Sunday, August 28, 2011

Minal Aidzin Wal Faizin - Salam Aidilfitri 2011


Assalamualaikum semua.....

Di kesempatan yang sungguh menyenangkan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf zahir batin buat semua teman2 blogger. Mungkin sepanjang saya menulis blog ini, ada insan2 yang berkecil hati dengan saya. Jadi, ampunkan saya yer...

Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi peluang oleh-Nya untuk kita meraikan hari baik ini bersama insan2 yang kita sayang. 
Terima Kasih, Ya Allah!!!! Kami bersyukur pada-Mu!

Hari ini, saya akan pulang ke kampung halaman, beraya di sana..... Jadi, saya berharap, pada kawan2 yang mahu pulang ke kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga semuanya selamat pulang dan selamat kembali. 

Salam Aidilfitri buat semua, Minal Aidzin Wal Faizin...... Kullu ammin wa antum bikhair!
Maaf Zahir Batin.....

Wednesday, August 24, 2011

Ya ampunnnnn, kreatifnya anak aku!!!!!!!

Salam semua..... 
Sorry ek, lama betul saya tak jengok blog sendiri, apa lagi nak menjenguk blog korang semua.
Faham2 je la, bulan Ramadhan ni saya tak banyak masa depan PC. Saya bgi peluang pada Amniy.....
Dan saya juga sibuk menguruskan rumahtangga yang tak pernah selesai. Aduhai......

Tapi, nak curi masa la sikit, update blog ini. Kang ada yang saya ni blogger hampeh pulak.
Pemalas update.... kihkihkih.....

Satu petang, saya sibuk didapur menyediakan juadah berbuka bersama suami terchenta. Terleka seketika sehingga tak perasan, 2 orang anak kecil saya sedang berkreatif di ruang tamu.
Ntah mana dorang dapat marker pen pun saya tak tahu...... Alahai anak!

Meh tengok gambar meh!
:
:
:
:
:
 Mereka sedang berkreatif di atas tikar buluh!!!!!

 Uh, sangat leka ok! Geram pun ada masa ni.
Mujur la Sofie dan Hijaz yang buat.
 Kalau Ikhwan dan Amniy punya kerja, memang dah lama kena dah.

Tengok dahi Sofie tu, siap ada calitan pen lagi......
Seronok betul mereka.....

Saya dah la tengah tak larat...... sibuk pula nak sediakan juadah.
Akhirnya, cik suami yang terchenta yang bersihkan semua hasil kreatif mereka.
Mujurlah anak2 tu guna whiteboard marker. Kalau guna yang permenant, sorry la.....
Hehehehe.....
Inilah keletah meraka yang menggeramkan ok!!!!!!

Selamat menghabiskan ibadah di bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi,kan.
Assalamualaikum!!!

Friday, August 19, 2011

Cabaran Melatih Anak Berpuasa

Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Hari ini sudah Ramadhan ke-19. Saya seperti biasa, bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. Agak mencabar Ramadhan saya kali ini, kerana saya turut melatih 2 orang anak lelaki saya berpuasa. Besar sungguh cabarannya. Memujuk, memaksa, melatih mereka bukan kerja mudah.

Pertamanya ialah cabaran gagal mengawal emosi amarah anak2......
- Berlaku pada Ikhwan apabila Ikhwan pulang dari sekolah di waktu tengahari, lagi2 bila waktu itu cuaca amat panas. Ikhwan pulang dengan wajah yang masam mencuka, rasa nak marah pada adik2, juga pada umminya. Kadang2 si ummi juga hilang sabar dengan karenah Ikhwan. Saya selalu cakap dengan Ikhwan, "kalau Iwan lapar, dahaga, bukalah puasa. Iwan tak wajib puasa pun, tapi, ummi wajib latih Iwan belajar puasa." Kadang2 saya siap hidangkan lagi air sejuk dalam peti ais, hidangkan nasi lebihan sahur pagi tadi, tapi, memang mentah2 dia menolak semua tu.

