Tuesday, August 09, 2011

Cerita Ramadhan Anak2 & Video Wardina

Salam Ramadhan Karim buat semua...
Setelah masuk Ramadhan ke-9 baru saya diberi kekuatan untuk mengemaskini blog ini. Ujian datang tanda kasihnya Dia pada kita. (Alaaaa... sebeno eh, malas update. Macam2 la alasan, ujian la bagai... hehe :-)) Oh, ujian malas tu.... hehe.

Saya berpuasa bersama suami dan 2 orang anak lelaki. Alhamdulillah, setakat puasa ke-9 ni, semuanya berjalan lancar. Ikhwan belajar berpuasa pada usia 5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah pun 7 tahun pada 5 Ogos lepas. (sorry iwan, umi tak sempat buat post pasal birthday iwan. Umi sibuk sikit) Disebabkan hari lahir Ikhwan jatuh pada bulan puasa, jadi, tiada apa2 sambutan. Tengok la lepas raya nanti macam mana......

Ok, berbalik pada puasa anak2 saya, walaupun Ikhwan sudah berlatih puasa selama 2 tahun, iaitu pada usia 5 dan 6 tahun, tapi, tetap menjadi cabaran untuk dia berpuasa pada usia 7 tahun ini. Sebabnya, sessi persekolahan Ikhwan ada 2. Satu sessi pagi, untuk sekolah kebangsaan, dan sessi petang untuk sekolah agama. Aduhai.... rasa kesian dengan dia. Balik dari sekolah kebangsaan, merengek lapar, haus. Bila saya suruh dia minum, dia tak nak minum pulak. Sebabnya, dia tahu, kegembiraan yang akan dia dapat ketika berbuka nanti. Saya beritahu Ikhwan, "Umi tak paksa Ikhwan puasa, kalau Ikhwan tak larat, boleh buka. Umi cuma nak latih Ikhwan." Dia boleh terima sebenarnya, cuma, kadang2 tu memang terasa sangat la lapar dan dahaganya, habis satu rumah dia marah. 

Ni memang time tak de mood langsung..... langsung tak pedulikan umi. 
Mood lapar dan dahaga....

Amniy juga berpuasa tau. Umur Amniy 5 tahun. Setakat ni, 8 hari dia berpuasa, sebab puasa pertama tak dapat sertai, demam pulak dia masa tu. Ni sorang lagi anak umi dan abi..... masa hari pertama dan kedua Amniy menangis, merengek lapar, haus. Pantang tengok Sofie minum susu, menangis je dia. Tapi, bila saya minta dia buka, minum air, dia tak nak. Sekarang, Alhamdulillah..... dah masuk Ramadhan ke-9 ni, nampak dia semakin kuat. Tak kisah pun Sofie dan Hijaz makan keropok ke, minum air sirap ke..... Dia tak peduli langsung. Cumanya, dia cakap. "Umi, tengok Sofie dgn Hijaz ni, langsung tak homat orang posa." Hahahaha.... lawak sangat si Amniy tu. Tapi, memang saya tabik spring kat dia dengan kekuatan yang dia ada.

Mood baik je walaupun berpuasa....

Saya sebenarnya, nak share sesuatu denga semua. Mungkin ada yang telah melihat klip ni, mungkin ada yang masih belum tengok. Video Wardina Safiyyah berkongsi cerita bagaimana mendidik anak berpuasa.



Bila saya tengok video ni, rasa macam kecilnya usaha saya mendidik anak. Saya rasa Wardina ni ibu yang sudah berjaya mendidik anak. Huhuhuu..... tak pe, belum ketinggalan ok! Jangan berputus asa. Kita pun ada usaha kita sendiri. Yang penting kita berusaha mendidik anak kita menjadi Muslim Unggul yang berkualiti.

Sekian untk kali ini.... SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN!!!!!

7 comments:

  1. izwa,
    kannnn, akak tgk video tu pun terasa keciknya akak ni walaupun akak ni beso. huhuhu

    ReplyDelete
  2. ayu,
    mmg terharu kan....
    bijak dia mendidik anak. kita ni.... sapa la. tapi, mesti boleh jadi cam dia jugak,kan?

    ReplyDelete
  3. insyaallah...
    mudahan anak2 k.fiza,anak2 saya rajin solat dan puasanya.

    saya tgk video wardina..memang kagum dgn cara die.rasa kecik sungguh,jauh sungguh nak bandingkan die yang nampak lemah lembut sebagai ibu.

    btul k.fiza,
    dari cara die berserita tentang solat dulu,sampai ke puasa,saya yakin wardina ni mmg ibu contoh walaupun anak2 die masih kecil.

    mudahan saya mampu lah jadi cam die.tapi,saya ni garang la...uhukk.

    ReplyDelete
  4. salamu alaik....

    lama sudah saya tak berkomen di rmah umi sofie nie, selalu dtg mejengah, cuma xsempat nk tinggalkan jejak..video warnidatupun xleh nk tgkla..internet slow sgt2....lain kali lah saya nk tgk..teruja nk tgk sbb saya masih gagal utk memujuk anak saya 6 dan 4 tahun untuk mencuba berpuasa...kalau hari cuti, pkul 8 dah minta susu walaupun bangun makan sahur.huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sy dah jumpa jawapan soalan sy tadi di sini.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....