Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Ke rumah BIL & Pertemuan Ahli RH di Rumah Pn. Admin

Assalamualaikum....

Pagi-pagi lagi sudah mahu update blog. Bukan apa, nanti tangguh2, cerita dah basi. Ni pun dah nak basi dah ni. Tapi, sebab mahukan catatan kehidupan tertera di sini, update jugak la......

Ahad lepas, 18 September, agak jauh saya dan keluarga berjalan, beraya dan menghadiri rumah terbuka. Kami ke Bangi. Eh, jauh ke? Rasa macam jauh je.... Di Bangi ni rumah abang ipar saya. Tak banyak ambil gambar pun, jadi tepek gambar yang sikit ni je la sebagai kenang-kenangan.

 Anak-anak sedara....

 Gambar budak ni, kena la tepek...

Tuan rumah yang sibuk ke hulur ke hilir.... BIL saya tu!

Yang menjadi excited sangat waktu ni sebenarnya pada hari tersebut ada perjumpaan geng Ratuhati.com di rumah Puan Admin. Kebetulan pula, rumah Puan Admin RH tak jauh dengan rumah BIL saya, jadi kesempatan yang sangat baik ini diambil oleh saya untuk bertemu sebahagian ahli RH. Ada beberapa ahli yang saya pernah bertentang mata kerana kehadiran mereka di teratak saya sebelum ini. Lihat di sini dan di sini. Tapi ramai juga yang baru pertama kali bersua muka.

Alhamdulillah, rasa syukur sangat diberi kesempatan memanjangkan ukhuwah yang selama ini hanya di alam maya. Juga rasa tidak puas kerana pertemuan yang sangat singkat dan masing2 sibuk dengan karenah anak masing-masing. Maklum la, budak2, kan..... Mungkin terlampau penat berjalan, jadi sampai kat rumah Puan Admin, ada yang dah mula mengamuk dan tak mahu lekang dengan ibu, tak boleh la ibu2 ni nak bersosial sikit. Walaupun pertemuan agak singkat, ia sangat bermakna....

 Bersama Ashila dan Ashlia.... 
Awal perkenalan mereka di alam maya, 2 nama ni selalu buat saya keliru.
Tapi sekarang tak lagi...... 
Ashila pernah bertandang ke rumah saya, sekarang saya menanti kedatangan Ashlia pula.....
Boleh ye Ashlia.... Mari la ke rumah akak. :-)

 Bersama Lidiawati dan anaknya.
Perkenalan di RH dan terus membawa ke FB..... :-)

Bergambar ramai2 bersama ahli RH yang hadir. 
Puan Admin yang pakai tudung biru kat depan tu....
Alamak, dia tengah betulkan tudung pulak.....

Meh kita crop sikit tengok Puan Admin meh....
:
:
:
Dari kiri : saya, Vill (Siti Munirah), Ashila dan Puan Admin kita- Kak Ummi (Asniza) 

Gambira sangat dapat bersua muka dengan Puan Admin. Selama ni, saya selalu gak la dok chatting dengan dia, kadang2 ada sms dia.... Sekali dapat bertentang mata. Alhamdulillah...... Semoga ukhuwah ini terus kekal.

Juga terima kasih tidak terhingga kepada suami tersayang kerana melayan kehendak saya juga menemani saya bertemu dengan geng RH ni. Harap2 suami tercinta saya ni, mahulah menjadi peneman saya andai ada perjumpaan di lain waktu yer... sayang la dia! Heheheheh

Ok, setakat ini saja untuk kali ini......

Monday, September 19, 2011

Lagi Rakan RH yang sudi berkunjung ke teratak Umisofie

Baru je update pasal rakan RH yang datang beraya ke rumah saya tadi... Ni tak sabar lagi nak update... hehehe. Seronok tau korang, dapat bertemu 4 mata dengan kawan2 alam maya.... Terlebih excited gitu.....

