Assalamualaikum semua.....
Di kesempatan yang sungguh menyenangkan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf zahir batin buat semua teman2 blogger. Mungkin sepanjang saya menulis blog ini, ada insan2 yang berkecil hati dengan saya. Jadi, ampunkan saya yer...
Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran kerana diberi peluang oleh-Nya untuk kita meraikan hari baik ini bersama insan2 yang kita sayang.
Terima Kasih, Ya Allah!!!! Kami bersyukur pada-Mu!
Hari ini, saya akan pulang ke kampung halaman, beraya di sana..... Jadi, saya berharap, pada kawan2 yang mahu pulang ke kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga semuanya selamat pulang dan selamat kembali.
Salam Aidilfitri buat semua, Minal Aidzin Wal Faizin...... Kullu ammin wa antum bikhair!
Maaf Zahir Batin.....
selamat hari raya fiza...
ReplyDeleteselamat menyambut syawal kak fiza..
ReplyDeleteSelamat hari raya,k.fiza sekeluarga..
ReplyDeleteMaaf zahir batin atas salah silap ya..