Showing posts with label luahan hati Fiza. Show all posts
Showing posts with label luahan hati Fiza. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Doktor Lelaki dan Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum, agak lama blog ini menyepi. Hampir 4 bulan. Bukan kerana mahu berhenti dari terus mewarnai dunia blogging, tapi kerana tuntutan yang lebih utama dan perlu diutamakan. Mmmmm, lagipun, PC saya sedang menghadapi saat2 nazak ketika ini. Uhuk! Aduh, rasa mahu tampar2 manja saja PC ini supaya boleh terus berkhidmat pada tuannya. Senyum bak kata Ustaz Tuan Ibrahim. Apa saja masalah menimpa, SENYUM saja. Pasti hati tenang.

Hati terpanggil untuk mengemaskini blog ini apabila isu tidak wajar lagi doktor sakit puan lelaki menyambut kelahiran bayi di hospital2 kerajaan. Ramai telah membaca isu yang dibangkit oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ini. Umum mengetahui beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Boleh baca selanjutnya dilink ini:

Atau disini:


Saya berpengalaman melahirkan 5 orang cahayamata dan kesemuanya dilahirkan di hospital kerajaan. Alhamdulillah, rezeki saya mendapat bidan perempuan dan Muslim. Di situ satu kepuasan hati kerana dilayan   dengan baik oleh bidan2 yang merawat saya. Memujuk, dan memberi kata2 semangat ketika saya melahirkan kesemua cahayamata saya. Namun.... ada kekesalan dihati. Sedikit sebanyak, membuatkan hati saya sayu mengenangkan ada saja insiden melibatkan doktor pakar, jururawat dan doktor pelatih lelaki yang terpaksa melibatkan diri dalam kesemua proses kelahiran anak2 saya.

Sedikit kekecewaan di hati apabila di dalam labour room itu, kakitangan hospital lelaki, juga doktor2 pelatih lelaki, juga kakitangan hospital lelaki  boleh keluar masuk sesuka hati tanpa memikirkan bagaimana perasaan ibu2 yang sedang bertarung nyawa mahu melahirkan bayi dalam masa yang sama masih mahu menjaga aurat mereka. Walaupun ketika itu sudah ada bidan dan jururawat wanita lain. Situasi kita bukanlah darurat sangat sehingga kita perlu menayangkan semua aurat kita pada kakitangan hospital yang lelaki itu. Saya sendiri tidak mengerti, kenapa mereka tidak ada sensitiviti terhadap isu aurat ini.

Ketika melahirkan anak pertama dan kedua, di hospital kampung, bidan yang menyambut kelahiran memang wanita Mulim. Tapi, selepas selamat melahirkan, doktor yang membuat pemeriksaan bahagian bawah adalah doktor lelaki. Apabila ditanya tiada doktor wanita yang bertugaskah? Jururawat berkata, " Kami tiada doktor sakit puan wanita."  Ya Allah, rasa berdosanya saya. Saya tahu hospital itu hanya sebuah hospital kecil di daerah kampung saya, dan saya hanya pasrah! Apa lagi yang boleh saya buat. Ketika itu usia agak muda, 24 dan 26 tahun. Takut mahu melawan pun iye! Jururawat ketika itu bukan seperti sekarang. Kita minta lebih sikit dikatanya kita demand! Semoga Hospital Sabak Bernam sekarang mampu menyediakan doktor bersalin wanita sekarang.

Melahirkan Sofie secara c-zer juga memberi pengalaman cukup berharga buat saya. Saya tahu, doktor yang  menyambut kelahiran saya ketika itu seorang wanita. Alhamdulillah. Tapi, di dalam ruangan OT ketika itu, saya sedar, mereka yang bergelar lelaki berkeliaran keluar masuk di dalam ruangan OT. Apa yang boleh saya buat? Saya yang di dalam separuh sedar ketika pembedahan berlaku, tak kan saya mahu menegur mereka supaya keluar dari ruangan OT itu. Hati sangat tidak redha mereka melihat aurat saya hatta secebis kulit dari perut saya. Ampunkan hamba-Mu Ya Allah.....

Alhamdulillah, kelahiran anak ke-4 dipermudahkan. Dari pemeriksaan mengandung, menyambut kelahiran dan pemeriksaan selepas lahir, semuanya oleh doktor dan jururawat wanita. Alhamdulillah, syukur! Ketika itu perasaan saya, andai diberi rezeki mengandungkan anak ke-5, biarlah semuanya dipermudahkan seperti kelahiran anak ke-4 ini.

Untuk kelahiran ke-5 saya tahun lepas, saya bersyukur sekali lagi doa saya dimakbulkan dan diberi ruang disambut oleh bidan wanita di HSB. Seorang bidan yang baik, lemah lembut dan beragama Islam. Tapi, malang sekali bagi pihak saya, apabila disisinya terdapat seorang doktor pelatih lelaki yang amat muda. Rasa mahu menangis ketika itu. Ketika saya meminta dengan doktor itu secara baik, "Adik doktor, saya mahu menjaga aurat. Boleh adik keluar." Kata bidan, "maaf puan, doktor ini doktor pelatih dan dia perlu bersama saya untuk membantu saya." Oh, sekali lagi saya pasrah dengan keadaan. Allahu Rabbi! Ampunkan saya sekali lagi Ya Allah! Banyaknya dosa terkumpul saya.......

Saya antara para ibu dan isteri yang sangat berharap agar doktor O&G wanita di negara ini akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sewajarnya, peranan ibubapa memberi galakkan pada anak2 gadis sekarang meminati bidang O&G. 

Saya terbaca juga catatan dari Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkaitan hal demikian. Boleh baca pada pautan ini. 

Bukanlah mudah mahu merealisasikan impian semua kaum wanita yang satu ini. Harapan agar dapat dilaksanakan pertukaran doktor sakit puan lelaki kepada wanita itu tetaplah tinggi. Kita bukan dari kalangan mereka, mungkin kita ini akan dikatakan tidak faham dengan situasi para doktor. Tapi, itu semua tidak mustahil, kan...... Apapun, aurat tetap perlu diutamakan.

Agak2, wajar tak saya beri galakan pada anak dara istimewa saya nan seorang itu untuk menjuruskan diri dalam bidang O&G??!!! :-)

Sekian buat waktu ini.

Saturday, March 10, 2012

"Mmmiiiiii.... abi....abi....abi..." ~Syahdu weh!~

Malam ni rasa ada masa untuk online. Heaven sungguh bila dapat cuti dari buat roti.... Rasanya seperti dapat balik kehidupan yang dulu. Cuti sekolah dah pun bermula. Jadinya, tugas saya sebagai penguli tepung berhenti seketika, melainkan ada orang tempah. Tapi, untuk kek.... hohohoho..... tak boleh tolak ok! Kek senang je, tak banyak masa nak buat, Bancuh, bakar atau kukus, siap. Jual.... Kalau roti, aduhai.... nak nguli 1 jam, kasi rehat 30 min, pastu bentuk lagi. Tunggu kembang, baru bakar. Penat seh! Tapi, memandangkan permintaan terhadap roti tinggi, terpaksa saya redah jugak. Dapat la hasil buat tambah2 belanja rumah, buat simpanan sikit. Hehehe.... Sapa nak bagi kan kalau malas...... Apa yang saya repekkan malam2 ni..... beno eh, saya nak cerita pasal Sofie. Lama dah kan tak cerita pasal Sofie ni.....

Gini, baru bermula cuti sekolah ni, suami saya ada kem motivasi kat Ulu Yam nun.... alahai, rasa jauh bebeno dengan rumah saya ni. Jadinya, suami saya pergi lepas solat Jumaat tadi. Pergi dalam keadaan kelam kabut sebab tak mahu terlewat.