Keesokkan harinya, Sabtu 17 September, saya dikunjungi oleh seorang lagi sahabat alam maya dari Ratuhati.com. Tak pernah langsung bersua muka selama ni, hanya berfacebook dan di forum sahaja. Tiba2 kali ni, diberi keizinan untuk bertemu. Dia ialah Ashila Izz

Tapi, kesian dia.... layanan kasih sayang (bak kata kak Sue) agak kureng sikit. Maklum la, masing2 dah penat. Tapi, yang bestnya dalam penat2 tu, sanggup juga sahabat yang sorang ni berkunjung ke teratak saya. Alhamdulillah...... dan maaf la yer, Shila. Lain kali Shila datang, akak masak lebih sikit. Kali ni sempat buat bubur keledek caca marba jer.....

Macam biasa la... layan gambar....

 Sofie dengan Myra yang comel

 Hijaz juga... yg sebelum ni amat pemalu nak bergambar dengan Myra

 Shila dan suami.

Mummy dan anak.... Terima kasih Shila!

Shila, jangan serik ye datang rumah akak....
Nanti saya nak update lagi pertemuan dengan ramai lagi sahabat RH di rumah Puan Admin RH.
Nantikan yer....

~Rakan Ratuhati.com mengunjungi Umisofie~

Baru kesempatan update blog ini..... alasan biasa, sibuk sangat2....
Cuti sempena Hari Malaysia, 16 September lalu, rumah saya diterjah oleh sahabat2 Ratuhati.com. Sangat menyeronokkan sebab sebelum ni hanya bertemu di alam maya seperti di forum dan juga di facebook. Tapi, kali ini dapat bertentang mata dengan mereka. Sangat gembira.

Suami saya masak bihun sup siam dan mee goreng untuk menjamu tetamu istimewa yang hadir. Saya pula buat kek coklat dan dadih. Alhamdulillah, sebagai tuan rumah saya berbesar hati kerana kesudian mereka berkunjung ke rumah saya yang tak berapa nak besar tu, juga kesudian mereka menjamah hidangan yang ada.... Terima kasih banyak2 semua.....

Paling kelakar, masa semua dah datang tu, hujan lebat yang amat. Dan tiba2 eletrik tertendang, maka blackout sekejap. Makan la mereka dalam keadaan nampak tak nampak makanan tu...... Kilat pulak sabung menyabung, jadi tunggu kilat berhanti baru betulkan eletrik tu.....

Malas mahu bicara panjang2, marilah layan sikit gambar... Ooooppppssss, lupa nak bagitahu, mereka yang hadirkan diri ialah, Kak Sue Aleen, Della dan Zakirah.

 Sedang menjamu selera..... 
Sebenarnya, lampu bahagian makanan tu terbakar, jadi kualiti gambar tak best. Gelap pula....

 Kaum bapa yang baru nak bersilaturrahim.... sambil makan2...
Suami Della tu, dah kenyang gamaknya.... Suami Della kawan sekolah rendah saya dulu. 
Berkenalan pula dengan Della kat forum, tak sangka.... kecik je dunia :-)

 2 mak dara rancak berborak.... Della dan Kak Sue.
(macam biasa la kak Sue tu kan... suka beno berkontroversi dgn wajah. Tak nak interprm muka tu.
Demi permintaan dia, ditutup jua mukanya itu. :-) Sapa nak jumpa kak Sue, kena jalan2 rumah dia yer)

 Aisyah, anak dara Della bersama Sofie..... 
Teringat Aisyah tak nak balik sebab seronok berkawan...

Aleesya, anak dara Zakirah..... budak muka Korea bermata bulat.
Zakirah, suami akak kata muka Zakirah muka korea.... Cantik!
Belakang tu, si bujang kecik saya yang amat pemalu :-)

4 mak dara pilihan suami masing2... 
Hahahaha..... semua sudah berpunya suami dan anak2 yer.

Ok, setakat ni itu dulu yer....
 Entry akan datang, ada lagi seorang kawan RH yang bertandang ke rumah saya...... 
Siap? Nantikan.....

Monday, September 05, 2011

Riang Ria Aidilfitri 2011

Salam Aidilfitri yang Mulia semua....
Orang dah hampir basi bercerita tentang hari raya, saya baru nak mula. Baru sekarang dapat bercerita sebab baru sekarang online. Biasa la... raya, kan. Sibuk sentiasa. Lagi masa raya ni, keluarga saya ada kenduri tambah ahli. Hehehe... tu yang cari2 masa sesuai utk cerita tentang raya kami.

