Cuma ambil dari bahagian dada ke bawah sahaja. Biasanya, Sofie akan jadi seperti mummy. hehe... sangat kesian dengan Sofie. Tapi kali ni....Sofie lebih selesa sebab bahagian kepala tak berbalut. Nak tengok macam mana Sofie dibalut keseluruhan badan, click sini atau sini.

Abi dan abang Sofie kena layan Sofie bermain, untuk tarik perhatian dia. Kalau tak buat macam ni, Sofie akan menangis.

Selesai tugas di Gedangsa, kami terus pulang ke Rawang. Alhamdulillah Hijaz beri kerjasama yang baik sepanjang perjalanan. Elok pulak Hijaz tidur dalam car seat Sofie, dan saya memangku Sofie. Terima kasih sayang...beri kerjasama yang baik untuk umi dan kak chik.

Saturday, June 19, 2010

Terapi perangai Sofie

Entry kali ni, saya nak bercerita pasal Sofie. Pagi Jumaat semalam, Sofie ada terapi di KK Bt. Arang. Tapi, saya tak ikut serta. Sofie pergi dengan abisofie je. Saya sekadar di rumah bersama Hijaz. Kesimpulannya, setelah berjumpa juru terapi tu, keputusan biasa2 je la. Sofie pun dah lama tak menjalani terapi selepas pembedahan. Ini pertama kali. Terapi di HSB kena aturkan semula. Lega sangat sebab juruterapi di KK dah bagi surat untuk teruskan terapi di HSB. Tak payah susah2 nak rujuk doktor kanak-kanak. Sangat leceh nak jumpa doktor.

Juruterapi KK tu nama dia Puan Yati. Jadi, Puan Yati kata, anak sindrom down ni sebenarnya lebih bijak dari anak normal. Anak sindrom down pandai ambil perhatian kita. Dia pandai manipulasi kita sebab nakkan perhatian. So, dari kecil perlu diajar bagaimana nak sesuaikan diri mereka dengan keadaan. Puan Yati bagi contoh, kalau dia merasa sangat selesa berada di zon selesa, bila kita bawa dia di tempat yang tak selesa, macam kedai makan ke, mungkin anak ini akan buat perangai. Disitulah pentingnya kesabaran ibu bapa melayan karenah dia.

Sofie perlu dilayan sebagaimana kanak-kanak normal. Saya perlu melayan Sofie seperti saya melayan Ikhwan, Amniy dan Hijaz. Kalau Sofie buat salah, dia juga perlu dihukum (berpada2ye...bukan hukuman membabi buta) supaya dia tahu apa yang dibuat itu adalah salah. Saya perhatikan, Sofie mudah mengikut setiap perilaku sekeliling. Itu sebab penting ahli keluarga menunjukkan perilaku dan akhlak yang baik. Setiap yang kita lakukan dia akan rakam, dan akan tunjukkan aksi itu kemudian.

Contoh, malam tadi, Sofie bermain dengan pam susu yang dah tak guna lagi. Pam tu pun dah pecah sikit dan ada beberapa bahagian hilang. Saya gunakan pam tu masa dalam pantang lepas bersalinkan Hijaz. Apa yang saya perhatikan, Sofie cuba meniru sepertimana yang saya lakukan. Sofie mengangkat baju dia, dan letakkan pam di badan, kononnya macam nak perah susu. Agak lucu.... dan saya terus perhati. Padahal saya dah lama tak pam susu. Ini bermakna, memori Sofie sangat kuat. Dia boleh ingat semula apa yang saya buat dengan pam tu 7 bulan lepas. Dia tahu pam tu untuk apa. Sayang sekali...saya tak sempat rakam aksi Sofie ini. Serius! Dia sangat2 comel masa buat aksi tu.

Sofie juga cepat belajar. Setiap yang kita ajar dia mudah ikut. Itu sebab kita tak boleh tunjukkan aksi2 negatif depan dia. Lepas ni, saya akan melarang anak lelaki saya bergaduh depan Sofie. Tolong la anak-anak ku.... kita perlu tunjukkan akhlak yang baik depan Sofie. Maklum saja, anak lelaki,kan. Kalau main bersama, pasti ada perkara tak puas hati dan bergaduh. Kadang2, saya perhatikan, Sofie tengok je abang2nya bergaduh. Risau sungguh saya. Tak pe, lepas ni...saya perlu berhati2.

