Showing posts with label Hijaz Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Hijaz Muhammad. Show all posts

Friday, July 04, 2014

Hijaz, semoga soleh!

Salam Ramadhan Kareem.....
Hari ini sudah masuk Ramadhan ke 6. Masya Allah....cepatnya masa. 
Pada Ramadhan ke 6 ini emosi umisofie agak kurang stabil. Pagi tadi menghantar Hijaz sekolah dengan linangan air mata. Air mata si anak. Hijaz hari ini sangat2 tidak memberi kerjasama yang baik untuk ke sekolah. Allahu Rabbi! Mengucap panjang umisofie.


Bangun paginya dalam keadaan baik sekali. Saya sediakan sahurnya (sarapan) pada jam 6.45pagi. Hijaz makan dengan selera. Nasi goreng ayam dengan keropok ikan serta air koko. Seusai makan Hijaz masuk bilik mandi untuk mandi. 
"Umi, hari ni Ijaz ok je kan? Tak nangis pun." Mulut dia berbicara.
"Haaa.... mcm ni hari2 kan senang. Umi senang. Hijaz senang. Hijaz kan anak yg baik." Saya membalas.

Tersenyum2 dia bila dipuji. Hijaz mandi dan terus bersiap mengenakan uniform sekolahnya. Setelah selesai semuanya Hijaz minta izin untuk naik ke tingkat atas kerana Sofie sudahpun berada di atas. Membuka komputer. Membuka youtube Upin dan Ipin. Rancangan kegemaran mereka. 
"Nanti umi panggil turun Hijaz turun tau. Umi siap dulu." Kata saya.
"Ok umi. Hijaz tak nangis." Dia memberi jaminan. Hati saya lega....


Saya menyiapkan diri. Mengenakan pakaian lengkap untuk menghantar Hijaz ke sekolah. Saya panggil Hijaz turun. Hijaz turun dengan mood yang cukup baik pada mulanya. Tiba2, Hijaz hentakkan dirinya ke atas sofa. 
"Laaaa....kenapa ni?" Tanya saya.
"Sofie tu.... tak sekolah." Dia mula merungut sambil menunjukkan muncung comel.
"Hari ni kan hari jumaat. Kakak Sofie cuti. Hijaz pergi sekolah. Kejap je hari ni. Nanti umi ambil cepat."

Dia mula memberontak. Allahu Rabbi. Saya mula berdoa dalam hati, 'Ya Allah. Sabarkan aku!'
Adegan pujuk memujuk dimulakan. Macam2 cara saya pujuk Hijaz. Saya berjaya juga memujuk sehingga dia mahu naik ke atas motor. Di atas motor, macam2 saya cakap dengan dengan dia. Saya puji dia. Saya bagi harapan pada dia. Hijaz hanya diam. Saya dapat rasakan mulut dia sedang muncung.

Sampai depan pagar sekolah, cikgu Ann sambut. Tapi, Hijaz tidak langsung berganjak dari belakang saya. Sessi pujuk memujuk berlangsung lagi. Dia tetap dengan pendirian tidak mahu turun dari motor. 

Keadaan memaksa saya turun dahulu dan terus mendukung Hijaz. Agak mencabar juga sebab Amal saya bawa bersama. Sebelah gendong Amal, sebelah memegang Hijaz. Dia meronta2 tak mahu masuk ke sekolah. Cikgu Ann dan cikgu Umi datang memujuk. 

"Tak mengapa ibu, ibu balik je dulu. Kami boleh pujuk dia." Hati saya mula hiba meninggalkan Hijaz dalam keadaan Hijaz menangis. Saya percaya dengan guru2 Hijaz. Mereka bijak menangani situasi begitu. Saya biarkan saja dan memecut motor dengan laju. Semoga Hijaz baik2 saja di sekolah.

Sepanjang 6 bulan Hijaz bersekolah di Pasti Insaniah, ini ialah kali kedua Hijaz buat perangai. Kali pertama adalah ketika mula2 bersekolah dahulu. Biasalah mula2 masuk sekolah. Selepas dari itu, Hijaz baik2 saja. Cikgu-cikgu memuji Hijaz anak yang baik, senang diurus, mudah dengar kata, walaupun Hijaz kurang bercakap. 


Semoga anak ini akan terus berkelakuan baik, berakhlak mulia, menjadi soleh sentiasa. Sebenarnya, adalah biasa bagi anak2 yang sesekali ada waktu dia bersifat kurang baik. Sebagai ibu, saya kena bijak menangani keadaan ini. Saya kena lebih baaaaaanyaaakkkkk belajar. Anak sudah 5 orang. Lain anak lain ragam. Setiap anak ada ragamnya sendiri. Alahmdulillah.....