Tema ungu sekeluarga
Cerita raya saya sekeluarga macam biasa, macam tahun2 lepas. Malam raya saya di rumah ummi di Kampung Lubuk Pusing, dan pagi2 raya saya pulang ke Taman Aman, Sabak Bernam. Suami nak bersembahyang raya di Mesjid Sabak Bernam.

Selepas selesai solat hari raya, bersalam-salaman bersama MIL, FIL dan semua ahli keluarga, saya balik semula ke Lubuk Pusing untuk beraya di sana pula. Meriah sebab kampung saya dan suami berdekatan. Raya berlari ke sana ke mari. Setiap tahun berhari raya bersama kedua-dua belah keluarga.


Hijaz nak berjalan di hari raya pertama
 Anak-anak, antara yang paling gembira berhari raya. Lagi2 si Ikhwan dan Amniy, hasil berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu, terasa meraikan kemenangan di bulan Syawal ini. Paling sibuk mengumpul duit raya la... amboi! Sakan sungguh! Tapi, masih ragu2 nak terima, sebab Ikhwan pernah bercakap masa Ramadhan lepas, "Umi, kalau ada orang bagi duit raya, Iwan tak nak ambik la. Mana la tau dia orang miskin." Hahaha... anak bujangku. Balas saya, "Kalau orang bagi, ambik jer, ucap terima kasih. Kalau orang tu bagi, maknanya dia mampu, dia bukan orang miskin. Tapi, kalau orang tak bagi, jangan minta." Alhamdulillah, dia faham....

Sofie dan Hijaz, lagi la gembira. Budak tak puasa ni, paling hebat berhari raya..... Banyak ragam, banyak buat perangai. Penat agaknya berjalan2. Mujurlah Sofie senang dipujuk.... banyak ragam jugak, tapi, lepas meragam, tido......

Bersama Sofie.....
Berjalan di rumah saudara mara, anak dara saya menjadi perhatian. Maklumlah anak istimewa. Semua bertanya tentang kesihatan Sofie, perkembangan Sofie.... Alhamdulillah, sampai ke saat ini, 4 tahun Sofie beraya bersama kami. Allah masih mahu kami menjaganya. Allah beri kesihatan buat Sofie. Sofie pun bukan main seronok lagi berhari raya. Sesuka hati je dia, masuk rumah orang, buat macam rumah sendiri. Mujurla masih boleh di kawal..... tapi, bila orang bagi duit raya, dicampaknya sampul. Aduhai.... sah la, Sofie tak faham lagi. :-) Makanya, tiap kali dapat sampul duit raya, umisofie kena alert cepat.... kang mana2 tah dia letak.

Saya bersama adik beradik perempuan dan ipar2 perempuan
Raya tahun ni juga saya dan adik beradik saya yang lain tak sempat berhari raya bersama abi kami. Sebabnya, abi kami beraya di Kelantan, rumah mak muda kami. Kami panggil Ummi Thani....:-)  So, kitorang semua bersalam-salaman bersama abi masa raya ke-4. Tak kisah la, janji minta maaf......

Hari raya pertama tu, adik beradik dan ummi je jalan2 beraya. Konvoi ramai2.... adik-beradik saya ramai, 10 orang. Semua balik raya... jadi amat meriah dengan keriuhan berhari raya.......
Meriah dengan adik beradik sendiri....
Kemerihan memang sangat terasa sebab adik beradik saya ramai. Bayangkan..... saya anak sulong, jadi adik2 kat bawah saya semuanya agak muda, jadi, saya pun ikut berjiwa muda. Hahaha..... perasan sudah! Umur sudah 30 ok!

Tapi, memang best tau adik2 ramai ni.... Buat apa2 semua sama-sama, gaduh pun sama2. Makan pun sama2.... Bila ada yang dah berumahtangga, tambah ahli keluarga, lagi meriah....... Seronok betul!

