Showing posts with label Amal Mujahid. Show all posts
Showing posts with label Amal Mujahid. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Amal demam kerana hadiah KK :-)

Salam Jumaat yang penuh barakah
Hari Jumaat, sayyidul ayyam... hari yang penuh dengan keberkatan dimana banyak sangat kelebihan yang boleh kita peroleh. 

Nak cerita tentang baby kecik saya, Amal. Amal demam malam tadi.... huhuhu... sian dia. Pertama kali demam dalam hidupnya. Petang semalam Amal dapat hadiah dari nurse KK. Amal diberi imunisasi kerana umurnya sudah 2 bulan. Kali ni, cucuk agak berat, 5 serangkai. Jadinya, balik dari KK, petang tu Amal terus demam. Saya tak bagi ubat pun. Dasar ummi degil, kan.... Saya cuma lap dengan kain dan letak cool fever.


Walaupun demam, Amal tetap happy ok! :-) Dia riang macam biasa. Ada la jugak rengekan sikit... itu biasa bagi budak demam. Tak pe, ummi tak kisah pun, sebab Amal demam nak kuat. Nak kuat, kena dapat hadiah macam tu.


Malam tadi, Amal cuma dapat tido dengan hanya bergayut dengan ummi. Bila ummi bangun nak solat Isya`, Amal pun bangun sekali, sebab dia tahu, ummi hilang. Dengan adanya abi yang baik hati menolong jaga Amal, maka ummi dapat tunaikan solat Isya`. Amal ni pandai betul, sangat suka bila dipegang, didukung... Aduhai.... Padahal ummi tak pernah nak ajar Amal macam tu. Ummi tahu, kalau diajar sejak kecil, susah ummi nak buat kerja.
(Apa la yang saya repekkan ni? Entry ni cuma nak cerita pasal Amal demam je pun. Suka bebel panjang2... betul2 syok sendiri! )


Oh, Amal kan ada kakak yang sangat penyayang, jadinya bila Amal demam ni, kak Sofie pun suka nak melayan Amal. Pening kepala ummi sebab kakak Sofie nak tunjukkan kemahirannya membelai Amal. Apapun..... SENYUM! :-)


Dengan adanya mereka yang sangat prihatin dan penyayang ini, Amal cepat baik dari demam. Itu semua sebagai terapi penyembuhan buat si Amal.....

Lupa nak beritahu, pada usia Amal 2 bulan ni, berat Amal sudah pun 5.3kg. Bulan lepas 4.3kg..... Alhamdulillah, Amal ummi membesar bagai juara..... Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat si Amal yang makin bam-bam!

Nota Umisofie: Petang semalam pergi KK untuk cucuk Amal, dan dalam masa yang sama dapat tempahan roti yang agak banyak. Geng KK tempah..... Alhamdulillah, rezeki anak2. :-)

Saturday, September 22, 2012

Amal Mujahid : 2 bulan sudah!

Salam bahagia semua....

Sekali lagi empunya blog buat hal dengan membiarkan blog ini bersarang berbulan2. Sejak anak sudah 5 ni, macam tak menang tangan mahu membuat semua kerja dalam satu masa. Masa 4 orang dulu pun gitu gak. Pandai2 la curi masa utk online. 

Tak sangka pejam celik, pejam celik, sudah 2 bulan berlalu. Si cilik saya sudah berusia 2 bulan hari ini. Dah pandai senyum2 tau.... dah pandai nak agah-agah, dan alert dgn bunyi, dah tahu orang panggil nama dia. Oh, sukanya. Excited macam baby pertama je. Padahal si ummi sudah lalu proses perkembangan bayi sejak 8 tahun lepas. Patut pun orang kata naluri ibu pada diri ini sangat kuat. Walau anak keberapa sekali pun, setiap perkembangannya sangat menggembirakan hati.

Meh nak tayang baby Amal di usia 2 bulan......


Ok la.... cukup la sekeping je dulu.
Len kali boleh tayang banyak2 gambar Amal....
Apapun, memang saya sangat sibuk dengan anak2 sekarang ni. Lagi2 projek roti saya bakal bermula minggu ni. Lagi la sibuk......Insya ALlah, saya cuba cari masa sikit untuk update apa yang patut.Sorry sangat2 pada yang masuk halaman ni, tapi masih cerita lama.

