Sunday, November 20, 2011

Fiza & Small Biz!

Assalamualaikum....
Sekian lama tidak bersua, hati menggamit rasa rindu pada kalian. Maafkan saya ye, saya bukan lupakan dunia blogging, tapi, masa saya sangat terhad. Sekarang ni pun, sebenarnya saya tiada masa untuk blog, tapi cuba juga untuk update apa2 yang perlu supaya diri sentiasa di ingati. (cewah...!!!! Nyampah tak... Hehehe)

Ok, sebenarnya, saya mahu berkongsi sesuatu, yang saya sudah mula berniaga. Berniaga kecil2an dari rumah je pun. Hasrat di hati sudah lama mahu berniaga, tapi, keadaan puteri hati saya dulunya sangat2 meruntun hati jadi, saya lupakan dulu segala aneka niat itu. Tapi, sekarang, dengan izin Allah Taala, semuanya telah berlaku. Belum lama mana pun. Perniagaan ini baru berusia 1 bulan. Masih merangkak dari bawah... Nak capai tahap tinggi tu sangat jauh..... 

Dan mesti semua orang ingin tahu apa jenis perniagaan saya ceburi. Memandangkan minat saya terhadap kek dan roti sangat kuat, di samping genetik juga, maka saya memilih bidang ini untuk perniagaan saya. Sekadar bermula dari sekolah encik suami dan jiran2, saya telah mencuba nasib memasarkan hasil air tangan saya di dalam FB. Insya Allah, ada delivery post untuk yang berminat dan untuk produk2 tertentu sahaja. Bukan semua produk boleh delivery pos, kerana kurang daya tahan.


Antara yang saya niagakan.... Baru sikit tu je. Tapi, boleh la untuk permulaan.

Saya juga sangat terharu dan berbangga kerana sahabat alam maya saya sanggup datang dari jauh untuk mengambil cheese cake yang mereka tempah. Antara yang pernah membeli dan merasa kek saya ialah kak Nanie yang datang dari Pucong ke Rawang dan Ayu pula datang dari Ampang. Paling best dan terharu, Ayu siap promote kat blog dia lagi.... Malu, dan segan la pulak. Heheheh.... Sudi2 la baca entry Ayu ni ye.

Saya minta maaf la pada yang terlewat tahu aktiviti saya ni. So, berminat? Please inbox saya di FB, key. Seperti dah saya katakan tadi,  Insya Allah, ada delivery pos untuk roti dan kek coklat. Untuk cheese cake, saya mohon maaf.... di sebabkan cheese cake tak tahan lama, jadi saya terpaksa batalkan delivery pos untuk cheese cake. Cheese cake saya tiada ubat tahan. Rasa asli original! Jadi, dalam suhu bilik, cheese cake hanya bertahan dalam 1 hari setengah sahaja! Kena masuk peti sejuk, baru tahan lama sikit. Insya Allah la, selagi cheese cake tu tak habis dimakan, ia tetap tahan dalam peti sejuk. Itu yang saya kaji.

Jadi, kebanyakan pelanggan yang mahukan cheese cake, mereka sanggup datang sendiri ke Rawang untuk mendapatkannya....

Sekian untuk kali ini..... 

5 comments:

  1. good luck umisofie! caiyok caiyok

    ReplyDelete
  2. mudahan trus bkembang biz nya ya!
    insyaallah.rezki anak2..

    ReplyDelete
  3. Permulaan yg baik, Moga biz dpt bkembang maju

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap-sedap ye roti dan kek kak Fieza.Yana doakan semoga perniagaan ni makin berkembang.Insyaallah rezeki anak-anak kan.

    ReplyDelete
  5. insya Allah,
    atas doa kawan2 jugak
    mekaseh ye korang

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....