Budak ni baik, lekat lama kopiah kat kepala dia.
Comel betul anak umi, soleh je nampaknya......
Raya kedua, saya berhari raya bersama keluarga suami. Agak suram sikit raya kali ni, sebab masing2 adik beradik suami saya beraya di rumah mertua. Ikut giliran la, kan... Jadi, nak beraya bersama2, berkonvoi2 tak terasa juga, sebab berjalan raya kereta sikit. Tak mengapa la, kan.... Masing2 sudah ada tanggungjawab dan giliran. Jadi, kena la adil dan saksama....

Dan keluarga saya tetap teruskan berjalan ziarah sanak saudara terdekat.... Rumah makcik, rumah pakcik..... Tapi, ada juga rumah yang tak sempat nak pergi. Kesuntukan masa betul la.....

Lagi pun, raya tahun ni, keluarga belah saya agak sibuk. Sebabnya, raya ke-4 hari tu, keluarga saya menerima seorang lagi ahli baru. Nanti2 saya ceritakan......


Umi dan Hijaz di raya ke-2, nak jalan2....
Kemeriahan Aidilfitri juga terasa apabila saya merasakan Hijaz sudah besar. Hahahaha.... tiba2 teringin nak baby lagi. Eh, boleh ke gitu? Tak de la... bila cium baby orang, rasa macam nak baby sendiri la pulak. Bukan apa, adik ipar saya baru je melahirkan baby baru... baru2 pun, ada la dalam 2 bulan. So, tahun ni dia beraya dengan baby baru. Bila dukung anak buah sorang ni, memang terasa betul nak baby. Tapi...... nanti2 la.....
Kot2 tahun depan pulak, kan.... Hahahahha......

Ish, merepek la pulak..... saya ni, mmg suka la bau baby. Harum semerbak je baunya, walaupun masam bangun tido.... Tapi, agak susah kot dapat baby sekarang. Kehidupan makin sibuk. Anak saya sendiri dah 4 orang, kalau ada baby,  mungkin tahun depan tak sempat nak buat kuih raya. :-) Ish.... melalut sudah!


Dengan Sofie pulak!

Daripada bercerita nak dapat baby baru, baik la fikirkan cara nak membentuk peribadi Sofie dan anak2 lain menjadi lebih baik dan mulia. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau belum ada, syukurlah dengan apa yang ada. Sofie tu sekarang banyak betul peelnya. Macam2..... nak sabar tahap wali, huh! 

Alahai, apesal cerita sampai cerita baby pulak ni? Tu la katanya, melalut tak habis2......

Ok, entry ni, mengucapkan selamat hari raya kat korang semua yang masih sudi baca blog saya ni. Saya ni tak sempat2 nak berjalan2 rumah korang. Jadi, cuci mata je la kat sini, eh.....

By the way, sorry ye korang.... lama betul tak BW. Nanti cari masa untuk BW. Jumpa entry lain! Maaf zahir batin!

Sunday, August 28, 2011

Minal Aidzin Wal Faizin - Salam Aidilfitri 2011


Assalamualaikum semua.....

Di kesempatan yang sungguh menyenangkan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf zahir batin buat semua teman2 blogger. Mungkin sepanjang saya menulis blog ini, ada insan2 yang berkecil hati dengan saya. Jadi, ampunkan saya yer...

Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi peluang oleh-Nya untuk kita meraikan hari baik ini bersama insan2 yang kita sayang. 
Terima Kasih, Ya Allah!!!! Kami bersyukur pada-Mu!

Hari ini, saya akan pulang ke kampung halaman, beraya di sana..... Jadi, saya berharap, pada kawan2 yang mahu pulang ke kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga semuanya selamat pulang dan selamat kembali. 

Salam Aidilfitri buat semua, Minal Aidzin Wal Faizin...... Kullu ammin wa antum bikhair!
Maaf Zahir Batin.....

Tuesday, September 21, 2010

Aktiviti raya ke-5 hari tu

Assalamualaikum....
Saja la nak story mory tentang kisah keluarga saya yang sempat ber'happy' dan berlibur ketika musim raya ni. Cerita ni pun dah agak basi.... tapi, memang dah niat nak kongsi dalam blog,kan, so cerita jugalah... see the blog`s title? Cerita umisofie, right? Jadi, umisofie akan terus bercerita....