Sofie? Hohohoho...... sudah banyak berubah. Sejak sekolah ni, macam2 benda dia dapat. Nanti saya ceritakan kisah puteri saya nan seorang ye. Memang semakin bijak si Sofie sekarang.


Seorang kakak yang terlebih penyayang... :-)
Daaaaa..... Assalamualaikum!

Friday, August 10, 2012

Baby Ramadhan... Baby Raya 2012 :-)

Assalamualaikum.... Salam Jumaat, Ramadhan Kareem..... :-)
Lama saya menyepi, kan? Hari ini saya berpantang cukup 20 hari. Dan hari ini merupakan Ramadhan ke-21. Cepat sungguh masa berlalu. Beberapa hari lagi Aidilfitri bakal menjelang tiba. Persiapan Aidilfitri kami sekeluarga ala kadar. Baju raya anak2 pun belum ada lagi. Uhuk.... Anak2 masing2 dah bising, bila nak shopping baju raya. Dengan keadaan ummi mereka yang masih berpantang, kesihatan kaki abi pun yang masih pasang surut. Tapi, cuba juga la cari masa minggu ni bawa anak2 mencari baju untuk hari raya nanti. Biskut raya? Owh.... orang dalam pantang ini sangat menggedik mahu mengukis. Tapi, apakan daya..... Tengok la habis pantang nanti.... 

Owh..... suka sangat kita ni ye, mukadimah panjang menjela. Entry ini dibuat di pagi Jumaat penuh barakah ini bertujuan memperkenalkan ahli baru dalam keluarga kami. Sangat excited ok.... baby baru, baby Ramadhan merangkap baby raya 2012 la katanya... Hehehehe....... Ok, perkenalkan....... hero baru kami. Bakal mujahid di jalan Allah, insya Allah......

 1 jam selepas lahir.... di Labour Room lagi.
2 Ramadhan 1433H
22 July 2012, 7.47 pagi
HSB.

Ohhh... rasa bahagia. Lupa sakit masa nak bersalin. 
Cute je tengok baby baru lahir ni :-)

Hari ke-5.... Kena jaundis.... sedih :-(

Hari ke-10... Masih jaundis.

Dengan kakak dan abang.... Hihihih.....

Untuk hari ke-20 ini, sebenarnya baby saya masih jaundis. Agak membimbangkan saya juga sebenarnya. Tapi, bila difikirkan semula, kesemua anak2 saya yang lepas begitulah.... Jaundis agak lambat turun. Semalam nurse datang check. Dorang suruh check darah kat KK. Tapi, memandangkan keadaan baby masih ok, baby aktif, kuat menyusu, najis baby pun masih normal, so, nurse minta nak tengok keadaan baby masa usia sebulan. Kalau dalam usia sebulan tu baby saya masih ada jaundis, confirm kena refer doktor pakar. Uhuk..... Mudah2an baby saya baik2 aje. Doakan yer....

Surat beranak baby baru.

Oh, lupa nak kenalkan.... Nama baby baru saya Amal Mujahid. Jenuh tau fikir nama. Siap kena denda lagi dengan JPN sebab dah lebih 2 minggu baru daftar. Tak kisah pun, yang penting baby dah ada nama, dan dah ada surat beranak, kan.....

Kononnya, nak cari nama baby dari hamil lagi. Sebab awal2 lagi dah tahu baby boy.... Tapi, sampai kesudah ilham tak datang. Tengok muka baby baru ilham datang. Tu pun lambat. Ye la... nama anak tu kita nak guna sampai mati. Jadi wajiblah nama tu nama yang bagus maknanya, kan.... Nak dapatkan ilham nama yang terbaik tu memang susah. Dan akhirnya, yang terbaik setakat ini, nama inilah.... AMAL MUJAHID! :-)

Ok, sekian untuk kali ini..... sibuk sungguh melayan karenah si kakak dan abang yang nak dukung baby..... :-)