Wednesday, October 02, 2013

Selamat hari lahir, Hijaz! 4 tahun dah dia!!!!!!!

Bismillah.... Assalamualaikum.
Sekali kesibukan melanda menyebabakan niat saya untuk aktif berblog hangat2 tahi ayam. Huhuhuu..... Sabar je la tau!.

Sudah malam..... dari pagi tadi cuba cari masa untuk update tentang anak saya. Jadinya, sebelum jam 12 malam, sebelum melangkah ke hari esok, saya cuba juga luangkan masa untuk update. 

Hari ini 2 Oktober, hari lahir anak ke-4 saya, Hijaz Muhammad. Ingat lagi tak Hijaz? Heheheh..... Tak sangka, boy umi itu sudah 4 tahun. Tahun depan boleh sekolah.


Mmmmmm, punya la sibuk si umi. Gambar hanya download dari FB je. Malas umi nak cari gambar2 lain untuk dipaparkan disini. By the way Hijaz,  umi dan abi sentiasa akan mendoakan Hijaz menjadi anak soleh wa musleh ok! Anak yang taat pada perintah Allah dan Rasul, juga menjadi abang yang penyayang buat adik Amal (setakat ni adik Hijaz cuma Amal :-)) dan menjadi adik yang baik pada abang2 dan kakak Sofie. Umi juga berharap, Hijaz akan menjadi cucu yang soleh buat atok, nenek, tok abi dan tok umi, ok! Kiranya, Hijaz ni insya Allah la, akan menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat, amin! Sayang Hijaz, sayang sangat2. Muah! Muah!

Ok, sempena hari lahir Hijaz ini, umi belanja keluarga makan. Makan di rumah saje. Abi belikan ok. Vavavava..... Tengok apa yang abi Hijaz ni beli. Pizza Domino kaw! Mmmmm, sedapnya. Habis diet umi malam ni. Huwaaaaa....!!!!!!!!!!!!!


Abi Hijaz beli yang extra large ni 2 kotak. Mak aihhhhh.... Besau amat! Apa lagi, kongsikan kegembiraan Hijaz dengan jiran kiri kanan. Jiran kiri kanan tu la kawan2 Hijaz sekarang. Akan datang kalau dah sekolah, sambut kat sekolah pulak dengan kawan2, insya Allah!


Kami sekeluarga makan pizza ni sampai kenyang. Alhamdulillah.... Hasil umi jual kek, dapat belanja Hijaz dan adik beradik makan. Abi tu boleh je nak belanja. Bila2 je boleh. Tapi, kali ni.... khas untuk Hijaz Muhammad, umi yang belanja. Hahahaha (gelak berlagak! Astaghfirullah!)

Ok, sekian dulu! Daaaa......
*******************************************************************************
Alamakkkkkk...... Lupa nak tambah! Sebenarnya kan Hijaz minta kek hari jadi. Huhuhu..... Sian dia. Umi dia buat kek untuk orang, tapi hari lahir anak sendiri umi tak buat pun kek. Teruk kan umi Hijaz ni. Tapi..... sebab Hijaz yang minta, umi buatkan juga la keknya. Buat kek coklat lempap je pun, kebetulan ada orang tempah kek coklat, umi lebihkan sikit bancuhan untuk buatkan Hijaz kek yang comel.

Ingatkan kek tu umi nak buat triffle. Tapi bila cek barang tak cukup, umi malas nak keluar, umi teruskan je la tepek cream cheese frosting pada kek coklat tu. Jadilah ia Cream cheese chocolate cake. Tah hapa2 namanya, kan?


Nampak tak, punya pemalasnya si umi Hijaz, upload pic dari Instagram je. Dekorasi kek Hijaz simple je pun. Cuma belah 2 keknya, sapu cream cheese frosting. Coating dengan cream cheese, tepek coklat rice ditepi, dan picit rambu ramba ala2 mee segera atas kek. Hahaha. Dan tulis HIJAZ 4 YEARS. That`s all, simple but nice, right? Ahak. Perasan!!!!!
 HAPPY BIRTHDAY HIJAZ SAYANG!
Ok, daaaa...... Jumpa lagi!

Friday, September 13, 2013

Kiriman sahabat!

Assalamualaikum.....
Jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Sedang menanti cheese cake dibakar dalam oven. Agak panas cuaca malam ini. Oh tidak! Bukan cuaca yang panas, tapi panas dek 2 biji oven saya yang sedang beroperasi. 2 biji kek harus disiapkan sebelum menjelang subuh esok. Japanese cheese cake dan caramel cheese cake. Terlewat membuatnya ekoran menidurkan si kecil yang masih menyusu badan sambil ngempeng2, kata orang Jawa.