Ya Allah, jadikanlah kami ibubapa yang tinggi sabarnya dalam mendidik anak2 kami. Lembutkan hati anak2 kami. Jadikan mereka anak2 yang mendengar kata. Jadikan mereka anak2 yang menurut segala perintahMu, RasulMu dan perintah ibubapanya. Amin Ya Robbal 'Alamin.


Wednesday, October 02, 2013

Selamat hari lahir, Hijaz! 4 tahun dah dia!!!!!!!

Bismillah.... Assalamualaikum.
Sekali kesibukan melanda menyebabakan niat saya untuk aktif berblog hangat2 tahi ayam. Huhuhuu..... Sabar je la tau!.

Sudah malam..... dari pagi tadi cuba cari masa untuk update tentang anak saya. Jadinya, sebelum jam 12 malam, sebelum melangkah ke hari esok, saya cuba juga luangkan masa untuk update. 

Hari ini 2 Oktober, hari lahir anak ke-4 saya, Hijaz Muhammad. Ingat lagi tak Hijaz? Heheheh..... Tak sangka, boy umi itu sudah 4 tahun. Tahun depan boleh sekolah.


Mmmmmm, punya la sibuk si umi. Gambar hanya download dari FB je. Malas umi nak cari gambar2 lain untuk dipaparkan disini. By the way Hijaz,  umi dan abi sentiasa akan mendoakan Hijaz menjadi anak soleh wa musleh ok! Anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul, juga menjadi abang yang penyayang buat adik Amal (setakat ni adik Hijaz cuma Amal :-)) dan menjadi adik yang baik pada abang2 dan kakak Sofie. Umi juga berharap, Hijaz akan menjadi cucu yang soleh buat atok, nenek, tok abi dan tok umi, ok! Kiranya, Hijaz ni insya Allah la, akan menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat, amin! Sayang Hijaz, sayang sangat2. Muah! Muah!

Ok, sempena hari lahir Hijaz ini, umi belanja keluarga makan. Makan di rumah saje. Abi belikan ok. Vavavava..... Tengok apa yang abi Hijaz ni beli. Pizza Domino kaw! Mmmmm, sedapnya. Habis diet umi malam ni. Huwaaaaa....!!!!!!!!!!!!!


Abi Hijaz beli yang extra large ni 2 kotak. Mak aihhhhh.... Besau amat! Apa lagi, kongsikan kegembiraan Hijaz dengan jiran kiri kanan. Jiran kiri kanan tu la kawan2 Hijaz sekarang. Akan datang kalau dah sekolah, sambut kat sekolah pulak dengan kawan2, insya Allah!


Kami sekeluarga makan pizza ni sampai kenyang. Alhamdulillah.... Hasil umi jual kek, dapat belanja Hijaz dan adik beradik makan. Abi tu boleh je nak belanja. Bila2 je boleh. Tapi, kali ni.... khas untuk Hijaz Muhammad, umi yang belanja. Hahahaha (gelak berlagak! Astaghfirullah!)

Ok, sekian dulu! Daaaa......
*******************************************************************************
Alamakkkkkk...... Lupa nak tambah! Sebenarnya kan Hijaz minta kek hari jadi. Huhuhu..... Sian dia. Umi dia buat kek untuk orang, tapi hari lahir anak sendiri umi tak buat pun kek. Teruk kan umi Hijaz ni. Tapi..... sebab Hijaz yang minta, umi buatkan juga la keknya. Buat kek coklat lempap je pun, kebetulan ada orang tempah kek coklat, umi lebihkan sikit bancuhan untuk buatkan Hijaz kek yang comel.

Ingatkan kek tu umi nak buat triffle. Tapi bila cek barang tak cukup, umi malas nak keluar, umi teruskan je la tepek cream cheese frosting pada kek coklat tu. Jadilah ia Cream cheese chocolate cake. Tah hapa2 namanya, kan?


Nampak tak, punya pemalasnya si umi Hijaz, upload pic dari Instagram je. Dekorasi kek Hijaz simple je pun. Cuma belah 2 keknya, sapu cream cheese frosting. Coating dengan cream cheese, tepek coklat rice ditepi, dan picit rambu ramba ala2 mee segera atas kek. Hahaha. Dan tulis HIJAZ 4 YEARS. That`s all, simple but nice, right? Ahak. Perasan!!!!!
 HAPPY BIRTHDAY HIJAZ SAYANG!
Ok, daaaa...... Jumpa lagi!

Sunday, November 25, 2012

Dia masih pinjamkan Hijaz buat kami!

Terima kasih Allah..... Kau masih pinjamkan dia buat kami......
Petang itu, hujan renyai2. Dari pagi kawasan tempat tinggal kami hujan. Petang itu juga,saya membasuh kain. Sedia maklum, mesin basuh saya di luar rumah. Jadi, saya telah pun membawa kain kotor ke luar rumah untuk di basuh. Selesai masukkan kain dalam mesin basuh, masuk air dan sabun, mesin mula beroperasi. Saya menggunakan masin basuh semi-auto. 

