Salam bahagia...salam harmoni....salam penuh kegembiraan.
Semalam entry saya menyatakan saya sedang bersedih. Hati bersedih, jiwa menjadi kacau, dan semuanya menyakitkan... tapi, semua tu telah berlalu. Hari ini kehidupan saya seperti sedia kala. Pergilah sedih, pergilah sejauh mungkin. Jangan hampiri saya lagi. Semoga terus ada sinar dalam hidup kita semua. Biarlah rahsia kenapa saya menjadi rawan. Tidak semua cerita boleh dikongsikan bersama.
Kali ini bukan entry tentang diri saya, tapi....tentang siapa lagi kalau bukan tentang anak2, penawar hati kala hati dilanda duka. Tiap gelagat mereka menghiburkan. Buat kita ketawa dan gembira, lupa segala masalah. Kalau2 ada yang boring mengatakan .... "fiza ni, tak habis2 nak cerita pasal anak2 dia", biarlah. Saya tak peduli. Ini blog saya, ini halaman saya. Tujuan asal saya berblog pun memang nak bercerita tentang anak2. Cuma kadang2 ada tersasar sikit cerita...ah! biarlah apa orang nak kata. Tengok apa tajuk blog ini. CERITA UMISOFIE, right? So, kalau nak baca silakan....kalau nak kutuk saya....syuhhhh, syuhhhh...pergi jauh2. Hehe....
Kepada pembaca setia blog saya ini....terima kasih banyak2 kerana menyokong saya. Insya-Allah, saya juga akan sokong kalian dan akan baca tiap entry yg kalian 'publish'kan. Ish...saya ni melalut pulak. Sangat2 geram bila ada manusia pertikaikan apa yang kita tulis di blog. Tu yang panjang bebel tu. Kembali kepada niat asal..... mari lihat gambar2 yang saya snap pagi tadi. Tentang Sofie dan Hijaz......
Saya terlupa nak kunci kabinet tu. Tiba2 2 beradik tu datang dan buka...saya biarkan je, nak tengok apa yang mereka akan lakukan. Mencari dan mencari barang....dalam baldi pink tu tempat simpanan beras. Mujur mereka tak buka...kalau tak.....
Sofie : Yea.....yea.... dah berjaya! Jom adik, kita tengok apa ada dalam kabinet umi ni.
Hijaz : Jom kak....adik dah lama nak bukak kabinet ni, tapi umi kunci. Hari ni umi terlupa kunci...hehe.
Akhirnya, dapat pun apa yang mereka mahukan....dah sudah, berebut pulak! Kakak tak nak mengalah, adik pun tak nak mengalah. Tu je benda yang menawan di hati. Benda2 lain semua tak nak.
Sofie : Ni kak chik punya tau. Kak chik nak panggang ayam, letak sini.
Hijaz : Adik nak ini jugak!
Sofie : Ala...adik amik la oven tu...lagi best!
Hijaz : Tak mo...adik nak ni jugak!!!
Sofie : Tak pun, adik bukak baldi pink tu. Dalam tu ada beras..... jom kita main masak2.
Hijaz : Jangan la kak chik, nanti umi marah.....
Tapi, si kakak tak lama dengan rak oven tu. Tiba2 mata dia terpandang sesuatu yang lebih best.... lebih mencabar...hehe. Terus si kakak mengesot menuju barang yang dipandang.....
Sofie : Adik, adik main la rak tu. kak chik nak tolong umi sapu dapur pulak...
Hijaz : Ok...adik nak tengok kak chik sapu. nanti adik buat sampah kak chik sapu yer....
Sofie meneruskan tugasnya....sangat, sangat comel bila tengok Sofie cuba meniru gaya saya menyapu sampah. Kalaula Sofie dah pandai berjalan, pasti rumah yang dah bersih pun di sapu kembali...hehe.
Sofie : Adik.... tepi la. kak chik nak sapu ni. sibuk jer....
Hijaz : Kak chik...habis la kita...umi datang tu. nanti mesti umi dukung kita main kat depan pulak....
Umi : Hamboi2 anak2 umi ni.... bukan main seronok lagi korang yer.... siap main penyapu lagi. Jom kita main kat depan.
Hijaz : Kan adik dah kata.......
p/s: dialog perbualan direka oleh umisofie yer...hehe.
Oh ye, sapa tau macam mana kita nak masukkan icon2 comel (gembira, sedih, excited dsb) dalam entry blog kita? Tolong ajarkan saya....