Showing posts with label IKHWAN. Show all posts
Showing posts with label IKHWAN. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Beg sekolah sokongan belakang Ikhwan

Selamat hari Jumaat.... Semoga sentiasa hidup dalam keberkatan.
Sekolah dah nak masuk minggu ke-3. Tapi, saya masih cuba belajar untuk menguruskan masa dengan betul. 
Bila Amniy, anak ke-2 sudah masuk Tahun Satu, masa harian turut berubah.
Apapun, nak update tentang isu beg sekolah. 

Akhirnya..... kami telah pun jumpa beg sekolah sokongan belakang khas buat Ikhwan.
Tiada lagi masalah beg sekolah berat.
Feedback Ikhwan : Ok, mi. Selesa, tak rasa berat pun beg ni.
Alhamdulillah.......



Harga beg....... Huhuhu.... memang agak mahal berbanding beg sekolah biasa.
2 kali ganda dari beg sekolah biasa. Tapi, disebabkan risau kesihatan tulang Ikhwan, beli jugak la.
Nak tahu harga? RM80.......


Lagipun, Ikhwan gi sekolah naik basikal..... Jadinya, beg sokongan begini mambantu ringankan beban buku sekolah. 


Ok, sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain hari.....

Wednesday, February 15, 2012

Didik Anak Dengan Sifat Amanah

Assalamualaikum.
Sekali lagi, halaman peribadi ini telah diabaikan oleh tuannya.... Haaaaa, macam biasa, alasan yang sama. Sibuk, sibuk, sibuk. Walau banyak cerita nak dikongsikan, tapi bila dah asyik bertangguh, banyak la cerita dah lupa dan basi. Terutamanya cerita Sofie..... Banyak dah basi. Insya Allah, lain kali saya cuba gagahkan diri bercerita tentang anak dara yang sorang ini.

Pagi2 ini, kuat hati menulis tentang amanah dalam diri. Didik anak2 dengan sifat amanah, baru je terkena pada saya. Bukan senang nak didik anak dengan sifat2 Nabi, tapi ibu bapa harus kuat hati memberi pendidikan terapkan sifat2 Nabi dalam diri anak2.

Kisahnya begini, Ikhwan, anak sulung saya diamanahkan oleh saya untuk membawa roti ke sekolah. Kawan2 Ikhwan menempah roti. Bukan banyak pun, 3 ketul je. So, pagi tu saya pesan dengan Ikhwan, "Nanti kawan2 dah bagi duit, simpan duit elok2. Balik kang bagi ummi duitnya."

Tengahari itu Ikhwan balik rumah dengan riang gembira. Sambil menunjukkan permainan yang dia baru beli dari gerai di bus stop sekolah. Sofie dan Hijaz mulalah sibuk nakkan permainan yang abang Iwan beli.

Saya tanya, "Eh, mana dapat duit beli benda ni?" 

Dia jawab, "Duit belanja abi bagi tadi la." 

Pelik juga saya. Saya tanya lagi, "Iwan tak belanja makan ke tadi. Siap beli permainan lagi."

Dia jawab, "Makan, mi. Iwan beli keropok lekor 2 bungkus. Air satu."

"Hai, lebih dah belanja Iwan pagi ni ye. Semua tu dah 3 ringgit." Saya diam seketika, dan menyambung, "Mana duit roti yang kawan Iwan bagi. Kawan bayar tak?" 

Dengan muka rasa bersalahnya dia menjawab, agak teragak2, "Mmmmm, Iwan dah belanja." 

"Semua sekali?"

Dia mengangguk, jujur sekali anak saya ini. Mula la saya nak brain wash budak ini. Saya mula bersuara.

"Haaa, kan.... sekarang ummi dah nampak Iwan belum ada sifat amanah dalam diri. Ummi amanahkan Iwankan tadi, lepas dapat duit dari kawan, Iwan kena simpan duit dengan elok, dan bagi ummi duit tu. Sekarang, tengok apa Iwan,dah buat. Iwan belanjakan semua duit tu."

Ikhwan diam je.... Saya sambung lagi membebel sambil menggosok baju sekolah kebangsaannya, "Iwan tahu kan, amanah tu sifat siapa?"

Dia menjawab ringkas, "Sifat Nabi."

Saya tanya dia kembali, "Iwan tak nak ikut sifat Nabi ke?"

Dia jawab, lemah je suaranya, "Nak."

Saya sambung la bertanya, "Iwan tak nak ikut Nabi masuk syurga ke?"

"Nak."

"Macam mana nak ikut Nabi masuk syurga kalau Iwan tak nak ikut sifat Nabi?" Dia diam je sambil belek2 permainan yang baru dibelinya. Saya menyambung, "Ok.... ummi maafkan Iwan walaupun Iwan tak minta maaf. Hari ini, ummi denda Iwan. Boleh?" Dia mengangguk.

Saya sambung, "Sekolah petang ni, Iwan tak de belanja ye. Iwan kena makan kenyang2 kat rumah dan bawa air ke sekolah. Kat sekolah nanti Iwan tak yah belanja. Ummi bukan kedekut, ummi cuma nak Iwan sedar, Iwan dah buat silap. Sepatutnya Iwan kena bagi duit roti tu kat ummi, tapi Iwan belanja habis duit tu."

"Ok, ummi."

Ikhwan bersiap ke sekolah petang itu dengan agak kelam kabut. Dia makan nasi dengan banyak, 3 pinggan! Mungkin dia sedar, waktu rehat nanti dia tak ke kantin untuk makan. Saya buatkan air sirap kurang manis untuk bekalan dia ke sekolah. Biasa bawa air putih je, tapi, memandangkan saya juga rasa kesian dengan dia, biarlah saya sediakan air manis sedikit supaya dia ada selera untuk minum air. 

Hati saya mula goyah bila tengok Ikhwan memakai kasut sekolah. Saya mahu mengambil wang sedikit untuk beri padanya.... Tapi, saya cuba kuatkan hati, bertegas dalam diri, katakan pada hati, "Ini pengajaran buat Ikhwan." Saya tak mahu, nanti Ikhwan akan kata, sebenarnya ummi cuma cakap je, tapi tak buat pun. Saya tak mahu lain hari dia ulang kembali kesilapan yang dia lakukan hari ini. 

Sebelum dia melangkahkan kaki ke van sekolah, Ikhwan bersalaman dengan saya dan berkata, "Sorry eh mi!". Alahai.... runtun hati saya,  saya bertanya lagi, "Iwan ok ke?" Dengan riang dia menjawab, "Ummi jangan risau. Iwan OK. Tak de belanja pun Iwan ok je. Air kan ada... " Gelak je dia. Saya lega sebenarnya, tapi, saya tetap terfikir, bagaimana la agaknya Ikhwan di sekolah. Kawan2 lain semua rehat ke kantin, tapi Ikhwan cuma minum air sirap je. Alahai....... hati goyah!

Mungkin bagi sesetengah orang, ala... apa la sangat dengan RM3 tu. Dengan anak pun nak berkira! Tapi, tidak bagi saya, walaupun cuma RM3, ia tetap salah apabila dia tidak pegang pada amanah yang saya letakkan padanya. Saya mahu ajar anak2 saya sebaik mungkin dengan penerapkan sifat2 mulia dalam diri. Saya masih belum berjaya sebenarnya. Banyak lagi sebenarnya yang perlu saya perbaiki, dan saya pelajari.

Saya amat berharap ini dapat dijadikan pengajaran buat Ikhwan. Menjadi seorang anak Muslim unggul bukan mudah sebenarnya, mendapat redha Allah, bukan tugas mudah, masuk syurga juga bukan mudah. Masuk neraka amat mudah! Saya dan suami selalu berkata pada anak2 kami, kalau nak masuk syurga kena susah dulu di dunia. Kena solat, kena mengaji, tak derhaka, ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Ingat senang nak buat semua tu..... Mmmmmm.... tepuk dada, tanya Iman.

Sekian untuk kali ini. :-)

Thursday, October 20, 2011

Minggu peperiksaan!

Assalamualaikum....
Minggu ni, minggu peperiksaan bagi anak teruna saya. Masa sangat2 terhad, sebab sibuk melayan dia. Anak nak periksa, ummi yang sangat lebih2. Macam tu la mak2 kita dulu. Time kita yang periksa, mak2 kita sangat risau dan cemas....


Kesian sangat pada Ikhwan sebenarnya. Tarikh peperiksaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama serentak. Saya yang letih tengok dia. Nak cover subjek 2 sekolah tu serentak. Walaupun saya dan cuba membantu Ikhwan buat persiapan sebelum peperiksaan, tapi hati seorang ibu tetap risau dengan keadaan dia. Subjek pulak banyak.... 