Sofie dan Hijaz di luar ketika itu. Lepas biarkan mesin basuh beroperasi saya masuk ke dalam rumah sebab baby Amal menangis nak susu. Saya susukan baby Amal sambil menonton sinetron Bayu Cinta Luna. Tak leka pun, sebab mata jeling2 sambil perhatikan Sofie dan Hijaz di luar. Mereka main stroller. Sofie masuk dalam stroller, dan Hijaz tukang tolak. Gembira sekali mereka ketika itu..... Saya biarkan.....

Beberapa ketika kemudian, stroller berada depan pintu rumah. Saya biarkan.... saya tahu Sofie berada dalam stroller sambil nyanyi2. Saya tanya Sofie, "Sofie nak turun ke?" Sofie jawab tak nak. Saya biar je dia leka dalam stroller tu. Hijaz pulak menuju ke pagar, nak tengok kawan2 abang Iwan dan abang Amniy main badminton kat jalan depan rumah.

Dan... bila saya tak nampak Hijaz di depan pagar, saya panggil nama Hijaz, " Ijaz.... Ijaz kat mana?" Hijaz menyahut panggilan. "Kat mesin." Masih ok lagi.... masih dengar suara dia bercakap sorang2. 

Beberapa saat kemudian, saya dengar Hijaz menangis. Saya masih lagi dalam rumah menyusukan Amal. Tapi, hati saya macam tak sedap dengar tangisan Hijaz. Segera meletakkan Amal di tilam, terus keluar. 

"Ya Allah! Hijazzzzz...." Saya menjerit! Hijaz sudah tertonggeng dalam mesin basuh yang sedang berpusing. Cuma punggung dan kaki di luar. Saya tahu keadaan sangat2 teruk ketika itu. Saya berhentikan mesin serta merta. Cepat2 saya keluarkan Hijaz. Kepala Hijaz sudah penuh dengan buih sabun. Ya Allah..... terus mengalir air mata saya. Tangan Hijaz membelit kain. Kesian Hijaz.... tangan dia sakit.

Saya bawa Hijaz ke paip, dan terus mandikan dia. Saya minta dia kumur2 air dengan banyak. Hijaz terkesima dan terkejut. Lepas mandikan dia, saya peluk Hijaz dengan tuala. Dia kesejukan sebab cuaca sangat mendung, hujan renyai2..... Dalam hati saya, kalaulah saya terlewat sedikit, pasti saya akan kehilangan Hijaz. Astagfirullah..... Kenapa berkalau2. Mainan syaitan semua tu. Itu adalah takdirnya. Allah mentakdirkan saya untuk segera menyelamatkan anak saya itu. Saya bersyukur sangat sebab Dia masih meminjamkan Hijaz buat kami sekeluarga. Terima kasih Allah!

Saya bawa Hijaz masuk ke dalam rumah. Saya peluk dan tanya Hijaz, "Ijaz ok tak?" Hijaz cuma anggukkan kepala. Hijaz masih lagi rasa takut. Saya peluk Hijaz kuat2. Kesian dia......... Saya bagi Hijaz minum air putih, saya minta dia minum air banyak2.

Bila Hijiaz dah reda, saya keluar tengok bagaimana keadaan itu boleh berlaku. Rupa2nya, Hijaz panjat bakul kain. Bakul itu agak besar. Salah saya.... saya tak sepatutnya membiarkan bakul kain di luar. Kebiasaannya saya akan naikkan semua bakul kain ke atas meja. Saya ada 3 bakul, 1 bakul telah kosong. Jadi, Hijaz terbalikkan bakul itu, dan memanjat di tepi mesin basuh. Hijaz kata dia nak main buih sabun. 

Memang biasa Hijaz main buih sabun. Tapi selalunya dia hanya memanjat baldi kecil yang diterbalikkan. Tapi, ntah kenapa bakul pulak jadi pilihan. Yang yenya, baldi kecil itu pun sudah tiada. Suami dah ingatkan saya, jangan biarkan ada baldi atau bakul kosong kat luar. Tapi, saya langsung tak perasan tentang bakul tu sebab fikirkan baldi sudah tiada. Ya Allah, kenapalah saya begitu cuai. Sofie masih berada dalam stroller. Saya tak menjangkakan yang Hijaz akan panjat bakul yang diterbalikkan. Hijaz tak pernah buat macam tu. Rupa2nya, petang itu, kejadian itu mahu terjadi.

Ummi sayang Hijaz

ALhamdulillah....... semuanya dengan takdir Allah. Mengapa semua itu berlaku, ada hikmah disebaliknya. Dia mahu saya lebih berhati2. Dia mahu saya bersyukur. Dia mahu saya sentiasa alert dengan keadaan. Dia mahu Hijaz terus bersama kami. ALHAMDULILLAH.... TERIMA KASIH, ALLAH!

