Wednesday, October 31, 2012

Ovalette & Kek Span : Persoalan Terjawab.

Pagi Isnin lalu saya menerima panggilan telefon dari seorang pakcik saya bertanyakan tentang kek.


"Fiza boleh buat kek span?"
"Boleh, Insya Allah. Nape cik?"
"Cik nak order kek, 2kg 2 biji. 1 biji rasa vanila, 1 biji rasa coklat. Boleh ke?"
"Mmmmm..... boleh, boleh. Insya Allah. Sebenarnya Fiza tak pernah lagi buat kek span untuk niaga. Nanti Fiza tengok2 loyang yang ada." (Maklum la.... niaga suka2 bukan byk mana pun loyangnya :-))
"Selalu jual kek apa?"
" Ohhh, selalu tu jual kek keju ke, kek coklat kukus ke, atau kek ada karamel la."
"Ooooo, jadinya kek span ni Fiza boleh buat tak?"
"Insya Allah, boleh cik."
"Ok, nanti minta Subky bawa sekolah sekali ye. Tolong hantar ke Pra-Sekolah." (Pakcik saya ni supplier makanan untuk anak2 Pra- Sekolah di sekolah suami saya)
"Oh... ok2."

Ohhhh, kek span....... Saya pernah buat kek ni beberapa kali dulu untuk anak2. Saya terus sms ummi saya di kampung tentang resepi kek span dia. Sebab ummi saya berniaga kek termasuk kek2 aising, jadinya adalah lebih baik saya gunakan resepi yang dah terbukti. Teliti dalam semua resepi yang ada, ada satu bahan untuk membuat kek span menggunakan Ovalette.


Tahukah kita apakah Ovalette sebenarnya? Tahukah kita sumber utama untuk membuat Ovalette itu? Alhamdulillah... saya dikurniakan suami yang begitu prihatin. (ooopppsss, saya sendiri kurang prihatin sebenarnya uhuk...uhuk...) Ketika saya memberi wang pada suami minta dibelikan Ovalette, dia bertanya pada saya, "Ovellette tu dibuat dari apa ye?"

Saya tersenyum....."Tak tahu la." Suami berlalu begitu saja.... Saya terus menggunakan pakcik gugel untuk mencari bahan utama Ovalette. Gugel punya gugel, mencari dan terus mencari...... Ini jawapan dari persoalan saya.

Sekiranya diketahui, barulah mudah untuk membuat keputusan samada bahan tersebut halal, haram atau diragui. Sebagai contoh, pernahkah anda menggunakan OVALETTE??. Sesiapa yang pernah membuat kek span atau kuih seri ayu mesti pernah menggunakan bahan ini. Ovalette merupakan bahan penstabil dalam adunan kek span. Bahan utama dalam kek span adalah telur yang dipukul sehingga kembang dan gebu. penambahan ovalette akan menyebabkan adunan menjadi lebih stabil dan kek lebih lembut.

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air. Rajin2 la menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.

Bahan2 utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih 
mengikut perundangan islam. <sumber>

Ohhh... jadi diketahui, Ovalette adalah syubahah dan meragukan. 

Pesan Rasulullah S.A.W:
"Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan"
( Hadith Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasaie)

Ya Allah, ampunkanlah saya. Saya lalai selama ini.....
Saya sedang mencuba menjadi Hamba Allah yang tidak berputus asa. Mencari dan terus mencari resepi yang sesuai. Akhirnya, saya cuba membuat kek span tanpa ovalette..... Telur dan gula dipukul sehingga kembang, berkrim dan penuh satu mangkuk. Sehingga ia betul2 bertanduk kata orang.... masuk bahan2 lain dan bakar seperti biasa. 

Alhamdulillah... kek tetap menjadi tanpa Ovalette. Hati tersenyum puas apabila encik suami merasa kek span tanpa ovalette itu. Katanya, "Mmmm......, ok je. Tak de Ovalette pun kek tetap jadi, kan?" Tersenyum saya!

Dan hari ini, saya akan membuat kek span beraising untuk pakcik saya tanpa menggunakan Ovalette. Semoga Allah permudahkan segala usaha saya. Saya cuba sedaya mungkin tidak terlibat dengan dengan perkara syubahah. Saya tak mahu pembeli2 saya juga terlibat sama. Biar kita rugi sedikit di dunia, sedangkan kerugian amat besar menanti di sana.

