Sunday, July 01, 2012

Catat Hamil IV : Lelaki atau Perempuan?

Bila diberitakan saya hamil, hati terus tergerak, " Mudah-mudahan anak kali ni perempuan. Boleh jadi kawan Sofie. Main masak2, main anak2 patung dengan Sofie. Sofie akan ada kawan." Sebenarnya tak kisah sangat anak akan datang ni lelaki atau perempuan. Tapi, sungguh! Jauh di sudut hati sangat2 mengidamkan anak perempuan sebab saya sudah pun ada 3 orang anak lelaki, Alhamdulillah.

Usia kandungan saya cecah 26 minggu, saya ke klinik swasta untuk membuat ultrasound keadaan baby.  Alhamdulillah, baby ok. Dan saje pulak mulut ni bertanya pada doktor, "Nampak ke jantina baby saya, doktor?" Heheeee.... doktor cari dan mencari. Kebetulan, masa tu kedudukan baby masih songsang, dan peha berlipat. Tapi, doktor kata, "Gaya macam boy je baby awak ni." Heeee..... Saya senyum je. Macam dah rasa pulak. Baby boy.

2 minggu lepas tu, saya buat pemeriksaan di KK. Doktor KK cuba scan untuk tengok keadaan baby. Saya memang tak bertanya pun pada doktor. Tapi, doktor KK kata, "Baby awak mungkin boy la..." Heheheh... "Iye doktor. Alhamdulillah, boy lagi." 
"Oh, sebelum ni ramai boy ke?"
"Ye doktor, saya ada 3 orang lelaki."
"Sofie sorang je girl?" Saya tersenyum........

Tak mengapa, boy atau girl, yang penting baby sihat sempurna. Kita terima. Kalau ikut dominan genetik pun, memang keluarga saya ramai lelaki berbanding perempuan. Dari salasilah ayah saya sendiri, sorang je perempuan dari 6 beradik. Keturunan mak saya sendiri, 3 orang perempuan dari 11 beradik. Adik beradik saya sendiri, 4 orang perempuan dari 10 beradik. Begitu juga dengan adik beradik suami saya, MIL saya hanya ada seorang sajaha anak perempuan dari 5 beradik. Jadi, kalau anak2 saya lebih ramai lelaki, tak mustahil la, kan..... :-)

 Atau....

Kita tunggu je nanti.....

Saturday, June 16, 2012

Catat Hamil III - Oh, kencing kotor la pulak !

Pejam celik, pejam celik, saya sendiri tak perasan saya kandungan saya sudah masuk minggu ke-33. Cepat sungguh masa berlalu. Kandungan kali ini agak berbeza dengan kandungan yang lepas2. Mungkin faktor usia. Hebat sungguh dugaan mengandung pada usia 30-an. Urusan rumahtangga, anak2 sekolah, urusan bisnes kecil saya... rasa macam nak jadi super power mom. Tapi, tenaga tetap kurang. Bila dah masuk usia kandungan 32 minggu saya telah hentikan aktiviti membuat roti. Sangat tidak larat.... bukan mudah nak membuat roti hari2.

Minggu ini, saya sendiri merasakan ketidakselesaan pada perut saya. Saya merasa sangat sakit di bawah perut, rasa pedih yang teramat, susah nak berdiri, susah nak membongkok, rasa tak boleh nak jalan. Hampir seminggu saya berkeadaan begitu. Sakit datang agak kerap, dan mudah juga hilangnya. Bila rasa sakit datang, apa yang boleh saya buat untuk redakan kesakitan hanyalah berbaring sahaja. Bila berbaring, rasa sakit akan berkurang. Tapi, sampai bila saya asyik nak berbaring. Saya punya tanggungjawab lain yang perlu saya uruskan.

Dalam tempoh 2 hari ini, kesakitan saya pada perut semakin menjadi2. Bila datang rasa pedih dibahagian kanan bawah perut, saya rasa kaki semakin lemah. Masa tu la saya rasa saya akan terus terduduk walau di mana saja saya berada. Di dapur, di dalam bilik air, di ruang tamu, di depan pintu atau di mana saja. Susah nak kata sakitnya bagaimana. Kencing saya juga saya akui, memang tidak lawas. Kejap2 rasa nak terkucil.

Akhirnya, saya tak boleh tahan diri lagi. Saya ambil keputusan untuk mendapatkan rawatan doktor. Malas mahu ke klinik kerajaan, saya hanya ke klinik swasta berdekatan. Doktor membuat pemeriksaan ke atas saya, dan doktor meminta saya untuk membuat ujian air kencing. Selepas mendapat keputusan, sah.... saya mengalami kencing kotor. Baru saya tau kenapa saya merasa begitu sakit sekali di bahagian perut. Alhamdulillah, rasa lega bila kita ketahui penyebab sakit itu datang. Dengan itu, dapatlah diselesaikan dengan baik. Doktor bekalkan antibiotik dan 2 jenis ubat lain sebagai tahan sakit.

Sebenarnya, saya pernah melalui saat kecing kotor ketika hamil semasa mengandungkan Hijaz dahulu. Cuma, ketika itu, langsung tiada simptom seperti sekarang. Saya langsung tak merasa sakit seperti ini. Cumanya, masa pemeriksaan hamil di KK, nurse sahkan saya mengalami kecing kotor dan perlu rujukan doktor pakar di HSB. Ketika itu, saya cuma merasa kencing tidak lawas saja. Dan Doktor bekalkan antibiotik juga pada saya.

Antibiotik, ubat sakit perut dan ubat buang angin....

Saya tahu, kencing kotor yang tidak dirawat akan mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Risaunya saya.... tak terfikir langsung akan masalah ini. Tapi, Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk mendapatkan rawatan bagi mengetahui punca masalah saya.