Tuesday, October 02, 2012

3 tahun - Hijaz Muhammad!

Salam penuh rasa syukur....
Alhamdulillah, hari ini, 2 Oktober.... merupakan hari ulangtahun kelahiran Hijaz yang ke-3.
Selamat hari ulang tahun ye anak ummi :-)


Hijaz anak yang cerdik, anak yang baik, anak yang tidak pernah susahkan ummi dan abi
Hijaz banyak membantu saat kak Sofie perlukan ummi dan abi
Hijaz tak banyak ragam..... Saat kak Sofie menjalani pembedahan jantung di IJN 2 tahun lepas, Hijaz banyak membantu ummi.
Saat kak Sofie perlu menjalani segala macam terapi, Hijaz tetap terus membantu.... demi melihat kak Sofie terus sihat.

Saat ummi melahirkan baby Amal pun.... Hijaz tak banyak ragam, seolah2 Hijaz mengerti dia seorang abang sekarang. Terima kasih, sayang!
Maafkan ummi kalau2 ummi tak mampu menjadi ummi yang terbaik buat Hijaz, tapi ummi cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

Hijaz sayang, ummi sentiasa doakan Hijaz diberi perlindungan oleh Allah Taala
Ummi berharap Hijaz sentiasa diberi kesihatan yang baik
Ummi berharap Hijaz menjadi anak soleh buat ummi dan abi
Ummi berharap Hijaz mampu menjadi abang yang soleh buat adik Amal, juga menjadi adik yang soleh buat abang Iwan dan abang Amniy serta kak Sofie.......
Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu, sayang.... sentiasa berada dalam keberkatan Allah Taala.

Kami semua sayang kamu!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY HIJAZ MUHAMMAD - 3 YEARS OLD!


Sunday, October 02, 2011

2 tahun berlalu.... Hijaz semakin matang.

Assalamualaikum.....
Sudah malam baru berkesempatan mencatatkan satu entry khas untuk anak bongsu (setakat ini :-)) saya.
Hari ini, 2 Oktober 2011, genap usia Hijaz 2 tahun...Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik, sudah 2 tahun anak kecil itu. Anak yang sentiasa kuat dan tabah..... Belajar dari dalam kandungan tentang kehidupan yang penuh berliku....Bila mengenangkan saat2 mengandungkan Hijaz, hati memang sangat pilu dan terharu.Saya pernah bercerita tentang saat melahirkan Hijaz setahun yang lepas. 
Rupa2nya, hari ini sudah 2 tahun.......


Usia Hijaz 2 tahun banyak mematangkan dirinya sendiri, juga membantu mematangkan Sofie.Ada hikmahnya kenapa Allah anugerahkan Hijaz buat kami. Dahulu, saya menyangkakan Sofielah anak bongsu kami, cukup2lah dengan Sofie sebagai anak istimewa kami. Risau saya andai dikurniakan anak selepas Sofie, kasih sayang kami pada Sofie akan berkurang.  Rupa-rupanya, Allah telah mengatur perjalanan hidup kami. Allah kurniakan Hijaz sebagai jalan untuk kami mematangkan Sofie.....

Alhamdulillah, adanya Hijaz bersama kami, banyak sangat memberi kerjasama dengan perkembangan sosial Sofie. Sofie banyak mengikut apa yang Hijaz buat, jadi, peranan kita memberi bimbingan terbaik amat perlu. Setakat ini, Alhamdulillah, pertuturan Hijaz banyak mempengaruhi Sofie. Banyak butir2 bicara Sofie dibantu oleh tutur kata Hijaz. 


Harapan saya kepada Hijaz untuk waktu ini, biarlah Hijaz membesar sihat sejahtera. Supaya Hijaz mampu memberi peranan dalam perkembangan mental kakaknya, Sofie. Sebenarnya, dalam diam dan dalam kita tak perasan, Hijazlah yang menjadi guru kepada Sofie. Alhamdulillah..... Terima kasih ya Allah!


SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 BUAT ANAK UMMI, HIJAZ. 
SEMOGA MENJADI ANAK SOLEH YANG MEMBERI KEBAHAGIAAN BUAT ABI DAN UMMI.

Sekian buat waktu ini......

Thursday, July 21, 2011

Lambaian Haji Hijaz... kihkihkih!

Hijaz paling pantang sebut perkataan "mandi", cepat je dia akan tanggalkan seluar, dan cuba untuk menanggalkan baju juga, tetapi gagal..... Dan, bila dah selesai mandi, mulut akan sibuk bercakap, " ale...ale... " (minta tuala). Memandangkan hari tersebut, tuala Hijaz sedang dijemuran, umisofie capai je tuala besar..... 