Minggu peperiksaan ni, Ikhwan memang di larang sama sekali main di luar. Balik je dari peperiksaan di sekolah kebangsaan, bersiap untuk menghadapi peperiksaan di sekolah agama pulak. Dan apabila balik dari sekolah agama, terus mandi, solat Asar, dan terus suruh dia mengaji. Jadi, di malam hari selepas Maghrib, dia perlu terus buka buku untuk kertas esok harinya. Begitulah rutin harian dari awal minggu hari tu. Masa Ikhwan agak padat. Nampak seolah2 saya tak beri kelonggaran untuk Ikhwan bermain, kan? Sebenarnya, sebelum tu, dia sudah teramat banyak bermain, jadi untuk seminggu ni je saya agak kawal sikit waktu permainan dia. 

Dan... anak teruna itu merungut ok! Merungut sebab saya melarang dia bermain di waktu petang. Saya ni tak mahu dia terlampau penat. Ikhwan ni satu kelemahan dia, kalau dia penat sangat, banyak sangat bermain, dia mudah dapat demam. Jadi, untuk minggu ni, saya perlu jaga kesihatan dia supaya dapat menjawab soalan dengan baik. Sekarang, hari2 hujan, dari tengahari, petang dan malam..... Dan untuk hari ini, nampak dah tanda2 dia mahu demam. Sabar sikit hari lagi. Hari ni, last untuk kertas di sekolah kebangsaan dan esok last paper untuk sekolah agama..... Sikit je lagi!


Harapan saya pada Ikhwan tidak terlalu tinggi. Sebagai ibu pasti ada sedikit harapan dari si anak, kan? Harapan saya cukuplah kalau Ikhwan dapat kekalkan kelas sekarang. Sekarang Ikhwan berada di 1B, saya tak mahu Ikhwan turun kelas ke C, D, E, F atau G... Aduhai.... teruk la kalau dia turun kelas. Tapi, kalau dia dapat naik ke kelas 2A untuk tahun depan, sangat2 bersyukur dan Alhamdulillah!

So, tahu la ye kenapa saya agak keberatan update blog ini kebelakangan ini. (kalau anak tak exam pun, malas update gak :-))

Ok, sekian laporan kali ini..... :-)

Friday, August 19, 2011

Cabaran Melatih Anak Berpuasa

Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Hari ini sudah Ramadhan ke-19. Saya seperti biasa, bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. Agak mencabar Ramadhan saya kali ini, kerana saya turut melatih 2 orang anak lelaki saya berpuasa. Besar sungguh cabarannya. Memujuk, memaksa, melatih mereka bukan kerja mudah.

Pertamanya ialah cabaran gagal mengawal emosi amarah anak2......
- Berlaku pada Ikhwan apabila Ikhwan pulang dari sekolah di waktu tengahari, lagi2 bila waktu itu cuaca amat panas. Ikhwan pulang dengan wajah yang masam mencuka, rasa nak marah pada adik2, juga pada umminya. Kadang2 si ummi juga hilang sabar dengan karenah Ikhwan. Saya selalu cakap dengan Ikhwan, "kalau Iwan lapar, dahaga, bukalah puasa. Iwan tak wajib puasa pun, tapi, ummi wajib latih Iwan belajar puasa." Kadang2 saya siap hidangkan lagi air sejuk dalam peti ais, hidangkan nasi lebihan sahur pagi tadi, tapi, memang mentah2 dia menolak semua tu.

Kepenatan.... sementara tunggu pakcik van datang...

- Berlainan pula dengan Amniy. Sekali pun dia lapar dan dahaga, nampak kesabaran Amniy menahan diri dari terus melayan perasaan itu. Adakalanya, dia mahu marah juga pada adik2nya yang suka sangat nak bermain bersama, tapi, boleh kawal lagi. Saya selalu minta dia menggunakan komputer supaya Amniy leka dengan bermain game dan menonton video klip kegemaran. Biasanya, Amniy akan melayan youtube Upin dan Ipin, BoBoiBoy, atau menonton filem yang ada dalam komputer secara berulang2. Bagi saya, biarlah.... kita mendidik anak berpuasa, kata orang biarlah mendidik sekali hatinya supaya lebih cenderung kepada kebaikan. Dengan menonton video bukan boleh memberi apa2 kebaikan padanya.... aduhai, betul juga tu.

Kedua, cabaran membangunkan mereka bersahur.
- Sekali lagi berlaku pada Ikhwan. Susahnya nak bangun sahur, rasa macam nak siram satu jag air kat muka dia. Tapi, sian pulak. Umisofie ni ada perasaan ok! Selalu minta si abi tolong gerakkan Ikhwan, sebab abi gerak dengan penuh kasih sayang. Umi gerak dengan gaya singa.....ngaummmm!!!!! Hahahaha....

- Tapi, untuk Amniy, panggil je sekali dua nama, terus bangun, cuci muka, makan... senangnya budak sorang ni. Hehehe... lain anak, lain ragamnya. Umisofie perlu terus bersabar melayan semua karenah anak ok!

Tolong ummi lipat sejadah...

Ketiga, Cabaran tahap kritikal menunggu waktu berbuka puasa,
- Waktu ini, memang kedua2 orang anak saya sangat tidak sabar.... rasanya semua budak begitu. Saya pun kadang2 naik fed-up juga la, asik2 dorang tanya, "ummi, berapa lama lagi nak berbuka?", "ummi lama lagi ke?" padahal, tinggal 5 minit je lagi nak azan. Selalunya, layan je dorang kasi leka sikit. Seronok bila tiba waktu berbuka, anak2 saya dapat rasakan satu kemenangan yang maksima pada hari itu. Jangan lupa ucapkan tahniah pada anak2 kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari tersebut. Itu yang saya buat.....

Yang paling best, bulan puasa ni, anak2 saya rajin menolong. Kalau rumah bersepah sikit, minta je tolong dorang. "Sapa nak pahala lebih bulan Ramadhan ni, meh tolong ummi kemas rumah." Insya Allah, rajin mereka buat, terutamanya si Amniy. Selalu sangat dia tolong saya kemas kain, kemas mainan adik, kemas buku2 yang adik2nya sepahkan, tolong basuh pinggan walaupun banjir dapur saya... ( huwaaaa...!!!!!!), tolong angkat kain dijemuran. Alhamdulillah, kalau dia tolong buat kerja tu, rasa sejuknya hati. Hehehe. Semoga sikap tolong menolong sentiasa ada dalam diri mereka.

Satu hal paling best, Amniy sanggup menolong abangnya mengemas beg sekolah agama masa nak pergi sekolah agama. Ikhwan terbaring macam nak pengsan, penat la katakan... balik sekolah pagi, petangnya nak ke sekolah agama pulak. Jadi, si adik la yang tolong kemaskan beg, cari pencil case di mana, kadang2 siap carikan stokin si abang lagi. Alahai.... bertuah betul si abang. Tu pun asyik nak bergaduh!

Ok, cukup takat ni... Saya nak buat kek karamel pulak ni. Amniy minta kek karamel sejak dari puasa pertama, saya booo layan je. Hari ni dah puasa ke 19, kena buat jugak ni. Kalau tak kempunan. See u!

Tuesday, July 19, 2011

Melayan karenah mereka sehingga habis bateri!

Assalamualaikum......
Boring sikit hari ni, tiada cerita nak dikongsikan.
Anak bongsu saya, Hijaz (setahun 9 bulan), pandai buat permintaan. Macam2 yang dimintanya.
Malam tadi, saya pegang kamera, ambil gambar kuih apam mentega gula hangus yang saya buat untuk berbuka puasa Maghribnya, tiba2 datang budak kecik itu.

Mulutnya terus bercakap. "nyom...nyom..." Faham apa dia minta?
Dia minta diambilkan gambarnya, dan tersenyum. Pantang nampak kamera, mesti akan cakap "nyom..nyom..." Aduhai... bilalah nak pandai bercakap dgn betul ni. Lucu dengar dia bercakap.


Tiba-tiba, anak sulong saya datang, mulut si bongsu terus bercakap, " abam, nyom..." 
Heheheh.... dia mengajak abangnya ikut serta dalam sessi fotografi yang tak semenggah itu.


Bila saya kata, " dah ye dik, bateri dah habis." Dia jawab, "nyom... nyom..." sambil merengek2, nak lagi bergambar..... Jadi saya layan je kehendaknya sementara bateri kamera belom habis. Dia nak bergambar bersama abangnya saja....


