Showing posts with label cerita sofie. Show all posts
Showing posts with label cerita sofie. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Saya Kembali!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.....
Subhanallah....selepas hampir 2 tahun,saya kembali. Saya biarkan halaman ini sepi tanpa bicara rentetan terlalu sibuk dgn pelbagai urusan, Saya jadi rindu tiba2 dgn halaman ini, lantas saya buka semula dan cuba titipkan sesuatu di sini. Saya tak pasti adakah saya masih punya pengikut seperti dahulu atau tidak. Mungkin msing2 telah lupa akan kewujudan umisofie ;-). Insya Allah, tahun 2016 ni saya berazam mahu aktifkan kembali halaman ini juga halaman saya yg sana tu, insya Allah. 

Sebelum saya lebih sibuk akan2 datang, kali ini saya cuba utk menulis sesuatu di sini terutama berkaitan anak istimewa saya Sofie. Sofie sekarang menghampiri usia 9 tahun dan masih di PDK Bt. Arang. Alhamdulillah...Sofie semakin bijak dari hari ke hari. 



Nampakkan, Sofie si dara saya. Alhamdulillah...tak sangka dia cepat membesar seperti ini. Cuma.... pemikiran Sofie masih lagi seperti keanak2an. Saya tak peduli semua itu. Yang penting, Sofie terus sihat tanpa jumpa doktor. Sofie sudah pandai buat macam2 sekarang. Kegemaran Sofie apabila pulang dari sekolah, menonton youtube. Sudah pandai buka PC sendiri, sudah pandai buka internet juga. Saya masih lagi berusaha utk mendidik Sofie utk terus berdikari. Insya Allah. Semoga Allah mudahkan urusan saya utk mendidik Sofie. Doakan saya ye.

Sekian dulu utk waktu ini. Entry akan datang, berkaitan adik2 Sofe yg lain. 

Thursday, July 03, 2014

Terbaru Cerita Sofie

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan ke-5. Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Terasa cepat masa berlalu. Ramadhan akan terus berlalu meninggalkan kita. Andai terleka sia2lah puasa kita tahun ini. Semoga kita semua berazam untuk meningkatkan amal ibadah kita pada bulan ini. Masih ada waktu untuk kita tingkatkan amalan.

Pagi2 ni rasa nak berkongsi kisah Sofie. Karenah Sofie. Perangai Sofie. Segalan2nya tentang Sofie. Ya Allah.... tah kenapa pagi ni dia bikin perangai kurang soleh pulak. Ada kalanya senang sangat nak memujuk. Namun, kerap sekali buat perangai di waktu pagi terutamanya. Bangun dah awal sangat. Senang bila dipanggil namanya suruh bangun mandi untuk ke sekolah. Tapi, dalam pada senang2 tu menguji juga kesabaran umi apabila dia mula memberontak. Ya Allah, beri umi sabar yang lebih.

Memujuk Sofie kena gaya yang betul. Salah teknik dia akan memberontak semula. Namun, dalam menangani sikap Sofie yang pelbagai, saya sedar ini semua adalah ujian kesabaran dariNya. Walau banyak karenah, Sofie sebenarnya amat mudah diuruskan. Senang dijaga. Tanggapan yang mengatakan menangani anak istimewa ini susah sama sekali tidak betul. Mungkin susah bagi mereka yang tidak melahirkan anak istimewa, tapi tidak bagi saya. Sepanjang menjadi umisofie, saya berbangga Sofie mudah diurus.


Saya menerima respon yang baik dari guru2 dan penyelia PDK tempat Sofie belajar. Mereka memberitahu saya Sofie antara pelatih yang sangat2 senang dijaga dan mendengar kata. Alhamdulillah. Walau Sofie nampak agak aktif, tapi sebenarnya Sofie memiliki jiwa yang sangat lembut. Bila kita berlembut dengannya lagi mudah dia mendengar kata. Antara ramai2 anak2 pelatih di PDK Sofie pernah dipilih oleh gurunya untuk mengikuti rombongan ke Temerloh Pahang. Bukan mudah saya sebagai ibu bapa untuk melepaskan Sofie di bawah jagaan orang lain. Sebagai ibubapa Sofie kami memikirkan takut2 Sofie tidak memberi kerjasama yang baik sepanjang rombongan itu. Kebetulan waktunya agak panjang. Sehari suntuk.


Namun demikian, saya percaya pada guru2 PDK yang telah lama melatih Sofie menjadi insan yang baik. Saya percaya kenapa mereka memilih Sofie untuk dibawa bersama. Saya beri izin akhirnya untuk beri peluang kepada Sofie mempelajari kehidupan alam haiwan dan tumbuhan bersama guru-gurunya. Dia pulang dari rombongan dengan gembira pada hari itu.

Saya sentiasa berharap Sofie dapat membesar dengan sifat2  terpuji. Memory dia sangat kuat merakam sesuatu yang kurang elok. Doakan Sofie ye. Sekian buat waktu ini.....

Terima kasih kepada yang masih sudi membaca cerita Sofie.

Monday, October 07, 2013

Sofie, Sofie, Sofie Lagi!!!!!!

Assalamualaikum.... 

Mula2 saya berblog dulu ingin berkongsi kisah suka duka cerita Sofie. Tapi, blog saya ni dah mmg caca marba, cerita bercampur2. Macam2 cerita keluar. Sekarang dah kurang aktif dgn dunia blogging. Macam tiada pembaca nampaknya. Tak mengapalah..... Blog ini untuk saya. Kepada yang masih sudi membaca, Alhamdulillah. Terima kasih kerana masih sudi singgah dan jeling2 blog yang hidup segan mati tak mahu ini.:-)

Saya terima mesej, bertanya berkaitan hal Sofie. Mmmmmm, Sofie hidup seperti kanak2 lain. Alhamdulillah. Siapa sangka, Sofie yang dulu seorang bayi yang longlai, ke hulur kehilir kami mendapatkan rawatan untuknya, sekarang Alhamdulillah wa syukur lillah! Dia umpama kanak2 down syndrome yang normal. Hahahah...... Down syndrome? Normal? Mestilah..... Meskipun dia anak SD, saya layan dia umpama anak2 saya yang normal. Tak nak dia merasa kekurangan pada dirinya. Eh, Sofie tak kurang apapun. Malah Sofie punya kelebihan tersendiri. Paling ketara Sofie ada kelebihan 1 kromosom berbanding anak2 saya yang lain. Kan?

Nak baca tentang rawatan terapi Sofie dulu2? Mari baca DISINI.  Atau berminat mengetahui kisah Sofie ketika melakukan pembedahan jantung? Sila baca DISINI dan sedikit kenangan yang paling tak dapat dilupakan ketika Sofie berada 3 minggu di wad Melur IJN, boleh baca DISINI. Ini semua kenangan buat saya sekeluarga. Dugaan sangan berat, dan Alhamdulillah..... rezeki kami, semuanya dipermudahkan.