Hari raya kelima hari tu la....family saya pakat2, plan2 nak berlibur, berendam kat Teluk Batik. Kami pun pergilah. Pergi tanpa abi saya...huhu. Sedih juga. Abi saya tak de masa tu. Dia balik Kelantan, kampung mak muda saya. Hehehe....jangan tak tahu tau. Saya ada 2 orang mak. Umi dan umi thani. Mak saya umi le... bangga gitu! So, demi permintaan anak2 ni, umi saya pun setujula untuk berhibur di Teluk Batik, bersama anak menantu dan cucu-cucu. Hehehe...paling happy? Off course la anak2 saya.....

Umi saya dah siapkan segala keperluan perut anak2nya ini. Adik ipar saya pun ada bawa sedikit bekalan perut. Saya? Hehehe...bawa perut kosong jer.... Bertuah punya anak,kan? Mana taknya, pagi nak pergi baru dorang call saya bagitahu nak ajak gi berkelah. Mana sempat nak bawa apa2. Umi saya kata, "ko bawa je perut kosong. Umi dah siap semuanya." Wah....sangat bertuah ini orang yer!

Tapi, suami singgah juga pasaraya untuk membeli sekaton air kotak sebagai bekalan. Maklumlah, pergi 3 biji kereta penuh, mesti habis punya. Keluarga saya sampai agak lewat. 2 biji kereta sudah sampai, dan masing2 dah tukar pakaian untuk mandi manda di laut. Ikhwan dan Amniy paling tak sabar bila engok makcik2 dan pakcik2 mereka sudah bersedia sepenuh hati. Saya paling relax, suami pun relax je. Sebab tak perlu menjaga anak lelaki kami yang dua orang tu. Sudah ramai penjaga dan pelayan mereka. Syok sungguh berkelah dengan budak2 ni. Sonang akak korang. Hehehe.... lain kali, nak berkelah ajak korang tau!

Sebenarnya, minggu tersebut merupakan minggu2 terakhir kami semua bersama salah seorang adik saya. Dia telah pun terbang merantau ke negara orang untuk berjuang. Adik saya telah ke Cairo. Huhuhu....sedih! Tak mengapalah, nanti saya cerita pasal dia. Sekarang cerita gembira2 ok!

Gambar2 ketika berkelah di Teluk Batik amatlah banyak. Ini baru sebahagian. Belum campur gambar dalam kamera adik saya lagi. Ni pun dah tak larat nak edit dah. Cukuplah ini saja buat tatapan semua. Elleh, macamlah ada yang nak tengok gambar2 ni,kan? Eh, ada kot.....

Silalah ye....menonton gambar2 kegembiraan keluarga saya berkelah di tepi pantai nan indah....mandi-manda di laut nan membiru....hehe. :-) Tontonan percuma je...tak perlu bayar. :-)

Di tepi pantai Teluk Batik

Adik beradik saya sibuk melayan anak buah

Kat pondok kami berteduh, makan2, sembang2 a.k.a gosip2, tido2..... Yang pakai baju warna biru tu umi saya. Sweet tak umi saya? :-)

Umisofie dan abisofie melayan karenah Sofie. Sofie mandi laut, tak nak keluar dari air laut. Dia siap beratkan badan bila nak diangkat ke tepian... so clever ini girl yer.... Tapi, tak boleh biarkan dia lama2 berendam. Demam pulak anak dara ni.....

Sessi makan2, rehat2, gosip2, posing2...hehe. Sangat seronok berehat di tepi pantai. Gambar terakhir tu la adik saya yang telah pun merantau ke negara Timur Tengah, melanjutkan pelajarannya. Sedih pulak bila tengok gambar2 dia. Ni gambar candid dia saya ambil masa dia tengah tido sambil layan MP3nya.

Sessi mandi manda stop waktu azan Zuhur berkumandang. Lepas mandi manda, makan2. Bersihkan diri, tukar pakaian bersih untuk solat Zuhur. Lepas solat Zuhur, rehat2 kejap. Cuaca dah sedikit redup, masing2 sambung mandi. Aduhai....sakan sungguh mereka. Ikhwan dan Amniy siap cakap, "kita balik petang ye, mi." Hehehe....tak puas lagi bermain air. 