Dari petang tadi, Sofie asyik meragam. Sikit2 meragam, ada aje yang tak kena. Pukul adik la, pukul ummi juga.... Huwaaaaa..... ummi pun macam nak nangis handle Sofie hari ni. Petang tadi ajak Sofie main2 kat luar,  ok la sikit. Jumpa kawan sebelah rumah tu. Terhibur la jugak.....

Bila dah malam, masa makan malam, Sofie meragam lagi. Katanya nak makan nasi, bila diberi nasi, nangis pulak. Saya pujuk la.... Sofie buat isyarat nak makan sendiri. Ok, saya beri Sofie nasi untuk makan sendiri. Tapi, masih lagi ada yang tak kena. Tak mahu pulak makan, nangis tak pasal2. Alahai.... kenapa pulak ni? Selesai makan, Sofie ok sekejap. Main2 dengan abang Iwan dan Amniy. Saya bentang toto depan TV, nak bagi Sofie baring2 sambil main. Saya pun layan la slot terbaru zehra kat TV3 tu, "Bunga-bunga Syurga". Oh.... layan juga cerita ni. Episod pertama dah nampak seronok.... Leka la saya menonton TV....

Tiba2 Sofie panjat sofa, berdiri tepi tingkap dan buka sliding tingkap tu. Dan kedengaran Sofie merengek nangis sambil panggil, "abi...abi...abi..." Oh Sofie.... Sofie dah mula buat ummi rasa nak menangis. Sofie ingat abi hanya pergi surau kot, atau abi berada di warung depan, atau abi ke kedai... anggapan Sofie, abi akan balik kejap lagi. Sian dia.... Saya panggil Sofie, "Sofie, meh kat ummi sini. Kita tido." Sofie terus duduk atas Sofie, mulutnya masih lagi sebut "abi....abi.... abi...." dengan amat sayu. Nampak sangat Sofie sudah mula rindukan abinya.

Saya sangat tak sampai hati nak biarkan Sofie terus duduk di sofa. Saya bangun, ambil Sofie. Peluk Sofie dan dodoi dia.... Sambil peluk saya, Sofie masih lagi sebut. "abi...abi...abi....." Terus gugur airmata saya. Jatuh laju sangat. Alahai, Sofie ni, saje la ni, nak buat ummi nangis ni. Saya pujuk Sofie, "ok, Sofie tido dulu ye. Nanti abi balik." Sofie angguk je, dan sebut lagi, "abi...."


Dan akhirnya Sofie tertido diriba saya setelah saya selimutkan Sofie dengan kain pelikat abinya yang masih belum dibasuh. Bau abi yang original masih ada.... Nampak Sofie lena tido. Saya dan abisofie hanya sms, tak berani nak call.... kang tak pasal2 saya yang teruk nangis. Dan memang sah2 saya paling teruk nangis lepas Sofie tidur. (Sebenarnya, masa menaip entry ni, airmata saya masih gugur lagi sebab teringatkan Sofie yang sedang tidur. Huhuhuu.... Huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!)

Sofie, tidur lena ye sayang..... Abi akan balik esok jumpa Sofie.... Mujurlah slot abi kat kem tu malam dan subuh je. Jadi, siang hari boleh balik sekejap jumpa keluarga..... Alahai, teruk betul, baru berpisah kejap, dah teruk cam ni. Cuba tengok orang yang berpisah berbulan2 lama tu.... Huhuuhuhuhuu...... 

Sekian, dari saya yang sedang bengkak mata.... hahahahaha!!!!!!!

Tuesday, September 27, 2011

~~ SEDIH! Kameraku sudah tamatkan perkhidmatannya :-( ~~

Assalamualaikum....

Lama sudah tidak bersiaran.... alasan biasa, sibuk ler

Hari ini, hari yang menyedihkan bagi saya. Sedih bagai hilang sedara pulak. Huwaaaaaaa!!!!!!!! Rasa nak nangis lagi bila mengenangkannya. Korang nak tahu, kamera saya telah pun menemui ajalnya. Hampir 7 tahun ia bersama saya, ke hulur ke hilir saya mengusungnya, hari ini ia tidak lagi berfungsi.

Menangis saya menerima kenyataan ini. Mengalir air mata sebab sedih sangat. Sayang dengan ia, tapi... apa kan daya. Saya terpaksa menerima hakikat, ia sudah tidak boleh digunakan lagi. Nak tahu punca? Puncanya ialah anak bongsu saya telah mencelupkan kamera itu ke dalam jag yang berisi air cokelat. Dia ingat itu biskut kot. Tu yang dia cicah tu. Paling tak tahan dicicah dalam jag... Aduhai! Sungguh, umisofie alpa!

Saya dan suami sayang sangat dengan kamera tu. Cadang nak hantar pusat servis. Sekarang sedang meninjau mana2 pusat servis terdekat. Kalau ok, ingat nak servis je. Tapi kalau harga servis pun boleh beli sebijik lagi kamera yang baru, baik beli baru dulu. Servis kemudian pun boleh.

Ini kamera saya, model KODAK V705 DUAL LENS....
Tapi sekarang...... Uhuk...uhuk....uhuk....
Buat sementara ni, saya hilang aktiviti di rumah...... (rasa nak nagis lagi ni!!!!)

Pandangan belakang kamera....... Saya pasti akan rindu kamera ini.....

Budak yang sangat bijak, cerdik dan soleh! 
Dia yang telah menjadikan kamera umisofie umpama biskut marie, cicah dalam air cokelat.....

Dan.... ini ialah roti cokelat lingkaran kasih.... ahak! Ngengada sungguh!
Bukan apa. Saja tayang gambar ni, ini ialah gambar terakhir yang saya ambil menggunakan kamera tu.....
Sedihhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!.

Kami bercadang nak cari kamera baru sebagai pengganti kamera yang tak boleh digunakan tu lagi. Cari yang bajet rendah pun jadi la. Harap2 ada la rezeki nak dapatkan kamera baru. Kalau tak..... habis la aktiviti saya di rumah.........

Huwaaaaaa....... ( mood sedih!)
BYE!

Monday, June 20, 2011

Luahan kegembiraan ... Lalalala~~~

Assalamualaikum semua....

Beberapa hari saya tak kemaskini blog ini, rasa rindu sangat. Pertamanya, saya pulang ke kampung hujung minggu lepas. So, biasala kalau pulang ke kampung, masa untuk online memang tiada. Sekadar update status kat FB tu, boleh la. Tu pun guna fb2mobile. Nak membalas, mmg la tak boleh. Kalau nak mengadap blog, memang tak sempat sangat.

Balik kampung baru ni, suami telah menggembirakan hati saya tau! Lama saya menanti, bertahun2 juga la... hehehe. Tengok! Sabar ke tak sabar saya ni. :-) Tapi, kali ni, memang suami saya setuju amat. Setelah membuat penilaian, dan setelah survey semuanya dari Rawang ke Sabak Bernam, akhirnya di Sungai Besar juga jadi pilihan saya untuk mendapatkan benda alah ni. 

Sedia maklumlah, kan... saya sekarang tengah giler memasak, membakar, mengukus. Jadi, harus dapatkan ia dengan segera. Lagipun puasa nanti, senang, nak buat kuih/biskut raya... dah ada yang besar sikit. Jimat la letrik, jimat la masa... :-)

Ini la bendanya.... alahai, buat saya tak tidur malam je tau!
Setelah survey, saya dapat membelinya dengan harga yang agak murah jugak. 
RM210, ok tak? Banyak kedai saya pergi semua letak harga paling rendah RM230. Sekali pergi pulak kedai yang satu tu, dan puas memujuk, tokey tu bagi juga RM210. Terus la sambar..... Rezeki la tu!