Sudah 2 tahun Sofie melangkah ke alam persekolahan. Saya hantar Sofie di PDK. Ye, hanya di PDK! Itu yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Kalau jumpa orang, mesti orang tanya dan nak bagi pendapat. Kenapa tak hantar Kiwanis? PDK untuk semua OKU? Kalau Kiwanis, khas untuk anak2 SD. Senyum je la. Kalaulah saya daya menghantar Sofie ke Kiwanis, dah lama saya hantar. Teramat jauh Kiwanis dgn tempat tinggal saya. Biarlah Sofie di PDK sahaja. Bukan tiada anak2 SD di sana. Ramai! Usia sebaya Sofie pun ada. Jadi, tiada masalah apapun sebenarnya. Penyelia dan guru2 PDK tempat Sofie belajar pun suka dengan Sofie. Saya selalu tanya mereka, kot2 Sofie datangkan masalah pada mereka. Mereka kata, Sofie ok sangat. Mudah diurus, dengar kata dan mudah faham. Alhamdulillah! Lega saya! 



Apa yang penting Sofie sekarang tak macam Sofie yang dulu. Sofie sekarang sudah aktif, Alhamdulillah. Sudah mampu berkata2 walau ada kalanya kurang jelas. Sofie pandai menulis dan dia suka menulis, mewarna. Sofie dah pandai tolong umi kemas rumah. Umi ajak je Sofie, dia akan tolong. Dia cukup suka kalau saya libatkan dia dalam setiap aktiviti saya. Saya jemur kain, Sofie pun nak ikut jemur. Bagi je dia sehelai dua kain, minta dia sangkut pada hanger. Seronok dia buat. 

 
Bila saya melipat kain, dia pun nak ikut serta. Walaupun kadang2 saya marah dia punggahkan semula kain yang saya lipat, nanti dia marah saya balik sebab dia pun nak lipat. :) Sweet, kan? Time dia marah yang sweet tu. Rasa nak cubit2 je pipi dia yang tak berapa nak tembam :-)


Sofie juga sebenarnya ada ragam sendiri. Terutama ketika makan. Geram je rasanya. Sofie suka buat hal ketika makan. Nak suaplah, bila dah suap nak makan sendiri, dah tu, nak suap lagi. OK, umi suap. Tapi, bila nak ambil makanan dari pinggan tu, kalau tak kena tempat yang dia nak, mesti merengek. Adoi! Pening juga. Selalu saya  terpaksa tinggikan suara sikit, dengar saya macam nak marah baru nak makan dengan betul. Kadang2 terpaksa pura2 stopkan makan. "Dah la Fie, umi simpan je nasi ni. Sofie tak yah makan. " Baru dia tau, masa tu tau pulak nak makan elok2. Hehehe..... Semua tu cabaran buat saya. Allah nak uji saya ni sebenarnya sabar atau tidak. Setakat saya boleh sabar, go on. Tapi, kadang2 hilang juga sabarnya. Biasa la.... Ibu, kan? Huhuhuhu....... Selalu juga saya berdoa moga2 Allah beri tahap sabar yang tinggi melayan karenah anak2. 


Apapun, Sofie sangat menceriakan kami sekeluarga. Perginya Sofie ke sekolah, tak sabar menanti kepulangannya. Sofie tak boleh tinggal dengan orang lain. Saya takut orang lain tak memahami Sofie, dan mereka menganggap Sofie membebankan mereka. Sofie yang punya tabiat buat kerja diam2 boleh menyebabkan orang terperanjat dengan apa yang dia lakukan. Jadinya, selagi hayat dikandung badan, biar umi dan abi yang jaga Sofie. Semoga Allah berkan kesihatan yang baik pada saya dan suami untuk terus mendidik anak2 terutamanya Sofie!

Oh ye, sekarang saya sedang mengajar Sofie untuk biasakan dengan tudung. Ke sekolah pun saya sudah mula pakaikan dia tudung. Alhamdulillah..... Sofie serasi. Saya cuba2 bertanya dengan penyelia PDK tentang Sofie yang bertudung itu. Penyelia kata, Alhamdulillah, sejak hari pertama pakai tudung, Sofie tak pernah tanggalkan tudung dia. Pernah kawan lelaki tarik tudung Sofie, Sofie marah! Cepat2 dia rampas balik tudung dan pakai kembali. Lucu pulak, kan? Tak sangka, pejam celik, pejam celik, dah hampir setahun Sofie bertudung bila ke sekolah dan berjalan2. Memang dia sangat2 selesa. Pantang nak berjalan, lepas siap berbaju, pasti dia akan cari tudung. Dan umi abi pun kena belikan Sofie tudung lebih lagi dari yang sekarang. Ala, tudung Sofie bukan mahal pun. Setakat 5 ringgit, 10 ringgit. Boleh je nak belikan. :-)

ok, itu saja tentang Sofie untuk waktu ini. Kalau nak diceritakan semua perihal Sofie, mau muntah kunign orang membacanya. Tak larat! Huhuhuhu..... Lain kali kita cerita lagi.

Sekian....... Wassalam!

Tuesday, January 15, 2013

Anak Sindrom Down Yang Aktif & Penyayang

Semoga semuanya baik2 aje....
Musim persekolahan telah pun bermula seperti biasa. Agak sibuk sebenarnya dengan aneka ragam anak2 yang bersekolah. Jadual harian saya juga turut berubah apabila Amniy Mahfuz telah pun masuk Tahun Satu. Alhamdulillah..... Masih rasa nikmat kelam kabut menjadi ibu pada anak2 yang bersekolah. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 orang anak saya bersekolah termasuk Sofie.

Owh Sofie, agak lasak sejak akhir2 ni. Macam2 dia dapat dari sekolah. Maklum saja, jumpa kawan yang aneka ragam. Memori peniruan sangat kuat. Paling risau, Sofie mudah terima perkara yang agak negatif. Terbaru...... pandai dah buat lagak seperti seorang gangster. Aduhai anak dara! Bayangkan...... sambil cekak pinggang ...... memanggil orang "hoi"..... dan dicuitnya sebelah hidung dengan ibu jarinya, atau kadang kala dengan jari telunjuknya. Huh! Nampak sangat gaya seorang gangster. Memang lucu lagaknya. Tapi..... risau hati seorang ibu tetap ada. Kenapa perkara negatif mudah amat lekat dalam kepalanya?


Anak SD seperti Sofie punya sifat penyayang dalam diri. Agak rajin melayan adik, tapi.... caranya masih belum betul dan saya tak boleh percayakan Sofie lagi. Suka minta Amal untuk didukung. Kadang, tanpa saya melihatnya, Sofie cuba mahu mendukung Amal. Menjerit saya dari jauh..... Bila ibu ini sudah punya anak ramai begini, suara bukan lagi rahsia. 


