Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Wajah mereka serupa



Assalamualaikum....
Saya baru terima email dari SIL saya. Dia send email gambar2 kenangan keluarga saya yang ada dalam simpanan dia. Terima kasih, tika!

Sebenarnya, gambar2 ini tiada dalam simpanan saya. Sebab banyak gambar telah terhapus ekoran kerosakan PC saya dulu. Sayang sekali,kan? Sebelah kiri ni gambar anak nombor 2 saya, Amniy Mahfuz bersama saya. Raya tahun 2006. Masa ni umur dia lebih kurang 9 atau 10 bulan. Kenapa dengan gambar ini? Nanti saya beritahu.....


Gambar di sebelah kanan ini juga gambar Amniy juga. Pada umur yang sama dan tahun yang sama, dia bersama datuk saudaranya, Atuk Tain. Saya dan suami sangat2 gembira, dan saya mengalirkan air mata apabila melihat gambar2 tersebut.

Saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh mengalirkan air mata. Selepas melahirkan Sofie dan Hijaz, saya tidak pernah lagi melihat gambar ini. Dan hari ini, setelah mendapat email tersebut baru saya berkesempatan menyaksikannya kembali.


Kenapa ye gambar2 yang saya paparkan di atas ada nilai tersendiri? Kenapa saya begitu terharu melihatnya? Semuanya kerana ini.......

Kerana wajah mereka sama..... Wajah Hijaz sangat2 serupa dengan wajah Amniy. Lihat saja gambar ini. Hijaz memakai baju yang Amniy pakai pada gambar pertama.. Lihatlah.... sungguh! Saya sangat2 terharu. Dua anak lelaki saya ini saling tak tumpah. Sangat2 serupa.......

Bagai mana agaknya bila Hijaz dah besar nanti? Sekarang Hijaz berusia 9 bulan. Saya pun tak dapat bayangkan bagai mana wajah Hijaz bila dia seusia Amniy sekarang.

Amniy..... Hijaz..... Amniy..... Hijaz....... Owh! Anak-anak umi dan abi!!!!! 





Dan ini gambar terbaru Hijaz. Baru minggu lepas saya ambil. Hijaz sangat-sangat suka bila nampak saya pegang kamera. Nampak je lampu kamera terarah ke muka dia, inilah ekspresi wajah yang dia sering tunjukkan.

Okey.....mari kita lihat bagaimana wajah Amniy sekarang. Sekarang usia Amniy 4 tahun. Adakah Hijaz akan serupa seperti Amniy 4 tahun akan datang?

Wallahu a`lam......



Ini Amniy Mahfuz....4 tahun. 
(Sangat suka tersengeh nampak gigi yang dah nak rosak tu)

Sunday, May 09, 2010

Ber'piknik' dan Shopping!


Pemandangan Pantai Remis, Jeram

Semalam tak sempat nak update blog, kepenatan, keletihan, mengantuk yang amat..... malam tadi nak tonton cerita Serapuh Arang, lastnya, cerita hanya dalam mimpi. Anak2 dah bergelempangan tidur di ruang tamu sampai ke pagi.

Jadi, hari ini ingin berkongsi cerita tentang aktiviti keluarga saya. Aktiviti berlangsung semalam. Pagi semalam, saya sekeluarga bersarapan di tepi pantai. Sudah lama aktiviti seperti ini tidak dilakukan kerana hal Sofie. Jadi, memandangkan Sofie pun dah sihat, saya mengembalikan aktiviti ini sekali lagi.

Saya sebagai ibu, bangun seawal pagi. Jam 4 pagi saya telah masuk ke dapur menyediakan makanan yang akan dibawa. Saya menyediakan nasi lemak yang sedap buat keluarga. Sedap ke? Tentulah, nasi lemak yang saya sediakan sangat sedap (perasan sangat la tu!). Cik abang saya bukan saja menambah, malah menambah-nambah nasi lemak. Alahai....kalau macam ni gayanya, tak kurus2 la laki bini ni. Nak kurus konon!!!

Dalam entry ini, saya malas nak karang cerita panjang2. Cuma nak ajak korang layan je gambar2 keluarga saya beraktiviti makan2 di tepi pantai yang indah!

Makan2 bersama.....ada calon tak sebagai bapa mithali? Mestila ada,kan? Hehehe....

Banyak monyet di sini. Monyet2 ni telah menyebabkan Amniy ketakutan dan makan sambil nyorok2 belakang abi.

Kenapa, sayang? Sofie tunjuk ke arah monyet2 yang menonton aktiviti makan2 kami.

Asyik sekali abi dan Amniy. Ikhwan kenapa jeling macam tu? Hehehe...lucula Ikhwan ni.
Sedap makan nasi lemak umi masak yer...


Sofie sedang asyik menikmati makanan....Sedap ke, Sofie?

Selesai makan, Ikhwan dan Amniy posing dulu. Kekenyangan, Alhamdulillah.....

Romantik sungguh pasangan ini bertentang mata. Tataplah mata umi, sayang..... hehe!

Kasih abi berkorban nyawa. Apa saja untuk kebaikan Sofie, abi akan lakukan.

Aktiviti 2 anak lelaki ini, biasa la....berlari2 di tepi pantai, mengutip kulit kerang. Kali ni tak boleh panjat pokok sebab kebanyakkan pokok dah ditebang.

Kutip kulit kerang.

Selepas saya dan keluarga makan2 di tepi pantai nan indah (indah ke?), kami terus meluru ke Kuala Selangor. Kami ingin menghabiskan masa di Tesco pula. Lama tak ke Tesco, jalan2, tengok2, ambil itu, ambil ini, beli permainan untuk anak2, beli bahan buku aktiviti anak2 dan macam2 lagi. Dapatlah anak2 bergembira bermain di taman permainan yang disediakan di Tesco itu.