Tiba2, mulut comelnya bercakap lagi, "kakak... nyom." Ah! Sudah, dia mahu bergambar bersama kak chik pula. Kak chik Sofie pula ketika itu berada di depan bersama abi dan abang Amniy, melihat abinya mengajar abang Amniy mengaji.

 Sementara Amniy selesai mengaji, mereka bertiga sibuk nak nyom (istilah Hijaz utk bergambar).
Umi..... layan je la...... selagi belum habis bateri kamera, selagi belom ada tanda merah pada kamera.

Selepas Amniy mengaji...... wah... semua sibuk. Abi tak nak ikut serta. Sebab tahu, nanti umi tayang kat blog! Nanti abi lagi glemer dari anak2, jadi, kasi can la kat anak2.... Hehehhe....

Sekian untuk paparan kali ini...... Adios!
p/s: sebeno eh, nak tayang gambar ber'watermark' ai tu..... kihkihkih!!!!!!!!! 
perasan cantik pulak gambar2 ai tu... :-P

Thursday, June 09, 2011

Surprise untuk Ikhwan!!!!

Semalam, seharian suami tiada di rumah sebab ke KL. Ada program dgn MISC. Saya dan suami ada merancang sesuatu untuk anak teruna kami. Semuanya surprise......

Suami saya balik agak lewat semalam, waktu maghrib. Jadi benda yang kami surprise tu, masih tersimpan di dalam kereta. Saja tak mahu keluarkan dulu. Anak teruna kami pun buat tak tahu je, sebab dia memang langsung tak tahu apa2. Selepas jam 11 malam, anak teruna kami pun dah tido, suami saya keluarkan benda tu dari kereta. Tersenyum saya, sebab saya tahu, ini ialah benda yang diidam2kan oleh dia. Benda yang dia inginkan sangat tu ialah....

Tadaaaaaaa.....
:
:
:
:

 Basikal baru!!!!! Malam tu saya tutup siap2 dengan kain besar. Pagi esoknya, kami minta dia buka....
Memang dia terkejut tahap gaban ok! Ini ialah hadiah kesabaran setelah sekian lama dia menanti. 
Lama tau dia minta, kami buat dek jer.... minta dia sabar, sabar dan sabar.

Lagi pun saya nak tengok dulu akhlak dia, dia rajin solat ke tak, rajin mengaji ke tak....
Tapi, bila buat penilaian sekian lama, saya dan suami pun bersetuju belikan dia basikal baru.
Basikal lama dia sudah terlalu kecil untuk dia. Tak sesuai sangat buat Ikhwan yang dah semakin besar.
Walaupun basikal ni tak sehebat basikal kawan-kawan dia yang lain, dia sangat gembira.

 Speechless! Langsung tak terkata apa. 
Hanya mampu tergaru2 montot.... Hahahahhaa

 Pepagi, belom mandi lagi dah try test power basikal.
Teruja sangat la tu...

 Basikal lama Ikhwan dah beri pada Amniy. Abi dorang dah repair segala kerosakan pada basikal lama tu... semua spare part dah diganti baru. Awal2 lagi saya dah beritahu Amniy, "Amniy tak yah beli basikal baru ye. Kita repair je basikal abang. Amniy guna tu dulu. Nanti bila Amniy dah besar sikit baru kita beli basikal baru untuk Amniy." Alhamdulillah.... Amniy mudah faham. Dia terima seadanya.... Yang penting dia pun ada basikal.

Ni pun basikal Ikhwan juga, di beri oleh jiran sebelah rumah.
Ntah kenapa Ikhwan tak suka nak guna basikal ni....

Saya dah beritahu awal dengan Ikhwan, "Umi dah buat agreement dgn apek jual beskal ni. Kalau Iwan nakal, tak mo solat tak mo ngaji, umi jual balik, setuju!"
Dia jawab, "Setuju umi!" Hehehhe... sesekali kena gak ugut,kan? :-)

Wednesday, June 08, 2011

Anak-anak dan Lagu "Ummiku Sayang"

Assalamualaikum.... Hilang idea sungguh sejak akhir2 ni
Tapi, ni nak cerita hal anak2 saya.
Sepanjang pagi ke tengahari, PC dikonker ( tak reti eja la...) oleh mereka.
Mereka semua, 4 orang, amat gemarkan lagu Ummiku Sayang.
Jadi, asyik sangat mereka berempat melaya youtube Ummiku Sayang tu....
Uuuuiiihhhh, memang langsung tak beri kesempatan umi nak online.

Tengok tu, asyik tak mereka?.
Ikhwan siap bergendang belakang badan Amniy.
Amniy pulak sangat leka dan khusyuk menghayati bait2 lagu.
Sofie terpegun duduk dengan soleh sekali di kerusi sambil menghayati lagu itu.
Hijaz pulak langsung tak mahu duduk, sebab seronok menyanyikan lagu itu.


Meh dengar sekejap lagu kegemaran anak2 saya tu.
Bagus dengar lagu2 sebegini buat anak, dapat didik jiwa mereka.
Ini tak, asyik sole sole!

Tuesday, June 07, 2011

Teruja naik komuter :-D

Saja la nak share cerita anak2 lelaki saya. 

Dorang ni teringin amat nak naik komuter
Jadi minggu lepas, saya bawa la dorang naik komuter.
Dari Rawang ke Tanjung Malim
Kebetulannya, memang nak ke area Behrang, rumah adik ipar. 
Jadi stesen komuter terdekat ialah Tanjung Malim.....
Punya la excited anak2 saya tu. 
Al-maklum la.... dorang ni belum pernah merasa naik komuter.
Sofie dan Hijaz naik kereta dengan abi dorang, dengan di temani oleh seorang adik ipar saya.

 Punya la lama tunggu komuter menghala ke Tanjung Malim datang.
Sejam tunggu.... anak2 saya agak bosan jugak, lagi2 dengan cuaca yang amat panas.
Bising dah dorang suruh call abi, datang jemput dorang.
Mana boleh, masa tu abi dorang dah laju menghala ke Behrang.
Jadi, nak tak nak, kena la tunggu.

Bila komuter datang, terus excited!
Tak sabar sungguh mereka. 
Saya terus pesan, "jaga akhlak ye."
" ok umi!"

 Saya memilih coach for ladies la....
Bagus juga ada coach ni. 
Rasa selamat dok dalam tu.
Tak bercampur dengan lelaki dewasa.
Nasib baik dia sediakan coach ni, khas untuk wanita dan ibu2 yang bawa anak. :-)

Tengok gambar  tu....
Punya la soleh anak2 bujang saya tu.
Walaupun sedikit teruja dan excited, tetap boleh menjaga akhlak.
Alhamdulillah, anak2 umi dengar kata umi. 
Bukan susah permintaan umi, jaga akhlak je,kan. Hehehehe....

Lain kali kita ajak abi pegi KL pula ye, anak2.
Kita naik LRT, monorel....... hehehe.
Insya Allah, kalau diberi keizinan tau!
Umi tak janji!

Wednesday, May 25, 2011

Kulit HITAM tak pe, yang penting hati PUTIH, BERSIH!!!

Entry ke-2 pula....
Beberapa hari lepas, Ikhwan balik sekolah dia mengadu dengan saya. Sebenarnya, dari dulu lagi dia mengadu hal yang sama, tapi, kelmarin dia mengadu lagi......

"Umi, kawan Iwan ejek Iwan hitam." 

Dia mengadu dengan gaya sedih tau! Korang sebagai ibu, macam mana kalau anak cakap macam tu. Saya dengar pun, bagai terhiris jantung. Sian Ikhwan, anak umi ni! 

"Sampai hati kawan Iwan cakap Iwan hitam. Dia putih ke?" 

"Ha`ah, kulit dia putih." Ikhwan jawab.

Dah la umi Ikhwan ni tak berapa nak putih, abi Ikhwan pulak tak berapa nak cerah, lahirkan anak tentu saja ikut genetik abi dan uminya. Tak kan la nak ikut gen anak2 cina kot. Dorang dah tentu la kulit cerah, putih dan ada yang gebus gitu. Sian tau anak kita. Nape ejek anak kita kulit gelap, hitam.... Uhuk... uhuk.. uhuk... Sedih saya!

Saya beritahu Ikhwan, " Biarlah apa kawan Iwan cakap. Iwan jangan layan. Walaupun kulit Iwan tak berapa nak putih macam kulit kawan Iwan tu, yang penting, hati Iwan mesti putih, bersih, suci." 