Sementara menunggu kedua2 kek saya masak, saya ingin mengemaskini blog ini. Lama menyepi kerana kesibukan tugas sebagai isteri, ibu dan pembuat kek kecil2an di dapur kecil yang comel itu. :-p. Malam ini saya ditemani Sofie dan Hijaz yang masih bising berdua. Belum tidur.... hadoi anak2 umi.

Ok, tengahari semalam, saya didatangi sebuah van pos laju. Agak terkejut apabila van itu berhenti di hadapan rumah saya. Kebetulan saya sedang di luar rumah untuk membuang sampah. Hati terdetik, "aku ada shopping online ke?".

Adik pos laju memberi salam, dan bertanya, "Naimatul Hafizah?"
Setelah salam dijawab saya membalas, "Ye, saya."

"Ada kiriman buat akak. Sila isikan no. ic dan tandatangan di sini ye, kak."

Saya tertanya2, siapa gerangan si pengirim? Apa isi dalam bungkusan tersebut? Hati meronta tidak sabar mahu segera membukanya. Sebelum itu, saya lihat nama pengirim. Siti Eliya Haji Masron? Ya Allah, dia merupakan sahabat FB saya. Saya pernah berjumpa kak siti sekali di Shah Alam sebab kak siti tempah roti dengan saya. Saya koyakkan je bungkusan, tak sabar punya hal. Subhanallah, Masya Allah..... tak tahu saya nak kata apa.

Kiriman kak siti membuatkan hati saya terharu. Rasa nak mengalir air mata. Saya hanya mengenali kak siti melalui FB. Berkongsi2 resepi, berkongsi cerita. Kak siti mengirimkan sesuatu buat saya sebagai hadiah, kerana katanya resepi kek mentega yang saya beri menjadi. Anak2nya suka, katanya. Alhamdulillah..... dapat berkongsi resepi dengan sahabat. Resepi ibunda saya sebenarnya. Saya cuma memanjangkan pada orang lain. Yang pasti, saya sangat terharu dengan pemberian kak siti. 

Buat kak siti,
Terima kasih kak siti. Terima kasih banyak2. Fiza tak pernah harap apa2 balasan dari akak. Resepi biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Fiza gembira bila akak cuba, menjadi dan suka. Semoga Allah balas yang terbaik buat akak.

Hadiah dari kak siti. Purse! Putih krim.... cantik.... sgt feminin.... 
Sesuai dengan saya.

Ini kenangan buat saya. Saya updatekan di sini sebagai tanda ingatan persahabatan bersama kak siti. Terima kasih sekali lagi. 

Sekian buat waktu ini...... 

Friday, May 31, 2013

Doktor Lelaki dan Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum, agak lama blog ini menyepi. Hampir 4 bulan. Bukan kerana mahu berhenti dari terus mewarnai dunia blogging, tapi kerana tuntutan yang lebih utama dan perlu diutamakan. Mmmmm, lagipun, PC saya sedang menghadapi saat2 nazak ketika ini. Uhuk! Aduh, rasa mahu tampar2 manja saja PC ini supaya boleh terus berkhidmat pada tuannya. Senyum bak kata Ustaz Tuan Ibrahim. Apa saja masalah menimpa, SENYUM saja. Pasti hati tenang.

Hati terpanggil untuk mengemaskini blog ini apabila isu tidak wajar lagi doktor sakit puan lelaki menyambut kelahiran bayi di hospital2 kerajaan. Ramai telah membaca isu yang dibangkit oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ini. Umum mengetahui beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Boleh baca selanjutnya dilink ini:

Atau disini:


Saya berpengalaman melahirkan 5 orang cahayamata dan kesemuanya dilahirkan di hospital kerajaan. Alhamdulillah, rezeki saya mendapat bidan perempuan dan Muslim. Di situ satu kepuasan hati kerana dilayan   dengan baik oleh bidan2 yang merawat saya. Memujuk, dan memberi kata2 semangat ketika saya melahirkan kesemua cahayamata saya. Namun.... ada kekesalan dihati. Sedikit sebanyak, membuatkan hati saya sayu mengenangkan ada saja insiden melibatkan doktor pakar, jururawat dan doktor pelatih lelaki yang terpaksa melibatkan diri dalam kesemua proses kelahiran anak2 saya.

