Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Wednesday, October 02, 2013

Selamat hari lahir, Hijaz! 4 tahun dah dia!!!!!!!

Bismillah.... Assalamualaikum.
Sekali kesibukan melanda menyebabakan niat saya untuk aktif berblog hangat2 tahi ayam. Huhuhuu..... Sabar je la tau!.

Sudah malam..... dari pagi tadi cuba cari masa untuk update tentang anak saya. Jadinya, sebelum jam 12 malam, sebelum melangkah ke hari esok, saya cuba juga luangkan masa untuk update. 

Hari ini 2 Oktober, hari lahir anak ke-4 saya, Hijaz Muhammad. Ingat lagi tak Hijaz? Heheheh..... Tak sangka, boy umi itu sudah 4 tahun. Tahun depan boleh sekolah.


Mmmmmm, punya la sibuk si umi. Gambar hanya download dari FB je. Malas umi nak cari gambar2 lain untuk dipaparkan disini. By the way Hijaz,  umi dan abi sentiasa akan mendoakan Hijaz menjadi anak soleh wa musleh ok! Anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul, juga menjadi abang yang penyayang buat adik Amal (setakat ni adik Hijaz cuma Amal :-)) dan menjadi adik yang baik pada abang2 dan kakak Sofie. Umi juga berharap, Hijaz akan menjadi cucu yang soleh buat atok, nenek, tok abi dan tok umi, ok! Kiranya, Hijaz ni insya Allah la, akan menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat, amin! Sayang Hijaz, sayang sangat2. Muah! Muah!

Ok, sempena hari lahir Hijaz ini, umi belanja keluarga makan. Makan di rumah saje. Abi belikan ok. Vavavava..... Tengok apa yang abi Hijaz ni beli. Pizza Domino kaw! Mmmmm, sedapnya. Habis diet umi malam ni. Huwaaaaa....!!!!!!!!!!!!!


Abi Hijaz beli yang extra large ni 2 kotak. Mak aihhhhh.... Besau amat! Apa lagi, kongsikan kegembiraan Hijaz dengan jiran kiri kanan. Jiran kiri kanan tu la kawan2 Hijaz sekarang. Akan datang kalau dah sekolah, sambut kat sekolah pulak dengan kawan2, insya Allah!


Kami sekeluarga makan pizza ni sampai kenyang. Alhamdulillah.... Hasil umi jual kek, dapat belanja Hijaz dan adik beradik makan. Abi tu boleh je nak belanja. Bila2 je boleh. Tapi, kali ni.... khas untuk Hijaz Muhammad, umi yang belanja. Hahahaha (gelak berlagak! Astaghfirullah!)

Ok, sekian dulu! Daaaa......
*******************************************************************************
Alamakkkkkk...... Lupa nak tambah! Sebenarnya kan Hijaz minta kek hari jadi. Huhuhu..... Sian dia. Umi dia buat kek untuk orang, tapi hari lahir anak sendiri umi tak buat pun kek. Teruk kan umi Hijaz ni. Tapi..... sebab Hijaz yang minta, umi buatkan juga la keknya. Buat kek coklat lempap je pun, kebetulan ada orang tempah kek coklat, umi lebihkan sikit bancuhan untuk buatkan Hijaz kek yang comel.

Ingatkan kek tu umi nak buat triffle. Tapi bila cek barang tak cukup, umi malas nak keluar, umi teruskan je la tepek cream cheese frosting pada kek coklat tu. Jadilah ia Cream cheese chocolate cake. Tah hapa2 namanya, kan?


Nampak tak, punya pemalasnya si umi Hijaz, upload pic dari Instagram je. Dekorasi kek Hijaz simple je pun. Cuma belah 2 keknya, sapu cream cheese frosting. Coating dengan cream cheese, tepek coklat rice ditepi, dan picit rambu ramba ala2 mee segera atas kek. Hahaha. Dan tulis HIJAZ 4 YEARS. That`s all, simple but nice, right? Ahak. Perasan!!!!!
 HAPPY BIRTHDAY HIJAZ SAYANG!
Ok, daaaa...... Jumpa lagi!

Sunday, January 13, 2013

Alhamdulillah..... 32 tahun!


Assalamualaikum.......
Sebenarnya, keterlewatan membuat entry.
Semalam hari lahir saya, 12 Januari..... Tapi, hari ini sudah pun 13 Januari.
Sibuk sangat sampai tak sempat nak buat entry sempena birthday sendiri.

Usia...... alahai, semakin pendek umur manusia ni sebenarnya.
Amalan untuk dibawa ke sana, masih belum cukup. Allahu akbar!!!!!