Selesai semuanya, jam 6 petang, masing2 bersihkan diri. Tukar lagi pakaian bersih siap sedia untuk pulang. Masing2 sudah penat. Selepas semua tunaikan solat Asar, terus cabut pulang ke Sabak Bernam..... 

Lain kali, ada waktu, kita luangkan masa lagi untuk berkelah ye adik2ku.....

Sunday, September 19, 2010

Cerita Raya Keluarga Saya

Entry terbaru ni...panas lagi walaupun cerita dah hampir basi. Wakakaka.....
Semua blog ada cerita raya tersendiri. Saya pun nak kongsi cerita raya keluarga saya juga. Hehehe...sambil2 tgk2 gambar raya keluarga saya.....

Saya, setiap tahun berhari raya konsepnya sama. Malam raya di rumah PIL, pagi raya, selepas solat Aidilfitri, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, saya akan cabut balik kampung saya jumpa dengan umi dan abi saya pula. Kampung saya dengan rumah PIL tak jauh mana pun, boleh cabut lari, berkejar sana sini. Tahun ni, seperti yang sedia maklum, hari raya pertama saya tema hijau. Kami anak beranak memakai baju warna hijau. Sangat nyaman pandangannya...Hehehe...tema bidan terjun ni. Aci rembat je masa beli baju raya hari tu. 

Hari raya pertama, saya bersama keluarga sebelah saya, berkunjung-kunjungan rumah saudara2 yang agak tua...hehe...tua ke, eh, warga veteran. Makcik pakcik saya semua duduk di area KL dan Lembah Klang. Kalau kata nak berkunjung ke rumah makcik pakcik, belum lagi la.... So. hari raya pertama ziarah rumah atok nenek saudara ler.... Sangat seronok! Anak2 paling seronok.....

Ok, now...time to tayang2 gambar raya ok. Saya terpaksa edit semua picca raya saya seperti di bawah sebab nak jimat ruang. Hehe.....

Gambar 1- saya bersama Ikhwan dan Hijaz
Gambar 2- saya bersama anak saudara, Ulfa namanya
Gambar 3- Keluarga saya bersama FIL dan sebahagian anak saudara. MIL saya berada di dapur ketika itu
Gambar 4 - Ikhwan dan Amniy bersama sepupu-sepupunya

Gambar 1- saya dengan cik hubby terchenta saya
Gambar 2- saya dengan Hijaz. Sebelah tu umi saya...miss n luv u,umi.
Gambar 3 - Sofie bersama Ulfa
Gambar 4 - saya bersama Hijaz

Gambar 1 - sebahagian adik beradik dan ipar saya. (adik beradik saya ramai woooo.....ini baru sebahagian)
Gambar 2 - Pengantin baru yang baru first time beraya bersama. Adik saya Nasaie dan isterinya, As. Nasaie tu tengah dukung anak saudara. Dah tak sabar la tu nak timang cahaya mata. Sabar ok! Tahun depan, ada rezeki, korang beraya dengan anak sekali. Hehehe....
Gambar 3- Embah wedok a.k.a nenek saya
Gambar 4 - adik perempuan saya, Nurul. (Elleh, maintain cun la tu)


Cerita hari raya kedua dan ketiga keluarga saya, saya bersama keluarga belah suami pula. Mari kita cuci mata lagi, melihat segala macam gelagat keluarga saya berhari raya. Heheh..... ( ini entry tayang gambar ye)

Gambar 1- Sofie nak berhari raya. Belakang tu abisofie. Melihat ke arah umisofie yang sedang menyenap gambo.
Gambar 2 - Saya la tu, bersama Sofie dan Hijaz
Gambar 3 - siapa lagi tu, si Hijaz debab dalam mood hari raya
Gambar 4 - dua orang teruna saya, Ikhwan dan Amniy

Gambar 1- suami saya dengan Hijaz, ni raya kedua, sedang berhari raya di rumah salah seorang makcik belah suami
Gambar 3 - Amniy di hari raya ketiga...makan2 sebelum berjalan raya.
Gambar 4 - suasana makan lagi. Belakang sana tu, abang ipar saya. Sian dia, isterinya dalam pantang. So, dia balik kampung sorang diri......
Gambar 4 - Hijaz bersama sepupu comelnya, Aisya Zinnirah. Sebelah Aisya tu saya ler.... 