Wallahu a`lam........

p/s: Macam mana eja Ovalette sebenarnya? :-)

Thursday, October 11, 2012

::Hari Lahir dalam Kalender Hijrah::

Assalamualaikum.....
Kebanyakkan daripada kita hanya mengetahui tarikh lahir dalam kalender Masihi sahaja. Tahukah anda, sekiranya kita mengetahui tarikh lahir kita dalam bulan Hijrah, sebenarnya usia kita lebih tua dari yang kita sangkakan? Macam saya sendiri, saya mengetahui usia saya dalam bulan Masihi ialah 31 tahun, manakala dalam bulan Hijrah usia sebenarnya ialah 32 tahun. Owh... memang terasa usia semakin meningkat. 

Semalam nampak surat beranak Amniy Mahfuz dan Amal Mujahid yang baru dikeluarkan dari beg sekolah encik suami. Abi Amal bawa surat beranak Amal sebab nak ambil MyKid hari tu. Sementara surat beranak si Amniy duduk lama dalam beg Abi sebab hari tu Abi Amniy daftarkan Amniy Tahun Satu untuk 2013. Patut pun mencari kat fail surat beranak hilang 2, rupa2nya dok tersorok dalam beg. Belek punya belek, ternampak pulak catatan tulisan tangan saya hari lahir anak 2 orang tu dalam bulan Hijrah. Oh, bukan mereka berdua sahaja saya catat. Semua anak2 saya, di halaman belakang bahagian bawah surat beranak memang saya catatkan tarikh lahir mereka dalam Hijrah, beserta hari kelahiran sekali. 

Mungkin terikut2 dengan cara ummi (mak saya). Memang ummi saya buat begitu untuk setiap anak2nya. Anak2 ummi saya ada 10 orang (yang hidup). Jadi, 10 helai surat beranak ummi saya akan catat tarikh lahir anak2nya dalam bulan Hijrah. 

Kita terlalu berbangga dengan bulan Masihi, sehingga ada kalanya kita terlupa akan bulan Hijrah. Sebagai umat Islam, patutnya kita berbangga dengan bulan Hijrah, ye tak. Sambutan hari lahir, yang diingat adalah dalam bulan Masihi. Kenapa agaknya kita selalu tidak mengambil kira bulan Hijrah. Adakah kerana usia kita dalam bulan Hijrah lebih tua berbanding bulan Masihi? Hehehehe...... Usia yang meningkat mendekatkan kita pada kematian. Owh, insaf juga saya.... Betapa kurangnya amalan yang perlu dibawa untuk ke sana nanti. Allahuakbar, bimbinglah hati kami!!!!!!


Tarikh lahir anak2 saya dalam bulan Hijrah:
Ikhwan Hubby - 18 Jamadil Akhir 1425H (5 Ogos 2004), Khamis
Amniy Mahfuz - 22 Muharram 1427H (21 Februari 2006), Selasa
Sofie Mariah - 30 Zulkaedah 1428H (10 Disember 2007), Isnin
Hijaz Muhammad - 13 Syawal 1430H (2 Oktober 2009), Jumaat
Amal Mujahid - 2 Ramadhan 1433H (22 Julai 2012), Ahad 

Saya sendiri, kalau ikut catatan yang ummi saya tulis di surat beranak saya, 12 Rabiul Awwal 1401H, hari Isnin. Tapi, apabila saya menyemak secara online tarikh lahir saya dalam bulan Hijrah jatuh pada hari Isnin 6 Rabiul Awaal 1401H.

Saya tak jumpa catatan hari lahir suami dalam bulan Hijrah di surat beranaknya. Dan saya cuba menyemak tarikh lahirnya secara online, iaitu hari Selasa, 8 Jamadil Akhir 1398.

Pada anda, anda, anda dan anda yang belum mengetahui tarikh lahir dalam bulan Hijrah, boleh semak DISINI ok! Supaya kita sedar bahawa usia kita sebenarnya lebih tua dari yang kita maklum.......

Itu sahaja untuk entry kali ini..... 

Saturday, October 06, 2012

Sofie semakin cerdik!

