Monday, January 02, 2012

Catat Hamil 1 : Pertama kali berbalah dengan NURSE!

Assalamualaikum....
Selamat tahun baru 2012. Saya mulakan tahun baru ini dengan update terbaru saya, pengalaman saya mempertahankan diri saya ketika saya mahu membuka buka merah di Klinik Kesihatan BA.
............................................................................................................................................................................................................................................................................
Pagi itu saya ke Klinik Kesihatan BA dengan rasa gembira untuk membuka buku merah bagi kandungan saya yang baru ini. Alhamdulillah, kandungan saya  sudah masuk 8 minggu, dan saya berusaha menjaganya dari awal. Ooopppsss.... ini kandungan saya yang ke-5. :-)

Apabila saya melangkahkan kaki ke dalam Klinik Ibu dan Anak, masing2 bertanyakan hal Sofie. Oh, bangga sekali kerana mereka masih mengenali dan mengingati saya sebagai ibu kepada Sofie. Saya menerima layanan yang baik dari staff-staff nurse di situ. Mereka menegur dan melayan saya dengan baik kerana kebanyakan dari mereka mengecam dan mengenali saya.

Apabila tiba nombor giliran saya, saya diperiksa sebagaimana rutin, menimbang berat badan, (hoho... berat badan saya naik mendadak! :-)) memeriksa tekanan darah, mengisi borang, mengambil darah dan memeriksa air kencing. Semuanya berjalan lancar dan baik. Perasaan saya waktu itu, sangat2 gembira dan teruja. Kebetulan, saya datang pada waktu pagi dan terdapa ramai ibu-ibu hamil yang lain ingin mendapatkan perkhidmatan di situ. Ramai juga bayi dan kanak-kanak. Setelah selesai semua urusan di luar bilik, saya diminta menunggu lagi untuk dipanggil oleh staff lain. Untuk pemeriksaan perut pula.

Saya masih sabar menunggu... tungguuu... dan terus menunggu sehingga nombor giliran saya tertera. Akhirnya, tiba giliran saya untuk bertemu dengan salah seorang staff nurse. Kebetulan, dalam masa yang saya bertemu pula dengan seorang staff nurse yang lain. Saya gelarkan sebagai Rona (bukan nama sebenar). Rona menegur saya.

"Eh, dia buat buku merah la..... Lama tak nampak, hari ni nampak dia datang buat buku." Ramah sekali. Saya tersenyum manis. Sementara saya mengambil tempat di kerusi, Rona mendekati saya.

"Yang bongsu umur berapa ye? Mana dia? Tak ikut?"
"Dah 2 tahun 2 bulan. Ada kat rumah, tidur lagi tadi."
"Oh, dah besar. Dah layak dapat adik. Heheheh. Eh, anak keberapa ye ni?" Soal Rona.
"Anak ke-5, insya Allah."
"Alhamdulillah, tahniah ye. Dah nak masuk 2 orang adik Sofie yer... heheh." Saya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih padanya. Rona berlalu pergi untuk meneruskan tugasnya.

Nurse yang memeriksa saya, saya gelarkan sebagai Jue (bukan nama sebenar). Saya belum pernah melihat Nurse Jue sebelum ini. Mungkin baru dipindahkan ke sini. Nurse Jue meminta saya berbaring atas katil. Saya hanya menurut arahan. Tiba-tiba nurse Jue bersuara.

" Akak nak cakap sikit dengan awak." Saya diam je. Dia menyambung. "Umur awak baru 30 tahun, anak awak dah nak masuk 5. Awak patut ada target berapa orang anak awak nak. 7,8,9,10...." Wah.... bisanya pada saya. Seperti memerli saya. Dia menyambung lagi.....

"Awak patut fikirkan tentang diri awak. Sekarang, iye, awak mampu jaga anak-anak, suami dan keluarga awak. Cuba satu hari nanti awak sakit. Awak demam sehari je..... kan susah awak nak jaga keluarga. Ramai pulak tu anak awak. Awak pulak ada sejarah operation. Boleh jejas kesihatan awak kalau awak asyik mengandung. Awak patut merancang." 

Allahuakbar!!!!!!! Saya mula naik berang, tapi masih bersabar. Saya merasakan air muka saya sedah berubah menjadi monster yang tahan sabar untuk menerkam mangsanya. Saya nampak riak wajah nurse ini tidak setuju dengan kehamilan saya yang baru ini.

Saya mula bersuara sambil menahan getaran....


"Kak, akak jangan fikir saya tak merancang. Saya merancang kak. Tapi sehebat mana perancangan kita. Ini semua bukan kerja saya yang boleh nak kawal2 ada anak atau tidak....." dan saya mula memberitahunya perancangan apa yang saya guna. Saya jelaskan padanya, bukan saya sahaja yang mengambil peranan untuk merancang, tapi suami. Tak perlu saya jelaskan disini.... Agak panjang lebar.... Tapi, nurse Jue cuba memotong.

"Dalam keadaan awak macam ni, ada anak yang ramai, akak tak yakin awak boleh ambil pil. Awak akan lupa. Sarung pun belum terjamin. Kenapa awak tak ambil injection je.?"

Saya bersuara kembali....

"Adakah injection boleh terjamin 100%? Kak, kalau Allah nak bagi kita anak, apa pun jenis perancangan kita, Dia tetap akan bagi. Bagi saya, sehebat mana perancangan manusia, tetap tak boleh lawan takdir Allah." Dia agak diam.....

Dan tiba-tiba dia membuka cerita tentang seorang pesakitnya yang mempunyai sepasang anak kembar. Setelah 16 tahun berlalu, pesakit itu disahkan mengandung. Katanya, dia mementingkan kualiti anak, bukan kuantiti anak. Susah katanya, punya anak yang ramai dalam zaman sekarang.... Saya hanya mendengar dengan keluhan kecil!

Nurse Jue cuba menyatakan pada saya kualiti anak lebih peting dari kuantiti. Saya bersuara mempertahankan pendapat saya.

"Akak, akak jangan fikir, mentang-mentang saya ada anak yang ramai, saya tak boleh menghasilkan anak yang berkualiti. Berapa ramai orang di luar sana ada anak ramai dan anak2 mereka berjaya. Saya dari keturunan baka yang ramai anak, ibu saya sendiri ada 10 orang anak, arwah nenek saya juga ada 12 orang anak. Akak ni seolah2 nak menghina saya pula ye."

Saya agak berang sebenarnya. Air mata saya hampir jatuh ketika mempertahankan pendapat saya. Saya cuba mengawalnya. Nurse Jue tak mahu kalah, dia tetap bersuara,

"Akak tak bermaksud menghina pun. Tugas akak memberitahu tentang kesihatan diri awak. Awak tak boleh terus beranak tanpa memikirkan kesihatan diri. Awak kena merancang. Akak cadangkan lepas ni, awak ambil injection. akak tengok sejarah awak, awak mengandung bila umur anak belum cukup 2 tahun. Ini boleh jejas kesihatan awak."

Saya membidas,

"Kak, sekali lagi saya jelaskan, kerja bagi kita anak bukan kerja kita. Itu semua urusan Allah. Saya berusaha merancang, tapi Allah nak bagi saya rezeki anak. Saya kena tolak ke? Berdosa kak kita mempertikaikan apa yang Allah dah beri pada kita. Saya tak mahu menjadi hamba Allah yang kufur nikmat, kak."

Saya mula memperlahan suara.... memohon agar Nurse Jue memahami erti syukur. Bukan niat saya mahu mengajar nurse yang agak senior ini. Cuma mahu mengingatkan dia kita hanya hamba Allah. Saya terus menyambung....

"Saya mohon kak, janganlah akak ungkit lagi kehamilan saya yang lepas2. Semua anak  saya sihat dan baik walaupun Allah beri saya anugerah anak istimewa. Percayalah kak, semua ini ada hikmah. Allah je yang tahu. Dia beri keluarga saya anak istimewa, saya percaya Allah sayang kami. Dia nak bagi kami pahala lebih, insya Allah. Apa yang penting sekarang, saya mahu meneruskan kandungan saya kali ini dengan baik. Sehingga selepas saya bersalin nanti baru saya fikirkan apa lagi kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk diri saya. Saya tak mahu dengar apa2 lagi pertikaian dari akak. Terima kasih atas perhatian akak pada kesihatan saya." Panjang lebar saya bercakap.... memohon kefahaman dari nurse ini. Tetapi, saya nampak seolah-olah dia tidak mahu mengalah.

"Akak dah nampak sekarang awak sangat stress." Nurse Jue meneka reaksi saya.....

"Kak, mohon maaf kalau saya berkasar dengan akak. Pagi ni, saya datang ke klinik dengan gembira sekali. Nak buat buku merah bagi kandungan saya ini. Malam tadi lagi, saya sangat teruja untuk ke mari. Sungguh, saya tak sabar menanti pagi ini. Tiba-tiba saya berjumpa akak, akak mempertikaikan tentang kandungan saya ni. Mempertikaikan kemampuan diri saya. Hina ke kak orang yang mengandungkan anak ke-5 ini? Mana saya tak stress dengan semua kenyataan akak. Saya hanya manusia biasa. Lemah, dan kekuatan itu datang bila saya ingat pada-Nya. Pasal kesihatan diri saya, usahlah akak bimbang. Saya ada suami yang baik dan sangat bertanggungjawab. Dia yang akan menjaga saya dan keluarga. Dia sediakan semuanya untuk saya dan anak2, Alhamdulillah. Bukan saya tak pernah sakit. Saya pernah demam, saya punya suami yang mengambil semua tugas saya tika saya sakit. Benda tu tak menjadi masalah besar pada saya. Sekarang saya tak mahu dengar lagi pertikaian tentang kandungan saya yang ini. STOP!" 

Agak tegas saya bercakap ketika itu.

"Ok, akak faham."

Nurse Jue menjalankan tugasnya. Hati saya sangat2 sakit ketika itu. Sungguh, saya hampir2 menangis, tapi saya cuba menahan air mata dari jatuh ke pipi. Saya tak mahu dilihat sebagai insan yang cengeng. Saya memujuk hati supaya kuat. Ini baru dugaan yang kecil. Jangan mengalirkan air mata dengan dugaan sekecil ini. Saya tak mahu Nurse Jue nampak kelemahan saya.

Sebenarnya, bukan saya tak mahu mengalah. Boleh je kalau saya hanya mendiamkan diri. Tapi, ini bukan kali pertama. Setiap kali saya mengandung, mesti ada kata tidak puas hati keluar dari mulut nurse. Kali ini, saya tak boleh berdiam diri. Saya kena bertegas mempertahankan diri saya. Saya tak mahu mereka memandang kecil dengan wanita beranak ramai ini. Nasihat mereka, saya terima dengan hati terbuka. Kan ada cara nasihat yang lebih lemah lembut dan berhemah. Saya faham, mengandung dan beranak ramai boleh jejaskan kesihatan kita. Insya Allah, Allah beri kita sesuatu tu ikut kemampuan kita.

Sekian untuk kali ini.... pengalaman berbalah dengan nurse, satu pengalaman yang tidak boleh saya lupakan. :-)

53 comments:

  1. hmm,
    nurse tu mungkin bercakap dari segi kerjaya dia je. Ada betulnya, tapi tak kena pada tempatnya. Kalau dah mengandung tu, kita terima kan.. Tak perlulah nak cakap pasal perancang dan sebagainya. Kalau lepas bersalin nak sembang pasal perancang, tak pe juga. Takmemikirkan perasaan orang lain.
    Takpe lah fiza, moga2 nurse tu tersedar lepas berbalah dengan fiza tu...

    ReplyDelete
  2. alah.. apa masalahnya beranak ramai.. mak ain sendiri kdg2 tu setahun sorg.. rileks je.. sihat walafiat je.. rezeki ALLAH dah nak bg. skrg mungkin rasa susah. tp tgklah bila anak2 dah besar rasa sgt2 berbaloi ngan pengorbanan tu. harap akak terus tabah k. jgn didengar sgt leteran org. bukan kt x cb elak. sehebat mana perncangan kt xkan mampu nak lawan kuasa ALLAH. cb tgk org yg bertahun2 menantikan kehadiran cahaya mata baru kt rasa bersyukur akan kehadiran zuriat.. chayok2..-Matabintang (rh)

    ReplyDelete
  3. tak patut nurse tu kata mcm tu... di luar sana berapa org yg berusaha berbagai cara nak dptkan anak (seperti saya).. anak tu rezki allah... kenapa dia boleh pertikaikan begitu.. kalau sakit pening hal kewangan ke apa bukan kt minta pada dia pun kan..sabar ya umie... jgn stress2 nanti ganggu kandungan... jgn fikir2 anak adalah anugerah tidak ternilai harganya.....

    ReplyDelete
  4. tak patut nurse tu tegur akak macam tu. Kalau ye pun nak nasihatkan akak tentang kesihatan diri, bkn begitu caranya. Niatnya dh betul, nk kita tahu tentang betapa pentingnya merancang anak atas sebab2 kesihatan, tp teguran biarlah berhikmah. Lagipun akak dah mengandung, takkan nak menidakkan rezeki dari Allah?

    Sabarlah akak..

    ReplyDelete
  5. bukan saya alami.
    tapi saya rasa geram sangat2...

    Mungkin ade benarnya,
    tp sangat2 x kena pada cara:::

    Kerjaya dia sebagai Nurse,
    tapi die takde hak nak menentukan kehidupan orang lain,

    Anak tu rezki.... Allah yang aturkan....

    saya lak yang emosi,
    tapi...bagus awak pertahankan diri....=))

    ReplyDelete
  6. tak patutnya nurse tu berkata sedemikian rupa...mmmm..sabar ye fiza..

    ReplyDelete
  7. SLM FIZA...
    TAHNIAH YE ATAS REZKINYA INI...

    SMOGA SENTIASA SIHAT2 N JGN STRESS2 YE DGN NURSE YG TIDAK MAHU MENGALAH TU...(:

    ReplyDelete
  8. Wah...tahniah kak..Sofie dapat adik lagi.. :)

    Hurm..Pada pendapat ina..mungkin ada benarnya kata nurse tu..maybe dia bimbang dengan kesihatan akak..cuma cara dia cakap tu mungkin tak betul. Susah jugak org mentaliti tak berapa nak terbuka nih. Akak sabar k..Biar lantak dialah..bukan dia yang kena jaga baby akak pun..huhu...

    ReplyDelete
  9. alahai nurse..
    sbr eh k.fiza...

    memang tak patut die nk bebel2 lebih2 pulak.
    sungguh tak bhikmah nasihatnye.

    xpe k.fiza.
    inilah kekuatan k.fiza tuk trus membentuk anak2 yg soleh.saya dulu berangan nk ank ramai.4-5org.
    tp apalah daya saya kan,sorg da pergi,saya redha.
    mane2 yg allah tentukan adalah tbaik buat saya.
    sket atau byk,allah punya kuasa,kita menerima.

    ReplyDelete
  10. eh tahniah k.fiza...saya pun pernah bengang ngan sorang nurse ni...sampaikan saya fobia nak buat checkup kat klinik gomen...lepas bersalin terus buat checkup anak saya kat swasta semata-mata tak nak jumpe nurse yang marah saya sebab HB saya masa tu rendah...siap dia hempas buku merah saya...ntah pape..hehehe papepun semoga kandungan akak sihat ye...

    ReplyDelete
  11. sabar ye fiza..kalau mengenangkan kerenah nurse2 kat klinik kerajaan ni memang kadang sedih sgt..tabahkan lah hati dan moga semuanya dipermudahkan,..

    ReplyDelete
  12. fiza, kalau free jum join ye..ayu tag fiza..

    http://ezurin.blogspot.com/2012/01/ladies-photographer-giveaway.html

    ReplyDelete
  13. sangat tak agree dengan org cmni..
    nak tegur tu boleh..
    tapi tak perlulah ckp 6,7,8,10...
    cakap elok2 takleh ke?

    "boleh saya tahu berapa ramai akak rancang?bukan apa,sekadar ingin bertanya dari sudut kesihatan puan"

    kan molek tanya camtu..alahai..

    ReplyDelete
  14. tahniah fiza untuk kandungan yg kelima ini..
    psl nurse tu, saya pulak agak emosi..cara dia tegur tak kena tempat.. seorang nurse mesti beretika ketika berkomunikasi dgn pesakit..moga2 dia cepat sedar

    ReplyDelete
  15. mungkin nurse tu mahukan ibu sofie sihat n jarakkan kehamilah untuk kesihatan diri...tapi daripada sudut lain plak nurse tu kena akur bahawa segala ape perancang yang bagus pun klu dah Allah tentukan untuk hamil...kena redha n terima ngan penuh kesyukuran...sebab anak tu adelah rezeki.....nurse tu tak boleh menidakkannyer....

    ReplyDelete
  16. erkk akak pun teremosi bila baca pasal nurse tu membebel pasal anak ramai ni...

    akak pun dr keluarga yg ada adik beradik yg ramai...alhamdulillah semuany berkualiti...haishhh...

    ReplyDelete
  17. salam k.fiza...mmg sgt xbestkn bila berjumpa dgn orang2 yg berfikiran negetif ni...klu nurse tu nk bg nasihat,lpas bersalin okla nk bercakap bab2 palnning ni..ni akak dh pregnant,seolah2 mempersoalkan ttg rezeki..dan membuatkn emosi terganggu...apapun,k.fiza kna think positif,kita xkan mampu nak puaskan ati semua org...akak jgn duk pikir sgt,kna slalu2 happy,jgn stress2...doakan yg baik2 untuk akak dh baby....insyaAllah

    ReplyDelete
  18. amboi kak..tambah sorang lagi?jgn smpi anak2 akak da x kenal pkck dy yg ni..heheh

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Fiza, akak dah hamil semula ye?Tahniah...yana tumpang gembira.Semoga selamat hingga melahirkan.Nampaknya due kita tak jauh.Yana pun dah masuk 8 minggu sekarang ni.Tapi tak buka buku merah lagi.Maybe next week kot.


    Kak Fiza, yana nak share pengalaman yana pula.Selepas yana iud 6 bulan lepas, nurse ada datang rumah utk periksa dan tanya lebih detail ttg kes yana.Nurse kk ni mmg tak bagi kak kalau kita hamil dlm jarak yg dekat (tanpa memahami perasaan kita).Ini amat berbeza dgn pandangan doktor pakar di hospital.

    Doktor pakar sarankan yana utk hamil secepat mungkin selepas kematian anak ke-2 tanpa perlu merancang apa2.Mereka siap offer rawatan kesuburan sekiranya selepas 6 bln yana masih tak hamil.Sedangkan nurse di kk sibuk suruh rancang dan rehat 1 tahun dulu.Mereka hanya fikir tahap kesihatan fizikal kita.Sedangkan yg perlu di ambil perhatian adalah emosi.Menurut dok pakar hanya dgn hamil boleh merawat hati dan perasaan yana yg bersedih selepas kehilangan baby.

    Dari sini yana faham perbezaan ilmu kepakaran antara nurse dan doktor.Alhamdulillah kini yana hamil lagi selepas hampir 6 bulan iud.Tak tahulah bagaimana reaksi nurse di kk nnt.Tapi ketika mereka dtg melawat di rumah dulu, awal2 lagi yana dah katakan yana nak hamil secepat mungkin.Mulanya mereka agak tidak bersetuju tetapi selepas yana terangkan ini adalah saranan dari doktor pakar kerajaan, mereka terus diam.

    Kak Fiza, yana pernah rasa sunyinya 'kehilangan' anak.Jadi, yana nekad selepas ini yana tak mahu merancang apa2 utk dapatkan zuriat lagi.Bagi yana, perancangan dari Allah adalah yg terbaik.Yana kagum dgn ibu2 yg memiliki anak ramai sebenarnya.Insyaallah murah rezeki akak sekeluarga.

    ReplyDelete
  20. Salam perkenalan kak...

    Nurse mmg mcm tu kak...biase la tu...
    saya dh follow,follow back yer...
    http://mystorymory2u.blogspot.com/...
    tq

    ReplyDelete
  21. aduhh..mizah pun geram dgn org yang suka pertikaikan kalau ibu ada anak kecil tapi pregnant lagi...dah kena dulu...auni abru setahun dah pregnant, org kata mcm2, tanya mcm2...semuakan ketentuan Allah...

    ReplyDelete
  22. sabar fiza....Allah swt mendugaan kesabaran fiza ...syukur dgn rezeki yg melimpah ruah...kalau mcm akak ni...xrancang pun xdpt...tp akak redha... :)

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum...salam perkenalan.......
    tahniah di ats kehamilan ke5 anda....saya kagum dgn semangat fiza...
    saya tertarik tuk share dgn fiza tntng kehamilan saya kali ke5 ni....tuk pengetahuan fiza...anak ke4 saya baru berusia 1thn 5 bulan semasa saya tahu saya hamil lagi.
    saya sgt terkejut sbb saya memgambil injection setiap 3 bulan sekali....dan sebelum ni saya memang percaya pd keberkesanan injection...tapi saya sbgai hambaNYA tak mampu menolak ketentuan ALLAH...ALLAH MAHA BESAR...
    dan pregnant saya kali ni telah membuka mata perubatan moden yg tiada siapa mampu menghalang kehendak ALLAH.
    Dan setiap kali saya pergi checkup,nurse akn bertanyer saya kenapa tidak merancang...maka jwpn saya adalah spt di ats.....alhamdulilah setakat ni nurse2 di Klinik Kerajaan MASAI,JOHOR memahami situasi saya malah memberi kata2 semangat agar saya jgn STRESS.....alhamdulilah!
    buat fiza....sama2la kita menjaga kandungan@ anugerah yg ALLAH beri tuk kita.Pasti ada hikmah di sebalik kejadiannya.Amin.

    ReplyDelete
  24. Salam .. Tetiba sy mengeluarkn air mata membaca blog akak ni..anak tu kurniaan Allah. Nurse tu xpatut beri nasihat camtu dan seperti menghina kejadian Allah..kalu saya disituasi akak,memang nak kena makan pelempang la jawabnya

    ReplyDelete
  25. saya skong pndpat akak..kuasa tuhan..dah dia murahkan rezeki,,syukurlh kita,mnerima seadanya..lgpun,bkn mereka yg jaga anak kita..kita sndri.

    ReplyDelete
  26. Tak sangka ada nurse yg mcmtu ek....

    ReplyDelete
  27. Klinik BA tu kat mne kak fiza?sy pon check up kat klinik BA(bakar arang)

    ReplyDelete
  28. Tak ptt betul nurse tu cakap kualiti lebih penting dr kuantiti. Mmg saya tak setuju dgn pandangan nurse tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada 9 beradik.....adik beradik sy mmg 6 daripadanya jarak sethn seorg...Tp alhamdulillah kami adik beradik terasuh n terdidik dgn sempurna...tiada rasa cemburu antara 1 sama lain malah antara kami saling memerlukan....lebih2 lg skrg bl masing2 dh berkeluarga, pantang ada cuti pasti sama2 akan berkumpul bersama2 di rumah ayah sy di kuala terengganu... n knp timbul tiada kualiti pula, 6drp adik bradik sy lulusan universiti, 2politeknik n seorg hanya lpsan spm (yg bongsu)......dlm kalangan kami ada seorg doktor, ada seorg nurse, ada 4org cikgu, dua berniaga sendiri n seorg bekerja swasta sebagai pereka grafik.

      Delete
  29. sy faham perasaan kak fiza....sekarang sy mengandung 8minggu yg mana anak sulong sy berumur 10bln...bkn xnak ambil perancang utk jarakkan kelahiran, tp sy xnak ambil kesan yg pernah arwah ibu sy tanggung... akibat merancang kelahiran dgn mengambil ubat perancang, akhirnya jd penyakit pd dia..sedaya upaya sy n suami cuba merancang sdr, namun rezeki Allah kami menerima dgn rasa syukur xterhingga.....
    td bl pergi KKIA sy dibeleter oleh doct kerana xmerancang...diamkan saja sbb malas nk fikir... sy pasti dorongan suami dan bantuan suami dlm sama2 menjaga anak sulung membuatkan sy rasa seronok dgn kehadiran zuriat dlm rahim sy...apa yg mereka nk ckp, terpulanglah. . ..nurse sdr pn ada yg kelahiran anak mereka setahun seorg....

    ReplyDelete
  30. saya juga faham perasaan akak... baru hari rabu lps saya ke KKIA untuk buka buku merah kerana mengandung anak ke 2.. anak sulung saya baru berusia 7 bulan dan saya bersalin secara pembedahan.. saya akui memang saya tidak makan pil perancang tp kami suami isteri menggunakan perlindungan setiap kali bersama.. kita hanya merancang tp Allah yg menentukan segalanya.. kami redha dgn kandungan kali ini dan yakin setiap anak ada rezekinya.. namun saya juga terkilan dgn nurse di KKIA bila membuat muka dan bercakap tanpa ada adab dan tidak langsung menjaga maruah seseorang.. saya tahu risiko apabila saya mengandung lagi tp saya yakin Allah akan menjaga saya dn anak yg saya kandungkan... hati saya menangis dan saya rasa cukup terhina dgn hinaan dan sindiran nurse2 di KKIA tersebut...

    ReplyDelete
  31. nurse gini mmg la patut kita cili jer mulut dia. sebok la dia tu nak nasihat orang. kalo kita ni ada kena mengena dgn dia tu okla nak menyibuk.

    ReplyDelete
  32. Teruk betul nurse tu.ckp xkna masa ...kalau bg alasan sbb penat kerja kt klnik,baik jgn byk ckp.then kurg le penat tu dr bebel kt org.buat dosa je sakitkn hati org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar je lah,klu nk nasihat pn pkai lah bhasa yg sopan,da Allah
      beri rezeki(zuriat)xkn nk buang.huhuhu.

      Delete
  33. Saya sekarang mengandung anak ke-6.. Alhamdulillah.. nurse kat KK tempat saya sume baik2 dan sambut berita kehamilan saya dgn gembira..

    ReplyDelete
  34. Ada ye nurse yg bangang gini... Menyebok sungguh... Agak2 la nak tegur org tu... Bkn dia kenalan rapat kita pon... Cili mulut dia ja br dia ada akai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa plak cakap orang bangang.. dia cume bg nasihat.. terpulang la nak dengar ke tidak... cume cara bercakap je x betul... org yg cakap org bangang ni mulutnye patut kene cili... sekian terima kasih..

      Delete
  35. bersabarlah, nurse pun kerja jugak, mungkin dia sangat stress kerja huhuhu

    Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  36. Huhuhu..pekara mcm tu biasa terjadi di klinik kerajaan..sy pon penah kena..tpi bkn dng nurse..dng dr..sy pon ade ank istimewa..dr tu pon pertikaikan..sushnya nk jaga ank..jaga anak yg sihat pon susah..ni kan awk jaga ank yg sakit katanya...hati sy tahan je skit ati...kenapa la dr ni bising2 sy nk beranak..bkn dia yg bagi mkn ank2 sy tu..sy de suami n masih muda..so x heran la klu sy beranak lagi....

    ReplyDelete
  37. kpd mom to be....nak tngok tilam and bakul baby yg cute and cantik...
    bleh follow blog sy..
    http://perniagaan-yuk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  38. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  39. Kalau nini pon rssa nak marah.....kite dah usaha...tapi Allah yang menentukan....takkan nak tolakkkk...grrr

    Lainlah kalo kite tak de buat apa2 usaha ke arah kawal tu kann

    ReplyDelete
  40. Kalau nini pon rssa nak marah.....kite dah usaha...tapi Allah yang menentukan....takkan nak tolakkkk...grrr

    Lainlah kalo kite tak de buat apa2 usaha ke arah kawal tu kann

    ReplyDelete
  41. Saya jugak alami situasi tu...sy sedang mengandung ank keenam setelah keguguran ank yg kelima awal tahun ni.anak ketiga dan keempat selang setahun.lepas tu sy keguguran dan hamil pada tahun yg sama jgk.reaksi nurse?biasa...sinis.mgkin kerja mereka tp sy terus cakap..sy bukan penentu kehamilan,kalau cik nak marah2, marah la pada allah..sy dh merancang tp allah lebih tahu yang tbaik.knpa sy dpsalahkan?bg sy...xda siapa ada hak nk ckp pasal bilangan ank kita,sb nya kita yg lahirkan,kita yg bsusah payah.rezeki dan kehidupan tu allah yg aturkan...be smart...be calm...nurse yg xcerdik mmg akn suka marah patient dr dia pk cmna nk bg patient sedar pasal kesihatan.

    ReplyDelete
  42. Saya jugak alami situasi tu...sy sedang mengandung ank keenam setelah keguguran ank yg kelima awal tahun ni.anak ketiga dan keempat selang setahun.lepas tu sy keguguran dan hamil pada tahun yg sama jgk.reaksi nurse?biasa...sinis.mgkin kerja mereka tp sy terus cakap..sy bukan penentu kehamilan,kalau cik nak marah2, marah la pada allah..sy dh merancang tp allah lebih tahu yang tbaik.knpa sy dpsalahkan?bg sy...xda siapa ada hak nk ckp pasal bilangan ank kita,sb nya kita yg lahirkan,kita yg bsusah payah.rezeki dan kehidupan tu allah yg aturkan...be smart...be calm...nurse yg xcerdik mmg akn suka marah patient dr dia pk cmna nk bg patient sedar pasal kesihatan.

