Tuesday, September 06, 2011

Peristiwa Raya Ke-4 ~ Dia menamatkan zaman bujangnya~

Assalamualaikum semua......

Semalam bercerita suasana riang ria hari raya keluarga. Hari ni nak cerita sikit tentang adik perempuan saya. Saya pernah updatekan cerita adik saya ni bertunang dulu, kan? Sapa ye yang ingat? Akhirnya, pada 2 September 2011 bersamaan 4 Syawal 1432H, mereka disatukan sebagai suami isteri.

Adik saya ni amat muda lagi, Nurul namanya dan masih belajar di UNISZA, Terengganu. Tapi, nak katanya, jodoh mereka cepat. Jadi, tak perlu tunggu lama2. Belajar tetap di teruskan. Sejarah keluarga saya, dari ummi dan abi kami, saya sendiri dan adik beradik lain, semua bernikah di awal usia 20-an. Saya sendiri mendirikan rumahtangga pada usia 22 tahun ketika cuti semester. Alhamdulillah, tiada masalah selepas kahwin. Walaupun ramai mulut2 bisa berkata2 sinis terhadap keluarga kami, kami abaikan..... Mulut manusia memang susah untuk ditutup. Jadi, pekakkan telinga, buka hati menerima segala macam tohmahan. Semuanya atas kehendak Dia, menentukan jodoh hamba-Nya datang cepat atau lambat.

masih menjadi 'cik'....
Sebenarnya pasangan Nurul juga masih belajar..... belajar di Mesir.  Sekarang sedang bercuti. Kenapa mereka berkahwin awal, nanti saya ceritakan. Jangan beranggapan buruk la, sebab kita mahu mengelakkan perkara2 buruk berlaku. 

Perkenalan mereka agak singkat sebenarnya. Mungkin dalam 3,4 bulan sahaja. Jodoh ini pilihan abi kami. Alhamdulillah, Nurul terima dengan redha. Kenapa abi pilih dia? Sebab ciri2 untuk menjadi pemimpin dan ketua keluarga memang sangat menyerlah dalam diri insan ini. Lagi pun pasangan Nurul belajar al-Quran, jadi untuk mengelakkan dari terus berhubung dengan orang yang bukan mahram, lebih baik disatukan saja mereka supaya hubungan lebih berkat dan halal, Insya -Allah!

Selepas bernikah, mereka masih meneruskan pelajaran masing2. Nurul pulang ke Terengganu, dan suami Nurul akan pulang ke Mesir menamatkan pengajian di sana. Dan tempoh suami Nurul ke sana tak lama pun. Tinggal menghabiskan sisa-sisa pengajiannya saja. Jadi, keluarga belah saya tak nampak ada masalah dalam hubungan mereka. Rindu.... biasa la. Sekarang teknologi makin canggih. Segalanya di hujung jari. Yang jauh terasa amat dekat. So, tak de hal punya! :-)

Dengan ai la tu.... selaku kakak sulong yang terhormat.
Nurul menjejaki saya.... hihihi. Saya dah beritahu tadi, saya juga mendirikan rumahtangga ketika saya sedang belajar. Situasi yang sama seperti Nurul sekarang, cuti semester Tahun 1, saya dinikahkan oleh abi. Selepas itu, suami saya merantau ke Kuala Terengganu, saya masih meneruskan pengajian di Kuala Lumpur. Masalah? Rindu la..... biasa la tu, kan? Tapi, dulu tak macam sekarang. Sekarang boleh webcam, bermuka buku (FB), boleh chatting2. Dulu, takat nak sms dan call jer. Mana ada duit nak beli laptop, netbook, nak online. Nak beli top up pun berkira. Sekarang top up RM10 pun lepas. Dulu, kalau nak beli top up, kalau tak cukup RM50, jangan harap boleh beli.

So, Nurul, jangan risau ok! Orang memang akan bercakap. Yang penting hati kamu harus kuat. Dan paling penting hubungan kamu halal.... Insya Allah, diberkati Allah selalu.......

Ok, sekarang mari layan sikit gambar 2 pasangan pengantin baru ni. Satu saya tak puas hati, saya minta orang ambilkan gambar guna kamera saya, tapi...., kualiti gambar sangat tidak menarik. Lain kali memang tak boleh nak harapkan orang lain. Sendiri kena ambil, walaupun saya pun bukan pro mana pun, tapi, kamera tu saya punya.... dah kenal dah. Apapun.... meh layan sikit.......

 Dengar khutbah nikah dulu....

 Kitorang pun kena dengar juga ....

 Alhamdulillah.... selepas disatukan.
Puan Nurul ye kamu sekarang!

 Membatalkan air sembahyang..... sarung cincin.

Penyerahan mas kahwin.....

Eh, tetiba je ada gambar ni.........
:
:
:
Ini my luv! Sayang, di masjid ini kita disatukan 10 tahun lepas, kan.....
Di sini segalanya bermula pelayaran rumah tangga kita...... 
Eceh! (Nyampah ai! Jiwang bagai nak rak)

So, diucapkan selamat melayari bahtera runahtangga. Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa. Hanif, kamu jaga adik akak baik2, jangan garang2 dengan dia tu ok! Semoga korang kuat hati, kuat jantung, kuat paru2 juga! Hehehehehehehe...... Mabruk!

11 comments:

  1. tahniah kak dpt adik ipar baru :)

    semoga semua nyer kekal bahagia sehingga ke akhir nyawa....amin!
    (adik akak,akak,saya,kita kita)

    ReplyDelete
  2. terima kasih izwa...
    pantasnya kamu, sentiasa jadi org terawal beri komen. hehehee

    ReplyDelete
  3. tahniah buat adik fiza. di Masjid Lubuk Pusing eaa...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak,
    Alhamdulillah, semoga Allah berkati pasangan ini...

    Akak kawin muda ye...mawaddah pn kawin awal, 21thn, waktu 2nd year di uia..ummi mawaddah pn sama gk..adik perempuan mawaddah, 19 thn...lagi muda..hehe..

    Mmg ramai yg berkata-kata, tapi pokoknya Allah shj yg tau niat dan matlamat perkahwinan kita..dan ummi abah redha..bak kata ummi, pedulikan apa org nk kata, ummi abah tahu bagaimana nak merencana dan mengatur kehidupan anak-anak..

    ^___^

    ReplyDelete
  5. saya juga berkahwin ketika masih belajar..
    cakap2 org tu pn saya byk dgr..
    tp buat tak reti jek..
    berkawin dgn keadaan dia di sana,saya di sini..
    rindu bak kata kak fiza..
    tp alhamdulillah,kami makin erat =)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...tahniah utk adik fiza ye...

    ReplyDelete
  7. tahniah buat adik k.fiza dan isterinya =)
    cantik sama padan kedua mempelai.

    mudahan panjang jodohnya kekal bahagia ke anak cucu =)

    ReplyDelete
  8. nice r kak!

    mmg amat x lame la tu..
    haha*gurau2*

    ReplyDelete
  9. tahniah buat adik kak fiza!

    so akak dengan suami jadi pengantin lamalah hari tue ye? mesti kenangan 10 tahun lepas datang kembali kan? :-)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah....
    terima kasih semua doakan adik saya bahagia, kekal selamanya. :-)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..dan tahniah, semoga diberkati.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....