Minggu ni, minggu yang sibuk... sibuk sungguh! Nak kejar appointment Sofie dan Hijaz di KK, nak kejar juga appointment Sofie di HSB, mana lagi nak uli roti. Akhirnya, minggu ni, tepung tidak diuli setiap hari kerana kesuntukan masa. Si ummi juga ada appointment dengan KK untuk bertemu dengan doktor. Sebelum tiba waktu untuk pergi ke KK, nurse datang rumah melawat. Aduhai.... sepatutnya, saya kena tunjukkan diri ke KK pada hari Isnin. Sekali hari Isnin tu suami pulak ada hal, tangguhkan untuk datang hari Rabu. Niat di hati nak datang waktu petang, sekali waktu pagi dah ada orang bagi salam untuk melawat. Ini kes lewat datang klinik la ni. Cepat2 saya bagi tahu nurse, petang nanti saya datang klinik, tunggu suami balik dari sekolah. Hehehehe.... saje je tak mahu bagi dorang masuk rumah. Faham2 je la rumah orang beranak kecil ni.....
Petang Rabu itu, saya ke KK bersama encik suami. Suami kena ada, sebab kena jaga Sofie dan Hijaz. Kalau tak, huru hara saya jadinya. Nak timbang la, nak check BP la, nak buat ujian air kencing la, nak check darah lagi, kang belum lagi nak tayang perut kat nurse. Kalau budak berdua tu ikut mau menyusahkan nurse2 kat sini. Saya, macam biasa...... tetap happy. Saya nak baby saya happy.:-) Tak mo stress2 datang klinik. Di ibaratkan klinik tu tempat paling best akan saya pergi setiap bulan. Hahahahah.....
Bila tiba turn saya jumpa nurse, nurse kata semuanya ok, tapi..... apesal berat badan saya turun? Aduhai! Rasa dah makan banyak juga, tapi, kali ni berat badan turun pulak. Kenapa ye? Alasan saya, mungkin agak letih sikit, maklum la, anak2 dah sekolah. Kerja banyak.... Tapi, jangan la risau, saya makan kerap, cuma kuantiti makanan yang saya ambil tu, memang saya mengaku, tak banyak....... Lagipun, si budak Hijaz tu, masih tak mahu berhenti menyusu badan.
Kalsium dalam badan saya agak rendah juga! Owh, mana lagi nak tampung kalsium untuk diri sendiri, kalsium untuk baby dalam kandungan juga kalsium yang dicuri oleh Hijaz. Eh, betul ke tu.... hehehhe... sesuka hati buat statement. Saya perlu ambil makanan sumber kalsium yang tinggi, juga zat besi. Jangan lupa. Kena makan kerang, hati ayam.... alahai, nak keluar balik rasanya.
Huwaaa.... tak tahan, dapat ubat lagi!
Ok, lepas jumpa nurse, saya kena jumpa doktor. Doktor nak scan. Sekali jumpa doktor, doktor yang biasa saya jumpa masa kehamilan saya yang lepas2. Eh, sekali tengok, doktor ni pun sedang hamil la.... Hehehehe.... bukan apa, masa saya hamilkan Hijaz, doktor ni juga sedang hamil. Dia bersalin 2 bulan lebih awal dari saya. Sekali jumpa lagi dengan doktor comel ni, dia tengah hamil lagi. Nampak gaya usia kandungan doktor ni lebih kurang 6 bulan. Seronoknya tengok.....
Doktor scan macam biasa. Nampak dah baby saya. Baru berusia 10 minggu. Alhamdulillah, setakat ni, tiada apa2 masalah. Cumanya, saya kena minum air gula (ujian MGTT). Sekali lagi? Owh tidak! So, doktor minta saya datang hari Jumaat pagi. Hai.... terpaksa la encik suami cuti. Kalau tak macam mana la saya ni, sapa nak jaga anak2 kecil berdua tu.... sapa nak jaga rumah bila si Ikhwan balik dari sekolah agama. Tau2 je la, ujian MGTT ni ambil masa setengah hari juga.
