Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Friday, September 09, 2011

Stage baru untuk persembahan!

Assalamualaikum.....

Pepagi Jumaat ni, 2 anak kecik saya buat saya geram dan pening. Nak dimarah, memang dah kena marah. Tapi, tau2 je la.... marah je masing2 senyum kambing. Tak jadi nak marah.... Pagi ni, mari lihat apa mereka buat.
:
:
:

 Buka laci meja solek, panjat dan teruskan memanjat......
Ini idea Sofie. Cerdik tak cerdik anak gadis saya tu?
Adik tengok je apa kak chik buat....

Lagi.....
:
:
:

 Bila kak chik dah berjaya panjat meja solek tu, adik pun mengikut.
Paling tak tahan tengok laci tu la.... lama2 kalau dorang terus memanjat, mau patah jugak laci tu.
Sofie seronok tengok muka dia kat cermin. 
Umisofie nampak, menjerit bagai tarzan dalam hutan.......

Dan lagi....
:
:
:

Tau ummi marah, tutup laci, dorang ambil kerusi pulak.
Cerdik amat anak2 ummi ni......
Mula memanjat semula..... Kak chik dah beraksi depan cermin.

Huwaaaaaa..... mana saya tak pening! Tapi, selalunya aksi memeningkan kepala mereka adalah hiburan bagi kita. Kat meja solek saya tu , sekarang tak pernah saya letakkan alat mekap. Tau dah bahana yang akan diterima...... Bila ada anak2 aktif dan kreatif, semua benda harus disorokkan. Keluarkan yang mana perlu jer......

Salam Jumaat ye semua..... Jumpa lagi!

Wednesday, August 24, 2011

Ya ampunnnnn, kreatifnya anak aku!!!!!!!

Salam semua..... 
Sorry ek, lama betul saya tak jengok blog sendiri, apa lagi nak menjenguk blog korang semua.
Faham2 je la, bulan Ramadhan ni saya tak banyak masa depan PC. Saya bgi peluang pada Amniy.....
Dan saya juga sibuk menguruskan rumahtangga yang tak pernah selesai. Aduhai......

Tapi, nak curi masa la sikit, update blog ini. Kang ada yang saya ni blogger hampeh pulak.
Pemalas update.... kihkihkih.....

Satu petang, saya sibuk didapur menyediakan juadah berbuka bersama suami terchenta. Terleka seketika sehingga tak perasan, 2 orang anak kecil saya sedang berkreatif di ruang tamu.
Ntah mana dorang dapat marker pen pun saya tak tahu...... Alahai anak!

Meh tengok gambar meh!
:
:
:
:
:
 Mereka sedang berkreatif di atas tikar buluh!!!!!

 Uh, sangat leka ok! Geram pun ada masa ni.
Mujur la Sofie dan Hijaz yang buat.
 Kalau Ikhwan dan Amniy punya kerja, memang dah lama kena dah.

Tengok dahi Sofie tu, siap ada calitan pen lagi......
Seronok betul mereka.....

Saya dah la tengah tak larat...... sibuk pula nak sediakan juadah.
Akhirnya, cik suami yang terchenta yang bersihkan semua hasil kreatif mereka.
Mujurlah anak2 tu guna whiteboard marker. Kalau guna yang permenant, sorry la.....
Hehehehe.....
Inilah keletah meraka yang menggeramkan ok!!!!!!

Selamat menghabiskan ibadah di bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi,kan.
Assalamualaikum!!!

Thursday, March 04, 2010

Kurang Kalsiumkah Saya?

pic from pakcik google
(credit 4 google)

Assalamualaikum.....
Sejak akhir-akhir ini, saya merasakan badan saya tak selesa. Lepas buat kerja-kerja rumah, terasa sakit belakang. Tulang rasa perit sangat..... belum lagi gigi. Saya merasakan gigi dan gusi sakit. Adakah itu tandanya saya kekuragan kalsium? Saya akui, sejak akhir-akhir ini saya kurang minum susu. Saya juga kerap melahirkan (4 orang anak dalam usia 29 tahun, usia anak 2 tahun sorang) dan menyusukan anak dengan susu badan. Mungkin itu sebab kenapa saya rasa saya kekurangan kalsium.