Tiada harapan setinggi gunung.....
Sekadar berharap hidup saya sentiasa dalam lindungan Allah Taala.
Diberi kesihatan yang baik supaya saya mampu menjaga amanah2 Allah pada saya.
Semoga dengan bertambahnya usia, maka bertambah juga keimanan dan ketaqwaan saya pada Allah, In Sha Allah.......

Oh Allah..... Terima kasih atas segala kurniaan-Mu pada hamba-Mu ini.
Jadikan aku hamba-Mu yang bertaqwa.
Jadikan aku isteri yang solehah, yang sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan.
Jadikan aku ibu yang penyayang dan sabar dalam mendidik anak2ku..... Semoga aku mampu mendidik amanah2-Mu mengikut landasan syariat-Mu.

Terima kasih buat ummi kerana melahirkan saya 32 tahun lepas.
Ya Allah...... rahmatilah ummi dan abi, berikan balasan yang baik buat mereka kerana tanpa mereka, aku bukanlah aku yang sekarang.

Wednesday, December 12, 2012

5 tahun sudah si Sofie

Banyak cerita tergendala.... cuti sekolah, bagai cuti online buat saya. Kesuntukan masa untuk berjimba2 depan PC, berfacebook, berblog walking, berforum... semuanya bagai angin lalu saja. Curi2 masa je ni untuk update.

Beberapa hari lepas hari lahir Sofie sebenarnya. 10 Disember..... Sofie cukup berusia 5 tahun. Terima kasih Allah, masih beri kesempatan Sofie terus bersama kami, Alhamdulillah......
Semoga Sofie terus sihat dan ceria... bijak terus untuk ke sekolah.


Tiada harapan setinggi gunung buat Sofie. 
Cukuplah sekadar Sofie diberi kesihatan yang cukup baik.
Sofie kakak yang penyayang.... 
Sebenarnya, pada hari berkenaan sempat la buat makan2 sikit dengan sepupu2 Sofie bersama atuk dan nenek, Alhamdulillah-....
Tiada party besday besar2..... cukup sekadar bacaan doa selamat dari si Atuk.
Semoga Sofie terus membesar dengan sihat, Amin.....

Tuesday, October 02, 2012

3 tahun - Hijaz Muhammad!

Salam penuh rasa syukur....
Alhamdulillah, hari ini, 2 Oktober.... merupakan hari ulangtahun kelahiran Hijaz yang ke-3.
Selamat hari ulang tahun ye anak ummi :-)


Hijaz anak yang cerdik, anak yang baik, anak yang tidak pernah susahkan ummi dan abi
Hijaz banyak membantu saat kak Sofie perlukan ummi dan abi
Hijaz tak banyak ragam..... Saat kak Sofie menjalani pembedahan jantung di IJN 2 tahun lepas, Hijaz banyak membantu ummi.
Saat kak Sofie perlu menjalani segala macam terapi, Hijaz tetap terus membantu.... demi melihat kak Sofie terus sihat.

Saat ummi melahirkan baby Amal pun.... Hijaz tak banyak ragam, seolah2 Hijaz mengerti dia seorang abang sekarang. Terima kasih, sayang!
Maafkan ummi kalau2 ummi tak mampu menjadi ummi yang terbaik buat Hijaz, tapi ummi cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

Hijaz sayang, ummi sentiasa doakan Hijaz diberi perlindungan oleh Allah Taala
Ummi berharap Hijaz sentiasa diberi kesihatan yang baik
Ummi berharap Hijaz menjadi anak soleh buat ummi dan abi
Ummi berharap Hijaz mampu menjadi abang yang soleh buat adik Amal, juga menjadi adik yang soleh buat abang Iwan dan abang Amniy serta kak Sofie.......
Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu, sayang.... sentiasa berada dalam keberkatan Allah Taala.

Kami semua sayang kamu!!!!!!

HAPPY BIRTHDAY HIJAZ MUHAMMAD - 3 YEARS OLD!


Friday, February 24, 2012

Happy Belated Birthday.... 6 Years! ~Amniy Mahfuz~

Oh, sekali lagi saya lambat update berita, tentang hari lahir anak saya yang ke-2.

Kesian.... Sorry la, Amniy. Ummi terlampau sibuk.

Sebenarnya, 21.2.2012 yang lepas merupakan hari ulangtahun kelahiran Amniy yang ke-6.
Tiada sambutan seperti anak orang lain, yang sambut dengan parti2, ada belon2, ada makan2.
Ummi bukan kedekut... cuma save bajet ok!... hihihihi. (abi belum gaji waktu tu)
Cumanya, ummi buat la juga sebijik kek cokelat kegemaran budak2 untuk dibawa ke sekolah Amniy.
Oh, Amniy sangat gembira dapat menyambut hari kelahirannya bersama cikgu dan rakan2 kelas. 