Mari lihat akasi anak bongsu umisofie ni... :-)

 Ijaz baru lepas mandi.... nak naik haji pulak!

 Umi bucuk.... belom mandi. Ijaz dah mandi!

"Nyom.... nyom.... nyom...." minta diambil lagi gambarnya.

Sekian untuk kali ini.... Nak tayang gambar Hijaz jer... Esok2 cerita lain pulak!
Selamat berbahagia!

Tuesday, July 19, 2011

Melayan karenah mereka sehingga habis bateri!

Assalamualaikum......
Boring sikit hari ni, tiada cerita nak dikongsikan.
Anak bongsu saya, Hijaz (setahun 9 bulan), pandai buat permintaan. Macam2 yang dimintanya.
Malam tadi, saya pegang kamera, ambil gambar kuih apam mentega gula hangus yang saya buat untuk berbuka puasa Maghribnya, tiba2 datang budak kecik itu.

Mulutnya terus bercakap. "nyom...nyom..." Faham apa dia minta?
Dia minta diambilkan gambarnya, dan tersenyum. Pantang nampak kamera, mesti akan cakap "nyom..nyom..." Aduhai... bilalah nak pandai bercakap dgn betul ni. Lucu dengar dia bercakap.


Tiba-tiba, anak sulong saya datang, mulut si bongsu terus bercakap, " abam, nyom..." 
Heheheh.... dia mengajak abangnya ikut serta dalam sessi fotografi yang tak semenggah itu.


Bila saya kata, " dah ye dik, bateri dah habis." Dia jawab, "nyom... nyom..." sambil merengek2, nak lagi bergambar..... Jadi saya layan je kehendaknya sementara bateri kamera belom habis. Dia nak bergambar bersama abangnya saja....


Tiba2, mulut comelnya bercakap lagi, "kakak... nyom." Ah! Sudah, dia mahu bergambar bersama kak chik pula. Kak chik Sofie pula ketika itu berada di depan bersama abi dan abang Amniy, melihat abinya mengajar abang Amniy mengaji.

 Sementara Amniy selesai mengaji, mereka bertiga sibuk nak nyom (istilah Hijaz utk bergambar).
Umi..... layan je la...... selagi belum habis bateri kamera, selagi belom ada tanda merah pada kamera.

Selepas Amniy mengaji...... wah... semua sibuk. Abi tak nak ikut serta. Sebab tahu, nanti umi tayang kat blog! Nanti abi lagi glemer dari anak2, jadi, kasi can la kat anak2.... Hehehhe....

Sekian untuk paparan kali ini...... Adios!
p/s: sebeno eh, nak tayang gambar ber'watermark' ai tu..... kihkihkih!!!!!!!!! 
perasan cantik pulak gambar2 ai tu... :-P

Tuesday, June 28, 2011

Hijaz layan I Believe

Susah nak update blog sekarang. Hijaz suka duduk sekali dengan saya bila saya online. Tak nak dah main2 dengan kak chik. Kalau kak chik tido, lagi la dia boring, umi jugalah menjadi mangsa permainan dia. :-)

Hijaz makin bijak, maklumlah, dah makin besar anak umi tu. Geram je tengok gelagat dia.... Pandai mengadu dah sekarang. Kalau Sofie buat sesuatu tak betul, cepat2 je cari saya nak mengadu. Selalunya, bab tumpahkan susu la.... Hijaz akan cari saya, dan kata, " mmmiii.....kakak mmpah" (nak mengadu yang si kak chiknya tumpahkan susu). Kalau saya datang kepada Sofie dan saya tanya dengan Hijaz, "adik, sapa tumpahkan susu ni?" Dengan cepat dia jawab, "kakak." Amat jelas sebutan. Dia tak sebut 'atak' atau 'tatak'. Jelas sekali sebutan 'kakak'. Tapi perkataan tu je la yang jelas pun, yang lain masih gaya pelat bulat 1 tahun 9 bulan.

Satu lagi, kalau dok depan komputer, mulut bukan main pandai menyebut, "ala lillah".... Hahahhaha, boleh teka apa yang dia minta? Hijaz sebenarnya nak dengar lagu Alhamdulillah, pakcik Maher punya lagu tu. Sekarang ada pulak lagu baru, asik ulang2 mendengarnya. Meh la layan gaya Hijaz melihat youtube lagu I Believe.

 Tengok youtube I Believe kat blog umi

 Suka dia tengok muka pakcik Maher tu... hahaha

 Meh zoom sikit, khusyuk ke tak khusyuk dia menghayati lagu....

Akhirnya, terkeluar gaya..... tak tahan dah tu. Nak juga bergaya!!!

Ok, tu je la dulu. Tak boleh nak BW sekarang.... Hijaz dah buat hal nak tengok lagi youtube tu! Nanti ada masa saya BW! Daaaa............