 Ni saya punya! Saya belum merasmikan lagi untuk menggunakannya.
Saya try menggoogle, alahai, lagi cantik gambar saya la pulak... Hehehehe!
Sama je sebenarnya. 
Pensonic Electrical Oven AE-350N
Capasity 35Liter
Nanti, kalau saya dah gunakan oven tu, saya update la.... kita tengok apa masakan pertama yang saya bakar di situ....

Friday, October 15, 2010

Saya rindu

Assalamualaikum....
Entry ni tak nak karang panjang berjela.... sekadar luahkan rasa rindu saya pada aksi dia. 
Serius! Saya amat rindukan setiap aksi dan tingkahlaku dia
Saya amat rindukan senyumanya yang comel dan menawan itu
Bagi saya, senyuman anak dara saya ini amat cantik..... saya rindu sangat!!!!
Bangkitlah sayang....sihatlah segera. Umi dan abi amat rindukan Sofie yang aktif dan ceria....


Sofie masih lemah lagi
Belum sihat sepenuhnya
Saya tak nak cerita lebih2, nanti korang boring....
Sekadar ini saja untuk kali ini.
Kalau saya rajin, dan ada mood, saya buat entry yang lain petang nanti...
Daaaaaa......

Wednesday, June 30, 2010

Hati saya sangat rawan, sedih, stress....

(Gambar ihsan pakcik Google)

" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu. Ubun-ubunku dalam genggaman-Mu, hukuman-Mu berlalu kepadaku, Qada`-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku."
(petikan doa dari buku kecil, Doa Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed)

Friday, June 25, 2010

Surat dari mahkamah untuk Fiza

Baru ada kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Saya sangat susah hati.... sangat2 risau, sangat sedih....tak tahu nak terangkan macam mana perasaan ini. Saya tak sangka sampai begini jadinya. Semuanya atas kelalaian dan kecuaian saya. Bukan saya sengaja menangguhkannya, tapi saya terpaksa demi anak-anak, terutamanya Sofie.

Semalam, saya dapat surat dari mahkamah, memerintahkan supaya saya hadir ke mahkamah untuk dibicarakan atas kegagalan saya membayar pinjaman pelajaran saya. Bila saya baca surat tu, hati saya sangat kecut. Sudah 10 tahun saya membuat pinjaman tersebut, tapi saya masih gagal untuk melunaskannya. Kenapa? Semua sedia maklum keadaan saya. Saya seolah-olah menjadi manusia yang gagal. Bila fikirkan hal ini, air mata asyik nak turun.

Penjamin saya ialah pakcik saya. Kesian dia. Mesti dia terkejut. Tapi, suami saya sudah pun menelefon dia, beritahu yang kami akan uruskan sendiri. Dia tak perlu khuatir. Saya cuba mencari jalan paling mudah dan tak memerlukan saya untuk naik turun mahkamah. Tidak saya jangkakan keadaan ini berlaku. Selama ini hanya mendengar orang itu, orang ini dapat surat mahkamah dari pelbagai kes. Akhirnya, terjadi pada saya.

Mencari dan terus mencari jalan penyelesaian...akhirnya saya dapat tahu seorang sahabat lama saya bekerja di Bahagian Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri. Atas bantuan suami, saya berjaya peroleh nombor telefon pejabat sahabat saya itu. Sebelum itu, saya telah menghantar mesej yang agak panjang lebar melalui facebooknya. Dan pagi ini, saya cuba menelefon pejabatnya, ternyata dia masih kenal saya dan telah pun membaca mesej saya itu. Alhamdulillah....usaha saya tak sia2. Agak gementar juga pada mulanya, maklum saja...kita perlukan bantuannya. Dia berikan pandangan berkaitan status pinjaman saya, dan dia berikan jalan penyelesaian terbaik.

Dia sahabat semasa saya bersekolah dulu, dan pernah satu bilik dengannya di asrama. Terima kasih tak terhingga buat Kak Ewa. Fiza sangat hargai jasa akak....dan tak sangka akak masih ingat pada Fiza.

Surat dari mahkamah....muka pertama

Siapa plaintif, dan siapa defenden... aduh! sungguh saya tak faham bahasa undang-undang.

Kenapa saya terpaksa menangguhkannya?
1. Saya tak bekerja, dan tak ada pendapatan untuk membayarnya. Saya dapat bayar 2 tahun je, sebab masa tu, saya ambil upah menjadi pengasuh anak orang. Anak masa tu pun baru sorang, jadi saya masih mampu menjaga anak orang.

2. Selepas kelahiran Sofie, baru saya mengerti hikmah di sebalik saya tidak dapat pekerjaan. Allah menguji saya dan keluarga dengan anugerah yang tak ternilai ini. Allah bagi kami anak istimewa, sering keluar masuk wad pada awal kelahirannya sehingga saya mengandung lagi adik kepada Sofie. Sangat mencabar hidup saya... tapi saya redha dan bersyukur atas kurniaan Allah. Dan akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak berfikir soal kerja lagi kerana kerja menjaga anak2 lebih utama. Walau tidak dapat duit, saya yakin, ada 'gaji' yang lebih bernilai dari Yang Maha Kaya.

3. Suami telah berkongsi satu perniagaan dengan tujuan, hasil dari perniagaan itu dapat membayar pinjaman saya. Tapi perniagaan itu nampaknya agak suram dan suami seolah2 telah 'ditipu' ( 'ditipu'kah? oh...tak tahu nak guna word apa lagi ) oleh sahabat sendiri. Suami telah memberi modal yang agak besar untuk perniagaan itu. Hasilnya.... wallahua`lam. Hanya beberapa kali sahaja kami dapat hasil. Lepas dari tu....senyap sepi tanpa berita. Semoga si dia sentiasa dalam rahmat Allah dan dapat memberikan hasil dari perniagaan itu kepada suami saya.

Semoga Allah bagi jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini, dan semoga Allah permudahkan semua urusan saya....Amin!

Friday, June 18, 2010

mereka yang dirindui


Sepanjang hari ini, dari pagi sampai ke petang saya berjalan, keluar dari rumah, menghilangkan kebosanan yang melanda...bersama suami dan 2 anak kecil saya Sofie dan Hijaz, tapi.... tanpa mereka berdua. Mereka tiada disisi saya saat ini. Sungguh! Hati ini meronta rindukan mereka. Telatah dan ragam mereka bermain di minda saya.

Siang tadi, saya dan suami ke Tesco Rawang. Di sana, saya berkata dengan suami, "Kalaulah mereka ada....." Hati saya sedih! Rindu dengan wajah mereka. Rindu nak ajar mereka mengaji setelah selesai solat maghrib, rindu dengan suara mereka. Saya tak berani untuk menghubungi mereka, kerana saya seorang yang cengeng. Saya mengetahui keadaan mereka hanya melalui SMS saya dengan MIL saya. Lega bila tahu mereka baik-baik saja. Untuk bercakap dengan mereka, hati belum sedia. Malam ini, semuanya sudah diulit mimpi..... saya, masih di sini. Ingin meluahkan betapa saya rindukan mereka.......

Saya tahu, di kala ini, jam menunjukkan 1 pagi.... pasti mereka telah diulit mimpi. Setelah penat bermain bersama pakcik dan sepupu, tentu saja mereka tidur awal. Saya tak sabar menanti hari Sabtu. Hari dimana saya akan pulang ke kampung untuk menjemput mereka pulang ke pangkuan saya. Tentu mereka juga rindukan saya, rindukan abi dan adik2......