Saya dapat rasakan sendiri, kalau saya tinggalkan amalan meminum susu dalam 2 hari, gigi dan gusi saya sakit. Tulang saya pun rasa sakit. Terutamanya, tulang belakang saya. Sakit bertambah kerana saya pernah menjalani operation melahirkan.....terasa lagi cucukan epidural dan ubat bius. Adakah ini puncanya? Meskipun dah hampir 3 tahun, kesannya sampai sekarang. Saya tak boleh buat kerja berat terlampau. Angkat benda2 berat pun masih tak boleh. Saya akan merasakan keperitan tulang belakang saya.

Berlainan sekali bila saya teruskan amalan meminum susu. Sakit yang saya tanggung selama ini agak berkurangan. Alhamdulillah..... semuanya dengan izin Allah. Mungkin saya harus teruskan amalan meminum susu ini. Jangan tinggalkan walaupun sehari. 3 gelas sehari sudah memadai. Kadangkala lebih dari 3 gelas sehari.

Saya ada terbaca dalam satu lama web berkaitan dengan Kebaikan Susu Penuh Untuk Tulang Yang Kuat.

Katanya, 2 komponen nutrisi yang penting untuk membina tulang yang kuat di kalangan anak-anak anda adalah kalsium dan vitamin D yang boleh didapati terutamanya dari produk tenusu. Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita. Kekurangan vitamin D yang berfungsi sebagai penyerap kalsium mendedahkan kanak-kanak kecil dan bayi kepada penyakit riket. Penyakit riket juga dikenali sebagai penyakit tulang lembut yang menyerang bahagian tulang dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok, tumbesaran terbantut dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit pada otot badan serta badan menjadi lemah.

Dan katanya lagi, satu lagi penyakit yang selalunya menyerang kebanyakan wanita berusia adalah penyakit Osteoporosis. Penyakit ini menyebabkan tisu tulang menjadi rapuh, nipis dan anjal. Tulang mudah patah dan tulang belakang mula hancur dan jatuh. Ini diakibatkan oleh kurang pengambilan kalsium ketika usia muda. Walaupun Osteoporosis selalunya menyerang mereka yang berusia, namun begitu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai tabiat makan yang buruk dan kurang pengambilan kalsium juga sangat terdedah kepada risiko untuk mendapat penyakit ini. Kajian oleh pakar menunjukkan bahawa pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting untuk mencapai tahap kesihatan tulang secara menyeluruh dan mampu mengurangkan kadar kegagalan fungsi tulang disebabkan oleh peningkatan usia.

Ini yang membuatkan saya takut.... walaupun semasa saya remaja, saya dikira sebagai `hantu susu' oleh mak saya.


ini antara susu yang menjadi kegemaran saya sekarang.
pic from pakcik google

(credit 4 google)


Friday, February 19, 2010

Please Forgive Me, Dear!


sudah 2 minggu fiza tak bertemu dengannya. fiza hampir-hampir melupakannya. maafkan fiza,dear. bukan fiza sengaja untuk melupakan kamu. fiza terpaksa melupakan kamu buat seketika. fiza harap kamu dapat memahami situasi fiza...anak-anak fiza tak sihat. demam, batuk...silih berganti. lepas sorang baik demam, sorang kena. tu yang terpaksa melupakan kamu untuk seketika. sekali lagi fiza mohon kemaafan, yer...

lepas ni, fiza akan jumpa dengan kamu. tiap-tiap hari tak kira pagi,petang atau malam. kamu sanggup bertemu dengan fiza,kan? kamukan pembantu fiza. saat ini, fiza sangat-sangat memerlukan kamu.

eh! apa pulak yang fiza merepek ni? siapa yang fiza maksudkan? mesti semua tertanya-tanya,kan? dia yang fiza maksudkan ialah
< >
< >
< >
< >
:
:
:
:
:
:



inilah yang fiza maksudkan. sahabat fiza di rumah. dialah yang menolong fiza membakar lelemak yang ada kat bada fiza ni. sayang sangat fiza dengan dia ni.
kalau dia tak de, susah lelemak fiza nak terbakar. fiza dah kurang berjogging sekarang ni. susahnya nak keluar berjogging. sofie dengan ijaz tak de sapa nak jaga.
abang sekarang amatlah sibuk. tiap hari balik lewat.

sebenarnya, sikap M nak jogging pun ada. heheheh....
jadi, ISO-GENTELL ni la pembantu fiza nak bakar lelemak fiza yang banyak ni.
best tau korang excercise dengan ISO ni. terasa gegaran lemak yang terbakar.
tapi, syaratnya, kena banyak minum air putih. baru lah berkesan.....
dan yang penting kena rajin.

huhuhu....sekian untuk entry kali ini.

Wednesday, February 03, 2010

Ais Krim Malaysia.

Assalamualaikum.

Rasa lama pulak tak update blog ni. mesti kawan2 tertunggu2, bilalah umisofie ni nak update blog (hehe...perasan tak sudah aku ni. macam la ada org ikut blog ko ni.) sibuk menguruskan anak2 kecil, sampai tak tertinjau blog sendiri. online kejap je, pastu jeling2 manja kat blog....terus off!

ntah kenapa sejak akhir2 ni aku begitu rajin membuat ais krim malaysia. sejak anakku, iwan bersekolah, kerajinanku semakin terserlah. bukan buat banyak pun. sekali buat dalam 10 batang je. tapi rasa puas sangat. kisah bermula, apabila iwan balik sekolah dia beli aiskrim kat sekolah. bila dia makan aiskrim dari sekolah, malam tu iwan batuk teruk. tapi, yg anehnya, bila makan aiskrim yg ku bikin sendiri, elok je. mungkin air tangan ibu,kan.

so, sekarang ni, tiap pagi, kalau ada lebihan air masa bersarapan, aku akan membuat aiskrim malaysia ni. kenapa ye dipanggil ais krim malaysia? mungkinkah sebab ais krim jenis ni hanya di jual di malaysia shj. pada pembungkusnya pun tertulis, "Malaysia Ais Krim". lihat lah gambar dibawah tu.....



dan sekali lagi, semalam dan hari ini aku meluangkan masa seketika membuat ais krim. jangan tak tahu tau, ku bungkus ais krim ni sambil menyusukan Hijaz..... kan aku ni 'super mom'....heheh. lihatlah gambar dibawah ini juga.... hasil yg aku bikin semalam dan pagi tadi. mungkin esok akan bertambah lagi......



ais krim milo, ais krim bandung, dan yang putih tu, jangan tak tahu. tu bukan ais krim tau. itu ialah dadih perisa laici yg kubuat aiskrim. sedap sangat makan bila cuaca panas.


mari! mari! beli ais krim....eh, bukan nak meniaga la....buat cuma utk suka2 je. iwan balik sekolah waktu tengahari, seronok betul tgk dia makan aiskrim. sehari sebatang je...hehe. kedekut umi dia ni. nanti habis.....wakakaka!!!! kalau habis tak pe, boleh buat lagi.

kadang2 kalau terlebih banyak ais krim yang aku buat, aku bagi sorang satu budak2 yang datang ngaji kat rumah. seronok tengok budak2 tu bila dapat ais krim free.

ok, that`s all utk entry kali ni.... jumpa lagi!

Saturday, January 16, 2010

Sign, please!

aku dok jalan2 kat blog chenta ledibet, aku nampak benda ni.... terus berkenan nak create.
tq, ledibet....
so, pada kengkawanku semua, sambil2 menyinggah blog aku ni, signler.... click je kat "sign this guestbook" tu, tanda persahabatan yang terbina. saja je nak tambah entri. dan nak tengok ada ke yang bertandang ke blog aku ni. hehehe....




thank you very much, pada yang sudi menyinggah blog yang tak seberapa ni....sayang korang!