Wednesday, June 15, 2011

Janganlah ada sifat buli dalam dirinya

Ya Allah... hari ni saya geram betul dengan Sofie. Dia suka betul membuat adik Ijaz menangis, kadang tu, saja je dia. Bila adik dah nangis, macam puas hati pulak.... Saya ni kadang2 marah jugak la, biar dia tahu apa yang dia buat salah. Kalau dibiarkan dia tak tahu pulak benda tu salah. Ni salah satu terapi perangai jugak ni.

Sofie bijak sekarang, kalau nak buat sesuatu yang saya tak bagi, dia akan pandang saya dulu. Kalau saya buat muka garang, nanti Sofie senyum2 je.... tak jadi buat. Tapi, kalau saya tak perasan, dia terus je buat. Selalu yang menjadi mangsa, adik Ijaz. Saya selalu berdoa, semoga Allah lembutkan hati Sofie, janganlah jadikan Sofie anak yang ada sifat pembuli.

Saya banyak belajar sikap anak-anak SD ni, selain bersikap ceria, mereka juga gemar membuatkan ibubapa meraka naik angin. Memang ye pun! Hilang sabar juga saya dibuatnya. Saya cuba buat2 gembira kalau apa yang Sofie buat tu membuatkan saya marah. Tapi, kalau tak kena gaya, memang saya marah juga la si Sofie tu. 

Sangat terharu bila saya marah, dia tahu, dan akan buat muka mencebik bibir. Alahai... masa tu, sangat kesian. Dan Sofie akan depakan tangan minta saya peluk dia. Terharu sungguh! Kalau saya marah, saya akan peluk dia semula, supaya Sofie tahu, saya marah dan saya sayangkan dia. Sambil peluk tu, cakap la dengan Sofie, "Lain kali Sofie jangan buat macam tu lagi ye." Sofia angguk-angguk je, tak tahu la angguk faham ke tidak.


Selama ni asik dok tayang gambar masakan, kan? Meh layan gambar Sofie dok buli si Hijaz.... :-)

 Sofie sebenarnya rapat sangat dengan Hijaz, sampai selalu buat Hijaz menangis... hehehe.

 Kadang2 rasa terhibur, sebab kadang2 apa yang Sofie buat tu membuatkan Hijaz ketawa.

Sekali lagi, Hijaz semakin rimas dengan pelukan Sofie....

Saya amat berharap, Sofie seperti kanak-kanak seusianya. Tapi, apakan daya.... dia anak istimewa kurniaan Allah paling berharga buat kami. Satu2nya puteri hati kami sekeluarga. Sehinggakan saya risau, kalau mengandung lagi, dapat anak perempuan, takut saya mengabaikan Sofie pula. Moga2 itu tidak berlaku....

Friday, June 10, 2011

Rajin la anak umi ni. Sayangnya ngan korang!

Gini la hari2... nak kemas rumah, nak jemur kain, nak basuh pinggan... ada pembantu.

Hari ni, sekali lagi ada pembantu.
Pembantu yang meringankan tugas uminya. Hohohoho....
Kadang2 pembantu2 saya ni, menguji kesabaran uminya.
Tapi, selalunya mereka menghiburkan hati tau!
Meh tengok hari ni mereka tolong saya buat apa...
:
:
:
:
 Sofie menolong umi mem'vakum' rumah...

 Sofie kata, "Tu tu, bi tu.. bi tu...ketekuk!" 
Maknanya, " umi, ada sampah besar. Tak boleh masuk vakum."
Hahahahahaha.... Bahasa Sofie memang istimewa ok!

 Eh, tiba-tiba je ada sorang lagi budak tak berbaju nak menolong. Heheheheh
Sibuk sungguh dia!

Sungguh-sungguhkan dia, siap nak cari sampah bawah sofa. 
Nozzle yang Hijaz guna tu tak sambung pun kat vakum....
Buat tipu-tipu jer.... :-D

Wednesday, June 08, 2011

Di mana dia?

Meh nak cerita sikit....cerita pagi tadi juga.

Pagi tadi saya kehilangan anak.
Huhuhuuhu..... jenuh mencari budak kecik tu. Mana la dia?
Sofie ada bersama saya di tingkat bawah
Biasanya, di mana ada Sofie, di situ ada budak kecik ni.
Tapi, saya mencari2 sampai ke dapur...... dia tiada.
Rupa2nya dia sedang leka bersama abang2nya di tingkat atas.....
Lega hati seorang umi! :-) :-)

Saya naik tingkat atas, tengok dia buat apa.
Tu dia....... dia sedang menyaksikan abang Ikhwan bermain game Mario Forever rupanya.
Tu la dianya abang Ikhwan, cuti sekolah, main game yer.....