Saya merenung, menilik satu persatu wajah mereka yang tersimpan di dalam komputer saya. Melihat wajah kesayangan saya. Oh...sungguh saya rindukan mereka berdua. Anugerah Allah tak ternilai buat saya dan suami. Mereka yang akan menjaga saya saat saya dan suami meniti usia emas di kemudian hari, insya-Allah. Mereka yang saya harapkan untuk mendukung ayat-ayat Allah. Mereka yang saya impikan untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah. Insya-Allah....mereka akan menjadi soleh.

Ikhwan dan Amniy.... umi rindu kalian.

Monday, June 07, 2010

Dia telah pergi...dan Sofie masih sihat....

Maaf, saya tak pandai nak reka tajuk yang lebih baik.....
Saat membaca blog Kerna Kasih Kita, baru saya ketahui, Alanna Qish telah tiada. 5 Jun 2010, Adik Alanna Qish telah meninggalkan mummy dan daddynya. Pasti mereka lebih merasai kehilangan arwah adik Alanna. Saya yang tidak punya apa2 ikatan pun turut merasainya.... Al-Fatihah buat arwah adik Alanna Qish. Semoga dia lebih tenang di sana. Semoga mummy dan daddynya redha dgn ketentuan Ilahi.

Saat ini juga, saya berfikir, umur kita telah ditentukan olehNya. Cepat atau lambat, ia pasti akan datang. Saya bersyukur Allah panjang usia Sofie. Dulu, saya juga merasai apa yang mummy dan daddy Alanna rasakan. Saat ketidak pastian, bilakah anak kita akan sembuh..... Namun, alhamdulillah, semuanya telah berakhir.

Di waktu pagi, saat Sofie bangun dari tidurnya, pasti rengekan manja akan keluar dari mulutnya. Dan senyuman manis buat umi pasti terlempar dari bibirnya. Pagi ini sekali lagi, saya bersyukur, saya masih bersama Sofie dan anak2 lain. Semoga rasa syukur ini berterusan dalam diri saya. Alhamdulillah.....


Buat Ayu (mummy Alanna), redhalah.... Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Yakinlah dengan janji Allah, Allah akan menjaga Alanna di sana, menjaga dia dengan lebih baik dari kita....redhalah, dear! Al-Fatihah buat arwah Alanna Qish.....

Saturday, June 05, 2010

Alanna Qish....Berjuanglah!

Hati sedang dilanda rawan, sedih yang tak terungkap dek perasaan bercambur baur antara kasihan, sayang dan pilu. Saat hati ini mengenangkan nasib anak kecil yang sedang bertarung dengan maut, saya sangat bersyukur anak2 masih di depan mata hidup sihat dan gembira. Ujian yang Allah timpakan buat hamba2Nya amat berbeza sekali. Orang itu dengan ujian dia, saya dengan ujian saya. Semuanya hanya satu, Allah amat menyayangi hambaNya dan mahu kita semua lebih mendekati Dia.

Semalam saya baca blog Jiey Mien. Kisah adik Alanna Qish yang belum ada kesudahan. Sungguh, hati ini turut tersentuh dengan ketabahan dan kekuatan mummy dan daddy Alanna. Andai saya ditempat mereka, adakah saya sekuat mereka? Saya terkenangkan saat2 pilu Sofie terlantar di wad PICU,IJN beberapa bulan lepas. Dengan berselirat wayar sana sini....aduh. Sakit sungguh hati ini. Tak mahu dikenang lagi saat2 itu.

Saya membaca blog Noina. Ina pergi sendiri melawat Alanna di HKL. Sekali lagi saya seperti mahu menangis. Ina membayangkan keadaan Alanna, saya cuba bayangkan keadaan anak kecil itu. Kasihan....apa lagi yang mampu saya katakan buat mummy dan daddy Allana selain sabar dan redhalah..... Saya sendiri tak pernah bertemu 4 mata dengan Alanna. Saya cuma mengikuti kisah Alanna melalui blog 'Doa Buat Alanna'. Semoga ada kesudahan yang baik buat si kecil. Semoga mummy dan daddy Alanna redha dengan setiap ketentuanNya. (ps: Ina, kalau pergi jumpa mereka, sampai salam akak yer!)

Mungkin mummy dan daddy Alanna tak membaca coretan saya. Tidak mengapa, saya faham keadaan mereka. Coretan ini bukan diminta untuk dibaca oleh semua orang. Coretan ini sekadar luahan rasa hati saya.... sungguh, hati saya turut sedih dengan keadaan Alanna.

Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan keluarga Adik Alanna. Kau rahmati Alanna. Kuatkan hati dan semangat mummy dan daddy Alanna, semoga mereka redha dengan ketentuanMu.

Thursday, April 22, 2010

Abi, umi nak ring sling.....

Entry ini sapa tak nak baca pun tak pe. Entry ini entry luahan permintaan saya untuk suami saya yang tercinta....hehehe....

Hari ni, umi penatnya....sepanjang hari mendukung Hijaz. Hijaz sekarang tak mahu diletak. Nak bertepek je dengan umi. Sakitnya bahu umi. Sakitnya badan umi. Abi, tolong la umi....!!!! Abi bayangkanla, berat Hijaz dah 8.3kg. Mana larat umi nak dukung sentiasa. Jadi, umi mohon sangat supaya abi faham. Bila umi dukung Hijaz sebelah tangan, semua kerja rumah umi tak dapat selesaikan. Jemur kain, petang jugak baru dapat jemur. Basuh pinggan pun, tak selesai-selesai. Nak melipat kain yang bertimbun pun, tak sempat. Macam mana nak buat semua tu kalau Hijaz asyik nak dukung je.

Pagi tadi, menjerit-jerit Hijaz menangis sebab umi tinggalkan dia. Umi kena mandikan Sofie, basuh poo poo dan pee pee Sofie. Belum Amniy nak susu, Sofie nak susu. Umi tak boleh buat kerja sebelah tangan. Lenguh tangah satu lagi mendukung Hijaz. Umi ada permintaan dari abi. Umi nak ring sling. Boleh, bi? Alaaaa....boleh la. Umi dah search kat google. Banyak web yang jual ring sling. Kalaula umi ada ring sling, tak de la penat umi nak dukung Hijaz yang debab dan montel tu.

Kalau dah ada ring sling, boleh kita sekeluarga pergi jalan-jalan, shopping-shopping, tanpa merisaukan kepenatan nak mendukung Hijaz. Hijaz bukan nak duduk lama kat stroller. Mau melalaknya dia. Abi tahu tak ring sling tu apa? Ni umi tunjukkan..... umi nak sangat ring sling macam ni.
Gambar ni saya ambil dari sini
Inilah Ring Slingnya, bi....

Ini pun dari sini
p/s: terima kasih kepada http://www.kasihkusayangku.com, kerana saya pinjam gambar2 di atas untuk entry ini.

Tengok orang tu pakai ring sling... nampak comfortable je time bawa baby. Kalaula umi boleh dapat ring sling macam tu.....

Cuba abi tengok gambar bawah ni pula, elok je si bapa mendukung baby dia. Baby pun nampak more comfortable je dalam pelukan bapa. Kalau ada ring sling, abi pun senang nak dukung Hijaz. Nak dukung Sofie senang,kan? Boleh la,yer?

Image ini dari sini
p/s: terima kasih juga kepada http://jumpsac.blogspot.com kerana saya pinjam gambar ini untuk ditunjukan kepada insan kesayangan saya.