Saya peluk dia sebab terharu dia ngadu cam tu. Nak kecewa pun, buat apa. Dah kawan yang cakap tu pun sebaya Ikhwan, budak Tahun Satu. Bukan tahu apa. Budak2 kan suka ejek orang. 

Saya selalu beritahu Ikhwan, "jangan sesekali ejek orang. Kalau Ikhwan ejek orang, Ikhwan ejek Allah. Yang jadikan kita kan Allah....." 

"Umi, Iwan dah cakap dengan kawan Iwan tu, ko ejek Allah ye. Sebab ko ejek aku hitam." 

Ikhwan kata, kata dia senyap je bila Ikhwan cakap macam tu. Mmmmmm, pandai anak umi! Sabar je la dengan perangai budak2 ni!

Ikhwan, kulit gelap ke? Alahai... sian anak umi.

Wednesday, May 04, 2011

Projek B. Inggeris Ikhwan

Ikhwan baru Tahun Satu. Tahun Satu sekarang sangat maju ke depan, berbanding Tahun Satu kita 20-30 tahun lepas. Hehehehe. Saya teringat masa dulu2, sekolah Tahun Satu, cikgu tak pernah lagi suruh buat projek macam Ikhwan kena buat. 

Minggu lepas, saaya diberitahu oleh Ikhwan, Teacher English minta gambar satu keluarga dan gantungkan di sebatang ranting. Aduhai, mana nak dapat ranting kayu dalam taman perumahan yang serba batu ni. Nak patahkan ranting kayu pada pokok yang pemaju tanam? Ish, mana boleh. Mau kena marah kang. Ikhwan kata, "umi, pakai hanger pun boleh." Hanger? Hanger umi dah la asyik patah jer, semakin hari semakin kurang. Nak jemur baju, hanger makin tiada. Tak boleh guna hanger umi,ok! Oooooppppsss... lupa pulak. Kitakan ada lidi satay. Guna je lidi satay.

Nak print gambar satu keluarga dari komputer, printer pulak problem sejak guna PC baru ni. Terpaksa print di CC. Malam tadi, saya bangun jam 4 pagi sebab nak siapkan projek Ikhwan. Ikhwan bangun jam 5.30 pagi tolong2 mana yang perlu. Ini projek umi ke, projek Ikhwan? Macam projek umi jer. :-D Kesian dengan Ikhwan, masih blurr dengan arahan teacher. Akhirnya, umi kena juga tolong buatkan projek yang tak semenggah ini.

Dan, jam 4 pagi tu juga, terpaksa punggahkan segala macam aneka kertas yang ada di rumah. Mujurlah ada kertas ala2 sticker tu, mujur juga ada segala macam seletep. Bolehlah nak deko2 lebih sikit. Periksa beg jahitan, ada pulak reben. Kalau tak ada, mau guna tali rapia jer, tak pun guna je benang.... :-)

Hasil Projek B. Inggeris Tahun Satu
Ikhwan berbangga dengan hasil yang tak seberapa. Seronok bukan main dia. Ikhwan kata, "umi, cantik la umi buat. Kalau Iwan buat mesti tak cantik." Saya balas, "Wah...umi yang sekolah ke Iwan yang sekolah ni? Lain kali Iwan kena buat sendiri semua kerja tau. Umi boleh tolong sikit2 je." Senyum je dia. Saya cuba buat sedaya mungkin supaya hasilnya biarlah nampak hasil kerja Ikhwan. Tak tahulah apa tanggapan Teacher English Ikhwan nanti.

Monday, October 25, 2010

Kisah hujung minggu

Hujung minggu lepas, sangat2 sibuk. Tak tahu nak gambarkan betapa penatnya saya. Hari Sabtu, suami saya ada Multaqa Guru-guru Agama Seluruh Daerah Gombak. Wajib hadir! Tidak boleh tidak..... Terpaksa batalkan program mahu bawa Sofie pergi terapi di Gedangsa seperti biasa. Sudah lama benar Sofie tidak bertemu Kak Raw. Insya Allah, minggu depan, saya perlu wajibkan diri membawa Sofie ke Gedangsa.

Ikhwan juga menunjukkan taringnya, bila hari Jumaat dia bawa balik 3 buah buku yang perlu disiapkan di rumah. Bising juga saya, kenapa kerja sekolah perlu bawa balik ke rumah. Rupa2nya, banyak kerja2 yang sepatutnya disiapkan di sekolah, dia tak siapkan. Akhirnya, cikgu minta Ikhwan bawa balik buku, dan siapkan kerja di rumah. Bila teringat balik, Ikhwan tak dapat habiskan semua kerja sebab Ikhwan banyak tak hadi ke sekolah tahun ini. 

Siapkan kerja yer...jangan main2.

Paling lama, 2 minggu Ikhwan tak kesekolah. Sewaktu Sofie menjalani pembedahan jantung April lepas, 2 minggu Ikhwan tidak ke sekolah kerana berada di kampung. Dan dalam bulan Ramadhan lalu, 10 hari Ikhwan tidak ke sekolah kerana demam teruk. Jadi, cuti 2 hari minggu ni, Ikhwan berhempas pulas menghabiskan semua kerja sekolah yang cikgu minta. 

Pulang ke kampung, menghadiri kenduri kahwin sepupu pun, Ikhwan terpaksa bawa buku2. Nenek Ikhwan pun tolong Ikhwan membuat kerja2 sekolahnya. Akhir..... siap juga. Tahniah ye anakku! Umi janji nak belanja Ikhwan,kan? Nanti umi belanja ok!

Pengantin sedang makan. Tahniah Ain dan suami...

Menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu.... saya datang agak lewat sebab anak2 kecil saya ini. Bila saya datang, penganting lelaki sudah pun sampai, dan mereka sedang makan. Sangat2 lambat ok! Minta maaf ye pada pihak penganting dan keluarga. :-) 

Apapun, saya mengucapkan tahniah buat sepupu saya, Ain dan suami (nama suami dia saya tak tahu...Dahsyat sangat saya ni!) Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Wednesday, September 01, 2010

Sofie mengamuk, Ikhwan makin matang

Sepanjang hari Sofie mengamuk.... Dari pagi sampai ke petang, tido sekejap, mengamuk lagi. Tido lagi sekejap, bangun dan ngamuk lagi. Umpan la dengan apa saja, semua dia tolak tepi. Bagi makan nasi, diam sekejap, makan sesuap dua je, pastu nangis lagi. Nak kata demam, tak panas pun. Saya umpan pula dengan agar-agar lembut blackcurrent buatan semalam, dia layan juga. Semangkuk juga Sofie makan. Tapi, lepas tu, mengamuk lagi. Dia campak lagi....aduh...menguji kesabaran sungguh. Mujurlah Hijaz baik sangat. Selalu beri kerjasama bila kak chik buat hal.

Kadang2, saya sampai sakit kepala bila Sofie buat hal. Saya sering berdoa, minta Allah kuatkan hati saya, kuatkan kesabaran saya melayan segala macam karenah anak2. Maklum saja, anak2 terlalu kecil, Hijaz pulak jenis nak melekat susu dengan uminya ini. Kita ni dah la banyak kerja nak buat.  Jujur saya katakan, kadangkala rumah bagai tak terurus kalau anak2 meragam, buat hal. Pinggan tak terbasuh, kain tak tersidai.... Adakalanya, saya saja pekakkan telinga dengar tangisan anak, terus selesaikan kerja2 rumah. Tapi hati saya selalu kalah. Mana sanggup seh, biarkan anak menangis berterusan. Kadang2 hati nak marah jugak!!!!! Istighfar banyak2...saya selalu jadi sakit kepala bila anak menangis. Stresskah saya? Oh tidak!!!!! Saya harus bergembira demi anak2...

Lalalalalalalalala....hehehe....

Sofie mengamuk sepanjang hari ini. Saya umpan kamera, dia tolak tepi...saya kuatkan hati mengambil Sofie yang tengah mengamuk.....

Alhamdulillah, mujur Ikhwan semakin matang. Saya sendiri perasan, sejak Ikhwan pulih dari demam ni, perangai dia sangat2 berubah. Nampak dia lebih penyayang, kurang bergaduh dengan Amniy, lebih prihatin pada adik2nya. Dia sambung berpuasa pun, lebih banyak sabar dan tenang. Lepas balik sekolah, dia duduk atas sofa, cakap apa yang perlu je dengan adik atau saya, dan lepas tu tido sampai petang. Alamak....terlebih tidur pulak budak ni. Tak kisahlah, janji dia tak bising minta makanan.

