Friday, December 17, 2010

PC tak sihat

Salam penuh keberkatan semua, Assalamualaikum....
Lama saya tak update blog ini, kira2 beberapa hari juga.... pertamanya kerana pc saya rosak, terpaksa hantar klinik. Tak tahu kenapa, mungkin virus mengganggu.... mungkin terpaksa diformat semula PC tu. Sekarang saya bersiaran dari kampung, dengan meminjam notebook adik. Mujurlah di kampung ada wireless..... dapat ambil kesempatan sedikit. Dapat juga updatekan perkembangan terbaru umisofie ni....


Keduanya, kerana kesibukan ketika musim cuti sekolah ni. Suami saya pun sibuk mengalahkan pegawai pelajaran dah gamaknya. Cikgu2 lain seronok bercuti, tapi suami saya terpaksa juga bekerja menyiapkan kerja2 mengisi data inventori sekolahnya. Kesian pulak tengok dia.... dari awal cuti sampai dah nak habis cuti, baru selesai semuanya. Belum lagi nak buat jadual waktu persekolahan, dah hampir nak buka sekolah ni, jadual waktu perlu juga dibuat utk kemudahan semua cikgu2 di sekolah nanti. Banyak betul amanah terpaksa diselesaikan...

Jadi, kalau saya lambat update blog ini, bermakna PC saya masih belum sihat dan stabil. By the way, terima kasih ye pada semua yg sokong cerita terbaru tentang Sofie Mariah. Nanti saya akan update lebih lagi cerita tentang Sofie.... Banyak betul perkembangan Sofie sekarang. Kelam kabut juga nak rakamkan.


Sunday, December 12, 2010

Tempat Fiza Simpan Resepi

Assalamualaikum semua...sihat ke?
Hehehe.... dengan bangganya, saya ingin mempersembahkan blog baru saya, 


Saya tak mahu campur adukkan blog yang sedia ada ini dengan segala macam resepi masakan, nampak macam rimas je,kan?
Dan saya juga telah lama berhasrat untuk mencipta blog ini.
Jadi, sekarang, blog ini telah pun terhasil.

Segala resepi dalam blog tersebut bukan semuanya hasil air tangan saya sahaja, tetapi hasil air tangan suami juga, kerana suami saya juga gemar memasak.
Banyak juga resepi yang saya ambil dari mana2 sumber, dan saya juga sertakan link asal sumber resepi tersebut.

Tujuan blog ini terhasil adalah untuk saya menyimpan segala macam resepi kegemaran saya tanpa mengambil kira resepi tersebut telah saya mencubanya atau belum mencubanya.
Ia juga bertujuan bagi memudahkan saya merujuk kembali sekiranya saya mahu melakukan aktiviti memasak.
Maklum saja, saya ni bukan pandai sangat memasak. Jadi, dengan terciptanya blog ini, saya berharap, saya mampu menjadi isteri dan ibu yang pandai memasak. :-D

Meh la korang...sokong saya yang masih menuntut ilmu dalam bidang masakan ini. :-)

Saturday, December 11, 2010

Akhirnya, Sofie berjalan juga!

Saya minta maaf pada semua ye, saya amat jarang BW ke blog korang sekarang. Dapat online kejap je, pastu terpaksa offline balik sebab kat rumah ni PC ada sebijik jer, berganti dengan suami saya, cuti2 sekolah ni, bukan main banyak keje2 dia kena settlekan. Sian dia tau! Kena buat keje sorang2...Huhuhu.

Ok, di kesempatan yang ada ini, saya nak cerita sikit pasal Sofie lagi. Sofie lagi????? Off course ler, Sofie kan anak dara saya. Hehehe.....Usia sudah 3 tahun, tapi perkembangan umpama anak berusia setahun. Saya redha dengan situasi ini, kerana saya terima dia seadanya. Tapi, saya tak pernah putus asa untuk melatih dia terus menjadi anak yang maju. Sekarang, dengan bangganya saya memberitahu seluruh donia, bahawa Sofie saya sudah mampu berjalan. Wahhhhh!!!!! Satu kebanggaan buat saya ok!

Sedikit video Sofie yang masih belum kuat lagi berjalan, tapi.... Sofie anak yang tidak kenal erti putus asa. Walaupun jatuh beberapa kali, dia tetap bangun dan berjalan lagi. Mungkin perkembangan Hijaz yang sudah laju berjalan menjadikan Sofie kuat dan terus berusaha untuk menyaingi adiknya.....



Mungkin perkembangan ini satu yang amat kecil buat ibu2 lain, tapi.... tidak buat saya. Saya amat berbangga dan gembira dengan perkembangan Sofie yang kecil ini! Semoga Sofie terus maju yer, sayang!

Friday, December 10, 2010

~HAPPY BIRTHDAY, SOFIE~

Mengimbau kembali saat 3 tahun lepas, terasa betapa peritnya kehidupan. Setiap insan pasti akan diuji, tanda kasih sayang Allah pada kita. Kelahiran sang puteri membawa satu rahmat dalam kehidupan kami. Walaupun sering keluar masuk wad hospital akibat kesakitan yang ditanggung, hati makin kuat melawan ujian ini. Ini semua mengajar kami erti hidup yang sebenar.

Sofie ketika 8 bulan

Rumah kedua kami ialah hospital.... hospital, hospital dan hospital. Sehinggakan kami merasakan, bila sengsara ini akan berakhir. Rasa terseksa melihat si puteri berada di hospital, di'kerja'kan dek doktor2 dan nurse. Wad 8C HSB, tempat yang sering kami kunjungi. Keseluruhan staff kenal akan puteri ini. Faham2 saja la bila anak masuk wad, mencari line, masuk antibiotik, drip lagi.....Allahu Akbar!!! Terasa seksa melihatnya.