Baru2 ni, ada insiden berlaku pada Sofie. Tak la besar mana, tapi sudah cukup membuatkan hati seorang ibu risau. Ketika sedang seronok bermain dengan kawan setaman, pipi Sofie dipukul oleh kawan dgn objek yang agak tajam. Saya tak pasti apakah objek itu. Tapi, kesan calar dipipi Sofie telah menyebabkan luka agak dalam. Saya cuma sapukan dengan minyak habbatus sauda`. Biasa la, tangan anak gatal, Sofie suka kopek2 keruping yang dah kering. Luka bertambah la jawabnya. Kesian sangat... bila saya sapukan minyak, dia mengadu sakit.

Saya sangat berharap luka di pipi Sofie cepat sembuh dan Sofie boleh sekolah seperti biasa. Sengaja saya cutikan Sofie dari sekolah sebab nak luka tu betul2 kering.

Inilah kisah Sofie sejak akhir2 ini....... Semoga anak ini terus hidup sihat, itu harapan saya.

Sekian.

Wednesday, December 12, 2012

5 tahun sudah si Sofie

Banyak cerita tergendala.... cuti sekolah, bagai cuti online buat saya. Kesuntukan masa untuk berjimba2 depan PC, berfacebook, berblog walking, berforum... semuanya bagai angin lalu saja. Curi2 masa je ni untuk update.

Beberapa hari lepas hari lahir Sofie sebenarnya. 10 Disember..... Sofie cukup berusia 5 tahun. Terima kasih Allah, masih beri kesempatan Sofie terus bersama kami, Alhamdulillah......
Semoga Sofie terus sihat dan ceria... bijak terus untuk ke sekolah.


Tiada harapan setinggi gunung buat Sofie. 
Cukuplah sekadar Sofie diberi kesihatan yang cukup baik.
Sofie kakak yang penyayang.... 
Sebenarnya, pada hari berkenaan sempat la buat makan2 sikit dengan sepupu2 Sofie bersama atuk dan nenek, Alhamdulillah-....
Tiada party besday besar2..... cukup sekadar bacaan doa selamat dari si Atuk.
Semoga Sofie terus membesar dengan sihat, Amin.....

Saturday, November 17, 2012

KISAH SOFIE BERSUKAN

Saya memang tak pandai urus masa. Banyak perkara saya terpaksa abaikan disebabkan kesibukan saya dengan dunia saya. Terutamanya mengemaskini blog ini. Saya cuba mencari masa supaya diberi ruang pada saya update blog ini, tapi saya gagal. Sekarang sudah musim cuti sekolah. Lagi la masa saya terhad menghadap komputer. Kena beralah dengan anak2...... Apapun, saya sgt sibuk sekarang. Mohon maaf pada pelawat blog ini andai datang sini, masih dengan cerita lama.

Minggu lepas Sofie bersukan. Hihihi.... Kelako pun ada. Tapi, serius! Kami tak boleh bertahan lama kat padang tu. Lepas habis je acara Sofie, kami cabut. Kebetulannya, nak cepat hari tu. Nak kena balik kampung sebab ada kenduri. Cuti sekolah kan..... ofkos la kenduri kawen.

Nampak tak Sofie?

Sofie sebenarnya terlibat dalam acara masuk benang dalam manik. Dapat tempat ke-4 je pun. Tapi, ok sangat sebab tak sangka si ummi ni yang Sofie boleh masukkan benang dalam manik. Bagus training dia kat PDK tu. Tak dapat amik gambar, tapi ada amik video masa Sofie selesaikan acara tu. Disebabkan ummi malas nak upload, tak de la videonya di sini.

Kawan2 Sofie dengan acara bawa pundi kacang.

Macam yang saya beritahu tadi, kami tak dapat nak tunggu sehingga program sukaneka selesai. Tak larat sangat nak mengejar Sofie yang keboringan bila acara dia selesai. Dia merayap seluruh padang, tak terkejar dek ummi dan abi. Ummi pulak sibuk mendukung adik Amal yang semakin debab, sungguh tak larat.

Adik Amal yang tak larat dah ummi nak dukung lama.

Selepas minta izin dengan penyelaras PDK, kami cabut pulang ke kampung. Segala hadiah yang Sofie dapat, wang elaun bulanan, semua masih PDK simpan. Lain kali ambil.

Kesimpulannya, saya berbangga dengan Sofie. Sofie di PDK tu tak lama pun. Baru 6 bulan.... tapi Sofie juga boleh bersukan seperti budak lain. Alhamdulillah..... Tak sia2 mengupah Aunty Anna Poranni, si pembawa van Sofie setiap bulan. :-) Susah jugak kalau tak de Aunty Anna. Saya tak boleh nak menghantar setiap hari, Abi Sofie pun sibuk dengan urusan lain. Tapi, Allah permudahkan kami dengan menghantar Aunty Ann untuk bawa Sofie ke PDK. Alhamdulillah!

Anak2 saya yang lain semua cuti sekolah. Tapi, tidak Sofie. Di kala semua kanak2 sekolah biasa sedang bercuti, Sofie dan kawan2 PDKnya tetap meneruskan pembelajaran di PDK. Jadinya, minggu depan, Sofie ke kelas seperti biasa....
SELAMAT MENCARI ILMU, SOFIE! :-)

Saturday, October 06, 2012

Sofie semakin cerdik!

Assalamualaikum...
Selamat hari Sabtu. Hari ni cuti sekolah. Lepas subuh terus online, sebab tau dah bila cuti sekolah saya mesti tak dapat online punya. Bila dah siang nanti, anak2 ambil turn guna komputer. Lagipun hari ni, saya banyak kerja. Nak siapkan segala kerja2 rumah, basuh kain, basuh baju sekolah, lipat kain, kemas rumah sikit.... nanti petang encik boss balik dari kursus di Klang, bawa sekali tepung roti, saya sibuk nak menguli roti pula. Pagi2 esok ada cikgu nak roti. Jadi kena buat roti petang ni. Tak boleh nak suka suki dok depan PC macam orang tak de kerja. Jadinya saya ambik keputusan, ambil masa kejap je pagi2 untuk update blog ni. Kalau tak update sehari, konfem.... berhari2lah jawabnya blog ini akan terus sunyi. 

Walau saya tahu, blog ini dah tak ramai pengunjung... saya tak kisah. Berterima kasih sangat2 pada kawan2 saya yang masih lagi ingat pada saya dan anak2, terima kasih banyak2 buat mereka yang masih sudi membaca dan mengomen kat ruangan komen bawah nun. Saya tahu, blog ini hanya blog picisan yang kadang2 entrynya hanya entry syok sendiri. Tapi, sebab saya suka nak bercerita, maka saya teruskan berblog. Sayang rasanya nak tinggalkan blog ini macam tu jer. Seronok berkongsi cerita anak2, cerita kehidupan saya sekeluarga.... Owh, tapi bukan semua cerita saya mampu ungkapkan di sini. Cerita yang saya patut simpan, saya akan simpan terus dalam hati. :-)

Saya memang suka merepek meraban.... nak buat mukaddimah je pun, alahai.... nape sampai 2 perenggan. Tu yang namanya syok sendiri tu. Hihihii.... Sebenao eh, nak citer hal Sofie yang makin cantik tu. Sejak dah sekolah ni, macam dah pandai dah dia tu. Hihihihi.... perasan je umisofie ni kan. Padahal Sofie sekolah tak sampai setahun pun, baru masuk bulan Mei tahun ni, tapi gayanya macam budak dah sekolah setahun. 

