Friday, March 09, 2012

9 Mac 2012 ~ 10 tahun sudah!~

Alhamdulillah.... Hari ini 9 Mac 2012, merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-10. Oh, sangat tidak sangka sudah 10 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang. Dan rasanya ini kali pertama, saya buat entry berkaitan ulangtahun perkahwinan kami. :-)

Untuk waktu ini tiada sambutan apa2 lagi, sebab encik suami pun amat sibuk dengan kem motivasi sekolahnya. Jadi, biarlah dia bebaskan diri dulu dari kem itu dan selepas semuanya selesai, baru fikir apa nak dibuat. Tak semestinya sambutan tetap pada hari kejadian, kan.....


Dengan rasa terharunya, saya ingin menyatakan terima kasih atas keyakinannya hidup bersama saya, sabarnya melayan segala karenah saya,  tabahnya menjadi suami yang setia dan abi yang suka buat anak2 gelak manjang..... :-D. 

Terima kasih Allah, kerana Kau kurniakan dia untukku sehingga saat ini dan sehingga ke syurga, insya Allah! Hindarkan rumahtangga kami dari fitnah dunia yang menyesakkan .....

Cukuplah seringkasnya..... :-)

Sekian untuk waktu ini.

10 comments:

  1. k.fiza semoga bahagia hingga akhir hayat...kita sama tarikh anniversary la...hehehe

    ReplyDelete
  2. Semoga berbahagia selamanya...

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun ke-10 akak :)
    semoga terus berkekalan bahagia sehingga akhir nyawa,amin..

    ReplyDelete
  4. sulieana,
    terima kasih...
    eh, sama tarikh eh? selamat ulangtahun poerkahwinan juga yer... moga kekal ke syurga.

    ReplyDelete
  5. izwa,
    terima kasih byk2.... semoga bahagia bersama keluarga. :-)

    ReplyDelete
  6. happy 10th anniversary kak!

    moga berkekalan sehingga ke hujung nyawa :-)

    ReplyDelete
  7. Happy 10th anniversary. Semoga kekal bahagia selamanya ☺☺

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary Kak fieza.Moga kasih sayang kalian kekal hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  9. wina, fiza dan zuliana,
    terima kasih byk2 ye...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....