Setiap perbuatan baik, yang Sofie ikut selalunya sangat membanggakan saya. Contoh, baca doa sebelum dan selepas makan dan minum susu, kalau saya dan suami berjemaah dan berdoa selepas solat, Sofie pun akan ikut, angkat dua tangan comelnya, lepas tu raupkan tangan pada muka. Lepas tu sengeh kambing pula.....hehe.... dan sebenarnya banyak lagi akhlak baik yang Sofie dapat dari kami. Saya suka, cuma apa yang saya fikirkan bagaimana ingin mengekalkan sifat baik dalam diri Sofie. Takut2 dia tersasar. Saya perlu tingkatkan kesabaran. Saya tahu, mendidik anak-anak istimewa ini amat mencabar. Saya tak perlu risaukan kesihatan Sofie lagi. Yang perlu saya risaukan adalah mendidik Sofie menjadi insan yang berakhlak baik.

Kalau lihat dari susuk tubuh Sofie yang masih kecil, pasti ada yang kata, "alah...apa nak risau. Diakan kecik lagi." Huh!.... sebab dia masih kecillah kita perlu mulakan dari awal. Kalau dah besar, sangat susah nak membentuk peribadinya, kan? Saya tak nak manjakan Sofie sangat2 sebab saya tahu, manjakan Sofie secara berlebihan akan menyusahkan saya di kemudian hari. Bukan sahaja menyusahkan saya, malah dirinya sendiri akan susah. Biar Sofie kenal erti kesusahan dari awal. Supaya dia biasa dengan kesusahan. Bagi saya, manja itu perlu, tapi biar seiring dengan ketegasan. Bukan garang ye...tegas! Begitu juga untuk anak2 lain. Ini bermakna, mendidik Sofie sama seperti saya mendidik anak2 lain. Saya tak boleh nak ambil kesempatan di atas keistimewaan Sofie. Jangan kerana dia anak istimewa, saya pun melayan dia seistimewa mungkin, Takut2 layanan istimewa saya tu akan memberi kesan tak baik pada dia dan saya di kemudian hari.

Gambar malam tadi.
Sofie berebut bekas kamera dengan Hijaz. Main atas katil umi....habis katil umi dikerjakan dek budak dua tu......

Yang pasti, saya sangat sayangkan anak ini. Walau bagaimana keadaan dia sekali pun. Saya tetap sayangkan dia. Dia puteri hati saya. Dia penawar kala saya duka. Satu-satunya anak perempuan yang saya miliki ialah Sofie. Saya belum bersedia menerima anak perempuan lain, kerana saya bimbang saya akan berubah hati bila dapat anak perempuan normal. Oh....begitu sekali fikiran saya. Jahat sungguh ibu ini. Bukan apa...kadang2 memang itulah yang saya fikirkan. Saya harap, andai Allah kurniakan anak perempuan lagi buat saya, kasih sayang cinta saya pada Sofie akan terus bersemi. Saya takut kalau2 hati saya berubah. Hindarkanlah, Ya Allah! Buat masa ini, inilah puteri dan ratu hati saya selamanya.....

Sunday, January 31, 2010

Sofie ke Gedangsa lagi....

ASSALAMUALAIKUM....

seperti biasa, semalam, sabtu aktiviti kami ke Gedangsa. untuk tujuan terapi alternatif sofie buat kali ke 13. kami bertolak dari BTP, Rawang agak lewat sebenarnya, jam 12 tengahari. memang niat kami nak sampai rumah kak Raw je, terus buat. tak yah tunggu lama2. dah 2 minggu sofie tak balut.

sampai rumah kak Raw, masih ada 4-5 orang lagi yang masih menunggu giliran untuk berurut. waktu tu jam 1.40 ptg. semua anak-anak diangkut sekali ke rumah kak Raw.

jam2.30 ptg, sofie mula dibalut. dan bermulalah episod penderitaan sofie. sofie terus menangis dan menangis....rimas,panas. macam manalah nak tunggu sampai 4 jam ni. sepatutnya sofie kena buka balutan,jam 6.30 ptg. sepanjang dalam kereta menuju ke rumah tika (adik iparku) sofie menangis semahu-mahunya. nak tak nak, umi terpaksa layan sofie. pujuk sofie, peluk sofie, dan nyanyikan macam2 zikir supaya sofie diam.