Malam tadi, saya nak tukarkan baju si Amal kecik tu. Jadinya, saya bogelkan la Amal tu. Dan lepas tu, saya biarkan Amal kejap sebab nak pergi dapur. Bila saya ke ruang tamu semula, saya nampak kak Sofie kita tengah mengerjakan si Amal. Terus saya ambil kamera nak capture gambar Sofie begitu.... Marilah lihat.....


Sofie sebenarnya, memang anak SD yang cerdik. Suka mengikut apa yang dia lihat. Jadinya, kena perlihatkan pada Sofie perkara yang baik2 saja. Kali ni, dia mengikut apa yang saya buat pada Amal. Sofie ambil baju Amal, dan cuba nak pakaikan Amal baju.


Haaaa... kalau di ngikut apa yang baik, tak pe. Ini paling risau dia cuba2 ikut aksi2 yang tidak baik. Banyak juga aksi yang nampak kurang sopan di ikut. Maklumlah, dah sekolah kan..... bukan saya boleh kawal apa yang dilihat di sekolah tu. Apa yang mampu buat, kalau dia buat aksi tu kat rumah, ummi saya akan beritahu Sofie, "Sofie, tak cantik buat cam tu." Atau.... "Sofie, tak elok cam tu. Jangan buat lagi ye." Paling best bila dengar respon dia, "Okey". Pandai dah cakap 'Okey'. :-) Hihihi....


Apapun yang Sofie dapat, pasti akan ditapis dulu. Otak Sofie akan menerima apa saja perkara. Jadi sebagai ibubapa, tapisnnya adalah kita. Sofie tak mampu berfikir seperti Hijaz atau kanak2 normal yang lain. Sofie suka menerima semua perkara kerana keupayaan berfikir Sofie amat2 rendah. Pada usia hampir2 5 tahun ini, Sofie seperti anak2 yang berusia setahun mungkin.......... Tak dapat nak bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Jadi, setiap perkara baik yang kita lakukan, biarlah Sofie melihatnya. Perkara buruk perlu dihindarkan sebab saya tak mahu Sofie cuba2 ikut.

Eh, bila baca balik apa yang saya tulis ni, baru perasan saya sebenarnya bebel pasal Sofie.... Langsung tak cerita pasal gambar, kan.... Hehehehe.... Apa daaaaa..... Tapi, tak kisah la, gambar mampu ceritakan segalanya. Sofie ada dalam gambar tu..... Apapun, Ummi sayang Sofie.....

Sekian!

Wednesday, May 09, 2012

Minggu pertama Sofie di PDK

Minggu ni, minggu pertama Sofie mulakan kelas PDKnya. Cuti hari pekerja lepas, 1 Mei, Sofie telahpun mendapat jemputan dari pihak PDK Batu Arang untuk menerima bantuan dari JKM. Saya agak terkejut juga, kerana sebelum tu, Sofie belum pun mulakan kelasnya. Sepengetahuan saya, untuk seseorang anak istimewa itu menerima bantuan dari JKM, mereka perlu hadirkan diri ke kelas PDK sekurang2nya 8 kali sebulan. Tapi, dah namanya rezeki buat Sofie..... penyelia PDK, Kak Milah kata, memang sengaja dia masukkan Sofie kerana Sofie boleh mulakan kelasnya pada bila2 masa sahaja. Gembira hati seorang ummi. Kami telah pun mula mendaftarkan Sofie pada awal tahun hari tu. Tapi, memandangkan PDK Batu Arang yang agak penuh dengan pelatih, jadi, Sofie di'KIV' sementara sehingga mereka memanggilnya. Dan..... inilah masanya!

8 Mei, semalam.... merupakan hari pertama Sofie ke PDK. Saya agak teruja, bangunkan Sofie seawal pagi. Alahai..... agak runtun juga hati ini. Waktu tidur Sofie diganggu dgn gangguan ummi. Minta dia bangun, mandi siapkan diri ke kelasnya. Saya sampai ke PDK agak awal juga berbanding anak istimewa lain. Ramai lagi yang belum datang. Kelas masih lengang. Yang ada cuma penyelia dan pembantu2nya, serta beberapa orang anak istimewa lain. 

Sofie melangkahkan kaki ke kelas. Dan agak teruja. Terus menempatkan dirinya di kerusi khas untuk anak2 istimewa ini. Saya dan suami sempat meluangkan sedikit masa bersembang dan beramah mesra dengan penyelia. Baik orangnya, lemah lembut dan peramah. Sesuailah tugasnya sebagai Penyelia PDK. Lega hati saya...... Saya sentiasa berdoa, moga2 anak2 saya termasuk Sofie mendapat guru2 yang baik. Dan Sofie juga telah pun mendapat guru yang baik, Alhamdulillah. :-)

Leka tengok kawannya menyusun warna krayon

Sungguh Sofie tak de perasaan agaknya....
Ummi dah nak balik dah waktu ni, tapi dia buat tak tahu jer....

Selepas lebih kurang setengah jam meluangkan masa di PDK, saya dan suami mengundur diri. Membiarkan Sofie di kelasnya. Hati sekali lagi gundah. Rasa terharu meninggalkan Sofie bersama teman2 dan guru2nya. Tapi, hati perlu kuat. Sampai bila saya perlu menyimpan Sofie di rumah sahaja. Sampai bila hanya nak mengharapkan terapi2 di hospital yang entah beberapa bulan sekali. Jadi, inilah masanya.... Sofie makin menginjak usia, hampir masuk usia 5 tahun. Jadi, sebagai ibubapa, saya perlu bertindak sekarang demi masa depannya yang lebih baik. 

Hari ini, 9 mei 2012.....
Hati saya sekali lagi terhiris.... mengalir laju airmata melihat Sofie yang ingin ke kelas PDKnya. Hari ni, rasanya cabaran hati seorang ummi lebih hebat. Kerana, hari ini merupakan hari pertama Sofie pergi sendirian menaiki van tanpa abi dan ummi. Hanya bersama Aunty Anna dan kawan2 istimewa Sofie dalam van itu. Saya kelihatan ok sahaja masa menghantar Sofie masuk ke dalam van. Tapi, Sofie kelihatannya seperti anak yg sedang keliru. Apa agaknya yang berlegar di fikiran Sofie? Agaknya, Sofie berkata kenapa ummi sanggup biarkan Sofie sendirian dalam van tu? Sebelum van mula bergerak, saya sempat mencium pipi Sofie, dan Sofie mencium tangan saya. Siap lambai tangan lagi, walaupun riak wajah Sofie agak keliru.