Apapun, ummi dan abi sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan hidup buat Amniy Mahfuz.
Semoga Amniy menjadi anak yang soleh, menjadi penyeri hati ummi dan abi di dunia dan di akhirat.
Dan semoga Amniy menjadi adik yang soleh buat abang Ikhwan, juga abang yang soleh buat kak chik Sofie dan adik Hijaz.... juga, buat adik yang bakal lahir tak lama lagi. :-)
Tiada apa yang menggembirakan hati ummi dan abi selain melihat Amniy rajin solat, rajin mengaji dan taat kata ummi dan abi di saat ini.

Sebelum sambutan hari lahir Amniy di sekolah, Isnin lepas, Amniy dijangkiti penyakit gegata.
Muka dan badan dah rupa dinosour.... Sian, asyik menggaru je. Terpaksa bawa jumpa doktor untuk ambil ubat, dan tak daya dah nak tengok dia asyik menggaru.... Menjerit sakan bila ummi dan abi siram dengan air suam bergaram.... Sehari jumpa doktor, makan ubat, Alhamdulillah, keesokan harinya Amniy sembuh dan boleh ke sekolah seperti biasa....

 Keadaan Amniy semasa gegata menguasai badan dan muka.... Tunjuk muka je la.

Kek coklat yang ummi buatkan untuk Amniy bawa ke sekolah. 
Oh.... buat kek ni dalam keadaan kelam kabut. Tulisan pun jadi herot merot, coklat putih tu sgt cair sehingga menyebabkan tulisan jadi agak kembang.
Mujur la buat untuk Amniy, kalau untuk orang tempah..... malunya! 

Happy Belated Birthday To Amniy Mahfuz....

Saturday, December 10, 2011

4 Tahun Sudah! ~ Happy Birthday To Sofie ~

Salam penuh kasih sayang buat semua

Sungguh saya sedikit kecewa kerana gagal mencari masa untuk update blog ini
Maafkan saya......!!!!!!!!

Hari ini 10 Disember 2011, genap usia Sofie 4 tahun
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Sofie masih bersama kami mengharungi liku-liku hidup bersama
Satu-satunya puteri hati buat masa ini :-)

Kehidupan penuh ranjau bersamanya memberikan inspirasi buat semua
Kehadirannya dalam hidup kami membawa sinar baru dalam hati kami

Sofie.... 8 bulan

Sofie 10 bulan

2 tahun 

2 tahun 2 bulan

Selepas berjaya melepasi fasa penting dalam hidup Sofie.... 
di PICU IJN, 2 tahun 4 bulan
Kisahnya DISINI

Ceria selepas pembedahan...... Lagi gambar DISINI

Sofie hari ini..... 4 tahun!

Indahnya kehidupan bersama puteri nan seorang ini
Terasa kehilangan andai berjauhan walau seketika

Terima kasih Allah.... anugerah istimewa ini tidak ternilai buat kami
Syukur pada-Mu ya Allah..... kerana Kau beri kekuatan dan kesabaran pada kami untuk memelihara puteri kami ini dengan penuh rasa insaf dan kekerdilan diri
Terima kasih Allah...... teruskanlah beri kegembiraan buat anak ini
Terima kasih Allah..... Atas rahmat kasih sayang-Mu yang melimpah ruah buat anak ini dan kami
Kuatkan hatinya untuk terus mengharungi liku-liku hidup yang penuh duri
Berikan sinar dalam hidupnya, Ya Allah!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK UMMI, SOFIE MARIAH
4 TAHUN SUDAH YE!

Sunday, October 02, 2011

2 tahun berlalu.... Hijaz semakin matang.

Assalamualaikum.....
Sudah malam baru berkesempatan mencatatkan satu entry khas untuk anak bongsu (setakat ini :-)) saya.
Hari ini, 2 Oktober 2011, genap usia Hijaz 2 tahun...Cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik, sudah 2 tahun anak kecil itu. Anak yang sentiasa kuat dan tabah..... Belajar dari dalam kandungan tentang kehidupan yang penuh berliku....Bila mengenangkan saat2 mengandungkan Hijaz, hati memang sangat pilu dan terharu.Saya pernah bercerita tentang saat melahirkan Hijaz setahun yang lepas. 
Rupa2nya, hari ini sudah 2 tahun.......


Usia Hijaz 2 tahun banyak mematangkan dirinya sendiri, juga membantu mematangkan Sofie.Ada hikmahnya kenapa Allah anugerahkan Hijaz buat kami. Dahulu, saya menyangkakan Sofielah anak bongsu kami, cukup2lah dengan Sofie sebagai anak istimewa kami. Risau saya andai dikurniakan anak selepas Sofie, kasih sayang kami pada Sofie akan berkurang.  Rupa-rupanya, Allah telah mengatur perjalanan hidup kami. Allah kurniakan Hijaz sebagai jalan untuk kami mematangkan Sofie.....