sofie paling suka bila umi berzikir. umi berzikir 'laisalaha min dunillahi kasyifah', umi nyanyikan selawat syifa`, sofie diam seketika. dapatlah sofie lelapkan mata sebentar. tapi, lepas tu, sofie akan terjaga semula, dan sambung menangis lagi....

jom kita layan aksi2 sofie yang sempat disnap semasa dalam kereta...


kesian sofie, sepanjang masa menangis kerimasan dan kepanasan



tak pe, umi peluk sofie, ok! sofie jangan nangis lagi


umi dan abi sayang sofie. ni semua demi kebaikan sofie. susah2 dahulu.....


umi cium sofie sikit,ok. sofie bertenang ye,sayang.

nasib baiklah hijaz baik dan tak banyak ragam. masa umi pegang kak cik dalam kereta, hijaz relax je terbaring dalam car seat kak cik. umi sayang hijaz. hijaz memahami keadaan. hijaz tak meragam. tengoklah hijaz tu, relax je tengok kak sofie meragam. terima kasih,sayang. muaaah sikit utk hijaz!

hai kak cik. saya ialah adik yg memahami keadaan. tak pe, umi letak saya kat sini dulu. sebab umi nak pegang kak cik. untuk kebaikan kak cik tau. kak cik sabar la....


tapi, sayang, sampai je rumah tika, tak sampai 4 jam balutan sofie dah dibuka. baru 2 jam. sebab sofie menagis tak tentu hala. umi faham apa yang sofie rasakan. tapi ni semua demi kebaikan sofie. umi nak sofie cepat berjalan. tu sebab cik Raw ikat semua badan sofie dari kepala ke kaki. umi nak sofie cepat sihat. tapi, belum cukup waktu, sofie dah minta nak buka. nangis dan terus menangis....sofie, sofie! tak pe la sayang. kita try lagi next week,ok. next week balut dengan cik Raw, umi nak sofie bertahan sampai 4 jam. ok, sayang!

Sunday, January 10, 2010

weekend yang sibuk!












sofie nangis...rimas dan panas













sempat la tido untuk 5 minit












sabar ye sayang!



Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....

hari ni, sabtu yang sibuk bagiku dan keluarga. bangun awal pagi untuk bersiap seawal mungkin...nak pergi ke Gedangsa. disebabkan sebelum ni kami keluar rumah lebih awal, iaitu jam 3 pagi, kali ni, kami ambil keputusan utk sampai sana waktu tengahari. jadi, semalam kami bertolak jam 10 pagi....

kenapa ke Gedangsa? setiap sabtu, itulah aktiviti kami sekeluarga. bawa sofie untuk terapi alternatif... ke rumah Kak Raw. kami sampai lebih kurang jam 12 tengahari....sofie mula terapi jam 3 petang.... balut dengan kain bandage selama 4 jam..... dan beginilah keadaan sofie selepas dibalut (seperti gambar di atas)...

sofie memang menangis sepanjang 4 jam...tapi nak buat macam mana, aku terpaksa dengar dan layan segala karenah dia. semuanya demi kesihatanmu,sayang. umi sayangkan sofie. gambar2 ni bukanlah disnap hari ini...november tahun lepas. tapi, beginilah keadaan sofie....

masa mula buat terapi untuk sofie, sebagai ibu, aku sedih dan kesian dengan sofie...bayangkan dengan rimas, panas dan karenah sofie lagi...semuanya aku dan hubby layan dengan sabar...satu je kami harapkan, usaha kami ni untuk kebaikan sofie. nak tengok sofie seperti kanak-kanak normal lain.

hari ini, rawatan kami yg ke-11 untuk sofie.... selepas buat 11 kali rawatan, banyak perbezaan yang kami nampak pada sofie. sebelum ni, sofie bagai bayi baru lahir, hanya guling2 dan terbaring jer walau umur sudah setahun lebih. selepas rawatan alternatif ni, alhamdulillah, aku boleh lihat perkembangan sofie... sofie berselera untuk makan, pandai duduk dengan sendiri, dan sekarang sedang belajar berdiri. tapi, kaki sofie belum berapa kuat. aku sabar menanti saat sofie berjalan dan berlari....dan paling tak sabar menunggu sofie memanggil "umi"...bila agaknya sofie nak pandai bercakap?