Masuk dalam rumah, saya tak dapat menahan air mata. Laju je air mata turun mengenangkan Sofie yang duduk dengan baik dalam van tu. Hijaz nampak saya menangis, dengan prihatinnya, terus bertanya, "Umi kenapa? Umi janganlah nangis." Lagi laju airmata saya jatuh. "Kita doakan kakak ye dik." 

 Sofie, pagi tadi.....
Sabar menunggu van Aunty Anna.

Bersama adik Ijaz sebelum berangkat..... Lawak je tengok muka Ijaz baru bangun tido dengan muka cam tu :-)

Sejam kemudian, saya menghubungi Kak Milah, Penyelia PDK. Saya bertanyakan keadaan Sofie. Alhamdulillah, Kak Milah kata, Sofie ok sangat. Gembira je dia. Kak Milah siap gelakkan saya lagi dengan kerisauan saya pada Sofie. Lepas dengar Kak Milah kata Sofie baik2 aje, hati saya sangat2 lega..... Ya Allah, berikan Sofie kekuatan. Berikan saya kekuatan juga!

Setakat ini kisah gembira yang mencuit hati saya berkaitan anak dara saya. Doakan ye semoga Sofie baik, dan berjaya. :-)

Monday, April 30, 2012

Speech Therapy (Berkumpulan) Sofie

Assalamualaikum....
Ntah ada lagi ke tidak pengunjung blog ini ye. Sebulan lebih saya tak update di sini. Lagi2 cerita tentang anak dara saya tu. Huh, minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat saya. Isnin, saya sendiri ada check-up hamil di KK Batu Arang, Selasa, bawa Sofie ke HSB untuk ambil darah TFT (hipotirod), Rabu tiada ke mana, tapi amat sibuk dengan tempahan, Khamis sekali lagi bawa Sofie ke HSB untuk follow-up dengan doktor kanak-kanak dan Jumaat pula, sekali lagi ke HSB sebab Sofie ada temujanji dengan Speech Therapy. Dan inilah yang akan saya kongsikan di sini.... Cerita tentang Speech Therapy Sofie minggu sudah.

Lihat..... Sofie sedang asyik beraktiviti :-)

Sebenarnya, ini kali pertama Sofie terlibat secara langsung dengan Speech Therapy secara berkumpulan. Sebelum ini, memang ada dipanggil, tapi memandangkan masa tu saya terlupa, makanya, terlepaslah peluang Sofie. Jadi, bila ada lagi grouping ST, saya tak mahu lepaskan peluang. Ini kerana, untuk group kali ini semua peserta dalam kumpulan tersebut merupakan anak2 down syndrom seusia lebih kurang Sofie. Sebagai ibu, pastinya saya turut berbangga membawa Sofie masuk ke dalam kumpulan berkenaan.

Pertama sekali tanggapan saya pada group itu, rasa sangat rendah diri terutama bila berkenalan dengan semua ibu2 yang membawa anak masing-masing ke aktiviti itu. Tapi, ditebalkan muka, senyuman sajeeee :-) Kenapa saya malu? Kerana rata-rata ibubapa yang hadir membawa anak SD mereka ke tempat2 khusus, terutamanya KIWANIS dan PDK untuk perkembangan anak mereka. Sedangkan saya, selepas berhenti terapi bersama Kak Raw di Felda Gedangsa, saya hanya biarkan Sofie di rumah, terapi dan berkembang bersama Hijaz sahaja. Owh, terasa betapa kijamnya saya membiarkan Sofie di rumah saja. (Dalam hati, biarlah.... mereka bukan mengerti pun. Yang penting saya berusaha mendidik Sofie dengan cara saya sendiri.)

 Lekanya Sofie :-)

Di dalam aktiviti tersebut, Sofie diajar untuk bergaul bersama rakan2 sebaya. Bermain, dan beraktiviti bersama. Pada penghayatan saya, walaupun Sofie jarang bersosial seperti semua peserta yang lain, saya melihat Sofie amat2 teruja dan gembira. Terutama bila melihat semua kanak-kanak di situ senasib Sofie, semua anak2 SD. Paling saya kagum dengan Sofie bila dia tak rasa takut untuk bersosial. Sofie sikit pun tak punya rasa malu untuk melakukan aktiviti bersama kawan2nya. Malah, apa yang sedikit membanggakan saya, Sofie boleh melakukan aktiviti yang disuruh hanya dengan sedikit bantuan saya.

 Kawan baru Sofie...... yang aim Sofie tu :-)

Dan bila Sofie mula belajar bersosial seperti itu, hati saya mula risau....... Sofie, pada dasarnya, anak yang agak lembut (walaupun ada juga sesekali dia betindak kasar), suka memerhati dan sedikit pendiam bila bertemu dengan orang lain. Kiranya, tempoh dia untuk sesuaikan diri dengan orang tu, ambil sedikit masa la. Tapi, bila dah 1/2jam, sikapnya akan sedikit berubah. Dia mula selesa dan nampak la ingin terus berkawan. Cuma..... yang membuatkan saya risau, Sofie ni amat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Ada seorang anak SD di situ, sering amat bertindak kasar terhadap Sofie. Nampak sangat dia 'aim' pada Sofie. Sebabnya, tiap kali saya berpeluang sembang2 dengan ibunya, dia akan terkam Sofie, dan akan tarik2 baju Sofie. Sian Sofie...... Mulanya, saya biarkan je, nak tengok macam mana Sofie melepaskan diri dari cengkaman sahabat SD dia. Tapi, bila nampak Sofie tak boleh lepaskan diri, saya mula masuk campur. Ibu anak SD tu pun akhirnya berkata, "Nampaknya tak boleh berjumpa la." Sambil gelak2.....:-)

Saya mula terfikir, baru jumpa sekejap, saya nampak Sofie macam dah mula takut dengan dengan situasi itu. Bagaimana kalau Sofie sudah mula masuk kelas PDK akan datang. (Sofie sebenarnya sudah dipanggil untuk menyertai kelas PDK). Di PDK, anak istimewa ada pelbagai, bukan hanya SD..... Jadi, mesti ada yang punyai sikap tertentu yang boleh memberi kesan pada Sofie. Bila fikir macam tu, rasanya, saya nak jaga Sofie sendiri.... Tapi, mana mungkin, sebab saya perlu juga hantar Sofie ke PDK kerana Sofie sangat memerlukannya. Tengoklah nanti macam mana......

Kumpulan peserta (nampak tak saya dan Sofie depan tu? :-))

Walau apapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aktiviti berkumpulan seperti ini. Sangat bagus untuk anak2 seperti Sofie yang sangat2 memerlukan aktiviti bersosial. Sekurang2nya, Sofie tahu apa yang perlu dilakukan ketika masuk sekolah akan datang. Harap sangat, akan datang saya punya rezeki yang melimpah ruah untuk menyertai Grouping Specch Therapy seperti ini lagi. Masalah2 yang kecil usah diambil serius, kerana kita perlu tuju perkara yang lebih besar buat anak2 seperti ini. Insya Allah, sekiranya Sofie sudah menyertai kelas PDKnya akan datang, saya perlu lebih lagi untuk menguatkan mental dan fizikal saya supaya dapat melepaskan Sofie di sana. Semoga Allah beri kekuatan pada saya dan suami untuk semua itu. Paling penting, saya perlu lebih gigih memberi input perkara2 baik dalam diri Sofie.

