Tuesday, September 07, 2010

Last minute enty before Hari Raya!

Beberapa hari terpaksa lupakan blog ini. Tapi, memang tak boleh lupa la...rindu weh...rindu dengan blog ni. Rindu nak blogwalking.... Lagi pun sedih....Ramadhan akan tinggalkan kita.... :-(

Okeh! Ini projek last minute saya dengan cik suami dalam minggu ni. Minggu last raya ni, dalam masa 3 hari, kami dapat buat 6 jenis biskut raya. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun pertama kami membuat biskut raya sendiri. Tahun2 sebelum ni, biskut raya semuanya tunjuk saja....beli le...hehe. Tahun ni, saja nak rasa air tangan sendiri. Hasil...wallah.... cantik gitu. Sangat perasan dak Fiza ini ye.
Saya peminat tart. So, saya mencari aneka resepi tart untuk dicuba. Tak sangka juga, saya dan suami terchenta boleh hasilkan 3 jenis tart yang berlainan. Untuk gambar pertama tu, Tart Tuna. Sangat berbeza dari tart2 sebelum ni. Resepinya dapat di majalah Rasa. Rasa tart ini sangat sedap dan enak. Dan FYI, tart tuna ini telah dihasilkan oleh cik suami saya 100% tanpa bantuan saya, ok! Sangat berbangga mendapat suami seperti dia...oh, I love u, dear!

Untuk gambar kedua pula, ialah Tart Sekundang. Isi dalam tart ini, jem nenas. Sedap juga rasanya, cuma saya masih tak puas hati sebab belum lagi dapat menghasilkan tart yang gebu. Apa ye rahsia tart gebu ni? Apapun, rasa tart sekundang ni, sedap sekali. Resepi ini juga saya dapat dari majalah Rasa.

Gambar ketiga tu pula Tart Coklat. Satu inovasi yang sedikit lain dari yang lain. Ok, resepi asal tart ini saya minta dari dari Atun. Tq Atun, sorry, akak ubah filling. Heheh..... Asalnya, nak letak jem nenas, tapi, masa buat tart ni, jem nenas belum beli. Kebetulan ada coklat kat rumah. Saya gaulkan coklat yang agak cair  dengan kacang tumbuk untuk dijadikan filling tart itu. Rasa...jangan cerita la. Saya telah makan tart itu untuk korang semua, ok!

Selain 3 jenis tart kat atas tu, saya juga dengan amat rajinnya membuat 3 jenis kuih lain. Mari kita lihat,ok!
Gambar pertama, tau dah, mesti korang agak itu ialah cornflakes madu,kan? Hahahaha....salah! Itu bukan cornflakes madu ye. Jangan tak percaya, itu ialah belinjau madu. Tahu tak belinjau? Alaaaa....emping belinjau. Sejenis keropok, yang kita goreng dan rasanya lemak2 pahit gitu. Setengah orang tak gemarkan keropok belinjau ini. Tapi, bila keropok belinjau ini dijadikan belinjau madu, rasanya.....uuummpphhh! Kalah cornflakes madu tau! Anak saya, Ikhwan yang tak suka makan keropok belinjau, bila dia rasa belinjau madu tu, terus jatuh chenta ok! Cara buat, sama je dengan cornflakes madu.

Gambar kedua tu, macam biasala....Biskut Arab. Saya sukakan biskut arab ni, sebab rasanya yang macam susu,kan? Nak buat pun mudah.....

Gambar ketiga tu pula, Peanut Butter Mazola Cookies. Resepinya sama je macam nak buat biskut mazola tu, cuma dalam adunan tu saya campurkan dengan peanut butter. Rasa pun lebih sedap, lembut jer.....

Ok, tu je la kot untuk entry kali ini. Last entry before hari raya, esok...saya akan pulang ke kampung. Jadi, saya tak akan dapat berinternet, tak dapat berjumpa blog....huhu. Sedihnya... Tak pe, lepas balik berhari raya di kampung, saya balik semula ke sini. Kita akan bercerita lagi pelbagai kisah raya pulak.

Saya sekeluarga mengucapkan SALAM AIDILFITRI, MINAL `AIDIL WAL FAIZIN. KULLU `AMMIN WA ANTUM BIKHAIR..... buat semua pembaca blog saya ini. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna. Sambutlah dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Selamat tinggal Ramadhan, pemergianmu kami rindukan. Semoga berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang. 

Friday, September 03, 2010

Membebel lagi si Fiza ni!

Salam Ramadhan semua....
Cepat je masa berlalu, dah hari ke-24 kita berpuasa. Ada lagi 6 hari menjelang Aidilfitri. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang mulia. Pesta beribadah hampir meninggalkan kita. Mampukah kita beribadah sama seperti kita beribadah di bulan Ramadhan? Saya sediri tak tahu sejauh mana kemampuan saya. Kita cubalah yer....mood sedih sangat ni :-(.

Persiapan hari raya saya sekeluarga biasa2 sahaja. Sekadar bertukar baju. Belilah juga baju baru, time raya ni la nak merasa berbaju baru. Anak2 semua menginjak usia, bentuk badan pun berubah. Mana mungkin pakai baju lama kembali, dah senteng, sendat dan tak selesa di pandang. Cadangnya, raya tahun ni mahu membeli pakaian buat anak2 sahaja. Tapi, ada rezeki lebih sikit, umi dan abi juga sambar sorang sepasang. Jadilah... untuk hari raya pertama. Hari raya kedua, ketiga dan seterusnya, gunakan baju yang dah sedia ada je la. Berjimat la sikit....