Abi, umi pun dah telek harga ring sling ni. Memang agak mahal.....huhuhu. Kalau abi senang-senang, abi pergi la layar website tu yer. Kot la abi pun berkenan.

Umi nak kumpul duit la. Umi nak beli ring slig. Umi tak mahu lagi sakit bahu, sakit badan dukung Hijaz. Tolong ye, bi. Abi sayang umi,kan? Umi harap sangat abi akan izinkan umi beli ring sling ni.

Kalau abi tak beri izin, nampaknya, umi terpaksalah teruskan mendukung Hijaz macam ni... sampai Hijaz pandai jalan sendiri. Tak pe la... umi redha la dengan keputusan abi. Apa pun, umi masih berharap abi boleh beri izin. Tolongla, bi!

Tuesday, March 30, 2010

Degilkah Saya?

Saya tak boleh nak lelapkan mata malam ni. Saya ambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini. Pagi semalam, kala saya menaip entri untuk dikemaskinikan dalam blog ini, telefon saya berbunyi... (bunyi ring tone yang tak reti saya nak ungkapkan disini...hehe). Dari pakcik saya yang menetap di Rawang. Lebih kurang begini...."Fiza nak pegi IJN tak? Boleh tumpang cik sekali", bagai orang mengantuk di sorong bantal. Saya terus setuju. Secepat mungkin saya bersiap. Bawa apa yang patut, niat dihati ingin menetap di IJN. Sebab saya fikir, susahnya saya nak dapat peluang ini. Dalam perjalanan ke IJN, saya sms suami yang saya dalam perjalanan ke sana. Suami kata, dia kena fikirkan tentang saya dan Hijaz lepas saya sampai sana....

Saya sampai IJN jam 11.30 pagi. Suami saya bawa Sofie turun bawah, sebab saya bawa Hijaz. Hijaz tak boleh naik wad. Nasib baik Sofie boleh turun bawah. Perasaan saya? Jangan katalah.....saya gembira, rindu dendam saya pada Sofie terubat. Saya peluk Sofie. Saya cium pipi Sofie. Sofie pun agaknya terkejut tengok umi ada kat situ. Sofie nampak sangat gembira, dan sememangnya Sofie seorang yang gembira.... Sebenarnya, Sofie duduk di wad tu, dia ok je. Sebab dia pun tak tahu kenapa dia berada di situ. Sian Sofie....

Kesimpulannya, sepanjang saya berada di IJN semalam, waktu melawat, saya banyak habiskan bersama Sofie....

Niat dihati ingin bermalam di IJN. Saya dah bawa siap keperluan supaya saya dapat bermalam di sana. Ada insiden berlaku.... Hijaz langsung tak boleh tidur sepanjang di IJN. Agak meragam sedikit. Mungkin tempat baru bagi dia. Cuba bayangkan, sepanjang masa saya terpaksa mendukung Hijaz yang debab tu. Masukkan dalam "stroller" langsung tak mahu. Menjerit.... akhirnya, saya terpaksa dukung Hijaz.

Hijaz menangis..... saya masih lagi bertahan. Saya cuba mencari tempat-tempat yang sesuai. Dah banyak kali beralih tempat. Tetap tidak serasi dengan Hijaz. Sebenarnya, salah satu sebab suami melarang saya menetap di IJN ialah Hijaz. Tapi, saya berdegil. Tetap nak bermalam di situ, nak dekat dengan Sofie. Suami saya tahu Hijaz bagaimana..... Saya masih bertahan. Tapi, jam 11 malam, saya cuba hubungi adik saya supaya dia mengambil saya di IJN untuk dibawa pulang ke Rawang. Tapi, suami saya melarang saya. Menyusahkan katanya...yer...memang saya menyusahkan orang. Masa tu saya tak fikir apa dah. Yang saya fikir dapat tenteramkan Hijaz.

Akhirnya, jam 11.20 malam, suami turun ke bawah. Sofie pula dah tidur. Suami saya terpaksa bergegas menghantar saya pulang ke Rawang. Saya tahu suami agak tidak senang hati waktu itu. Mana taknya, memikirkan Sofie yang ditinggalkan sedang tidur, memikirkan Hijaz yang tak selesa, huh! Fiza memang menyusahkan! Dalam perjalanan malam tadi, suami membisu seribu bahasa. Saya cuma dengar dia berzikir. Mungkin untuk tenteramkan hatinya yang sedikit kecewa dengan sikap saya. Kesian dia.... Saya yang salah. Semuanya memang salah saya. Saya hanya fikirkan rindu saya pada Sofie. Tapi, saya tak fikirkan pun bagaimana risaunya suami saya bila saya menetap dan bermalam di IJN. Saya juga tak fikirkan akan ketidakselesaan Hijaz bermalam di IJN. Bodohnya saya..... (rasa nak ketuk kepala sendiri)

Sampai di rumah, Hijaz dapat tidur dengan lena sekali. Kesian Hijaz. Umi Hijaz ni pentingkan diri sendiri. Maafkan umi yer. Suami saya pula, terus meluru balik ke IJN, kerana Sofie tidur di wad. Mujurlah masa suami sampai wad, Sofie masih tidur.....

Saya menjadi seorang yang degil kerana rindu saya pada Sofie.
Saya menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri kerana rindu saya pada Sofie.
Saya melanggar perintah suami kerana rindu saya pada Sofie.
Siapa yang mengerti betapa saya rindukan Sofie?
Setiap hari, setiap malam, hati saya menangis, air mata saya jatuh kerana rindu saya pada Sofie.
Saya seolah-olah hilang kawalan kerana rindu saya yang teramat dengan Sofie.

Selepas ini, saya berjanji...saya akan hapuskan kerinduan saya pada Sofie. Biar hati saya saja yang tahu. Saya tak nak menyusahkan suami saya lagi. Kesian dia, terpaksa memikirkan tentang saya.... maafkan Fiza. Fiza bersalah.

Saya harap suami saya tak baca coretan ini. Andai dia terbaca....saya pasrah!

Monday, March 29, 2010

Saya Masih Berharap....

Harapan saya setinggi gunung ini untuk berjumpa dengan Sofie
image dari sini. gambar cuma hiasan yer.....

Pagi ini, dengan harapan yang menggunung tinggi, saya masih berharap dapat bertemu dengan Sofie dan abi Sofie di IJN. Ya Allah...semoga ada jalannya. Petang semalam, MIL saya telefon memberitahu satu rancangan, saya perlu ke Bangi, rumah BIL. Menetap di sana untuk beberapa hari. Jadi, kalau saya berhasrat ingin melawat Sofie, BIL saya akan hantarkan. Jarak dari Bangi ke IJN tidaklah lama sangat. Katanya, 1/2 jam dah sampai. Bincang-bincang dengan suami, suami tak setuju. Suami kata, nanti kita menyusahkan dia. Lagipun BIL saya tu bertugas sebagai guru sessi petang. Saya ikut je....kalau suami tak bagi, apa lagi yang boleh saya katakan.

Malam tadi suami merangka, saya akan ke IJN pada hari pembedahan Sofie. Suami saya baru teringat yang dia mempunyai seorang kawan (geng tonton bola) yang bertugas sebagai pemandu teksi. Merangka-rangka supaya saya menaiki teksinya pagi-pagi buta kerana kawan tersebut bertugas di KL. Ntah rancangan ini jadi atau tidak...saya harap ianya menjadi. Tapi, pagi ini saya terasa begitu lambat sekali untuk menunggu hari pembedahan Sofie. Hati saya bagai dihiris sembilu rindukan Sofie. Rasanya, hari ini juga saya ingin bertemu puteri hati saya itu.