Selepas sekali makan, saya terus tidur, dan bangun dari tidur, saya merasa sangat lega. Sakit tiada lagi. Cuma saya perlu teruskan pengambilan antibiotik sehingga habis. Sesungguhnya, Allah Maha Penyembuh. Terima kasih Allah!

Wednesday, May 09, 2012

Minggu pertama Sofie di PDK

Minggu ni, minggu pertama Sofie mulakan kelas PDKnya. Cuti hari pekerja lepas, 1 Mei, Sofie telahpun mendapat jemputan dari pihak PDK Batu Arang untuk menerima bantuan dari JKM. Saya agak terkejut juga, kerana sebelum tu, Sofie belum pun mulakan kelasnya. Sepengetahuan saya, untuk seseorang anak istimewa itu menerima bantuan dari JKM, mereka perlu hadirkan diri ke kelas PDK sekurang2nya 8 kali sebulan. Tapi, dah namanya rezeki buat Sofie..... penyelia PDK, Kak Milah kata, memang sengaja dia masukkan Sofie kerana Sofie boleh mulakan kelasnya pada bila2 masa sahaja. Gembira hati seorang ummi. Kami telah pun mula mendaftarkan Sofie pada awal tahun hari tu. Tapi, memandangkan PDK Batu Arang yang agak penuh dengan pelatih, jadi, Sofie di'KIV' sementara sehingga mereka memanggilnya. Dan..... inilah masanya!

8 Mei, semalam.... merupakan hari pertama Sofie ke PDK. Saya agak teruja, bangunkan Sofie seawal pagi. Alahai..... agak runtun juga hati ini. Waktu tidur Sofie diganggu dgn gangguan ummi. Minta dia bangun, mandi siapkan diri ke kelasnya. Saya sampai ke PDK agak awal juga berbanding anak istimewa lain. Ramai lagi yang belum datang. Kelas masih lengang. Yang ada cuma penyelia dan pembantu2nya, serta beberapa orang anak istimewa lain. 

Sofie melangkahkan kaki ke kelas. Dan agak teruja. Terus menempatkan dirinya di kerusi khas untuk anak2 istimewa ini. Saya dan suami sempat meluangkan sedikit masa bersembang dan beramah mesra dengan penyelia. Baik orangnya, lemah lembut dan peramah. Sesuailah tugasnya sebagai Penyelia PDK. Lega hati saya...... Saya sentiasa berdoa, moga2 anak2 saya termasuk Sofie mendapat guru2 yang baik. Dan Sofie juga telah pun mendapat guru yang baik, Alhamdulillah. :-)

Leka tengok kawannya menyusun warna krayon

Sungguh Sofie tak de perasaan agaknya....
Ummi dah nak balik dah waktu ni, tapi dia buat tak tahu jer....

Selepas lebih kurang setengah jam meluangkan masa di PDK, saya dan suami mengundur diri. Membiarkan Sofie di kelasnya. Hati sekali lagi gundah. Rasa terharu meninggalkan Sofie bersama teman2 dan guru2nya. Tapi, hati perlu kuat. Sampai bila saya perlu menyimpan Sofie di rumah sahaja. Sampai bila hanya nak mengharapkan terapi2 di hospital yang entah beberapa bulan sekali. Jadi, inilah masanya.... Sofie makin menginjak usia, hampir masuk usia 5 tahun. Jadi, sebagai ibubapa, saya perlu bertindak sekarang demi masa depannya yang lebih baik. 

Hari ini, 9 mei 2012.....
Hati saya sekali lagi terhiris.... mengalir laju airmata melihat Sofie yang ingin ke kelas PDKnya. Hari ni, rasanya cabaran hati seorang ummi lebih hebat. Kerana, hari ini merupakan hari pertama Sofie pergi sendirian menaiki van tanpa abi dan ummi. Hanya bersama Aunty Anna dan kawan2 istimewa Sofie dalam van itu. Saya kelihatan ok sahaja masa menghantar Sofie masuk ke dalam van. Tapi, Sofie kelihatannya seperti anak yg sedang keliru. Apa agaknya yang berlegar di fikiran Sofie? Agaknya, Sofie berkata kenapa ummi sanggup biarkan Sofie sendirian dalam van tu? Sebelum van mula bergerak, saya sempat mencium pipi Sofie, dan Sofie mencium tangan saya. Siap lambai tangan lagi, walaupun riak wajah Sofie agak keliru.

Masuk dalam rumah, saya tak dapat menahan air mata. Laju je air mata turun mengenangkan Sofie yang duduk dengan baik dalam van tu. Hijaz nampak saya menangis, dengan prihatinnya, terus bertanya, "Umi kenapa? Umi janganlah nangis." Lagi laju airmata saya jatuh. "Kita doakan kakak ye dik." 

 Sofie, pagi tadi.....
Sabar menunggu van Aunty Anna.

Bersama adik Ijaz sebelum berangkat..... Lawak je tengok muka Ijaz baru bangun tido dengan muka cam tu :-)

Sejam kemudian, saya menghubungi Kak Milah, Penyelia PDK. Saya bertanyakan keadaan Sofie. Alhamdulillah, Kak Milah kata, Sofie ok sangat. Gembira je dia. Kak Milah siap gelakkan saya lagi dengan kerisauan saya pada Sofie. Lepas dengar Kak Milah kata Sofie baik2 aje, hati saya sangat2 lega..... Ya Allah, berikan Sofie kekuatan. Berikan saya kekuatan juga!

Setakat ini kisah gembira yang mencuit hati saya berkaitan anak dara saya. Doakan ye semoga Sofie baik, dan berjaya. :-)