Sekian untk kali ini. :-)

Saturday, March 10, 2012

"Mmmiiiiii.... abi....abi....abi..." ~Syahdu weh!~

Malam ni rasa ada masa untuk online. Heaven sungguh bila dapat cuti dari buat roti.... Rasanya seperti dapat balik kehidupan yang dulu. Cuti sekolah dah pun bermula. Jadinya, tugas saya sebagai penguli tepung berhenti seketika, melainkan ada orang tempah. Tapi, untuk kek.... hohohoho..... tak boleh tolak ok! Kek senang je, tak banyak masa nak buat, Bancuh, bakar atau kukus, siap. Jual.... Kalau roti, aduhai.... nak nguli 1 jam, kasi rehat 30 min, pastu bentuk lagi. Tunggu kembang, baru bakar. Penat seh! Tapi, memandangkan permintaan terhadap roti tinggi, terpaksa saya redah jugak. Dapat la hasil buat tambah2 belanja rumah, buat simpanan sikit. Hehehe.... Sapa nak bagi kan kalau malas...... Apa yang saya repekkan malam2 ni..... beno eh, saya nak cerita pasal Sofie. Lama dah kan tak cerita pasal Sofie ni.....

Gini, baru bermula cuti sekolah ni, suami saya ada kem motivasi kat Ulu Yam nun.... alahai, rasa jauh bebeno dengan rumah saya ni. Jadinya, suami saya pergi lepas solat Jumaat tadi. Pergi dalam keadaan kelam kabut sebab tak mahu terlewat.

Dari petang tadi, Sofie asyik meragam. Sikit2 meragam, ada aje yang tak kena. Pukul adik la, pukul ummi juga.... Huwaaaaa..... ummi pun macam nak nangis handle Sofie hari ni. Petang tadi ajak Sofie main2 kat luar,  ok la sikit. Jumpa kawan sebelah rumah tu. Terhibur la jugak.....

Bila dah malam, masa makan malam, Sofie meragam lagi. Katanya nak makan nasi, bila diberi nasi, nangis pulak. Saya pujuk la.... Sofie buat isyarat nak makan sendiri. Ok, saya beri Sofie nasi untuk makan sendiri. Tapi, masih lagi ada yang tak kena. Tak mahu pulak makan, nangis tak pasal2. Alahai.... kenapa pulak ni? Selesai makan, Sofie ok sekejap. Main2 dengan abang Iwan dan Amniy. Saya bentang toto depan TV, nak bagi Sofie baring2 sambil main. Saya pun layan la slot terbaru zehra kat TV3 tu, "Bunga-bunga Syurga". Oh.... layan juga cerita ni. Episod pertama dah nampak seronok.... Leka la saya menonton TV....

Tiba2 Sofie panjat sofa, berdiri tepi tingkap dan buka sliding tingkap tu. Dan kedengaran Sofie merengek nangis sambil panggil, "abi...abi...abi..." Oh Sofie.... Sofie dah mula buat ummi rasa nak menangis. Sofie ingat abi hanya pergi surau kot, atau abi berada di warung depan, atau abi ke kedai... anggapan Sofie, abi akan balik kejap lagi. Sian dia.... Saya panggil Sofie, "Sofie, meh kat ummi sini. Kita tido." Sofie terus duduk atas Sofie, mulutnya masih lagi sebut "abi....abi.... abi...." dengan amat sayu. Nampak sangat Sofie sudah mula rindukan abinya.

Saya sangat tak sampai hati nak biarkan Sofie terus duduk di sofa. Saya bangun, ambil Sofie. Peluk Sofie dan dodoi dia.... Sambil peluk saya, Sofie masih lagi sebut. "abi...abi...abi....." Terus gugur airmata saya. Jatuh laju sangat. Alahai, Sofie ni, saje la ni, nak buat ummi nangis ni. Saya pujuk Sofie, "ok, Sofie tido dulu ye. Nanti abi balik." Sofie angguk je, dan sebut lagi, "abi...."


Dan akhirnya Sofie tertido diriba saya setelah saya selimutkan Sofie dengan kain pelikat abinya yang masih belum dibasuh. Bau abi yang original masih ada.... Nampak Sofie lena tido. Saya dan abisofie hanya sms, tak berani nak call.... kang tak pasal2 saya yang teruk nangis. Dan memang sah2 saya paling teruk nangis lepas Sofie tidur. (Sebenarnya, masa menaip entry ni, airmata saya masih gugur lagi sebab teringatkan Sofie yang sedang tidur. Huhuhuu.... Huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!)

Sofie, tidur lena ye sayang..... Abi akan balik esok jumpa Sofie.... Mujurlah slot abi kat kem tu malam dan subuh je. Jadi, siang hari boleh balik sekejap jumpa keluarga..... Alahai, teruk betul, baru berpisah kejap, dah teruk cam ni. Cuba tengok orang yang berpisah berbulan2 lama tu.... Huhuuhuhuhuu...... 

Sekian, dari saya yang sedang bengkak mata.... hahahahaha!!!!!!!

Saturday, December 10, 2011

4 Tahun Sudah! ~ Happy Birthday To Sofie ~

Salam penuh kasih sayang buat semua

Sungguh saya sedikit kecewa kerana gagal mencari masa untuk update blog ini
Maafkan saya......!!!!!!!!

Hari ini 10 Disember 2011, genap usia Sofie 4 tahun
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Sofie masih bersama kami mengharungi liku-liku hidup bersama
Satu-satunya puteri hati buat masa ini :-)

Kehidupan penuh ranjau bersamanya memberikan inspirasi buat semua
Kehadirannya dalam hidup kami membawa sinar baru dalam hati kami

Sofie.... 8 bulan

Sofie 10 bulan

2 tahun 

2 tahun 2 bulan

Selepas berjaya melepasi fasa penting dalam hidup Sofie.... 
di PICU IJN, 2 tahun 4 bulan
Kisahnya DISINI

Ceria selepas pembedahan...... Lagi gambar DISINI

Sofie hari ini..... 4 tahun!

Indahnya kehidupan bersama puteri nan seorang ini
Terasa kehilangan andai berjauhan walau seketika

Terima kasih Allah.... anugerah istimewa ini tidak ternilai buat kami
Syukur pada-Mu ya Allah..... kerana Kau beri kekuatan dan kesabaran pada kami untuk memelihara puteri kami ini dengan penuh rasa insaf dan kekerdilan diri
Terima kasih Allah...... teruskanlah beri kegembiraan buat anak ini
Terima kasih Allah..... Atas rahmat kasih sayang-Mu yang melimpah ruah buat anak ini dan kami
Kuatkan hatinya untuk terus mengharungi liku-liku hidup yang penuh duri
Berikan sinar dalam hidupnya, Ya Allah!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK UMMI, SOFIE MARIAH
4 TAHUN SUDAH YE!