Alhamdulillah, adanya Hijaz bersama kami, banyak sangat memberi kerjasama dengan perkembangan sosial Sofie. Sofie banyak mengikut apa yang Hijaz buat, jadi, peranan kita memberi bimbingan terbaik amat perlu. Setakat ini, Alhamdulillah, pertuturan Hijaz banyak mempengaruhi Sofie. Banyak butir2 bicara Sofie dibantu oleh tutur kata Hijaz. 


Harapan saya kepada Hijaz untuk waktu ini, biarlah Hijaz membesar sihat sejahtera. Supaya Hijaz mampu memberi peranan dalam perkembangan mental kakaknya, Sofie. Sebenarnya, dalam diam dan dalam kita tak perasan, Hijazlah yang menjadi guru kepada Sofie. Alhamdulillah..... Terima kasih ya Allah!


SELAMAT ULANGTAHUN KE-2 BUAT ANAK UMMI, HIJAZ. 
SEMOGA MENJADI ANAK SOLEH YANG MEMBERI KEBAHAGIAAN BUAT ABI DAN UMMI.

Sekian buat waktu ini......

Wednesday, May 18, 2011

Besday abi, umi belanja!

Sebenarnya, entry ni patut di buat pada 16 Mei lalu. Tapi, memandangkan mood hari itu ialah mood hari guru, jadi, entry ini terpaksa buat hari ini. Lagi pun entry ini dituju khas buat suami tercinta, Encik Subky bin Ramli, kerana pada 16 Mei lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-33. Selamat hari lahir, dearest darling!

Memandangkan pada 16 Mei lalu, cik abang saya ni demam teruk dan kaki pun sakit, maka tiadalah acara meraikan hari lahirnya. Huhuhu..... sian.... mood tiada sungguh! Tapi, esok harinya, memandangkan ianya jatuh pada hari cuti, hari wesak, saya telah keluar makan2 bersama suami dan anak2, sempena hari kelahiran cik suami. Kali ini umi yang belanja korang semua.....

Anak2 sangat teruja untuk makan kehepsi.... huhuhu. Itu pilihan mereka. Dah lama benar mereka tidak makan kehepsi. Kunun2nya, boikot la, tapi...... hehehe. Maka, kami memilih untuk ke Tesco, Rawang. Makan kehepsi kat situ. Paling gembira tentu saja anak2. Orang yang diraikan, biasa jer.... maklumlah, mood demam dan sakit kaki.

Umi dan Sofie
Jelingan si bongsu.... aduh!
Dia yang diraikan
I luv u, u luv me... hehehe
 Lepas makan kehepsi, anak2 ni teringin amat nak bermain2 di Jungle-jungle nun.... alahai, tempat budak2 main game, masuk token tu. Habis jugak la sepoloh hengget. Adeh! kalau macam ni selalu, bankrupt la umi nak oi! Tapi, layan jugak la... sesekali, apa salahnya.

Yang excited main..... jeng, jeng, jeng.... abi ler.
Sofie bersungguh2
Tepi ar, adik nak bawa kete ni....
Ok, tak mo la tepek gambo banyak2, kang ada yang muntah ijow tengok gambar2 umisofie ni. Hehhehehe.... Saje la nak cerita kegembiraan anak2 umisofie sempena hari kelahiran abi mereka. Well, Selamat Hari Ulangtahun buat suami terchenta..... I luv u!

Friday, December 10, 2010

~HAPPY BIRTHDAY, SOFIE~

Mengimbau kembali saat 3 tahun lepas, terasa betapa peritnya kehidupan. Setiap insan pasti akan diuji, tanda kasih sayang Allah pada kita. Kelahiran sang puteri membawa satu rahmat dalam kehidupan kami. Walaupun sering keluar masuk wad hospital akibat kesakitan yang ditanggung, hati makin kuat melawan ujian ini. Ini semua mengajar kami erti hidup yang sebenar.

Sofie ketika 8 bulan

Rumah kedua kami ialah hospital.... hospital, hospital dan hospital. Sehinggakan kami merasakan, bila sengsara ini akan berakhir. Rasa terseksa melihat si puteri berada di hospital, di'kerja'kan dek doktor2 dan nurse. Wad 8C HSB, tempat yang sering kami kunjungi. Keseluruhan staff kenal akan puteri ini. Faham2 saja la bila anak masuk wad, mencari line, masuk antibiotik, drip lagi.....Allahu Akbar!!! Terasa seksa melihatnya.

Kenangan berlalu....

