Saturday, March 24, 2012

Lagi Amalan Untuk Anak Degil

Assalamualaikum....
Selamat berhujung minggu. Pagi2 Sabtu, beronline seketika, buka FB dan terjumpa satu lagi petua yang berguna buat semua ibubapa, dan bakal ibubapa juga. Petua ni saya dapat dari FB Ibubapa Cemerlang. Saya copy paste je kat sini. :-)




Jika anak gadis, anak teruna yang terdidik soleh dlm keluarga bahagia, apabila hidup di luar, ikut rentak kawan-kawan, jadi bebas lepas, suka berpoya-poya, merempit, dan sebagainya…janganlah dikau gundah gulana wahai ayah dan bonda… jangan berputus asa dengan kerenah putera puteri mu yang "terlampau". Janganlah disembur mereka dengan sumpah seranah agar mereka tidak bertambah celaka di dunia, tambah celaka diazab dalam api neraka.JAda do'a dan amalan yang ayah bonda dapat lakukan agar zuriatmu yang durhaka kembali ke pangkal jalan, berubah jadi insan mulia, insyaAllah. Doa ayah bonda nan tulus ikhlas adalah senjata yang sungguh ampuh, tukar derita jadi bahagia. Syaratnya, ayah bonda tulus dan ikhlas...

"Air Tangan Ibu." Mungkin kita pernah mendengar ungkapan ini. Si ibu yang memasak, sediakan makan minum seisi keluarga, lalu jadi berkat. Darah daging yang terbentuk dan membentuk dari air tangan bonda yg solehah, bijaksana, penuh hikmah dan baik akal budi bicara, akan muncul juga suami dan permata hati idaman.

Amalkan bacaan ini, ketika sediakan makanan minuman seisi keluarga. Kiranya ada yang panas baran, kaki pemarah, degil, susah buat perkara baik, gemar melawan cakap, suka memberontak…bacalah 10 kali doa itu, hadiahkan khusus untuknya, dalam makanan, minumannya, buat selama 44 hari, amalan apa-apa saja, org tua-tua kata, insyaAllah..masin mulut, doa dan amalan mudah menjadi..dengan izin Allah SWT.

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, Al-Fatihah, selawat 3 kali ke atas Nabi SAW. Zikir…Ya Latif 3 kali, doa.."Allahumma Latiffu bi'ibadihii yar zuqumanyyasaa' wahuwal qowii yul'aziz." 3 kali. Dlm hati…niatkan, doakan agar hati, jiwa sendiri, suami, anak-anak jadi lembut, mudah buat kebaikan..

Amalkan amalan di atas, ketika sediakan juadah makanan untuk keluarga, ditambah dengan amalan ini…tuliskan doa guna pewarna sirap ros sebagai dakwat, putik kapas yang bersih sebagai pena.Tulis ayat terakhir dalam surah Al-Imran di atas roti untuk sandwich, isi intinya. tangkupkan roti dan beri kepada anak-anak.
 

Ayat 200, Surah Al-Imran:

Semoga semuanya bermanfaat buat kita semua :-)

Wednesday, March 14, 2012

Amalan Supaya Anak Tidak Degil


Assalamualaikum.....
Cuma mahu berkongsi sesuatu yang sangat berguna buat SAYA dan semua yang bergelar ibubapa juga bakal ibubapa. Mendidik anak menjadi anak soleh solehah bukan sesuatu yang mudah. Bercakap memang mudah, tapi pelaksanaan.... belum tentu semua ibu bapa berjaya mengharunginya. Lagi2 bila kita dapat anak yang boleh di kategorikan agak degil, nakal dan tidak mahu mendengar kata.

Sekadar perkongsian yang saya peroleh dari Facebook Ibubapa Cemerlang. Sangat2 berguna buat kita semua, insya Allah. Semoga Allah kuatkan hati kita menjadi ibubapa cemerlang mendidik anak2 menjadi anak2 yang cemerlang, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Saya sekadar copy paste.... Terima kasih!

AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL 
1. Semasa anak sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun anak kita.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Semoga ianya bermanfaat buat kita semua... :-)

Saturday, March 10, 2012

"Mmmiiiiii.... abi....abi....abi..." ~Syahdu weh!~

Malam ni rasa ada masa untuk online. Heaven sungguh bila dapat cuti dari buat roti.... Rasanya seperti dapat balik kehidupan yang dulu. Cuti sekolah dah pun bermula. Jadinya, tugas saya sebagai penguli tepung berhenti seketika, melainkan ada orang tempah. Tapi, untuk kek.... hohohoho..... tak boleh tolak ok! Kek senang je, tak banyak masa nak buat, Bancuh, bakar atau kukus, siap. Jual.... Kalau roti, aduhai.... nak nguli 1 jam, kasi rehat 30 min, pastu bentuk lagi. Tunggu kembang, baru bakar. Penat seh! Tapi, memandangkan permintaan terhadap roti tinggi, terpaksa saya redah jugak. Dapat la hasil buat tambah2 belanja rumah, buat simpanan sikit. Hehehe.... Sapa nak bagi kan kalau malas...... Apa yang saya repekkan malam2 ni..... beno eh, saya nak cerita pasal Sofie. Lama dah kan tak cerita pasal Sofie ni.....

Gini, baru bermula cuti sekolah ni, suami saya ada kem motivasi kat Ulu Yam nun.... alahai, rasa jauh bebeno dengan rumah saya ni. Jadinya, suami saya pergi lepas solat Jumaat tadi. Pergi dalam keadaan kelam kabut sebab tak mahu terlewat.