Malam tadi, saya dengar suara Sofie ketawa gembira. Riang sekali. Suami saya kata, nak tido je, mulalah Sofie buat hal. Gelaklah....menjeritlah....masa tu la dia nak main. Nak dibacakan buku. Saya ada bekalkan Sofie dengan 2 buah buku kegemaran Sofie. Suami saya kata, asyik nak baca buku. Siap tarik-tarik jari si abi supaya abi bacakan untuknya. Suami saya kata lagi, kalau nampak gambar buah-buahan siap buat aksi konon-kononnya tengah makan buah. Ya Allah, rindunya saya dengan gelagat Sofie itu. Memang itulah gelagat Sofie sewaktu di rumah.

Mulalah saya terbayangkan aksi Sofie memanjat sofa, memanjat kabinet TV, duduk ditepi sofa seolah-olah sedang memandu kereta.... aduhai. Aksi-aksi ini meruntun jiwa saya. Saya membaca dan melihat foto dalam entri saya yang lepas. Air mata berguguran lagi. Saya masih lagi mencari peluang untuk menjadi seorang cengeng....cewek! Hentikanlah Fiza!!!!

Sebenarnya, sikap saya ini telah memberi kesan pada Hijaz. Kesian Hijaz. Semalam Hijaz meragam. Nak menyusu, tapi, menolak pulak. Saya juga akui, susu saya agak merudum. Mungkin akibat daripada tekanan yang saya hadapi. Saya bertekad, malam tadi tak semena-mena saya makan nasi waktu malam. Aktiviti yang telah lama saya tinggalkan demi menurunkan berat badan. Saya minum horlick....2 mug sekali. Alhamdulillah, 1 jam lepas tu, baru terasa susu saya makin banyak. Saya kejutkan Hijaz dari tidurnya, lahap sekali Hijaz minum susu. Kesiannya, anak umi. Maafkan umi ye, sayang. Umi terabaikan Hijaz seketika. Betul kata ibufarish aka Hana Seman dalam forum di RH. Susu saya akan merudum kalau saya terus bersedih. Terima kasih, Hana......

Lepas ni, saya cuba ingin menjadi ibu yang lebih kuat. Suami kata, saya "supermom"....super sangat la tu....ok, jumpa lagi nanti....

Sunday, March 28, 2010

Mudahnya Air Mata Gugur

image from here

Susahnya nak bicara tentang hati dan perasaan. Semuanya sebab terlalu memikirkan hal Sofie. Macam-macam bermain difikiran. Pagi ni, bangun tidur, rasa rindu yang teramat dengan Sofie. Mula merancang ingin melawat Sofie di IJN. Tapi, siapakah yang sudi membantu, terasa betapa diri ini kekurangan dan ada kelemahan. Nama pun manusia,kan? Sehebat mana pun kita, pasti ada kelemahan tersendiri.

Semalam, saat Sofie telah berjauhan dengan saya, terasa hati dan jiwa saya amat lemah. Sensitif betul.... Berfikir tentang Sofie membuatkan hati saya rapuh. Air mata amat mudah jatuh. Melihat gambar-gambar Sofie, hati dan perasaan saya bagai ditusuk sembilu. Sakit dan pedih... sakit dan pedih kerana rindukan Sofie. Ya Allah! Kuatkan hati dan berikan aku kesabaran yang kuat. Doa saya untuk keselamatan dan kesihatan Sofie tak pernah putus. Seusai solat saya panjangkan doa supaya Sofie diberi keselamatan dan kesihatan yang baik, air mata saya jatuh di pipi. Saya biarkan ia terus jatuh....terasa tenangnya diri bila memohon dari Yang Maha Mendengar.

Petang semalam, saya bersembang dengan seorang jiran sebelah rumah. Bercerita tentang Sofie lagi. Hati saya sedih bila nama Sofie disebut-sebut. Air mata bergenang di kelopak mata, saya tahan jangan benarkan ia jatuh. Ber'sms' dengan sahabat tentang Sofie juga, membuatkan air mata saya jatuh. Membaca semula tulisan saya diblog tentang Sofie juga membuatkan hati saya sangat lemah. Meluahkan rasa hati pada teman-teman facebook, hati saya semakin parah. Mengapa ni? Saya seolah-olah mencari peluang untuk menjadi seorang yang cengeng. Saya sememangnya cengeng, cewek, mudah menangis, mudah terasa hati..... Mengapa ni Fiza? Bagaimana Sofie akan mendapatkan kekuatannya kalau umisofie terus begini? Tolong la.....demi Sofie.

Tadi, ber'sms' bersama suami bertanyakan hal Sofie dan merangka-rangka untuk melawat Sofie, sekali lagi hati saya digugat dengan kata-kata suami. Suami saya kata "sabarlah...banyak ingat pada Allah, banyakkan baca Quran. Sofiekan Allah punya. Kita tolong jaga..." Lepas dari itu, air mata saya tak henti-henti jatuh. Sayu sangat rasa hati ini. Ya, betul abang kata, Sofie Allah punya!

Malam tadi saya buka profil facebook suami saya, saya terbaca status yang suami saya kemaskinikan sebelum berangkat ke IJN. Tulisannya berbunyi begini.....

"Today......admitting IJN..... Urusan manusia meneruskan ikhtiar menjejaki Sunnatullah. Terserah pada Pemilik roh dan jasad..kuasaNya menentukan sakit dan sihat.. kita hanya pemilih cara......Dia pemutus kata.. Doakan agar berita gembira ....... teman dan saudara.. Hati sudah bersedia....menerima jawapan Yang Maha Kuasa... Allahu Akbar..!!!!!!!!!!!!!!!"


Dan saya membaca ramai juga kawan-kawan suami yang mendoakan keselamatan buat Sofie. Sekali lagi air mata ini gugur bersebab. Saya tahu, kekuatan ibubapa merupakan semangat untuk anak pulih. Namun, saya belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang negatif. Walau mulut saya sering berkata, "aku redha", berat sangat rasa di hati. Terasa dada ini sesak yang amat. Saya belum bersedia. Orang sekeliling melihat kekuatan dan ketabahan diri saya, adakah saya benar-banar insan tabah dan kuat? Saya sendiri keliru..... Saya mohon, semoga Allah kuatkan hati dan jiwa saya menempuh sebarang kemungkinan kesudahannya.

Namun, saya masih terus berharap, semoga ada sinar kehidupan yang lebih baik buat si comel saya, Sofie. Abang-abang Sofie juga berharap Sofie akan terus bersama kami sehingga akhir hayat kami. Begitu juga dengan adik Sofie,Hijaz. Saya tahu itu... kerana saya ibu mereka. Saya sering berdoa, "Ya Allah, Kau panjangkan umur Sofie, Kau panjangkan umur kami supaya kami dapat memelihara Sofie dan kesemua anak-anak kami berlandaskan kalimah syahadahMu." Saya masih berharap.....

Dan sebenarnya, saya juga berdoa semoga suami saya sihat, supaya suami saya boleh menjaga Sofie dengan baik tanpa umisofie disisi......

Sofie, umi rindu...... abang, Fiza lemah sangat.....!!!!!!

Saturday, March 27, 2010

Sofie dah pergi IJN!

Assalamualaikum....
Masih ada yang ingin mengetahui tentang Sofie? Tentu ada, bukan? Malam tadi, sewaktu membuka FB, saya sangat terkejut dengan kehadiran post berkaitan Sofie, anak saya. Post tersebut daripada facebook Ratuhati. Ya Allah! Sungguh ramai yang mengambil berat tentang Sofie. Terima kasih semua sahabat RH. Saya sangat-sangat menghargainya. Tiada apa yang saya harapkan selain doa dari kalian buat Sofie.