Mungkin demam dia yang lama hari tu ada hikmah tersembunyi.... demam dia mengajar dia erti matang. Dan puasa dia juga mengajar dia erti hidup... sabar, tenang, penyayang dan SOLEH!


Ikhwan layan Sofie dalam kereta, eh..nampak macam Sofie kena paksa je. Hehehe....

Monday, August 23, 2010

Dugaan Ramadhan

Banyak saya nak cerita....pasal Sofie, pasal Ikhwan.... Tapi, saya cerita pasal Ikhwan dulu la....

Saya bercita-cita, berazam dan berniat sejak dari bulan Rejab dan Syaaban lagi mahu melihat Ikhwan berpuasa penuh 30 hari pada Ramadhan tahun ini. Namun segalanya berubah bila minggu lepas Ikhwan melepaskan 1 hari berpuasa kerana tidak bersahur. Dan pada minggu ini, sudah 2 hari Ikhwan terlepas berpuasa kerana Ikhwan demam. Sedih juga hati saya kerana cita2 saya tidak kesampaian. Saya tak suka memaksa. Saya ni jenis memaksa ke? Kejam ke saya? Tak la.... Ikhwan sudah berumur 6 tahun, sudah sampai masanya saya melatih dia untuk tunaikan rukun Islam ini.

Kadang2 saya merasakan Ikhwan demam berpunca dari kekurangan nutrien dalam badan. Saya mula menyalahkan diri saya sendiri. Saya menyuruh dia berpuasa, menyebabkan dia kekeringan. Masa berbuka, Ikhwan tak banyak makan macam hari2 biasa. Semasa bersahur juga dia makan sikit sangat . Minum air pun sikit je. Sudah di suruh minum air banyak pun tak mahu. Jadi mungkin sebab itu dia demam dan batuk. Dan lagi satu, Ikhwan jenis lasak sikit. Walaupun berpuasa, waktu petang, sementara menunggu waktu berbuka, dia main bola kat luar dengan kawan2. Kadang2 waktu tengahari pun nak main bola kat laman rumah dengan Amniy. Uminya ni selalu bising suruh dia rehat. 

Tapi, kenapa saya menyalahkan diri sendiri. Niat saya mahu melatih dia. Melatih dia merasa kesusahan yang ditanggung oleh insan2 yang tak punya makanan dan minuman. Dia mengerti, walaupun letih melayan segala pertanyaan dia tentang puasa. Saya dan abi Ikhwan sering kali memberitahu Ikhwan ganjaran yang Allah berikan bagi orang sabar berpuasa. Selalunya, pertanyaan Ikhwan macam dia tak puas hati je kenapa kita kena berpuasa. Maklumlah...pertanyaan budak berumur 6 tahun yang ingin mengetahui segala macam. Abi Ikhwan rajin melayan. Saya pun kena rajin melayan sebab nak bagi semangat dan motivasi pada dia. Setakat ini, alhamdulillah, segala apa yang kita terangkan dia mengerti...... 

Saya amat berharap, Ikhwan cepat sembuh dan boleh sambung tunaikan rukun Islam ketiga ini. Insya Allah....


p/s: kalau ada masa, nanti saya cerita pasal Sofie pulak...dengki sungguh masa dengan saya...huhuhu. Terma kasih pada yang sudi membaca setiap post saya. :-)

Friday, August 20, 2010

Kisah puasa anak

Salam Ramadhan ke 10.....
Sudah selesai berbuka puasa untuk hari ke-10 ini. Alhamdulillah, rezeki melimpah2 ke atas kita. Jangan lupa ye, mengucapkan syukur tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Kaya, memberi kita rezeki tak putus2. Untuk buka puasa tadi, saya berbuka dengan sesuatu yang sangat2 saya gemari. Hehehe...amatlah seronok bila dapat benda tu.

Tengahari tadi, sewaktu suami berada di sekolah, saya sms cik suami saya. "Hari ni amatlah teringin nak berbuka nasi beriyani kambing." Si dia membalas, "bisa diatur!" Hehehe...berbunga hati saya. Dan untuk pertama kalinya kami membeli juadah berbuka tadi. Sangatlah lazat dan enak. Minuman untuk berbuka pula, cik suami buat air carrot susu (1 jug), air sirap pandan soda (1 botol) dan minuman hot chocolate coffee (1 jug). Untuk pengetahuan, semua jug yang dimaksudkan bersaiz kecil sahaja yer.... hehe. 

Nasi beriyani kambing
Gambar dari sini

Ok, itu cerita waktu berbuka saya... Yang nak ceritakan sekarang ialah cerita anak-anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Ikhwan, setakat hari ini, baru dapat berpuasa 9 hari penuh. Alhamdulillah! Walaupun tak cukup sehari dari orang lain, saya berbangga dengan dia kerana dia berusaha menahan diri dari lapar dan dahaga. Saya mula melatih dia untuk berpuasa sejak dia berusia 5 tahun. Tapi, semasa 5 tahun, dia tak puasa penuh pun. Cuma dapat 15 hari je. Itu pun saya dah cukup gembira dan seronok. Saya ada juga nak mula melatih dia pada usia 4 tahun. Tapi, masa tu dia terlalu kecil dan tak tahan. Kesian jugak nak paksa2 ni.

Saya perlu berhadapan dengan pelbagai karenah Ikhwan ketika siang hari. Saya cuba melayan segala kemahuan dia selain dari makan dan minum. Biasalah, bila tengahari pulang dari sekolah, pasti dengar rengekan dia..."umi, nak minum"....."umi, lapar"...aduhai, macam2 kehendak dia. Tapi saya cuba memujuk dia. Ajak dia masuk bilik mandi dan mandi supaya segar. Itulah yang selalu saya buat. Lepas mandi je, langsung tak dengar rengekan dia lagi. Saya akan benarkan dia melayari internet....melihat apa sahaja kartun yang dia nak lihat di internet, bermain apa sahaja game secara online. Dan, apa yang dia mainkan selalunya saya pantau. Alhamdulillah, dia pandai memilih bahan untuk ditonton. Saya sudah ajar dia mana yang boleh diklik, mana yang tak boleh. Selalunya, dia akan memilih untk menonton youtube nasyid dan doa kanak-kanak islam.

Untuk rekod, berat badan anak bujang saya yang sulong ni, dah turun sebanyak 5 kg tau dalam masa seminggu dia berpuasa. Saya ulangi.... 5 kg,ok! Sebelum berpuasa berat dia 35kg, selepas seminggu berpuasa turun jadi 30kg. Wah...wah...wah...kalaulah berat badan umi boleh turun macam tu, kompom, abi Ikhwan tak pandang orang lain. Eh, sekarang pun tak pandang sesapa la....hehe. Saje je nak timbul kontroversi,ok! :-)  :-)

Ini gaya seorang budak yang sedang berpuasa keletihan tidur di depan pintu rumah selepas bosan melayari internet. Aci letak kepala je kat mana2 yang dia suka....dan.....zzzzzzzz.

Kisah anak kedua saya, Amniy. Aduhai....budak sorang ni amat-amat menguji hati saya dan cik suami saya. Memang selalu sangat dia menguji kesabaran kami. Anak kedua kami ni lain sikit perangainya. Ada perangai dia tersendiri yang membuatkan saya hengen satu badan,ok!. Mungkin dia anak kedua....macam2 perangai, sehinggakan ada topik yang membincangkan tentang sindrom anak kedua ni. Huhuhu....saya berharap sikap dia  yang 'baik ' ini akan berubah menjadi betul2 anak yang soleh. 

Konon2 si Amniy nak berpuasalah kan. Tetiba jam 12 tengahari...."umi, nak susu. Nanti sambung puasa". Amboi...banyak cantik! Dah minum susu tu dikira tak puasa la nak oi! Setiap hari begitu. Setiap malam, sebelum tidur, dia ingatkan saya supaya kejutkan dia, nak bersahur. Kadang2 je dia bangun. Selalunya tak bangun pun. Sahur dia pukul 8 pagi,ok! Dan setiap malam sebelum tidur juga dia ikut saya dan abangnya membaca niat puasa. Niat puasa dah hafal tau! Cuma puasa je belum lepas lagi.

Minta minum susu dalam botol, terpaksa menyorok dari abang Iwan. Sian kalau abang Iwan tengok Amniy minum. Umi dah suruh minum dalam bilik, nak jugak menyempit tepi sofa.....

Amniy mula berpuasa mungkin umur 5 tahun nanti la.... Kesian jugak tengok dia berpuasa setengah hari. Terjelepuk je kat sofa. Muka pula masam mencuka, mulut tak renti-renti merengek minta susu. Letih gak la melayan.

Ok, itulah kisah anak2 saya berpuasa. Seronok sebenarnya bila kita berjaya melatih anak kita berpuasa dari kecil ni. Senang, bila dah besar nanti, tak perlu kita nak paksa2 mereka. Sendiri sudah mengerti tanggungjawab masing2. Lagipun mereka sudah belajar rukun Islam di sekolah, jadi praktik dalam diri tu lebih mudah.

Thursday, August 05, 2010

Hari Lahir Ikhwan

Hari ini, 5 Ogos, anak saya Ikhwan genap berusia 6 tahun. Alhamdulillah, Allah kurniakan nafas buatnya untuk dia terus berbakti di bumi Allah. Selamat hari ulangtahun ye Ikhwan. Umi dan abi sentiasa berdoa, Ikhwan menjadi anak soleh yang taatkan Allah. Mudah2an Ikhwan menjadi anak yang berakhlak mulia serta sentiasa berbakti pada umi dan abi, masyarakat dan agama. Moga Ikhwan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.....

Saya tidaklah membuat sambutan besar2an sempena hari lahir anak saya ini. Sekadar menghantar sedikit cenderahati dan sandwich buat rakan2 kelas Ikhwan dan guru-guru. Seperti yang saya telah jelaskan di FB saya, saya sebenarnya bercadang untuk membuat 'goodies', antara isinya ialah snek makanan ringan, gula2 atau coklat. Tapi, memandangkan semua tu tidak berkhasiat, saya abaikan. Ada juga bercadang ingin membuat muffin coklat, tapi tak jadi. Akhirnya, setelah berfikir bersama abi Ikhwan, kata putus, sekadar membuat sandwich tuna bersama telur. Snek berkhasiat digemari ramai.

Goodies yang di bawa ke sekolah

Lihat pada gambar di atas, bungkusan dalam plastik putih itu merupakan cenderahati bermanfaat untuk pelajar. Di dalamnya saya isikan dengan sebatang pensil 2B, pembaris, pemadam, pengasah pensil dan buku nota comel. Sengaja kami balutkan dengan kertas A4, sebab sedia maklum perangai kanak-kanak tadika ni, kalau kita balut cantik2 pun, pasti pembalutnya akan dikoyak dan dibuang juga. 

Petang tadi, kami adakan acara ringkas memotong kek. Anak-anak ni kalau hari lahir je mesti ada kek. Jadi, abi Ikhwan telah membelikan sebiji kek comel buat Ikhwan. Tiada majlis besar seperti orang lain, sekadar bacaan doa dari abi Ikhwan dan Ikhwan memotong kek, dan makan bersama rakan-rakan sepermainan. Seronok la jugak budak2 tu bila kita hidangkan dengan makanan dan minuman. Saya tak dapat nak masak apa2 kerana keadaan tak mengizinkan. Sorry ye Ikhwan!


Kiri: Kek hari lahir yang comel.
Kanan: Ikhwan bersama rakan2 sepermainan

Semoga Ikhwan sentiasa hidup penuh gembira di samping keluarga tersayang.....Ikhwanlah harapan umi dan abi untuk menjaga adik2.....Sayang Ikhwan!

Friday, June 18, 2010

mereka yang dirindui


Sepanjang hari ini, dari pagi sampai ke petang saya berjalan, keluar dari rumah, menghilangkan kebosanan yang melanda...bersama suami dan 2 anak kecil saya Sofie dan Hijaz, tapi.... tanpa mereka berdua. Mereka tiada disisi saya saat ini. Sungguh! Hati ini meronta rindukan mereka. Telatah dan ragam mereka bermain di minda saya.

Siang tadi, saya dan suami ke Tesco Rawang. Di sana, saya berkata dengan suami, "Kalaulah mereka ada....." Hati saya sedih! Rindu dengan wajah mereka. Rindu nak ajar mereka mengaji setelah selesai solat maghrib, rindu dengan suara mereka. Saya tak berani untuk menghubungi mereka, kerana saya seorang yang cengeng. Saya mengetahui keadaan mereka hanya melalui SMS saya dengan MIL saya. Lega bila tahu mereka baik-baik saja. Untuk bercakap dengan mereka, hati belum sedia. Malam ini, semuanya sudah diulit mimpi..... saya, masih di sini. Ingin meluahkan betapa saya rindukan mereka.......

Saya tahu, di kala ini, jam menunjukkan 1 pagi.... pasti mereka telah diulit mimpi. Setelah penat bermain bersama pakcik dan sepupu, tentu saja mereka tidur awal. Saya tak sabar menanti hari Sabtu. Hari dimana saya akan pulang ke kampung untuk menjemput mereka pulang ke pangkuan saya. Tentu mereka juga rindukan saya, rindukan abi dan adik2......

Saya merenung, menilik satu persatu wajah mereka yang tersimpan di dalam komputer saya. Melihat wajah kesayangan saya. Oh...sungguh saya rindukan mereka berdua. Anugerah Allah tak ternilai buat saya dan suami. Mereka yang akan menjaga saya saat saya dan suami meniti usia emas di kemudian hari, insya-Allah. Mereka yang saya harapkan untuk mendukung ayat-ayat Allah. Mereka yang saya impikan untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah. Insya-Allah....mereka akan menjadi soleh.

Ikhwan dan Amniy.... umi rindu kalian.

Friday, May 14, 2010

"Cikgu suruh bawa hadiah..."


Ikhwan pulang dari sekolah tengahari tadi, mencium tangan saya, dan terus berkata, "umi, hari Isnin ni, cikgu kata tak belajar. Cikgu suruh bawa hadiah."

Saya membalas, "Oh yer... hadiah untuk apa?" sambil tangan saya ligat membuat kerja-kerja dapur. Ikhwan menjawab, "cikgu kata, Isnin ni ada hari guru. cikgu kata, hari guru kena bagi cikgu hadiah."

Saya rasa macam nak gelak dengar penjelasan anak teruna saya. "Ok, tak pe. Minggu ni kita cari hadiah untuk cikgu. Umi pun nak cari hadiah untuk abi jugak ni." Ikhwan pelik, dan bertanya, "kenapa umi nak cari hadiah untuk abi pulak?". Saya tersenyum dan menjawab, "Ahad ni kan 16 May, hari jadi abi...." Gembira sungguh anak saya bila saya beritahu hari lahir abinya akan menjelang tiba. Mula terbayangkan kek yang sedap. Saya menyambung, "Sabtu ni kita balik kampung, kita suruh tok umi buatkan kek yang sedap untuk abi. Pastu kita suruh nenek masak sedap2."

Tak sabar dah anak2 saya ingin pulang ke kampung esok hari. Berbalik cerita hadiah untuk cikgu tadi, hati saya tergelak sakan sebenarnya bila guru kelas Ikhwan menyuruh setiap anak muridnya membawa hadiah sempena sambutan hari guru Isnin nanti. Apabila suami pulang dari sekolah tengahari tadi, saya suarakan permintaan Ikhwan pada suami.

" Bang, guru kelas Ikhwan minta anak murid bawa hadiah Isnin ni. Kita cari minggu ni yer..." Suami saya senyum jer. Dan membalas, " Abang tak pernah minta anak murid bawakan hadiah. Kalau ada yang bagi, abang ambik, kalau tak de, tak pe la. Cikgu Iwan suruh bawa lagi yer...." Cik suami saya senyum sinis.

Hehehe.... bukan kisah sangat pun pasal hadiah hari guru ni. Yang kelakarnya, ada guru yang minta anak murid bawakan hadiah untuk guru. Tak pasal2, anak2 murid bawa hadiah untuk cikgu bukan kerana keihklasan, tapi kerana cikgu suruh. Aduhai...kalau tak minta pun, memang sebagai ibu, saya akan menyuruh anak saya memberi hadiah pada guru supaya anak saya diajar menghargai pengorbanan guru.

Saya cakap pada suami saya, "abang jangan pula minta anak murid abang bawa hadiah untuk abang Isnin nanti. Buat malu jer..." Suami tersengih2.....

Jadi, hujung minggu ni, saya akan membawa Ikhwan ke pasar raya untuk mencari hadiah buat guru kelasnya.

Wednesday, May 12, 2010

Berkata benarlah, anakku!


"Berkata benar, sifat yang mulia,
Itulah jua, akhlak Rasul kita,
Allah menyayangi, semua orang suka,
Diri terpuji, maruah terpelihara."