Thursday, October 20, 2011

Huh! Sofie.....

Assalamualaikum....
Bertemu lagi petang hari.... :-) Tetiba mood rajin datang, apa lagi, update la....
Saje nak tayang, walaupun kamera saya sudah musnah saya tetap update blog.
Kamera yang musnah bukan penghalang untuk membiarkan blog ini terus sepi, ye Fiza....
 :-D

Saja nak tepek muka Sofie, sebab nak cerita pasal Sofie....
Ringkas je.....


Sedia maklum la, Sofie anak dara yang sentiasa ceria
Orang sedih pun dia tetap ceria dan gembira..... 
Tengok saja gambar atas tu, kannnnn.... :-)

Setiap waktu tengahari, Sofie punya aktiviti yang sempoi
Kadang2 buat umisofie geram, kadang2 buat umisofie terhibur.
Waktu tengahari, Sofie suka ikut umisofie ke dapur, kunun tolong masak la, kan
Tapi, saya lebih rela dia buat kerja lain dari dia pegang senduk dan sudip di depan dapur gas....
Bahaya Ok!



Kat dapur saya ada almari buruk, dalam almari tu saya letak mangkuk2 dan barang plastik.
Saje la letak situ, sebab tahu anak2 kecil saya suka dengan benda2 tu. 
Jadi, barang plastik ni tak de la bahaya.....
So, keje Sofie, memunggahkan semua barang plastik dari almari itu, dan Sofie masuk dalam tu......
Selalunya, dia suruh tutup pintu almari tu.... Pastu, mulalah nyanyi2 sambil baring2 dalam almari tu.
Lawak sungguh! :-D :-)

Ok, sekian laporan untuk petang ni..... Saja je.... 
Buat hiburan di petang hari.... ( tu pun kalau terhibur la, kalau tak, sila abaikan ye :-))

P/S: Gambar diambil menggunakan kamera handphone saya yang tak semenggah tu ye.... Ambil gambar, terus upload kat FB..... Tu sebab hasil gambar macam kureeeenggggggg sikit!

Wednesday, October 05, 2011

Cerita Sofie Hilang!!!!!

Assalamualaikum semua.....

Ni... saya nak cerita sikit. Sofie sekarang anak yang bijak pandai. Aduhai... pening kepala saya. Baru2 ni, dah 2 kali dia hilangkan diri. Buat jantung saya berdegup kencang dan mahu tercabut ok!

Pertama, hari Ahad lepas, saya di dapur, masak untuk sarapan pagi. Sofie dan Hijaz bersama abinya di garaj. Dan abi masuk rumah.... saya tanya, "Anak2 mana?" Abisofie jawab, "Ada kat luar. Ok je." Hehehe.... Saya pun teruskan masak.....

Pastu, tau2 2 beradik tu dah hilang...... kelam kabut dibuatnya. Saya cari dalam rumah, tingkat atas, dalam bilik, dalam bilik air. Abisofie cari kat luar rumah.... keluar pagar. Rupa2nya Sofie dan Hijaz dah laju berjalan dengan berkaki ayam menuju ke taman permainan belakang rumah.

Kali kedua, baru je berlaku..... Abisofie tak ada kat rumah. Macam biasa la, ke sekolah. Hijaz tengah dalam bilik mandi, main air. Saya biar je, sebab tau dah dengan perangai budak kecik sorang ni, bukan nak keluar... suka main air. Jadi saya biarkan je. Amniy pulak kat atas, tengah main game komputer.

Kebetulan Sofie baru bangun tidur .... saya buatkan susu untuk Sofie. Lepas bagi Sofie minum susu, saya keluar rumah untuk buang sampah. Macam biasa la saya ni, lepas buang sampah mesti nak belek2 pokok2 kegemaran saya. Saya buang daun kering, saya merumput, membelek sana sini... sehinggakan saya tak perasan Sofie keluar rumah. 

Tiba2, saya teringatkan Sofie. Saya memanggil Amniy di tingkat atas, "Sofie ada kat atas tak?" Amniy jawab, "Tak de, mi." Saya berlari, tengok kat bilik mandi, hanya Hijaz sorang. Sekali lagi hati saya bagai mahu tercabut. Jantung saya bagai mahu berhenti. Dah la abisofie tak ada kat rumah. Saya sorang2.... Berlari saya keluar rumah , buka pagar, mencari Sofie......

Ikut jalan kiri, Sofie tiada.... Akhir pilihan, terus ikut jalan kanan, bertawakkal... semoga bertemu dengan Sofie. Rupa2nya, Sofie sedang berjalan laju menuju ke taman permainan belakang rumah. Seorang diri dan berkaki ayam! Sudah melepasi 3 ke 4 lorong... agak jauh bagi seorang budak seperti Sofie.

Saya menjerit memanggil nama Sofie. Dia menoleh pada saya, dan nampak saya berlari ke arahnya....
Sofie hanya ketawa riang bila nampak saya berlari. Saya hanya berkain batik dan bert-shirt dah tak peduli dah dengan pakaian saya. Yang penting, Sofie selamat. Cepat2 saya tangkap Sofie dan dukung dia bawa balik ke rumah..... "Sofie ni, buat umi cemas tau. Sofie nak pergi mana?" Sofie hanya tergelak, ketawa riang. Dia faham ke yang saya sedang bersusah hati..... Memang sah tidak faham. Anak istimewa ini memang sentiasa bergembira walau jantung umminya mahu berhenti........

Nak tukar gate otomatik, belum mampu....Tapi, kena gak cari dawai plastik supaya Sofie tak berhasil menyusup keluar melalui celah2 tembok dan pagar tu. Sofie menyusup keluar ikut situ la.......

Tuesday, July 26, 2011

Sofie Buat Perangai.... Huwaaaa! Nanges UMI!!!!!!

Saya dan suami sedang menikmati makan tengahari dengan menu yang sihat. (cewah, tu pun nak kasi tau :-P) Sofie berada di dalam bilik seorang diri. Saya tak sedar pun dia di dalam bilik. Saya ingat Sofie di ruang tamu bersama abang dan adiknya. (Sofie saya dah kasi makan awal lagi ye, jangan kata saya makan berdua je dengan cik somi...hehe)


Lepas makan, saya masuk bilik, nak tengok apa yang Sofie sedang lakukan, khusyuk sangat dia. Meh tengok sesama meh! Nak nanges saya tau! Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! Sapa nak tolong umi nanti??????
:
:
:
:

 Sofie sedang memunggahkan semua baju dalam laci itu. Itu laci baju Amniy...
Leka dia, langsung tak sedar umisofie datang....

