Salam Aidilfitri yang Mulia semua....
Orang dah hampir basi bercerita tentang hari raya, saya baru nak mula. Baru sekarang dapat bercerita sebab baru sekarang online. Biasa la... raya, kan. Sibuk sentiasa. Lagi masa raya ni, keluarga saya ada kenduri tambah ahli. Hehehe... tu yang cari2 masa sesuai utk cerita tentang raya kami.
|
Tema ungu sekeluarga |
Cerita raya saya sekeluarga macam biasa, macam tahun2 lepas. Malam raya saya di rumah ummi di Kampung Lubuk Pusing, dan pagi2 raya saya pulang ke Taman Aman, Sabak Bernam. Suami nak bersembahyang raya di Mesjid Sabak Bernam.
Selepas selesai solat hari raya, bersalam-salaman bersama MIL, FIL dan semua ahli keluarga, saya balik semula ke Lubuk Pusing untuk beraya di sana pula. Meriah sebab kampung saya dan suami berdekatan. Raya berlari ke sana ke mari. Setiap tahun berhari raya bersama kedua-dua belah keluarga.
|
Hijaz nak berjalan di hari raya pertama |
Anak-anak, antara yang paling gembira berhari raya. Lagi2 si Ikhwan dan Amniy, hasil berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu, terasa meraikan kemenangan di bulan Syawal ini. Paling sibuk mengumpul duit raya la... amboi! Sakan sungguh! Tapi, masih ragu2 nak terima, sebab Ikhwan pernah bercakap masa Ramadhan lepas, "Umi, kalau ada orang bagi duit raya, Iwan tak nak ambik la. Mana la tau dia orang miskin." Hahaha... anak bujangku. Balas saya, "Kalau orang bagi, ambik jer, ucap terima kasih. Kalau orang tu bagi, maknanya dia mampu, dia bukan orang miskin. Tapi, kalau orang tak bagi, jangan minta." Alhamdulillah, dia faham....
Sofie dan Hijaz, lagi la gembira. Budak tak puasa ni, paling hebat berhari raya..... Banyak ragam, banyak buat perangai. Penat agaknya berjalan2. Mujurlah Sofie senang dipujuk.... banyak ragam jugak, tapi, lepas meragam, tido......
|
Bersama Sofie..... |
Berjalan di rumah saudara mara, anak dara saya menjadi perhatian. Maklumlah anak istimewa. Semua bertanya tentang kesihatan Sofie, perkembangan Sofie.... Alhamdulillah, sampai ke saat ini, 4 tahun Sofie beraya bersama kami. Allah masih mahu kami menjaganya. Allah beri kesihatan buat Sofie. Sofie pun bukan main seronok lagi berhari raya. Sesuka hati je dia, masuk rumah orang, buat macam rumah sendiri. Mujurla masih boleh di kawal..... tapi, bila orang bagi duit raya, dicampaknya sampul. Aduhai.... sah la, Sofie tak faham lagi. :-) Makanya, tiap kali dapat sampul duit raya, umisofie kena alert cepat.... kang mana2 tah dia letak.
|
Saya bersama adik beradik perempuan dan ipar2 perempuan |
Raya tahun ni juga saya dan adik beradik saya yang lain tak sempat berhari raya bersama abi kami. Sebabnya, abi kami beraya di Kelantan, rumah mak muda kami. Kami panggil Ummi Thani....:-) So, kitorang semua bersalam-salaman bersama abi masa raya ke-4. Tak kisah la, janji minta maaf......
Hari raya pertama tu, adik beradik dan ummi je jalan2 beraya. Konvoi ramai2.... adik-beradik saya ramai, 10 orang. Semua balik raya... jadi amat meriah dengan keriuhan berhari raya.......
|
Meriah dengan adik beradik sendiri.... |
Kemerihan memang sangat terasa sebab adik beradik saya ramai. Bayangkan..... saya anak sulong, jadi adik2 kat bawah saya semuanya agak muda, jadi, saya pun ikut berjiwa muda. Hahaha..... perasan sudah! Umur sudah 30 ok!
Tapi, memang best tau adik2 ramai ni.... Buat apa2 semua sama-sama, gaduh pun sama2. Makan pun sama2.... Bila ada yang dah berumahtangga, tambah ahli keluarga, lagi meriah....... Seronok betul!
|
Budak ni baik, lekat lama kopiah kat kepala dia.
Comel betul anak umi, soleh je nampaknya...... |
Raya kedua, saya berhari raya bersama keluarga suami. Agak suram sikit raya kali ni, sebab masing2 adik beradik suami saya beraya di rumah mertua. Ikut giliran la, kan... Jadi, nak beraya bersama2, berkonvoi2 tak terasa juga, sebab berjalan raya kereta sikit. Tak mengapa la, kan.... Masing2 sudah ada tanggungjawab dan giliran. Jadi, kena la adil dan saksama....
Dan keluarga saya tetap teruskan berjalan ziarah sanak saudara terdekat.... Rumah makcik, rumah pakcik..... Tapi, ada juga rumah yang tak sempat nak pergi. Kesuntukan masa betul la.....
Lagi pun, raya tahun ni, keluarga belah saya agak sibuk. Sebabnya, raya ke-4 hari tu, keluarga saya menerima seorang lagi ahli baru. Nanti2 saya ceritakan......
|
Umi dan Hijaz di raya ke-2, nak jalan2.... |
Kemeriahan Aidilfitri juga terasa apabila saya merasakan Hijaz sudah besar. Hahahaha.... tiba2 teringin nak baby lagi. Eh, boleh ke gitu? Tak de la... bila cium baby orang, rasa macam nak baby sendiri la pulak. Bukan apa, adik ipar saya baru je melahirkan baby baru... baru2 pun, ada la dalam 2 bulan. So, tahun ni dia beraya dengan baby baru. Bila dukung anak buah sorang ni, memang terasa betul nak baby. Tapi...... nanti2 la.....
Kot2 tahun depan pulak, kan.... Hahahahha......
Ish, merepek la pulak..... saya ni, mmg suka la bau baby. Harum semerbak je baunya, walaupun masam bangun tido.... Tapi, agak susah kot dapat baby sekarang. Kehidupan makin sibuk. Anak saya sendiri dah 4 orang, kalau ada baby, mungkin tahun depan tak sempat nak buat kuih raya. :-) Ish.... melalut sudah!
|
Dengan Sofie pulak! |
Daripada bercerita nak dapat baby baru, baik la fikirkan cara nak membentuk peribadi Sofie dan anak2 lain menjadi lebih baik dan mulia. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau belum ada, syukurlah dengan apa yang ada. Sofie tu sekarang banyak betul peelnya. Macam2..... nak sabar tahap wali, huh!
Alahai, apesal cerita sampai cerita baby pulak ni? Tu la katanya, melalut tak habis2......
Ok, entry ni, mengucapkan selamat hari raya kat korang semua yang masih sudi baca blog saya ni. Saya ni tak sempat2 nak berjalan2 rumah korang. Jadi, cuci mata je la kat sini, eh.....
By the way, sorry ye korang.... lama betul tak BW. Nanti cari masa untuk BW. Jumpa entry lain! Maaf zahir batin!