Friday, January 11, 2013

Beg sekolah sokongan belakang Ikhwan

Selamat hari Jumaat.... Semoga sentiasa hidup dalam keberkatan.
Sekolah dah nak masuk minggu ke-3. Tapi, saya masih cuba belajar untuk menguruskan masa dengan betul. 
Bila Amniy, anak ke-2 sudah masuk Tahun Satu, masa harian turut berubah.
Apapun, nak update tentang isu beg sekolah. 

Akhirnya..... kami telah pun jumpa beg sekolah sokongan belakang khas buat Ikhwan.
Tiada lagi masalah beg sekolah berat.
Feedback Ikhwan : Ok, mi. Selesa, tak rasa berat pun beg ni.
Alhamdulillah.......



Harga beg....... Huhuhu.... memang agak mahal berbanding beg sekolah biasa.
2 kali ganda dari beg sekolah biasa. Tapi, disebabkan risau kesihatan tulang Ikhwan, beli jugak la.
Nak tahu harga? RM80.......


Lagipun, Ikhwan gi sekolah naik basikal..... Jadinya, beg sokongan begini mambantu ringankan beban buku sekolah. 


Ok, sekian dulu buat kali ini. Jumpa lagi di lain hari.....

Tuesday, January 01, 2013

Post Pertama 2013 - Cerita beg sekolah -

Selamat tahun baru, tahun 2013 sudah menyusul. Hari ini hari pertama untuk kalender Masihi 2013. Selamat tinggal 2012. Alhamdulillah..... masih lagi diberi nyawa untuk kita menghirup udara dibumi Allah ini. Pada yang sambut tahun baru malam tadi dengan dendangan aneka konsert yang melalaikan, semoga diberi hidayah oleh Allah. Kepada yang menghadiri majlis2 ilmu dengan para ilmuan, Alhamdulillah. Teruskan usaha untuk terus memperbaiki diri menjadi hamba ALLAH yang beriman.

Esok, bermulanya hari pertama persekolahan untuk sessi 2013. Banyak yang saya perlu selesaikan. Amniy, anak kedua saya akan masuk Tahun Satu, in sha Allah. Ikhwan pula masuk Tahun Tiga. Ada beberapa barang yang belum kami cari. Beg sekolah..... sian anak2. Hari ini juga akan diselesaikan semuanya. Semoga semuanya sentiasa berjalan lancar.

Sebenarnya, kami mencari beg sokongan belakang untuk 2 orang anak kami tu. Pengalaman 2 tahun melihat Ikhwan menderita membawa beg sekolah yang biasa tu. Anak2 sekarang pergi ke sekolah membawa bebanan buku yang amat berat. Bayangkan! Satu hari ada 5, 6 subjek. Anak2 kena bawa buku teks, buku aktiviti dan buku tulis latihan untuk setiap subjek. Makanya, sehari anak2 kena bawa 5 buah buku teks, 5 buah buku aktiviti dan 5-7 buah buku tulis. Dalam satu beg, anak2 perlu bawa lebih kurang 15, 17 buah buku. Saya tengok Ikhwan bawa beg pun sangat terseksa. Tu belum bawa barang2 tambahan, kalau ada subjek pendidikan seni visual. Dan kadang2 guru minta anak2 bawa barang2 lain untuk aktiviti lain. Belum campur bebanan bekas minuman dan makanan. 

Bila saya tengok betapa teruknya Ikhwan kena pikul beg yang berat, kadang2 saya tak sanggup nak bekalkan minuman dan makanan. Tak sanggup nak tengok dia bawa barang banyak ke sekolah. Tapi, kalau nak bawa juga, saya bungkuskan dalam plastik. Lepas makan kat sekolah, dia boleh buang plastik dalam tong sampah. Bekalan minuman.... memang tak boleh nak kata apa. Memang kena bawa. Selitkan juga di sisi beg.

Sepanjang 2 tahun melihat Ikhwan membawa beg sekolah biasa, saya cuba bayangkan keadaan dia sewaktu turun dari van. Van hanya berhenti di hadapan pintu sekolah. Ikhwan perlu berjalan dari luar pagar sehingga masuk ke kelas. Agak jauh perjalanannya..... dia mungkin akan mengalami masalah tulang belakang kerana terpaksa membongkokkan badan ketika membawa bebanan beg. Tinggalkan buku teks di sekolah? Owh.... sama sekali tidak boleh. Sekolah 2 sessi, amat tidak bijak apabila ambil keputusan tinggalkan buku di sekolah. Hilang buku, tanggungjawab kami untuk menggantikan buku yang hilang. Buku pinjaman sekolah, harus dijaga dengan baik.

Kami cuba membuat tinjauan, mencari dan terus mencari beg sekolah yang betul2 sesuai dengan Ikhwan dan Amniy. Banyak di pasaran sekarang beg sekolah sokongan belakang. Tapi.... harganya agak mahal. Ada rezeki lebih sikit ni, In sha Allah, kami akan belikan buat mereka. Hari ini, hari terakhir membuat persiapan untuk esok. In sha Allah, segalanya akan diselesaikan pada hari ini. Semoga semuanya berjalan lancar.

In sha Allah.... kalau kami dapat cari beg sekolah sokongan belakang untuk anak2, saya cuba update sini. :-)

Ya Allah, berikan kesihatan yang baik buat kami untuk kami terus beribadah kepada-MU.

SELAMAT TAHUN BARU 2013.

Wednesday, December 12, 2012

5 tahun sudah si Sofie

Banyak cerita tergendala.... cuti sekolah, bagai cuti online buat saya. Kesuntukan masa untuk berjimba2 depan PC, berfacebook, berblog walking, berforum... semuanya bagai angin lalu saja. Curi2 masa je ni untuk update.

Beberapa hari lepas hari lahir Sofie sebenarnya. 10 Disember..... Sofie cukup berusia 5 tahun. Terima kasih Allah, masih beri kesempatan Sofie terus bersama kami, Alhamdulillah......
Semoga Sofie terus sihat dan ceria... bijak terus untuk ke sekolah.


Tiada harapan setinggi gunung buat Sofie. 
Cukuplah sekadar Sofie diberi kesihatan yang cukup baik.
Sofie kakak yang penyayang.... 
Sebenarnya, pada hari berkenaan sempat la buat makan2 sikit dengan sepupu2 Sofie bersama atuk dan nenek, Alhamdulillah-....
Tiada party besday besar2..... cukup sekadar bacaan doa selamat dari si Atuk.
Semoga Sofie terus membesar dengan sihat, Amin.....