Ok, rasanya, cukup dulu untuk entry kali ini. Korang boring pulak nanti, saya ni dok tayang gambar2 keluarga saya. Jangan la boring yer... hehe. Apapun, selamat menghabiskan baki2 Syawal ini dengan jayanya. Paling penting, jangan lupakan puasa sunat 6 hari yer. Ada masa banyak lagi ni untuk dikejar. 

Entry akan datang, saya nak story sikit antara aktiviti raya keluarga saya bersama adik beradik saya...... Nak cerita sekali dalam entry ini, alahai....sempitnya ruang. Tunggu entry akan datang yer.  :-)

Kunjungan merapatkan ukhuwah

Salam Lebaran semua. Masih lagi dalam suasana lebaran,kan.... seronok bila baca blog kawan2 semua beraya sakan. Saya ada macam2 cerita ingin dikongsikan bersama. Saya akan kongsikan satu persatu ye.... banyak sangat ni. 

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang seseorang sahabat maya saya yang sudi bertandang menziarahi rumah saya malam tadi. Sambil berziarah sambil berhari raya. Sangat berbesar hati menerima kehadiran beliau. Sangat teruja juga.... dia yang saya maksudkan ialah seorang sahabat blogger, Kak Laili.

Sebenarnya, Kak Laili berhasrat mahu bertandang ke rumah saya pada hari sebelum itu. Tapi, memandangkan saya tiada di rumah, terpaksa menukar plan. Akhirnya, sampai juga Kak Laili ke teratak buruk saya. 

Terima kasih Kak Lali, atas kunjungan yang sangat2 menggembirakan. Terima kasih buat puteri2 Kak Laili, Puteri dan Dayang kerana bawakan hadiah comel buat Sofie dan Hijaz. Semoga kita ada harapan untuk bertemu kembali, insya Allah.

Hadiah dari Puteri dan Dayang.

Nota umisofie: Sebenarnya, saya ada merakamkan beberapa keping gambar bersama Kak Laili. Tetapi, atas permintaan beliau, saya tak jadi uploadkan di sini. 

Thursday, September 16, 2010

Bertemu kembali di Hari Raya

Assalamualaikum semua... Selamat Hari Raya Aidifitri kepada semua pembaca. Lama sungguh blog ini menyepi. Saya baru je sampai ke Rawang malam tadi. Sangat penat ok! Rumah pun tunggang langgang bagai tongkang pecah. Sebelum mengemas apa yang patut, rasa ingin melepaskan kerinduan pada blog ini.

Wah...!!!!! Seronok ye korang...menyambut hari mulia bersama keluarga. Saya juga begitu. Pulang ke kampung untuk bersama orang tua dan semua saudara mara. Paling gembira, tentulah anak2. Sibuk mengumpul duit raya. Sebolehnya, pupuk dalam diri anak2, bukan duit raya yang kita cari bila berkunjung ke rumah sanak saudara. Kalau tuan rumah beri, alhamdulillah. Kalau tuan rumah tak beri, jangan minta. Ada sesetengah budak siap cakap lagi, "rumah ni tak dapat duit" Hehehe....pandai sungguh! Saya cuba memberitahu anak2 tentang ini. Alhamdulillah....mereka faham. Eh, cerita apa la saya ni.... :-)

Ok, entry kali ni tak nak banyak cerita. Saya pun belum selesai kemas rumah. Saja, take time untuk berblog, sebab sangat rindu pada blog. Insya-Allah, entry akan datang, saya kongsi pelbagai cerita tentang raya saya dan keluarga. 

Keluarga saya di hari raya pertama 
(Saja le tepek...hehe)

Tuesday, September 07, 2010

Last minute enty before Hari Raya!