So, hari Jumaat semalam, saya buat ujian MGTT. Sebelum tu, jam 10 malam Jumaat tu, dah kena mula puasa. Puasa la saya ni dengan niat nak buat ujian MGTT. Pagi Jumaat tu, datang KK jam 8.20 baru sampai. Maklum la, selesaikan anak2 sekolah dulu, kejutkan si kecik berdua tu pulak, kang nak siapkan dorang lagi. Mana tak lambatnya. Orang lain dah minum jam 8 am, saya pula terlewat 20 minit. Tak kisah la.....
Masuk je klinik, tengok orang tak berapa ramai. Eh, tapi agak ramai jugak la, ada la dalam 10-12 orang. Rupa2nya, lepas saya datang ada lagi 5, 6 orang datang. Maknanya, bukan saya je la yang lambat. Lepas masuk satu bilik untuk cucuk jari saya ambil darah, nurse bagi air glukose. Mak eh, banyak amat! Korang pernah dapat tak percuma gelas tinggi masa beli Sunquick oren tu. Haaaa.... banyak tu la air glukose yang saya kena telan. Masa nurse bawa gelas tu, saya nampak warnanya putih. Sangkaan saya, mesti perisa laici. Sedap la ni. Sekali minum, mak eh, perisa asli..... Rasa nak keluar balik pun ada. Aduhai, kenapa la trip la ni saya dapat perisa asli. Teringat minum air glukose masa mengandungkan Hijaz dulu, dapat perisa oren. Tak de la menderita sangat kita nak telan. Sekali dapat perisa asli ni, telan jugak la.......
Paling kesian, ada yang tak tahan, minum satu gelas, terus pergi bilik air, muntah! Kan kena minum semula, alahai......... Saya pun ada gak rasa nak muntah. Tapi, tahan2. Bangun, ambil nafas panjang2.... Alhamdulillah, kekal air glukose tu dalam badan saya. Tak sanggup eh, nak minum kali kedua.
2 jam menunggu dengan boringnya. Sambil sembang2 dengan ibu2 hamil yang lain, sambil layan tengok Nasi Lemak Kopi O di TV9... mujur la di pasangnya TV tu, kalau tak mau mati kutu dibuatnya. Mengantuk pun ada. Lepas 2 jam berlalu, lebih kurang jam 10.30 pagi, nama saya dipanggil untuk check darah sekali lagi. Alhamdulillah, normal. 4.4! Tak yah ulang nak minum air glukose ni untuk waktu terdekat. Owh, tak boleh bergembira dulu.... bila usia kandungan sudah 28 minggu, kena minum lagi ye. Eh, ye ke? Ye la... ye la....mmmm, nak buat cam mana. Orang berisiko dapat kencing manis, ikut je la. Semuanya demi kebaikan diri sendiri jugak, kan.
Ok, sekian laporan kehamilan untuk minggu ke-10 ni. :-)
tahniah.. naper le akak leh tercicir berita gembira ini?
ReplyDeleteseronoknya Hijaz nak dapat adik dah... :)
ReplyDeletefiza : dah 10 minggu dah ye? cepatnya masa berlalu kan..
ReplyDelete4.4 lepas minum MGTT? takde pape la tu.insyaAllah takde la kena wat BSP.kita minum MGTT je naik sampai 8.4. Apa lagi, kenala buat BSP tetiap bulan ni. Tapi bukan ambik darah kat jari..kena amik satu tube..
ReplyDeletebila baca cerita kak fiza ni, alahainya...rindunya nak pergi KK, menunggu, borak2 dengan org sekampung....nurse pun mizah dah kenal...best kan...memang tmpt paling happy utk org pregnant...heheheh, semoga 30minggu lepas ni dilalu dgn happy gak :)
ReplyDeletecongrate
ReplyDeletebestnye preggy..bertambah ahli heheh
tahniah!...syoknya pegnen. tapi rasa tak lalat dah la. cukup lah dengan 3 otomen + 1 princess itu ;) tahniah again.
ReplyDeleteTahniah! seronok mengandungkan...
ReplyDeleteAkak ada tiga anak lelaki tetapi semuanya OKU.....
alhamdullilah 4.4 ari tu vill 4.5 pas minum air gula..perisa asli mmg pengsan..ari tu vill perisa oren..
ReplyDelete