Akhirnya, pada 31 Mac 2010, hari yang kami tunggu-tunggukan...setelah puteri ini berusia 2 tahun 3 bulan, akhirnya diputuskan juga dia menjalani pembedahan paling besar dalam hidupnya. Semua maklum keadaan puteri ini sejak lahir, masalah jantung berlubang (AVDS with Pulmonary Hipertension) yang agak serius, menyebabkan dia sering keluar masuk wad. Syukur pada Allah pembedahan ini berjaya. Saat ini merasakan betapa kasih sayang Allah melimpah ruah buat hambaNya. Allah sering mudahkan jalan hidup kami, walaupun kami merasakan betapa sukarnya menghadapinya. Minta hanya denganNya. Dia tidak pernah melupakan kita, andai kita terus rapat denganNya.

Kenangan di PICU, IJN.

Tinggal kenangan semua kisah penderitaan, tinggal kenangan semua kesakitan.... harapan hanya satu, moga2 puteri ini terus sihat berpanjangan. Tiada harapan setinggi gunung pada puteri nan seorang, hanya mahu melihat dia sihat dan sihat selalu. Tipu kalau saya tidak meletakkan harapan begitu tinggi. Saya juga seperti ibu2 lain diluar sana, mahu melihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Namun, segalanya membataskan harapan itu..... jadi, saya cuma boleh berharap agar puteri saya ini mampu melepaskan diri dia sendiri sahaja. Biarlah dia berjaya mendapat syurga Allah kelak...amin.

Sofie hari ini terus ceria dan menghiburkan

Akhirul kalam, Selamat Hari Lahir buat puteri nan seorang.... Hari ini 10 Disember 2010, Sofie genap 3 tahun. Semoga Sofie terus dalam rahmat dan peliharaan Allah Taala. 

Tak salah mengungkit kenangan lalu, supaya kita terus menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Syukur atas kurniaan Allah buat kami ini. Dia satu2nya puteri hati kami, dia berbangga dikelilingi abang-abang dan adik Hijaz. Sihat sentiasa ye, sayang!

Terima kasih atas doa kalian buat Sofie. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian......

p/s: tiada sambutan hari lahir yg meriah kerana 2 orang abang Sofie berada di kampung. Mungkin sambutan ditangguhkan.... sambut ikut bajet jer...hehehe.

Saturday, October 02, 2010

Setahun sudah rupanya

Saat ini jam 4.30 pagi.... Setahun yang lepas saya bertarung melahirkan anak ini. Masih segar dalam ingatan, saat melahirkan dia, saya telah pun berada di hospital kerana Sofie telah dimasukkan di wad 8C HSB kerana broncholitis yang ringan. Tapi, ntah kenapa doktor mahu Sofie admitted. Dan saya redha...itulah kesudahan cerita bagaimana saya dan suami selesaikan masalah Sofie dan dalam masa yang sama saya ingin melahirkan bayi.

Semuanya sudah tertulis. Allah memudahkan semua jalan kami. Sofie warded, 3 hari kemudian, saya bersalin. Nurse di wad 8C sibuk bertanyakan hal saya, sama ada saya merasa sakit atau belum. Dan pada 1 Oktober 2009, sedari pagi saya telah merasakan yang saya akan bersalin pada malam itu juga. Segera menelefon suami yang masih berada di sekolah, minta dia bersedia apa yang patut, demi menjaga Sofie yang masih berada di wad.

Jam 10 malam, selesai Solat Isya`, saya beritahu staff wad 8C yang saya merasa sakit amat kerap, dan ingin melahirkan. Sesudah bersalam dengan suami, saya disorong oleh seorang staff nurse. Zuraidah namanya. Saya ingat lagi...sambil sorong saya menggunakan wheel chair, sambil borak2, turun ke bawah menggunakan lif....terus sampai ke Dewan Bersalin. 

Jam10.30 malam, doktor check laluan, owh...masih 1 cm!!!! Sangat kecewa. Ada ke patut, dia suruh saya balik dulu. Katanya lambat lagi bersalin ni.... Saya nak balik ke mana? Suami saya pun berada di wad 8 bersama anak perempuan saya. Jadi, mereka tempatkan saya di bilik menunggu.....

Jam 12 tengah malam, saya merasa sangat sakit, dah terus berjumpa nurse bertugas. Diperiksa laluan.... sudah 3cm bukaan. Di suruh saya baring di katil menunggu...sakit, semakin kerap. Nurse masih kata, lambat lagi. Saya naik geram juga.... tapi, mulut sangat laju mengucap dan berzikir sambil menahan rasa sakit. Ini anak ke4 ok! Bukan anak pertama. Saya sangat yakin yang saya akan bersalin malam itu juga. Sambil menahan sakit, saya juga tertidur sekejap. Sempat lagi tu....dah ngantuk sangat. Tiba2 sakit lagi..... tahan lagi, sakit makin kuat dan...saya menjerit minta tolong.