Beberapa hari terpaksa lupakan blog ini. Tapi, memang tak boleh lupa la...rindu weh...rindu dengan blog ni. Rindu nak blogwalking.... Lagi pun sedih....Ramadhan akan tinggalkan kita.... :-(

Okeh! Ini projek last minute saya dengan cik suami dalam minggu ni. Minggu last raya ni, dalam masa 3 hari, kami dapat buat 6 jenis biskut raya. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun pertama kami membuat biskut raya sendiri. Tahun2 sebelum ni, biskut raya semuanya tunjuk saja....beli le...hehe. Tahun ni, saja nak rasa air tangan sendiri. Hasil...wallah.... cantik gitu. Sangat perasan dak Fiza ini ye.
Saya peminat tart. So, saya mencari aneka resepi tart untuk dicuba. Tak sangka juga, saya dan suami terchenta boleh hasilkan 3 jenis tart yang berlainan. Untuk gambar pertama tu, Tart Tuna. Sangat berbeza dari tart2 sebelum ni. Resepinya dapat di majalah Rasa. Rasa tart ini sangat sedap dan enak. Dan FYI, tart tuna ini telah dihasilkan oleh cik suami saya 100% tanpa bantuan saya, ok! Sangat berbangga mendapat suami seperti dia...oh, I love u, dear!

Untuk gambar kedua pula, ialah Tart Sekundang. Isi dalam tart ini, jem nenas. Sedap juga rasanya, cuma saya masih tak puas hati sebab belum lagi dapat menghasilkan tart yang gebu. Apa ye rahsia tart gebu ni? Apapun, rasa tart sekundang ni, sedap sekali. Resepi ini juga saya dapat dari majalah Rasa.

Gambar ketiga tu pula Tart Coklat. Satu inovasi yang sedikit lain dari yang lain. Ok, resepi asal tart ini saya minta dari dari Atun. Tq Atun, sorry, akak ubah filling. Heheh..... Asalnya, nak letak jem nenas, tapi, masa buat tart ni, jem nenas belum beli. Kebetulan ada coklat kat rumah. Saya gaulkan coklat yang agak cair  dengan kacang tumbuk untuk dijadikan filling tart itu. Rasa...jangan cerita la. Saya telah makan tart itu untuk korang semua, ok!

Selain 3 jenis tart kat atas tu, saya juga dengan amat rajinnya membuat 3 jenis kuih lain. Mari kita lihat,ok!
Gambar pertama, tau dah, mesti korang agak itu ialah cornflakes madu,kan? Hahahaha....salah! Itu bukan cornflakes madu ye. Jangan tak percaya, itu ialah belinjau madu. Tahu tak belinjau? Alaaaa....emping belinjau. Sejenis keropok, yang kita goreng dan rasanya lemak2 pahit gitu. Setengah orang tak gemarkan keropok belinjau ini. Tapi, bila keropok belinjau ini dijadikan belinjau madu, rasanya.....uuummpphhh! Kalah cornflakes madu tau! Anak saya, Ikhwan yang tak suka makan keropok belinjau, bila dia rasa belinjau madu tu, terus jatuh chenta ok! Cara buat, sama je dengan cornflakes madu.

Gambar kedua tu, macam biasala....Biskut Arab. Saya sukakan biskut arab ni, sebab rasanya yang macam susu,kan? Nak buat pun mudah.....

Gambar ketiga tu pula, Peanut Butter Mazola Cookies. Resepinya sama je macam nak buat biskut mazola tu, cuma dalam adunan tu saya campurkan dengan peanut butter. Rasa pun lebih sedap, lembut jer.....

Ok, tu je la kot untuk entry kali ini. Last entry before hari raya, esok...saya akan pulang ke kampung. Jadi, saya tak akan dapat berinternet, tak dapat berjumpa blog....huhu. Sedihnya... Tak pe, lepas balik berhari raya di kampung, saya balik semula ke sini. Kita akan bercerita lagi pelbagai kisah raya pulak.

Saya sekeluarga mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MINAL `AIDIL WAL FAIZIN. KULLU `AMMIN WA ANTUM BIKHAIR..... buat semua pembaca blog saya ini. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna. Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Selamat tinggal Ramadhan, pemergianmu kami rindukan. Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang.