Salam Ma`al Hijrah buat semua.
Saya tidak sempat untuk membuat entry khas berkaitan hari istimewa ini, kesibukan melanda saya.... Sekarang, masa sedikit free. Kejap je ni....saja nak konsi cerita tentang perangai dua anak kecil saya yang amat akrab. Mereka memang rapat, di mana ada Sofie, di situ ada Hijaz. Lama juga saya tak cerita hal Hijaz,kan?
Hijaz sekarang sudah berusia setahun 2 bulan, dah makin panjang akal, berjalan dah peringkat Master kanak-kanak. Hahahah...lucu ok tengok dia berjalan dan berlari. Amat cute dengan gaya terkedek2nya! Sofie pun sekarang amat positif perkembangannya, saya tak putus asa melatih Sofie utk berjalan dan terus berjalan. Sofie pun anak yang tak kenal erti putus asa.... Nanti la, saya buat entry khas tentang perkembangan Sofie ini.
Dah lama tak tepek gambar anak2 kecil saya ini,kan? Saya mahu anda semua lihat, betapa rapatnya mereka, betapa akrabnya mereka. Mereka bermain bersama dan bergaduh sayang bersama. :-)
Didalam kereta, sementara menunggu abi...... berebut tempat nak ke tempat pemandu. Bila Hijaz dapat memegang hanphone abi, kak chik juga akan mengendeng bersama. Hehehe.... sangat comel gaya mereka, seakan2 orang dewasa pulak. Kunun2, berlagak lak nak gunakan screen touch hp abi tu....
Ntah apa yang mereka bualkan berdua, sebenarnya mereka amat leka bermain signal dan meter kereta. Comel je gaya mereka dari belakang,kan?
Di rumah, jangan kata la...memang sangat2 rapat. Bermain bersama, di mana sahaja, di ruang tamu, di tangga, di dapur, selalu mereka bersama. Paling gembira bila melihat mereka bersama2 kunun2nya membaca buku. Hehhehe,... bijak anak umi ni. Jangan kecik2 je rajin tau! Dah besar nanti kena rajin jugak yer, rajin tuntut ilmu!.
Kak chik sedang mengajar Adik Ijaz, "ini ostrich ye dik".
Hai semua.... (kak chik over la....)
Nota umisofie: Semoga kamu membesar bagai johan yer...hehe. Umi amat2 bosan petang ini, sunyi amat rumah kita hari ini, Abang Ikhwan dan Abang Amniy berada di kampung, korang berdua sedang tidur, abi pula kurang sihat, sakit kaki dan demam sedikit. Semoga abi cepat sembuh! Umi meng'update' cerita korang dalam keadaan yg amat sunyi....
Yang pasti umi kamu ini amat gemar melepak di Ratuhati.com...sambil berforum dengan kawan2 maya umi.....
Ok, saya sekarang tengah cari mood semula untuk tidak membiarkan blog ini terus sepi.....Huhuhuu. Terima kasih atas kunjungan anda semua!
moga hijaz boleh jadi perangsang utk sofie terus maju...nanti dah besar hijaz jaga kak cik yer..
ReplyDeletesihat & happy...
ReplyDeletealalalala, comelnya diorang berdua pakai sama2 kaler hijau... best juga umur dekat2 ni kan? mesti seronok tengok rapat gila... saya pun perasan, adik2 saya yang umur rapat ni, hubungan diorang pun rapat hingga besar... :)
ReplyDeletehehehe..comel sgt....cam kembo lah pulak...
ReplyDeletekalo anak2 takde or tido memang sunyi kan...hukhukhuk
hehehe..cute sgt diorg tu..
ReplyDeletenampak cam hijaz abg, sofie plak adik..:)
ReplyDeletetp bagus betul si kecik berdua tu..baik je sama2..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewahh....same mcm syahmi & sufiya la..rapat je main ke gaduh ke berdua jek..kekekekke...ke sbb anakkku mmg berdua takde kwn lain?
ReplyDeletelahai..comeynya..rapat sungguh ni..
ReplyDelete