Saya lihat jam di dinding, sudah jam 4 pagi. Nurse check laluan, terdengar dia menjerit, "Patient ni dah buka 7cm!!!" Terus mereka sorong saya ke LR. Masa tu saya merasakan saya sudah mahu meneran. Terdengar nurse kata,"sabar dik! jangan teran dulu. Kita pindah katil sana..." Mana tahan weh.... Dah nak keluar ni.

Tapi, sempat juga berpindah katil. Bidan tanya, "suami puan mana?" saya jawab, "suami saya di 8C, jaga anak permpuan saya." Saya dengar dia kata, "Ya Allah...kesiannya. Sabar ye....Istighfar banyak2....."  Sekali teran, dua kali teran....maka, selamatlah saya melahirkan bayi lelaki itu, pada jam 4.20 pagi, berat bayi 3.0kg. 

Tersenyum saya saat mereka meletakkan bayi di dada saya. Hilang segala sakit yang saya tanggung saat saya berjaya memberikan susu pertama padanya. Hati berbunga saat melihat, betapa comelnya bayi itu di dada saya...... dialah, permata hati saya HIJAZ MUHAMMAD...

Wajah2 Hijaz saya... dari lahir.

Hari ini 2 Oktober 2010, genaplah dia setahun. Alhamdulillah.... dia masih bersama saya sekeluarga. Allah masih meminjamkan dia pada saya. Rasa sayang padanya. Walau banyak karenah, tapi sering beri kerjasama saat kakaknya, Sofie Mariah sakit. Sangat2 memahami keadaan.... Mungkin sebab sepanjang mengandungkan dia, sering keluar masuk wad, mengajar dia sesuatu....

Saya melihat setiap perkembangannya, dari mengiring, meniarap, merangkak. Dari merangkak perlahan sehingga laju. Saat dia berdiri sendiri, saya menjerit riang...saat dia mula bertatih, hati senang. Dan sekarang, masih dalam proses untuk belajar berjalan. Kadang2 jatuh, dan bangun semula. Jatuh lagi, bangun lagi... Jalanlah si kecil bulat ini dengan terkedek2.... Dia terus membesar dengan hasil susu uminya ini, tanpa solid food yang complete, tanpa formula milk. Alhamdulillah, dia sentiasa sihat......

Semoga membesar bagai johan ye anakku....menjadi insan soleh yang bisa membuatkan hati abi dan umi tenang dan gembira dengan kamu. Kamu permata hati abi dan umi...semua anak2 permata hati abi dan umi.

Hijaz terkini....bersama sepupu, Aisya Zinnirah.

SELAMAT HARI LAHIR, SETAHUN HIJAZ BERSAMA ABI DAN UMI..... SEMOGA SIHAT SENTIASA. YA ALLAH, PELIHARALAH ANAK INI. LINDUNGILAH DIA.....

Thursday, August 05, 2010

Hari Lahir Ikhwan

Hari ini, 5 Ogos, anak saya Ikhwan genap berusia 6 tahun. Alhamdulillah, Allah kurniakan nafas buatnya untuk dia terus berbakti di bumi Allah. Selamat hari ulangtahun ye Ikhwan. Umi dan abi sentiasa berdoa, Ikhwan menjadi anak soleh yang taatkan Allah. Mudah2an Ikhwan menjadi anak yang berakhlak mulia serta sentiasa berbakti pada umi dan abi, masyarakat dan agama. Moga Ikhwan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.....

Saya tidaklah membuat sambutan besar2an sempena hari lahir anak saya ini. Sekadar menghantar sedikit cenderahati dan sandwich buat rakan2 kelas Ikhwan dan guru-guru. Seperti yang saya telah jelaskan di FB saya, saya sebenarnya bercadang untuk membuat 'goodies', antara isinya ialah snek makanan ringan, gula2 atau coklat. Tapi, memandangkan semua tu tidak berkhasiat, saya abaikan. Ada juga bercadang ingin membuat muffin coklat, tapi tak jadi. Akhirnya, setelah berfikir bersama abi Ikhwan, kata putus, sekadar membuat sandwich tuna bersama telur. Snek berkhasiat digemari ramai.

Goodies yang di bawa ke sekolah

Lihat pada gambar di atas, bungkusan dalam plastik putih itu merupakan cenderahati bermanfaat untuk pelajar. Di dalamnya saya isikan dengan sebatang pensil 2B, pembaris, pemadam, pengasah pensil dan buku nota comel. Sengaja kami balutkan dengan kertas A4, sebab sedia maklum perangai kanak-kanak tadika ni, kalau kita balut cantik2 pun, pasti pembalutnya akan dikoyak dan dibuang juga. 

Petang tadi, kami adakan acara ringkas memotong kek. Anak-anak ni kalau hari lahir je mesti ada kek. Jadi, abi Ikhwan telah membelikan sebiji kek comel buat Ikhwan. Tiada majlis besar seperti orang lain, sekadar bacaan doa dari abi Ikhwan dan Ikhwan memotong kek, dan makan bersama rakan-rakan sepermainan. Seronok la jugak budak2 tu bila kita hidangkan dengan makanan dan minuman. Saya tak dapat nak masak apa2 kerana keadaan tak mengizinkan. Sorry ye Ikhwan!