Assalamualaikum...
Selamat hari Sabtu. Hari ni cuti sekolah. Lepas subuh terus online, sebab tau dah bila cuti sekolah saya mesti tak dapat online punya. Bila dah siang nanti, anak2 ambil turn guna komputer. Lagipun hari ni, saya banyak kerja. Nak siapkan segala kerja2 rumah, basuh kain, basuh baju sekolah, lipat kain, kemas rumah sikit.... nanti petang encik boss balik dari kursus di Klang, bawa sekali tepung roti, saya sibuk nak menguli roti pula. Pagi2 esok ada cikgu nak roti. Jadi kena buat roti petang ni. Tak boleh nak suka suki dok depan PC macam orang tak de kerja. Jadinya saya ambik keputusan, ambil masa kejap je pagi2 untuk update blog ni. Kalau tak update sehari, konfem.... berhari2lah jawabnya blog ini akan terus sunyi. 

Walau saya tahu, blog ini dah tak ramai pengunjung... saya tak kisah. Berterima kasih sangat2 pada kawan2 saya yang masih lagi ingat pada saya dan anak2, terima kasih banyak2 buat mereka yang masih sudi membaca dan mengomen kat ruangan komen bawah nun. Saya tahu, blog ini hanya blog picisan yang kadang2 entrynya hanya entry syok sendiri. Tapi, sebab saya suka nak bercerita, maka saya teruskan berblog. Sayang rasanya nak tinggalkan blog ini macam tu jer. Seronok berkongsi cerita anak2, cerita kehidupan saya sekeluarga.... Owh, tapi bukan semua cerita saya mampu ungkapkan di sini. Cerita yang saya patut simpan, saya akan simpan terus dalam hati. :-)

Saya memang suka merepek meraban.... nak buat mukaddimah je pun, alahai.... nape sampai 2 perenggan. Tu yang namanya syok sendiri tu. Hihihii.... Sebenao eh, nak citer hal Sofie yang makin cantik tu. Sejak dah sekolah ni, macam dah pandai dah dia tu. Hihihihi.... perasan je umisofie ni kan. Padahal Sofie sekolah tak sampai setahun pun, baru masuk bulan Mei tahun ni, tapi gayanya macam budak dah sekolah setahun. 

Malam tadi, saya nak tukarkan baju si Amal kecik tu. Jadinya, saya bogelkan la Amal tu. Dan lepas tu, saya biarkan Amal kejap sebab nak pergi dapur. Bila saya ke ruang tamu semula, saya nampak kak Sofie kita tengah mengerjakan si Amal. Terus saya ambil kamera nak capture gambar Sofie begitu.... Marilah lihat.....


Sofie sebenarnya, memang anak SD yang cerdik. Suka mengikut apa yang dia lihat. Jadinya, kena perlihatkan pada Sofie perkara yang baik2 saja. Kali ni, dia mengikut apa yang saya buat pada Amal. Sofie ambil baju Amal, dan cuba nak pakaikan Amal baju.


Haaaa... kalau di ngikut apa yang baik, tak pe. Ini paling risau dia cuba2 ikut aksi2 yang tidak baik. Banyak juga aksi yang nampak kurang sopan di ikut. Maklumlah, dah sekolah kan..... bukan saya boleh kawal apa yang dilihat di sekolah tu. Apa yang mampu buat, kalau dia buat aksi tu kat rumah, ummi saya akan beritahu Sofie, "Sofie, tak cantik buat cam tu." Atau.... "Sofie, tak elok cam tu. Jangan buat lagi ye." Paling best bila dengar respon dia, "Okey". Pandai dah cakap 'Okey'. :-) Hihihi....


Apapun yang Sofie dapat, pasti akan ditapis dulu. Otak Sofie akan menerima apa saja perkara. Jadi sebagai ibubapa, tapisnnya adalah kita. Sofie tak mampu berfikir seperti Hijaz atau kanak2 normal yang lain. Sofie suka menerima semua perkara kerana keupayaan berfikir Sofie amat2 rendah. Pada usia hampir2 5 tahun ini, Sofie seperti anak2 yang berusia setahun mungkin.......... Tak dapat nak bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Jadi, setiap perkara baik yang kita lakukan, biarlah Sofie melihatnya. Perkara buruk perlu dihindarkan sebab saya tak mahu Sofie cuba2 ikut.

Eh, bila baca balik apa yang saya tulis ni, baru perasan saya sebenarnya bebel pasal Sofie.... Langsung tak cerita pasal gambar, kan.... Hehehehe.... Apa daaaaa..... Tapi, tak kisah la, gambar mampu ceritakan segalanya. Sofie ada dalam gambar tu..... Apapun, Ummi sayang Sofie.....

Sekian!