Dari petang tadi, Sofie asyik meragam. Sikit2 meragam, ada aje yang tak kena. Pukul adik la, pukul ummi juga.... Huwaaaaa..... ummi pun macam nak nangis handle Sofie hari ni. Petang tadi ajak Sofie main2 kat luar,  ok la sikit. Jumpa kawan sebelah rumah tu. Terhibur la jugak.....

Bila dah malam, masa makan malam, Sofie meragam lagi. Katanya nak makan nasi, bila diberi nasi, nangis pulak. Saya pujuk la.... Sofie buat isyarat nak makan sendiri. Ok, saya beri Sofie nasi untuk makan sendiri. Tapi, masih lagi ada yang tak kena. Tak mahu pulak makan, nangis tak pasal2. Alahai.... kenapa pulak ni? Selesai makan, Sofie ok sekejap. Main2 dengan abang Iwan dan Amniy. Saya bentang toto depan TV, nak bagi Sofie baring2 sambil main. Saya pun layan la slot terbaru zehra kat TV3 tu, "Bunga-bunga Syurga". Oh.... layan juga cerita ni. Episod pertama dah nampak seronok.... Leka la saya menonton TV....

Tiba2 Sofie panjat sofa, berdiri tepi tingkap dan buka sliding tingkap tu. Dan kedengaran Sofie merengek nangis sambil panggil, "abi...abi...abi..." Oh Sofie.... Sofie dah mula buat ummi rasa nak menangis. Sofie ingat abi hanya pergi surau kot, atau abi berada di warung depan, atau abi ke kedai... anggapan Sofie, abi akan balik kejap lagi. Sian dia.... Saya panggil Sofie, "Sofie, meh kat ummi sini. Kita tido." Sofie terus duduk atas Sofie, mulutnya masih lagi sebut "abi....abi.... abi...." dengan amat sayu. Nampak sangat Sofie sudah mula rindukan abinya.

Saya sangat tak sampai hati nak biarkan Sofie terus duduk di sofa. Saya bangun, ambil Sofie. Peluk Sofie dan dodoi dia.... Sambil peluk saya, Sofie masih lagi sebut. "abi...abi...abi....." Terus gugur airmata saya. Jatuh laju sangat. Alahai, Sofie ni, saje la ni, nak buat ummi nangis ni. Saya pujuk Sofie, "ok, Sofie tido dulu ye. Nanti abi balik." Sofie angguk je, dan sebut lagi, "abi...."


Dan akhirnya Sofie tertido diriba saya setelah saya selimutkan Sofie dengan kain pelikat abinya yang masih belum dibasuh. Bau abi yang original masih ada.... Nampak Sofie lena tido. Saya dan abisofie hanya sms, tak berani nak call.... kang tak pasal2 saya yang teruk nangis. Dan memang sah2 saya paling teruk nangis lepas Sofie tidur. (Sebenarnya, masa menaip entry ni, airmata saya masih gugur lagi sebab teringatkan Sofie yang sedang tidur. Huhuhuu.... Huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!)

Sofie, tidur lena ye sayang..... Abi akan balik esok jumpa Sofie.... Mujurlah slot abi kat kem tu malam dan subuh je. Jadi, siang hari boleh balik sekejap jumpa keluarga..... Alahai, teruk betul, baru berpisah kejap, dah teruk cam ni. Cuba tengok orang yang berpisah berbulan2 lama tu.... Huhuuhuhuhuu...... 

Sekian, dari saya yang sedang bengkak mata.... hahahahaha!!!!!!!

Friday, March 09, 2012

9 Mac 2012 ~ 10 tahun sudah!~

Alhamdulillah.... Hari ini 9 Mac 2012, merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-10. Oh, sangat tidak sangka sudah 10 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang. Dan rasanya ini kali pertama, saya buat entry berkaitan ulangtahun perkahwinan kami. :-)

Untuk waktu ini tiada sambutan apa2 lagi, sebab encik suami pun amat sibuk dengan kem motivasi sekolahnya. Jadi, biarlah dia bebaskan diri dulu dari kem itu dan selepas semuanya selesai, baru fikir apa nak dibuat. Tak semestinya sambutan tetap pada hari kejadian, kan.....


Dengan rasa terharunya, saya ingin menyatakan terima kasih atas keyakinannya hidup bersama saya, sabarnya melayan segala karenah saya,  tabahnya menjadi suami yang setia dan abi yang suka buat anak2 gelak manjang..... :-D. 

Terima kasih Allah, kerana Kau kurniakan dia untukku sehingga saat ini dan sehingga ke syurga, insya Allah! Hindarkan rumahtangga kami dari fitnah dunia yang menyesakkan .....

Cukuplah seringkasnya..... :-)

Sekian untuk waktu ini.

Sunday, March 04, 2012

JarumJahitCollection..... Cantik sangat hasilnya!!!!! Sukeeeee!!!!!


Assalamualaikum.....
Saja buat promosi melalui blog ini tanda sokongan pada seorang sahabat
Saya dah beli dah hasil tangan adik ni.
Memang cun la.... Rasa macam nak beli lagi, insya Allah.....
Harga pun berpatutan. Saya beli tak banyak, sikit je, tapi boleh la buat permulaan.....


Berminat boleh layari http://jarumjahit.blogspot.com/ atau


Bukan brooch je ada, telekung kanak2 ada, baju kurung kanak2 ada,
baju muslimah ada... macam la ada. Sampai rambang mata dibuatnya.
Hasil tangannya pun, memang cantik dan menarik.

Terima kasih Eja....