Gini, baru bermula cuti sekolah ni, suami saya ada kem motivasi kat Ulu Yam nun.... alahai, rasa jauh bebeno dengan rumah saya ni. Jadinya, suami saya pergi lepas solat Jumaat tadi. Pergi dalam keadaan kelam kabut sebab tak mahu terlewat.
Dari petang tadi, Sofie asyik meragam. Sikit2 meragam, ada aje yang tak kena. Pukul adik la, pukul ummi juga.... Huwaaaaa..... ummi pun macam nak nangis handle Sofie hari ni. Petang tadi ajak Sofie main2 kat luar, ok la sikit. Jumpa kawan sebelah rumah tu. Terhibur la jugak.....
Bila dah malam, masa makan malam, Sofie meragam lagi. Katanya nak makan nasi, bila diberi nasi, nangis pulak. Saya pujuk la.... Sofie buat isyarat nak makan sendiri. Ok, saya beri Sofie nasi untuk makan sendiri. Tapi, masih lagi ada yang tak kena. Tak mahu pulak makan, nangis tak pasal2. Alahai.... kenapa pulak ni? Selesai makan, Sofie ok sekejap. Main2 dengan abang Iwan dan Amniy. Saya bentang toto depan TV, nak bagi Sofie baring2 sambil main. Saya pun layan la slot terbaru zehra kat TV3 tu, "Bunga-bunga Syurga". Oh.... layan juga cerita ni. Episod pertama dah nampak seronok.... Leka la saya menonton TV....
Tiba2 Sofie panjat sofa, berdiri tepi tingkap dan buka sliding tingkap tu. Dan kedengaran Sofie merengek nangis sambil panggil, "abi...abi...abi..." Oh Sofie.... Sofie dah mula buat ummi rasa nak menangis. Sofie ingat abi hanya pergi surau kot, atau abi berada di warung depan, atau abi ke kedai... anggapan Sofie, abi akan balik kejap lagi. Sian dia.... Saya panggil Sofie, "Sofie, meh kat ummi sini. Kita tido." Sofie terus duduk atas Sofie, mulutnya masih lagi sebut "abi....abi.... abi...." dengan amat sayu. Nampak sangat Sofie sudah mula rindukan abinya.
Saya sangat tak sampai hati nak biarkan Sofie terus duduk di sofa. Saya bangun, ambil Sofie. Peluk Sofie dan dodoi dia.... Sambil peluk saya, Sofie masih lagi sebut. "abi...abi...abi....." Terus gugur airmata saya. Jatuh laju sangat. Alahai, Sofie ni, saje la ni, nak buat ummi nangis ni. Saya pujuk Sofie, "ok, Sofie tido dulu ye. Nanti abi balik." Sofie angguk je, dan sebut lagi, "abi...."
Dan akhirnya Sofie tertido diriba saya setelah saya selimutkan Sofie dengan kain pelikat abinya yang masih belum dibasuh. Bau abi yang original masih ada.... Nampak Sofie lena tido. Saya dan abisofie hanya sms, tak berani nak call.... kang tak pasal2 saya yang teruk nangis. Dan memang sah2 saya paling teruk nangis lepas Sofie tidur. (Sebenarnya, masa menaip entry ni, airmata saya masih gugur lagi sebab teringatkan Sofie yang sedang tidur. Huhuhuu.... Huwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!)
Sofie, tidur lena ye sayang..... Abi akan balik esok jumpa Sofie.... Mujurlah slot abi kat kem tu malam dan subuh je. Jadi, siang hari boleh balik sekejap jumpa keluarga..... Alahai, teruk betul, baru berpisah kejap, dah teruk cam ni. Cuba tengok orang yang berpisah berbulan2 lama tu.... Huhuuhuhuhuu......
Sekian, dari saya yang sedang bengkak mata.... hahahahaha!!!!!!!
alahai sofie.. buat semua org sayu
ReplyDeleteumialya,
ReplyDeletesofie tak boleh berpisah dgn abi. mesti dia cari punya. hhahaha
sedihnya bace.. suh abinya bawk sofie gi kem sama nampaknya..
ReplyDeleteAlahai sofie, siannya dia.Mesti anak manja abi ni :)
ReplyDeletekesiannya sofie!
ReplyDeleteAnak macam ni memang rapat dgn ayahnyakan..
Itulah anugerah istimewa..
Dieyna,
ReplyDeletekalau sofie ikut sekali abinya gi kem, nampaknya abi tak jadi kerja.... hehehehe
zuliana,
ReplyDeletemmg anak manja abi pun,
satu2nya anak dara abi. asik sebut abi je mulutnya tu.
kak siti_btp,
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, istimewa sungguh dia. byk uji sabar ummi jugak... hahahaha.... tapi, mmg sofie rapat dgn abinya pun.