Dia terlalu leka sehingga saya terpaksa mengambil kamera untuk snap gambarnya.
Sangat leka.... kalau tak, pantang nampak kamera.
Hehehehe... lain kali, ibu2 jangan terlampau leka dgn kerja2 rumah yer.
Pastikan betul2 di mana anak2 anda berada
Sekian cerita pagi tadi untuk petang ini.
Daaaaaaaaa..........

Anak-anak dan Lagu "Ummiku Sayang"

Assalamualaikum.... Hilang idea sungguh sejak akhir2 ni
Tapi, ni nak cerita hal anak2 saya.
Sepanjang pagi ke tengahari, PC dikonker ( tak reti eja la...) oleh mereka.
Mereka semua, 4 orang, amat gemarkan lagu Ummiku Sayang.
Jadi, asyik sangat mereka berempat melaya youtube Ummiku Sayang tu....
Uuuuiiihhhh, memang langsung tak beri kesempatan umi nak online.

Tengok tu, asyik tak mereka?.
Ikhwan siap bergendang belakang badan Amniy.
Amniy pulak sangat leka dan khusyuk menghayati bait2 lagu.
Sofie terpegun duduk dengan soleh sekali di kerusi sambil menghayati lagu itu.
Hijaz pulak langsung tak mahu duduk, sebab seronok menyanyikan lagu itu.


Meh dengar sekejap lagu kegemaran anak2 saya tu.
Bagus dengar lagu2 sebegini buat anak, dapat didik jiwa mereka.
Ini tak, asyik sole sole!

Thursday, June 02, 2011

Penulis Cilik - Si Hijaz -

Salam semua....

Sempena cuti sekolah ni, saya nak balik kampung beberapa hari.
Saya rasa blog saya ni makin kurang pengunjung... huhuhu. Sian saya! 
Tu la, empunya blog pun makin 'malas' nak berBW. Tu yang makin sikit pengunjung tu....
Tak kisah la, saya tak peduli pun.... yang penting, saya nak jugak update cerita...

Sebelum balik kampung esok hari, saya nak share sikit gambar anak bongsu saya.
Dia punyai hobi baru sekarang....
Meh la tengok.
:
:
:

 Gaya si penulis cilik.....

 Saya tertanya2, apa la yang difikirkan dek budak kecik ni yer?

Berpindah berdiri di tepi sofa pula
 Memang dia nampak terlalu tekun, sehinggakan saya pegang kamera dia tak peduli langsung.
Kalau tak......

 Rasa seronok sangat bila tengok Hijaz sekarang amat berminat pada buku dan pensil
Mungkin sebab terpengaruh dengan abang2 dan kak chiknya....

Ini, dia baru perasan yang uminya tengah snap gambar dia... 
Hahahaha..... saya terus tergelak besar tengok expresi muka si comel saya tu

Ini hobi baru Hijaz.... Sangat suka pada buku dan pensil
Kalau nampak abang2 dan kak chiknya pegang pensil, pasti dia juga mahu sama.
Saya sediakan Hijaz buku tulis, khas buat dia.... 
Kalau tak, buku tulis sekolah abang Ikjwan akan jadi mangsa....
Bila dah terlampau suka menulis, di mana2 sahaja tempat dia akan menulis.

Buat mural di dinding rumah. Habis dinding rumah dikerjakan dek Hijaz.

Inilah akibatnya bila tak sediakan buku untuk Hijaz.
Kalau kata, "Adik, jangan conteng dinding."
Dia senyum je, menampakkan barisan gigi yg comel tu.
Geram saya dibuatnya.....

OK.... kalau saya menyepi dalam beberapa hari, bermakna saya tak dan nak online kat kampung.
Kat kampung ada wifi, cuma ikut sempat tak sempat je la.....
Kalau sempat, saya online la....
Jumpa korang lagi!

Monday, May 30, 2011

Cerita Sofie lagi yer! Sikit je...

Saya kehilangan idea apa cerita yang mahu saya kongsikan di sini.
Lama juga saya tak bercerita hal Sofie.
Sofie sekarang, amat bijak. Kadang tu, tak terlayan dibuatnya. 
Sofie ada perangai sendiri, Hijaz ada perangai sendiri. Kalau di gabung kedua2nya, aduhai!
Memang terhibur la.... walau pun kekadang rasa...... sebel! Huh!

Sofie amat rajin mengikut saya dan suami solat. 
Kalau abangnya mahu solat juga, dia sibuk akan mencari tudung dan sejadah kecilnya.
Hahahah... lucu sebenarnya. Tapi, itulah antara sikap Sofie yang mencuit hati kami semua.
Tengok Pic bawah tu:
:
:
:

Khusyu` bersujud pada Ilahi. :-D
Dia sangat khusyuk mengalahkan uminya. Hahahah
Hijaz juga begitu. Tapi itu budak amat susah mahu di ambil gambarnya.
Nampak je umi pegang kamera, terus berhenti solat,
dan berlari menuju ke arah umi.... huhuhu.
Nak amik gambar Hijaz solat, kena tunggu dulu.
Tunggu waktu dan saat yang betul2 sesuai.