Kenangan berlalu....

Akhirnya, pada 31 Mac 2010, hari yang kami tunggu-tunggukan...setelah puteri ini berusia 2 tahun 3 bulan, akhirnya diputuskan juga dia menjalani pembedahan paling besar dalam hidupnya. Semua maklum keadaan puteri ini sejak lahir, masalah jantung berlubang (AVDS with Pulmonary Hipertension) yang agak serius, menyebabkan dia sering keluar masuk wad. Syukur pada Allah pembedahan ini berjaya. Saat ini merasakan betapa kasih sayang Allah melimpah ruah buat hambaNya. Allah sering mudahkan jalan hidup kami, walaupun kami merasakan betapa sukarnya menghadapinya. Minta hanya denganNya. Dia tidak pernah melupakan kita, andai kita terus rapat denganNya.

Kenangan di PICU, IJN.

Tinggal kenangan semua kisah penderitaan, tinggal kenangan semua kesakitan.... harapan hanya satu, moga2 puteri ini terus sihat berpanjangan. Tiada harapan setinggi gunung pada puteri nan seorang, hanya mahu melihat dia sihat dan sihat selalu. Tipu kalau saya tidak meletakkan harapan begitu tinggi. Saya juga seperti ibu2 lain diluar sana, mahu melihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Namun, segalanya membataskan harapan itu..... jadi, saya cuma boleh berharap agar puteri saya ini mampu melepaskan diri dia sendiri sahaja. Biarlah dia berjaya mendapat syurga Allah kelak...amin.

Sofie hari ini terus ceria dan menghiburkan

Akhirul kalam, Selamat Hari Lahir buat puteri nan seorang.... Hari ini 10 Disember 2010, Sofie genap 3 tahun. Semoga Sofie terus dalam rahmat dan peliharaan Allah Taala. 

Tak salah mengungkit kenangan lalu, supaya kita terus menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Syukur atas kurniaan Allah buat kami ini. Dia satu2nya puteri hati kami, dia berbangga dikelilingi abang-abang dan adik Hijaz. Sihat sentiasa ye, sayang!

Terima kasih atas doa kalian buat Sofie. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian......

p/s: tiada sambutan hari lahir yg meriah kerana 2 orang abang Sofie berada di kampung. Mungkin sambutan ditangguhkan.... sambut ikut bajet jer...hehehe.

Tuesday, December 07, 2010

Mereka begitu rapat

Salam Ma`al Hijrah buat semua.
Saya tidak sempat untuk membuat entry khas berkaitan hari istimewa ini, kesibukan melanda saya.... Sekarang, masa sedikit free. Kejap je ni....saja nak konsi cerita tentang perangai dua anak kecil saya yang amat akrab. Mereka memang rapat, di mana ada Sofie, di situ ada Hijaz. Lama juga saya tak cerita hal Hijaz,kan? 

Hijaz sekarang sudah berusia setahun 2 bulan, dah makin panjang akal, berjalan dah peringkat Master kanak-kanak. Hahahah...lucu ok tengok dia berjalan dan berlari. Amat cute dengan gaya terkedek2nya! Sofie pun sekarang amat positif perkembangannya, saya tak putus asa melatih Sofie utk berjalan dan terus berjalan. Sofie pun anak yang tak kenal erti putus asa.... Nanti la, saya buat entry khas tentang perkembangan Sofie ini.

Dah lama tak tepek gambar anak2 kecil saya ini,kan? Saya mahu anda semua lihat, betapa rapatnya mereka, betapa akrabnya mereka. Mereka bermain bersama dan bergaduh sayang bersama. :-)


Didalam kereta, sementara menunggu abi...... berebut tempat nak ke tempat pemandu. Bila Hijaz dapat memegang hanphone abi, kak chik juga akan mengendeng bersama. Hehehe.... sangat comel gaya mereka, seakan2 orang dewasa pulak. Kunun2, berlagak lak nak gunakan screen touch hp abi tu....

Ntah apa yang mereka bualkan berdua, sebenarnya mereka amat leka bermain signal dan meter kereta. Comel je gaya mereka dari belakang,kan?

Di rumah, jangan kata la...memang sangat2 rapat. Bermain bersama, di mana sahaja, di ruang tamu, di tangga, di dapur, selalu mereka bersama. Paling gembira bila melihat mereka bersama2 kunun2nya membaca buku. Hehhehe,... bijak anak umi ni. Jangan kecik2 je rajin tau! Dah besar nanti kena rajin jugak yer, rajin tuntut ilmu!.

Kak chik sedang mengajar Adik Ijaz, "ini ostrich ye dik".

Hai semua.... (kak chik over la....)

Nota umisofie: Semoga kamu membesar bagai johan yer...hehe. Umi amat2 bosan petang ini, sunyi amat rumah kita hari ini, Abang Ikhwan dan Abang Amniy berada di kampung, korang berdua sedang tidur, abi pula kurang sihat, sakit kaki dan demam sedikit. Semoga abi cepat sembuh! Umi meng'update' cerita korang dalam keadaan yg amat sunyi....
Yang pasti umi kamu ini amat gemar melepak di Ratuhati.com...sambil berforum dengan kawan2 maya umi.....

Ok, saya sekarang tengah cari mood semula untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi.....Huhuhuu. Terima kasih atas kunjungan anda semua!