Kiri: Kek hari lahir yang comel.
Kanan: Ikhwan bersama rakan2 sepermainan

Semoga Ikhwan sentiasa hidup penuh gembira di samping keluarga tersayang.....Ikhwanlah harapan umi dan abi untuk menjaga adik2.....Sayang Ikhwan!

Monday, May 17, 2010

Ziarah embah dan birthday abang

Ok, tadi dah buat ucapan sempena hari guru. Sekarang, seronok ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti keluarga di hujung minggu. Sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung. Oh...terlalu merindui kampung halaman. Sudah terlalu lama tak pulang kerana Sofie pun baru selesai menjalani pembedahan. Jadi, kami perlu beri peluang untuk Sofie betul2 sihat, baru boleh berjalan jauh... (huh! jauh sangat la tu..., Sabak je pun. huhu...!)

Bertolak tengahari Sabtu, seusai solat zuhur. Agak lewat perjalanan kami kerana cik suami saya bersekolah pagi Sabtu itu. Dalam perjalanan, kelihatan cik suami menguap sepanjang jalan. Aduh...kesian sungguh dia. Kepenatan bergotong royong di sekolah pagi itu. Tanpa rehat, dan meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam. Akhirnya, terpaksa berhenti di Petronas Tanjung Karang, bagi peluang cik suami melelapkan mata sekejap. Anak2 lain semua dah lena diulit mimpi dalam kereta. Cuma saya dan Sofie menanti mereka semua jaga untuk meneruskan perjalanan ke kampung.

Sampai Sabak Bernam agak lewat. Menyinggah rumah seorang teman yang mengirim barang buat ibu di kampung. Mula-mula agak susah mencari rumah MIL teman ini, rupanya oh...tidaklah sesusah mana. Saya je yang masih terkial2 dengan jalan di parit2 itu. Rumahnya terletak di Parit 2 Timur, Sungai Besar. ( kak sue, fiza dah sampaikan hajat kak sue. hehe...jgn risau yer...)

Pagi ahad, saya melawat embah lanang (datuk) saya yang sedang sakit. Serius, sepanjang embah saya sakit, inilah pertama kali saya datang menjenguk dan menziarahi dia. Maafkan kami yer.... kerana apa? Kerana embah saya ditimpa kemalangan sama waktu Sofie berada di IJN. Keadaan embah saya sangat kritikal dan terpaksa dibedah kepala untuk dibuang darah beku yang terkumpul di kepala. Akibatnya, sekarang, embah saya lumpuh separuh badan, leher dan perut terpaksa di tebuk. Sangat menyedihkan bila kaki saya melangkah masuk dalam rumah embah.

Bila saya mencium tangan embah, dia kenal saya. Tentu saja dia ingat pada saya. Saya cucu sulung dia. Dia genggam kuat tangan saya. Tangannya terpaksa di ikat kerana dia aktif ingin membuka tiub yang ada dibadannya. Agak meronta menggenggam kuat tangan suami saya minta dibukakan ikatan pada tangannya. Keadaannya sangat menyedihkan. Sedih sebab embah tak boleh bercakap. Umpama kanak-kanak dah gayanya. Semoga Allah sembuhkan embah dan kembalikan embah seperti duu. Dan semoga embah cepat sembuh. Semoga embah wedok (nenek) saya tabah dan kuat...... Fiza akan balik kampung lagi ziarah embah, insya-Allah!

Ahad semalam juga, sebenarnya hari ulangtahun suami saya yang ke-32. Makin muda remaja cik suami saya tu. Happy birthday, laling. Hehehe....hadiah dari saya? Oh, serius! Tiada hadiah istimewa dari saya. Rahsia la,kan...Hehehe.... Tapi saya membelikan sebiji kek buat kekanda saya tu. Saja meriahkan memotong kek bersama anak2 tersayang. MIL saya masakkan bakso buat santapan keluarga.

Suami saya dilahirkan pada 16 Mei. Dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang guru. Selamat hari guru buat suami tersayang. Semoga Allah panjangkan umur abang, dimurahkan rezeki, menjadi anak, bapa dan suami soleh yang mampu membimbing keluarga hingga ke syurga, insya-Allah. Terima kasih atas kasih sayang yang diberi selama ini. Semoga kasih sayang ini terus berkekalan hingga akhir hayat.

Kek birthday suami saya. Kek coklat moist.....

Monday, February 22, 2010

Happy Birthday To Amniy Mahfuz!

Assalamualaikum semua.....