Penawar hati kala duka
Cukup dulu untuk kali ini.
Saya sambung cerita pada entry lain....
Daaaaa........

Thursday, May 19, 2011

Perangai Anak Bongsu Saya

Hari ni ada mood nak update, kasi penuh entry....
Hahahaha.... syok! Entry syok sendiri!
Tapi, maleh nak bebel panjang2.
Just, nak tunjuk kat umum perangai anak bongsu saya.....
:
:
:
:
:
Pantang tengok bakul kuning tu kosong....
Pasti dikurungkan dirinya sendiri.... :-)
Wah.... siap landing2 atas musical drum tu yer...
Baaaa chaaaak! Ijaz, umi buka ye?
Akhirnya, tunjuk muka comel tu yer. (ooopppsss.... cumelkah dia?)
Ibu mana yang tak kata anaknya comel,kan... walaupun orang tengok anak kita biasa je.
Tak de pun comel mana...... Bagi umi, Ijaz sgt comel ok! :-D
Masa Ijaz main drum dengan bakul ni kak chik tengah tido... cuba kak chik ada, pasti berebut. Riuh satu rumah. Dah rupa rumah asuhan kanak-kanak. Kihkihkih..

Ok, jumpa lagi nanti ye. 
Sofie ada appointment petang ni, biasa la.... HSB nun!
Appointment dengan Pn. Anida, Speech Therapy.
Nanti saya updatekan cerita speech therapy Sofie dengan Pn. Anida.
See u all!

Tuesday, December 07, 2010

Mereka begitu rapat

Salam Ma`al Hijrah buat semua.
Saya tidak sempat untuk membuat entry khas berkaitan hari istimewa ini, kesibukan melanda saya.... Sekarang, masa sedikit free. Kejap je ni....saja nak konsi cerita tentang perangai dua anak kecil saya yang amat akrab. Mereka memang rapat, di mana ada Sofie, di situ ada Hijaz. Lama juga saya tak cerita hal Hijaz,kan? 

Hijaz sekarang sudah berusia setahun 2 bulan, dah makin panjang akal, berjalan dah peringkat Master kanak-kanak. Hahahah...lucu ok tengok dia berjalan dan berlari. Amat cute dengan gaya terkedek2nya! Sofie pun sekarang amat positif perkembangannya, saya tak putus asa melatih Sofie utk berjalan dan terus berjalan. Sofie pun anak yang tak kenal erti putus asa.... Nanti la, saya buat entry khas tentang perkembangan Sofie ini.

Dah lama tak tepek gambar anak2 kecil saya ini,kan? Saya mahu anda semua lihat, betapa rapatnya mereka, betapa akrabnya mereka. Mereka bermain bersama dan bergaduh sayang bersama. :-)


Didalam kereta, sementara menunggu abi...... berebut tempat nak ke tempat pemandu. Bila Hijaz dapat memegang hanphone abi, kak chik juga akan mengendeng bersama. Hehehe.... sangat comel gaya mereka, seakan2 orang dewasa pulak. Kunun2, berlagak lak nak gunakan screen touch hp abi tu....

Ntah apa yang mereka bualkan berdua, sebenarnya mereka amat leka bermain signal dan meter kereta. Comel je gaya mereka dari belakang,kan?

Di rumah, jangan kata la...memang sangat2 rapat. Bermain bersama, di mana sahaja, di ruang tamu, di tangga, di dapur, selalu mereka bersama. Paling gembira bila melihat mereka bersama2 kunun2nya membaca buku. Hehhehe,... bijak anak umi ni. Jangan kecik2 je rajin tau! Dah besar nanti kena rajin jugak yer, rajin tuntut ilmu!.

Kak chik sedang mengajar Adik Ijaz, "ini ostrich ye dik".

Hai semua.... (kak chik over la....)

Nota umisofie: Semoga kamu membesar bagai johan yer...hehe. Umi amat2 bosan petang ini, sunyi amat rumah kita hari ini, Abang Ikhwan dan Abang Amniy berada di kampung, korang berdua sedang tidur, abi pula kurang sihat, sakit kaki dan demam sedikit. Semoga abi cepat sembuh! Umi meng'update' cerita korang dalam keadaan yg amat sunyi....
Yang pasti umi kamu ini amat gemar melepak di Ratuhati.com...sambil berforum dengan kawan2 maya umi.....

Ok, saya sekarang tengah cari mood semula untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi.....Huhuhuu. Terima kasih atas kunjungan anda semua!