Bila saya teringat akan nasyid ini, saya pasti terkenangkan kisah anak saya. Saya akui, betapa saya kurang berjaya mendidik anak. Kurang berjaya, atau masih belum berjaya...saya tak pasti. Yang pasti, saya perlukan lebih lagi ilmu keibubapaan.

Situasinya begini....

Pulang dari sekolah, Ikhwan beritahu saya yang kawannya beri dia duit sebanyak 50sen. Saya memang tak beri Ikhwan belanja, kerana pelajar pra sudah disediakan makanan oleh pembantu pra. Jadi, bagi saya Ikhwan tak perlukan wang saku. Lagipun Ikhwan belum pandai memilih makanan jenis apa yang patut dia beli, dan tak patut dia beli. Berbualan antara saya, Ikhwan dan abi Ikhwan......

Ikhwan: Umi, kawan Iwan bagi duit kat Iwan. Iwan beli ni (sambil menunjukkan kereta permainan yang kecil pada saya).

Saya: Berapa sen ni? Kenapa Iwan terima? Nanti mak dia marah, macam mana. Takut dia cerita lain dengan mak dia. Nanti dia kata Iwan minta pulak. Esok pulang balik duit tu kat kawan.

Ikhwan: 50 sen. Tak mi, dia yang bagi kat Iwan. Iwan tak mintak pun.....(dan Iwan teruskan bermain...)

Petang tu, abi Ikhwan pulang dari sekolah. Ikhwan cerita pada abinya sebagaimana dia bercerita pada saya tengahari itu.

Abi : Betul ke kawan Iwan bagi duit ni? Sapa nama kawan Iwan tu?

Ikhwan : Faris

Abi : Ok, besok, abi nak jumpa Faris, nak tanya betul ke Faris bagi Iwan duit tu....( saya lihat Ikhwan senyum2 kambing. Muka dah macam orang bersalah)

Saya : Cakap betul2 Iwan. Faris bagi duit tu atau Iwan bawa duit dari rumah? (Ikhwan diam jer...)

Abi : Iwan, Abi dan umi tak tahu cerita sebenar tau. Tapi, Allah tahu. Iwan tak takut dengan Allah ke? (sepantas kilat Ikhwan menjawab...)

Ikhwan : Sebenarnya Iwan bawa duit dari rumah. ( Huh! Anak saya sudah pandai berbohong! Panas hati saya mendengar.)

Abi : Kat sini Iwan dah buat dua kesalahan. Pertama, menipu abi dan umi. Kedua, membabitkan nama kawan Iwan yang tak bersalah. Ini fitnah namanya.

Ikhwan diam je. Saya pun diam, hati saya dah panas. Mujur ada suami, saya biarkan suami handle masalah ini. Kemudian, saya dengar suami beri nasihat buat si anak...

Abi : Macam abi kata tadi, Iwan tipu abi dan umi, Allah tahu tau. Iwan tahu tak menipu tu sifat siapa?

Ikhwan : Sifat syaitan....

Abi : Menipu sifat orang munafik, Iwan. Kalau Iwan nak tahu, dalam Quran Allah dah terangkan orang munafik tu tempat dia di dalam neraka. Orang munafik akan jadi bahan bakar kat neraka nanti. Kalau orang kafir, Allah bakar, tapi orang munafik akan jadi bahan bakar. Iwan nak ke jadi orang munafik.

Ikhwan : Tak nak. Bahan bakar tu macam mana? (sambil menunjukkan rasa bersalah... lepas tu, dia diam je mendengar abinya ceramah)

Abi : Bahan bakar tu... macam kita bakar sate tu la, bahan bakarnya arang. Orang munafik nanti umpama arang la dalam neraka nanti. Satu lagi, tadi Iwan babitkan nama kawan. Itu namanya fitnah. Iwan dah fitnah kawan Iwan yang tak bersalah. Berdosa besar tu. Hukum memfitnah lebih besar dari membunuh tau.

Masa ni, saya nampak Ikhwan semakin rasa bersalah ...... saya harap timbul rasa bersalah dalam diri dia. Saya nampak, cara suami menerangkan pada Ikhwan, mudah dan Ikhwan faham. Sebenarnya, banyak lagi yang suami ceritakan dengan Ikhwan. Saya cuma nyatakan secara ringkas sahaja. Yang penting, intipati yang suami nak sampaikan pada anak sulong saya itu ialah:
  • Allah tahu setiap apa yang kita lakukan
  • Menipu sifat orang munafik
  • Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh
Saya sangat susah hati bila anak mula pandai bercakap bohong. Saya seolah2 gagal mendidik anak. Walhal, anak sulong saya itu baru berusia 6 tahun. Saya perlu lebih banyak lagi ilmu mendidik anak. Saya risau, kalau dari kecil dia biasa dengan berbohong, bila sudah semakin besar, dia tak kan merasa berbohong satu dosa. Risau sangat hati saya.

Semoga Ikhwan ambil iktibar dari perbuatan dia ini.

Monday, May 10, 2010

Kemana kesabaranku?

Orang kata, bangun pagi2 kalau kita dalam mood marah atau stress, hidup kita sepanjang hari tu akan menjadi tak berkualiti. Ntah kenapa hari ni, pagi2 lagi saya dah jadi macam ni....

macam singa betina sedang marah.....
(pic from here)

Kenapa saya jadi marah macam ni? Semua gara-gara Ikhwan buat hal di pagi hari. Sepatutnya waktu pagi, dia bangun dan akan mandi seperti biasa.... namun, hari ini sikap Ikhwan di waktu mandi menyebabkan angin saya naik satu badan. Pagi ini, saya bangun agak leawt, jam 6 pagi. Ikhwan pula, jam 6.30pagi baru bangun. Dah la bangun lambat, dalam bilik mandi boleh lagi dia main air, main sabun.... dia saja biar air shower terbuka. Saya sangkakan dia sedang mandi. Bila saya buka pintu bilik air, selamber je dia main. Mana saya tak hangin!!!!!

Apa lagi, saya pun start enjin la. Membebel dan marah lah saya di pagi hari Isnin yang damai. Saya tak suka nak marah2, bising2 dengan anak2 waktu pagi ni. Tapi, ntah kemana kesabaran saya pagi ni, saya pun tak tahu. Bukan senang tau, dalam masa kita ingin menguruskan anak nak ke sekolah, anak yang kecil bangun menangis minta perhatian, nak susu. Suami lagi....Oh, sian suamiku. Masa tu, kalau tak dapat kawal perasaan....haaa, macam saya la jadinya.

Syukur dikurniakan pasangan yang sangat penyabar dengan karenah anak dan isteri. Suami, bila saya marahkan anak, dia akan diam. Katanya, "Biar je mi. Abi nak tinggalkan dia. Biar Ikhwan tak sekolah hari ni." Suami sangatlah coooool. Saya dah macam mulut murai. Malu juga kalau jiran sebelah dengar. Ikhwan pula bila dengar abi nak tinggalkan dia, baru nak kelam kabut bersiap.

Ikhwan bersuara, "Umi, hari ni Iwan tak yah makan lah. Tak sempat. Nanti abi tinggal." Baru dia tahu...geram hati saya belum habis. Namun, hati seorang ibu merasa sangat kasihan melihat riak wajah Ikhwan. Saya balas, "Makan dulu. Nanti ada perhimpunan. Lambat makan, sakit perut, pengsan pulak. Tak pasal2 menyusahkan cikgu". Bila saya dah suruh makan, baru dia ke dapur, menjamah sedikit cucur pisang dan secawan Milo yang saya sediakan.

Waktu nak pakai stokin dan kasut pun lagi sekali Ikhwan buat hal. Mulalah dengan perangai terhegeh-hegeh dia. Berkhayal sana sini. Mula lagi bebelan saya. Dengan nada suara yang agak tinggi, saya memanggil namanya, "Ikhwan!!!!" Kelam kabut Ikhwan memakai stokin dan kasut bila dengar suara uminya yang tak dapat diampunkan lagi. Lagi sekali dengar suara suami, "Biar je mi..." Hissshhhh!!!! Buat umi marah betul la Ikhwan ni!

Waktu nak pakai beg, saya dapati beg Ikhwan kosong. Pencil case tah kemana, pencil colour tah kemana.... dan sekali lagi suara saya meninggi. "Dari semalam umi dah suruh Iwan simpan semua peralatan sekolah....!!! Tengok ni!" sambil menunjukkan beg sekolah yang kosong. Ikhwan diam jer. Saya tahu, dia sedar silap dia. Mulut dah muncung. Kesian juga tengok muka dia macam tu. Tak sanggup..... tapi, hati saya dah dicucuk oleh musuh. Saya tak boleh nak sabar lagi dah. Kelam kabut Ikhwan mencari semua peralatan. Mujur ada di atas sofa je. Kalau tak, mau volume saya tinggi lagi......