Sedikit kekecewaan di hati apabila di dalam labour room itu, kakitangan hospital lelaki, juga doktor2 pelatih lelaki, juga kakitangan hospital lelaki  boleh keluar masuk sesuka hati tanpa memikirkan bagaimana perasaan ibu2 yang sedang bertarung nyawa mahu melahirkan bayi dalam masa yang sama masih mahu menjaga aurat mereka. Walaupun ketika itu sudah ada bidan dan jururawat wanita lain. Situasi kita bukanlah darurat sangat sehingga kita perlu menayangkan semua aurat kita pada kakitangan hospital yang lelaki itu. Saya sendiri tidak mengerti, kenapa mereka tidak ada sensitiviti terhadap isu aurat ini.

Ketika melahirkan anak pertama dan kedua, di hospital kampung, bidan yang menyambut kelahiran memang wanita Mulim. Tapi, selepas selamat melahirkan, doktor yang membuat pemeriksaan bahagian bawah adalah doktor lelaki. Apabila ditanya tiada doktor wanita yang bertugaskah? Jururawat berkata, " Kami tiada doktor sakit puan wanita."  Ya Allah, rasa berdosanya saya. Saya tahu hospital itu hanya sebuah hospital kecil di daerah kampung saya, dan saya hanya pasrah! Apa lagi yang boleh saya buat. Ketika itu usia agak muda, 24 dan 26 tahun. Takut mahu melawan pun iye! Jururawat ketika itu bukan seperti sekarang. Kita minta lebih sikit dikatanya kita demand! Semoga Hospital Sabak Bernam sekarang mampu menyediakan doktor bersalin wanita sekarang.

Melahirkan Sofie secara c-zer juga memberi pengalaman cukup berharga buat saya. Saya tahu, doktor yang  menyambut kelahiran saya ketika itu seorang wanita. Alhamdulillah. Tapi, di dalam ruangan OT ketika itu, saya sedar, mereka yang bergelar lelaki berkeliaran keluar masuk di dalam ruangan OT. Apa yang boleh saya buat? Saya yang di dalam separuh sedar ketika pembedahan berlaku, tak kan saya mahu menegur mereka supaya keluar dari ruangan OT itu. Hati sangat tidak redha mereka melihat aurat saya hatta secebis kulit dari perut saya. Ampunkan hamba-Mu Ya Allah.....

Alhamdulillah, kelahiran anak ke-4 dipermudahkan. Dari pemeriksaan mengandung, menyambut kelahiran dan pemeriksaan selepas lahir, semuanya oleh doktor dan jururawat wanita. Alhamdulillah, syukur! Ketika itu perasaan saya, andai diberi rezeki mengandungkan anak ke-5, biarlah semuanya dipermudahkan seperti kelahiran anak ke-4 ini.

Untuk kelahiran ke-5 saya tahun lepas, saya bersyukur sekali lagi doa saya dimakbulkan dan diberi ruang disambut oleh bidan wanita di HSB. Seorang bidan yang baik, lemah lembut dan beragama Islam. Tapi, malang sekali bagi pihak saya, apabila disisinya terdapat seorang doktor pelatih lelaki yang amat muda. Rasa mahu menangis ketika itu. Ketika saya meminta dengan doktor itu secara baik, "Adik doktor, saya mahu menjaga aurat. Boleh adik keluar." Kata bidan, "maaf puan, doktor ini doktor pelatih dan dia perlu bersama saya untuk membantu saya." Oh, sekali lagi saya pasrah dengan keadaan. Allahu Rabbi! Ampunkan saya sekali lagi Ya Allah! Banyaknya dosa terkumpul saya.......

Saya antara para ibu dan isteri yang sangat berharap agar doktor O&G wanita di negara ini akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sewajarnya, peranan ibubapa memberi galakkan pada anak2 gadis sekarang meminati bidang O&G. 

Saya terbaca juga catatan dari Dr. Zainur Rashid Zainuddin berkaitan hal demikian. Boleh baca pada pautan ini. 

Bukanlah mudah mahu merealisasikan impian semua kaum wanita yang satu ini. Harapan agar dapat dilaksanakan pertukaran doktor sakit puan lelaki kepada wanita itu tetaplah tinggi. Kita bukan dari kalangan mereka, mungkin kita ini akan dikatakan tidak faham dengan situasi para doktor. Tapi, itu semua tidak mustahil, kan...... Apapun, aurat tetap perlu diutamakan.

Agak2, wajar tak saya beri galakan pada anak dara istimewa saya nan seorang itu untuk menjuruskan diri dalam bidang O&G??!!! :-)

Sekian buat waktu ini.