Kepenatan.... sementara tunggu pakcik van datang...

- Berlainan pula dengan Amniy. Sekali pun dia lapar dan dahaga, nampak kesabaran Amniy menahan diri dari terus melayan perasaan itu. Adakalanya, dia mahu marah juga pada adik2nya yang suka sangat nak bermain bersama, tapi, boleh kawal lagi. Saya selalu minta dia menggunakan komputer supaya Amniy leka dengan bermain game dan menonton video klip kegemaran. Biasanya, Amniy akan melayan youtube Upin dan Ipin, BoBoiBoy, atau menonton filem yang ada dalam komputer secara berulang2. Bagi saya, biarlah.... kita mendidik anak berpuasa, kata orang biarlah mendidik sekali hatinya supaya lebih cenderung kepada kebaikan. Dengan menonton video bukan boleh memberi apa2 kebaikan padanya.... aduhai, betul juga tu.

Kedua, cabaran membangunkan mereka bersahur.
- Sekali lagi berlaku pada Ikhwan. Susahnya nak bangun sahur, rasa macam nak siram satu jag air kat muka dia. Tapi, sian pulak. Umisofie ni ada perasaan ok! Selalu minta si abi tolong gerakkan Ikhwan, sebab abi gerak dengan penuh kasih sayang. Umi gerak dengan gaya singa.....ngaummmm!!!!! Hahahaha....

- Tapi, untuk Amniy, panggil je sekali dua nama, terus bangun, cuci muka, makan... senangnya budak sorang ni. Hehehe... lain anak, lain ragamnya. Umisofie perlu terus bersabar melayan semua karenah anak ok!

Tolong ummi lipat sejadah...

Ketiga, Cabaran tahap kritikal menunggu waktu berbuka puasa,
- Waktu ini, memang kedua2 orang anak saya sangat tidak sabar.... rasanya semua budak begitu. Saya pun kadang2 naik fed-up juga la, asik2 dorang tanya, "ummi, berapa lama lagi nak berbuka?", "ummi lama lagi ke?" padahal, tinggal 5 minit je lagi nak azan. Selalunya, layan je dorang kasi leka sikit. Seronok bila tiba waktu berbuka, anak2 saya dapat rasakan satu kemenangan yang maksima pada hari itu. Jangan lupa ucapkan tahniah pada anak2 kerana berjaya menghabiskan puasa pada hari tersebut. Itu yang saya buat.....

Yang paling best, bulan puasa ni, anak2 saya rajin menolong. Kalau rumah bersepah sikit, minta je tolong dorang. "Sapa nak pahala lebih bulan Ramadhan ni, meh tolong ummi kemas rumah." Insya Allah, rajin mereka buat, terutamanya si Amniy. Selalu sangat dia tolong saya kemas kain, kemas mainan adik, kemas buku2 yang adik2nya sepahkan, tolong basuh pinggan walaupun banjir dapur saya... ( huwaaaa...!!!!!!), tolong angkat kain dijemuran. Alhamdulillah, kalau dia tolong buat kerja tu, rasa sejuknya hati. Hehehe. Semoga sikap tolong menolong sentiasa ada dalam diri mereka.

Satu hal paling best, Amniy sanggup menolong abangnya mengemas beg sekolah agama masa nak pergi sekolah agama. Ikhwan terbaring macam nak pengsan, penat la katakan... balik sekolah pagi, petangnya nak ke sekolah agama pulak. Jadi, si adik la yang tolong kemaskan beg, cari pencil case di mana, kadang2 siap carikan stokin si abang lagi. Alahai.... bertuah betul si abang. Tu pun asyik nak bergaduh!

Ok, cukup takat ni... Saya nak buat kek karamel pulak ni. Amniy minta kek karamel sejak dari puasa pertama, saya booo layan je. Hari ni dah puasa ke 19, kena buat jugak ni. Kalau tak kempunan. See u!