Fiza, bersabarlah.....
(pic from here)

Mohon kemaafan pada suami tersayang kerana pagi2 lagi abang dah dengar bebelan dan kemarahan isteri abang ni. Mohon maaf juga kerana tak sempat menyediakan bekalan abang untuk ke sekolah. Terima kasih sudi menjamah cucur pisang yang tak seberapa bersama se'mug' air Milo buatan tangan isterimu ini. Itu saja yang mampu disediakan untuk mengisi perut sebelum abang ke sekolah.....

Ikhwan, Umi minta maaf sebab marah Ikhwan pagi Isnin ini. Umi berdoa, Ikhwan akan berubah sikap menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ikhwan anak yang baik, anak yang taat, anak yang soleh. Cuma ada segelintir sikap Ikhwan yang menyebabkan umi kurang sabar. Umi sentiasa berdoa Ikhwan menjadi insan soleh......Maafkan umi, sayang!

Tuesday, April 27, 2010

Mendidik Anak Pintar


Entri saya kali ini bukanlah artikel saya, saya sekadar mengulas apa yang saya dapat sahaja. Entri ini juga saya terbitkan di blog ini kerana saya ingin mengaitkan perkembangan 2 orang anak lelaki saya yang makin besar itu. Mungkin entri ini sedikit panjang, harapnya sahabat semua tidak bosan membacanya. Ini juga sebagai rujukan dan simpanan saya. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Suka saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari rancangan Semanis Kurma minggu lalu. Tajuknya ialah "Mendidik Anak Pintar". Dalam rancangan tersebut panel jemputan ialah ahli keluarga Adik Muhammad Ahmad Zahid, ayahnya Tuan Haji Ahmad Zahid Zainal Abidin serta ibunya, Dr. Siti Khadijah Fadzil.

Secara ringkasnya, menurut bapa adik Muhammad, untuk mendidik anak yang cemerlang dunia dan akhirat, ibu bapa haruslah menjadi ibubapa yang cemerlang dahulu. Ibubapa wajib menunjukkan contoh yang baik buat si anak. Jangan suruh anak-anak bersolat, tapi ibubapa pun tak bersolat. Jangan nak suruh anak-anak rajin membaca al-Quran, tapi sentuh al-Quran pun ibubapa tak pernah. Katanya lagi, mendidik anak ni ibubapa perlu berilmu. Apa saja ilmu keibubapaan serta ilmu-ilmu Allah yang lain supaya kita sendiri yang mencorak peribadi dan kehidupan anak-anak.

Kita sebagai ibubapa perlulah sangat-sangat bersabar dalam mendidik anak, serta sentiasa beristiqomah dengan setiap amalan baik. Ini semua untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita. Perlu juga pupuk dalam diri setiap ibubapa, ikhlas mendidik anak kerana Allah Taala. Ini bermakna, niat kita mendidik anak perlulah ikhlas. Bukan melihat anak orang cemerlang dari segi akademik, kita pun nak anak kita cemerlang juga. Tapi, cemerlang tahap tu je.... Cemerlang dalam hidup itu bermaksud cemerlang dari segi emosi, rohani dan intelektual. Dan akhlak juga perlu cemerlang. Tak guna juga kalau anak-anak cemerlang dalam akademik, akhlak...... susah nak kata.

Yang menarik minat saya, apabila kita terapkan amalan solat berjemaah dalam keluarga. Bila kita sebagai ibubapa berjaya melakukan solat berjemaah, secara tak langsung anak-anak akan turut serta. (nak kena amalkan ni...hehe..) Sebenarnya, falsafah di sebalik solat berjemaah sangatlah besar. Sama ada kita sedar atau tidak.... contoh, solat berjemaah dapat mengajar kita dan anak-anak tepati masa. Ia juga mampu mengajar anak kita menghormati ketua, kerana bapa menjadi imam solat, jadi secara tak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendengar dan menghormati ibu bapa.

Bagaimana dengan penggunaan rotan dalam mendidik anak? Saya amat berminat dalam hal ini. Kerana anak-anak saya makin besar. Makin terdedah dengan dunia luar yang mencabar. Kawan-kawan dan media merupakan pengaruh yang sangat besar dalam diri anak-anak zaman sekarang. Ada kalanya saya menjadi takut dan sering memikirkan bagaimana anak-anak menghadapi hari muka. Orang kata mendidik anak perlu dalam kelembutan tapi, seiringkan dengan ketegasan. Setuju sangat dalam hal ini. Nabi kita pun menyuruh kita menggantungkan rotan di rumah sebagai simbol ketegasan. Jangan pula rotan di salah gunakan oleh ibubapa apabila geram dengan anak-anak. Sesekali, rotan amat diperlukan, tapi ada had dan batasnya.

Saya perlu menyuruh suami membeli rotan lagi untuk digantungkan di rumah. Rotan yang ada dulu dah hancur dikerjakan dek anak-anak saya yang makin lasak. Dah patah-patah pun. Lasak sungguh anak-anak saya.

Disini juga saya cuba mengaitkan kisah 2 orang anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy. Saya masih belum berjaya mendidik mereka menjadi insan cemerlang. Siapalah saya, kan? (eceh...rendah diri la pulak!) Umur mereka juga masih kanak-kanak. Tapi, dari usia kanak-kanak inilah kita perlu mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik. Saya akui, saya seorang ibu yang garang dan sedikit tegas. Tapi, suami memang seorang yang penyabar dan tak mudah marah. Mungkin sikap kami yang sedikit kontra itu perlu untuk menjadikan anak-anak kami anak2 yang soleh dan cemerlang.

Cita-cita kami, ingin anak-anak kami menguasai ilmu al-Quran secara keseluruhannya, membaca, menghafaz, mengkaji makna dan sebagainya. Cemburu saya melihat anak-anak kecil orang lain yang boleh membaca dan menghafaz Al-Quran. Kagum saya dengan adik Darwish dan Darwisya, berusia 1 dan 3 tahun, tapi sudah boleh menghafaz ayat-ayat suci al-Quran. Ini sebagai contoh buat ibu bapa lain supaya kita dapat membentuk generasi al-Quran.

Dibawah ialah gambar yang saya ambil ketika anak-anak saya sedang belajar membaca al-Quran bersama abi mereka. Terima kasih yang tak terhingga kerana suami tak putus asa mengajar anak-anak membaca al-Quran, maklum saja, mempelajari ilmu Allah ini ada cabarannya. Syaitan sentiasa mencucuk hati manusia bilamana kita ingin membaca al-Quran.

Alhamdulillah, sejak abi Ikhwan membelikan al-Quran baru untuk Ikhwan, semangat Ikhwan untuk mengaji makin membara. Semoga semangat ini berterusan hingga akhir hayat, yer.... Namun, kadang kala hati ibu sedikit tercabar bila anak-anak ini banyak alasan untuk mengelak dari mangaji al-Quran. Penat la, esok la, nanti la..... menguji kesabaran sungguh! Saya selalu nasihatkan anak-anak saya, "Kalau Ikhwan dan Amniy nak baca al-Quran, syaitan akan meraung...sedih sebab Ikhwan dan Amniy tak berjaya ikut kata syaitan. Kalau Ikhwan dan Amniy tak nak ngaji, maknanya, syaitan berjaya cucuk hati Ikhwan dan Amniy." Saya perlu menggunakan pendekatan itu, supaya anak-anak faham. "cepat, cepat...sapa nak baca dulu"! Masing-masing sibuk nak menjadi orang pertama mengaji. Masalah lain timbul bila masing-masing nak menjadi orang pertama....aduhai! Terpaksa pula memujuk si abang supaya mengalah.

Ikhwan sedang mengaji al-Quran bersama abi.
Ikhwan agak laju dalam pembacaan, kerana usia 5 tahun sudah berjaya menamatkan Iqra`6, dan terus membaca Al-Quran. Sekarang usia Ikhwan 6 tahun.

Amniy masih membaca Iqra` 2.
Aduh...lambat betul anak umi sorang ni. Tak pe la, yang penting Amniy berusaha.
Lain anak, lain caranya....

p/s: abaikan gambar budak comel Sofie tu ye... Sofie memang suka ikut serta ketika abisofie mengajar abang2nya membaca al-Quran.

Semoga mereka terus menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Ini doa abi dan umi selepas solat......