Sorry sangat, masa masuk ke Tesco, kamera kesayangan saya tertinggal di dalam kereta. Jadi gambar di bawah ini saya menggunakan kamera hp saya. Disebabkan saya memang belum pandai menggunakan hp ini sepenuhnya, gambar pun macam tak cantik je dan tak dapat nak snap gambar banyak2. Pastu, saya belum pandai nak transfer gambar dari hp ke pc. Huhuuhuh....naif betul saya ni.

Hijaz dalam troly Tesco. Waktu ni anak debab ni dah ngantuk sangat. Jadi dia macam relakan je apa yang umi nak buat. Perut pun dah kenyang.....

Sofie sangat teruja bila masuk je ke Tesco. Seronok betul dia. Semua benda nak dicapainya. Maklum saja, dah lama tak jalan2 macam ni.

Gambar yang sempat disnap ketika bermain di taman permainan. Anak2 seronok sangat. Rugi betul tak bawa kamera. Kalau tak boleh snap gambar anak2 keriangan. Tu la Fiza, lain kali tuntut apa saja ilmu. Jangan tau dok kat dapur je. Kan dah tak pandai nak guna kamera hp.

Setelah selesai segala urusan, kami sekeluarga terus pulang ke Rawang. Kepenatan dah semuanya, namun, anak2 tak sabar menunggu sampai rumah. Masing2 nak bermain dengan permainan yang baru dibeli..... layan gambar lagi yer.....

Amniy dapat robot....jeng,jeng....

Ikhwan sibuk dengan robot yang boleh tukar jadi dinasor...

Sofie sangat penat, dah tertidur bersama soft toy baru. Pink lagi....

Hijaz pun dapat juga....yea! yea!

Sampai je di rumah, masing2 sibuk dengan permainan. Tengok la Sofie tu, nak turut serta bersama abang2nya..... (sila abaikan rumah yang bersepah tu yer...)

Itulah aktiviti kami sekeluarga pada hari semalam. Semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara kami sekeluarga. (Penat betul nak meng'upload' gambar dalam entry kali ini).

Friday, April 16, 2010

Gambar-gambar Sofie Semasa Di Wad Melur


Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan sedikit gambar-gambar Sofie sepanjang Sofie menetap selama 17 hari di wad Melur, IJN. Saya seronok merakam semua aksi-aksi Sofie untuk tatapan semua. Saya bangga menjadi umisofie kerana Sofie yang kuat dan tabah!!!!

Keadaan Sofie yang masih lemah selepas keluar dari PICU. Sofie hanya mampu terbaring.

Nak senyum pun susah bagi Sofie. Hanya mampu memandang, merengek bila minta sesuatu. Umi tahu, Sofie pasti menahan kesakitan....

Selepas beberapa hari, Sofie sudah mampu duduk. Keadaan Sofie pun makin pulih. Seronok bermain dengan kipas comel pemberian seorang rakan.

"Sofie geli la, umi." Heartrob Biri pemberian seorang rakan.... Sofie geli dengan bulu biri-biri.

Hati ibu mana yang tak gembira apabila melihat anaknya yang baru sahaja selesai pembedahan, tapi mampu tersenyum seperti ini. Saat ini, tiub yang mengeluarkan air dari paru-paru Sofie masih lagi belum ditanggalkan, tapi Sofie mampu tersenyum gembira bila tahu gambarnya akan diambil oleh umi.

Seronok membaca buku kegemaran. Mujurlah saya terfikir nak bawakan buku kegemaran Sofie.

Masih leka dengan buku kegemaran, sampai tak sedar yang umisofie sedang mengambil gambar. Hamboi, anak umi ni....

La la la la....umi yang belikan belon ni untuk saya....

Gambar-gambar dibawah ini merupakan gambar Sofie ketika sedang mengambil nebulizer. Sofie memang anak yang baik dan sering beri kerjasama. Sofie tak pernah meragam bila waktu mengambil nebulizer.

Sabar....demi kesihatan.

Ala...lambatnya nak habis ubat ni. Penat dah Sofie tunggu....

Tunggu lagi la....sikit je lagi.

Ini kegembiraan Sofie selepas mengambil nebulizer. Seronok betul bila neb dah selesai. Siap la, tunggu sessi neb akan datang....

Dan 3 gambar dibawah ini ialah ketika menunggu ubat dan surat discharge. Lambat sangat tunggu, baik Sofie main buaian dulu. Buaian ini memang ada dalam wad. So, Sofie main la....

Wah! Bestnya, macam nak terbang jer....

Buai laju laju, sambil makan buah, apa dalam baju, ada kesan bedah. Hahahaha.....

Harap-harap Sofie tak kan datang wad ini lagi yer..... Sofie gembira sangat nak balik rumah sendiri. Seronoknya!

Selepas nurse panggil nama Sofie untuk beri segala macam ubat dan surat discharge, umisofie mengucapkan terima kasih kepada nurse kerana menjaga Sofie sepanjang Sofie di wad Melur. Selamat tinggal wad Melur. Sofie harap, Sofie tak kan ke sini lagi!

Semoga anda semua gembira menatap wajah-wajah manis anak dara saya. Dan saya mohon kemaafan kerana masih belum sempat untuk menziarahi blog rakan-rakan semua. Masa saya amat terbatas. Saya update entri kali ni pun sebab Sofie dan Hijaz masih tidur. Insya-Allah, ada kelapangan waktu, saya akan melawat blog anda semua, akan saya sertai FB dan forum RH juga, insya-Allah!