Apa la yang dia nak buat ye, lepas punggahkan semua baju2 tu?
Meh tengok lagi....
:
:
:
:
 Ahaaaa.... Sofie cuba untuk masuk dalam laci itu rupanya....
Ish... ish... ish....

Dan apa reaksi Sofie bila dia perasan yang umisofie nampak segala perbuatannya...
:
:
:
:
:
 "Oooooppppsssss!!!!! Alamak, umi nampak la!" Tutup mulut dia nampak saya!
Saya dah jegilkan mata tanda marah.... "Apa Sofie buat ni?"

Tapi, sebenarnya dia tak peduli pun saya marahkan dia. Malah, dengan rasa tak bersalahnya, dia teruskan aktivitinya itu. Agaknya, apa la yang Sofie nak buat dalam laci tu yer?
:
:
:
:

 Hahahahaa...... Sofie nak duduk dalam laci tu rupanya.....
Tengok, siap beri gaya lagi. Gaya mengada-ngada sangat la tu.....

"Ala miiii.... janganlah marah. Nanti Sofie tolong umi kemaskan baju2 tu yer."
Pandai Sofie memujuk..... kang umi cium kuat2 kang!!!!!!!!

Baju2 Amniy tu, saya belum kemas lagi. Sapa nak tolong saya kemas? Saya tak de mood nak kemaskan baju2 tu. Nantilah..... saya penat sekarang. Macam mana saya tak nanges? Huuuuwwaaaaaa!!!!!!!!!

Abi, tolong umi kemas baju2 tu, tolong laaaaaaaa!!!!!!!!

Friday, July 22, 2011

Runsing saya fikirkan hal Sofie!!!!

Assalamualaikum....
Lama sudah rasanya tak berceita pasal Sofie, khusus tentang dia, kan? Mungkin umisofie agak sibuk di dapurnya, jadi kurang melayan karenah Sofie dalam blog ini. Kali ni, saya nak bercerita tentang Sofie....  Banyak yang saya risau tentang Sofie... Banyak sangat la.... tak tahu nak mulakan dari mana.

Pertamanya, bab pertuturan Sofie yang agak lambat. Usia Sofie akan masuk 4 tahun Disember nanti. Saya risau, selagi Sofie tidak bertutur, bagaimana saya mahu hantar dia ke sekolah. Speech therapy bersama HSB, memang ada, tapi setakat ni masih belum nampak hasilnya. Terapi minda bersama kak Raw, memang dah lama ditinggalkan, sebab masalah2 tertentu. Susah nak elak dengan masalah. Ada saja halangan bila berniat mahu ke Gedangsa. Tak tahu la bagaimana.

Keduanya, tentang Sofie yang masih ber'diaper'. Aduhai.... bagaimana ye mahu ajar Sofie free diapers sepenuhnya? Saya nampak ketidak selesaan Sofie akhir2 ini. Kerap benar dia mahu menukar diapers tanda tidak selesa. Saya memang mengajarnya untuk potty training, termasuk adiknya sekali, tapi.... masih gagal. Ada juga occupational therapy memberi satu carta supaya saya boleh tick jam berapa Sofie kencing setiap hari. Cuma, saya tak mampu nak buat, sebab selalu terlepas. Setiap jam perlu tengok diapers Sofie sama ada dia telah kencing atau belum. Kadang2 tak boleh nak pastikan dia kencing atau tidak.

Ketiganya, risau saya tentang diri saya sendiri, yang masih lagi tidak tahu memandu. Huwaaaa!!!!!!!! Macam mana nak hantar Sofie sekolah akan datang. Saya ni, macam penakut pegang stereng! Umo dah berapa? Tolong!!!!!!!!! Kena ada kekuatan sebenarnya,kan? Saya perlukan sokongan dari atas, bawah, depan, belakang dari cik somi. Tolong!!!!!!!! (Jangan ngata saya tau!)

Ok... redakan sikit tegang jiwa saya ni dengan sedikit gambar Sofie. Hehehe.... kasi hilang tekanan. Gambar2 ni saya snap malam tadi, jam 1 pagi. Saya baru nak solat Isyak, si Sofie belum tidur, dia pun nak ikut saya.

 Khusyuknya dia bersujud kepada Yang Maha Esa....

 Selepas tahyat akhir.... raup muka dengan tangan... :-)
Suka tengok tangannya yang gebu tu. Comel, rasa nak geget! 
Tangan kiri pulak tu.... hhehehe.

 Berdoalah.... Semoga Allah akan kabulkan permintaan Sofie, insya Allah!
Amin....!!!!!

Selepas selesai semuanya..... Senyum memandang umi. Tanda puas hati sudah solat.

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga kerunsingan saya ini akan berakhir, dan memang telah berakhir apabila melihat keriangan Sofie......

Tuesday, July 19, 2011

Melayan karenah mereka sehingga habis bateri!

Assalamualaikum......
Boring sikit hari ni, tiada cerita nak dikongsikan.
Anak bongsu saya, Hijaz (setahun 9 bulan), pandai buat permintaan. Macam2 yang dimintanya.
Malam tadi, saya pegang kamera, ambil gambar kuih apam mentega gula hangus yang saya buat untuk berbuka puasa Maghribnya, tiba2 datang budak kecik itu.

Mulutnya terus bercakap. "nyom...nyom..." Faham apa dia minta?
Dia minta diambilkan gambarnya, dan tersenyum. Pantang nampak kamera, mesti akan cakap "nyom..nyom..." Aduhai... bilalah nak pandai bercakap dgn betul ni. Lucu dengar dia bercakap.


Tiba-tiba, anak sulong saya datang, mulut si bongsu terus bercakap, " abam, nyom..." 
Heheheh.... dia mengajak abangnya ikut serta dalam sessi fotografi yang tak semenggah itu.


Bila saya kata, " dah ye dik, bateri dah habis." Dia jawab, "nyom... nyom..." sambil merengek2, nak lagi bergambar..... Jadi saya layan je kehendaknya sementara bateri kamera belom habis. Dia nak bergambar bersama abangnya saja....


Tiba2, mulut comelnya bercakap lagi, "kakak... nyom." Ah! Sudah, dia mahu bergambar bersama kak chik pula. Kak chik Sofie pula ketika itu berada di depan bersama abi dan abang Amniy, melihat abinya mengajar abang Amniy mengaji.

 Sementara Amniy selesai mengaji, mereka bertiga sibuk nak nyom (istilah Hijaz utk bergambar).
Umi..... layan je la...... selagi belum habis bateri kamera, selagi belom ada tanda merah pada kamera.

Selepas Amniy mengaji...... wah... semua sibuk. Abi tak nak ikut serta. Sebab tahu, nanti umi tayang kat blog! Nanti abi lagi glemer dari anak2, jadi, kasi can la kat anak2.... Hehehhe....

Sekian untuk paparan kali ini...... Adios!
p/s: sebeno eh, nak tayang gambar ber'watermark' ai tu..... kihkihkih!!!!!!!!! 
perasan cantik pulak gambar2 ai tu... :-P