    ReplyDelete
  43. Ape yg sis alami tu sy pon alami..tp dgn doktor yg cek saye.sakit bwtol hati mndengrnye.yg plg sentap, dia ckp, jgn rase diri tu hebat sbb mengandung lagi.mmg terase kate2 tu..tp tkpe..akn ku diam juga..

    ReplyDelete
  44. Ape yg sis alami tu sy pon alami..tp dgn doktor yg cek saye.sakit bwtol hati mndengrnye.yg plg sentap, dia ckp, jgn rase diri tu hebat sbb mengandung lagi.mmg terase kate2 tu..tp tkpe..akn ku diam juga..

    ReplyDelete
  45. Baru baca blog ni.. Spjg mgandung dari anak pertama smpi lime ni....mmg Ada nurse yg OK Ada yg bangang pun Ada.... Ada yg jenis tak jaga perasaan org...ikut suka mulut dia nak ckp.... Kdg Kdg apa yg disampaikan tak kena gaya nak nak ibu pregnant ni emotional sikit... Jagala perasaan org...

    ReplyDelete
  46. hamil anak pertama dapat di nurse yang baik2, makasih sharenya bunda
    madu penyubur kandungan , Obat Asam Urat

    ReplyDelete
  47. memang x digalakkan mengandung kalau berisiko.... nak branak sampai 10 org pun lantak korang la... tp jarak la sampai 2 thn...
    memang kite merancang dan Allah jua yg menentukan.. tetapi kenelah beusaha...pikir la kesihatan diri sendiri.. klau jd ape2 sape plak nak jaga anak yg ramai tu..
    bile basihat sentap...
    bukannye marah psl mengandung tp org nasihat utk ms depan..
    ingat senangkan jd nurse nak nasihatkan org cerdik pandai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakak nurse. baca dan hadam blk ayat akak tu sendiri ye. Ceritanya skrg ni org DAH MERANCANG DAH USAHA. Tapi ALLAH DAH TENTUKAN. DAH TU NAK PERTIKAIKAN KETENTUAN ALLAH KE?? U nurse ke, doktor ke, doktor pakar ke, menteri kesihatan ke, TAKDE HAK KITA NAK PERTIKAIKAN KETENTUAN ALLAH. Allah dah kata takde rezeki, dia tak kawal buat mcm2 program utk mengandung pun tak mengandung juga bertahun2, kalau Allah dah kata rezeki, dia dah ikat, dah suntik pun akan mengandung. Takkan korg tak pernah jumpa kes yg patient on time dtg inj depo tup2 mengandung dtg ke klinik tanya mcm mana dia boleh pregnant, dah 3 bulan inj. Kandungan dia 2 bulan. Dah pernah nmpk kes ni.

      Nak nasihat pun kena read the room. Baca keadaan. Org baru pregnant emosi mungkin tgh happy, dia baru pregnant happy nak dpt baby baru, u dah bising ckp bnyk anak ni xbagus la apa la. U bukan kena jaga physical these mommy je, emosi pun kena jaga. Dah di amanahkan. Mau nya mommy tu down pastu berfikiran nak gugurkan kandungan sebab awak ckp bnyk anak tak bagus, dia dah kawal tp dah termengandung pun. Pernah nmpk juga kes ni. U nak ke di SANA nnt u dipertanggungjawabkan sebab menghasut dia bunuh kandungan dia?

      Klu dah dekat2 nak due date dia baru la u start cerita pasal perancangan keluarga, lepas melahirkan boleh ingatkan semula. Takyah paksa sebab mmg takkan mereka dgr punya, silap hari bulan awak kena gaduh blk. Cuba belajar educate patients daripada memaksa patient, mcm tu cara cara nya nak nasihat kan org cerdik pandai. Sekian

      Delete
  48. Saa tau kenapA nurse suruh amik perancang semua. Sbb nurse penat nak handal kes kes ibu mengandung. Yes penat. Sehari bape pesakit nak handle. Dorang bebel pasal perancang tak habis.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....