Semalam, Ahad, 21 Februari (lahir tahun 2006) merupakan hari ulangtahun ke-4 anak teruna saya yang kedua, Amniy Mahfuz. punyalah excited nak potong kek. kelmarinnya, saya dah tempah kek khas buat birthday boy tu. nak tahu sapa yang buat kek tu? nanti saya beritahu. saya tak buat sambutan birthday besar-besaran. cuma buat makan-makan bersama ahli keluarga saja sambilkan bacakan doa selamat untuk Amniy. kebetulan kami balik ke kampung, dan keluarga pak ngah pun balik....jadi, ambil kesempatan ni untuk makan berjemaah. tukang masak, nenek....hehe. umi buat apa? tukang makan? hahaha.....

apapun umi berdoa dan berharap anak umi membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh yang cerdik dan berakhlak mulia. semoga Amniy panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. umi dan abi sayang Amniy Mahfuz.


birthday cake Amniy pandangan dari atas dan dari sisi....sedap tau kek ni.
Blueberry Chocolate Cake

Birthday boy dah tak sabar nak potong kek....tak menyempat kek tu nak disusun atur lebih cantik. tengoklah abang Iwan tu, dia pun sibuk nak potong kek bersama Amniy. sukati korang la.......


khusyuknya anak-anak umi ni makan kek. sedap ke.....? sapa yang buat kek ni? nanti saya bagitau.


makan bersama sepupu yang cute miut.....


2 beradik, Aina Nur Syifa` dan adiknya Ain Nur Qistina. mak lang dah janji nak masukkan muka korang kat blog mak lang....ni la dianya....hehehe. muka abang Ajib mak lang tak snap la semalam. so, lain kali mak lang masukkan muka abang Ajip ye.....

ok, tu je la pic2 yang sempat disnap ketika makan-makan pada hari jadi Amniy semalam. nak snap pic lebih banyak, tak menyempat la pulak....sambil snap pic, sambil melayan Sofie dan Hijaz.

oh yer, lupa pulak nak beritahu, masa hari jadi Amniy semalam, Amniy dapat hadiah dari mak ngah. terima kasih, mak ngah! sayang mak ngah.....punyalah suka... umi dan abi bagi apa, Amniy? oh.... belum lagi. nanti ye, sayang. umi dan abi tak sempat lagi nak cari birthday present untuk Amniy.

hadiah dari mak ngah. thank you, mak ngah.....!

saya dah berjanji tadi nak beritahu siapa yang membuat birthday cake yang sedap dan cantik tu,kan? yang tukang buatnya ialah my lovely mom......hehehe, pandai umi saya (tok umi amniy, saya panggil mak saya pun umi. so, harap jgn keliru) membuatnya. sayang umi...terima kasih ye umi sebab buatkan kek yang sedap dan cantik untuk Amniy. free lagi! alah....nak tayang pic umi saya, tak bolehlah...sebab tak de pic yang menutup aurat. lain kali saya tayang pic yang sempurna.

ok, tu je laporan semalam..... jumpa lagi di lain entry. babai!

Wednesday, January 13, 2010

surprise from hubby!

salam semua....
kegembiraan semalam masih bersisa.... untuk selamanya.
lihatlah apa yang aku dapat dari suami kesayanganku....
jeng...jeng...jeng...



seronok dan gembira hatiku.
setelah sekian lama aku menanti untuk dapatkan benda ini.
aku tak kisah pun berapa nilainya... murah atau mahal, bukan persoalan.
yang penting keikhlasan dan aku dapat manfaatkan barang yang suamiku hadiahkan ini.
terima kasih, abang!
i love u so much...


Tuesday, January 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!



Raza4u.com Get -Graphics


12 JANUARI, 1981.... aku dilahirkan ke dunia oleh ibuku yang tersayang. terima kasih umi kerana melahirkan dan membesarkan fiza dengan penuh kasih dan sayang.... dan terima kasih abi, kerana memberikan kasih yang tak berbelah bagi, walaupun fiza sering kecewakan hati abi dan umi. maafkan fiza!

dan hari ini usiaku 29 tahun. pejam celik,pejam celik, hidupku dikelilingi oleh suami yang tercinta dan anak-anak yang ku sayangi.... terima kasih buat suamiku kerana sudi menjadi teman sehidup sematiku, terima kasih atas pengorbanan kasih sayang, dan terima kasih juga kerana sabar melayan karenahku yang pelbagai.....

buat anak2ku, umi bangga menjadi ibu pada kalian. umi berharap kalian menjadi anak-anak soleh dan solehah....

alhamdulillah...syukur kupanjatkan padaMu ya Allah, kerana Kau panjangkan usiaku hingga ke hari ni. semoga hidupku dan keluarga dilimpahi kasih sayang Allah, dan murahkanlah rezeki kami sekeluarga, ya Allah......