Saat ini Sofie telah pun selamat sampai ke IJN bersama abi Sofie. Sebelum Sofie pergi, sungguh, hati saya sangat2 pilu... Sewaktu memandikan Sofie, Sofie gembira je. Saya yang sedih. Saya sebenarnya, cuba mengawal perasaan, buat2 gembira depan Sofie. Tiba-tiba, masa saya sabunkan badan Sofie, Sofie menyentuh pipi saya. Hati saya bertambah sayu dan sedih. Langsung airmata saya gugur....saya tak dapat mengawal perasaan bila Sofie menyentuh pipi saya. Selesai mandi, saya memeluk erat Sofie, dan berkata "umi sayang Sofie. Umi harap Sofie balik rumah lagi". tapi, Sofie tetap gembira, gelak je dia. Sofie anak yang kuat.

Bila Sofie nak pergi pagi tadi, Sofie cepat je meluru pada abi sofie. Sofie menganggap dirinya akan pergi berjalan-jalan. Saya dah pakaikan Sofie baju cantik. Seluar jeans dan blouse warna pink. Comel sangat Sofie. Saya tak dapat kawal air mata saya. Abi sofie kata, "dah la...jgn nangis depan Sofie". Saya tahu, abi Sofie pun sebenarnya sedih. Orang lelaki,kan. Boleh je kawal perasaan. Kita ni ibu, pasti kalah dengan perasaan sendiri. Saya menangis akhirnya. Sofie salam dan mencium tangan saya. Saya cium pipi Sofie. Saya cium tangan suami. Dan kereta suami saya terus meluncur laju, meninggalkan saya dalam esakan. Sungguh! Saya tak boleh tahan perasaan.

Sofie, Sofie tunggu umi datang yer. Umi pasti datang melawat Sofie. Walaupun Sofie jauh dengan umi, Sofie tetap dalam hati umi. Umi tahu, Sofie anak yang kuat dan tabah.

Tak tahu nak taip apa lagi dalam entry kali ini. Sofie dah di IJN bersama abi Sofie. Tiap kali teringatkan Sofie, saya pasti menangis. Entahlah.... susah nak kata. Doakan Sofie ye...doakan saya juga. Nantilah...tunggu saya kuat hati sikit, baru saya boleh terus berbicara di sini. Sekarang, jiwa saya amat lemah.......

Wednesday, March 17, 2010

~Sofie yang umi sayang~


Sekarang ni saya sering terfikirkan hal anak dara saya yang sorang tu. Macam mana tah nak luahkan.... Sofie oh Sofie!!!!! Saya menghitung hari, ada lebih kurang 10 hari lagi Sofie akan menjadi penghuni sementara wad IJN. Saya dah merancang macam-macam benda sepanjang ketiadaan Sofie di sisi saya. 2 anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy akan saya hantar kampung, MIL dah suruh saya hantar kampung. Saya terpaksa cutikan Ikhwan dari alam persekolahan untuk 2 minggu. MIL kata, anak lelaki tu biar MIL yang jaga. Saya jaga Hijaz sorang di rumah. Lagi pun, senang kalau saya nak melawat Sofie di IJN nanti. Tak de la saya kelam kabut nak mengheret 3 anak sekaligus tanpa suami di sisi..... maklum saja suami akan menjaga Sofie di IJN.

Saya juga terfikir.... siapakah insan yang akan membantu saya untuk saya pergi ke IJN melawat Sofie? Tak kan di hari pembedahan Sofie nanti saya tiada disisinya? Agak ramai target saya...saya terpaksa menyusahkan orang. Antara insan yang menjadi target saya bapa saudara saya (cik Erol) yang tinggal di Rawang, atau bapa saudara saya (paman Ayub) yang tinggal di Kuang. Mungkin juga BIL (abang Dapi) saya yang tinggal di Kuala Selangor.... tak tahu lagi siapa yang akan menjadi mangsa saya. Saya tiada pilihan lain, selain terpaksa menyusahkan orang. Masa ni barulah saya terfikir...."kalaulah saya boleh memandu....." itulah kelemahan saya. Rasa nak menjerit je sebab saya terlalu memikirkannya. Semoga Allah beri saya jalannya nanti.

Berbalik kepada Sofie, meniti hari perpisahan sementara ini, adakalanya hati saya sangat rapuh. Saat anak-anak lain bermain di luar bersama teman-temannya, saya melayan Sofie, saya sering merenung matanya. Dalam hati, saya sering berkata "umi pasti rindukan Sofie". Saat tu, hati saya begitu rapuh. Melihat keriangan dan kelincahan Sofie, saya sering merasakan kenapa ini terjadi pada saya. Saya terlalu memikirkannya... tu sebab, saya merasakan jiwa saya amat lemah. Mana mungkin saya ambil tak endah hal ini. Mungkin mudah bagi orang yang berkata....hadapi saja, Fiza. Nak tak nak, benda ni akan berlaku juga.... ya, betul tu! Macam mana pun, saat itu pasti akan tiba. Selalunya, air mata ini tak dapat di tahan lagi.

Saat bersama Sofie, saya sering memeluk erat tubuh kecil Sofie. Seperti yang sedia maklum, Sofie anak SD, AVSD with Pulmonary Hipertension dan Hipothyroidisme....sudah pasti tubuh Sofie amat kurus dan kecil. Berat Sofie lebih kurang berat Hijaz Muhammad yang berusia 5 bulan. Saya seolah-olah mempunyai anak kembar sepasang..... kadang kala, saya mendukung 2 orang anak kecil saya ni serentak. Pernah sekali, saya tak perasan yang saya mendukung Sofie, saya sangkakan saya mendukung Hijaz. Rupa-rupanya, anak dara saya..... aduhai!

Berbalik pada kisah Sofie, Sofie punyai tubuh yang sangat kurus berbanding kanak-kanak seusianya. Biasanya, selepas saya mandikan Sofie, saya suka memeluk manja tubuh kecil itu sambil berkata "kenapalah anak umi ni kecik sangat". Sofie suka bila saya perlakukan sebegitu. Saya nampak keriangan di wajahnya, Sofie ketawa bila saya memeluk dia. Saya cium pipi Sofie, Sofie akan menunjukkan reaksi yang sangat positif. Gelak keriangan dia. Ini yang membuatkan hati saya sering dilanda kerinduan......

Bila Sofie tidur, Sofie suka mengigau. Sofie suka keluarkan bunyi seolah-olah menangis. Tapi, sebenarnya, Sofie tak menangis pun. Bila saya atau abi Sofie datang dekat, sambil membelai kaki atau badan Sofie, Sofie pasti akan sambung tidur semula. Mungkin Sofie dapat merasakan kehangatan kasih sayang dari belaian abi dan umi.

Dan, yang terbaru, Sofie sekarang sudah pandai mengigit. Siapa yang menjadi mangsa Sofie, sudah pasti tangan dan peha gebu adik Hijaz. Sofie geram sebenarnya dengan adik Hijaz. Saya tak berani dekatkan Hijaz bersama Sofie tanpa pengawasan saya. Selalunya, Hijaz akan menangis digigit dek kakak. Hehe.... telatah anak-anak,kan? Semua telatah Sofie, saya rakamkan di hati dan minda saya. Bila teringatkan setiap telatah Sofie, dapat saya rasakan betapa sayangnya saya pada anak ini. Anak yang menjadikan saya insan yang lebih kuat dan sabar. Ye ke? Kadangkala, mulut saya je boleh kata saya kuat dan sabar. Hati saya....hanya Allah yang tahu.