Saya bukan jenis bertukar langsir, bertukar perabot ketika hari raya. Gunakan yang ada je. Tak ada maknanya la nak bertukar bagai....buang duit je. Kasut anak2 pun....mmmm, mungkin tak bertukarlah. Tahun2 lepas, sibuk dok membeli kasut, akhirnya sandal juga yang mereka cari. So, tahun ni, abi dah kata, tiada kasut raya. Pakai je sandal yang ada. Melainkan sandal koyak ke, hilang ke, jangan saja digunting bagi putus sudah.

Saya mohon maaflah andai sepanjang minggu ni saya tidak ziarah blog kawan2. Sebab, sedia maklumlah,kan. Ramadhan hampir berlalu pergi....pasti sisa2 Ramadhan yang tinggal ini ingin saya penuhi dengan sedikit amalan. Saya belum khatam lagi ni. Sempat ke tidak. Macam tak sempat, sebab dah banyak tertinggal. Mesti kawan2 semua dapat khatam,kan? Sedihnya la....

Hari raya pun hampir menjelang tiba. Kuih raya saya belum selesai lagi. Nak buat juga la sikit2, beli2 ni macam tak best pulak. Raya tahun2 lepas, saya beli je. Tahun ni saya buat sendiri dalam 3-4 jenis. Buat sikit2 jer. Rumah pun tak settle lagi. Nak berkemas, nak basuh langsir....nak repair baju raya anak2. Maklumlah, baju semua beli siap je. Tak pernahnya tempah. Jadi, ada yang terpanjang...kenalah repair sikit. Terutamanya baju Ikhwan dan Hijaz. Nak jahit sendiri, lagi la tak sempat. Ke tak pandai? 

Tak tahu nak tepek gambar apa, jadi, saya tepek la gambar hasil rembatan shopping raya fasa ke-2 kami baru2 ni. Hehehe.... Baju2 yang bakal dipakai pada hari raya pertama nanti, Insya-Allah. Tema warna, hijau tak sekata. Maklumlah, beli.

Ok, nanti kita jumpa lagi pada entry sebelum raya ye...sebelum saya balik kampung, saya akan update satu entry khas... ceh, konon! Macam la ada yang ternanti2 entry dari Fiza ni yer....perasan!

Wednesday, September 01, 2010

Sofie mengamuk, Ikhwan makin matang

Sepanjang hari Sofie mengamuk.... Dari pagi sampai ke petang, tido sekejap, mengamuk lagi. Tido lagi sekejap, bangun dan ngamuk lagi. Umpan la dengan apa saja, semua dia tolak tepi. Bagi makan nasi, diam sekejap, makan sesuap dua je, pastu nangis lagi. Nak kata demam, tak panas pun. Saya umpan pula dengan agar-agar lembut blackcurrent buatan semalam, dia layan juga. Semangkuk juga Sofie makan. Tapi, lepas tu, mengamuk lagi. Dia campak lagi....aduh...menguji kesabaran sungguh. Mujurlah Hijaz baik sangat. Selalu beri kerjasama bila kak chik buat hal.

Kadang2, saya sampai sakit kepala bila Sofie buat hal. Saya sering berdoa, minta Allah kuatkan hati saya, kuatkan kesabaran saya melayan segala macam karenah anak2. Maklum saja, anak2 terlalu kecil, Hijaz pulak jenis nak melekat susu dengan uminya ini. Kita ni dah la banyak kerja nak buat.  Jujur saya katakan, kadangkala rumah bagai tak terurus kalau anak2 meragam, buat hal. Pinggan tak terbasuh, kain tak tersidai.... Adakalanya, saya saja pekakkan telinga dengar tangisan anak, terus selesaikan kerja2 rumah. Tapi hati saya selalu kalah. Mana sanggup seh, biarkan anak menangis berterusan. Kadang2 hati nak marah jugak!!!!! Istighfar banyak2...saya selalu jadi sakit kepala bila anak menangis. Stresskah saya? Oh tidak!!!!! Saya harus bergembira demi anak2...

Lalalalalalalalala....hehehe....

Sofie mengamuk sepanjang hari ini. Saya umpan kamera, dia tolak tepi...saya kuatkan hati mengambil Sofie yang tengah mengamuk.....

Alhamdulillah, mujur Ikhwan semakin matang. Saya sendiri perasan, sejak Ikhwan pulih dari demam ni, perangai dia sangat2 berubah. Nampak dia lebih penyayang, kurang bergaduh dengan Amniy, lebih prihatin pada adik2nya. Dia sambung berpuasa pun, lebih banyak sabar dan tenang. Lepas balik sekolah, dia duduk atas sofa, cakap apa yang perlu je dengan adik atau saya, dan lepas tu tido sampai petang. Alamak....terlebih tidur pulak budak ni. Tak kisahlah, janji dia tak bising minta makanan.

Mungkin demam dia yang lama hari tu ada hikmah tersembunyi.... demam dia mengajar dia erti matang. Dan puasa dia juga mengajar dia erti hidup... sabar, tenang, penyayang dan SOLEH!


Ikhwan layan Sofie dalam kereta, eh..nampak macam Sofie kena paksa je. Hehehe....