Oh yer.... Sebenarnya, saya dapat banyak respon dari orang yang membaca blog saya ini, tak tahan membaca...air mata pasti mengalir. Maaf pembaca semua. Bukan niat saya ingin bazirkan air mata kalian. Ini semua dari hati saya yang sangat rapuh..... hal anak saya. Satu-satunya anak perempuan yang saya ada. Anak yang menjadi bunga dalam keluarga saya. Anak yang sangat-sangat istimewa. Sekali lagi, saya mohon sekeping doa dari kalian buat anak saya ini, boleh? Saya amat-amat berharap Sofie akan pulih sepenuhnya. Saya tak peduli langsung tentang SD dia. Yang saya peduli sekarang ialah masalah jantung Sofie...dan Sofie perlukan pembedahan. Doakan ye supaya Sofie selamat di hari pembedahan nanti.

Saya dan anak-anak saya yang lain ada lagu buat Sofie. Biasanya, kami sekeluarga akan menyanyikan lagu ini ketika Sofie menangis atau Sofie nak tidur. Dan selalunya lagu ini akan kami sekeluarga nyanyikan ketika dalam kereta selepas Sofie menjalani sessi terapi bersama Kak Raw di Gedangsa. Sofie akan berhenti menangis bila kami sekeluarga menyanyikan lagu ni. Semoga Allah selamatkan Sofie Mariah.......

"Allah selamatkan Sofie,
Allah selamatkan Sofie,
Allah selamatkan Sofie Mariah,
Allah selamatkan Sofie......"

p/s: lagu untuk Haji Bakhil dlm cerita Labu Labi

Thursday, March 04, 2010

Syukur Ya Allah, terima kasih teman2.

Assalamualaikum....

Bagaimana ingin mulakan bicara tentang hati dan perasaan ini? Saya sendiri masih belum pasti apakah yang akan saya tuliskan dalam entry ini. Adakalanya perasaan gembira dan bahagia lebih dari segalanya....semuanya berkaitan tentang Sofie Mariah. Saya amat gembira melihat Sofie hari ini. Saya gembira zahir Sofie makin pulih dan sihat. Namun, saya tak tahu sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan ini akan bertahan lama. Hati saya sangat rapuh sebenarnya bila berbicara tentang Sofie. Tiap kali saya bersamanya, saya pasti merenung mata cantik puteri saya. Sambil dalam hati saya berdoa, "Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Sofie, Kau panjangkan usiaku supaya aku boleh terus bersama Sofie. Supaya aku boleh terus memelihara anugerahMU ini. Kau selamatkan Sofie...." dan juga saya panjangkan doa saya seusai solat. Semoga Allah perkenankan doa saya....amin!

Sebenarnya, di entry kali ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya yang tak terhingga buat semua sahabat2 saya sama ada sahabat alam nyata dan sahabat alam maya saya. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik anda semua. Saya tak tahulah kenapa sejak pagi tadi, saya mandikan Sofie, melihat Sofie bermain gembira, mendengar kekekkan ketawanya, senyumannya, saya terkenangkan semua sahabat saya yang mendoakan kesihatan Sofie. Saya amat berterima kasih buat semua sahabat saya di RH, kak ummi, sya, kelly, kak risa , kak sue, lady, eyta, noina dan ramai lagi yang saya tak mampu menyebutnya di sini. Sorry ye kalian, yang namanya tak disebutkan. Saya lebih terharu bila satu hari tu, saya chatting sekejap dengan kak ummi, kak ummi menyatakan yang Sofie amat dekat dengan RH. Terima kasih kak ummi.

Mula Sofie lahir, betapa saya bodoh mengatakan, kenapa saya yang dipilih untuk mendapat anak seperti ini? Ketika saya melahirkan Sofie, ada seorang lagi ibu yang melahirkan anak perempuan di sebelah katil saya. Anak dia normal dan sihat. Saya bertanya sendiri, kenapa anak dia tak macam anak saya? Betapa jahilnya saya ketika itu.... disaat saya tak boleh nak membaca al-Quran dan bersolat krn tidak suci, macam-macam perasaan negatif muncul di fikiran saya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang kuat iman, insya-Allah. Dia terima seadanya.... dan saya juga terima anak kecil itu seadanya.

Syukur kerana saya dipilih oleh Allah untuk memelihara anak istimewa ini. Saya tahu betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah sayangkan saya, saat saya merasakan sukar untuk menjaga Sofie, Allah permudahkan semuanya. Sofie anak yang lemah antibodi. Saya sudah dimaklumkan oleh doktor yang merawat Sofie tentang ini. Saya redha..... Sofie sering sangat keluar masuk wad. Sejak usia Sofie 6 bulan, Sofie sudah ditahan di wad. Masalah yang sama.... pneumonia dan broncholitis.... sangat2 kerap. Sofie juga pernah mengalami acute broncholitis, dan terpaksa ditahan di Hospital Ampang selama 15 hari. Masa tu, saya dan suami merasakan betapa sukarnya hidup....bayangkan, perjalanan dari Rawang ke Ampang. Anak-anak lain, terpaksa dihantar ke kampung dijaga oleh MIL. Terima kasih,mak..... banyak jasa mak pada fiza. Tak terbalas rasanya.

Namun, kesukaran demi kesukaran, kami sekeluarga redha.... saya sering menonton di kaca tv tentang kesukaran masyarakat, kehidupan ibu2 yang punya anak istimewa, yang lebih teruk dari Sofie, semuanya menginsafkan saya. Saya merasakan hidup saya susah, rupa-rupanya ada lagi insan-insan terpilih yang lebih susah dari saya. Kuatnya mereka.....

Saya bersyukur dapat berkenalan dialam maya bersama noina dan kak sue aleen, begitu juga dengan kak sue Anak mereka CP, dan ada yang hidrocap, namun mereka kuat hadapi hidup. Kuat sangat mereka...saya ambil iktibar dari kisah mereka. Terima kasih, sahabat!

Bulan ini, bulan Mac..... akhir bulan ini Sofie akan menjalani pembedahan jantung, untuk membaikpulih jantung Sofie yang berlubang agak besar. Jantung Sofie tiada dinding, dan doktor nak bina dinding untuk jantung Sofie. Saya takut meniti hari menghadapi hari pembedahan Sofie. Kalau Sofie tak dibedah, jantung Sofie makin teruk, paru-paru Sofie makin rosak, dan mungkin ada kerosakan pada buah pinggang Sofie, sebab Sofie terpaksa menelan ubat yang sangat banyak. Kesian Sofie.... namun, Sofie anak yang sangat kuat. Saya yang tak kuat sebenarnya.

Tiada apa yang saya mohon dari semua sahabat saya, kecuali sekeping doa buat Sofie. Doakan Sofie kuat menghadapi hidup, doakan juga Sofie selamat di hari pembedahan nanti. Ini pengalaman pertama bagi saya. Saya takut sebenarnya. Kadang-kadang syaitan berbisik perkara2 negatif, namun saya menidakkan. Saya sentiasa fikir yang saya ada Allah. Semuanya di tangan Allah. Saya ingin terus hidup bersama Sofie. Sofie satu-satunya bunga keluarga saya. Sofie satu-satunya puteri hati saya. Saya amat berharap, semoga Allah perkenankan doa saya.....

Ya Allah! Aku mohon.......perkenankanlah!


Lihatlah wajah comel ini....Sofie anak yang kuat, Sofie anak yang hebat, Sofielah segala2nya bagi saya.....saya mahu anak ini terus hidup dengan sihat dan gembira.....doakan yer.